Tuesday, 10 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 1


Penghujung tahun 2004
Hana Antasha melangkah lemah menuruni anak tangga bas sebaik kenderaan awam itu berhenti di stesyen bas Sahab Perdana hampir lima minit yang lalu. Sempat tapak tangannya menyapu air mata yang masih bersisa sebelum memijak anak tangga yang terakhir untuk keluar daripada perut bas Transnasional itu, juga sebagai orang yang terakhir.
            Tali beg yang tersandang di bahu kanan diperbetulkan sambil kaki terus melangkah menuju ke hujung stesyen bas. Wajah seseorang yang menyelinap masuk ke dalam mindanya membuatkan Hana Antasha kembali sebak. Bukan sedih tapi geram!Air mata yang sedari tadi ingin ditahan, mengalir semula.
            “Tak guna!”, bisiknya geram. Sempat wajahnya yang sedari tadi menunduk kembali diangkat untuk memandang ke depan. Bahagian hujung stesyen bas itu yang bergelap membuatkan wajahnya mula berkerut.
            Air mata yang berada di pipi terus disapu apabila memerhati lampu yang sepatutnya menerangi bahagian hujung stesyen bas itu, tidak berfungsi. Sama seperti minggu-minggu yang lepas.
“Ei!Bila nak perbetulkan lampu tu?”, desis Hana perlahan. Matanya memerhati sekeliling stesyen bas yang masih dipenuhi orang pada ketika jam hampir ke pukul 8 malam itu, kecuali bahagian di hujung stesyen bas itu sahaja.
            “Nampaknya aku seorang lagi la malam ni..”, tutur Hana yakin apabila melihat kerusi-kerusi yang berada di bahagian hujung stesyen bas itu kosong dan sepi. Kaki Hana terus melangkah sambil tangannya memeluk kemas sebuah fail.
            Sebaik tiba di hujung stesyen bas yang menempatkan bas untuk menuju ke UUM dan juga Pekan Kodiang itu, Hana mengambil tempat di sebuah kerusi betul-betul di depan sebuah bas HBR yang akan bergerak menuju ke Pekan Kodiang dalam masa 15 minit lagi.
            Di kerusi itu, Hana melepaskan penatnya. Fail yang sedari tadi dipeluk erat diletakkan di kerusi di sisi kanannya yang kosong. Dia mula mengeliat untuk menghilangkan sengal-sengal di badannya setelah hampir sejam setengah berada di dalam bas dari Sungai Petani tadi.
            Puas mengeliat, Hana melepaskan keluhan. Terngiang-ngiang kata pensyarah untuk subjek PAD 170, Politics and Government pada tengah hari tadi.
            “Kalau saya dapat tahu perkara yang macam ni lagi, ingat Hana. Saya tak kan teragak-agak untuk gagalkan kamu terus nanti!.”
Hana mengetap bibirnya. Geram!Sakit hati yang kembali bertamu di dalam diri membuatkan matanya kembali senang untuk bergenang air.
            Keadaan bahagian itu yang bergelap membuatkan Hana terus melempiaskan emosinya seorang diri tanpa rasa malu. Dia tahu tiada sesiapa yang berada di situ. Teresak-esak dia menangisi nasib dirinya.
            “Macam mana kalau aku gagal nanti?Tak mustahil perempuan itu akan buat lagi..”, getus Hana sendirian. Raut wajah Rina Batrisya yang tersenyum sinis sambil mengangkat kening kepadanya kembali terbayang.
            “I told you right?.”
Kata-kata yang diberikan oleh Rina Batrisya kepada dirinya di tangga membuatkan lidah Hana kelu seribu bahasa untuk membalas. Tidak diduga, rancangannya untuk bertemu dengan Puan Sufi untuk menerangkan perkara yang sebenar, hanya memakan dirinya sendiri.
            Air mata terus dirembeskan. Hana berasa sakit hati. Bukan hanya kepada Rina, malah kepada dirinya sendiri yang tidak pernah berani untuk melawan gadis itu.
            “Rina Batrisya!”, Hana menyebut nama gadis yang sekelas dengannya itu dengan rasa penuh geram. Terbayang raut wajah gadis yang tinggi lampai persis seorang model itu. Rambutnya yang ikal itu sering ditata rias dengan hiasan. Wajah cantiknya juga sering dikenakan solekan. Serba-serbi mengenai diri gadis itu dapat menarik perhatian sesiapa sahaja.
            Hana membelek hujung lengan kemeja yang menyaluti tubuhnya.
“Kau kena sedar diri. Kau tu ugly. Euww!.”
            Kata-kata Rina yang pernah disuarakan kepadanya ketika berselisih di tandas satu ketika dahulu kembali bergema. Tidak berkelip mata Hana memerhati hujung kemeja yang melurut jatuh di pergelangan tangannya itu.
            “Ugly?Kenapa?Sebab aku tak pakai baju-baju berjenama macam dia?”, bisik Hana sambil menyinsing kembali kemeja berwarna ungu gelap itu.
            Sesekali kepala Hana mengangguk bagaikan menyetujui sesuatu. Ya, dia akui yang Rina Batrisya adalah seorang gadis yang cantik. Tidak pernah kalah dari segi pemakaian. Siap lengkap dengan aksesori dan juga beg tangan yang akan berganti setiap hari.
            “Dia kan anak orang kaya.”
Kata-kata yang sering diberikan untuk menerangkan siapa Rina Batrisya di UiTM Merbok itu. Itulah kata-kata pertama yang akan terpacul keluar dari mulut sesiapa yang memandang kepada gadis itu. Cantik?Sudah semestinya!
            Air mata yang mengalir di pipi terus diseka dengan tapak tangan. Bukan Hana tidak ingin melawan dengan Rina untuk nasib dirinya tetapi entah kenapa setiap kali berdepan dengan gadis itu, dia akan menjadi penakut.
            Takut untuk membuka mulut. Lagipun, siapa yang akan menyokongnya?Dia kan Hana Antasha. Siapa Hana?Ala, si Sleeping Ugly tu!
            Siapa Rina?Ala, yang cantik tu!Rina?Anak orang kaya tu kan?Dengar kata pakaian dia yang dalam almari tu pun dah beribu-ribu ringgit tau!
Lalu, dengan situasi yang macam tu, macam mana dia dapat mengalahkan si Rina Batrisya?Anak orang kaya yang sekelas dengannya sejak semester pertama lagi. Perempuan yang mula memandang sinis kepadanya sejak hari pertama mereka di UiTM itu.
            “Aku kan Sleeping Ugly..”, tutur Hana perlahan. Bibirnya tersenyum kelat mengenangkan nasib dirinya sendiri. Satu UiTM mengenali dirinya tetapi bukan dalam cara yang sama seperti Rina dikenali. Dia tidak ubah seperti bahan jenaka tetapi Rina?Ramai pelajar lelaki yang terpaut hati kepada gadis yang berasal dari KL itu.
            “Assalammualaikum!.”
Satu suara mematikan lamunan Hana. Wajahnya terus dipalingkan ke sisi kanan untuk disembunyikan apabila menyedari kehadiran seseorang di sisi kirinya.
            “Er..waalaikummussalam”, sahut Hana dengan teragak-agak.
Lelaki yang memerhati Hana itu mengerutkan wajahnya. Kenapa gadis itu membelakanginya?Sudahlah gelap, tak nampak dengan jelas, kenapa dia buat macam tu?
            Hana mengetap bibir. Di dalam hati, dia berharap agar lelaki itu segera berlalu. Peminta sedekah ke?Tak kan la. Dia tahu pakcik yang selalu meminta itu hanya ada pada waktu petang sahaja.
            “Er..saya nak tanya ni. Bas ke..”
“Sana!”, Hana terus menuding tanpa berpaling. Juga, tanpa menanti untuk lelaki itu menghabiskan kata-katanya.
            Terkejut lelaki itu dengan lantunan suara si gadis yang masih tidak bersemuka dengannya itu.
“Er..mana awak tahu yang saya...”
            “Sini bas yang nak pergi UUM dan Kodiang je”, laju Hana menjawab.
Kepala lelaki itu mengangguk. Mulai faham. Dia sendiri tidak dapat membaca dengan jelas tulisan yang tertera dek kegelapan di kawasan itu.
            Ekor mata lelaki itu kembali jatuh kepada Hana. Masih seperti tadi. Membelakangi dirinya.
            “Agaknya dia malu tak?Ya la. Kan tadi dia menangis”, bisik hati lelaki itu. Hanya gadis itu yang tidak menyedari tingkahnya dapat diperhatikan oleh dirinya sebentar tadi.
“Saya tak ada sapu tangan tapi er...ambiklah ni...”
            Wajah Hana berkerut apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
“Apa pula?Dah orang bagitahu tadi tu, dah la!”, bentaknya di dalam hati. Hana terus membatu. Tidak ada hati ingin menoleh. Biarkan. Dia berharap agar lelaki itu akan segera berlalu.
            “Ambiklah. Kesat air mata awak tu. Juga sebagai tanda terima kasih saya. Emm..terima kasih. Saya pergi dulu”, tutur lelaki itu sebelum berlalu. Sesekali, kepalanya menggeleng dengan gelagat Hana.
            Beberapa minit menunggu dan setelah yakin yang si penegur tadi tidak lagi berdiri di sisinya, Hana menoleh perlahan-lahan. Kelihatan seorang lelaki yang menggalas beg berwarna hitam yang sedang melangkah menjauhi tempat duduknya.
            Pandangan mata Hana jatuh pula kepada sehelai kain yang tersangkut di kerusi tempat duduknya. Tangannya mencapai kain lembut yang berwarna hitam itu.
“Mafela?Lelaki tu...”, dengan sehelai mafela di tangan Hana berdiri. Matanya memerhati lelaki yang sedang berjalan yang diyakini lelaki yang menegurnya tadi. Juga, lelaki yang meninggalkan mafela itu untuk dirinya.
            Wajarkah dia mengejar lelaki itu?Setidak-tidaknya  ucapan terima kasih perlu diberikan tapi betulkah tindakannya itu?
Hana mula berbelah bahagi sama ada untuk mengejar lelaki itu atau pun tidak. Dia mula mengetap bibir. Berharap, setidak-tidaknya lelaki itu akan menoleh kepadanya. Dapatlah wajah lelaki itu ditatap.
            Hana terus menanti. Dia tahu mustahil dia ada keberanian untuk mengejar lelaki itu. Entah kenapa, kakinya bagaikan dipasak di lantai simen tempat dia berdiri sekarang. Hanya matanya yang terus memerhati langkah lelaki itu yang semakin menjauh dari dirinya.
            Lelaki itu yang hanya kelihatan dari belakang, terus melangkah menyeberangi jalan menuju ke kaunter bas ekspress. Hana kembali duduk di kerusinya apabila kelibat lelaki itu tidak lagi kelihatan.
            Kain mafela yang berada di dalam tangannya kini direnung.
“Ambiklah. Kesat air mata awak tu. Juga sebagai tanda terima kasih saya.” Terngiang-ngiang suara lelaki tadi di cuping telinga Hana.
            Hana kembali menoleh ke seberang jalan. Memerhati kalau-kalau adanya lelaki yang berseluar jeans biru gelap dan juga berjaket hitam. Tiada.
            “Terima kasih”, bibir Hana menutur perlahan. Seakan-akan si pemilik mafela itu ada di depannya.
           
           
           
“Bangun!Bangun!Kenapa tidur kat sini?”, satu suara mengejutkan Hana Antasha yang terpisat-pisat membuka matanya. Kelihatan dua orang perempuan yang sedang memandang pelik kepadanya.
            “Er...”, Hana kelu. Dia memerhati sekeliling. Keadaan sekeliling yang ramai dengan para pelajar baru seperti dirinya yang bersama-sama dengan ibu bapa masing-masing membuatkan dirinya terasa malu. Apatah lagi, beberapa pasang mata turut terarah kepada mereka bertiga.
            “Kenapa tidur sini?Dah daftar?”, salah seorang daripada perempuan yang mengejutkan Hana daripada tidurnya melirik pelajar perempuan itu ke atas dan ke bawah.           “Er..saya..er..tak..”, tergagap-gagap Hana ingin menjawab. Kepalanya menggeleng perlahan.
“La...tak daftar lagi?Dah la tak daftar, yang awak tidur sini siapa yang suruh?”, perempuan yang mengejutkan Hana tadi mula bersuara semula setelah diam seketika. Nada yang lahir dari mulutnya jelas menunjukkan yang dia kurang senang dengan jawapan yang diberikan oleh Hana.
            Hana terus diam membisu. Berdebar jantungnya mendengar pertanyaan yang dia sendiri tidak ada jawapan untuk diberikan. Wajahnya menunduk. Tidak berani mendongak untuk bersemuka dengan kedua-dua perempuan tersebut.
            “Dah la tu. Awak ni..”, perempuan yang mengenakan cermin mata menyiku lengan kawannya. Perempuan itulah yang bertanya kepada Hana sama ada dia sudah mendaftar atau belum.
            “Kalau kita biarkan...”
Belum sempat perempuan yang masih belum berpuas hati itu ingin meneruskan kata-katanya, kawannya yang bercermin mata itu terlebih dahulu membuka mulut.
            “Adik, kalau adik tak daftar lagi, sila pergi ke Dewan Masria untuk mendaftar. Lepas daftar, baru tahu kolej mana adik akan ditempatkan. Nanti, kakak kat dalam tu akan bagitahu nombor bilik dan serahkan kunci bilik sekali. Kat sana tu..”, perempuan tersebut tersenyum kepada Hana yang memberikan sepenuh perhatian kepada kata-katanya. Tangannya turut ditunjukkan ke satu arah.
            “Terima kasih akak”, Hana berbahasa setelah mendengar kata-kata perempuan itu. Terus, beg yang berada di tanah diangkat dan dibawa bersama-sama dengannya menuju ke dewan.
            “Junior!Macam-macam hal la!”, perempuan yang masih tidak berpuas hati itu mendengus geram.
“Sebab dia orang junior la, adanya kita sebagai senior dan juga OC untuk tolong”, balas perempuan yang mengenakan cermin mata itu.
            “Tahulah tapi dia ni..budak ni..”, perempuan itu mengerling ke arah Hana yang baru melangkah ke dalam dewan.
            “Dah la tak daftar lagi, senang-senang dia je nak tidur sini. Apa dia ingat datang sini untuk tidur?Kalau nak belajar tu buatlah macam cara nak belajar!”, tempelak perempuan yang masih tidak berpuas hati.
            Kawannya yang malas untuk melayan sesi perdebatan itu hanya mendiamkan diri. Baginya, mungkin saja pelajar baru itu ada masalah?Atau paling tidak, letih barangkali?
            Hana terpinga-pinga sebaik melangkah masuk ke dalam dewan yang sederhana besar itu. Matanya memerhati sekeliling isi dewan yang dapat ditatap oleh pandangan matanya. Ada beberapa buah kaunter yang disediakan di situ. Juga terdapat beberapa barisan panjang yang sedang beratur di depan kaunter-kaunter tersebut.
            “Mana satu ni?Tadi akak tu tak cakap pula ada banyak kaunter”, gumam Hana seorang diri di muka pintu dewan. Lambat-lambat kakinya melangkah masuk ke dalam dewan sambil tangan kirinya membawa sebuah beg pakaiannya. Tangan kanannya memegang sampul surat yang mengandungi laporan perubatannya. Tidak pasti dengan apa yang harus dilakukannya, Hana menuju ke sebuah barisan dan beratur di situ.
            Seorang pelajar perempuan yang berada di depannya menoleh sekilas ke arah Hana. Diperhatikan gadis yang mengenakan baju kurung berwarna putih yang mempunyai corak bunga berwarna merah jambu itu. Tudung polos yang berwarna putih menutup kemas kepalanya.
            “Er..awak pun baru nak daftar?Sampai lewat juga ke?”, dia menegur Hana.
“Tak la. Er..tadi saya dah sampai dah tapi..”, mati kata-kata Hana. Macam mana dia harus berterus-terang?Memberitahu yang dia tertidur di bawah pokok hampir lima belas minit yang lalu?
            “Oh!Ni mesti sibuk angkut barang-barang ni kan?”, perempuan itu tersenyum dengan andaiannya sendiri. Hana yang berdepan dengan keramahan perempuan itu turut tersenyum.
            ‘By the way, I’m Syafika Hanisa. Panggil Ika je’, Syafika tersenyum sambil menghulurkan tangannya.
            Hana menyambut tangan gadis itu yang dihulurkan kepadanya. Tersenyum-senyum dia sambil memerhati gadis yang mengenakan seluar slack hitam bersama-sama kemeja biru muda itu. Rambut panjang paras pinggangnya ditocang kemas dibelakang kemas. Cukup formal.
            “Saya Hana Antasha binti Kamarudin. Panggil Hana je.”
“Hana..”, Ika mengangguk-anggukkan kepalanya. Selesai bersalam, dia memandang semula ke depan. Cuba mengira-ngira berapa orang lagi yang sedang berada di depannya sebelum giliran dirinya berurusan di kaunter.
            “Course?”, Ika menoleh semula kepada Hana.
“Public Administration”, jawab Hana.
            “Eh!Samalah!”, Ika terjerit kecil bagaikan tidak percaya.
Hana hanya tersenyum melihat keletah gadis itu. Siap lengannya dipegang oleh Ika dek teruja dengan jawapan yang diberikannya kepada gadis itu.
            “Hopefully, kita akan dapat satu bilik”, Ika bersuara penuh mengharap.
“Emm..”, Hana hanya mengangguk.
“Satu bilik?Belum tentu lagi Ika betul-betul maksudkan kata-katanya itu kalau dia dah kenal aku lepas ni”, detik hati Hana.
Hampir 10 minit menunggu, tiba giliran Ika untuk berurusan. Setelah menyerahkan beberapa dokumen seperti yang dikehendaki, terdengar suara akak yang bertugas di kaunter itu.
“Bilik awak M1-04-03.”
“Saya nak satu bilik dengan dia ni, boleh tak?”, Ika pantas menarik tangan Hana yang sedang berdiri di belakangnya.
            “Tapi...”
“Please!”, Ika terus merayu dengan membuat muka kesian.
            Hana yang memerhati dan mendengar terus kelu. Selepas beberapa ketika, setelah akak itu menyemak senarai yang berada di atas mejanya, kepalanya kembali mendongak memandang Ika dan Hana.
            “Baiklah”, ringkas jawapan yang keluar daripada bibir akak itu.
Bas yang berhenti di Pekan Kodiang kembali membawa Hana ke alam nyata. Bibirnya tersenyum mengingati pertemuan pertamanya dengan Ika, yang kini bergelar sahabat baiknya di UiTM itu.


DRESS & TIE DYE MBR

dah lama rasanya tak update pasal MBR..so hari ni nak buat promo lagi untuk MBR. baru-baru ni, baru je order skirt tie dye yang cantik. memang puas hati dengan dress dan juga skirt-skirt yang pernah dibeli dari MBR sebelum ni. antara collection yang ada di MBR adalah




memang rambang mata.. a few pic more..



ini adik kepada Adah,big boss MBR..cute and cantik..pandai pose macam akak dia juga ;-) antara hasil suai padan hasil cetusan idea Adah sendiri seperti gambar di bawah


bukan setakat cantik tapi yang penting, menutup aurat;-)

Di antara collection tye dye yang ada di MBR ialah


dan juga


both dress ni dah di order pun untuk adik..skirt TD 02 untuk saya, hehe..dan juga dress dwicolor yang warna pink tu, nice! harga-harga yang ditetapkan oleh MBR amat-amatlah berpatutan setelah saya sendiri dengan rajinnya 'google' untuk buat survey..so rasanya tak perlu nak ragu-ragu untuk sesiapa yang belum pernah beli dari butik online milik Adah ni, happy shopping ;-)

Sunday, 26 May 2013

ALHAMDULILLAH, SYUKUR:-)

baru hari ni berpeluang nak update skit blog kesayangan ni, hehe..alhamdulillah, bersyukur sangat2 apabila penantian untuk melihat hasil kerja saya 'My Miss' akhirnya tercapai juga. macam2 perkara yang dilalui yang akhirnya dah memang tertulis rezeki saya adalah dengan pihak penerbitan Fajar Pakeer(FP) kali ni:-) by the wy, ni la cover yang diberikan untuk My Miss

hehe..sebab suka sangat so kita letak besar2 kat sini. untuk terbitan bulan April, ada lagi 2 buah novel yang turut diterbitkan oleh FP, iaitu...
dan juga
harapnya, akan dapatlah diterima oleh mereka yang sudah spend duit masing2 untuk beli novel saya. kalau ada kekurangan, terus menegur di blog ni dan insya Allah melalui cara itu, saya dapat mengetahui kelemahan diri ni. apa2 pun terima kasih kepada FP yang sudi menerima dan menerbitkan hasil kerja saya ni dan semestinya untuk mereka yang sudi membeli dan spend masa untuk membaca. terima kasih!!!

Thursday, 11 April 2013

NOVEL-NOVEL FAJAR PAKEER

sebenarnya sedang berdebar juga ni..maklumlah, novel kedua saya akan keluar hujung bulan ni, insya Allah. kali ni, diterbitkan oleh Fajar Pakeer(FP). curious juga macam mana la rupanya cover novel saya tu, hehe..by the way, kalau ada sesiapa yang berminat nak membeli novel-novel FP bolehlah order terus kat FP guna emel seperti di bawah ni

Email: order@fajarnovels.com.my / fajarpakeerkrew@yahoo.com

senang kan?manalah tahu kalau-kalau novel yang dicari tak ada di kedai yang berhampiran so order je terus dari FP, confirm ada! antara novel-novel terbitan FP



baaaaanyak lagi yang ada!visit la link FP, ada saya sertakan di blog saya. tuan rumah pembantu rumah ni, saya dah baca. memang tak rugi kalau sesiapa yang tak baca lagi grab novel ni. dah jadi best seller pun:-) 

novel kita nanti macam mana la ya?emmm...

PERKEMBANGAN MY BEAUTIFUL RANIA

Wah..dah lama tak update blog. sedar tak sedar, bisnes MBR pun dah bertambah maju. semalam, dah masuk paper Utusan, tahniah dan syabas ye Noor Nazrah, nampaknya, lepas ni kalau ada item yang berkenan, kenalah saya berebut-rebut dengan yang lain, hehe.. dulu tu, saya kenal MBR ni pun through paper Kosmo. waktu tu, tak banyak sangat collections macam la ni. ada maxi dress, cardigan, shawl, palazo dan beberapa blouse dan skirt. tapi sekarang ni dah macam-macam kaler flowy skirt. saya pun dah order beberapa helai n memang sedap dipakai;-) by the way, ni adalah pic blouse yang dimasukkan dalam Artil's collection di MBR

 cantik kan?memang hangat sambutannya sampai dah sold out tapi saya sempat grab yang warna fuchsia tu, hehe..

 ni pic empunya MBR, Noor Nazrah yang pandai bergaya!

la ni, dok tunggu yang ni pula

 saya order PR01 yang warna pink. tak sabar tunggu barang sampai:-)
Noor Nazrah dalam PR01 dusty purple, black n grey. yang pakai PR elec blue tu adiknya. both memang cantik dan pandai bagi pose;-)

sebenarnya, tengah tunggu juga bila MBR nak restock extra long cardigan yang macam ni
coz dah lama teringin nak pakai extra long cardigan yang macam dalam pic ni tapi kalau boleh nak la yang fit sampai L, kalau M tak berani takut ketat!;-) harap-harap ada la rezeki saya lepas ni nak order dari MBR lagi.

p/s: Semua pic belong to MBR ye!

Wednesday, 13 March 2013

DENIM DRESS MBR

lama tak layari internet ni. bila tengok ada je yang terbaru dari mbr, tanpa buang masa terus order lagi, hehe.. sebab kebetulannya memang saya nak cari dress labuh yang macam jubah ni tapi nak la design yang moden sikit kan;-) so ni la pic nye yang saya order
 dengan harga RM 74, saya rasa berbaloi sebab bila tengok dress ni cantik!ni la ownernya Noor Nazrah yang senantiasa cantik and pandai pose;-)


 nanti kalau puas hati dengan yang dark dress ni, insya Allah saya akan order yang ni pula

yang ni warnanya light..memang cantik juga, hehe..maunya tak rambang mata setiap kali layan blog MBR ni..apa-apa pun thanks untuk Noor Nazrah yang sentiasa berikan kerjasama kat saya, terima kasih tau awak. saya hargai sangat-sangat!

p/s:Kita ambil pic dari blog awak ye;-), hehe..(Semua pic belong to My Beautiful Rania, tq!)

UiTM & ATM

lama rasanya tak tulis di sini..baru-baru ni keluarga sebelah ayah kehilangan suami kepada emak saudara saya. arwah ayah saudara saya tu pun memang dah tak berapa sihat sebelum ni. even kena stroke tapi dia recover balik. cuma dah memang tertulis untuk dia pergi juga..

emm..uitm, apa kaitannya dengan saya?Ada...saya bekas pelajar uitm. hari tu ada terbaca komen yang ditulis oleh seorang ni. dia baca novel pertama saya, aku, dia &.com tu. antara komen yang ditulisnya, dia dah stay kat sg,petani almost 18 tahun tapi tak tahu pun ada uitm kat situ?saya rasa, komen tu terhasil apabila dia membaca novel saya yang selalu saya refer 'uitm sg.petani'. kadang-kadang ada juga saya tulis 'uitm merbok'. kedudukan sebenar adalah di merbok, bukannya di dalam sg.petani tu. habis tu kalau dah kat merbok kenapa saya tulis 'uitm sg.petani'? sebabnya, di dalam slip keputusan peperiksaan saya memang tercetak di bahagian nama kampus, adalah dirujuk sebagai kampus sg.petani bukannya sebagai kampus merbok. itu je.memang sewaktu menulis novel tu pun saya ada terfikir nak guna merbok atau sg.petani?Since secara rasminya, even uitm tu terletak di merbok tetapi diatas kertas dirujuk sebagai kampus sg.petani, saya mengambil keputusan untuk menggunakan nama sg.petani. harap saudari berkenaan berpuas hati kalau-kalau dia terbaca entri ni:-) terima kasih atas komen tu ya..

ATM?Ada kaitan juga ke dengan saya?Ada...sekarang ni jauh di kelantan, semestinya dua buah keluarga sedang menangisi pemergian dua orang wira ATM yang terkorban semalam ketika melakukan gerak-gempur di Sg.Nyamuk di Sabah. sebelum ni heboh di media sosial FB di mana letaknya peranan anggota-anggota ATM apabila memperkatakan kes di Lahad Datu tu..saya rasa mereka semua yang bercakap tu tak berapa faham. ATM hanya akan bertindak apabila menerima arahan. jadi bila ATM tak turun padang, apa maksudnya?Memang mereka ni tak dapat arahan lagi. tu ke kaitannya dengan saya?Tak la..

bila tengok trak yang membawa anggota-anggota ATM hari tu, teringat bagaimana saya dengan abang dan adik perempuan saya pada tahun 1991 dan 1992 akan ke sekolah dengan menaiki trak tentera tu. di waktu balik pun, akan balik ke rumah dengan trak yang sedia menanti di depan sekolah. semua budak-budak yang lain tengok je, hehe..itu ke kaitannya dengan saya?Ada lagi..

bila mak nak balik ke kampung nak bersalin, saya pernah masuk ke dalam kem tentera di perlis tu, bukit keteri. tengok macam mana dioarang kawat, tu dah terbiasa. siapa buat silap kena denda. tengok ada satu pasukan yang berlari-lari di padang, yang dengar arahan, macam-macam lagi la..satu pasukan ni, memang tak dapat saya lupa. penuh muka diaorang dengan minyak yang berwarna hitam tu..bukan main garang lagi. saya berdiri tak jauh dari kawasan tu. saya darjah 2 waktu tu. bila habis dengar arahan, seorang anggota tu, dengan muka yang penuh minyak tersenyum dan tanya kat saya, 'anak sapa?'. bila saya jawab dia angguk kepala. terus berlalu masuk ke dalam kem untuk makan sebab diaorang diberi tempoh masa untuk melakukan semua tu.

kaitannya dengan saya?Saya anak kepada seorang anggota ATM. ya, ayah saya seorang anggota ATM dan saya berbangga untuk mengatakannya. biar apa pun yang diperkatakan di media sosial ataupun di mana juga, oleh sesiapa pun, melainkan anda adalah anggota keluarga ATM, bagi saya mereka semua tak berapa nak faham dengan tugasan sebenar ATM. kenapa ATM tak turun padang terlebih awal?bukan ke itu keputusan yang dibuat oleh pihak yang berkenaan untuk menghantar PDRM berunding terlebih dahulu?Kenapa nak tuding jari sewenang-wenangnya kepada ATM?apa-apa pun hari ni pastinya 2 jenazah anggota ATM akan dikebumikan. takziah buat keluarga-keluarga tersebut dan al-fatihah:-(