Thursday, 12 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 2

Selesai mandi, Hana melabuhkan punggungnya di birai katil. Tangannya berterusan mengeringkan rambut yang masih basah dengan kain tuala. Sesekali, bibirnya menyanyi-nyanyi kecil. Senang hati apabila dapat menghabiskan cuti 2 hari di hujung minggu di rumah bersama-sama dengan keluarganya.
            Matanya yang terarah kepada sudut yang menempatkan meja belajarnya membuatkan tangannya yang sedari tadi melakukan kerja terhenti perlahan-lahan. Hana mula melangkah menuju ke ruangan tersebut.
            Kain mafela yang tersangkut di kerusi belajarnya dicapai. Aroma wangi yang dapat dicium oleh Hana membuatkan tangannya terus mendekatkan kain mafela tersebut kepada hidungnya.
            “Wanginya...”, bibir Hana terukir sebaris senyuman. Pertemuan yang tidak diduga dengan jejaka yang tidak dikenali di stesyen bas semalam, mencuit semula memori Hana dipagi itu.
            “Siapa dia tu?”, Hana menggumam seorang diri. Berkerut dahinya apabila memikirkan gerangan yang tidak dikenali itu.
“Baik hati..”, Hana tersenyum lagi apabila memuji kebaikan hati jejaka di stesyen bas semalam. Belum pernah dia dilayan sebaik itu. Apatah lagi daripada seorang lelaki. Malah, belum pernah pun dia mempunyai mana-mana kawan baik sebelum ini.
            Dalam mengenang nasib dirinya, Hana mula melepaskan keluhan. Menyesali banyak perkara yang sedang terjadi di dalam hidupnya kini.
“Apa nak jadi dengan aku ni?”, Hana mula bermonolog di kerusinya sebaik mengambil tempat di situ.
            Kalaulah dia tidak terlalu penakut untuk berdepan dengan segala permasalahan yang melanda dirinya kini. Lebih-lebih lagi apabila seraut wajah Rina Batrisya muncul kembali!Hana mula mengetap bibir menahan geram. Kenapa dia harus menjadi penakut apabila berdepan dengan gadis itu?Apa yang ada padanya?
            “Tidak. Aku tak boleh lagi terus macam ni. Lepas ni kalau Rina...”
Hana yang sedang merancang-rancang bagaimana untuk berdepan Rina, terganggu apabila telinganya mendengar bunyi telefon bimbit yang berada di atas katil.
            “Siapa pula?Tak kan Ika kut?.”
Risau kalau ada apa-apa yang mungkin membuatkan kawan baiknya itu berada di dalam kesusahan, tangan Hana laju mencapai gadjet tersebut sebelum mengambil tempat di atas katilnya. Terus, tanpa melihat gerangan si pemanggil, Hana mula menekan butang untuk menjawab.
            “Hei!Kau pergi mana hah?!Aku pergi bilik kau, kau tak ada. Oh!Sekarang ni kau dah pandai nak lari-lari ya?!.”
Gulp!Hana menelan air liur. Telefon yang didekatkan di telinganya tadi, mula dijauhkan. Skrin telefon Nokia itu ditatap.
            “Rina!”, desis Hana. Biarpun dengan suara yang menjerit kepadanya tadi sudah dikenal pasti, sengaja Hana ingin melihat sendiri untuk mengesahkan gerangan yang menghubunginya di pagi hari itu.
            “Helo!Helo!”, telinga Hana kembali mendengar suara lantang Rina apabila gadjet itu kembali didekatkan di telinganya.
“Hei!Kau bisu ke apa ni?Pekak juga ek?”, Rina terus menyembur tanpa henti.
            Sempat mata Hana mengerling kepada jam loceng yang berada di atas meja belajarnya yang baru hendak menginjak ke pukul 9.
            “Hei ugly!Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”, Rina terus bersuara.
“Emm..”, Hana membalas dalam keterpaksaan. Hana menutup mata sambil kepalanya digeleng-gelengkan. Baru sebentar tadi, dia memasang hajat untuk tidak terus menunduk kepada gadis itu.
            “Good!Then I think you know what to do right?”, suara Rina yang kedengaran di telefon kembali lembut. Tidak seperti tadi. Seperti orang yang sedang histeria sahaja intonasinya.
            “Em..”, balas Hana lagi. Apa lagi yang dia mampu jawab di saat itu?Dia sudah tahu apa yang membuatkan Rina menghubunginya dengan emosi sebegitu.
            “Hello?!Tu je yang kau tahu cakap?Emm?Apa kau dah bisu ke pagi-pagi ni?Kau jangan ingat kau tak ada kat bilik kau tu, kau boleh lari daripada aku. Hari Ahad, Isnin...tak kan kau tak balik sini kan?”, tutur Rina.
            Hana yang mendengar terdiam. Kata-kata Rina yang berbaur ugutan seperti itu sudah terbiasa di hujung telinganya.
“Hei!Kau jangan nak cabar aku Hana!Kau dengar tak apa yang aku sedang cakapkan ni?!”, suara Rina kembali nyaring di telefon.
            “Dengar, dengar..”, pantas Hana menyahut. Kecut perutnya apabila mendengar jerkahan Rina.
            “Dengar, dengar tapi nanti masalah juga yang kau buat. Kau tahukan apa sebabnya aku telefon?”, Rina melepaskan soalannya.
            “Assignment”, balas Hana ringkas. Masakan dia tidak tahu kalau itulah punca sebenar mengapa Rina sanggup menelefonnya pagi-pagi sebegini.
            “Good!Tahu pun kau kan?So, as usual, kau akan siapkan satu copy untuk aku. And as usual, jangan sama macam yang kau pulak. Kalau tak, nanti siapa yang susahkan?Kau juga..”, balas Rina seakan-akan bersimpati kepada Hana.
            Hana terus menyepikan diri. Tiada hati untuk membalas kata-kata Rina. Dia tahu, tidak ada gunanya pun untuk terus bertekak dengan gadis itu. Bertekak?Em..seingatnya, belum pernah pun dia melawan kata-kata Rina Batrisya.
            “Kau dengar tak ni?Betul tak apa yang aku cakap tadi?Nanti siapa yang susah, kau jugakan?”, suara Rina kembali menyentak Hana.
            “Er..a’ah”, balas Hana menyetujui dengan kata-kata yang lahir dari mulut Rina.
“Bagus. Apa yang aku tahu, by this Sunday, aku punya assignment dah siap. Oh!By the way, binding juga tau?Kau ni betul bendul. Kalau aku tak cakap satu-satu, bukannya nak dibuat. Binding yang macam Puan Sufi nak tu. Buat kemas-kemas sikit. Sama yang macam kau juga. Faham?”, Rina terus kedengaran memberikan arahan.
            “Faham”, sahut Hana. Ya Allah!Hampir sahaja air matanya mulai gugur.
“Good!.”
            Sepatah kata itu menjadi akhir kepada perbualan mereka berdua di pagi itu. Hana menghempaskan teleefon bimbitnya ke atas tilam. Geram!Kedua-dua tangannya mula menongkat kepala yang menunduk.
            “Apa dah jadi?Bukankah tadi aku dah tak nak ikut cakap dia lepas ni?Baru dengar suara sikit, dah kecut!Dah takut!”, Hana mula memarahi dirinya sendiri. Sakit hati apabila rancangan yang baru hendak diatur untuk tidak terus menurut kata-kata gadis itu sejak mereka berada di Semester 1 lagi, hanya berlalu sebegitu sahaja.
            Mata Hana terkebil-kebil memandang tilamnya. Kenangan ketika sesi orientasi di penghujung tahun 2003 menjelma semula....  
            “Awak!Ya, awak la!Tolong kejutkan yang di belakang tu..”, seorang pelajar lelaki senior menunjuk ke satu arah.
“Saya?”, Ika yang terpinga-pinga menoleh ke arah belakangnya.
            “Ya Allah!Hana..”, desis Ika yang mulai kaget apabila melihat kawan yang baru dikenalinya semalam tertidur. Pasti Hana kena marah dengan senior-senior yang bertugas sebagai OC lepas ni!
            Tangan Ika mula menggoncang-goncang bahu Hana yang sudah terlentok di tiang jaring bola jaring yang menjadi tempat sandarnya.
“Hana!Hana!”, Ika terus memanggil-manggil nama gadis yang sedang lena itu. Sesekali, ekor matanya memandang sekeliling apabila semua pelajar yang berada di situ memandang ke arah mereka.
            “Tak sedar lagi?”, pelajar lelaki senior itu bertanya semula.
“Er..Dah, dah. Kejap lagi”, Ika berbohong. Tangannya terus menggoncang-goncang bahu Hana.
            Terpisat-pisat Hana bangun apabila terasa dirinya diganggu. Diperhatinya wajah Ika yang berkerut.
“Awak tertidur lagi”, suara Ika seakan-akan berbisik menerangkan perkara yang telah berlaku.
            Hana terkejut. Tertidur lagi?Adoi!Matilah dirinya lepas ni!
Terus, dari bersandar dia kembali membetulkan duduknya di padang itu. Tangannya turut membetulkan kain tudung yang tersarung di kepala. Sesekali, dia berdehem untuk menghilangkan debaran di dadanya.
            “Kenapa?Tak cukup tidur ke semalam?”, suara sinis kedengaran dari hadapan barisan yang sedang mengadap para OC untuk mendengar taklimat aktiviti mereka pada pagi itu.
            Lambat-lambat Hana mengangkat wajahnya. Mencari sumber suara yang sememangnya dituju kepadanya.
            “Saya tanya awak ni!”, perempuan itu bersuara lagi.
Hana mendiamkan diri. Wajarkah dia menjawab atau terus membatukan diri?Bebola matanya menatap seraut wajah yang dikenalinya. Kakak itulah yang memarahinya semalam kerana belum mendaftar dan tertidur pula di bawah pokok.
            “Er...maaflah”, Hana bersuara. Wajahnya kembali ditundukkan apabila memandang beberapa pasang mata yang berhampiran yang masih memandang kepadanya. Malunya!
“Apa?Apa awak cakap?Saya tak dengar!”, senior perempuan itu memandang kepada Hana. Masih lagi tidak berpuas hati.
            “Saya minta maaf”, Hana menguatkan suaranya.
“Ok, ok!Dah tu”, salah seorang OC yang bertugas mula mencelah. Dikerlingnya sekilas kepada Hana yang berada di belakang sekali di dalam barisan kedua itu.
            “Dia ingat dia nak jadi sleeping beauty ke apa. Ada pula putera raja nak tolong bangunkan!Dah la tu kalau cantik time tidur tu tak pe juga. Ni tak, ugly!”, satu suara kedengaran. Kata-kata itu disambut dengan ketawa dari mereka yang berada di padang pada pagi itu.
            “Rina Batrisya!”, Hana menutur nama itu untuk yang kesekian kalinya. Gadis itulah yang menyemburkan gelaran itu kepadanya. Sleeping ugly!Mustahil Hana dapat melupakan bagaimana dia ditertawakan pada pagi itu oleh mereka semua. Semuanya kecuali Ika.
            Adanya Ika yang banyak menolong dirinya. Sejak kejadian di sesi orientasi itu, dia yakin Ika jujur untuk berkawan dengan dirinya.
“Ah!Sudahlah. Macam mana pun memang aku nak kena buat juga assignment tu untuk Rina. Lebih baik aku keluar ambil angin dulu”, Hana melepaskan keluhan apabila mengenangkan bebanan tugasan untuk  dua orang yang ditanggungnya kini.
            “Eh!Nak pergi mana tu?”, Makcik Hashima menegur anak daranya yang siap berseluar panjang hitam dan berbaju T biru gelap.
Hana yang sedang menyarungkan tudungnya ke kepala sempat melemparkan senyuman kepada emaknya yang berada di ruang tamu itu.
            “Nak pergi beli suratkhabar”, jawab Hana apabila selesai mengenakan tudung. Makcik Hashima yang duduk di sofa sambil menonton TV hanya memerhati tingkah anak gadisnya itu.
“Ya la tu. Cakap nak beli suratkhabar tapi tu..silap-silap sampai ke sana Hana pergi kan?”, tangan Makcik Hashima menuding ke satu arah.
            Hana hanya tersengih. Mustahil dia dapat berbohong kepada emaknya.
“Ala mak, bukannya jauh pun”, balas Hana seakan-akan membenarkan apa yang dikatakan oleh emaknya itu. Wajah Makcik Hashima mula berkerut apabila mendengar jawapan anaknya.
“Yang Hana ni suka sangat pergi tengok vila tu kenapa?Dah la jalan sana tu sunyi. Kalaulah ada apa-apa nanti..”, nada Makcik Hashima mula berbaur bimbang.
            “Mana ada apa mak..”, Hana yang baru melangkah ke muka pintu terhenti. Bibirnya mula mengukirkan senyuman untuk menyedapkan hati emaknya itu. Sekaligus, cuba membuatkan emaknya tidak berlagu bimbang mengenai dirinya nanti.
            “Manalah tahu. Kat situ bukannya orang kerap lalu pun. Lagipun vila tu dah lama terbiar. Manalah tahu kalau-kalau semak samun tu ada ular ke apa ke..”, Makcik Hashima yang tidak berpuas hati masih ingin berdebat.
            “Hana yang selalu pergikan?Hana tahulah. Mana ada apa-apa pun. Lagipun, Hana tengok dari luar je. Pintu pagar pun berkunci. Mana boleh masuk. Yang semak-samun tu kat sebelah dalam. Hana kat luar je”, ujar Hana seakan-akan membela diri.
            Makcik Hashima melepaskan keluahan kecil. Mustahil dapat dihalang niat anak gadisnya yang sudah bersiap sedia untuk melangkah keluar itu.
            “Saja je Hana ni. Jadikan suratkhabar tu sebagai alasan kan?Kalau ayah dah beli tadi?”, duga Makcik Hashima ingin memancing reaksi Hana.
            “Er..kalau ayah dah beli, Hana keluar juga. Nak beli..em..hah!Gula-gula”, Hana tersengih.
“Kalau dah alasan tu kan..”, Makcik Hashima tersenyum dengan jawapan anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu. Matanya menghantar pemergian Hana yang sudah melangkah keluar daripada rumah. Hana mencapai basikalnya yang berwarna ungu gelap itu. Sesekali, bibirnya tersenyum melihat basikal yang masih lagi berada di dalam keadaan elok itu. Basikal yang banyak berbakti kepadanya sejak dia bersekolah di Tingkatan 1.
            Sebaik keluar daripada pintu pagar rumahnya yang terletak di Taman Kodiang itu, Hana mula menunggang basikalnya menuju ke sebuah kedai buku yang terletak di dalam kawasan perumahan itu.
            “Dah cuti ke sekarang ni?”, Abang Asnol yang menjadi pemilik kedai buku itu memandang pelik kepada Hana apabila menyambut duit yang diberikan oleh gadis itu.
            “Tak la. Esok saya balik UiTM la. Saja je nak balik rumah cuti Jumaat dengan Sabtu ni”, terang Hana sebaik duit baki bertukar tangan.
“Oh!Ingatkan dah cuti semester. Kamu ni memang tak boleh berpisah lama-lama dengan keluarga ya”, Abang Asnol mula tersenyum mengusik. Hana cuma tersenyum kelat. Berpisah lama-lama?Siapa cakap dia tak boleh?Kalau sahaja keadaan di UiTM itu tidak memberikan tekanan kepadanya saban minggu, malah saban hari!Dan yang paling best kalau sahaja si pengarah itu dan ini, Rina Batrisya tidak wujud di bumi ini!
            “Tak boleh. Itu dah macam zalim pula”, Hana mula mengelamun apabila kakinya sudah berada di pedal basikal. Perlahan-lahan, dia mengayuh sambil menikmati angin pagi itu.
“Setidak-tidaknya kalau saja dia tak wujud di UiTM tu. Atau lebih tepat lagi dalam hidup aku..”, Hana mula melepaskan nafas. Sedikit kepenatan mula menguasai diri apabila kakinya mula mengayuh sedikit laju.
            Sambil menikmati pemandangan sekelilingnya, di kiri dan kanan jalan raya yang rata-ratanya terdapat beberapa buah rumah dan kedai runcit, Hana tersenyum senang hati. Sedikit sebanyak, hatinya terubat apabila memandang kawasan yang sudah terbiasa oleh dirinya. Melayang seketika fikirannya daripada terus mengingati tugasan yang perlu disempurnakan untuk dua orang sekaligus.
            Sedar tak sedar, basikal yang ditunggangi sudah membawa Hana tiba di destinasi yang ingin ditujuinya iaitu di Batu 2, Jalan Changloon. Sebaik melangkah turun daripada basikalnya, Hana menyorong basikal itu sehingga hampir ke pintu pagar sebuah vila yang tersergam di atas tanah milik persendirian itu. Meliar mata Hana memerhati sekeliling halaman vila tersebut yang tidak lagi bersemak-samun seperti minggu lepas kali terakhir dia datang ke situ.
“Pelik!Tuan dia dah balik ke?”, Hana berbicara sendirian di pintu pagar itu.
            Vila berwarna putih dan berbumbung ungu gelap, sama seperti warna basikal milik Hana itu menarik pandangan matanya lagi untuk yang kesekian kalinya. Terkebil-kebil dia di depan pintu pagar itu sambil memerhati vila yang berjaya menarik minatnya sejak dia masih di bangku sekolah menengah lagi.
            “Besar, cantik..bila agaknya aku nak boleh ada rumah macam ni?”, Hana memuji vila yang hanya boleh ditatap dari luar itu. Itu pun sudah cukup baginya untuk terus bertandang ke situ apabila dia ada kelapangan. Vila yang terletak beberapa meter daripada pintu pagar itu dapat dilihat dengan agak jelas setelah tiada lagi semak-samun yang memenuhi halaman vila berkenaan. Bibir Hana menguntumkan senyuman apabila pintu vila itu kini jelas di pandangan matanya. Tidak seperti minggu lepas apabila dia berkunjung ke situ.
            Hana mengetap bibir apabila melihat tiada lagi mangga yang berada di pintu pagar itu. Perlahan-lahan tangannya menolak pintu pagar yang diyakini tidak berkunci itu.
“Hoi!”, satu sergahan menyentak Hana. Terjegil matanya apabila melihat seseorang yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang di depan pintu vila itu. Kelam-kabut Hana mendapatkan basikalnya yang ditongkatkan tadi untuk segera meninggalkan kawasan tersebut.
“Tunggu!”, suara itu menjerit lagi.
            Hana yang sudah berada di atas basikalnya tidak menghiraukan suara yang semakin menghampiri itu. Terus tanpa bertangguh, kakinya mula mengayuh pedal basikal dengan laju.

            “Hoi!Apa yang kau buat kat sini hah?!”, suara itu semakin lantang. Hana tidak peduli. Kakinya terus mengayuh laju. Risau kalau-kalau si pemilik suara itu akan mengejarnya. Apa yang pasti, dia harus menjauhi vila itu dengan segera. Untung sahaja tadi, wajahnya tidak dapat dilihat oleh orang yang menegurnya tadi.

Tuesday, 10 December 2013

CUTE QUOTATION










ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 1


Penghujung tahun 2004
Hana Antasha melangkah lemah menuruni anak tangga bas sebaik kenderaan awam itu berhenti di stesyen bas Sahab Perdana hampir lima minit yang lalu. Sempat tapak tangannya menyapu air mata yang masih bersisa sebelum memijak anak tangga yang terakhir untuk keluar daripada perut bas Transnasional itu, juga sebagai orang yang terakhir.
            Tali beg yang tersandang di bahu kanan diperbetulkan sambil kaki terus melangkah menuju ke hujung stesyen bas. Wajah seseorang yang menyelinap masuk ke dalam mindanya membuatkan Hana Antasha kembali sebak. Bukan sedih tapi geram!Air mata yang sedari tadi ingin ditahan, mengalir semula.
            “Tak guna!”, bisiknya geram. Sempat wajahnya yang sedari tadi menunduk kembali diangkat untuk memandang ke depan. Bahagian hujung stesyen bas itu yang bergelap membuatkan wajahnya mula berkerut.
            Air mata yang berada di pipi terus disapu apabila memerhati lampu yang sepatutnya menerangi bahagian hujung stesyen bas itu, tidak berfungsi. Sama seperti minggu-minggu yang lepas.
“Ei!Bila nak perbetulkan lampu tu?”, desis Hana perlahan. Matanya memerhati sekeliling stesyen bas yang masih dipenuhi orang pada ketika jam hampir ke pukul 8 malam itu, kecuali bahagian di hujung stesyen bas itu sahaja.
            “Nampaknya aku seorang lagi la malam ni..”, tutur Hana yakin apabila melihat kerusi-kerusi yang berada di bahagian hujung stesyen bas itu kosong dan sepi. Kaki Hana terus melangkah sambil tangannya memeluk kemas sebuah fail.
            Sebaik tiba di hujung stesyen bas yang menempatkan bas untuk menuju ke UUM dan juga Pekan Kodiang itu, Hana mengambil tempat di sebuah kerusi betul-betul di depan sebuah bas HBR yang akan bergerak menuju ke Pekan Kodiang dalam masa 15 minit lagi.
            Di kerusi itu, Hana melepaskan penatnya. Fail yang sedari tadi dipeluk erat diletakkan di kerusi di sisi kanannya yang kosong. Dia mula mengeliat untuk menghilangkan sengal-sengal di badannya setelah hampir sejam setengah berada di dalam bas dari Sungai Petani tadi.
            Puas mengeliat, Hana melepaskan keluhan. Terngiang-ngiang kata pensyarah untuk subjek PAD 170, Politics and Government pada tengah hari tadi.
            “Kalau saya dapat tahu perkara yang macam ni lagi, ingat Hana. Saya tak kan teragak-agak untuk gagalkan kamu terus nanti!.”
Hana mengetap bibirnya. Geram!Sakit hati yang kembali bertamu di dalam diri membuatkan matanya kembali senang untuk bergenang air.
            Keadaan bahagian itu yang bergelap membuatkan Hana terus melempiaskan emosinya seorang diri tanpa rasa malu. Dia tahu tiada sesiapa yang berada di situ. Teresak-esak dia menangisi nasib dirinya.
            “Macam mana kalau aku gagal nanti?Tak mustahil perempuan itu akan buat lagi..”, getus Hana sendirian. Raut wajah Rina Batrisya yang tersenyum sinis sambil mengangkat kening kepadanya kembali terbayang.
            “I told you right?.”
Kata-kata yang diberikan oleh Rina Batrisya kepada dirinya di tangga membuatkan lidah Hana kelu seribu bahasa untuk membalas. Tidak diduga, rancangannya untuk bertemu dengan Puan Sufi untuk menerangkan perkara yang sebenar, hanya memakan dirinya sendiri.
            Air mata terus dirembeskan. Hana berasa sakit hati. Bukan hanya kepada Rina, malah kepada dirinya sendiri yang tidak pernah berani untuk melawan gadis itu.
            “Rina Batrisya!”, Hana menyebut nama gadis yang sekelas dengannya itu dengan rasa penuh geram. Terbayang raut wajah gadis yang tinggi lampai persis seorang model itu. Rambutnya yang ikal itu sering ditata rias dengan hiasan. Wajah cantiknya juga sering dikenakan solekan. Serba-serbi mengenai diri gadis itu dapat menarik perhatian sesiapa sahaja.
            Hana membelek hujung lengan kemeja yang menyaluti tubuhnya.
“Kau kena sedar diri. Kau tu ugly. Euww!.”
            Kata-kata Rina yang pernah disuarakan kepadanya ketika berselisih di tandas satu ketika dahulu kembali bergema. Tidak berkelip mata Hana memerhati hujung kemeja yang melurut jatuh di pergelangan tangannya itu.
            “Ugly?Kenapa?Sebab aku tak pakai baju-baju berjenama macam dia?”, bisik Hana sambil menyinsing kembali kemeja berwarna ungu gelap itu.
            Sesekali kepala Hana mengangguk bagaikan menyetujui sesuatu. Ya, dia akui yang Rina Batrisya adalah seorang gadis yang cantik. Tidak pernah kalah dari segi pemakaian. Siap lengkap dengan aksesori dan juga beg tangan yang akan berganti setiap hari.
            “Dia kan anak orang kaya.”
Kata-kata yang sering diberikan untuk menerangkan siapa Rina Batrisya di UiTM Merbok itu. Itulah kata-kata pertama yang akan terpacul keluar dari mulut sesiapa yang memandang kepada gadis itu. Cantik?Sudah semestinya!
            Air mata yang mengalir di pipi terus diseka dengan tapak tangan. Bukan Hana tidak ingin melawan dengan Rina untuk nasib dirinya tetapi entah kenapa setiap kali berdepan dengan gadis itu, dia akan menjadi penakut.
            Takut untuk membuka mulut. Lagipun, siapa yang akan menyokongnya?Dia kan Hana Antasha. Siapa Hana?Ala, si Sleeping Ugly tu!
            Siapa Rina?Ala, yang cantik tu!Rina?Anak orang kaya tu kan?Dengar kata pakaian dia yang dalam almari tu pun dah beribu-ribu ringgit tau!
Lalu, dengan situasi yang macam tu, macam mana dia dapat mengalahkan si Rina Batrisya?Anak orang kaya yang sekelas dengannya sejak semester pertama lagi. Perempuan yang mula memandang sinis kepadanya sejak hari pertama mereka di UiTM itu.
            “Aku kan Sleeping Ugly..”, tutur Hana perlahan. Bibirnya tersenyum kelat mengenangkan nasib dirinya sendiri. Satu UiTM mengenali dirinya tetapi bukan dalam cara yang sama seperti Rina dikenali. Dia tidak ubah seperti bahan jenaka tetapi Rina?Ramai pelajar lelaki yang terpaut hati kepada gadis yang berasal dari KL itu.
            “Assalammualaikum!.”
Satu suara mematikan lamunan Hana. Wajahnya terus dipalingkan ke sisi kanan untuk disembunyikan apabila menyedari kehadiran seseorang di sisi kirinya.
            “Er..waalaikummussalam”, sahut Hana dengan teragak-agak.
Lelaki yang memerhati Hana itu mengerutkan wajahnya. Kenapa gadis itu membelakanginya?Sudahlah gelap, tak nampak dengan jelas, kenapa dia buat macam tu?
            Hana mengetap bibir. Di dalam hati, dia berharap agar lelaki itu segera berlalu. Peminta sedekah ke?Tak kan la. Dia tahu pakcik yang selalu meminta itu hanya ada pada waktu petang sahaja.
            “Er..saya nak tanya ni. Bas ke..”
“Sana!”, Hana terus menuding tanpa berpaling. Juga, tanpa menanti untuk lelaki itu menghabiskan kata-katanya.
            Terkejut lelaki itu dengan lantunan suara si gadis yang masih tidak bersemuka dengannya itu.
“Er..mana awak tahu yang saya...”
            “Sini bas yang nak pergi UUM dan Kodiang je”, laju Hana menjawab.
Kepala lelaki itu mengangguk. Mulai faham. Dia sendiri tidak dapat membaca dengan jelas tulisan yang tertera dek kegelapan di kawasan itu.
            Ekor mata lelaki itu kembali jatuh kepada Hana. Masih seperti tadi. Membelakangi dirinya.
            “Agaknya dia malu tak?Ya la. Kan tadi dia menangis”, bisik hati lelaki itu. Hanya gadis itu yang tidak menyedari tingkahnya dapat diperhatikan oleh dirinya sebentar tadi.
“Saya tak ada sapu tangan tapi er...ambiklah ni...”
            Wajah Hana berkerut apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
“Apa pula?Dah orang bagitahu tadi tu, dah la!”, bentaknya di dalam hati. Hana terus membatu. Tidak ada hati ingin menoleh. Biarkan. Dia berharap agar lelaki itu akan segera berlalu.
            “Ambiklah. Kesat air mata awak tu. Juga sebagai tanda terima kasih saya. Emm..terima kasih. Saya pergi dulu”, tutur lelaki itu sebelum berlalu. Sesekali, kepalanya menggeleng dengan gelagat Hana.
            Beberapa minit menunggu dan setelah yakin yang si penegur tadi tidak lagi berdiri di sisinya, Hana menoleh perlahan-lahan. Kelihatan seorang lelaki yang menggalas beg berwarna hitam yang sedang melangkah menjauhi tempat duduknya.
            Pandangan mata Hana jatuh pula kepada sehelai kain yang tersangkut di kerusi tempat duduknya. Tangannya mencapai kain lembut yang berwarna hitam itu.
“Mafela?Lelaki tu...”, dengan sehelai mafela di tangan Hana berdiri. Matanya memerhati lelaki yang sedang berjalan yang diyakini lelaki yang menegurnya tadi. Juga, lelaki yang meninggalkan mafela itu untuk dirinya.
            Wajarkah dia mengejar lelaki itu?Setidak-tidaknya  ucapan terima kasih perlu diberikan tapi betulkah tindakannya itu?
Hana mula berbelah bahagi sama ada untuk mengejar lelaki itu atau pun tidak. Dia mula mengetap bibir. Berharap, setidak-tidaknya lelaki itu akan menoleh kepadanya. Dapatlah wajah lelaki itu ditatap.
            Hana terus menanti. Dia tahu mustahil dia ada keberanian untuk mengejar lelaki itu. Entah kenapa, kakinya bagaikan dipasak di lantai simen tempat dia berdiri sekarang. Hanya matanya yang terus memerhati langkah lelaki itu yang semakin menjauh dari dirinya.
            Lelaki itu yang hanya kelihatan dari belakang, terus melangkah menyeberangi jalan menuju ke kaunter bas ekspress. Hana kembali duduk di kerusinya apabila kelibat lelaki itu tidak lagi kelihatan.
            Kain mafela yang berada di dalam tangannya kini direnung.
“Ambiklah. Kesat air mata awak tu. Juga sebagai tanda terima kasih saya.” Terngiang-ngiang suara lelaki tadi di cuping telinga Hana.
            Hana kembali menoleh ke seberang jalan. Memerhati kalau-kalau adanya lelaki yang berseluar jeans biru gelap dan juga berjaket hitam. Tiada.
            “Terima kasih”, bibir Hana menutur perlahan. Seakan-akan si pemilik mafela itu ada di depannya.
           
           
           
“Bangun!Bangun!Kenapa tidur kat sini?”, satu suara mengejutkan Hana Antasha yang terpisat-pisat membuka matanya. Kelihatan dua orang perempuan yang sedang memandang pelik kepadanya.
            “Er...”, Hana kelu. Dia memerhati sekeliling. Keadaan sekeliling yang ramai dengan para pelajar baru seperti dirinya yang bersama-sama dengan ibu bapa masing-masing membuatkan dirinya terasa malu. Apatah lagi, beberapa pasang mata turut terarah kepada mereka bertiga.
            “Kenapa tidur sini?Dah daftar?”, salah seorang daripada perempuan yang mengejutkan Hana daripada tidurnya melirik pelajar perempuan itu ke atas dan ke bawah.           “Er..saya..er..tak..”, tergagap-gagap Hana ingin menjawab. Kepalanya menggeleng perlahan.
“La...tak daftar lagi?Dah la tak daftar, yang awak tidur sini siapa yang suruh?”, perempuan yang mengejutkan Hana tadi mula bersuara semula setelah diam seketika. Nada yang lahir dari mulutnya jelas menunjukkan yang dia kurang senang dengan jawapan yang diberikan oleh Hana.
            Hana terus diam membisu. Berdebar jantungnya mendengar pertanyaan yang dia sendiri tidak ada jawapan untuk diberikan. Wajahnya menunduk. Tidak berani mendongak untuk bersemuka dengan kedua-dua perempuan tersebut.
            “Dah la tu. Awak ni..”, perempuan yang mengenakan cermin mata menyiku lengan kawannya. Perempuan itulah yang bertanya kepada Hana sama ada dia sudah mendaftar atau belum.
            “Kalau kita biarkan...”
Belum sempat perempuan yang masih belum berpuas hati itu ingin meneruskan kata-katanya, kawannya yang bercermin mata itu terlebih dahulu membuka mulut.
            “Adik, kalau adik tak daftar lagi, sila pergi ke Dewan Masria untuk mendaftar. Lepas daftar, baru tahu kolej mana adik akan ditempatkan. Nanti, kakak kat dalam tu akan bagitahu nombor bilik dan serahkan kunci bilik sekali. Kat sana tu..”, perempuan tersebut tersenyum kepada Hana yang memberikan sepenuh perhatian kepada kata-katanya. Tangannya turut ditunjukkan ke satu arah.
            “Terima kasih akak”, Hana berbahasa setelah mendengar kata-kata perempuan itu. Terus, beg yang berada di tanah diangkat dan dibawa bersama-sama dengannya menuju ke dewan.
            “Junior!Macam-macam hal la!”, perempuan yang masih tidak berpuas hati itu mendengus geram.
“Sebab dia orang junior la, adanya kita sebagai senior dan juga OC untuk tolong”, balas perempuan yang mengenakan cermin mata itu.
            “Tahulah tapi dia ni..budak ni..”, perempuan itu mengerling ke arah Hana yang baru melangkah ke dalam dewan.
            “Dah la tak daftar lagi, senang-senang dia je nak tidur sini. Apa dia ingat datang sini untuk tidur?Kalau nak belajar tu buatlah macam cara nak belajar!”, tempelak perempuan yang masih tidak berpuas hati.
            Kawannya yang malas untuk melayan sesi perdebatan itu hanya mendiamkan diri. Baginya, mungkin saja pelajar baru itu ada masalah?Atau paling tidak, letih barangkali?
            Hana terpinga-pinga sebaik melangkah masuk ke dalam dewan yang sederhana besar itu. Matanya memerhati sekeliling isi dewan yang dapat ditatap oleh pandangan matanya. Ada beberapa buah kaunter yang disediakan di situ. Juga terdapat beberapa barisan panjang yang sedang beratur di depan kaunter-kaunter tersebut.
            “Mana satu ni?Tadi akak tu tak cakap pula ada banyak kaunter”, gumam Hana seorang diri di muka pintu dewan. Lambat-lambat kakinya melangkah masuk ke dalam dewan sambil tangan kirinya membawa sebuah beg pakaiannya. Tangan kanannya memegang sampul surat yang mengandungi laporan perubatannya. Tidak pasti dengan apa yang harus dilakukannya, Hana menuju ke sebuah barisan dan beratur di situ.
            Seorang pelajar perempuan yang berada di depannya menoleh sekilas ke arah Hana. Diperhatikan gadis yang mengenakan baju kurung berwarna putih yang mempunyai corak bunga berwarna merah jambu itu. Tudung polos yang berwarna putih menutup kemas kepalanya.
            “Er..awak pun baru nak daftar?Sampai lewat juga ke?”, dia menegur Hana.
“Tak la. Er..tadi saya dah sampai dah tapi..”, mati kata-kata Hana. Macam mana dia harus berterus-terang?Memberitahu yang dia tertidur di bawah pokok hampir lima belas minit yang lalu?
            “Oh!Ni mesti sibuk angkut barang-barang ni kan?”, perempuan itu tersenyum dengan andaiannya sendiri. Hana yang berdepan dengan keramahan perempuan itu turut tersenyum.
            ‘By the way, I’m Syafika Hanisa. Panggil Ika je’, Syafika tersenyum sambil menghulurkan tangannya.
            Hana menyambut tangan gadis itu yang dihulurkan kepadanya. Tersenyum-senyum dia sambil memerhati gadis yang mengenakan seluar slack hitam bersama-sama kemeja biru muda itu. Rambut panjang paras pinggangnya ditocang kemas dibelakang kemas. Cukup formal.
            “Saya Hana Antasha binti Kamarudin. Panggil Hana je.”
“Hana..”, Ika mengangguk-anggukkan kepalanya. Selesai bersalam, dia memandang semula ke depan. Cuba mengira-ngira berapa orang lagi yang sedang berada di depannya sebelum giliran dirinya berurusan di kaunter.
            “Course?”, Ika menoleh semula kepada Hana.
“Public Administration”, jawab Hana.
            “Eh!Samalah!”, Ika terjerit kecil bagaikan tidak percaya.
Hana hanya tersenyum melihat keletah gadis itu. Siap lengannya dipegang oleh Ika dek teruja dengan jawapan yang diberikannya kepada gadis itu.
            “Hopefully, kita akan dapat satu bilik”, Ika bersuara penuh mengharap.
“Emm..”, Hana hanya mengangguk.
“Satu bilik?Belum tentu lagi Ika betul-betul maksudkan kata-katanya itu kalau dia dah kenal aku lepas ni”, detik hati Hana.
Hampir 10 minit menunggu, tiba giliran Ika untuk berurusan. Setelah menyerahkan beberapa dokumen seperti yang dikehendaki, terdengar suara akak yang bertugas di kaunter itu.
“Bilik awak M1-04-03.”
“Saya nak satu bilik dengan dia ni, boleh tak?”, Ika pantas menarik tangan Hana yang sedang berdiri di belakangnya.
            “Tapi...”
“Please!”, Ika terus merayu dengan membuat muka kesian.
            Hana yang memerhati dan mendengar terus kelu. Selepas beberapa ketika, setelah akak itu menyemak senarai yang berada di atas mejanya, kepalanya kembali mendongak memandang Ika dan Hana.
            “Baiklah”, ringkas jawapan yang keluar daripada bibir akak itu.
Bas yang berhenti di Pekan Kodiang kembali membawa Hana ke alam nyata. Bibirnya tersenyum mengingati pertemuan pertamanya dengan Ika, yang kini bergelar sahabat baiknya di UiTM itu.


DRESS & TIE DYE MBR

dah lama rasanya tak update pasal MBR..so hari ni nak buat promo lagi untuk MBR. baru-baru ni, baru je order skirt tie dye yang cantik. memang puas hati dengan dress dan juga skirt-skirt yang pernah dibeli dari MBR sebelum ni. antara collection yang ada di MBR adalah




memang rambang mata.. a few pic more..



ini adik kepada Adah,big boss MBR..cute and cantik..pandai pose macam akak dia juga ;-) antara hasil suai padan hasil cetusan idea Adah sendiri seperti gambar di bawah


bukan setakat cantik tapi yang penting, menutup aurat;-)

Di antara collection tye dye yang ada di MBR ialah


dan juga


both dress ni dah di order pun untuk adik..skirt TD 02 untuk saya, hehe..dan juga dress dwicolor yang warna pink tu, nice! harga-harga yang ditetapkan oleh MBR amat-amatlah berpatutan setelah saya sendiri dengan rajinnya 'google' untuk buat survey..so rasanya tak perlu nak ragu-ragu untuk sesiapa yang belum pernah beli dari butik online milik Adah ni, happy shopping ;-)

Sunday, 26 May 2013

ALHAMDULILLAH, SYUKUR:-)

baru hari ni berpeluang nak update skit blog kesayangan ni, hehe..alhamdulillah, bersyukur sangat2 apabila penantian untuk melihat hasil kerja saya 'My Miss' akhirnya tercapai juga. macam2 perkara yang dilalui yang akhirnya dah memang tertulis rezeki saya adalah dengan pihak penerbitan Fajar Pakeer(FP) kali ni:-) by the wy, ni la cover yang diberikan untuk My Miss

hehe..sebab suka sangat so kita letak besar2 kat sini. untuk terbitan bulan April, ada lagi 2 buah novel yang turut diterbitkan oleh FP, iaitu...
dan juga
harapnya, akan dapatlah diterima oleh mereka yang sudah spend duit masing2 untuk beli novel saya. kalau ada kekurangan, terus menegur di blog ni dan insya Allah melalui cara itu, saya dapat mengetahui kelemahan diri ni. apa2 pun terima kasih kepada FP yang sudi menerima dan menerbitkan hasil kerja saya ni dan semestinya untuk mereka yang sudi membeli dan spend masa untuk membaca. terima kasih!!!

Thursday, 11 April 2013

NOVEL-NOVEL FAJAR PAKEER

sebenarnya sedang berdebar juga ni..maklumlah, novel kedua saya akan keluar hujung bulan ni, insya Allah. kali ni, diterbitkan oleh Fajar Pakeer(FP). curious juga macam mana la rupanya cover novel saya tu, hehe..by the way, kalau ada sesiapa yang berminat nak membeli novel-novel FP bolehlah order terus kat FP guna emel seperti di bawah ni

Email: order@fajarnovels.com.my / fajarpakeerkrew@yahoo.com

senang kan?manalah tahu kalau-kalau novel yang dicari tak ada di kedai yang berhampiran so order je terus dari FP, confirm ada! antara novel-novel terbitan FP



baaaaanyak lagi yang ada!visit la link FP, ada saya sertakan di blog saya. tuan rumah pembantu rumah ni, saya dah baca. memang tak rugi kalau sesiapa yang tak baca lagi grab novel ni. dah jadi best seller pun:-) 

novel kita nanti macam mana la ya?emmm...

PERKEMBANGAN MY BEAUTIFUL RANIA

Wah..dah lama tak update blog. sedar tak sedar, bisnes MBR pun dah bertambah maju. semalam, dah masuk paper Utusan, tahniah dan syabas ye Noor Nazrah, nampaknya, lepas ni kalau ada item yang berkenan, kenalah saya berebut-rebut dengan yang lain, hehe.. dulu tu, saya kenal MBR ni pun through paper Kosmo. waktu tu, tak banyak sangat collections macam la ni. ada maxi dress, cardigan, shawl, palazo dan beberapa blouse dan skirt. tapi sekarang ni dah macam-macam kaler flowy skirt. saya pun dah order beberapa helai n memang sedap dipakai;-) by the way, ni adalah pic blouse yang dimasukkan dalam Artil's collection di MBR

 cantik kan?memang hangat sambutannya sampai dah sold out tapi saya sempat grab yang warna fuchsia tu, hehe..

 ni pic empunya MBR, Noor Nazrah yang pandai bergaya!

la ni, dok tunggu yang ni pula

 saya order PR01 yang warna pink. tak sabar tunggu barang sampai:-)
Noor Nazrah dalam PR01 dusty purple, black n grey. yang pakai PR elec blue tu adiknya. both memang cantik dan pandai bagi pose;-)

sebenarnya, tengah tunggu juga bila MBR nak restock extra long cardigan yang macam ni
coz dah lama teringin nak pakai extra long cardigan yang macam dalam pic ni tapi kalau boleh nak la yang fit sampai L, kalau M tak berani takut ketat!;-) harap-harap ada la rezeki saya lepas ni nak order dari MBR lagi.

p/s: Semua pic belong to MBR ye!