Saturday, 11 January 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 21


Sebaik pintu lif terbuka, Hana bergegas mengatur langkah menuju ke salah sebuah kotak parkir di mana terdapatnya kereta berwarna merah milik Jojo.
            “Macam mana boleh tertinggal pula ni?,” gumam Hana seorang diri. Sesekali matanya melilau memerhati sekeliling yang sunyi. Ya la, cuak juga bila bersendirian di kawasan letak tempat kereta di ground floor tu. Sempat juga matanya memerhati kereta-kereta yang terjalar di situ. Semuanya kereta-kereta mewah.
            “Kaya orang-orang kat sini..,” Hana terus membebel. Satu butang di kunci kereta yang berada di genggaman di tekan sebaik kereta Nissan Infiniti G37 sudah kelihatan di depan mata.
            Pintu kereta yang tadinya berkunci mula dibuka oleh Hana. Bibirnya tersenyum lebar sebaik telefonnya, Samsung Galaxy W itu dilihat terletak di atas dashboard yang berwarna hitam itu.
            “Nasib baiklah ada..,” Hana berasa lega setelah gadjet kesayangannya itu sudah berada di dalam tangan. Pantas, pintu kereta ditutup semula dan butang alarm ditekan kembali.
            Sambil mengatur langkah ke lif, Hana bersenandung kecil. Terasa senang hatinya kerana sudah masuk hari ketiga dia bergelar sebagai salah seorang staf Fabuloustar dan sudah pun terbiasa sedikit demi sedikit dengan tugasannya yang membantu Jojo itu.
            Satu punat ditekan sebaik menjejakkan kakinya di dalam lif. Kalau tadi, Hana berseorangan sewaktu turun ke tingkat bawah itu, kini dia keseorangan lagi sementara menanti lif membawanya ke tingkat yang sepatutnya semula.
             Hana mula melangkah keluar sebaik pintu sudah terbuka. Kaki mula menghala ke arah kanan untuk menuju ke arah pejabat Fabuloustar kerana Jojo sudah pesan kepadanya tadi yang lelaki itu akan berada di situ kerana hari ini tidak ada sesi fotografi.
            Sebaik pintu pejabat ditolak, wajah Hana yang tadinya ceria mula berkerut. Matanya melihat beberapa orang kelihatan bergegas menuju ke sebuah bilik.
            “Apa ni?,” desisnya perlahan. Berlainan benar suasana di pejabat itu berbanding apa yang pernah dilihatnya sebelum ini. Tak kan lah dalam tempoh tiga hari itu,secepat ini pejabat Fabuloustar berubah wajah?Tunggu!Dia tak pernah lihat semua mereka ini.
            Hana menjeling ke arah sebuah papan tanda di dinding.
            “ZIKRI HOLDING.” Tanda nama yang berwarna keemasan itu terpampang jelas di depan matanya kini. Hana mula kaget. Adus!Macam mana boleh tersilap tempat ni Hana?Aras berapa pula ni?
            Tak mengapa. Dia pun bukannya buat apa-apa yang salah di sini kan?Dia hanya perlu menutup pintu itu dan bergerak semula ke arah lif. Lagipun, pekerja-pekerja yang kelihatan kalut semacam tadi pun dah tak ada. Agaknya semuanya dah masuk ke dalam bilik tu kut?
            Hana mula menarik semula pintu yang dibuka tadi perlahan-lahan. Belum pun sempat pintu ditutup sepenuhnya, terdengar satu suara memanggil.
            “Makcik!.” Berkerut semula wajah Hana sebaik mendengar lantunan suara itu. Makcik?Dia ke yang dimaksudkan?Orang lain agaknyakan?Sudahlah Hana, jom balik ke pejabat. Kesian si Jojo tu. Entah-entah risau kunci kereta kesayangannya itu tidak dipulangkan balik.
            “Makcik, tunggu!.”
Ok, ini sudah melampau. Makcik, makcik..siapa yang makcik?Dan yang paling penting, mulut mana yang memanggil tu?Hana yang tadi sudah menoleh untuk bergerak semula ke lif, kini menoleh semula ke belakangnya dek suara yang masih tidak berhenti memanggil. Panggil dirinya atau siapa?
            Kelihatan seorang lelaki dengan sebuah fail di tangan sedang menghala kepadanya.
            “Makcik, tolong buatkan air. Kami dah nak bermesyuarat ni.”
“Tapi saya..,” belum pun sempat Hana hendak membuka mulut lelaki tersebut berjalan meninggalkannya di situ. Apa ni?Buat air?Air apa?Karipap betullah lelaki ini. Aku bekerja kat Fabuloustar tau!
            “Karipap betullah..,” desis Hana perlahan.
Terhenti langkah Rayyan sebelum menoleh semula ke belakangnya.
            “Excuse me?.”
“Er..macam ni. Saya bukannya...”
            “Oh!Cepat sikit ya. Untuk Tan Sri tahu kan air apa yang dia minum?.”
            Soal Rayyan sebelum mengatur semula langkahnya. Matanya menjeling tea lady yang baru di pejabatnya itu. Sudahlah masuk kerja lambat, nak buat air saja pun hendak diberitahu ke?Bukankah itu tugasannya?Sabar Rayyan, sabar. Ingat Puteri...Senyuman mula menghiasi bibir Rayyan yang berwajah kelat tadi. Itulah penawarnya, Puteri.
            Hana termangu-mangu seorang diri di pintu. Manalah aku tahu air apa. Ala, lari je la Hana. Bukannya dia tahu pun. Lagipun, bukannya aku kerja dengan dia orang ni. Senang-senang je nak suruh orang buat air bagai, Fabuloustar tau yang bayar gaji aku!
            Kaki mula melangkah. Tak kuasa la nak tolong-tolong. Nanti kalau haus, pandailah dia orang cari air.
            “Take your time honey. Kita pun bukannya ada photoshoot hari ni. Let me tell you something..kalau tak ada photoshoot tu, bolehlah anggap macam cuti sebab kerja tak banyak sangat tau.”
            Kata-kata Jojo sebelum dia turun untuk mendapatkan telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta lelaki itu terngiang-ngiang semula. Jadi, kalau tak banyak kerja sangat, kenapa kau tak nak tolong Hana?Lagipun bukan ke ustaz dan ustazah selalu cakap yang kita tak tahu nanti, yang mana satu amalan kita akan menyelamatkan diri kita bila dibicarakan di depan Allah nanti.
            Ya la, ya la. Adus!Dia selalu lemah bila berhadapan dengan situasi macam ni. Hana melangkah semula menuju ke pejabat yang asing buat dirinya itu. Sunyi sepi sebaik kakinya melangkah masuk.
            “Mana pula bilik pantri?,” bisik Hana sendirian. Matanya melilau memandang sekeliling sambil kaki melangkah perlahan-lahan. Hana mula menghala ke kanan  untuk mencari bilik pantri di dalam syarikat yang besar itu.
            “Ada pun..,” Hana tersenyum sebaik melihat sebuah bilik yang tidak berpintu. Dia mula melangkah masuk setelah melihat adanya sinki, beberapa cawan dan juga pemanas air.
            “Anggap saja aku tolong..,” bebel Hana sambil mencuci tangannya di sinki. Selesai mencuci dan mengelap dengan tisu, Hana mula mencari balang gula. Balang yang diletakkan bersebelahan dengan balang yang lain mula dicapai. Sudu mula diambil.
            Beberapa minit berlalu, taraaa!Dah pun siap satu teko cawan air Nescafe ‘0’ dan juga Nescafe susu panas untuk si pakcik yang memanggilnya makcik tadi. Tak lupa, secawan air Nescafe ‘o’ khas untuk Tan Sri biarpun dia tidak tahu air apa yang menjadi kegemaran Tan Sri itu. Apa yang penting kurang manis tau!
            Cawan mula disusun di atas dulang.
“Pejabat punyalah besar, biskut kering pun tak ada?,” omel Hana apabila cuba mencari juadah sampingan yang boleh dihidangkan bersama-sama dengan air.
            “Biarlah. Lapar nanti, pandai-pandailah dia orang nak cari mana.”
Dulang mula diangkat dan langkah mula diatur perlahan-lahan. Sebaik melangkah keluar dari bilik pantri itu, Hana mula menghala ke arah sebuah bilik yang pintunya tertutup rapat. Ya, bilik itulah yang dimasuki oleh para pekerja tadi.
            Dengan tangan kiri memegang dulang yang dirapatkan ke dadanya, tangan kanan Hana mula naik memberikan ketukan di pintu.
            “Masuk!.”
Terkial-kial Hana memulas tombol pintu sebaik mendengar lantunan suara. Sebaik pintu dibuka, dia perhatikan semua pasang mata yang berada di situ menoleh kepadanya.
            “Lamanya buat air!.” Suara yang kedengaran membuatkan Hana mula menoleh. Oh!Pakcik tu lagi rupa-rupanya. Orang buat ni pun dah besar rahmat tau?Bukannya tahu nak berterima kasih!Tunggu..dia tak tahukan hal yang sebenar?
            “Tak pe, tak pe..,” gumam Hana perlahan cuba memujuk hatinya sendiri.
Satu teko diletakkan di atas meja sebaik tiba di meja panjang itu.
            “Cepatlah sikit!.” Rayyan bersuara semula. Panas hatinya melihat gerak perlahan tea lady yang berada di sisinya kini. Pandangannya kembali dihadapkan di komputer riba yang terpasang di atas meja.
            “Rayyan..,” Tan Sri Rashid mula menegur tingkah anaknya itu.
“Sorry bah..,” sahut Rayyan yang mengerti apabila namanya dipanggil dengan nada yang meleret begitu.
            “Air untuk Tan Sri..,” ucap Hana sebaik secawan air diletakkan di depan lelaki yang sedang duduk di kepala meja itu.
            “Yang ni..er..,” Hana teragak-agak untuk bertanya. Nak dituang atau tak air dari teko itu?Ke diaorang hendak sambung bermesyuarat semula?
            “Tuanglah. Tak kan yang itu pun nak disuruh?,” desis Rayyan geram.
Hana menjeling sebaik mendengar suara lelaki berkenaan. Apalah nasib kau Hana?Dulu tu Rina sekarang pakcik ni?Ah!Sudahlah. Tuang je air tu. Lagi cepat kau buat kerja, lagi cepat kau boleh tinggalkan tempat ni.
            Air mula dituang ke dalam cawan sebelum diedarkan kepada para pekerja yang duduk di tempat masing-masing. Selesai memberikan minuman buat para pekerja itu, satu lagi cawan yang mengandungi Nescafe susu mencuri pandangan Hana. Langkah mula diatur semula ke arah tempat duduk lelaki tersebut.
            “Ni air untuk tuan.” Pulak!Tadi bukan ke kau nak panggil dia pakcik?Tak pe la. Apa salahnya berbudi bahasa kan?Budi bahasa amalan kita, ingat!
            “Terima kasih,” satu suara yang kedengaran membuatkan Hana kembali menoleh. Tahu juga kan pakcik tu nak ucapkan..tunggu!Bukan. Bukan pakcik tu tapi ini betul-betul pakcik. Tan Sri yang ucapkan terima kasih kepadanya.
            “Sama-sama tuan,” balas Hana tersenyum. Ada juga orang yang tahu menghargai kerjanya. Bukan macam makhluk tu!Huh!Hana menjeling ke arah lelaki itu yang tekun memandang ke arah komputer ribanya sebelum berlalu.
            Tiba di luar, Hana mula mendapat idea. Dia berlalu ke sebuah meja yang kosong. Sekeping kertas kecil dicarikkan dari sebuah buku nota yang terdapat di situ dan sebatang pen dicapai. Tangannya mula menulis sesuatu di atas kertas tersebut.
            Hana mula menapak mencari sebuah bilik di antara bilik-bilik yang terdapat di situ. Tiba di depan sebuah pintu, nama yang tertera membuatkan Hana mula melangkah masuk. Matanya memerhati susun atur meja yang terdapat di dalam bilik tersebut. Semuanya nampak kemas.
            “Kat mana nak letak ni?.” Mata Hana terus melilau mencari tempat yang dirasakan sesuai. Telefon yang terdapat di atas meja membuatkan Hana tersenyum. I-phone yang berwarna hitam itu diangkat dengan berhati-hati sebelum diletakkan semula di atas kertas yang sudah dilipatkan.
            Setelah berpuas hati, Hana mula melangkah keluar. Kelibat seseorang yang berada di kaunter berhampiran dengan pintu masuk tadi menggamit perhatian Hana.
            “Eh!Awak ni siapa?!,” perempuan tersebut yang tadinya duduk terus terbangun apabila perasankan Hana yang baru melangkah keluar dari sebuah bilik di situ.
            “Er..tadi tu er..saya buatkan air tapi awak ni...tadi tak ada sesiapa pun kat sini?,” Hana menyoal balas.
            “Saya Fifi, penyambut tetamu kat sini. Tadi tu saya pergi tandas. Sakit perut,” beritahu Fifi. Tangannya masih lagi menuding ke arah Hana untuk pertanyaannya yang masih belum berjawab.
            “Oh!Tadi tu..ada orang tu salah faham ingat saya kerja sini. Dia suruh saya buatkan air.”
            “Siapa?Tan Sri?.”
Hana menggelengkan kepalanya.
            “Bukan. Yang muda tu. Apa nama tah..,” Hana menjongketkan bahunya. Tahu, saja je tak nak cakap!
            “Oh!Encik Rayyan?.”
“Agaknyalah...”
            Fifi melirik gadis yang berada di depannya kini. Patutlah bosnya itu menganggap gadis ini sebagai tea lady. Baju kurung dengan kasut lepernya itu.
            Sedar dirinya diperhatikan, Hana mula membuka mulut.
            “Tak pe la awak. Saya gerak dulu ya. Assalammualaikum.”
Kepala Fifi mengangguk sambil menjawab salam yang diberikan. Kalau dilihatkan, memang gadis itu boleh dianggap tea lady tapi kalau bukan dia yang bekerja sebagai tea lady, kenapa dia sanggup buat air pula?
            Ish!Macam-macam ragam orang dalam dunia ini. Fifi menjongketkan bahu. Setidak-tidaknya, sudah ada orang sediakan minuman untuk para pekerja Zikri Holding bermesyuarat pada hari itu. Kalau tidak, mesti dialah yang akan jadi mangsanya!


            Rayyan yang sedang meneliti sebuah fail yang mengandungi perancangan untuk tanah yang bakal dibangunkan, mula menghentikan pembacaannya hampir setengah jam yang lalu. Naik kedua-dua ibu jarinya mengurut lembut pelipis untuk mengurangkan tekanan yang mula menguasai. Mata direhatkan seketika.
                Gila!Baru sahaja tiga hari dia masuk bekerja di syarikat babahnya itu, sudah banyak kerja yang seakan-akan bersedia menyambutnya di Zikri Holding. Patut saja babahnya inginkan dia segera membantu di situ usai pembelajarannya di Leonard N. Stern School of Business, NYU empat tahun yang lalu. Cuma dia yang sengaja tidak ingin pulang ke tanah air lebih awal. Merajuk dengan tingkah babahnya yang disangkakan tidak menyayanginya lagi setelah berkhawin dengan ibu tirinya itu.
            Itu satu hal. Satu hal yang paling utama di dalam senarai sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk menetap seketika di bumi Barat itu adalah Shasha. Sangkanya setelah beberapa tahun tidak bersua muka, dengan usia yang semakin dewasa perangai gadis itu akan berubah tapi langsung tidak.
            Ah!Sudahlah Rayyan. Pedulilah si Shasha tu. Mujur juga dia sudah ada kerjayanya sendiri sekarang, jadi tak la dia selalu kacau kau sangatkan?Lagipun kau kan nak berkhawin dengan Puteri, kan?
            “Puteri..,” sebaris nama itu diseru lagi oleh Rayyan. Terasa hilang masalah yang bersarang di dalam kepalanya sebaik nama dan raut wajah itu datang bertamu tanpa dipinta. Mata yang kembali dibuka setelah dipejamkan sebentar tadi tertancap semula kepada fail yang terbentang di depan meja.
            Butang interkom ditekan untuk memanggil setiausahanya.
“Ya encik?Ada apa-apa yang saya boleh bantu?,” kedengaran suara Cat di hujung talian.
            “Tolong minta makcik tu bawakan saya secawan kopi lagi,” Rayyan memberikan arahan sambil membetulkan duduknya di kerusi. Kerja yang dirasakan bertimbun itu membuatkan dirinya terasa perlukan sesuatu untuk terus menyegarkan dirinya sendiri.
            “Baik cik. Ada apa-apa lagi?.”
“Nope. Thanks!.” Terus butang ditekan untuk mematikan perbualan. Jari jemari mula ditekan-tekan untuk menghilangkan lenguh. Tali leher yang diikat kemas untuk menghadiri mesyuarat bersama-sama staf Zikri Holding dan babahnya tadi, mula dilonggarkan.
            “Working time!,” ucap Rayyan memberikan semangat untuk diri sendiri. Semenjak babahnya berkhawin dengan emak tirinya itu, dia telah pun menanam minat di dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh babahnya itu. Itu adalah permulaan arwah datuknya. Dia tidak akan sama sama sekali membiarkan perniagaan itu jatuh ke tangan orang luar.
            Baru sahaja memulakan pembacaannya, Rayyan terhenti. Raut wajah ibu tirinya yang menjelma benar-benar mengganggu fokus yang cuba dihadapkan semula. Kenapa dia masih tidak boleh menerima wanita itu?
            Dia masih ingat bagaimana Puan Sri Harlina berpura-pura di depan babahnya ketika umurnya 15 tahun. Kalau di depan babahnya bukan main lagi wanita itu akan melayan makan minumnya. Semuanya dijaga rapi. Kalau di meja, semuanya akan disendukkan ke dalam pinggannya.
            Sangkanya, pada waktu itu dia boleh menumpang kasih dengan wanita yang menjadi suri kedua buat babahnya setelah ketiadaan umi tersayang. Namun, apabila babahnya yang tiada di rumah kerana berada di Singapura atas urusan kerja, pada waktu itulah perangai sebenar Puan Sri Harlina terserlah.
            Bukan setakat makan minumnya, dirinya sendiri langsung tidak diendahkan oleh ibu tirinya itu. Begitu sibuk Puan Sri Harlina bekerja di syarikat untuk menggantikan ketiadaan babahnya buat beberapa hari itu walaupun sebelum bergelar isteri kepada babahnya, jawatan wanita itu cuma setiausaha sahaja. Nasib baik ada Makcik Bibahnya.
            Satu ketukan di pintu menarik Rayyan kembali ke alam nyata. Nafas dihela sebelum mula membuka mulut.
            “Masuk!.” Rayyan mula mengadap semula fail yang masih terbentang menunggu setia dirinya. Sudahlah Rayyan. Sekarang, kau dah jadi CEO kan?Apa lagi yang dia boleh buat?Cuma, setiap bulan saja babah akan beri duit kat dia. Dia pun tak masuk campur urusan syarikat ni lagi kan?
            Seorang wanita yang baru masuk membuatkan Rayyan menoleh untuk kedua kali. Aik!Cepat benar bertukar?Ini dah memang betul-betul makcik ni!
            “Er..makcik, tadi tu..er...”
“Apa cik?,” wanita yang sebaya Makcik Bibah itu menoleh kepadanya dengan senyuman di bibir.
            “Er..maksud saya yang tadi tu anak makcik ke?,” Rayyan melepaskan soalannya. Wanita yang tercegat di depannya mula berkerut dahi. Apa saja yang anak muda ini sedang bicarakan?
            “Anak?Siapa ya?.”
“Yang tadi tu..hmm..tak pe la,” Rayyan tersenyum sumbing. Kerja yang menantinya lebih mustahak dari hendak membincangkan siapa gerangan perempuan yang tidak dikenali itu.
            “Ya la. Kalau tak ada apa-apa makcik keluar dulu,” ujar wanita itu sebaik meletakkan secawan kopi di atas meja.
            “Baiklah. Terima kasih.”
Sebaik pintu kembali ditutup, Rayyan kembali semula kepada kerjanya yang terhenti. Wakil dari AZ & Co yang dijangka untuk tiba di pejabat pada hari ini nampaknya tidak menunjukkan batang hidungnya kerana faktor yang tidak dia sendiri tidak ketahui.
            Nampaknya inilah peluangnya untuk mengkaji dengan lebih lanjut perihal syarikat berkenaan sebelum bersua muka dengan wakil mereka. Sebuah lagi fail dicapai. Terangguk-angguk kepala Rayyan memerhati butiran-butiran yang disediakan oleh Cat, setiausahanya.
            Cawan mula diangkat dan dibawa ke bibir. Air mula disisip. Belum pun sempat air tersebut hendak melalui kerongkong, wajah Rayyan mula berkerut seribu. Air yang berada di dalam cawan diperhatikan sebelum diletakkan semula ke atas alas cawan.
            Sudahlah banyak kerja, air kopi pula tak sedap, cantiklah tu!Panas pula hati kat makcik tadi. Eii!Rayyan mula menyandarkan kepala ke kerusi. Mata masih lagi memandang ke arah cawan yang terletak di atas meja.
            Air Nescafe susu yang diminumnya ketika mesyuarat tadi sedap. Kaw lagi tau!Yang ni, aduhai..nak dimarahkan makcik tadi dirasakan tak patut pula. Sudahlah lebih kurang sebaya dengan Makcik Bibahnya.
            Sabar je Rayyan. Minum je la air Nescafe ‘o’ tu. Kurang manis lagi tau makcik tu buat untuk kau. Khas untuk kau, hehe..
            Dari cawan, mata Rayyan mula menjalar memerhati beberapa fail yang masih menunggu tindakan lanjut daripadanya. Kenapa telefonnya senyap je hari ni?Puteri langsung tidak membalas SMS darinya.
            Gadjet yang berada di atas meja mula mencuri perhatian. Tangannya mula naik mencapai I Phone kesayangannya itu. Sesuatu yang terjatuh di atas lantai menarik arah pandanga mata Rayyan.
            “Kertas apa pula ni?Tak kan Cat nak tinggalkan nota macam ni kut?.”
Sekeping kertas kecil yang berlipat mula dicapai dan dibuka.
            ‘Assalammualaikum Cik. Saya bukannya tea lady syarikat cik ya. Saja je saya nak tolong tadi tu. Anyway, kalau ucapkan terima kasih tu bukan ke lagi elok?Nak marah-marah pula.Terima kasih. Yang benar, bukan tea lady’.
            Rayyan tersenyum sendirian. Nampaknya, dia sudah salah faham. Tadi pun, bila nampak makcik tu, dia sudah boleh agak kedudukan hal yang sebenar tapi persoalannya sekarang, siapa ‘makcik’ yang lagi seorang tu?
            “Bukan tea lady..,” nama samaran itu dibaca perlahan. Dia tahulah bukan tea lady tapi siapa?Nampaknya ‘makcik’ tu sudah bahasakan dirinya. Padan muka kau Rayyan!Orang dah tolong tu, bukannya nak berterima kasih tapi nak marah-marah pulakan?
            Air di dalam cawan direnung. Memang jauh bezanya dengan apa yang ‘makcik’ tu sediakan untuknya tadi. Ai!Sekali dah kena penangan air Nescafe susu kaw dari ‘makcik’ tu, tak kuasa lagi rasanya nak minum air Nescafe ‘o’ tu.
            “Bukan tea lady..,” Rayyan tersenyum lagi. Kepalanya digelengkan perlahan. Macam-macam. Ada juga orang yang macam tu?Sanggup buat sesuatu walaupun itu bukan kerjanya?Ada lagi ke orang macam tu kat dunia ni?Yang paling penting, wujud lagi ke orang macam tu kat KL ni?Ish, ish..susah pula nak percaya.
           

 







Thursday, 9 January 2014

SUSAHNYA NAK CARI..


Assalammualaikum dan selamat malam semuanya..eh?Bukan nak tidur lagi kan tapi dah wish gd nite ;-) hehe..ni hah..nak bebel sat pasai 1 jenis cardigan yang susah betul nak cari so nak minta tolong all my lovely visitors yang singgah blog ni to let me know..kat mana nak cari long cardigan tie dye yang macam kat bawah ni?


yang ni dari butik BLUSHINEBELLE..dah out of stock


dari HOUSE OF ALLURE..pun dah habis..


dari HONEY PUMPKIN, dah habis juga..tak tau la kut2 nanti diaorang restock kan..


dari LAWALAWALAH..habis juga,huhu..

susah sangat nak cari long cardi tie dye yang mcam ni..yang warna black n cream..so kalau ada sapa2 tau habaq na..saya nak beli ;-) disebabkan tak ada n takut melepas langsung, saya beli yang ni


dari HONEY PUMPKIN ( ni bukan pic saya;-) model diaorang, hehe) harga pun berpatutan..RM59.kalau kat tempat lain boleh sampai RM110!!!( gila?!) k la, itu je yang share..tak ada apa sangat pun. moral of the story, kena survey dulu b4 shop..kalau mahal sangat yang sampai melampau, baik tak yah! Itu gila n over namanya, haha..k, tata!

Tuesday, 7 January 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 20


“Macam ni rupa-rupanya..,” bisik Hana apabila melihat apa yang sedang berlangsung di depannya. Semua benda ini kelihatan begitu asing buat dirinya yang baru masuk dua hari bekerja di syarikat penerbitan majalah fesyen itu.
            Kelihatan dua orang model yang sedang memperagakan busana-busana dari jenama antarabangsa dan juga tempatan yang ditata oleh Jojo sebentar tadi sebelum berlangsungnya sesi fotografi itu. Turut memerhati adalah Bad yang bertindak sebagai Pengarah Kreatif di syarikat tersebut.
            Hana yang berdiri beberapa tapak di belakang Jojo hanya menjadi pemerhati setia sedari tadi. Suasana yang dirasainya tidak ubah seperti rancangan America Next Top Model di kaca TV yang pernah disaksikannya. Kenapa?Tak percaya?Percayalah yang Hana ini pun pernah tonton rancangan tersebut. Dia mengenakan baju kurung tak bermaksud dia langsung tak tahu perkembangan dunia fesyen dan hiburan, okay!
            Sekarang, dia mulai faham sedikit demi sedikit. Apa yang akan dilakukan oleh Jojo adalah lebih kepada pakaian-pakaian yang akan dikenakan oleh para model. Manakala, Bad akan lebih kepada gaya yang diberikan oleh para model sewaktu sesi fotografi. Kalau ada yang dirasakan tidak kena, lelaki itu akan menegur. Pendek kata, kerjanya berkait rapat dengan kerja Jojo.
            “Ok girls!Wrap!Thank you!.” Suara Bad menarik perhatian Hana yang leka memerhati setiap seorang dari mereka yang sedang menjalankan tugas masing-masing. Sempat matanya mengerling kepada Imran, jurugambar yang kelihatan sedang menganggukkan kepalanya berpuas hati dengan hasil yang ditatap melalui komputer ribanya yang dihubung terus kepada kamera.
            “This one is good,” kedengaran suara Jojo memberikan pendapat sambil jarinya menunjuk kepada gambar model yang kelihatan di komputer riba.
            Hana memandang pula kepada model-model yang mula melangkah ke bilik wardrobe. Dia mula memandang sekeliling. Kini, hanya dia satu-satunya perempuan di situ. Krew-krew yang bertanggungjawab dengan peralatan fotografi seperti lampu dan sebagainya semuanya adalah lelaki. Dia yang kini sudah berada di jendela studio terus membatukan diri. Hanya matanya yang bergerak memerhati mereka yang masih berada di dalam studio itu.
            “Ok. Nanti you bolehlah serahkan salinan gambar-gambar ni kat I ya,” Bad memandang kepada Imran yang masih lagi setia menatap hasil kerjanya sebentar tadi di komputer riba.
            “Boleh, tak ada masalah. Bila you nak bagi kat bahagian grafik?.”
“As soon as I dapat dari you. Sebab nanti mesti graphic designer nak edit lagi kan this pic?Then nak bagi kat pihak editorial pula.”
            Jojo yang mengerling pandang ke arah Hana menghadiahkan senyuman kepada pembantunya itu. Untung saja kini dia sudah mempunyai gadis itu yang boleh diharapkan untuk menolongnya. Apa yang perlu diajar adalah agar Hana lebih mengenali jenama-jenama busana dan aksesori yang sering digunakan untuk menata rias model-model. Senanglah nanti kalau dia inginkan bantuan gadis itu untuk mencari jenama yang dikehendaki di antara puluhan jenama yang sedia ada.
            Jojo mula menapak ke arah pembantunya itu.
“Kenapa ni?You menung apa kat sini?Ingatkan boyfriend you kat Kedah sana ke?,” usik Jojo. Sesekali dia menoleh ke belakang memerhati Bad yang masih lagi berbual dengan Imran.
            “Ish!Mana ada Jojo. Saya tengok macam mana setiap seorang kat sini buat kerja masing-masing. Sambil-sambil tu, tengok yang ni juga..,” Hana menunjukkan sebuah fail yang berada di tangannya kepada Jojo.
            Jojo yang melihat cuma tersenyum. Fail yang mengandungi ribuan gambar busana dan aksesori dari pelbagai jenama itu adalah koleksi peribadinya yang dipinjamkan kepada Hana agar gadis tersebut dapat lebih mempelajari dunia fesyen.
            “Really?So apa yang you faham?,” duga Jojo.
“Er..setakat ni, apa yang saya tahu kadang-kadang satu-satu fesyen tu akan berputar. Maksud saya akan berulang. Contohnya macam ni..,” Hana menunjuk kepada satu halaman yang penuh dengan gambar cermin mata hitam.
            “Kenapa dengan yang ni?,” Jojo terus menduga.
“Ya la. Dulu tu cermin mata hitam berbingkai besar ni jadi fesyen waktu 60-an, 70-an..tapi sekarang dah jadi ikutan sekali lagi, betul tak?,” Hana mengangkat kening.
            Jojo menganggukkan kepalanya dengan senyuman yang kian melebar.
“Cepat you belajar!,” satu suara mencelah. Kelihatan Bad yang sedang menyarungkan jaket ke tubuhnya melemparkan senyuman kepada mereka berdua.
            “You tahu siapa yang mulakan balik trend ni?,” Bad mengajukan soalan.
Hana terdiam sejenak. Terasa bagaikan dirinya ditemuduga oleh kedua-dua lelaki itu. Temuduga?Aaron Aziz!Malu, malu!
 Mata dipejamkan seketika untuk cuba mengingati satu artikel yang pernah dibacanya ketika menggunakan servis ‘Google’ dulu.
            “Er..kalau tak salah saya, saya pernah baca dulu tu, pasangan kembar Full House tu, Mary Kate and Ashley Olsen,” jawab Hana.
            Jojo mengerling kepada Bad sambil mengangkat kening. Hana hanya memerhati kedua-dua lelaki itu yang saling bertentang mata. Adus!Salah ke jawapannya tadi?
            “Right!Tak sia-sia Jojo hire you untuk tolong dia. Terus belajar and lama-lama nanti, you akan faham yang you don’t have to be like..you know..plastic!,” suara Bad seakan-akan berbisik kepada mereka berdua.
            “Plastik?,” Hana mengerutkan wajahnya.
“Ya, plastik. Semata-mata nak ikut fesyen, you change to be someone else. Ok la, I pun nak kena gerak sekarang ni. Guru dah ada depan you ni hah..,” Bad memeluk bahu Jojo sambil tersenyum.
            “Apa yang tinggal, you korek je semua rahsia dari dia ni okay?I pergi dulu, bye dar...”
            Belum pun sempat Bad hendak memberikan pelukannya kepada Hana setelah kedua-dua tangannya didepakan, Jojo mendahului terlebih dahulu. Nak sangat peluk kan?Nah!Peluk puas-puas!
            Hana yang kaget tadi merasa lega setelah melihat Jojo yang dipeluk oleh Pengarah Kreatif itu. Ingatkan dirinya akan menjadi mangsa kepada budaya yang dilihat sudah menjadi satu kebiasaan buat segelintir warga kota.
            “Bye darling!,” Bad mengangkat tangan sebelum melangkah. Hana cuma memberikan senyumannya kepada lelaki itu.
            Sudahlah senang-senang nak memeluk orang, lagi satu kenapa dia orang ni suka sangat menggunakan istilah ‘sayang’, ‘darling’ dan semua tu?Bukan dia tidak nampak bagaimana model-model tadi memeluk dan mencium pipi sesama Bad dan Imran sewaktu tiba di studio pagi tadi. Walaupun sekadar sapaan dan bukannya bertujuan lain, tapi semua itu kelihatan janggal di pandangan matanya yang tidak biasa dengan budaya sebegitu.
            “Hei..apa yang you fikir?Bad dah balik pun!,” Jojo mencebikkan bibirnya. Matanya mula menjeling sambil mula membuang pandangan ke luar tingkap memerhati bandaraya Kuala Lumpur yang tidak pernah sunyi.
            “Jojo cemburu eh?,” Hana mula mengusik apabila melihat raut wajah masam lelaki itu. Baru dua hari mereka berkenalan tapi dia senang berdamping dengan Jojo. Mungkin kerana sikap lelaki itu sendiri yang mudah mesra?Entahlah.
            “Eii!Mestilah tak. Mana ada I cemburu. Tak kuasalah,” tingkah Jojo manja. Mata terus menjeling mengharapkan respons dari pembantunya itu.
            “Saya pun gurau je la. Nak cemburu apanya kan?Saya tahu kalau Jojo nak, tu..model-model tu kan ada, ya tak?,” balas Hana sambil memuncungkan mulutnya ke arah bilik wardrobe. Fail yang berada di tangan disingkap kembali.
            Jojo yang berdiri bertentang dengan Hana mula melirik ke arah gadis itu. Hari kedua dan penampilan gadis itu masih lagi seperti semalam. Baju kurung dan pashminanya. Apa yang berbeza adalah warnanya. Bahkan, kasut yang dikenakan juga adalah kasut leper berwarna hitam semalam.
            Jojo menapak setapak ke hadapan agar lebih dekat dengan Hana. Dalam tak sedar, tangan kanannya naik menyentuh kepala pembantunya itu.
            “Kenapa Jojo?!,” soal Hana yang tersentak.
“Er..ehem..tu hah..tadi ada benang apa tah. I tolong buangkan.” Mujur tidak salah tiun kali ini. Gatal la kau Jojo!Benanglah sangatkan?
            “Oh..thanks!,” ucap Hana sebelum kembali menatap fail di tangan. Kenapa susah sangat nak kawal diri kau tu Jojo?Susah macam ni!
            Dalam tak sedar, studio yang sejak paginya sibuk dengan agenda masing-masing di situ, kini mulai sunyi sepi. Hanya Hana dan Jojo yang masih berada di situ. Jojo yang sedang menyangkut sehelai skirt di rak pakaian, mula menoleh sekeliling di bilik wardrobe.
            “Mana pula dia pergi?.” Kelibat Hana tidak kelihatan di situ. Tangannya terus bekerja menyangkut satu persatu busana yang dipinjamkan untuk mereka bagi sesi fotografi tadi. Semuanya harus berada di dalam keadaan asal sebelum dipulangkan semula kepada pemilik jenama tersebut.
            Selesai melaksanakan tugasannya, Jojo mula melangkah keluar dari bilik wardrobe sebaik suis lampu ditekan bagi memadamkan semua lampu yang menerangi bilik tersebut.
            Sebaik pintu ditutup, kelibat Hana yang duduk sambil menyandarkan kepalanya di jendela kaca studio itu membuatkan Jojo mula mengorak langkah perlahan-lahan. Panel tingkap empat segi sama yang lutsinar itu jelas mempamerkan keindahan bandaraya KL di waktu malam.
            “Say...” Jojo memendamkan kata-katanya yang baru ingin dilontarkan untuk mengejutkan Hana. Niat hatinya tadi ingin membuatkan gadis itu terperanjat dengan kedatangannya secara tiba-tiba di situ.
            “Tak kan dah tidur?,” bisik Jojo sendirian. Raut wajah itu dicuri pandang lagi.
Kelihatan Hana yang sudah terlelap sambil menyandarkan kepalanya di tingkap. Fail miliknya masih lagi berada di dalam tangan pembantunya itu.
            “Dia memang macam tu. Kalau dia tertidur waktu kerja nanti, you jangan marah ya. Tolong kejutkan. Kejap je dia tidur tu. Nak bangun pun senang.”
            Kata-kata Ika yang pernah diberikan kepadanya membuatkan sebelah tangan Jojo mulai naik. Baru sahaja hendak menyentuh bahu Hana, hajatnya itu ditangguhkan. Jojo mula memerhati sekeliling.
            “Bukannya ada apa-apa kerja pun kan?.” Kalau tak ada kerja, kenapa dia harus mengganggu tidur gadis itu?Habis tu, tak payah balik rumah?Nak bertapa kat studio Fabuloustar ni?
            Jam dikerling. Hampir ke pukul 8.15 malam. Kejap lagilah Jojo. Awal lagi kan?Jojo mula mengambil tempat bertentangan dengan gadis itu. Tidak berkedip matanya menatap raut wajah Hana. Sebelah tangannya mula naik sekali lagi.
            Wait!Apa yang aku nak buat ni?Jojo menarik semula tangannya. Mata menjalar sekeliling studio lagi. Memang tak ada sesiapa. Hanya dia dan pembantunya itu sahaja yang berada di situ. Ah!Tak ada sesiapa kan?Nak tunggu apa lagi?
            Tangan kanan yang tadinya diturunkan mula naik kembali dan dibawa ke arah kepala gadis itu. Jojo mula mengusap perlahan kepala yang dilitupi pashmina biru lembut itu. Bibirnya mula tersenyum melihat gadis itu yang nyenyak tidur.
            Jojo mengesot lebih dekat dengan pembantunya.Wajahnya turut didekatkan dengan wajah Hana. Apa ni Jojo?Apa yang kau nak buat ni?Dia ni budak baik tau!Ala, bukannya aku nak buat apa-apa pun kan?
            “Love you..,” bisiknya perlahan di telinga Hana. What?!Kau sedar tak apa yang kau cakap ni wahai Jojo?And the most important thing is, kau sedar tak siapa diri kau?J.O.J.O, Jojo!Kehidupan kau sebelum ini...
            Jojo yang bagaikan dilamun mimpi tersentak. Tangan yang sedari tadi leka mengusap kepala gadis itu terhenti. Wajah Hana direnung. Gadis itu amanah Ika kepadanya. Dia tidak boleh merosakkan kepercayaan Ika, kawan baiknya sendiri. Paling penting, dia tidak boleh membawa Hana ke ‘dunia’ yang satu lagi itu. Tak kan! Hana bukannya perempuan seperti itu, dia tahu.
            Kelopak matanya mula digenangi air. Kenapa susah sangat nak lupakan masa silamnya itu?Kenapa?Kalau boleh dia ingin padam terus semua itu. Padam sehingga tiada apa lagi yang tinggal. Biar apa yang ada kini hanya dia dengan Hana. Dia sukakan gadis itu. Tidak, lebih dari suka. Dia sayangkan Hana. Malah, lebih dari sayang. Cinta?
            Ya, cinta!Jojo, baru dua hari kau cakap kau dah cinta?Yang sebelum-sebelum ni?Arghh!Jojo mula berserabut. Agak-agak, kalau dia berterus-terang dengan Hana, adakah gadis itu akan menerima?Apa pula anggapan Hana kepada dirinya nanti?

 




APA NAK JADI?HMMM...

Ketika rakyat diminta berjimat, menteri buat parti hari jadi mewah
The Malaysian InsiderThe Malaysian Insider – Mon, Jan 6, 2014
·         Email
·          
·          
·         2
·          
·         Print

Beberapa menteri terus hidup dalam kemewahan ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganjurkan parti hari jadi yang "mewah" di sebuah hotel lima bintang dekat Kuala Lumpur semalam yang tetamunya mendakwa menjadi sambutan Tahun Baru.
Seorang lagi menteri telah membuat sambutan perkahwinan dua hari untuk anak beliau di satu lagi hotel lima bintang di ibu Kuala Lumpur bulan lepas, diserikan oleh kerabat diraja dan orang kenamaan dan telah dihiburkan oleh penyanyi wanita dari Indonesia.
Beberapa penulis blog pro-Umno pula  mempertikaikan keperluan Jabatan Perdana Menteri memiliki dua jet VIP selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan untuk perjalanan rasmi pada tahun 2012.
Tetapi majlis makan tengahari semalam yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.
Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu dan yang menyambut ulang tahun berpakaian merah sebagai tema parti itu.
Tetamu Ahmad Zahid memenuhi ruang makan di dewan tarian utama hotel ini manakala dia bercampur dengan mereka, termasuk beberapa pegawai kanan kerajaan yang telah dijemput melalui e-mel yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.
Naib Presiden Umno ini tersenyum lebar sambil berjabat tangan dengan semua yang hadir selepas parti berakhir, sementara kereta-kereta mewah dengan pemandu berbaris di depan hotel, menyebabkan lalu lintas tersekat selepas dihentikan oleh Porsche Cayennes hitam dan Toyota Alphards yang diletakkan di tepi jalan.
The Malaysian Insider cuba untuk bercakap dengan Ahmad Zahid tetapi dihalang oleh pengawal peribadi beliau dan diminta untuk meninggalkan majlis atau diiring keluar.
Tidak diketahui siapakah yang membuat bayaran untuk parti Ahmad Zahid ini, ataupun kenapa tema merah dipilih, tetapi tetamu beliau berpakaian terbaik mereka dengan beg tangan berjenama dan totes di tangan.
Tetamu memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu telah disambut untuk dua hari jadi, Ahmad Zahid dan cucu beliau yang jatuh pada hari yang sama tetapi juga menegaskan bahawa ia adalah sebuah parti Tahun Baru sebagaimana yang terpampang di latar belakang pentas.
Jemputan juga telah dihantar melalui e-mel pada hari Jumaat kepada pegawai Kementerian Dalam Negeri yang terpilih. E-mel yang bertajuk "Sambutan Hari Jadi Menteri Dalam Negeri", juga termasuk nota jemputan kepada menteri Kabinet dan ahli Majlis Tertinggi Umno.
Parti hari jadi mewah dan perkahwinan mewah anak perempuan menteri hatta kereta baru Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng datang pada ketika kebanyakan rakyat Malaysia merungut tentang kenaikan harga untuk elektrik, makanan, bahan api dan juga kos persekolahan.
Harga bahan api, gula dan tarif elektrik naik selepas Putrajaya memotong subsidi manakala tambang pengangkutan awam akan meningkat pada tahun ini. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan diperkenalkan pada tahun 2015.
Perbelanjaan kerajaan melonjak dengan bajet tahun ini sehingga RM264.2 bilion berbanding tahun lepas RM251.6 bilion di tengah-tengah kebimbangan bahawa Putrajaya tidak mengurangkan perbelanjaan walaupun meminta orang ramai untuk berbuat demikian.
Rakyat Malaysia juga mencemuh pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Putrajaya akan melaksanakan 11 langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan perbelanjaan pada tahun 2014.
Pakar ekonomi Najib, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar telah pun menasihatkan pengguna untuk berbelanja dengan bijak dan mencari alternatif.
Bekas pegawai bank itu berkata rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dan hidup mengikut kemampuan mereka.
"Saya pergi ke pasar setiap minggu. Saya tahu bahawa harga barangan keperluan asas adalah tinggi, tetapi pengguna mempunyai pilihan dalam apa yang mereka membelanjakan wang mereka," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan berita. – 6 Januari, 2014

 

P/S: ARTIKEL YANG DIAMBIK DARI YAHOO


Monday, 6 January 2014

BLOGGER LELAKI NI...


Ni hah...ada 1 blogger ni..baru je add hari ni n dia pun dah add saya balik..ala, macam lagu DIGI tu..I'll follow u, hehe...tak ada apa sangat pun nak cite pasal blogger lelaki ni..hari tu dah promote blog ME kan..so hari ni nak promote blog yang dimiliki oleh ZACK HOYA..hah..class gitu nama!Haha..

dia kata blog dia, dia wat pada 10 Julai tahun lepas..agaknya sebab tu juga kut kita berminat nak follow?Sebab dia buat blog tu pada harijadi kita:-) hehe..yup! first day puasa pada tahun lepas kan..tak kan korang tak ingat?Puasa ke tak...haha...k la, lagi 1, saya rasa budak ZACK ni sweet je orangnya..sebabnya?new entry dia hari ni, dia tunjukkan gift yang dia nak bagi kat cik 'dear'...ala, paham2 la..so, bagi saya itu sweet..biasalah, orang pompouan, hehe..so siapa2 yang nak tengok rupe hadiah tu, klik link ni ya.. babai!

http://zack-hoya.blogspot.com/