Monday, 6 January 2014

RAHSIA TARIKH LAHIR


Rasanya mungkin ramai yang dah tahu kut kan...macam mana nak kira tarikh lahir korang..tapi saya nak letak juga entry ni, just in case masih ada yang tak tahu..semua ni bukannya ramalan ke apa, hanya hasil kajian..so benda ni berkaitan dengan personaliti. boleh jadi betul atau tak. selalunya sikit2 tu mesti kena, hehe..so, check this out!

Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir
Sebagai contoh, kita ambil tarikh bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.
Contoh:
21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 
2
Nombor yang terhasil adalah, 2. Apakah maksud nombor ini?
Maksud Nombor Tarikh Lahir
Rujuk perenggan di bawah bagi mengetahui maksud nombor kelahiran tersebut:

Nombor Tarikh Lahir: 1
Kekuatan:
Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1:
Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan

Nombor Tarikh Lahir: 2
Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:
Adi Putra, Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna

Nombor Tarikh Lahir: 3
Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.
Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:
Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby

Nombor Tarikh Lahir: 4
Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.
Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.
Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:
Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

Nombor Tarikh Lahir: 5
Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears

Nombor Tarikh Lahir: 6
Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor ’6? mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor ’6? akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.
Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:
Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver

Nombor Tarikh Lahir: 7
Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.
Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7:
Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson

Nombor Tarikh Lahir: 8
Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.
Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:
Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda

Nombor Tarikh Lahir: 9
Kekuatan:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
Kelemahan:
Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:
Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley








So, dah tahu dah nombor tarikh lahir korang?Senang je kan nak kira..saya punya, nombor 3. korang?Meh la sini..kita kongsi2 cerita, hehe..

CERITA KENGKAWAN NI...


Assalammualaikum semuanya...baru sudah makan megi goreng dengan Nescafe ais..ada ke orang nak tahu?Tak kisah pun..janji nak tulis juga, kihkihkih...okay, tak mau nak bebel panjang hari ni. sebelum tu, nak say TQ SO MUCH kat sorang lagi kawan yang saya baru dapat hari ni ZACK HOYA!!! yeayyyy!! TQ kat ADIK ZACK HOYA tu yang sudi add akak ni hah..adik la coz dia lahir tahun 1987, me 1984;-) syukur, bertambah lagi sorang kan yang sudi follow kita dan add kita balik..ada 1 cite ni...

let me begin with A and B..so, A and B ni, both are girls. bila berjumpa, dah declare konon2 bestfriend la sangat kan..seia sekata, susah senang semuanya sama2 la..so, sampai la 1 hari ni..dalam kelas, ada test@ quiz macam tu la..of coz la kena jawab soalan kan..so A ni, buat la kerja dia. yang mana dia tahu, dia jawab. yang tak tahu, tinggal je la. tetiba yang B ni tanya kat A, minta tolong la kan..nak jawapan untuk soalan yang dia tak tau..so A ni macam musykil jap..kalau dia bagi jawapan tu, adakah di kira meniru juga?Tapi atas nama KAWAN BAIK, A pun bagilah jawapan. B pun dengan senang hati tulis jawapan yang A dok bisik2 tu..pastu B tanya kat A, ada tak soalan yang A tak boleh nak jawab?A pun cakaplah. then B pun bagi jawapan tapi A macam konpius jap..nak tulis ke tak?Tapi dah alang2 dia tolong B tadi, apa salahnya dia pun ambik jawapan tu kan?Lagipun kuiz je..berapa persen sangat. so A pun tulis je jawapan tu. then, selesai ujian both dengan hepi keluar dari kelas..

tiba hari dapat result untuk ujian tu, markah A lagi tinggi dari B. diaorang saling tukar2 kertas jawapan sebab nak tengok result masing2, standard la kan..A terkejut bila tengok jawapan yang B bagi kat dia tak sama macam jawapan B sendiri. jawapan yang A tulis, salah so dapat 0. tapi untuk soalan yang sama, jawapan B betul. so, A konpius lagi. kenapa B sengaja bagi kat dia jawapan yang salah?Sedangkan A tak buat macam tu pun. jawapan yang dia bagi B sama macam jawapan dia juga so, dua2 betul tapi A diam je..

tiba untuk test paper lain, sekali lagi B minta tolong dari A. A dah macam berat hati tapi kesian punya pasal, tolong lagi..A bagi lagi jawapan kat B ni..and B, as usual lepas dapat jawapan, tanya kat A ada tak any soalan yang dia tak boleh nak jawab. and again, B bagi lagi jawapan tapi kali ni, A tak tulis. sebabnya biarpun dia tak tau jawapan untuk soalan tu tapi apa yang pasti, dia tahu jawapan yang B bagi tadi, memang salah. itu jawapan untuk soalan yang jenis lain. maklumlah, tu paper subjek hafal so banyak point yang nak kena ingat dan A tak ingat semuanya tapi point yang B bagi tadi, dia thu memang salah so dia tegur B.

tiba hari keputusan, sekali lagi diaorang tukar2 paper. check punya check, A sedar jawapan untuk soalan hari tu, B memang sengaja bagi jawapan yang salah lagi coz dia jawab dengan betul untuk soalan tu.so A ni tertanya2 apa sebenarnya motif si B ni kan?untuk paper tu, B ni fail...

tiba final exam..tah macam mana, yang si A ni terlupa lak nota untuk 1 subjek tu..tertinggal kat rumah kut..so dia tanya kat B nak pinjam kejap..B cakap, dia pun terlupa so A ni macam tak percaya. tak kan nak final, B pun tak bawa nota tu?Tapi malas nak syak bukan2, A ignore je..tah macam mana, satu hari lepas final untuk paper tu, A ternampak sendiri nota tu memang ada dalam laci meja study B. A sangat2 frust coz dah 3 kali B menipu dia..so, A amat2 sedih and hanya mendiamkan diri..

so, apa yang korang akan buat kalau korang adalah A?
kalau korang adalah B?Meh la,share pendapat korang dengan saya, hehe....




Sunday, 5 January 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 19


            Di meja makan, Tan Sri Rashid memerhati anak lelakinya yang sedang berselera menikmati makan malam. Dia berpuas hati hari ini kerana warisnya itu sudah pun dikenalkan kepada semua staf Zikri Holding sebagai penyandang jawatan Ketua Pegawai  Eksekutif, berkuat kuasa serta merta. Apa yang tinggal kini, hanya kepada beberapa pelanggan dan rakan usahasama sahaja yang masih belum lagi menerima khabar berita itu.
            “Rayyan..,” Tan Sri Rashid memanggil anaknya setelah melihat pinggan anak lelakinya itu yang hampir licin.
            “Ya babah...”
“Lusa kita akan bermesyuarat dengan wakil dari AZ & Co. Rayyan dah tengok laporan pasal syarikat tu?.”
            Kepala Rayyan mengangguk pantas seiring dengan mulutnya yang masih lagi mengunyah. Sedap pula masak lemak Makcik Bibah malam ini. Payah nak berhenti!
            Puan Sri Harlina yang turut bersama-sama menikmati makan malam di meja itu, hanya menjeling. Tak kuasalah nak masuk campur bab-bab ini semua!Apa yang dia tahu, setiap bulan akaun banknya tak pernah kering, malah tak kurang sesen pun dari jumlah yang diberikan oleh suaminya yang tersayang  itu.
            Perbualan Rayyan dan suaminya yang masih berlangsung tidak diendahkan. Kelibat seseorang yang baru menuruni anak tangga dan hendak menghala ke ruang tamu, menggamit pandangan mata Puan Sri Harlina.
            “Sha!Come...joint us for dinner,” panggil Puan Sri Harlina.
Perbualan yang tadinya rancak berlangsung di antara dua beranak itu, terganggu seketika apabila tumpuan diberikan kepada Shasha yang sedang menapak ke arah mereka di meja makan.
            “Duduklah. Biar aunty sendukkan...”
            “No, thanks aunty. Sha nak keluar ni. Nak celebrate birthday kawan Sha,” beritahu Shasha dalam senyuman. Sesekali, dia melirik dirinya sendiri yang mengenakan dress dari jenama Kate Spade itu. Beg tote Radley Chiltern yang dipegang tadi diletakkan di atas kerusi yang masih kosong di sebelah ibu saudaranya itu.
            “Selalu sangat Sha keluar malam-malam. Tak betah langsung nak duduk kat rumah,” Tan Sri Rashid mula mencelah. Lebih-lebih lagi apabila melihat jam yang hampir ke pukul 8.30 malam. Kalau sekarang baru nak keluar, pulangnya nanti pukul berapa pula?
            “Selalu tu pasal kerja Uncle, kali ni nak sambut birthday kawan Sha,” tingkah Shasha dengan manja. Matanya turut memandang kepada ibu saudaranya bagaikan ingin meraih sokongan.
            “Biarkanlah bang. Bukannya dia budak-budak lagi. Tahulah dia nanti nak balik pukul berapa. Ni betul ni tak nak makan dulu?.” Puan Sri Harlina mengerling kepada anak saudaranya yang terus menggeleng kepala.
            Rayyan menghabiskan suapannya yang terakhir sebelum mula mencapai gelas air. Sakit matanya melihat gelagat Shasha yang sedari tadi berterusan senyum kepadanya. Kalau dulu sebelum pemergiannya ke US, rambut gadis itu berwarna hitam tapi kini habis satu kepala berwarna keperang-perangan   
            “Babah, Rayyan naik dulu,” beritahunya sebaik menolak kerusi yang diduduki ke belakang.
            “Dah habis?Tak nak tambah?Tadi bukan main berselera babah tengok makan masak lemak ikan tu..,” Tan Sri Rashid memuncungkan mulutnya ke arah mangkuk kuah masak lemak.
            “Tak pe la. Dah kenyang,” sambut Rayyan sebelum mula mengorak langkah. Shasha yang memerhati mula memintas langkah lelaki itu yang mula menuruni anak tangga kecil yang tersedia di ruang makan itu untuk menghala ke tingkat atas.
            “Rayyan..,” meleret suara Shasha sebaik sudah berjaya mendahului langkah anak tiri ibu saudaranya itu. Dia yang sedang berhadapan dengan Rayyan mula mengatur ayat-ayat yang ingin dilontarkan.
            “Jom!Temankan I ke party tu, nak?Kalau you asyik kerja je, mesti...”
“No, thanks!,” terus Rayyan memintas kata-kata gadis itu dan mula menuju ke anak tangga untuk menuju ke biliknya.
            Shasha terpempan. Belum pun sempat dia ingin berkata-kata, Rayyan sudah menghilangkan diri. Terkebil-kebil matanya yang dihiasi bulu mata palsu bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru terjadi. Lambat-lambat dia mula mengatur langkah semula ke arah meja makan.
“Uncle, aunty..tengoklah Rayyan tu. Sha cuma nak minta temankan Sha ke party tu je. Bukannya nak minta duit ringgit dia pun!,” Shasha mula mengadu. Geram hatinya kerana diperlakukan sebegitu oleh Rayyan.
            “Dia penat tu. Hari ni banyak kerja kat pejabat. Kan hari ni hari pertama Rayyan kat office. Banyak fail yang dia kena semak dan fahamkan,” sahut Tan Sri Rashid.
            “Kalau banyak kerja, sekaranglah masanya nak hilangkan semua tekanan tu, kan aunty?,” tangan Shasha mula naik menyentuh bahu Puan Sri Harlina.
            “Ya la. Temankan Shasha ni. Boleh juga jumpa kawan-kawan baru. Ini tak. Asyik nak berkurung dalam bilik tu, apa yang ada?,” desis Puan Sri Harlina. Dia sendiri panas hati dengan reaksi anak tirinya itu.
            “Yang Sha ni nak juga ajak Rayyan, kenapa?Kata model terkenal, tak kan la tak ada seorang pun yang nak jadi teman Sha ke party tu?,” usik Tan Sri Rashid sekaligus ingin mengubah haluan topik mereka.
            “Er..ada. Ada tu memang ada Uncle tapi mana nak sama dengan Rayyan kan?Kalau er..,” Shasha mula mencari idea. Kata-katanya mesti kedengaran masuk akal di depan Tan Sri Rashid itu.
            “Kalau Sha pergi dengan Rayyan, boleh balik sama-sama kan?Senang sikit. Uncle dengan aunty pun tak payah nak risau,” tambahnya.
            “Hmm..,” kepala Tan Sri Rashid mengangguk perlahan. Gelas air dicapai untuk membasahkan tekak. Dia sendiri sebenarnya lebih suka kalau anak terunanya itu menghabiskan masa malam di rumah. Bukannya menjadi kutu embun setiap kali malam menjelma.
            “Er..tak pe la. Sha pergi dulu.” Gadis itu tunduk mencium kedua-dua pipi ibu saudaranya sebelum mula mencapai beg.
            “Bye Uncle,” Shasha melambaikan tangan.
“Jangan balik lewat sangat,” nada Tan Sri Rashid kedengaran serius.
            Suami isteri yang masih berada di meja makan itu menyusuri langkah Shasha sehingga kelibat gadis itu menghilang dari pandangan mata mereka di sebalik pintu. Kelibat Shasha yang tidak lagi kelihatan membuatkan Tan Sri Rashid mula membuka mulut.
            “Awak Lina sepatutnya tegur anak saudara awak tu. Bukannya beri galakan terus menerus macam tu.” Puan Sri Harlina menjeling. Tangan terus menyudu nasi yang masih berbaki di dalam pinggan.
            “Anak muda memang macam tu la cara hidupnya. Nak merasai keseronokan sementara dia masih muda. Cara abang bercakap macamlah abang tak pernah muda,” tukas Puan Sri Harlina yang masih lagi ingin memenangkan anak saudaranya itu.
            “Ya..saya tahu anak muda. Saya pun memang pernah muda tapi saya tak buat apa yang budak-budak muda zaman sekarang ni buat. Dulu, saya bekerja keras. Tak ada masa nak buat semua benda-benda tak berfaedah ni. Asal malam, keluar, merayap...”
            “Merayap apanya bang?Bukan ke dia dah cakap tadi nak sambut harijadi kawan dia tu?,” tingkah Puan Sri Harlina sekaligus memintas rasa yang ingin diluahkan oleh suaminya.
            “Harijadi?,” nada Tan Sri Rashid kedengaran sinis dengan senyuman perli yang terukir di bibirnya. Puan Sri Harlina mengerling kepada suaminya sebelum membuka mulut.
“Ya la. Harijadi. Abang sendiri dengarkan?.”
            “Ok, fine. Malam ini majlis hari jadi, tapi malam semalam?Malam kelmarin?Malam sebelum tu?Sebelum dan sebelum tu?Malam minggu lepas?Bahkan malam-malam sebelum dia jadi model macam sekarang?Apa pula jawapan awak Lina?.” Suara Tan Sri Rashid yang mula dikuasai emosi sedikit meninggi.
            Puan Sri Harlina terjeda. Hanya kedengaran dengusan nafasnya yang dilepaskan.
“Kita nak cegah sebelum terlambat. Anak saudara awak tu perempuan. Macam-macam benda boleh terjadi. Awak nak nanti kalau kena tanggung malu?,” ujar Tan Sri Rashid sebelum bangun.
            Puan Sri Harlina yang keseorangan di meja makan kini mula berfikir. Ya, idea tu!Rasanya mesti selepas ini, suaminya akan bersetuju selepas ini demi kebaikan anak saudaranya itu. Dia tahu suaminya itu mengambil berat akan hal Shasha.

 

Saturday, 4 January 2014

CERITA TAHUN BARU


Assalammualaikum dan selamat petang semuanya...wah..macam pembaca berita pula kan, hehe...k la.bukannya nak updte cite IASU?! lagi..tapi nak bebel kejap..even blog kita tak fames tapi nak juga bebel, hehe..cite dia macam ni ha..

setiap kali tahun baru(Oh..sebelum tu rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat tahun baru untuk semua yang sudi jengah blog kita ni kan?Selamat tahun baru ya...) mesti rasanya semua orang ada azam masing2 kan..nak buat itu dan ini..so saya teringatkan pengalaman saya sendiri..bila berkenalan dengan kawan2 baru di duni blog ni, (yang terbaru dapat JH, yeayy! ) so dapat buka mata dan minda..sebelum ni bukan tak terbuka langsung kan..cuma tambah lagi keterbukaan tu, hee...kebanyakan orang yang saya add kat G+ adalah mereka2 yang bercita2 nak jadi novelis, baguslah kan..dapat juga baca cite diaorang FOC sebelum diterbitkan;-)

saya study Public Admin kat UiTM..memang ikutkan minat dari sekolah menengah lagi nak masuk kelas sastera tapi result PMR kita, cikgu cakap kena masuk kelas Sains juga, huhu..kenalah redha, ya tak?So lepas sekolah menengah masuk UiTM and tak pernah terlintas pun nak tulis novel semua ni. target nak kerja dalam public sector la kan..habis Dip. saya sambung Degree tapi quit lepas 1 sem. awal2 sem ada masalah nak cari rumah sewa and plus niat nak study yang semakin berkurang(coz saya memang nak kerja time tu) so saya quit..ingat senang nak dapat kerja?Saya jadi penganggur dan dari situlah saya tulis sikit2 Aku, Dia &. Com.

lepas satu, satu lagi interview yang saya attend. masuk kali ke 3 saya dapat. dah la tu, jawatan yang memang saya nak, Pembantu Undang2. ingat senang?dah sampai ke Putrajaya saya p sebab nak ambik surat posting. itu adalah first time diaorang buat macam tu. selalunya tak payah pun nak p sampai ke Putrajaya semata2 nak ambik surat posting. diaorang akan post je. kawan saya yang bagitau semua ni..dia dah dapat kerja ni dulu sebelum saya so saya dah mula rasa tak sedap hati..

dah memang takdir agaknya, lepas dapat surat posting, saya kena lapor diri esok tu juga kat penang. bayangkan, hari ni kat putrajaya, esok nak lapor diri, bila masa nak cari rumah sewa dan sebagainya?Lainlah kalau saya memang ada adik beradik kat situ yang boleh nak tumpang kejap..so, kena let go kerja tu. mak pun macam tak bagi saya p time tu..ya la,mak mana yang tak risau kan?

Korang tahu apa most of my friend cakap?langsung tak support tau!B.O.D.OH!Ya, itu yang saya terima bila saya bagitau diaorang..konon2 macam nak mengadu la kan..diaorang cakap, bodohlah..kenapa nak lepaskan jawatan tu?word tu boleh digunakan dalam banyak cara, I know..tapi kalau langsung tak support, yang tahu asyik nak condemn, lebih baik tak payah cakap, ya tak?Saya yang berusaha untuk jawatan tu..saya yang attend interview dan p sampai ke putrajaya..bila masa saya tak mau jawatan tu?Kalau saya tak mau, saya tak kan buat semua tu. lebih senang orang nak menilai dan bercakap, bila diaorang sendiri tak lalui apa yang kita lalui tapi saya tak menyesal?You know y?Sebab saya dengar cakap mak dengan ayah and now, this year, akan genap 4 tahun saya kehilangan arwah mak..kalau saya still dengan keputusan saya untuk saya bekerja juga at that time, mungkin sekarang saya yang paling akan menyesal. Mungkin kalau saya bekerja juga, mungkin saya tak kan sempat nak tengok arwah untuk last time?siapa tahu?Betul tak..so, NO REGRET!Even diaorang cakap saya bodoh ke apa, saya happy coz dengar cakap mak dengan ayah..dan percaya atau tak, ada KEBERKATANNYA..

now, saya dah ada 2 buah novel, huhu..bangga ni even tak fames mana, muahahaha!Rupa2nya bila bekerja sendiri lagi nikmat and BAHAGIA!!!I can wake up and sleep at any time that i want!Tak payh kut nak terkejar2 untuk punch card?( Jangan terasa..bukan nak menghina, saya bercakap melalui pengalaman saya yang memang dah kena punch card time p lapor diri tu) Of coz hepi kan even tak fames, coz itu hasil titik peluh and usaha keras saya selama ni..and the main point is, untuk adik2 ku, Megat, Husna, Lyna the future dentist(diaorang ni semua la yang wat saya teringat semua ni ) apa2 pun yang kita nak buat, family is the first. kawan2 yang tak support, yang hanya ada untuk time suke2, just get rid of them!Enough is enough okay!Hah..panjang gila bebel kan?Tu tak sentuh lagi bab perangai kawan2 ni..sanggup tikam menikam belakang, huhu..k la, apa2 pun, ingat!

 1 of my azam juga...jangan la senang2, suka-suki kita nak panggil atau gelar orang tu..dia bodoh ke, apa ke, awak lagi pandai ke?Unless u r walking in their shoes, so saya percaya awak ada sikit (Sikit je tau!) hak untuk bercakap kat dia tapi kalau tak, jaga sikit lidah tu!Kadang-kadang, senang cakap, kita kena ignore je orang2 yang macam tu..hidup kita kan?Biarlah...So, apa pengalaman korang bab kerja ni?Meh, talk to me!Hehe..k, take care ya!Lalalala....


Friday, 3 January 2014

SORI YE...


Assalammualaikum dan selamat petang semuanya..fuh...baru settle edit template blog lagi..okay, okay..rasanya ni last time kut..dah tak mau dah tukar lepas ni, hee..bukan apa, sebelum ni asyik tukar template coz kita nak yang cute2 kan..of coz la konon2 nak attract orang suruh mai blog kita.. sebab tu asyik pilih punya pilih punya pilih...and warna2 pastel and pink menjadi keutamaan saya..

Tapi bila baca komen dari BABY MIO(hah, tak kenal?betul tak kenal?ala..dia ni fames taw..bagi saya la dia ni memang fames coz bila blogwalking n nak tinggalkan komen kat blog tu, mesti perasan nama dia ni mesti selalu ada, kerap la juga) yang dia ni susah sikit nak baca my new entry so itu yang petang2 ni edit balik template blog tu..kalau boleh, memang nak senangkan pelawat2 yang datang ke sini..biarpun tak banyak jumlah pengunjungnya tapi ada la juga..lebih baik dari tak ada langsung kan?Hehe..lagi satu, tak mau la nanti orang cakap, eh..eh..budak ni ada kecelaruan identiti ke apa coz asyik sangat tukar2 template blog kan..(ala, blog kita, biarlah..muahahaaaaa) Astaghfirullah...ok la, sesiapa yang sudi tolong tick untuk cite IASU?! lepas baca ya..komen pun lagi bagus..tulis n kritik so that saya tau kelemahan diri ni..bila tengok n baca cite2 orang lain, wish that if I could only write like that too..kalaulah kan..nak juga tulis novel macam yang tengah hangat balik sekarang ni, THE WEDDING BREAKER a.k.a ARIANNA ROSE kan..mesti korang pun suka kan cite ni?Hehe..So,before I leave, nak say sorry kalau susahkan pelawat2 sebelum ni yang susah nak baca ke apa ke kan..k la..babai..nak p minum Nescafe!Tata..

p/s: Baby Mio, awak dah boleh baca ke?harapnya ok la ya..just wondering, awak guna tab or phone ke time tak boleh nak baca entry tu tapi demi awak, akk sanggup tukar ;-)




Thursday, 2 January 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 18



Hana terpacak bagaikan patung memerhati gelagat Jojo yang sibuk memilih beberapa helai pakaian dari berpuluh-puluh helaian yang ada di depan mereka. Tidak, bukan berpuluh-puluh. Mungkin mencecah ratusan helaian.
            “Banyaknya Cik Jo!.” Mata Hana sudah dirasakan berpinar melihat semua pakaian dari pelbagai jenama tempatan dan juga antarabangsa. Hanya satu atau dua sahaja yang biasa didengarinya. Selebihnya itu, kirim salam saja la!
            “Jojo sayang, Jojo. Biasakan diri you untuk panggil I Jojo ya,” tingkah Jojo sambil menjeling sekilas kepada Hana yang berdiri di belakangnya.
            “Sorry Cik Jo. Eh!Jojo,” balas Hana. Matanya terus merayap memerhati bilik yang besar itu. Bukan setakat pakaian, beg tangan, kasut malah pelbagai aksesori dan alatan make up juga turut ditempatkan di situ. Semuanya disusun rapi di tempat masing-masing. Kalau macam inilah gayanya, boleh dijual ini. Memang sudah boleh buka shoping mall ni!Merepek kau Hana. Jadilah macam si Mail dalam Upin dan Ipin tu kalau nak kena saman dengan Fabuloustar!Semua benda kau nak jualkan?
            “So, Cik...”
Jojo yang tadinya sibuk memilih beberapa helai pakaian mula mengangkat muka memandang ke arah Hana. Matanya dikecilkan.
            “Er..maksud saya Jojo, so apa yang saya nak kena buat?.” Hana mula melepaskan soalannya. Tak kan la dia hendak duduk di situ dan hanya memerhati sepanjang hari tanpa melakukan sebarang pekerjaan?Nampak sangat nak makan gaji buta!
            “Hah!Macam tu la. Jojo..,” ungkap Jojo dengan nadanya yang unik itu. Uniklah tu buat lelaki macam Jojo!
            “Kerja you kena tolong I. Ni..tengok ni..banyak tau,” Jojo mula mencebikkan bibirnya. Adus!Manja betul la penata fesyen yang seorang ni. Hana yang memerhati tingkah lelaki itu cuma tersenyum.
            “Ya la tapi apa yang saya nak kena buat?Saya tak fahamlah semua ni.” Hana membuat pengakuan jujur. Semua ini dirasakan terlalu asing buat dirinya. Sudahlah tempat ini dan orang-orang yang baru ditemuinya dirasakan pelik, skop kerjanya juga dirasakan tersasar jauh dari apa yang pernah dipelajarinya dahulu.
            Jojo yang sedang mencapai sehelai dress dari penyangkut baju, menoleh kepada Hana. Raut wajah gadis itu direnung. Lambat-lambat bibirnya mula tersenyum.
            “Er..kenapa cik?Ada apa-apa yang tak kena ke?.” Hana mula berasa cuak. Sudahlah di dalam bilik itu hanya ada mereka berdua manalah tahukan kalau-kalau si penata fesyen ini fikirkan yang bukan-bukan pulak pasal dirinya. Ish!Tak kanlah Hana?Kau ni. Dia ni Jojo kut?Jojo tau!
            “Err..tak. I mean..,” Jojo mula menggelabah. Dia cuba menyusun ayat yang ingin dilontarkan. Dia yang tadinya memandang dress yang berada di tangan, mula menjeling kepada Hana yang masih lagi merenung kepadanya. Kenapa terasa sesuatu ya?Renungan mata  gadis itu tepat ke dalam matanya. Dress yang dipegang disangkut semula ke penyangkut. Hana yang memerhati mengerutkan wajahnya.
            “Eh Cik Jo!Tadi bukan nak ambil ke baju tu?Kenapa digantung balik tu?,” tegur Hana. Walaupun dia tidak tahu sangat perihal kerjanya tapi manalah tahu kalau-kalau pakaian itu penting untuk kerja Jojo ni kan?
            “Oh!Ya, ya..yeah!My bad!.” Jojo tersengih. Come on Jojo!Kenapa dengan kau hari ini?Apa yang tak kena?Dress yang baru disangkut mula dicapai semula. Wajah Jojo menunduk memandang dress Dolce & Gabbana yang berada di tangannya. Aduhai!Malu mengalahkan anak dara betul si Jojo ni!
            Matanya mula mencuri pandang Hana yang kini sudah pun duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan cermin. Di situlah tempatnya di mana model-model akan disolekkan sebelum menjalani sesi fotografi.
            “Banyaknya!,” gumam Hana perlahan. Sebatang lipstik yang terdapat di meja solek itu dicapai. Jojo yang memerhati dari tempatnya cuma tersenyum. Dari tutur bicara gadis itu, dia boleh rasakan yang kawan kepada kawan baiknya itu adalah seorang yang jujur. Sudahlah jujur, sopan pula tu. Bukannya hipokrit seperti kebanyakan mereka yang berada di dalam industri yang sama dengan dirinya. Tak lah semua tapi adalah juga!
            Jojo mula menapak ke arah Hana. Leka betul gadis itu memerhati semua alat make up yang berada di situ sehinggakan tidak sedar dia yang sudah berdiri di belakang.
            “Sayang..,” tangan Jojo naik memegang kedua-dua bahu Hana.
            “Cik Jo!,” terkejut Hana dengan sentuhan yang tidak disangkakan itu. Lipstik yang sedari tadi selamat berada di tangannya kini sudah selamat berada di atas lantai.
            “Sorry, sorry!I bukan sengaja nak takutkan you. You terkejut ke?,” soal Jojo sambil menunduk mengutip lipstik yang sudah patah itu.
            “Alamak!Matilah saya Cik Jo. Tengok..nanti...”
“Sshh!,” jari telunjuk Jojo naik mengisyaratkan Hana agar diam. Hana mula mengetap bibir.
            “Benda ni bukan berapa sen sangat pun,” ujar Jojo sambil mencampakkan lipstik tersebut ke dalam bakul sampah di sisi meja solek. Sehelai tisu ditarik daripada sebuah kotak yang turut berada di atas meja untuk mengesat tangan yang comot dengan warna lipstik berkenaan.
            Hana yang masih lagi duduk di kerusi hanya memerhati tingkah lelaki itu. Jojo yang kembali berdiri di belakangnya menuding ke dalam cermin di depan mereka berdua.
            “Tengok...”
Terkebil-kebil mata Hana memandang ke dalam cermin. Kalau tadi hanya wajahnya yang kelihatan, kini wajah lelaki itu yang mulai membongkok dari belakangnya turut terbias di sisi kanan wajahnya.
            Jojo memerhati raut wajah Hana yang mempamerkan riak kehairanan. Tangannya kini diletakkan di kerusi setelah menyedari tindakan refleks gadis itu yang menarik bahunya dari tangannya sebentar tadi. Bukan dia ingin mengambil kesempatan pun tapi dia sudah terbiasa menyentuh model-model yang bekerjasama dengan dirinya sebelum ini.
            “Ke..kenapa?,” soal Hana gugup. Sudahlah tadi pegang-pegang orang, nak suruh tengok ke dalam cermin pula sekarang. Ish!Pelik betul Jojo ni.
            “Apa yang I nak cakap tadi, I boleh ubah you. Ubah you untuk jadi cantik, malah mungkin lebih cantik dari perempuan-perempuan yang ada kat sini. Tu..Erin tu..,” Jojo mula hendak bergosip!
            “You ingat sedar-sedar je dia terus jadi macam tu ke?Dulu, dia tu lagi worse dari you tau!Siapa yang ubah dia kalau bukan I?And now I want to do the same thing for you. How about that?Jangan risau. Kita kekalkan imej you yang bertudung ni tapi...”
            “Er..Cik Jo. Maksud saya Jojo..,” Hana menarik nafas. Macam menarik juga tawaran yang dibuat oleh Jojo ni kan tapi bukankah dia ke sini untuk bekerja?
            “Tapi apa darling?You tak suka?Hmm?You know what..I’m the best in town. Siapa yang tak kenal dengan I?And...”
            “Saya tahu Jojo yang terbaik,” Hana cuba menyusun ayat. Matanya melihat lelaki itu yang mula mengukirkan senyuman di dalam cermin.
            “Mestilah!Jojo tau!.”
            “Tapi kalau nak kena ubah semua tu, rasanya buat masa sekarang tak payahlah. Lagipun mesti semua barang-barang tu mahal kan?Manalah saya mampu. Kalau dapat bertahan kerja kat sini pun dah lebih dari cukup. Dapat juga balas jasa mak dengan ayah saya kat Kedah sana tu. Dan paling penting kalau Jojo sanggup ajar saya dan bersabar dengan saya, itu yang saya nak. Bukan nak ubah-ubah ni. Lagipun saya bukannya model,” terang Hana satu persatu.
            Kalau tadi melalui cermin, kini Hana mula menoleh memandang raut wajah lelaki itu yang hanya beberapa sentimeter dari wajahnya.
            “Boleh?” soal Hana penuh mengharap sambil mengangkat kening. Jojo yang ikut bertentang mata dengan gadis itu mula terasa keras lidahnya untuk menjawab. Kenapa ni Jojo?Tak kan lah gadis kampung macam ni pun buat kau susah nak jawab kut?Bahulu betul!
            “Belum pernah tau ada orang reject my offer,” balas Jojo setelah beberapa ketika. Kalau perempuan lain, pantang ditawarkan mesti menggedik nak terima. Siapa yang tak nak kalau percuma kan? Kenapa dia ni tak nak pula?Pelik!
            “Ala..janganlah macam tu Jojo,” tingkah Hana. Naik kedua-dua tangannya memegang lengan lelaki itu. Eh!Dia pegang aku ke?Dia pujuk ke ni?Seronok juga ya!Jojo yang mengerling pura-pura tak ambil kisah.
            “Saya..er..maksud saya tadi, ajarlah saya bab-bab kerja ni. Nak ubah-ubah ni nanti-nanti pun bolehkan?Kan?,” lengan Jojo mula digoncang agar dapat menarik perhatian lelaki itu. Ala, kenapa terasa lemah pula dengan aku ni?Pegang lengan sikit dah nak mengalah ke?Tak boleh, kena jual mahal ni!
            “Janji?,” Jojo menjeling manja. Pulak!Itu yang terkeluar dari mulutnya.
“Hmm..janji,” Hana menganggukkan kepalanya. Merajuklah pula lelaki ini. Tak pasal-pasal kena berjanji bagai! Lengan lelaki itu dilepaskan. Matanya kembali menatap pelbagai jenis alat solek yang terdapat di meja itu.
            “Tapi hari ni you kena makan dengan I. I tak habis marah lagi ni,” suara Jojo menusuki pendengaran Hana.
            “Hah?!Bila?.” Macam-macam betullah perangai si Jojo ni.
“Nantilah. Bila kita dah habis kerja,” sahut Jojo yang sudah kembali semula kepada sesi pemilihan pakaiannya itu.
            Hana bingkas bangun dari kerusi lalu mula menghampiri Jojo yang mulai kelihatan sibuk semula.
            “Jadi, apa yang saya nak kena buat sekarang ni?.”
            “Kejap ya..emm..hah!Yang ni..you tolong iron kan yang ni, boleh?Iron ada kat bilik belakang tu. Model nak pakai mestilah kena cantikkan?,” Jojo mula membebel. Sehelai dress dihulurkan kepada Hana.
            “Iron?,” sambut Hana bagaikan tidak percaya. Tak kan lah itu saja yang dia kena lakukan?
            “Yup. Kenapa?Oh..nanti I ajarlah you yang lain-lain. Buat masa sekarang,please..ironkan baju tu. Nanti dah nak photoshoot ni. Cepat sikit ya!,” balas Jojo yang bagaikan mengerti maksud pertanyaan Hana.
            Hana mula bergegas menghala ke arah bilik yang ditunjukkan oleh Jojo tadi. Jojo yang sibuk meneliti beberapa helai pakaian, mengerling Hana yang sudah menghilang masuk ke dalam sebuah bilik. Dia yang tadinya berdiri mula melabuhkan punggung di sebuah kerusi di meja solek. Fuh!Lega kerana tidak ada Hana di depannya kini.
            Kenapa terasa bagaikan tidak kena dengan dirinya sendiri setelah bertemu dengan gadis itu?Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek jaket yang dikenakan. Skrin mula disentuh dan dia mula mencari mesej yang pernah diterimanya.
            Bibirnya tersenyum apabila menjumpai apa yang dicari. MMS yang dikirimkan oleh Ika semalam terus ditatap. Gambar Hana itulah yang membuatkan dia dapat mengecam gadis itu di pejabat tadi. Gadis itu polos. Sepolos pakaian dan penampilannya yang langsung tidak dihiasi apa-apa aksesori tapi who cares?Dia suka!
            Sebaik tiba di depan pintu pagar sebuah rumah yang terletak di Damansara, Jojo memberhentikan keretanya. Tidak cukup dengan itu, enjin kereta Nissan Infiniti G37 yang berwarna merah sama seperti warna seluarnya pada hari itu, turut dimatikan.         Penumpang yang berada di sebelah menarik perhatian Jojo. Raut wajah Hana yang sudah terlelap itu diperhati. Wajah pembantunya itu bersih dari sebarang make up. Dari wajah, mata Jojo merayap memerhati pakaian yang membaluti tubuh gadis itu.
            Baju kurung bercorak bunga yang berwara merah jambu itu dipadankan dengan selendang pashmina polos yang turut mempunyai nada warna yang sama. Mata Jojo merayap lagi memerhati hujung kaki Hana yang mengenakan kasut leper berwarna hitam. Beg yang berwarna hitam juga sedang dipeluk oleh gadis itu.
            Jojo menganggukkan kepalanya. Dia tahu semua inilah yang membuatkan Erin begitu berani menyindir Hana pagi tadi. Semua benda yang dikenakan dan dibawa oleh gadis itu yang kini sudah sah bergelar pembantunya, adalah benda-benda yang biasa. Bukannya benda yang berjenama yang akan dibawa masuk oleh semua pekerja Fabuloustar.
            “Ah!Kalau tak aku yang ajar semua tu, diaorang tu pun dua kali lima juga!,” desis Jojo perlahan. Kalau adanya barang berjenama sekali pun tapi kalau tidak kena dengan gayanya tetap akan nampak janggal, kan?Semuanya mesti berterima kasih kepada guru fesyen di Fabuloustar iaitu Jojo!Yeah, that’s me, Jojo!
            Hati Jojo merasa bangga. Sudahlah Jojo. Bangga tu bangga juga tapi esok nak kena kerja lagikan?Jojo mengerling lagi kepada Hana. Dia mula berdehem sekali dua sebelum mula membuka mulut.
            Baru saja tangannya naik hendak menyentuh bahu gadis itu, dia mula berasa teragak-agak setelah mengingati insiden di bilik wardrobe tadi.
            “Ala..bukan aku sengajakan?,” tukasnya perlahan. Dia sedar kini di antara dia dengan pembantunya itu adanya satu jarak yang perlu dijaga tapi di dalam keadaan sekarang, kalau bukan dia yang harus mengejutkan gadis itu siapa lagi?
            Tangan mula menggerakkan bahu Hana perlahan-lahan.
“Awak...” Wait!Apa ni Jojo?Awak?Oh, please!Dia awek kau ke apa?Jojo berdehem lagi. Tadi tu salah tiun suara sebab tu masuk saluran yang salah.
            “Sayang...bangun. Dah sampai ni.” Suara manja mula kedengaran. Hah!Ini baru Jojo kan?Tadi tu kenapa boleh panggil perempuan ni ‘awak’?Ah!Pedulilah Jojo.
            Hana yang terpisat-pisat mula membuka mata. Kelihatan raut wajah Jojo yang sedang tersenyum kepadanya. Selendang yang dirasakan senget sedikit mula diperbetulkan.
            “Dah lama ke kita sampai abang?.” Terjegil mata Jojo mendengar perkataan itu. Abang?!Apa dia tak salah dengar?Tak kan?Kan?
            “Ehem, ehem!,” Jojo berdehem lagi. Nak masuk saluran yang mana pula ya?
“Eh, Cik Jo. Jojo..sorry. Tadi tu dah terbiasa waktu saya belajar,” terang Hana. Ya lah, senior-senior di UiTM dan di bekas tempat kerjanya dulu mestilah dihormati kan?
            Jojo terlopong. Punah harapan!
“That’s ok dear. I faham. By the way, esok you tunggu I ok?Kita pergi kerja sama-sama,” Jojo menyampaikan hajatnya yang sudah difikirkan sejak membawa pembantunya itu pergi makan bersama-sama tadi.
            “Tak pe la Jojo. Saya pergi naik teksi je,” sahut Hana sambil mula meletakkan tali beg ke bahu.
            “Mana boleh. Esok I tetap akan datang. Kalau you tak ada, siap you!,” Jojo menjeling manja. Marah-marah sayanglah katakan!
            “Tapi tak susahkan Jojo ke?Nak kena datang sini dulu lepas tu...”
“Tak susahlah sayang. Lagipun memang kita satu hala kan?Satu tempat lagi. Ingat, esok tau?,” luah Jojo dengan senang hati.
            “Emm..baiklah, saya keluar dulu. Bawa kereta elok-elok ya. Assalammualaikum.”
Jojo terkesima. Hanya matanya mengikut langkah Hana yang sudah turun dari keretanya. Melihat gadis itu yang melambai kepadanya, tangannya ikut naik membalas. Lambat-lambat barulah dia boleh bersuara.
            “Wa..Waalaikumussalam.” Adus!Kenapa ni Jojo?Selalu tu bukan ke, ‘hai’,‘sayang’, ‘dear’, ‘darling’, emm..apa lagi?Hah!You’olls pun ada juga!Tapi sekarang ‘assalammualaikum’?Sudah lama rasanya telinga dia tidak mendengar kalimat itu ditujukan terus kepada dirinya. Hidupnya sebelum ini...Dalam tak sedar, Jojo mula terasa sebak. Isk, isk!

 

SO TRUE


So true..
Pic from My beautiful rania FB