Friday, 7 March 2014

FIXI n SELAMAT HARI WANITA!!!




Assalammulaikum dan selamat petang semuanya...tak la, bukan nak update IASU atau Dia..Mikhael..sok@ lusa, saya update cite IASU ya..hehe..KAMILAH, terima kasih sbb sudi bagi komen..saya tengah pulun menulis cite tu..sebab tu jarang dah update kat sini..

Nak cite sikit ni..nampak kan pic kat atas tu?Tu la 3 buah novel FIXI yang baru saya order..dengar kata, novel FIXI ni lain dari yang lain..ending dia, unpredictable, iya?Tah..jangan tanya saya lagi coz saya sendiri memang tak pernah baca lagi. sebuah pun tak.. so, dah puas pilih, saya order yang ni dulu..ASRAMA,GANTUNG n JOYLAND..macam best je!Hehe..jap lagi saya bagi sinopsis untuk tiga2 ni ya..so, sapa2 yang nak order novel FIXI tapi susah nak cari(macam saya baru2 ni la, bila nak order, contact brother sorang ni, dia cakap khas untuk 6pax je, maksudnya unt sapa2 yang nak beli 6 buah je baru dia ambik order, alamak!..malu sih;-) haha..kadang2 kita nak 1@2 je kan, kan?), so bolehlah, klik kat sini- - >

EJEN KHAIRUL  tanya je tajuk apa yang korang nak, insya Allah dia ada..kalau tak ada?Hmm..tanya lagi, hehe.. Jom, kita tengok sinopsis seperti yang dijanjikan..ya la, kadang2 penulis pun ada writer's block tau..so, masa2 cm ni la saya nak baca hasil kerja orang lain..bukan nak copy ya, confirm la hasil kerja FIXI ni jauh beza dengan genre yang sedang saya tulis, tapi melalui pembacaan, kita boleh tau kan, kat mana kelemahan kita..bila baca hasil kerja orang lain "Wow!Hebatnya dia ni..aku?"(dengan muka serius gila macam nak gila) then bila sedar yang, setiap orang ada kelemahan dan kekuatan masing2...err..(muka jadi cam muka troll) haha...tak mau bebel lagi, jom, jom!!! Based on sinopsis ni la, kenapa saya order buku2 ni...

 JOYLAND (BAHASA MALAYSIA)

Demi mengubati hati yang telah dilukai seorang gadis, Devin Jones, seorang pelajar kolej, membuat keputusan untuk bekerja di Joyland sewaktu cuti musim panas. Namun dugaan yang dihadapinya di sana ternyata lebih dahsyat. Di Joyland, persoalan demi persoalan di luar jangkauan minda menanti Devin: sebuah legasi pembunuhan yang kejam, untung nasib seorang kanak-kanak yang berada di ambang maut, dan sebuah pengajaran tentang realiti hitam kehidupan — serta alam selepas kematian — yang mengubah dunianya buat selama-lamanya.

GANTUNG

"Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian —

ASRAMA

“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

“Tak, maksud aku...”

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.

“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia. 


Hah..best tak, best tak?Macam seremm kan?Hehe...perasaaan curiousity tu membuak2 bila baca sinopsis..baru sinopsis, kalau jalan cerita?Confirm best!!!Di sebabkan penuh dengan sifat ingin tahu, saya telah order lagi 6 buah dari BROTHER KHAIRUL(klik je link tadi;-p)..tak sabar nak tunggu SUMBAT lak, hehe..maklumlah, selain genre cinta, saya memang suka yang thrill n seram ni..kalau action, susah sikit nak imagine tapi kalau seram, fuhh!Cepat je kan..padahal tengok Ju-on, seminggu saya tidur dengan lampu bilik terbuka..takut nak tutup!Hehe..Disebabkan suka thrill n seram la, saya tulis Dia..Mikhael tu.(seram ke, haha...) tak salah kalau try kan?Dari tak buat langsung, kita langsung tak tau level kita kat mana..sbb tu cepat je update Dia..Mikhael coz dah habis tulis pun..dah bertahun terperap(Tq HANNAH yang setia baca n komen, luv u!!!)..so, tq sudi spend  masa korang singgah blog ni n baca my entry.. pa2 tinggalkan komen kat sini @ kat CHIT CHAT CHOT ya..kalau lama saya tak singgah sini, paham2 la..nak baca 3 buah novel tu, huhu...tata!!Luv u all!! Oh, 1 more thing, in advance, SELAMAT HARI WANITA!!!!All the ladies yang berdikari, yang tak susahkan mak ayah n orang sekeliling, yang work hard n spend ur own money(bukannya yg kikis duit lelaki, nak2 pulak laki orang, shame on u!!!), yang tahu respect urself n other people, yang tahu bezakan yang halal n haram, yang masih bujang just like me;-P(biar tak khawin dari nak jadi perosak rumah tangga orang!!!), Selamat Hari Wanita semuanya all my sisters!!!Biarpun hanya patah perkataan yang menghubungkan kita, tak pernah bersua muka, I truly n sincerely luv u all from the bottom of my heart!!Janganlah desperate sangat sampai nak rosakkan rumah tangga orang n for those yang masih lagi ada BF ke HUSBAND yang macam tutt..jz get rid of him!!Memang tak layak nak dibuat laki pun!!Oopss, sorry!Teremo lak bila baca kisah KAK LIYANA MANAN..semoga Allah mempermudahkan apa yang sukar buat beliau, amin..SHAME, SHAME, SHAME on u!!!For those yang hanya tahu nak rosakkan kebahagiaan orang lain demi kebahagiaan sendiri. Macam yang pernah dikatakan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di dalam filem MUSANG BERJANGGUT, 'apa yang membezakan perempuan dengan betina?'.

PEREMPUAN: Memelihara maruah
BETINA:Menjual maruah.

Sekian[dari nak promote link adik Khairul ni terus jadi emo, huhu..maafkan hamba :') ]

Wednesday, 5 March 2014

DIA...MIKHAEL 7



7
            Selesai sembahyang Isya, aku terus teringatkan kerja Matematik yang masih belum aku habiskan. Aku bingkas bangun dan meninggalkan kain telekung di atas sejadah. Aku mencapai beg sekolah untuk mengeluarkan buku latihan dan buku teks yang diperlukan.
            Selepas mencapai buku-buku bersama-sama kotak pensilku, aku melangkah menuju ke katil.
“Leganya!,” aku mengeliat selepas mencapai sebiji bantal setelah berbaring.
            Enak benar rasanya dapat bersenang-senang macam ni setelah seharian di sekolah. Perut aku pun kekenyangan dengan masakan mak, ayam masak kurma yang memang sedap tu. Aku tersenyum sendirian apabila terkenangkan senyuman Mikhael. Entah kenapa, dia sentiasa muncul di ruangan fikiranku sejak akhir-akhir ini.
“Buat kerja la,” aku meniarap sambil membuka buku teks yang muka suratnya telah aku lipatkan sebagai tanda di mana aku harus rujuk.
            Kerjaku yang baru sahaja dimulakan terbantut apabila mataku tidak dapat melihat buku graf yang diperlukan untuk menghabiskan kerja-kerja rumahku. Aku bangun semula untuk turun daripada katil bagi mendapatkan beg sekolahku yang berada di kerusi belajar.
“Ada pun,” aku mencapai buku graf yang elok tersimpan di dalam beg.
            Sebaik sampai di katil, aku melihat buku-buku yang terbentang. Seakan-akan ada kekurangan.
            “Apa ya?,” aku melihat satu persatu. Kotak pensilku, si Garfield masih ada di situ. Buku teks dan buku latihan juga.
“Buku graf kat sini,” aku membebel seorang diri. Namun, seakan-akan ada sesuatu yang tidak mencukupi.
            Aku duduk di birai katil. Fikiranku buntu. Kenapa sejak kebelakangan ni aku tak dapat mengingati dengan sempurna seperti sebelum-sebelum ni?Kalau dulu, senang saja aku dapat mengingatkan apa yang kurang, apa yang dah aku buat tapi sekarang ni sukar untuk aku untuk melakukan benda yang sama.
            Apakah kerana terlalu banyak benda yang bermain di dalam fikiran aku?Ataupun aku yang terlampau banyak berfikir seperti cakap Aisyah?Mungkinkah kerana peristiwa-peristiwa aneh yang berlaku tu menyebabkan aku tak dapat menumpukan perhatian seperti selalu?
            Kadang-kadang aku menjadi keliru. Walaupun jauh di hatiku, aku meyakini bukan aku yang melakukan sesetengah perkara itu. Benda yang paling aku yakini ialah, kertas-kerta yang berselerakan di bawah meja Khairul.
“Bukan aku,”  aku menggelengkan kepala beberapa kali setelah terkenangkan semula kejadian tersebut. Masakan aku akan masuk semula ke kelas untuk membersihkannya semula kalau memang benar aku telah pun melakukan demikian sebelum mengunci kelas?
            “Astagfirullah,” aku meraup muka. Kenapa fikirkanku boleh jadi seperti ni?Akukah yang tidak dapat membezakan apa yang nyata dan apa yang tidak?
“Kalkulator!,” aku memetik jari setelah teringatkan apa yang menjadi kekurangan untuk kerja rumahku.
            Aku melangkah semula ke meja belajar. Beg sekolah yang terbuka dari tadi memudahkan kerjaku untuk menggeledah bagi mencari apa yang aku perlu.
“Mana ni?,” aku mengeluarkan buku-buku yang tersimpan di dalamnya. Satu persatu aku keluarkan setelah tidak menjumpai apa yang aku cari.
            “Ish!Sepatutnya ada!,” aku melepaskan geram. Kerja yang sepatutnya senang menyusahkan aku pula untuk mencari di mana aku letakkan kalkulator yang setia menjadi teman apabila aku memulakan kerja Matematik.
            Habis semua buku-buku aku keluarkan namun masih tak ketemu. Kedua-dua poket kecil di kiri dan kanan beg sekolah juga telah aku periksa walaupun aku tahu ruangnya adalah terhad untuk menyimpan kalkulatorku yang saiznya melebihi ruang itu.
“Kat mana ni?,” aku menghembus nafas, geram setelah apa yang aku cari tidak berjumpa.
            “Macam mana nak buat macam ni?,” aku berfikir. Adik-adik aku yang masih  bersekolah rendah bukannya menggunakan kalkulator pun. Kalau tidak pastinya tidak akan menjadi masalah untuk aku meminjam daripada mereka.
            Aku melihat jadual waktu. Sudah!
“Hari Isnin ni,” aku mengetuk jari beberapa kali apabila melihatkan subjek itu yang ada untuk hari Isnin ni. Kalau tidak, bolehlah aku meminjam memeriksa di dalam laci meja sekolahku kerana kalau tidak ada di rumah ni, aku yakin pastinya aku tertinggal di sana.          
            “Atau nak beli yang baru?,” aku bertanya sendirian. Rugi la pula rasanya untuk membazir duit sedangkan kalkulator aku yang sedia ada masih lagi boleh digunakan. Cuma, aku tak tahu di mana ia berada sekarang.
“Mesti kat sekolah,” aku mengangguk-angguk beberapa kali. Cuba meyakinkan diri sendiri setelah laci meja belajarku juga sudah aku geledah.
            Aku merebahkan diri di karpet. Tidak ada hati untuk menyentuh buku latihan yang memang pasti tak kan boleh disiapkan tanpa kalkulator.
“Biarlah!,” aku masih melepaskan geram yang bersarang di hati tapi salah siapa?
            Soalan tu membuatkan aku bertambah geram. Geram dengan sikap cuaiku sendiri.
Macam mana la benda yang penting itu pun boleh terlupa?Aku menutup mata. Cuba mengingati di mana aku letakkan objek yang berwarna hitam itu.
            Aku memandang meja belajarku sekali lagi.
“Mustahil. Kalau tak, mesti la dah ada di situ.”
            Mustahil juga adik-adik aku yang mengambilnya kerana mereka tidak menggunakannya. Lain la kalau alat-alat tulis aku yang kadang-kadang “dicuri” oleh mereka. Itupun akan dimaklumkan kepada aku, biarpun selepas mereka telah menggunakannya.
            Aku bangun menuju ke katil. Mata yang layu memaksa aku untuk mengemas buku-buku yang berselerak.
“Macam mana pulak?!,” aku mencapai kalkulator yang berada di sisi buku teks Matematik. Aku tak bermimpi. Mustahil mataku tersilap pandang tadi. Tadi memang ia tidak ada di situ.
            Aku meletakkan kalkulator di atas katil semula. Buku-buku yang berselerakan juga aku biarkan. Aku terus berbaring di bantal.
Apa yang berlaku ni?Kenapa aku?Mengapa rajin benar “benda” yang aku tak ketahui itu menolong aku?Atau aku yang berhalusinasi?
            Arghh!Banyak sangat persoalan...
###########################################
            Suara seseorang yang seakan-akan berbisik membuatkan aku membuka mata.
“Dah Subuh ke?,” aku tertanya-tanya.
            Kebiasaannya jam loceng yang akan membangunkan aku seperti selalu. Tak pun, suara azan dari surau yang terdekat yang berada di dalam kawasan perumahan ni.
            Aku mengeliat. Tanganku menyentuh sesuatu di sisi kanan.
Aku mengiring ke kanan.
            “Buku?,” aku melihat buku teks Matematik yang bertindan dengan buku latihannya. Kalkulator dan kotak pensilku juga turut diletakkan di atas buku latihan itu. Aku menutup mata. Ini bukan mimpi!Bukan!
            Aku membuka kembali mata. Sah, memang buku-bukuku masih ada di situ. Ya Allah, kenapa la “benda” tu tak habis-habis nak menyusahkan aku?
Menyusahkan ke?
            Tak juga. Kalau difikirkan betul-betul, banyak juga yang dah ditolongnya. Sampah yang dibersihkan, bekalku yang dibawa ke kelas dan sekarang buku-bukuku yang dah disusunnya tapi siapa dia?Atau apa “benda” tu?
Yang pasti ia bukan manusia kerana aku tak dapat melihatnya. Pasti ia bertubuh halus seperti yang pernah dikatakan oleh ustaz tapi apa?Syaitan ke?
            “Subhanallah, subhanallah...,” suara itu kedengaran kembali. Suara yang sama yang membangunkan aku dari tidur.
Aku melihat jam. Hampir ke pukul 4 pagi. Suara siapa tadi tu?
            Sudah la. Agaknya aku hanya tersalah dengar. Aku memejamkan kembali mata. Mataku yang separuh tertutup sempat melihat susuk seseorang yang duduk di atas sejadahku.
Ya Allah, apa tu?Hantu ke?!
            Aku mengiring ke kanan semula. Bantal yang tadi berada di pelukanku, aku bawa ke muka. Nafas yang ku hela tidak teratur. Bercampur aduk dengan perasaan takut dan terkejut  yang datang menerjah. Siapa tadi tu?Seperti bayang-bayang tapi aku dapat tengoknya yang sedang duduk di sejadah.
Masakan hantu atau syaitan akan duduk di sejadah?Mengadap kiblat pula tu!
            “Astagfirullah,” aku beristigfar, cuba menenangkan diri sendiri.
Ya, tak kan la syaitan akan tunduk kepada Allah?Mustahil!Apakah suara yag aku dengar tadi tu milik dia yang sedang duduk di atas sejadah aku?
            Nak tengok ke tak?Aku memejamkan mata. Perasaan takut bercampur aduk dengan perasaan ingin tahu. Apakah dia yang selama ni membantu aku?
“Lailahaillallah...,” aku membuka kembali mata. Betul, memang suaranya. Perlahan dia menyebut kalimah suci itu. Pasti, bukan syaitan kerana dia mengakui kewujudan Allah yang satu dan tadi pun ia memuji kesucian-Nya.
            Keadaan kembali sepi. Aku menyeka peluh di dahi. Benarkah apa yang baru aku nampak tadi?Aku masih setia memeluk bantal yang menutup mukaku.
Aku mengiring semula ke kiri untuk melihat. Kosong. Tidak ada apa-apa di situ.
            Mungkinkah aku yang bermimpi?Aku bangun sambil memegang bantal. Kalau-kalau diperlukan untuk menutup semula mukaku.
Tidak ada apa-apa pun di situ. Aku menarik nafas lega dan berbaring semula. Namun, mataku masih sempat melihat kain telekungku yang tersidai di tempatnya. Ya, sejadah!
            Aku bangun semula untuk melihat. Sejadah itu terlipat kemas di atas permaidaniku.
Walaupun mengadap kiblat, namun sudah beralih arah dari tempat asalnya!
            Pelik betul dengan apa yang berlaku. Aku bertambah pasti yang aku tak berangan-angan. Masakan aku menyusun buku-buku Matematik di sisi bantalku sebelum aku tidur tadi?
            Aku ingat dengan jelas yang aku terus berbaring dan tertidur sebaik sahaja aku menemukan kalkulator tu. Tak guna kalau aku terus nak buat ulangkaji dan kerja rumah dengan fikiranku yang berserabut.
            Tadi pula aku mendengar suara itu yang berzikir, memuji kesucian Allah dan mengakui akan kewujudan-Nya. Bukan setakat mendengar malah aku terlihat susuk seseorang yang seakan-akan bayang sedang duduk di atas sejadahku.
Buktinya sejadah aku sudah beralih tempat, berada di atas permaidani. Begitu hampir dengan sisi katilku sehingga aku dapat melihat susuk itu yang sedang membelakangiku dan mengadap kiblat, tapi apa sebenarnya benda tu?
            Patutkah aku menceritakan hal ni kepada mak dan ayah?Mana la tahu kalau-kalau semua peristiwa ni dapat ditamatkan?Tak la aku diganggu lagi oleh benda tu.
            “Ganggu?Em..,” aku memandang siling.
Tak la mengganggu tapi aku kira lebih bersifat kepada pertolongan, mungkin?
            Aku tak tahu pun apa benda tu. Malah, sebelum-sebelum ni tak pernah pula berlaku perkara-perkara macam ni kepada aku, baik di sekolah mahupun di rumah. Mengapa harus sekarang ia datang menduga?
            “Astagfirullah,” aku menutup mulut yang menguap.
Mengantuknya!
            Aku megiring semula ke kanan. Angin kipas masih lagi setia bertiup. Membuatkan mataku hampir tertutup semula.
            Kalau di sekolah bolehlah aku elak dengan pergi lambat, tak macam selalu. Biarkan si Asyraf yang datang dengan Fakri untuk membuka kunci pintu kelas. Aku pula akan bertemankan dengan Mikhael sehingga ke sekolah. Jadi, tak perlu lagi aku nak melalui kejadian-kejadian yang hanya membuatkan aku pening kepala.
            Waktu balik pula, aku hanya perlu menunggu lebih kurang 5-10 minit. Bukannya hampir setengah jam seperti selalu. Jadi aku tak kan keseorangan ataupun menjadi orang yang terkakhir meninggalkan kelas.
            Itu kalau di sekolah, dapatlah aku elak dengan melewatkan waktu aku ke sekolah dan mempercepatkan waktu pulang aku. Biarpun macam tu, kadang-kadang aku masih melalui kejadian aneh. Suara yang turut mengucapkan alhamdulillah tu, adakah suara yang sama menyebut zikir-zikir tadi?
            Aku tak pasti.
Mata yang hampir tertutup berlawanan dengan akalku yang ingin terus berfikir. Aku mengiring ke kiri, cuba mencari lena.
            Deru angin yang bertiup membangkitkan rasa nyaman. Aku memeluk bantal. Dalam hati aku bersorang girang apabila esok adalah hari cuti. Dapatlah berehat lama sikit.
Aku menutup mata. Antara sedar dan tidak, aku merasakan selimut yang bergerak menutupi bahu menambahkan keselesaan buat aku.
            “Assalammualaikum,” perlahan suara yang berbisik.
Mataku sudah tak berdaya untuk dicelikkan. Namun, telingaku masih dapat mendengar suaranya yang ku rasakan cukup dekat dengan diriku.
            Aku dapat merasakan tilam dihujung kaki yang diberati sesuatu.
Dia kah?
###########################################  
          Selesai sembahyang Subuh, aku bangun menuju ke meja belajar sambil membawa bersama sejadah. Sebelum duduk di kerusi, aku menanggalkan telekung. Aku mencapai pen dan mengeluarkan sekeping kertas daripada laci meja.
            Aku dah pun mendapat idea untuk memastikan apa yang berlaku kepada aku bukanlah  aku yang berkhayal ataupun bermimpi. Kadang-kadang suara yang muncul dan menghilang sesuka hatinya itu membuatkan aku tertanya-tanya sama aku yang berangan terutama sekali ketika di waktu-waktu tidur aku.
            Aku dapat mendengar suaranya yang memberi salam semalam. Begitu hampir dengan diriku. Aku dapat rasakan suaranya yang seakan-akan berbisik perlahan. Mustahil aku bermimpi!
Aku mula memandang telekung dan sejadah yang berada di tangan.
            “Nak simpan sejadah dan telekung,” bibirku seiring dengan tangan yang mula menulis di atas kertas.
“Apa lagi ya?,” aku memusing-musing pen di tangan. Aku cuba memikir apa lagi yang sepatutnya aku tulis sebagai ingatan dan petanda untuk diri aku sendiri.
            “Nak ambik kasut sekolah,” aku tersenyum sambil menulis. Kasut sekolah aku yang berada di luar pintu ketika aku pulang dari sekolah semalam membuatkan aku teringat apa yang patut aku lakukan di hari cuti seperti hari ni.
            “Nak kemas baju,” aku terus mencatat aktiviti yang hendak aku buat sambil menjeling kepada baju-baju aku yang masih tergantung di tempat sidaian yang juga turut menjadi tempat kebiasan aku menggantungkan sejadah dan kain telekung.
            Aku mencapai glob salji yang memang menjadi minat aku. Aku kocakkan beberapa kali sambil melihat salji-salji dan sebuah istana yang terdapat di dalamnya.
            “Cantiknya!,” aku tersenyum melihat salji-salji yang seakan-akan berterbangan di dalam glob salji itu. Satu persatu mula jatuh ke bahagian bawahnya.
            Aku meletakkan glob itu ke atas kertas yang sudah aku catatkan aktiviti-aktiviti yang bakal aku lakukan pada hari ini. Aku berlalu keluar bilik untuk menuju ke dapur. Sebelum aku melangkah keluar, sempat aku menjeling kertas tersebut yang berada di atas meja. Pasti aku tak kan menjadi keliru selepas ini.
            Aku mencapai mug untuk dipenuhkan dengan air teh.
“Tak makan?,” mak yang turut berada di dapur bertanya. Hidungku dapat menangkap bau nasi goreng yang baru siap di atas dapur.
            “Nanti la mak. Mak pun dah nak makan ke?,” aku menuang air teh yang sudah siap dibancuh oleh mak.
“Jarang la mak nak makan pagi-pagi ni. Lewat sikit baru mak makan,” aku meninggalkan mak yang mencuci pinggan di sinki.
            Di dalam kepala aku mula terbayangkan perkara pertama yang nak aku lakukan iaitu mengemas sejadah dan telekung yang aku tinggalkan di atas katil sebelum keluar.
Aku meletakkan mug di atas meja. Terus aku menuju ke katil untuk mencapai sejadah dan telekung yang ditinggalkan di situ tadi.
            “Macam mana...” ayatku mati di situ apabila ternampak kasut sekolahku sudah pun berada di kaki katil. Aku mengalihkan pandangan ke tempat sidaian baju. Hanya sejadah dan telekung yang tersidai kemas di bahagian tengahnya. Bahagian atasnya yang tadi masih tergantung baju-baju aku sudah kosong.

            Aku meluru ke almari pakaian aku dan membuka pintunya. Di situlah tempat sebenar aku menyimpan pakaian aku.  Aku yakin memang ada sesuatu yang menolong aku kali ini!



Monday, 3 March 2014

DIA...MIKHAEL 6



6
            “Cepatkan masa berlalu?Dah nak cuti,” Aisyah menyuapkan kuih karipap yang aku beli daripada Makcik Zabedah pagi tadi.
“Awak nak buat apa esok?,” aku bertanya mengenai rancangannya untuk hari Sabtu yang bakal tiba.
            “Em..entah la. Nak buat apa?Dok kat rumah je la. Kenapa?Awak nak pergi mana-mana ke?,” dia memandangku.
“Ish, tak la. Nak pergi mana. Lebih baik duduk rumah kalau tak ada kerja yang nak dibuat. Dapat rehat juga,” aku meyedut teh ais yang berada di dalam plastik.
            “Betul tu. Saya setuju,” dia tersenyum.
“Tapi nanti awak ikut tak perkhemahan?.”
            “Perkhemahan?Bila?Kat mana?,” aku kurang jelas dengan apa yang dikatakan oleh Aisyah. Tak pula aku dengar apa-apa berita mengenai perkhemahan.
            “Sabar la. Tanya la satu-satu. Boleh tercekik saya tau,” dia menyedut air milo aisnya.
Aku ketawa melihat keletahnya. Suasana kelas yang hanya dihuni oleh kami berdua memang tenang dan menjadi tempat kegemaranku. Aku dan Aisyah selesa menghabiskan waktu rehat di dalam kelas. Tidak ada sebarang gangguan kalau kami berdua hendak berkongsikan apa-apa masalah kalau dibandingkan di kantin dan sebagainya yang memang menjadi tumpuan pelajar-pelajar.
            “Perkhemahan tu untuk tingkatan menengah atas saja. Budak tingkatan 4, kita dengan tingkatan 6 juga.”
“Tingakatan 6?,” aku bertanya sekali lagi. Serta merta terbayangkan wajah Mikhael yang sering menemani perjalanan sekolahku sepanjang minggu ni.
            “Ya la. Kan mereka pun tingkatan menengah atas. Mungkin perkhemahan tu kat padang sekolah ni je. Kan ada Bukit Kemboja berhampiran dengan sekolah kita ni. Kalau jadi macam tu la.”
“Kalau jadi?Maksudnya tak tentu lagi la ni?,” aku meminta kepastian.
            “Macam tu la nampaknya. Saya tahu pun daripada Devi. Kan dia ahli Kelab Sukan dan Rekreasi. Perkara ni masih lagi dalam perbincangan, sama ada nak dibukakan untuk semua pelajar atau hanya untuk ahli kelab mereka sahaja.”
            “Awak kata tadi untuk menengah atas?.
“Ya la. Menengah atas yang mana menjadi ahli kelab tu la. Tu pun kalau benda ni dipersetujui oleh cikgu-cikgu. Devi pun tak pasti lagi. Dia cakap mungkin akan dibuka untuk semua pelajar menengah atas. Tak kira la sama ada ahli kelab tu ataupun bukan. Kalau tak berapa ramai sangat la ahli kelab tu?Kan lagi ramai lagi meriah,” Aisyah mencapai sebiji lagi karipap.
            “Nak tak?,” dia bertanya.
“Habiskan la,” aku terus menyedut air.
            “Maksudnya kalau jadi kat mana perkhemahan tu?.”
“Kat padang sekolah kita. Selepas dah redah Bukit Kemboja tu. Bergantung juga. Boleh jadi berkhemah kat atas bukit tu, dah alang-alang kan.”
            “Redah?,” aku mengecilkan mata.
Jungle track la,” Aisyah ketawa.
            Macam-macam Aisyah ni. Macam menarik juga aktiviti yang dicadangkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi tu. Aku pun pernah mendengar cerita mengenai air terjun yang ada di Bukit Kemboja. Teringin juga apabila mengenangkan air jernih yang sejuk tu.
“Bila perkhemahan tu?.”
            “Kan tadi dah cakap. Tak pasti lagi. Macam biasa la. Bila dah confirm, mereka akan tampal la notis.”
            Aku terkenangkan Mikhael. Bolehlah dia juga turut serta nanti aktiviti perkhemahan ni nanti. Itu pun kalau jadi, macam yang dikatakan oleh Aisyah.
            “Awak dah pernah pergi sana?,” Aisyah bertanya.
“Dengar kata air terjun kat situ best!.”
            “Belum. Cerita tu pernah la dengar tapi tak pernah sampai pun. Awak?,” aku bertanya kembali.
            “Sama la. Dengar cerita je. Sebab tu kalau jadi aktiviti ni, macam teringin juga nak ikut,” dia tersenyum.
“Kalau jadi..,” aku mengangkat kening.        
            “Tu la..ala,susah-susah kita pergi berdua je!,” Aisyah menyapu-nyapu tangannya dengan tisu.
“Gila!Awak dengan saya je?,” aku menampar bahunya.
            Dia memuncungkan mulutnya.
“Saya bergurau je la. Tak kan la betul-betul nak pergi berdua.”
            Aku menghela nafas lega. Aku fikir dia betul-betul serius dengan kata-katanya tadi.
Aisyah ketawa.
            “Awak ingat betul-betul ke?.”
“Ya la!Cara awak cakap tu macam betul,” aku mencubit pehanya. Geram dengan tingkahnya yang sentiasa mengusik.
            “Dah la. Saya nak pergi tandas ni. Nak ikut?.”
Aku menggelengkan kepala.
            “Tolong buangkan,” aku menghulurkan plastik yang masih bersisa dengan sedikit teh ais.
“Pemalas!,” Aisyah menjelirkan lidahnya kepadaku sebaik mencapai plastik tu.
            Aku mencapai tisu untuk mengelap meja aku dan Aisyah. Biarpun tidak ada kesan tumpahan atau sisa makanan kami tapi aku lebih selesa untuk membersihkannya juga.
“Alhamdulillah,” aku mengucapkan syukur setelah kekenyangan dengan kuih-muih yang aku kongsikan dengan Aisyah tadi. Ditambahkan pula dengan nasi goreng yang dibawa Aisyah, cukup mengenyangkan perut kami berdua.
            “Alhamdulillah,” suara yang turut mengucapkan benda yang sama mengejutkan aku.
Aku melihat sekeliling kelas yang tidak ada siapa-siapa. Hanya beberapa orang pelajar yang mula memenuhi koridor kelas.
            Tak kan la mereka?Lagipun suara yang aku dengar tadi perlahan saja. Mustahil datangnya dari luar kelas.
Mungkinkah suara yang sama yang memberikan salam kepadaku pada malam itu?Suara yang sama juga yang mengingatkan akan kerja rumahku yang belum selesai?
            Aku belum dapat mengenal pasti suara ini kerana aku jarang mendengarnya. Hanya sekali sekala ia jelas di pendengaranku.
#####################################
            “Lida, saya pergi dulu!,” aku yang sedang mengasah pensil di belakang kelas menoleh kepada Aisyah.
“Bas dah sampai ke?.”
            “Dah sampai la cik kak. Kalau tak, tak kan la kami dah nak pergi,” suara Amin menyampuk, mengundangkan ketawa kawan-kawan sekelas kami yang lain.
Aku menjeling Amin yang datang dan perginya ke sekolah ni berkongsi bas dengan Aisyah.
            Aisyah yang melambaikan tangannya juga ikut ketawa.
“Nak buat kerja ke?,” Asyraf yang tempat duduknya juga di barisan belakang, berhampiran dengan bakul sampah bertanya.
            Aku hanya mengangguk. Kalau tak, tak kan la aku nak mengasah pensil ni?
Aku mengerling Fakri yang sibuk membaca sewaktu berlalu ke tempat dudukku.
            “Nadirah, lambat hari ni?,” aku menegur Nadirah yang duduk besebelahan dengan Fauziah di dalam kelas.
“Lambat sikit hari ni. Tunggu ayah,” dia mengemas buku- bukunya.
            Aku terus menyambung kerja Matematik aku yang belum selesai. Ogif yang perlu ku lukis, tak juga dibuat kerana aku terpaksa memberhentikan kerjaku untuk mengasah pensil yang dah tumpul.
            “Nanti la lukis,” aku mencapai pen sebaik melepaskan pensil. Lebih baik aku buat jalan kiranya dahulu yang kerjanya lebih sukar kalau nak dibandingkan dengan melukis ogif di atas kertas berdasarkan jawapannya.
Aku terus mengira berdasarkan soalan yang tertera di dalam buku teks Matematik. Sekali-sekala aku berhenti dan melihat hasil kerjaku dan soalan-soalan yang harus aku jawab.         
            “Banyaknya,” aku melihat soalan-soalan yang telah ditandakan.
“Kalau dah banyak, berhenti la dulu,” kehadiran Fakri di sisi mengejutkan aku.
            “Bila awak ada kat sini?,” aku memandangnya yang sudah mengambil tempat duduk Aisyah.
“Baru je. Khusyuk kira?,” dia melihat hasil kerjaku.
            “Awak tak balik asrama lagi dengan Asyraf?,” aku memicit-micit jari untuk menghilangkan lenguh.
“Nanti la. Awal lagi. Selalunya kami balik terus singgah kat kantin,” dia membuka surat khabar untuk mula dibaca.
            Aku meneruskan semula kerjaku.
“Surat khabar tu yang hari ini punya ke?,” suara halus Nadirah membuatkan tanganku berhenti mencatat angka-angka di dalam buku latihanku.
            “Tak perasan pula. Saya main ambik je kat belakang tadi,” pantas tangan Fakri mengalihkan semula ke muka hadapan.
“Bukan la. Yang semalam. Nak baca ke?.”
            “Boleh juga,” aku melihat Nadirah yang mula menarik kerusi menghampiri tempat duduk Fakri.
Aku melihat jam di tangan yang hampir ke pukul 2.30 petang.
            Aku mula mengemaskan buku latihan dan buku teks Matematik yang terbentang di atas meja. Kotak pensilku Garfield juga aku masukkan.
   “Dah nak balik ke?,” Fakri menegur.
Aku mengangguk sambil tersenyum.
            “Nanti awak dengan Asyraf kunci pintu ok,” aku mula menggalas beg sekolah.
“Jangan risau,” Asyraf yang mendengar kata-kataku menegakkan ibu jarinya.
            “Ok la. Saya pergi dulu. Assalammualaikum semua,” aku membetulkan tudung sambil melangkah.
“Waalaikummussalam. Hati-hati naik basikal tu!,” jerit Fakri.
            “Ya la!,” aku membalas.
Aku sengaja memilih waktu sekarang untuk pulang. Selalunya hampir ke pukul 3 barulah aku akan pulang biarpun waktu sekarang jalan raya tak lagi sesak dengan pelajar-pelajar sekolah.
            Lagipun, tak payah lagi aku nak berhadapan dengan kejadian-kejadian aneh yang akan berlaku apabila aku bersendirian di dalam kelas tu. Aku tak dapat membayangkan apa pula yang bakal berlaku hari ini kalau aku masih bersendirian di dalam kelas. Entah-entah bakul sampah juga akan berubah kedudukannya. Penyapu yang boleh bergerak sendiri ke?Ei!Minta dijauhkan.
            Aku terus membuka kunci basikal. Perlahan-lahan aku menyorong basikal tu.
“Assalammualaikum. Lida!.”
            Aku menoleh ke belakang.
“Waalaikummussalam. Mikhael,” aku tersenyum memandangnya yang berlari-lari anak menuju kepadaku. Aku melihatnya yang baru keluar daripada bangunan di belakang sekolah.
            “Lambat awak balik hari ni?.”
“Ada kerja sikit tadi. Awak?,” dia bertanya kembali sambil membetulkan beg sekolahnya.
            “Saya memang jarang balik awal. Saja balik lewat sikit. Tak payah nak bersesak-sesak kat atas jalan tu,” aku menerangkan.
“Selalunya memang awak balik awalkan sebab tak pernah nampak pun awak balik lewat. Ini kali pertama,” aku berjalan beriringan dengannya sambil menyorong basikal.
            “Bergantung la. Sama macam waktu saya datang juga. Kadang-kadang awal. Ada hari tu, lewat pula,” dia tersenyum.
“Tapi dalam minggu ni kita asyik terjumpa kan?,” aku memandangnya yang setia menemani langkahku ke sekolah sepanjang 5 hari dalam minggu ni.
            “Dah rezeki,” ringkas jawapan daripada Mikhael.
“Rezeki?.”
            “Ya la. Rezeki nak berjumpa dengan awak. Selalunya tak pernah kita terjumpa waktu nak datang ke sekolah. Dulu pun kat sekolah kita baru terjumpa. Em..maksud saya bertembung,” dia tersenyum memandangku.
            Aku tersenyum malu mengenangkan pertemuan pertama yang berlaku. Atas sikap cuaiku juga yang membuatkan aku bertembung dengannya.
Angin yang bertiup lembut mengiringi langkah kami.
            Sesekali aku melirik kepadanya yang kadang-kadang membetulkan anak rambutnya di dahi.  Di saat dia juga memandang aku, aku cepat-cepat melihat ke arah lain.
Entah kenapa aku selesa berada di sisi pelajar lelaki yang bernama Mikhael ni. Biarpun persahabatan kami masih lagi berada di takuk yang baru, aku tak dapat mencari sebab kenapa dia tidak boleh menjadi kawanku.
“Ok la. Dah sampai.”
Langkah yang diaturkan terhenti.
“Ini la jalan ke rumah saya. Bila-bila nanti, jemputlah datang,” dia menunjukkan ke lorong yang menghala masuk ke kawasan yang didiaminya.
            “Insya-Allah,” aku mula menaiki basikal setelah sepanjang jalan tadi aku berjalan beriringan dengannya.
            “Hati-hati. Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam,” aku menghantarnya pergi dengan pandangan mata.
            Cepat benar masa yang berlalu ketika aku bersama dengan Mikhael. Mungkin apa yang pernah dikatakan olehnya dulu memang betul?Kita tak sedar masa yang begitu pantas berlalu. Mungkin juga.
Beberapa tapak melangkah, aku melihat Mikhael berhenti. Dia menoleh semula ke belakang.
            “Kenapa tak balik lagi?,” dia menguatkan suaranya.
“A..nak balik la ni. Bye!,” aku terus mengayuh basikal. Leka benar aku melihatnya tadi.
            “Mikhael,” aku tersenyum mengenangkan tuan empunya diri. Rupanya di situ dia tinggal. Aku terus mengayuh basikal sambil memikirkan kampung tempat tinggal Mikhael. Memang di situ ada kampung tapi tak pula aku sangka dia tinggal di situ kerana aku pernah nampak dia berjalan menuju ke jalan yang lain.
            Namun semua itu bukan lagi menjadi satu misteri apabila dia sudah menerangkan dia menuju ke rumah kawannya pada waktu tu. Kalau la dia berbohong kepadaku, apa yang dia akan dapat?Bukannya dia akan untung apa-apa pun. Lagipun, mustahil dia berbohong.
            Setiap pagi dalam minggu ni kami ke sekolah bersama. Aku sendiri nampak dia berjalan keluar daripada lorong jalan yang ditunjukkan kepada aku sebentar tadi. Waktu pulang tadi pun memang dia berjalan masuk ke jalan yang sama.
            “Kenapa pula aku nak fikirkan semua ni?,” aku membebel seorang diri.
Entah la. Aku rasa selesa dengan Mikhael. Senyumannya yang sentiasa terukir memang manis!
            “Oh Mikhael!.”
            “Amboi!Meleret senyuman,” mak menegur sebaik aku sampai.
Aku melihatnya yang sedang menyapu.
            “Mak masak apa hari ni?.”
“Lain yang kita cakap, lain yang dijawab.”
            “Apa?,” aku bertanya sambil menanggalkan kasut sekolah.
“Akak la. Senyum je dari jauh pun dah boleh nampak. Ada apa-apa ke?.”
            “Tak la. Saja, hehe..,” aku meletakkan kasut sekolah di tepi pintu.
“Pergi mandi dulu. Tu ha..ada ayam masak kurma,” aku sempat melihat mak yang menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “Yahoo!Ada ayam masak kurma,” aku mempercepatkan langkah ke bilik.
“Sembahyang jangan lupa!,” mak terus berpesan.
            “Ya la,” aku sempat menjawab sebelum menutup pintu bilik.
Aku meletakkan beg sekolah di atas lantai. Terus aku merebahkan badan ke katil.
            “Mikhael,” buat yang kesekian kalinya aku menyebut namanya.