Sunday, 15 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 5


             Makcik Bibah yang baru sahaja menjejakkan kakinya di tingkat tiga rumah banglo mewah itu melangkah menuju ke sebuah bilik yang pintunya tertutup kemas. Tiba di depan pintu itu, tangannya mula diketukkan beberapa kali.
            “Masuklah!.”
             Bibir Makcik Bibah tersenyum apabila mendengar laungan suara dari dalam. Perlahan-lahan, tangannya mula memusing tombol bilik yang tidak berkunci. Sebaik kakinya mula melangkah ke dalam bilik, bebola mata Makcik Bibah terus terarah kepada seorang anak muda yang sedang bersila di atas katil.
            “La...Rayyan tak habis kemas lagi?,” tegur Makcik Bibah diiringi senyuman.
“Sikit je lagi. Tengah kemas-kemas tadi tu terjumpa ni..,” tangan Rayyan, anak majikannya menunjukkan album gambar yang sedang ditatap.
            Makcik Bibah hanya tersenyum kelat. Dia tahu isi hati Rayyan ketika itu. Leka benar pemuda itu membelek gambar-gambar yang menyimpan seribu satu kenangan keluarganya.
            “Kalaulah umi masih ada lagi kan makcik?,” suara yang keluar dari bibir Rayyan membuatkan tangan Makcik Bibah yang sedang melipat sehelai baju T terhenti. Pandangannya diarahkan kepada Rayyan yang masih terus menatap gambar arwah ibunya itu.
            “Umi dah tak ada kan?Sudahlah tu...,” ujar Makcik Bibah lebih kepada memujuk. Dia juga turut merasa kehilangan di atas pemergian majikannya itu. Rayyan yang mendengar hanya mengangguk lemah. Hakikat yang dia sendiri masih sukar untuk menerimanya sehingga kini biarpun hampir tiga tahun berlalu sudah semenjak pemergian arwah uminya yang tersayang.
            Makcik Bibah kembali menyambung kerjanya, melipat beberapa helai baju T milik Rayyan yang masih berada di atas katil.
          “Malam ni Rayyan nak makan apa?Cakap kat makcik. Bolehlah Rayyan makan puas-puas. Nanti kat sana tu belum tentu lagi nak jumpa makanan orang Melayu tau,” Makcik Bibah mula berceloteh. Cuba menarik perhatian Rayyan dari terus tenggelam di dalam emosinya.
            Rayyan yang hanya memandang sekilas kepada Makcik Bibah hanya mengukirkan senyuman.
“Macamlah makcik tak tahu saya suka makan apa.”
            “Masak lemak cili padi. Malam ni makcik masak ya?,” balas Makcik Bibah. Matanya terus memerhati Rayyan yang masih tidak berubah arah pandangan matanya. Terus tertancap kepada album gambar keluarganya itu.
            Makcik Bibah menghela nafas perlahan-lahan. Dia sendiri sedang cuba mengawal perasaannya apabila melihat keadaan Rayyan. Kalau boleh dia sendiri tidak ingin menzahirkan emosinya di depan anak majikannya itu.
            “Hah!Puteri tak telefon Rayyan?,” Makcik Bibah melepaskan soalan yang terlintas di benaknya. Mungkin kawan sejak zaman kanak-kanak itu boleh menarik fokus Rayyan yang entah sejak bila terjatuh kepada album gambar yang sedang dipegangnya itu. Mungkin sejak dari pagi lagi apabila Rayyan tidak keluar daripada biliknya.
            “Puteri?Tak pun. Kenapa dia ada telefon rumah ke tadi?,” terus Rayyan menoleh kepada pembantu rumah itu tatkala mendengar nama gadis itu disebut.
            Tersenyum-senyum Makcik Bibah apabila melihat reaksi yang dipamerkan oleh Rayyan.
“Oh!Kalau dengar je nama Puteri terus gembira semacam. Kalau tadi tu...”
            “Mana ada!Saya biasa je la..,” tingkah Rayyan memintas cakap Makcik Bibah.
            “Betullah. Kalau tadi tu monyok semacam je. Makcik yang kat sini pun macam tak wujud je..,” tutur Makcik Bibah seakan-akan berjauh hati. Tangannya mula mencapai pula sehelai seluar jeans berwarna biru gelap yang berada di atas katil.
            Senyuman yang tadi meniti di bibir Rayyan mulai melebar apabila mendengar luahan Makcik Bibah. Album gambar yang sedari tadi ditatapnya mula dilepaskan ke atas katil. Dia mula mendekatkan dirinya kepada Makcik Bibah. Terus, kepalanya direbahkan ke atas peha wanita yang hanya tua beberapa tahun kalau dibandingkan dengan arwah uminya itu.
            “Oh!Makcik merajuklah ni?,” Rayyan tersenyum apabila memandang riak wajah Makcik Bibah yang kelat.
            “Tengok tu..orang nak kemaskan pakaian dia, nak baring-baring kat sini pulak..,” Makcik Bibah hanya menjeling sebagai jawapan kepada soalan Rayyan. Sengaja soalan itu dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan.
            “Kalau bukan dengan makcik dengan siapa lagi saya nak bermanja?,” ujar Rayyan. Tangannya melayang mencubit pipi Makcik Bibah sebelum mengiringkan badannya ke kanan. Tangannya mula memeluk pula lutut Makcik Bibah.
            “Ish!Budak ni..pandai je nak ambik hati kita..,” Makcik Bibah menampar lembut bahu Rayyan yang sedang mengiring. Terhenti seketika tangannya yang ingin melipat seluar jeans milik anak muda itu. Wajah Rayyan yang sedang berbaring di ribanya ditatap.
            “Kenapa ni?Rayyan tak suka ke nak pergi sana?,” duga Makcik Bibah. Cuba untuk menyelami hati Rayyan yang sebahagiannya sukar ditelah.
Keadaan bilik itu hening seketika apabila tiada sesiapa yang membuka mulut. Soalan Makcik Bibah berlalu sepi.
            Makcik Bibah sendiri tidak tahu apa yang ingin dikatakannya lagi. Risau kalau-kalau buah bicaranya akan hanya menggores perasaan Rayyan yang sudah sedia terguris.
            “Saya rasa lebih baik je saya pergi makcik. Belajar kat sana. Kat sini dah tak ada apa-apa pun...” Agak lama setelah waktu berlalu, barulah Rayyan membuka mulutnya. Menyuarakan secebis isi hatinya yang dipendamkan selama ini.
             “Habis tu makcik ni siapa?Bukannya siapa-siapa dengan Rayyan?Macam tu?Tu..Pakcik Husin siapa?Kami ni bukan keluarga Rayyan?Emm?,” tangan Makcik Bibah mula menampar bahu Rayyan. Sedikit beremosi hatinya apabila mendengar kata-kata Rayyan sebentar tadi.
            Rayyan yang mendengar hanya tersenyum. Tangan tua yang berada di bahunya itu dicapai dan digenggam sebelum kembali membuka mulutnya semula.
          “Makcik tahukan bukan macam tu maksud saya?Maksud saya Umi..,” mendatar suara Rayyan cuba menerangkan kata-katanya tadi.
            Mata Makcik Bibah mula digenangi air jernih. Tidak lagi berjaya menahan emosinya agar tidak terzahir di depan Rayyan. Sudahlah sedari tadi dia sendiri teringat kepada majikannya yang sudah tiada apabila melihatkan Rayyan yang sedang menatap album gambar itu, sekarang apabila mengenangkan Rayyan yang bakal pergi meninggalkan rumah itu, hatinya bertambah lirih.
            “Kan Puan dah tak ada. Lepas ni Rayyan pula nak tinggalkan rumah ni. Lagilah sunyi...,” Makcik Bibah pula melepaskan emosinya yang terpendam.
            Mendengarkan esakan perlahan daripada Makcik Bibah, Rayyan mula mengiringkan tubuhnya semula. Menelentang agar dapat menatap wajah yang turut tersemat di dalam hatinya selain daripada umi tersayang.
            “Saya pergi bukannya tak balik terus macam Umi tu...”
Tangan Rayyan sekali lagi mencuit pipi Makcik Bibah. Bibirnya menghadiahkan senyuman kepada pembantu rumah yang lebih dianggap sebahagian daripada keluarganya itu.
            “Kamu ni kan..kalau bercakap tu beralas la sikit!,” Makcik Bibah mengerutkan wajahnya.
“Betullah kan?Saya pergi sana nak belajar. Bila dah habis, saya balik la sini. Um..Puteri ada ke telefon sini tadi?.”
            “Tengok tu..ingat lagi tu..Tak ada. Dia tak telefon pun. Kenapa Rayyan je yang tak telefon dia?,” Makcik Bibah memberikan cadangan. Air mata yang masih bersisa di pipinya diseka.
            “Nantilah. Nak tidur kejap,” Rayyan mula mengiringkan semula badannya. Tangannya mula memeluk kemas lutut Makcik Bibah.
“Hah!Pandailah kamu. Makcik nak kena masak ni. Ni..semua ni..nak harapkan kamu sampai esok pun tak habis lagi,” Makcik Bibah mula berleter apabila memandang atas katil Rayyan yang masih bersepah dengan sebahagian pakaiannya yang belum berkemas.
            “Biarlah..nanti saya tak boleh tidur macam ni lagi..,” tutur Rayyan.
Makcik Bibah tertawa kecil mendengar kata-kata Rayyan.
            “Kamu ingat kamu ni kecik lagi ke?Budak-budak?Nak khawin esok lusa pun dah boleh tau. Dulu tu kalau 17, 18 tahun tu dah ada anak dua tiga orang dah.”
            “Tu la pasal. Siapa suruh makcik tua cepat sangat?Kalau tak...”
“Hei!Budak ni..kamu ingat makcik ni apa hah?,” Makcik Bibah menjerit kecil dengan usikan nakal Rayyan. Tertawa anak majikannya itu apabila rambutnya ditarik oleh Makcik Bibah.
            “Makcik kan girlfriend saya. Dah lupa ke?Saya akan sayang makcik sampai bila-bila!.”
Makcik Bibah terseyum senang mendengar bicara Rayyan yang lebih kepada anaknya itu.
    ###########        
            “Wanginya!Dari atas lagi saya dah boleh bau kuah ni..,” Rayyan yang baru menuruni anak tangga bergegas ke meja makan apabila hidungnya tertarik dengan aroma masakan Makcik Bibah.
            “Nak bodek la tu,” jeling Makcik Bibah yang baru meletakkan sejag air di atas meja makan. Suaminya, Pakcik Husin yang turut berada di meja makan hanya tersenyum memerhati tingkah Rayyan yang terus menyendukkan nasi ke dalam pinggannya sebaik melabuhkan punggungnya di kerusi. Seperti malam-malam sebelumnya, ketiadaaan penghuni rumah yang lain membuatkan hanya mereka bertiga yang berada di meja makan untuk menikmati makan malam.
            Makcik Bibah yang baru duduk di kerusi terus memerhati gelagat Rayyan yang menyudu kuah masak lemak cili padi ikan kembung ke dalam pinggannya.
“Makanlah makcik, pakcik. Sedap ni!,” tutur Rayyan sebelum memulakan suapannya yang pertama.
            Makcik Bibah dan Pakcik Husin yang memerhati tingkah anak majikan mereka itu saling bertukar senyuman.
“Macam mana?Lulus?,” tegur Pakcik Husin sambil menegakkan ibu jarinya kepada Rayyan.
            “Ni bukan setakat lulus je ni. Dapat markah penuh lagi. Terbaik la!,” Rayyan tersenyum kepada Makcik Bibah. Berpuas hati dengan air tangan wanita itu yang tersaji di depan matanya kini. Bahkan, sudah pun mula memasuki ke dalam perutnya.
            Makcik Bibah tersenyum bangga. Dalam banyak-banyak masakannya, itulah menu yang menjadi kegemaran Rayyan. Masak lemak cili padi. Anak yang diasuhnya bersama-sama majikannya yang telah tiada itu, sudah dianggap seperti anak sendiri.
            Apatah lagi, mereka suami isteri ditakdirkan untuk tidak mempunyai zuriat sendiri biarpun hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga. Jadi, semenjak bekerja di rumah itu, Rayyanlah racun apabila dia mula membuat perangai tetapi Rayyan jugalah penawar dengan segala usikan-usikan nakalnya. Sekarang, dia memanggil pula Makcik Bibah sebagai ‘teman wanitanya’. Ada-ada saja!
            “Hah!Makcik...senyum-senyum tu kenapa?Ada apa-apa ke ni?,” Rayyan menegur Makcik Bibah sambil mengangkat keningnya.
            Pakcik Husin yang baru menjamah nasi mengerling kepada isterinya yang masih belum menyentuh makanan mahupun minuman itu.
          “Kamu ni pandai-pandai je. Kenapa?Salah ke kalau makcik senyum?,” Makcik Bibah bersuara. Tangannya mula menyendukkan nasi ke dalam pinggan.
            “Salah tu tak tapi manalah tahu kalau makcik ada ingatkan siapa-siapa ke?,” Rayyan terus mengusik. Suka hatinya apabila dapat melihat jelingan mata Makcik Bibah apabila sering diusik olehnya sebegitu. Kalau bukan jelingan, pasti wanita yang dianggap seperti ibu keduanya itu akan mula menarik muncung.
            “Pandai-pandai la kamu ni. Sudah, makan tu. Makan banyak-banyak. Nanti...”
Mati kata-kata yang ingin diluahkan oleh Makcik Bibah. Sedikit demi sedikit hatinya mula dikuasai oleh emosi apabila mengenangkan Rayyan yang bakal melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat.
            Rayyan yang sedang mengunyah makanannya memerhati wajah Makcik Bibah yang menunduk. Tangan kirinya mula menjalar mengenggam tangan wanita itu.
           “Dah la. Tak payahlah nak sedih sangat. Saya pergi bukannya lama pun. Kejap je. Em..empat lima tahun macam tu. Lepas tu baliklah sini. Sedar tak sedar, bila makcik buka je mata terus saya ada kat sini,”  tutur Rayyan cuba menghiburkan hati Makcik Bibah.
            Pakcik Husin yang sedari tadi mendiamkan diri tersenyum mendengar bicara Rayyan.
          “Dah tu. Makan Rayyan. Jangan dilayan sangat emosi makcik kamu ni. Makin dilayan nanti, ai..tak tahulah apa nak jadi. Sekarang ni kamu masih lagi ada depan mata kami dia dah jadi macam ni. Kalau esok-esok kamu dah pergi?Maunya sebaldi air mata dia tu. Kalau sebaldi tak mengapa juga, kalau banjir?.”
            Pakcik Husin menjeling sambil tangannya terus menyuap nasi. Sempat dia memerhati renungan tidak puas hati yang diberikan oleh isterinya tadi.
          “Makanlah makcik. Tak payahlah nak sedih-sedih macam ni. Kalau boleh saya pun nak terus sambung belajar kat sini tapi makcik fahamkan keadaan sini macam mana?,” ungkap Rayyan sambil terus memerhati Makcik Bibah.
            Kepala wanita itu mengangguk perlahan diiringi satu keluhan. Mustahil dia tidak mengerti situasi yang harus dihadapi oleh Rayyan seandainya anak muda itu memilih untuk terus belajar di situ.
            “Nah!Saya dah sendukkan nasi untuk makcik. Makan la..sedap ni!.”
Suara Rayyan menarik kembali perhatian Makcik Bibah yang sedikit tersasar dari alam nyata. Senyuman yang terukir di bibir anak majikannya itu turut dibalas untuk menyenangkan hati Rayyan.
            “Macamlah makcik tak tahu sedap ke tak. Makcik yang masak kan?,” balas Makcik Bibah sambil tangannya mula menjamah makanan yang terhidang.
           “Oh!Sedap ya?Maksudnya makcik masuk bakal angkat sendiri la ya?Macam tu?,” tutur Rayyan berpura-pura terkejut dengan kata-kata pembantu rumahnya itu.
            “Rayyan!Kamu ni...”
Hilang kata-kata yang ingin dikeluarkan oleh Makcik Bibah apabila melihat Rayyan dan suaminya yang sedang tertawa. Sekali lagi Rayyan menang pada malam itu dengan usikannya.
           
 ##########
            Rayyan yang sedang membaca buku di sofa berhampiran tingkap biliknya dek tidak dapat melelapkan mata, tersentak apabila mendengar bunyi pintu yang dikuak dari luar. Terus pandangannya terarah ke arah sosok tubuh yang sedang melangkah ke arahnya.
            “Shasha!Apa yang you buat kat sini?!.”
Sebuah buku yang berada di tangannya sejak beberapa jam yang lalu dilepaskan ke atas meja. Rayyan mula bangun dari pembaringannya apabila melihat Shasha yang kian menghampiri.
            “Sshh!!,” gadis itu meletakkan jari telunjuk di bibirnya sendiri. Isyarat agar Rayyan mendiamkan dirinya daripada terus berkata-kata.
            Rayyan mengerling jam di tangannya. Hampir ke pukul 3.30 pagi. Pandangannya berubah pula kepada Shasha, melirik dress ketat berwarna hitam yang membaluti tubuh gadis itu.
            “You tak tidur lagi?,” Shasha bersuara seakan-akan berbisik. Bibirnya terus murah menghadiahkan senyuman kepada Rayyan yang masih merenung kepadanya.
“Keluar. I tak nak bergaduh dengan you at this hour. Keluar.” Tangan Rayyan mengarah ke pintu.
            Shasha hanya menjungkitkan bahunya. Seakan-akan tidak kisah dengan apa yang diperkatakan oleh Rayyan. Dia mula melabuhkan punggungnya di birai katil.
          “Not bad katil you ni kan..,” ujar Shasha sambil tangannya menepuk-nepuk tilam. Pandangannya mula dihadapkan kembali kepada Rayyan yang masih tidak berganjak sedari tadi.
            “Apa yang you nak hah?I cakap tadi...”
            “Good question!Emm...what do I want?I nak tidur sini malam ni..can I?,” Shasha bersuara manja. Tangannya mengusap-usap tilam yang menjadi alas duduknya kini.
            “Get out Shasha!I dah cakap tadi I tak nak bergaduh dengan you sekarang. So, just leave!.”
            “You ni kan, entah apa-apa tah. Apa salahnya kalau kita share katil ni?Hmm?Tak salahkan?,” tingkah Shasha. Dia yang duduk terus menelentang di atas tilam. Dress ketatnya yang cukup-cukup menutup lutut tersingkap sedikit ke atas sekaligus menyerlahkan paras pehanya menjadi tatapan percuma kepada Rayyan yang masih bersabar dengan kelakukannya.
            “Enough!Bangun, bangun!.” Rayyan yang tidak berjaya lagi membendung emosinya terus meluru ke katil dan menyentak lengan gadis itu yang sedang berbaring.
            “Hei!Sakitlah!You ni tak gentleman tau!.” Shasha tertawa kecil biarpun diseret oleh Rayyan menghala ke pintu. Wajah lelaki yang sebaya dengannya itu ditatap dalam-dalam dengan senyuman yang masih meniti di ulas bibir terang disaluti lipstik merah menyala.
            Sebaik pintu dibuka, Rayyan menolak gadis itu keluar. Sakit hatinya apabila melihat Shasha yang berterusan tersenyum kepadanya.
            “You know Rayyan...”
            “You listen to me!,” tingkah Rayyan sambil menuding jarinya kepada Shasha.
“Just so you know, you orang yang paling teruk pernah I kenal. And maybe perempuan yang...,” Rayyan menggelengkan kepalanya perlahan. Tidak tergamak untuk mengeluarkan kata-kata keji kepada perempuan yang kalis malu seperti Shasha.
            “Yang apa?Hmm?I tahu yang you tahu you pun sukakan I juga kan?Sebab tu la you tak cakap I perempuan yang macam mana. Kan?Right?.” Rayyan tersenyum sinis mendengar luahan kata-kata Shasha.
            “You perempuan yang classless, you hear me?Classless!,” desis Rayyan sebelum terus menutup pintu. Kali ini, pintu biliknya terus dikunci untuk memastikan Shasha, anak saudara kepada ibu tirinya itu tidak akan lagi mengganggu dirinya sama seperti malam-malam sebelumnya.


Saturday, 14 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 4


            “Assalammualaikum..,” satu ketukan yang diberikan di pintu sebelum pintu dikuak menarik pandangan mata Hana yang sedang berbaring di katil.
           “Waalaikummussalam, baru balik?Kata tadi nak dinner sama-sama?Konon la!,” Hana mula menarik muncung apabila melihat Ika yang sudah melangkah ke dalam bilik.
            “Ala..tak kan merajuk kut?Ni..tengok ni..ada kan saya beli?Ni Ika la!Mana pernah lupa janji,” sahut Ika berbangga sambil menunjuk bungkusan beg plastik di tangannya.
             Hana yang sedang menyandar di kepala katil sambil membaca sebuah buku hanya mengerling sekilas ke arah Ika yang sedang duduk di birai katilnya yang bertentangan dengan katil Hana itu.
            Kelihatan Ika yang tersengih kepadanya sambil mengangkat kening.
          “Man ada saya merajuk la. Acah je tadi tu,” balas Hana tersenyum. Apatah lagi apabila matanya turut melihat beg plastik KFC yang ditunjukkan oleh Ika tadi!
            “Eh!Tahu tak..,” Ika yang sudah berlalu untuk menggantikan bajunya mula membuka mulut untuk menyampaikan berita terbaru  kepada Hana.
            “Apanya?Awak tak nak mandi dulu ke?,” tegur Hana apabila melihat Ika yang sudah berkemban dengan tualanya. Seksi tu!
            “Ala..panas lagi ni. Kan tak elok mandi kalau badan masih panas kan?,” Ika tersengih. Dia yang sudah berlalu ke katilnya mula tidak sabar untuk bercerita.
            “Alasan je..,” Hana yang sudah mencapai satu beg plastik tersenyum lebar apabila melihat isi kandungan beg plastik itu.
“Suka..mentang-mentang Zinger Burger,” Ika yang memerhati gelagat Hana senang hati apabila melihat senyuman yang terukir di bibir Hana.
            Dia sendiri turut mencapai beg plastik yang turut mengandungi isi kandungan yang sama seperti Hana. Makan burger maksudnya masa untuk bergosip!
            “Dengar ni..teka tadi saya jumpa si Rina tu dengan siapa?,” Ika mula membesarkan matanya apabila melepaskan soalan kepada Hana yang sedang menggigit burger kegemarannya itu.
            Beberapa ketika dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan apabila mulut Hana dipenuhi dengan isi burger yang sedang dikunyah itu. Hanya matanya yang memerhati kepada Ika yang mengangkat keningnya kepada soalan yang masih belum diberikan jawapan.
            “Tak payah teka pun saya dah tahu la..,” jawab Hana berbasa-basi. Sekadar untuk memberikan respons kepada Ika yang masih menantikan jawapan daripadanya.
“Awak dah tahu?,” sedikit terjegil mata Ika apabila mendengar jawapan yang keluar daripada bibir Hana.
            Kawan baiknya itu hanya memberikan anggukan kepala berulang kali. Ika memerhati Hana yang kembali menggigit burger yang masih berada di tangannya.
          “Pelik..awak yang tak keluar ke Sungai Petani tu pun tahu si Rina tu keluar dengan siapa?,” Ika mula memuncungkan mulutnya. Pandangan matanya tidak berubah. Masih melekap kepada Hana yang bersila di atas katil.
            Puas mengunyah burger yang berada di dalam mulut, Hana kembali membuka mulutnya.
“Sebabnya tadi dia datang sini. Jadi saya tahulah dengan siapa dia nak keluar sebab dia sendiri yang cakap. Senior Adif tu kan?,” Hana memuncungkan mulutnya ke luar tingkap bilik. Seolah-olah senior Adif berada di situ.
            Ika yang mendengar mula tersenyum. Dia mula membuka mulut menggigit burgernya untuk kali yang kedua. Barulah berselera semula!
            Hana yang memerhati reaksi Ika tidak menghiraukan. Terus dia menikmati burger yang masih berbaki di tangannya. Kalau bukan dengan Adif, dengan siapa lagi Rina nak keluar?Macamlah satu UiTM ni tak tahu dengan siapa yang selalu dia berkepit. Perpustakaan dan medan selera bukan lagi tempat yang asing bagi dua orang pelajar itu.
            “Salahlah. Bukan dengan Adif tu,” Ika mula memberitahu. Kalau hendak tunggu Hana yang bertanya, esok pun belum tentu lagi!Dia yang terserempak dengan Rina di Central Square petang tadi, sudah tidak sabar hendak berkongsi cerita dengan Hana.
             Terperanjat Hana yang baru hendak menyedut air. Terjongket kedua-dua keningnya ke atas apabila mendengar kata-kata Ika.
“Hah!Tu la..terkejut kan?Tadi...”
            “Tapi tadi...tadi dia sendiri yang cakap..,” Hana mula menggelabah. Tangannya menunjuk pula ke arah pintu bilik seolah-olah Rina sedang berdiri di situ.
“Apa yang dia cakap tak semestinya itu yang dia buat kan?Don’t tell me Hana yang awak boleh percayakan dia. Percayakan perempuan yang macam tu!,” desis Ika geram.
            Sejak hari pertama lagi dia dengan Rina sudah ditakdirkan untuk berseteru.
“Apa dia ingat dia sorang je yang mampu beli semua benda-benda tu?,” detik hati Ika apabila mengenangkan perangai berlagak Rina yang tidak bertempat itu.
            “Tak la..bukan macam tu tapi dia sendiri yang cakap tadi nak keluar dengan senior Adif,” tutur Hana. Terkebil-kebil matanya seiring dengan akalnya yang memproses maklumat yang disampaikan oleh Ika tadi.         
            “Dah dia cakap dan awak pun percayalah?Macam tu?,” duga Ika.
“Bukan macam tu tapi...,” Hana tidak meneruskan kata-katanya. Kenapa Rina berbohong?Dia tidak kisah kalau Rina berbohong kepadanya sebab dia tahu, gadis itu tidak pernah pun berbaik-baik dengannya tapi sekarang ada dua pihak yang sedang ditipu oleh Rina.
            “Dah tu?,” Ika terus menyoal. Dia mula berasa pelik dengan wajah Hana yang bertukar serius sedari tadi. Hilang moodnya untuk terus bergosip!Dah bertukar jadi sesi ala-ala tutorial di dalam kelas pula.
            “Dengan siapa dia keluar?,” Hana melepaskan soalannya kepada Ika. Wajah kawan baiknya itu direnung.
            “Dengan Zafran,” jawab Ika. Mulutnya yang ingin dibuka untuk menggigit burger yang berada di tangan, terbantut seketika apabila melihat raut wajah Hana yang berkerut.
            “Zafran pelajar Bisnes tu?Bukan dia sama batch dengan kita ke?,” soal Hana lagi inginkan kepastian.
“Em..budak tu la. Budak mana lagi. Bukan main manja lagi Rina berkepit dengan dia kat CS tadi. Ish!Tak tahu malu langsung!,” Ika mencebikkan bibirnya. Terasa meluat apabila teringatkan gelagat Rina dengan Zafran di CS petang tadi.
            “Yang awak ni kenapa?Muka ketat semacam je..,” tegur Ika apabila melihat Hana yang terkebil-kebil seorang diri. Hanya jarinya yang bermain-main dengan penyedut minuman yang sedang dipegangnya.
            “Tak la. Cuba awak fikir...”
            “Ala..malaslah!Nak kena fikir-fikir ni..,” Ika mula menarik muncung apabila mendengar kata-kata Hana.
            “Dengarlah dulu. Tadi Rina kata dia nak keluar dengan Adif tapi alih-alih awak cakap, dia keluar dengan Zafran. Maksudnya sekarang ada dua orang yang kena tipu dengan dia kan?,” Hana mengangkat kening kepada Ika apabila melepaskan teori yang bermain-main di dalam kepalanya sedari tadi.
            “Emm..,” Ika mengetap bibir. Sesekali, kepalanya dianggukkan.
            “Sama ada Adif dan Zafran tu kena tipu atau hanya seorang je daripada dia orang yang kena tipu dengan minah tu,” tingkah Ika dengan andaiannya.
            “Adif!,” serentak Hana dan Ika menutur nama tersebut apabila pandangan mata mereka bertaut.
            “Sebabnya satu UiTM ni tahu kut yang minah tu selalu berkepit dengan Adif. Tak kan si Zafran tu tak tahu?Tak perasan atau tak pernah terserempak dengan dia orang kat mana-mana kan?Tu..kat medan selera tu, selalu sangat,” Ika mengerling ke luar tingkap.
            Hana termangu-mangu. Kenapa Rina sanggup menipu senior Adif tu?Apa yang tak kena?
“Dia tipu tu satu hal tapi Zafran tu..,” hilang kata-kata Hana apabila seraut wajah lelaki yang berkulit sawo matang itu menjelma di ruang benaknya.
            “Bodoh!Sebab dia bodoh la, dia sanggup jadi spare tyre si Rina tu!,” tempelak Ika. Muka je boleh tahan tapi akal tak ada!
            Hana mengerling kepada Ika.
“Amboi!Senang je awak cakap dia bodoh kan?Tak baik tau...”
            “Betul apa, apa yang saya cakap. Tak kan la dia tak tahu yang Rina tu rapat dengan Adif?Kalau dari apa yang mata ni tengok...,” tutur Ika sambil menunjuk kepada kedua-dua matanya.
            “Lagak dia orang tu bukannya setakat kawan je. Siap berpegang-pegang tangan, makan pun bersuap, apa bendanya tu?Tak jadi spare tyre kalau dah mesra macam tu?Tak ke bodoh namanya?,” Ika membesarkan matanya. Geram apabila memperkatakan perihal si Rina.
            Hana membatukan diri. Di dalam hati, dia mengiyakan kebenaran kata-kata kawan baiknya itu. Memanglah bodoh kalau sanggup jadi ‘simpanan’ kalau dah tahu Rina tu ada hubungan dengan Adif.
            “Dah la..tak payah bercakap pasal dia orang tu. Bukannya ada faedah pun,” tutur Hana sekaligus mematikan niat Ika yang ingin membuka mulutnya lagi.
            “Betul juga. By the way, kenapa Rina datang sini?Tadi awak cakap dia datang bilik kita kan?,” soal Ika sebelum kembali menyambung menikmati burgernya.
            “Er..pasal assignment. Kan ke kami satu kumpulan,” jawab Hana berbohong.
“Satu kumpulan?,” Ika tersenyum sinis. Kepalanya digeleng beberapa kali. Anak matanya terus memandang kepada Hana yang sedang menyedut air.
            “Satu kumpulan apanya kalau awak je yang buat kerja?Dia?Berseronok sana-sini!,” tempelak Ika geram.
Hana yang sudah boleh mengagak arah bicara Ika hanya mendiamkan diri. Dia tahu kawan baiknya itu akan terus membebel melepaskan rasa tidak puas hatinya.
            “Walaupun Puan Sufi tak percaya dengan cerita awak tapi saya percaya. Cuma salahnya, kita tak ada bukti je. Kalau ada, memang siaplah si Rina tu!,” Ika terus melepaskan emosinya. Dia yang tahu permasalahan yang pernah timbul dahulu turut merasa simpati kepada kawan baiknya.
            “Dah la. Tak guna cakap pasal tu lagi. Beria-ia saya bercerita hal yang sebenar kat Puan Sufi tapi alih-alih dia tak percaya pun. Siap bagi amaran lagi. Sia-sia je apa yang kita rancangkan tu,” luah Hana kecewa.
            Ika turut melepaskan keluhan. Dia yang memberikan cadangan kepada Hana untuk terus pergi berjumpa dengan pensyarah tersebut dan menerangkan hal yang sebenar bahawa tugasan yang diberikan sebelum ini adalah hasil kerja Hana dan bukannya Rina.
            “Saya pun tak sangka jadi macam tu. Mesti Rina yang pergi jumpa Puan Sufi dulukan?Licik betul perempuan tu!,” Ika mengetap bibir. Geram!
            “Saya pun tak tahu apa yang dia buat. Mungkin betul juga dia yang pergi jumpa puan terlebih dahulu. Sebab tu bila dengar cerita saya, Puan Sufi macam nak tak nak je,” tutur Hana yakin apabila mengimbau semula pertemuannya dengan Puan Sufi yang berlangsung di bilik pensyarah wanita berkenaan.
            “Kalau Rina boleh menukar cerita yang sebenar, tak mustahil dia boleh terus buat macam tu lagi. Aku tak nak fail!,” detik hati kecil Hana apabila mengingatkan amaran baik daripada Puan Sufi mahupun daripada Rina.
            “Rina tu memang tak berguna!Dia yang suruh awak buat kerja dia tapi Puan Sufi pula boleh percaya yang sebaliknya. Percayakan cakap perempuan bodoh tu!,” bentak Ika. Dia sendiri pelik macam mana Puan Sufi boleh percaya dengan kata-kata Rina.
            “Dah la. Kan tadi dah cakap tak payahlah kita cakap pasal hal ni lagi. Awak tu yang emosi sangat kenapa?Cemburu ke Rina keluar dengan Zafran tu?,” usik Hana cuba mengubah topik perbualan. 
            “Cemburu?!Tolong sikit. Saya tak berminat dengan lelaki tak ada otak macam tu. Muka, em..boleh tahan..,” Ika menganggukkan kepalanya.
Hana yang memerhati keletah kawannya itu cuma tersenyum.
            “Tapi sini..,” jari Ika naik menunjuk kepada kepalanya.
“Kosong!,” bertemu jari telunjuk dan ibu jari Ika membentuk huruf ‘O’ apabila ditunjukkan kepada Hana.
            “Tak baik tau awak ni Ika. Dari tadi lagi asyik cakap macam tu,” tegur Hana.
Kawan baiknya yang masih lagi berkemban tu hanya tersengih apabila menerima teguran itu. Mulutnya terus mengunyah burger yang masih berbaki.
            Hana yang masih mengacau-ngacau air dengan penyedut minumannya, melepaskan keluhan. Mindanya terus menerawang memikirkan hal Rina yang langsung tiada kaitan dengan dirinya.
            “Ehem!Awak tu yang termenung bukan main lagi. Ke awak yang cemburu?,” Ika tersenyum-senyum kepada Hana yang menoleh kepadanya.
“Saya cemburu?Sebab?.”
            “Sebab Adif,” jawab Ika sambil mengangkat keningnya beberapa kali.
“Ish!Tak kuasa la saya. Ikut suka hati dia orang la apa yang dia orang nak buat. Yang saya tahu, saya datang sini nak belajar, grad dan lepas tu nak kerja,” balas Hana.
            “Ya la Cik Skema. Saya tahu cita-cita awak tu. Orang usik je la!,” Ika yang ingin berlalu ke luar bilik sempat mencucuk jarinya ke pinggang Hana. Berderai ketawa kedua-dua gadis itu menyerikan bilik hanya dihuni oleh mereka berdua.
            “Pergilah mandi. Dah busuk tau!,” jerit Hana biarpun pintu telah pun ditutup oleh Ika yang ingin menuju ke bilik air.
            Senyuman yang terukir di bibir Hana semakin melebar apabila kata-kata Ika terngiang-ngiang di hujung telinganya.
“Adif?Ish!Siapa yang suka?,” Hana menjungkitkan bahunya. Gerangan seseorang yang menerjah mindanya lebih mencuri tempat di hatinya berbanding pemilik nama yang dituturkan oleh Ika tadi.
            “Siapa dia?,” bisik Hana seorang diri di atas katil. Kakinya mula melangkah menuruni katil. Cawan air KFC yang masih berada di tangannya diletakkan di atas meja belajar sebelum mula melangkah menuju ke almari yang disediakan oleh pihak UiTM.
            Pintu almari yang bertutup itu ditarik perlahan-lahan. Beg yang berada di dalam almari itu mula dicapai. Laju tangan Hana menarik zip beg tersebut. Sehelai kain mafela yang berada di situ dikeluarkan.
            Leka Hana menikmati kelembutan kain yang berada di dalam genggaman tangannya itu. Peristiwa pada hari Khamis yang lalu di stesyen bas Sahab Perdana bermain semula di dalam benaknya.
            “Siapa awak?,” bisik Hana seorang diri kepada mafela. Seakan-akan kain tersebut dapat memberikannya jawapan yang masih tidak berjawab.
“Macam mana dia tahu aku menangis?,” detik hati Hana. Soalan yang turut tidak mempunyai jawapan sehingga kini.
            Sejak hari Khamis yang lalu, sebahagian dirinya terus diselubungi tanda tanya perihal lelaki misteri itu. Juga, di dalam hatinya terdetik sedikit rasa kesal. Kesal kerana tidak mempunyai keberanian untuk pergi bersemuka dengan lelaki itu.
            Hana terus tersenyum. Terasa dirinya terbuai-buai setiap kali menatap kain mafela itu. Tenang. Aman. Gembira. Ah!Semuanya ada la!Kalau sahaja dia berani pada hari itu, tentu dia sudah tahu siapa gerangan lelaki yang baik hati itu.
            Bunyi pintu yang ditolak menyentakkan Hana. Cepat-cepat dia memasukkan kembali kain mafela itu ke dalam beg sebelum menutup pintu almari. Kelihatan Ika yang sudah melangkah ke dalam bilik sambil menyanyi kecil-kecil.
            “Sejuklah mandi malam-malam ni...”
“Emm..,” Hana hanya menggumam. Dia yang sudah kembali ke katil terus berbaring di situ. Di dalam kepalanya, dia mula membuat pertimbangan. Wajarkah dia berkongsi cerita perihal jejaka mafela itu kepada Ika?Tapi malulah!
            “Emm..Ika, awak pernah tak suka kat orang yang awak tak pernah kenal?,” Hana memulakan mukadimahnya.
“What?!Tak kenal?Gila ke apa nak suka kat orang yang kita tak kenal,” Ika tertawa kecil. Dia yang sudah lengkap mengenakan baju tidur kembali melabuhkan punggung di birai katil. Tangannya terus mengelap rambut yang masih basah.
            “Maksud saya er..macam tak pernah tengok muka dia. Ada ke orang yang boleh saling suka kalau tak kenal macam tu?,” Hana mengerling sekilas kepada Ika.
“Oh!Apa pula tak ada?Macam orang yang chatting guna komputer tu. Kan ada yang bercinta dan lepas tu berkhawin. Asalnya berbual je kat dunia maya. Tak kenal, tak pernah berjumpa. Er..macam tu ke maksud awak?,” soal Ika inginkan kepastian.
            “Ya lah. Kiranya tak salahlah kan?Tak semestinya kenal, bertentang mata baru boleh suka. Betul tak?.”
“Yup!,” Ika menganggukkan kepalanya. Tangannya terus mengirai-ngirai rambut yang masih basah dengan tuala.
            Jawapan Ika membuatkan Hana terus tersenyum. Jadi, kalau dia juga sukakan jejaka mafela itu, tidak salahlah kan?Yahuu!


ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 3


Hana melepaskan keluhan sebaik kakinya mula memijak ke tanah di luar pagar UiTM Merbok itu. Matanya memerhati bas yang mula bergerak meninggalkan dirinya dan beberapa lagi orang pelajar yang menaiki kenderaan awam itu dari Sungai Petani.
            Puas memerhati bas yang sudah menghilang daripada pandangan mata, Hana mengerling ke dalam pintu pagar. Memerhati pula kepada beberapa orang pelajar yang sudah berjalan melepasi pondok pengawal yang terletak berhampiran dengan pintu pagar.
            “Malasnya!,” keluh Hana. Berat kakinya untuk melangkah masuk apabila mengenangkan perkara-perkara yang bakal dilaluinya dalam tempoh seminggu lagi sebelum bertemu semula dengan hari Jumaat dan Sabtu seterusnya.
            Hana terus melayan pandangan matanya dengan memerhati bangunan pentadbiran yang tersergam beberapa meter daripada pintu pagar. Itulah bangunan pertama yang akan kelihatan oleh sesiapa yang melalui jalan raya yang terbentang di situ untuk menuju ke Sungai Petani mahupun ke Merbok. Malah, untuk ke Tanjung Dawai sekalipun.
            “Cantik!,” Hana memuji. Bangunan yang tersergam itu telah menarik perhatiannya sebelum dia tamat SPM lagi. Tekadnya pada ketika itu adalah untuk menjejakkan kaki ke situ sebagai salah seorang pelajar UiTM tapi kini hatinya tidak lagi merasa teruja seperti hari pertama dia menjejakkan kaki ke situ.
            “Kenapa tak masuk tu?!Tak ada kad matrik?,” satu suara menyentak Hana yang asyik memandang ke arah bangunan pentadbiran.
“Ada la!,” sahut Hana sedikit beremosi. Kakinya mula berjalan perlahan-lahan menuju ke dalam kawasan UiTM. Dikerlingnya sekali imbas pakcik pengawal yang menyoalnya tadi. Nada yang pada pendengaran telinganya ada juga terdapat sedikit unsur tuduhan.
            Pakcik pengawal yang bertugas memandang Hana ke atas dan bawah apabila gadis itu mula berjalan melepasi pondok pengawal.
“Assalammualaikum,” tegur Hana apabila tiba di pondok pengawal. Terasa bersalah apabila meninggikan suaranya tadi kepada pakcik pengawal yang hampir sebaya ayahnya itu.
            “Waalaikummussalam. Hah!Ada pun kad kamu..,” sempat mata pakcik pengawal itu mengerling kepada kad matrik berwarna hijau muda yang dikepilkan di tudung Hana.
Hana hanya mendiamkan diri. Kalau tak bersalah buat apa nak berasa takutkan?
            “Dah tu kenapa dengan si Rina tu aku boleh takut?,” tuturnya di dalam hati. Fikirannya kembali kusut. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia akan kalah setiap kali berhadapan dengan gadis itu.
“Apa istimewanya Rina?Apa yang dia ada?Apa yang aku tak ada?,” Hana mula membuat perbandingan di antara dirinya dengan Rina. Mengenangkan gadis itu, membuatkan Hana tersenyum seorang diri.
Rasa-rasanya kalau dibuat undian di UiTM itu, tentu sahaja diri Rina akan dipilih kalau berdasarkan rupa paras. Hana yakin dengan hal itu. Barang-barang mewah?Ya, gadis itu juga memiliki itu semua kalau berbanding dirinya.
“Tapi aku lagi pandai. Kalau tak, tak kan dia suruh aku buat assignment-assignment yang susah tu?Kalau dia pandai, tak kan dia jadi repeater?Tahu nak mengarahkan orang je!,” bentak Hana.
Kaki Hana terus melangkah menuju ke Kolej Masria. Kolej yang menjadi kediamannya di situ. Daripada tersenyum, Hana mula tertawa kecil sambil kakinya melangkah menaiki anak tangga.
“Harapkan muka je tapi otak?Harapkan aku juga nak buatkan kerja-kerja tu..,” Hana mula senang hati apabila membuat perbandingan dari segi kepandaian. Dia tahu, mungkin itu sahaja satu-satunya kelebihan yang dia ada berbanding Rina.
Hana yang sudah tiba di depan pintu biliknya mula memulas tombol.
“Assalammualaikum!,” tangan Hana dilayangkan ke pintu. Beberapa kali mengetuk di situ, Hana memandang ke lantai. Baru dia sedar yang sandal Ika tidak berada di situ.
            “Jangan-jangan pergi tengok TV tak?,” Hana membuat telahan sendiri. Tangannya mula menggagau ke dalam poket beg untuk mencari anak kunci bilik. Sebaik pintu dibuka, Hana terus melangkah masuk. Kertas kecil yang terdapat di atas bantalnya dicapai.
Saya keluar jap. Nanti kita dinner sama-sama ok!.”
            “Ya la tu. Entah nak balik pukul berapa, nak dinner sama-sama?,” tutur Hana yang bagaikan tidak percaya dengan nota yang ditinggalkan oleh Ika untuknya.
Hana mulai menguap. Dia mulai mengeliat untuk menghilangkan lenguh-lenguh di badannya. Dia yang sememangnya sudah berada di katil terus berbaring.
            Selepas beberapa ketika, sesuatu yang mengganggu tidurnya memaksa Hana membuka mata. Baru sahaja dia merasai ketenangan apabila merebahkan tubuhnya tadi. Siapa yang mengganggu?
            “Hei!Bangunlah. Dah sampai pun kau kan?Mana assignment aku tu?.” Sebaik Hana membuka mata, kelihatan Rina yang sedang berdiri di tepi katilnya.
            “Macam mana awak masuk?!,” Hana bersuara kaget. Dia melihat pintu yang sudah terbuka. Rina tersenyum sinis apabila mendengar pertanyaan yang keluar daripada bibir Hana itu.
            “Macam mana aku masuk?Tu..pintu tu. Dah kau tak kunci. Sempat lagi kan tengah-tengah hari ni pun kau nak membuta. Tidur, tidur, tidur...,” Rina membebel seakan-akan dia seorang ibu kepada Hana.
Hana hanya menyepikan diri. Dia sendiri di dalam hati, mengaku akan kebenaran kata-kata Rina. Waktu tidurnya memang tidak ikut masa. Bahkan tempat sekali pun. Kalau sudah matanya terasa berat, di mana-mana pun boleh sahaja dia menutup matanya.
            “Hei!Cepatlah!,” Rina menolak bahu Hana apabila melihat gadis itu yang kaku bagaikan patung di atas katilnya.
“Mana assignment aku tu?Kau ingat aku nak tunggu kau kat sini terus?Aku pun ada banyak kerja lagi tau. Kejap lagi aku nak jumpa senior Adif tu..’, tutur Rina bangga.
            Hana terus mencapai fail yang berada di sebelah bantalnya. Rina yang memerhati hanya mencebikkan bibirnya. Sesekali, dia membelek dirinya sendiri di depan cermin yang terdapat di dinding.
            “Kalau aku pakai macam ni, kau agak-agak ok ke?Cantik tak?,” Rina memandang sekilas kepada Hana untuk mendengar pendapat gadis itu. Hana yang mendengar meneliti pemakaian Rina. Seluar jeans dan baju baby T yang menyaluti tubuh Rina membuatkan dahinya berkerut.
            “Er...bukan ke kalau tak pakai baju lengan panjang, salah?Nanti mesti pakcik atau makcik guard tahan,” jawab Hana. Rina yang sedang meneliti dirinya di dalam cermin menoleh kepada Hana.
            “Itu aku tahulah!Kau ingat aku bodoh?Ni..,” Rina menunjuk kepada lengan kirinya yang terdedah.
“Keluar nanti aku tutuplah. Pakai sweater ke...”
            “Tapi kan ke baju tu..,” Hana teragak-agak untuk menyuarakan pendapatnya. Kalau dengan baju baby T sendat macam tu, boleh lepas ke kalau nak keluar?
            “Ah!Kau bukannya tahu apa-apa pasal fesyen. Macamlah apa yang kau pakai tu elok sangat!,” tempelak Rina sambil memuncungkan mulutnya ke arah Hana. Seluar jeans, baju T lengan panjang dan juga tudung. Euw!
            Hana meneliti dirinya sendiri apabila mendengar kata-kata Rina. Apa yang tak kena?Cara pemakaiannya mengikut etika berpakaian yang diwartakan oleh UiTM. Salah satunya, baju yang dikenakan mesti melebihi punggung untuk pelajar perempuan tapi baju Rina?
            “Dah la. Kalau dengar pendapat kau, bukannya ada faedah pun!,” tingkah Rina sambil tangannya menyambar assignment yang berada di tangan Hana sebelum berlalu ke pintu.
            “Ingat Hana!,” Rina mengerling kepada Hana yang masih berteleku di atas katilnya. Dia yang sudah memakai seliparnya memandang ke kiri dan kanan aras 4 yang sunyi itu.
            “Kau jangan pandai-pandai lagi nak mengadu sana sini. Kau ingat ada orang nak percayakan kau?Tengok hari tu..siapa yang susah?,” Rina tersenyum mengejek.
Hana hanya terkebil-kebil mendengar kata-kata Rina yang lebih kepada amaran itu. Apa lagi yang dia mampu lakukan?
            “Ingat!Kalau kau pandai-pandai lagi nak mengadu kat Puan Sufi, aku akan pastikan kau fail paper ni. Mesti kau tak nak kan?,” Rina mengangkat keningnya.
Hana menganggguk lemah mengiyakan pertanyaan Rina.
            Rina tersenyum puas menerima respons Hana. Sleeping ugly yang dungu!
“Good girl!,” tutur Rina sebelum melangkah pergi.
            “Gagal?Aku tak nak jadi repeater!Tak nak!,” bentak Hana di dalam hati. Biarlah CGPA dia tak sebagus mana tapi repeater?No!
            “Dah la buruk, hodoh, dungu pulak tu. Semuanya ada kat dia..,” Rina tersenyum senang sambil membelek-belek hasil tugasan yang sudah berada di tangannya. Bibirnya terus mengutuk Hana, orang yang bertanggungjawab di sebalik tugasan tersebut untuk semester ini.
            Puas dengan hasil kerja Hana, Rina yang sedang menuruni anak tangga Kolej Masria itu meneliti baju yang tersarung di tubuhnya.
“Cantik apa baju ni. Si sleeping ugly tu bukannya tahu nak menghargai fesyen. Apa dia ingat baju ni murah?,” Rina terus membebel seorang diri. Melepaskan geram kepada Hana yang tidak tahu menghargai citarasa fesyennya.
            Sebaik melangkah keluar daripada Kolej Masria, Rina mula menggagau telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya. Jarinya terus menekan mencari nama orang yang ingin dihubungi.
            “Helo Adif. Jadi kan kita nak jumpa petang ni?,” Rina terus melepaskan soalan yang bermain di benaknya.
“Ish!You ni kan..tak tahu nak bagi salam ke?Terus terjah macam tu je,” kedengaran suara Adif di cuping telinga Rina. Ulas bibir gadis itu yang dioleskan pengilat bibir terukir sebaris senyuman mendengar omelan daripada pelajar lelaki yang bertaraf senior kepadanya.
            “Ala..sorry la sayang..,” Rina mula bersuara manja. Dia tahu sudah banyak kali perbuatannya itu ditegur oleh Adif.  Setiap kali kalau menghubungi pelajar lelaki itu, harus dimulai dengan salam. Kalau Adif yang menghubunginya, salam lelaki itu harus dijawab. Ah!Macam ustaz la pulak!
            “Hmm?You dengar tak ni?,” suara Adif kembali kedengaran. Ayat-ayat manja Rina yang baru hendak disusun terbang entah ke mana.
“Dengar..,” jawab Rina tak nak nak. Terus dia mula menyusun strategi baru!
            “Tapi tadi kan I dah say sorry,” jawab Rina membela dirinya.
“Oh!Say sorry?Selalu tu apa yang I selalu cakap?,” suara Adif kedengaran tidak berpuas hati.
            Rina mengetap bibir. Geram!Ish!Tak suka la dengan semua ni!Kenapalah si Adif ni suka sangat nak perbesarkan isu tu?Salam je kan?Bukannya ada apa-apa pun.
“Ok. Fine. Salah I. Assalammualaikum, puas hati?,” balas Rina.
            “Ni bukan soal puas hati atau tak tapi you tu perempuan. Belajarlah untuk beradab sikit. Tak kan tak boleh?,” bidas Adif.
Rina terus menadah telinga. Untung sahaja Adif tergolong di dalam kumpulan lelaki yang kacak di UiTM ni. Dah la kacak, terkenal di kalangan pelajar-pelajar perempuan, baik freshies mahupun senior. Faktor tambahan yang membuatkan dia lebih tertarik kepada Adif adalah kerana lelaki itu sama taraf denganya, anak Datuk!
            “Ok, ok. Salah I. Er..I terlupa la. Kan dah biasa,” Rina mula merengek manja dengan harapan agar Adif tidak terus memperbesarkan isu yang sama.
“Ya la, ya la..,” balas Adif mengalah.
            Rina mengulumkan senyuman. Yes!Berjaya lagi kali ni!
“So sayang, jadi tak kita nak jumpa petang ni?,” Rina melepaskan kembali soalan yang masih belum diperolehi jawapan.
            “I ok je. Kenapa?You tak jadi ke?Tak boleh?.”
“Tak la!Mesti la I jadi. Kalau tak, tak kan I nak call you nak confirmkan. So petang ni, you tunggu I kat gate ok?,” balas Rina girang dengan berita pengesahan yang diterima daripada Adif.
            “Ok. Assalammulaikum.”
“Er..waalaikummussalam,” sahut Rina sebelum menamatkan perbualan. Selesai menamatkan perbualan, Rina mencebikkan bibirnya.
            “Salam la, apa la. Nasib baik la kau tu handsome Adif.  Kalau tak, jangan haraplah aku nak bersabar dengan karenah kau. Kalau tak, dah lama boleh jalan!,” Rina melempiaskan geramnya yang sedari tadi ditahan-tahan.
            “Adif..Khairul Adif..,” seiring dengan langkahnya yang diatur menuju ke kolej kediamannya, Kolej Mahsuri, bibir Rina menyebut nama pelajar lelaki senior yang didampinginya sejak semester yang lepas.
           
Sejak sesi orientasi lagi, dia telah terpaut hati apabila melihat pelajar lelaki senior yang baginya cukup kacak di kalangan mereka yang lain ketika itu. Sibuk matanya melilau untuk mencuri pandang ke arah kad matrik Adif apabila seniornya itu datang menjengah ke kumpulannya, semata-mata untuk mengetahui nama pelajar tersebut.
            “Kacak, kaya..siapa yang tak nak?,” Rina tersenyum seorang diri ketika dia sudah memijak anak tangga untuk menuju ke tingkat dua. Di dalam hati, terselit perasaan bangga apabila salam persahabatan yang dihulurkannya disambut oleh Adif.
Lebih-lebih lagi apabila dia mendapat tahu ketika itu, hampir selama 3 semester Adif berada di situ, belum pernah Adif berkawan secara serius dengan mana-mana pelajar perempuan yang lain.
            Tiba di depan pintu bilik, Rina menggagau anak kunci yang disimpan di dalam poket seluarnya. Baru sahaja hendak  memasukkan anak kunci ke dalam tombol pintu, pintu bilik terlebih dahulu dibuka dari dalam.
            “Hah!Ada pun kau..,” Rina menjeling sebelum melangkah ke dalam bilik.
Airin yang baru hendak melangkah keluar daripada bilik hanya tersengih. Dia memandang kepada Rina yang sudah berbaring di atas katil.
            “Kau kata nak date dengan senior Adif?Tak jadi ke?,” Airin mengangkat keningnya kepada Rina.
            “Ada pulak tak jadi. Mestilah jadi. Petang ni. Sekarang baru pukul berapa kan?Awal lagi..,” sempat Rina mengerling kepada waktu di telefon bimbitnya.
“Tu..assignment apa pulak tu?,” Airin memuncungkan mulutnya kepada assignment yang berada di sisi bantal Rina.
            “Er..Kerja untuk Puan Sufi tu la. Tadi tu..aku..er..aku pergi print semua ni la,” Rina mula menggelabah menerangkan perkara yang hanya diketahui olehnya dan juga Hana.
            “Ya?,” bertemu kening Airin apabila dahinya berkerut. Matanya yang dikecilkan tidak lepas dari memandang ke arah assignment yang sudah berada di tangan Rina.
            “Ya la!Apa kau ingat aku tipu?Aku suruh orang lain yang buat?Macam tu?,” Rina menjawab yakin. Dia cuba mengawal rentak jantungnya yang berdetak laju. Risau kalau-kalau tembelangnya akan pecah.
            “Bukanlah aku cakap kau tipu tapi...”
“Tapi apa?,” pintas Rina tidak sabar.
            “Tapi kan hari ni hari Sabtu. Perpustakaan tak buka. Kalau kau nak pergi kat luar tu, tak kan pakai macam ni kut?Tak kan pak guard atau mak guard lepas kau keluar dengan pakaian yang macam ni?,” jari Airin mula menuding ke atas dan bawah tubuh Rina.
            Gulp!Rina menelan air liur.
“Tak guna!Tajam juga mata minah ni,” getus hati Rina. Idea, come on!
            “Hah!Tu la ..kau tak tahu. Apa kau ingat kalau perpustakaan tu tutup, aku tak boleh nak print semua ni?,” Rina menggoyang-goyangkan assignment yang sedang dipegangnya. Airin yang berada di muka pintu melangkah menuju ke katil Rina. Hasil tugasan itu dicapai dan dibelek-belek.
            “Habis tu kat mana kau cetak semua ni?,” soal Airin sambil mengerling sekilas kepada Rina sebelum matanya kembali menatap beberapa muka hasil kerja itu secara rawak. Dia yang sudah melabuhkan punggungnya terus menantikan jawapan daripada rakan sekelas dan juga rakan sebiliknya itu.
            “Er..kat Kolej Masria. Ada pelajar senior tu buat printing service kat bilik dia,” tutur Rina berbohong.
            “Iya?!,” Airin terjerit kecil. Teruja dengan berita yang keluar daripada bibir Rina.
“Kalau ya pun, yang kau nak over sangat ni kenapa?Bukannya apa-apa pun. Print je kan?,” Rina berasa hairan dengan ekspresi yang diberikan oleh Airin.
            “Bukannya apa-apa?Kau tahu tak, kalau ada orang yang buat printing service tu, tak ke senang kerja kita nanti?Kalau perpustakaan tutup, tak kan kau sanggup nak keluar semata-mata nak print assignment?Kalau dah ada kat dalam UiTM ni, buat apa nak susah-susah?,” tutur Airin.
            “Em..betul juga kan?,” Rina tersenyum mendengar bait-bait kata Airin.
“Tahu pun kau. So nanti, kau bolehlah tunjuk kat aku kat mana bilik tu kan?Tak pun, kau cakap je nombor bilik tu. Aku boleh pergi cari sendiri nanti,” balas Airin. Juga tersenyum.
 Hilang terus senyuman Rina mendengar kata-kata Airin. Ish!Macam-macam.
“Er...nanti-nantilah aku tunjuk. Lagipun bukannya kau ada nak print apa-apa pun kan?,” Rina mengetap bibir.
            “Ok. Nanti, kalau aku ada nak cetak apa-apa, kau beritahu ok?Bolehlah kita beritahu kawan-kawan kita yang lain juga. Tu..Si Bella and the gang pun, kadang-kadang mengadu susah nak cetak hasil kerja dia orang kalau perpustakaan tutup,” balas Airin sambil melangkah keluar daripada bilik. Hajatnya untuk ke tandas terpaksa ditunda sekejap tadi.
            Rina yang mendengar hanya menyepikan diri. Ish!Menyusahkan betul!



Thursday, 12 December 2013

DRESS LAGI!!!

excited nak update pasal dress yang baru je di update kan oleh MBR. semuanya cantik-cantik dan yang paling penting menutup aurat. take a look...


cantik kan?geram tengok..Adah di dalam kedua-dua jenis dress

yang glitter tu takut nak order, takut glam sangat, hehe..tapi Adah nampak cantik la dalam both dress.maklum, orang dah memang cantik, ya tak?Wish all the best untuk Adah for her business. nanti nak tiru gaya Adah macam yang dalam second pic tu, boleh;-) hehe..