Thursday, 1 May 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 30



              Bunyi derap kasut tumit tinggi yang baru tiba di pintu menggamit perhatian semua yang berada di bilik wardrobe itu.
            “Hah!Sampai juga you. Come!Cepat sikit..kejap lagi photoshoot dah nak start,” salah seorang jurumekap yang berada di situ mengisyaratkan agar Risya yang sudah tercegat di muka pintu mengambil tempat di sebuah kerusi yang masih lagi kosong.
            Shasha yang turut berada di situ pada pagi itu tidak mengendahkan kehadiran model tersebut. Who Risya?Aku lagi terkenal dan popular ok!
            “Kenapa you lambat hah?Kalau ada hal pun tak boleh cakap dulu ke?Tengok Shasha..awal tau dia datang.”
            Salah seorang jurumekap mula membebel sebaik Risya melabuhkan punggungnya di kerusi yang mengadap cermin solek itu.
            “Hei!Kau jangan nak memekak pagi-pagi ni boleh tak?Buat je la kerja kau!Aku datang lambat ke awal ke, bukannya kau yang bayar gaji aku kan?So, just shut up!.” Suara Risya melengking di dalam bilik.  Tergamam terus jurumekap yang baru hendak memulakan perbualan itu. Huh!Biadab punya model. Dia ingat dia terkenal sangat ke nak berlagak diva macam tu?Langsung tak boleh nak ditegur.
            Hana yang sedang memegang sehelai dress hanya terkebil-kebil memerhati situasi yang sedang berlaku. Dress Dolce & Gabbana Floral Print Babydoll itu terus ditatap. ‘Mood’ Risya yang dipamerkan tadi membuatkan dia mula terasa serba-salah untuk menghampiri model berkenaan untuk menyerahkan dress tersebut.
            “Apa yang kau tunggu lagi?Tadi sibuk sangatkan nak suruh aku cepat?Cepatlah!.” Desis Risya geram apabila melihat jurumekap tersebut yang masih lagi memilih beberapa berus di meja solek.
            “Tak kan you nak pakai tu je?Pergilah salin baju dulu!.” Tempelak jurusolek yang turut menahan emosi dengan sikap Risya itu.
            “Ei!Macam-macamlah!.” Risya bingkas bangun. Memang kebiasaannya pun, setiap model akan mengenakan dulu pakaian yang akan digayakan sebelum ditata rias. Cuma, dia yang tidak berjaya mengawal emosi tadi apabila melihat Shasha yang turut berada di situ sehingga terlupa untuk menyalin pakaiannya terlebih dahulu.
            “Ini dressnya,” tutur Hana sambil menghulurkan dress yang sepatutnya digayakan oleh Risya sebentar lagi.
            “Ni lagi satu. Kalau buat kerja, memang lembap. Kalau tak lembap, memang bukan kau lah kan?Kalau dah Ugly tu, ugly jugalah jawabnya!.” Herdik Risya yang menyambar dress tersebut daripada tangan Hana sebelum berlalu ke bilik persalinan.
            Beberapa pasang mata terus memerhati ke arah mereka berdua. Hana diam tidak berkutik. Biarlah. Entah angin apa si Risya tu. Bukannya boleh dilayan sangat. Apa yang aku tahu, cukup bulan ni, dah tiga bulan aku bekerja kat sini dan tempoh percubaan yang diberikan akan tamat.
            Hana tersenyum seorang diri mengenangkan tempoh percubaan tiga bulan yang bakal berlalu. Selepas ini, dia akan menjadi staf sepenuh masa dan bukannya lagi secara kontrak, di syarikat penerbitan majalah Fabuloustar ini.
            “Ai!You ni Hana..kena marah pun senyum lagi?.” Suara jurumekap itu menarik pandangan mata Hana.
            “Ala, dah biasalah akak..tak kisah pun,” tukas Hana tersenyum terus.
Shasha yang sedang membelek isu lepas majalah Fabuloustar mula mengangkat wajah dan menoleh ke belakang.
            “Er..by the way honey, I bukannya nak sibuk ke apa. Kenapa dia panggil you macam tu?You tak patut biarkan dia panggil you macam tu. Everyone has their own beauty, right guys?.” Shasha mengangkat kening kepada Hana.
            “Dari dulu lagi memang dia dah panggil macam tu pun. Lagipun tak kisahlah Cik Shasha, dia nak..”
            “Kejap, kejap. Just call me Shasha okay?.”
Hana tersenyum terus sebaik jari telunjuk model itu naik melentik sebagai peringatan kepadanya. Betullah apa yang dikatakan oleh Jojo sebelum ini. Model yang bernama Shasha ini memang baik. Tak macam Risya tu, huh!
            “Tak kisahlah Shasha..dia panggil macam tu bukannya nak luak apa pun. Tak rugi apa pun,” tukas Hana.
            “I know honey..tapi dia tu biadab!Ei!I tak bolehlah nak bayangkan kejap lagi nak buat photoshoot dengan dia.” Shasha mencebikkan bibir.
            “Ala..apa yang you nak kisah?Yang penting you lagi glamour tau!.” Jurumekap yang terkena lempias emosi Risya tadi mula menzahirkan pendapatnya.
            Jojo yang muncul semula setalah pergi ke tandas sekejap tadi, mula menghampiri Hana.
            “Dia dah sampai?.”
“Dah, baru je. Tu..kat dalam tu tengah salin baju.” Hana menunjuk ke arah bilik persalinan.
            “Ok. Kalau you dah siap, you keluar dulu Shasha. Bad dengan Imran pun dah tunggu tu. Kita ambil gambar you dulu. Kejap lagi, bila Risya dah sudah, you suruh dia keluar ya, sayang. Ok, come Shasha!.” Sempat lagi kau kan Jojo nak bersayang-sayang dengan Hana. Depan semua orang pula tu.
            Shasha yang bangun dari kerusi sempat mengangkat kening kepada Hana sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “Oh..I tak tahu pula you dengan Jojo!.” Bisiknya ketika melewati gadis itu sebelum berlalu keluar.
            “Hah!Mana ada Cik Sha..tak adalah!” Hana menafikan. Pandai-pandai je Shasha ni buat telahan sebegitu. Ni semua Jojo punya pasallah ni. Sayang la, dear la, honey la, macam-macam!
            Beberapa minit berlalu. Risya yang siap menyarungkan dress itu mula melangkah keluar menuju ke bahagian solekan. Beberapa pasang mata yang masih berada di situ, termasuk Hana hanya memerhati tingkah laku model tersebut.
            “Cepatlah!Aku dah siap pakai pun, kau masih lagi kat situ?Kata jurumekap profesional!Iya la tu!” Risya mencebikkan bibir apabila melihat keletah jurumekap yang sedang mencapai sebatang berus itu.
            Jurumekap itu hanya mendiamkan diri. Biarlah. Kadang-kadang, apa yang dikatakan oleh Hana tadi ada betulnya. Bukannya ada apa pun yang luak kalau hanya dengan kata-kata dari perempuan macam Risya ini.
            Lewat tengah hari, barulah sesi fotografi yang dijalankan di studio berakhir. Masing-masing kelihatan sibuk dengan urusan mengemas barang-barang tersendiri.
            “Sayang, you nak minum?I boleh ambikkan,” tegur Jojo kepada Hana yang sedang sibuk menyusun beberapa gelang dan rantai di meja solek.
            “Tak payalah Jojo. Kalau saya nak, saya boleh ambik sendiri,” sahut Hana tanpa berpaling.
            Jojo melepaskan keluhan kecewa. Ai!Sibuk betul sampai langsung tak menoleh kat aku?Isy, tak suka ni! Come on Jojo!Teruskan berusaha.
            “Ala, tak pe la sayang. I pun haus ni. I turun bawah belikan air untuk kita ya. Lagipun banyak benda kita nak kena kemaskan, okay?”.
            Hana mula menoleh ke arah Jojo seraya menganggukkan kepala.
“Hah!Macam tu la. So, you nak minum apa?.”
            “Hmm..mocha la.”
“Ok. I turun dulu, kejap lagi I bawa special mocha untuk you,” tutur Jojo sambil mengenyitkan mata.
            “Untuk dia je ke?Untuk I?” satu suara yang mencelah menarik perhatian Jojo dan Hana. Kelihatan Shasha yang sedang tersenyum kepada mereka sambil menghulurkan sehelai dress kepada Hana.
            “Untuk you tak payah. I nak beli untuk Hana je tau!” tukas Jojo sambil menjeling.
Shasha tertawa kecil melihat reaksi lelaki itu. Dia berlalu sambil mencapai beg tangannya.
            “Ok, I faham. Untunglah you Hana ada pakwe macam Jojo ni. Caring lagi!”
“Tak la Cik Sha. Bukannya pakwe saya..”
            “Ala kalau betul pun apa salahnya, kan sayang?,” celah Jojo sebelum sempat Hana menghabiskan kata-katanya.
            Hana terjeda. Macam-macam perangai si Jojo ni. Ada je la usikan dia tu.
Jojo dan Shasha mula berlalu keluar dari bilik wardrobe itu meninggalkan Hana dengan kerjanya yang masih belum berakhir. Beberapa helai dress kembali digantung ke rak termasuk dress yang digayakan oleh Shasha tadi.
            “Macam ada yang kurang?,” bisik Hana sambil terus mengira-ngira dress yang sudah tergantung di rak.
            “Hei ugly!” Satu suara membuatkan Hana menoleh.
“Nah!” Sehelai dress yang dicampak mengena tepat ke muka Hana. Dress yang berwarna biru laut itu disambut sebelum jatuh ke lantai.
            “Lembap kan kau buat kerja?Kau tak terfikir ke nak berhenti?Bekerja pun bukannya pandai sangat. Aku pun hairan macam mana kau boleh masuk kerja kat sini. Kau sedar tak yang kau tu kg.dom?,” Risya terus membebel sambil tersenyum sinis.
            Hana diam tidak berkutik. Biarlah Risya nak cakap apa pun. Apa yang penting, hujung bulan nanti dia akan menjadi staf tetap di syarikat ini. Sudahlah tu, bukannya setiap hari pun dia akan jumpa si Risya ni. Hanya bila ada sesi fotografi saja.
            “Hei, kau pekak eh?” Risya geram apabila melihat Hana yang langsung tidak mengendahkannya.
            Melihatkan Hana yang tidak memberikan respon, Risya mula mencapai beg tangannya sebelum berlalu keluar dari bilik wardrobe itu. Hana yang sedari tadi asyik menyusun dress-dress itu, mula mengerling dengan ekor mata. Bibirnya menguntumkan senyuman apabila kelibat Risya yang menghilang di sebalik pintu.
            “Aduh!Sakit perutlah pula” Hana memegang perut yang terasa pedih. Hana menjeling keadaan bilik yang sunyi itu. Hanya dia sahaja yang berada di situ.
            “Tak pe kalau aku tinggal semua baju-baju ni kat sini?” Hana memerhati pakaian-pakaian yang terdapat di situ. Perutnya yang kian memulas memaksa Hana membuang langkah menuju ke tandas yang terletak di luar studio, di hujung bangunan.
            Risya yang berada di depan pintu lif menjeling sebaik melihat kelibat Hana yang bergegas menuju ke hujung bangunan.  Beberapa minit menunggu, pintu lif terbuka dan kelihatan seorang lelaki yang keluar dari situ dengan membawa beberapa helai pakaian.
            “Eh!Risya. Jojo ada?,” tegur lelaki itu.
            “La..you ke rupa-rupanya. Tadi I tak nampak pun Jojo. Baju baru ke ni?”   
            “Ya la.  Baju untuk isu yang akan datang. Bos I yang suruh hantar. Cantik tau!” Lelaki itu mula bercerita.
            Risya yang mendapat idea mula mengukirkan senyuman.
            “So, apa kata kalau you tinggalkan kat I?I boleh tolong pass kan kat Jojo,” Risya mula membuat tawaran.           
            Lelaki itu terdiam sejenak. Nak tinggalkan kat Risya?Bosnya tadi sudah pesan, hanya tinggalkan kepada Jojo atau pembantunya itu sahaja.
            “Er..Hana?Dia ada?”
Risya mengecilkan pandangan matanya. Nampaknya pembantu kepada pereka fesyen yang terkenal itu kelihatan berat hati untuk melepaskan pakaian-pakaian tersebut kepadanya.
            “La..Hana?You pun kenal?Kawan I juga tu. Dulu kami belajar kat satu tempat. Jadi, you bagi je kat I, kejap lagi I bagi kat dia. Dia pergi tandas kejap,” ujar Rina sambil tersenyum terus.
            “Oh!Ya ke korang pernah belajar satu tempat?Kenapa tak cakap awal-awal you pun kenal Hana?Ni..semua ni you tolong serahkan kat Hana ya,” tanpa bertangguh lelaki tersebut menyerahkan semua pakaian yang sedang dipegangnya kepada Risya.
            “Mesti, mesti..tak kan la I nak buat apa-apa kat baju-baju yang cantik ni kan,” tukas Risya dalam senyuman.
            “Ya la. I gerak dulu la. Banyak kerja  lagi ni.”
Mata Risya menghantar pemergian lelaki tersebut yang mula melangkah masuk ke dalam  lif.
            “Take care,” sempat Risya mengucapkan kata-kata itu sebelum pintu lif tertutup sepenuhnya. Lelaki tersebut hanya tersenyum.
            “And I will take a very-very good care of these clothes!”gumam Risya seraya menjeling ke arah hujung bangunan di mana Hana yang masih belum menampakkan batang hidungnya lagi.
           
           ################################################################

            Datin Kamila memandang dua orang perempuan yang duduk di depannya bersilih-ganti. Masing-masing menafikan tanggungjawab mereka ke atas perkara yang telah berlaku.
            “Percayalah Datin. Saya tak buat semua tu!” salah seorang perempuan itu yang juga merupakan salah seorang daripada pekerjanya membuka mulut.
            “Habis tu, tak kan la saya yang nak buat semua tu Datin?Tak masuk akal kan?” seorang lagi perempuan yang berada di depannya turut membuka mulut.
            Datin Kamila menghela nafas panjang. Kejadian pada pagi ini belum pernah lagi berlaku di Fabuloustar. Belum pernah!Dia yang merupakan pengasas kepada syarikat ini, juga bertindak sebagai CEO pening kepala dengan apa yang baru saja terjadi. Cerita siapa yang harus dipercayainya?
            “Awak tahu kan Hana, hari ni merupakan hari terakhir awak sebagai staf kontrak di sini?Dan hari ni juga awak akan menerima surat perlantikan sebagai kakitangan tetap di sini, seandainya awak tidak melanggar mana-mana terma di dalam kontrak dan itu termasuklah mempunyai masalah disiplin selama mana awak bekerja di sini, awak sedar semua tu Cik Hana Antasha?”
            Suara Datin Kamila yang menyeru nama penuhnya membuatkan debaran di dada Hana terus berdetak hebat. Tidak berdaya bibirnya untuk menyahut kata-kata yang dilontarkan kepadanya itu. Hanya kepalanya sahaja yang mampu mengangguk sebagai tanda jawapan.
            Risya tersenyum sebaris. Daripada nada yang lahir dari bibir CEO itu, rasanya dia sudah boleh mengagak apa yang akan dilakukan kepada Hana, kakitangan sementara di syarikat itu.
            “Belum pernah lagi kejadian seumpama ini berlaku di sini. Saya pun pelik apa motifnya baju yang dipinjamkan kepada syarikat ini untuk sesi fotografi, dirosakkan.”
            “Itulah..tak kan la saya, model yang nak menggayakan baju tu sanggup nak buat semua tu, betul tak Datin?”
            “Habis tu, tak kan saya yang langsung tak ada kaitan dengan baju tu nak buat semua tu?Apa motifnya?” Hana turut bersuara. Kali ini, dia tidak ingin lagi kalah kepada Risya. Dia akan mempertahankan dirinya. Ya!Dia akan buat macam tu.
            Dia sendiri tidak menyangka kejadian itu akan berlaku. Dia yang sibuk mencari kasut yang bakal digayakan oleh Vanessa, tiba-tiba terkejut apabila mendengar jeritan daripada Risya dari bilik persalinan.
            “Macam mana baju ni boleh koyak?!Macam mana I nak pakai kalau macam ni?Eii!!”
            Sosok tubuh model itu yang keluar dengan mengenakan baju yang sudah terkoyak di bahagian belakang, menarik semua perhatian yang berada di situ. Sudah semestinya orang yang paling kaget adalah Jojo.
            “Macam mana boleh jadi macam ni?!” Jojo yang bernada risau terus meluru ke arah Risya untuk membelek bahagian yang sudah pun rosak. Dress labuh dari kain sifon itu yang direka oleh pereka tempatan, jelas menampakkan bahagian yang tercela di belakang Risya.
            “Macam mana boleh jadi macam ni?You tanya I?Bukan ke semua ni sepatutnya menjadi kerja dan tanggungjawab you untuk jaga semua baju-baju ni?,” tukas Risya tidak berpuas hati.
            “I tahulah kerja I. Waktu I terima semuanya ok. Sebab tu yang I hairan macam mana pagi ni boleh rosak.”
            “Ok?Ada you periksa betul-betul waktu you terima?Ada?”
Soalan Risya membuatkan Jojo terdiam sejenak. Dua minggu lepas, sewaktu dia melihat dress yang disimpan rapi di dalam sarung pakaian yang berzip itu, memang keadaannya masih elok lagi. Cuma, dia akui dia tidak periksa betul-betul di bahagian belakang dress itu. Lagipun, pakaian-pakaian yang disimpan di dalam sarung itu semuanya baru sampai. Mustahillah akan rosak. Hanya dia dan Hana yang menjaga pakaian-pakaian tersebut.
            “Memang kau ada motif,” suara Risya menarik perhatian Hana yang tersasar apabila mengulang tayang kembali apa yang baru saja terjadi di dalam minda.
            Wajah Hana berkerut saat menoleh kepada model itu yang sedang duduk di sebelahnya. Datin Kamila mengangkat kening kepada model itu.
            “Motifnya?”
            “Sebabnya Datin, er..bukanlah saya nak ungkit balik cerita lama kan tapi dulu dia ni dengan saya pernah belajar di satu tempat yang sama,” Risya memulakan cerita. Kelihatan Datin Kamila mengangguk-anggukkan kepalanya. Hana diam tidak berkutik.
            “Dulu tu saya pernahlah minta dia tolong saya buatkan tugasan tapi entah macam mana, markah saya lebih tinggi dari markah dia. Hana ni apa lagi, memang tak puas hatilah. Padahal dia cuma tolong apa yang saya tak faham je. Bukannya dia yang buat tugasan tu. Sejak hari tu, memang dia berdendam dengan saya. Baru-baru ni pun, bila dapat tahu saya buat phooshoot kat sini, dia memang tak puas hati. Jadi, saya rasa dia saja nak sabotaj saya hari ni. Sebabnya, tak kan la saya sendiri nak sabotaj baju yang saya nak pakai, kan?Betul tak Datin?”
            Kolam mata yang tadinya hanya digenangi air mula melimpahkan titisan-titisan jernih itu di pipi Hana. Kenapa Risya sanggup berbohong?Apa yang dia dapat dengan mereka-reka cerita sebegitu?
            “Saya tak buat Datin!Percayalah. Kenapa saya nak buat semua tu?Selama saya bekerja kat sini, tak pernah pun ada sehelai baju yang rosak. Tak pernah pun ada mana-mana kasut, aksesori yang hilang. Semuanya dalam keadaan yang baik. Kenapa pula hari ni, hari yang penting untuk saya, saya nak buat macam tu?”
            “Sebab dendam. Kau memang berdendam dengan aku kan?Jadi, hari ni hari apa sekali pun, mesti kau dah tak kisah. Kalau pereka tu jaja kisah ni kat satu KL, ada kau kisah kalau imej syarikat ni tercemar?”
            Pendapat Risya menarik pandangan mata Datin Kamila yang tadinya jatuh kepada wajah Hana. Wajah gadis itu begitu polos. Susah pula untuk dia percaya gadis itu punca kepada ‘drama’ yang berlaku pada pagi ini. Apa yang dia tahu, satu tindakan harus diambil untuk apa yang telah berlaku.
            “Sebenarnya saya rasa Jojo pun seharusnya turut bertanggung jawab ke atas perkara ni,” luah Datin Kamila sambil memandang kedua-dua orang perempuan itu.
            Hana mengetap bibir. Jojo?Tidak!Lelaki itu tidak bersalah. Dia tahu apa yang berlaku adalah hasil kerja Risya. Terasa dirinya kini seakan-akan berada di dalam Dewan Mini, berhadapan dengan satu perkara yang bukan dilakukan olehnya.
            “Jojo?Kenapa pula Datin nak libatkan dia?Bukannya dia yang bersalah,” luah Risya selamba sambil memerhatikan kuku tangannya yang dihiasi warna merah jambu itu.
            “Ya la. Sebab dia yang in charge di dalam hal ni. Hana ni cuma pembantu je,” tukas Datin Kamila.
            Risya menjeling sekilas ke arah Hana yang sedang menunduk sebelum membuka mulut.
            “Walaupun Jojo yang in charge, Datin tapi semua baju-baju tu saya serahkan kat dia ni, petang tu. Jadi, saya rasa tak patut kalau kita nak libatkan Jojo sekali dalam hal ni. Macam yang saya katakan tadi, kalau Jojo periksa betul-betul sekalipun, tapi kalau dah perempuan ni memang dah plan semua ni nak sabotaj saya, dia la yang kena bertanggung jawab!”
            Hana mengetap bibir. Jojo, lelaki itu baik. Lelaki yang banyak membantunya. Lelaki yang selalu mengusiknya. Dia banyak menimba ilmu fesyen daripada lelaki itu. Lelaki yang juga kawan baik kepada kawan baiknya sendiri, Ika. Kenapa dia harus libatkan Jojo di antara ‘urusannya’ dengan Risya?Sudah bertahun Jojo bekerja di situ.
            “Saya..saya..” suara Hana mula tersekat-sekat. Dia akui, dia sudah mula menyayangi kerjanya. Kerja yang pada asalnya, dia tidak inginkan.
            Risya sudah mula bersorak di dalam hati. Come on!Say it!
            “Saya akan bertanggungjawab, Datin. Saya akan berhenti tapi tolong jangan libatkan Jojo. Dia tak tahu apa-apa,” luah Hana sebak. Air mata yang masih bersisa di pipi, diseka dengan tapak tangan.
            Datin Kamila menganggukkan kepala tanda bersetuju apabila mendengar kata-kata kakitangan sementaranya itu. Risya menguntumkan senyuman. Ada hati nak lawan cakapnya dengan Erin dulu tu?Nah!Sekarang, rasakan pengajaran yang baru ini.



Tuesday, 15 April 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 29



            Rayyan memandang untuk kesekian kalinya kotak cincin yang dikeluarkan dari kocek kot yang tersarung kemas di tubuhnya. Senyuman mula terukir di ulas bibirnya. Malam ini, dia akan melamar kekasih hatinya, Puteri. Rencana yang sudah dirancang agar menjadi kejutan buat Puteri itu sedikit sebanyak menimbulkan debaran di dalam hatinya kini. Rasa risau dan gundah semuanya bercampur aduk menjadi satu perasaan yang sukar diterjemahkan selagi tidak mendengar jawapan dari bibir orang tersayangnya itu.
            Suasana yang sunyi sepi di dewan majlis yang ditempah khas untuk rancangan yang ingin dilaksanakan itu membuatkan Rayyan terus menahan debaran di dada. Matanya mula menjeling ke arah pintu dewan itu. Apa yang kelihatan adalah hanya seorang pelayan dari Hotel Hilton itu yang bersedia untuk melayani segala arahan yang akan diberikan oleh Rayyan pada bila-bila masa.
            “Where are you Puteri?,” gumam Rayyan seorang diri. Kotak cincin disimpan kembali di dalam kocek kotnya. Dia terus memerhati sekeliling dewan untuk memastikan segala-galanya sempurna bagi menyambut Puteri yang bakal tiba pada bila-bila masa. Suasana dewan yang malap menimbulkan suasana romantik seperti yang dipinta oleh Rayyan sebelum ini. Adanya karpet merah yang berukuran 1 meter lebar yang terbentang di depan pintu yang bakal menjadi laluan kekasih hatinya sebaik pintu dibuka.  Karpet yang terbentang itu akan membawa terus Puteri kepada sebuah meja yang terletak hampir  di tengah-tengah dewan itu. Hanya sebuah meja khas untuk mereka berdua.
            Rayyan tersenyum lagi. Gelas yang berisi air kosong dicapai untuk membasahkan tekak. Dia yang sengaja datang awal untuk memeriksa keadaan dewan itu yang ditempah untuk makan malamnya bersama-sama Puteri mengakui kecekapan hotel itu dalam mengikut setiap kemahuannya sebelum ini. Itulah yang menjadi faktor utama mengapa dia memilih hotel tersebut sebagai tempat istimewa untuk upacara istimewa itu juga.
            Pintu yang dikuak menggamit perhatian Rayyan. Dia yang tadinya duduk di kerusi di meja bulat itu mulai berdiri. Senyuman terus mekar di bibir apabila melihat sosok Puteri yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Jelas kelihatan riak terkejut di raut wajah gadis itu yang menjeling ke sekeliling dewan yang sunyi sepi itu.
            Rayyan yang berdiri di hujung karpet sempat menjeling kepada kasut Stuart Weitzman berwarna hitam yang dikenakannya. Berkilat beb!Dia berpuas hati dengan penampilan dirinya. Maunya tak puas hati kalau sudah dari pukul 6 petang dia bersiap untuk menikmati makan malam bersama-sama Puteri di sini.
            “Rayyan, apa ni?,” suara Puteri yang baru tiba kepadanya menyentak Rayyan. Dia yang tadinya tenggelam sejenak apabila melihat penampilan buah hatinya yang cukup menawan dengan gaun makan malam yang sedikit meleret itu, mula mengukirkan senyuman apabila lengannya disentuh oleh gadis itu.
            “Er..makan malamlah. Bukan ke I dah cakap kat you?,” Rayyan bergegas menarik sebuah kerusi buat Puteri yang masih lagi menjeling ke sekeliling.
            “Tapi er..tak kan kita berdua je?Yang lain-lain?,” Puteri masih lagi bernada kehairanan. Dia menoleh ke arah Rayyan yang tersenyum terus kepadanya.
            “Siapa?You tak sudi ke makan malam berdua je dengan I, hmm?,” Rayyan mengangkat kening kepadanya. Matanya mengisyaratkan kepada kerusi yang sudah ditarik.
            Puteri tersenyum sebaris sebelum melabuhkan punggungnya di situ. Dia membuang pandangan sekali lagi ke sekeliling dewan. Memang sah tidak ada sesiapa di situ kecuali mereka berdua. Dia menjeling pula ke arah pintu. Seorang pelayan lelaki yang tadinya ada di situ kini turut menghilangkan diri. Dia memerhati karpet merah yang menjadi laluannya tadi. Di kiri dan kanan karpet itu dihiasi bunga-bunga mawar merah segar yang digubah indah.
            “Mengelamun nampak?,” suara Rayyan mencuri tumpuan Puteri. Dia kembali mengadap semula pandangannya kepada Rayyan yang duduk bertentangan dengannya. Kelihatan lelaki itu tersenyum terus kepadanya.
            “You tipu I kan?,” Puteri mengecilkan pandangan matanya apabila merenung kepada Rayyan. Maklumat yang diberikan oleh Rayyan ketika menjemputnya untuk makan malam ternyata berbeza dengan apa yang terbentang di depan matanya kini.
            “White lie, honey,” Rayyan tersengih ketika memerhati Puteri yang mula mencuka.
            “Sampai hati you Rayyan. Kononlah you cakap ada annual dinner syarikat you kan?.” Puteri yang masih tidak berpuas hati terus mengungkit. Gelas air yang berisi air kosong mula dicapai. Geram dengan perangai Rayyan yang satu itu!
            “Kenapa?Kalau I tak cakap annual dinner, you nak datang pakai kain batik je ke?Tak nak bersiap cantik-cantik macam ni?,” Rayyan menunjuk ke arah Puteri dengan dagu.
            “Hei!Agak-agaklah you ni..kain batik?.” Puteri mula tertawa mendengar canda Rayyan. Katakanlah Rayyan tidak menipu dirinya mengenai makan malam ini, tak kan la dia hendak datang ke situ dengan penampilan yang sebegitu rupa?Penampilan yang out of place and kampung tu?Euww!
            “Hah..senyum macam tu kan cantik. Tonight is our night,sayang. Don’t ruin it okay.” Rayyan mengelus tangan Puteri saat pandangan mata mereka bersatu.
            Dua orang pelayan yang muncul menarik perhatian Puteri dan Rayyan yang saling berpandangan sejenak.
            “Seem like our dinner is ready, honey.”
Puteri hanya tersenyum menyambut kedatangan dua orang pelayan yang sedang membawakan makan malam mereka.
            Pelayan lelaki pertama yang meletakkan pinggan yang berisi secawan nasi di depan Rayyan membuatkan wajah Puteri mula berkerut seribu. Rayyan yang memerhati mula membuka mulut.
            “Kenapa?You tak suka?.”
            “Er..Rayyan, you tahu kan I ni model. I memang tak makan nasi waktu malam. I mean..er..I tak nak la kalau you cakap I ni berlagak diva ke apa. I tak nak rosakkan makan malam kita tapi er..” Puteri terus mencari ayat-ayat yang sesuai untuk dilontarkan agar tidak merosakkan ‘mood’ romantis yang sedang dialami di antara mereka berdua.
            Kedutan terus bertambah di wajahnya apabila melihat semangkuk kuah masak lemak yang diletakkan di atas meja. Dia tahu itu masakan kegemaran Rayyan tapi kalau dia makan juga dan buatnya berat badannya bertambah, badannya gemuk siapa yang nak bertanggung jawab nanti, siapa?Huh!
            Rayyan mengelus semula tangan gadis kesayangannya itu sebelum mula membuka mulut.
            “You ingat I tak tahu you kerja apa?Ingat I tak tahu apa makanan kegemaran you, hmm?Ni semua..” Rayyan menunjuk ke atas meja dengan jelingan mata.
            “Ni semua untuk I dan untuk you...” Rayyan menganggukkan kepalanya kepada pelayan lelaki yang kedua yang setia berdiri di sisi meja.
            Pelayan lelaki itu meletakkan sepinggan salad di hadapan Puteri. Melihatkan daun-daun hijau yang terdapat di dalam pinggan itu, bibir Puteri mula menguntumkan senyuman.
            Selesai menghidangkan makanan dan minuman buat tetamu-tetamu itu, kedua-dua pelayan itu mula beredar meninggalkan dewan. Kini, mereka kembali berdua-duaan di dalam dewan yang sunyi itu. Rayyan menjeling sekeliling dewan bagaikan mencari sesuatu.
            Hanya beberapa minit selepas itu, dewan yang tadinya sunyi kembali dihiasi dengan alunan muzik seksofon yang berkumandang.
            “Now, jemput makan,” Rayyan menganggukkan kepalanya berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pihak hotel. Sama seperti apa yang dipintanya.
            Puteri hanya mengikut. Salad di dalam pinggan terus dinikmati apabila melihat Rayyan yang mula menjamah hidangannya.
            “Kerja you okay?Sorry la lately I sibuk sikit. Itu yang jarang contact you.” Puteri memulakan bicara setelah menikmati saladnya beberapa suapan. Gelas yang berisi air kosong mula dicapai buat membasah tekak. Matanya mengerling Rayyan, menantikan jawapan daripada lelaki itu.
            “That’s okay. I faham. I pun sibuk juga. Baru dua bulan I masuk kerja kat company babah, banyak kerja yang I nak fahamkan tapi I tak pernah lupakan you. Dan sebab tu I rancangkan semua ni. Makan malam yang istimewa ni..untuk orang yang teristimewa macam you..”
            Puteri tersenyum terus cuba menyembunyikan debaran di dada. Rasanya, dia sudah boleh mengagak arah bicara Rayyan tapi kalau bukan, bagaimana?Dia juga yang malu!Kalau ya?Isy, masalah ni!
            Sebaik selesai menikmati makan malam, kedua-dua pelayan tadi muncul semula. Bagaikan sudah boleh mengetahui bila waktunya mereka harus muncul di situ.
            “Would you like to have our dessert, sir?.” Kedengaran suara pelayan kedua bertanya.
            Rayyan mengangkat kening kepada Puteri. Gadis itu menggelengkan kepalanya cepat-cepat. Takut gemuk la tu!
            “No, thanks.” Sahut Rayyan sambil tersenyum. Bukannya dia tidak boleh pesan je tadi hidangan pembuka selera dan pencuci mulut tu, tapi dia tahu sikap Puteri yang satu itu. Hendak jaga badanlah katakan!
            Melihatkan kedua-dua pelayan itu menutup semula pintu dewan, Puteri mula membuka mulut.
            “So, makan pun dah sudah. Nampaknya bolehlah kita balik.”
Rayyan menggelengkan kepalanya dengan jari telunjuknya yang digoyang-goyangkan.
            “Nope!Siapa cakap kita dah sudah?Kalau makan, ya tapi I have something to give to you.”
            Puteri mula gelisah. Nampaknya apa yang dia rasakan, semakin menampakkan ketepatannya tapi kalaulah dia sendiri yang membuka mulut terlebih dahulu dan ternyata tidak, mestilah dia yang kena menanggung malu nanti. Kalau bukan sekarang, bila masa lagi dia mesti berterus-terang kepada Rayyan?
            Alunan muzik seksofon yang sejak tadi berkumandang mulai terhenti. Rayyan tersenyum sambil bingkas bangun dari kerusi. Tangan kanan dihulurkan kepada buah hati kesayangannya itu.
            “Shall we dance?.”
Puteri memandang pelik kepada Rayyan apabila mendengar soalan yang diberi.
            “There is no music. Kan tadi..”
Belum pun sempat hendak menghabiskan kata-katanya, kedengaran semula alunan muzik seksofon kembali bergema di dalam dewan itu.
            “Tu..dah ada. Shall we?”.
Puteri tersenyum cuba menutup debaran yang kian kencang di dada. Tangan Rayyan disambut. Dirinya dituntun sehingga ke tengah-tengah dewan di mana adanya sebuah lampu candelier mewah yang menerangi di atas.
            Alunan tiupan seksofon Kenny G terus melatari dewan itu dengan lagu Forever in love yang terus berkumandang.
            “I love this song,” bisik Rayyan di telinga Puteri.
“Me too..” balas Puteri. Dia mula mengetap bibir. Kenapa terasa seakan dipaksa untuk mengucapkan kata-kata itu?
            “You know Put..malam ni you nampak cantik sangat. Lain dari hari-hari yang lain...” Bisikan Rayyan terus berbaur romantik di hujung telinga Puteri.    
            “Hmm, hmm..” Puteri hanya menggumam. Tidak tahu apa yang harus diucapkan di saat itu. Maunya tak nampak lain, kalau dia menyarungkan dress kesayangannya, Versace Jersey V-strap down. Korang ingat murah dress koktail ni?
            Keadaan terus hening. Apa yang kedengaran hanya tiupan seksofon yang melatari dewan majlis itu.  Beberapa minit terus berlalu. Rayyan mengambil nafas dalam-dalam sebelum membuka mulutnya.
            Gerak tubuh yang tadinya lembut mengikut alunan muzik, mulai berhenti. Rayyan merenung kepada Puteri dengan senyuman di bibir.
            “Er..I...” Isy!Gementar la pulak!Apa kena ni?Nak tanya dia sudi khawin ke tak, itu je kan?Ok, ok..bertenang Rayyan.
Puteri menghela nafas. This is it, this is it!Now, Puteri!Memang betul si Rayyan ni nak propose kan?
            “Sebenarnya Rayyan..”
            “Will you be my wife Puteri?.” Fuh!Lega. Sebaris soalan keramat itu akhirnya berjaya juga dilontarkan.
            Puteri terjegil. Sedikit je tau!Biarpun sudah menjangka apa yang ingin diperkatakan oleh Rayyan tapi dia tidak menyangka, begitulah perasaan yang sebenar apabila dilamar oleh buah hati. Rasa macam nak putus nafas!
            Rayyan tersenyum terus. Nampak sangat ekspresi wajah Puteri yang terkejut itu. Memang itulah yang dia harapkan pun. Sekotak cincin yang disimpan di dalam kocek sut yang dikenakannya, mula dikeluarkan.
            “Tak jawab pun..will you be wife, Cik Puteri?Hmm?Your silence self is killing me. Come on!.” Rayyan mula mengangkat kening. Geram pula rasanya apabila melihat Puteri yang kaku itu. Hanya matanya saja yang terkebil-kebil.
            “Well, I tahu mungkin I tak cukup baik untuk you. Mungkin I tak cukup sempurna tapi selagi I masih bernafas, selagi I mampu, I akan jaga you seumur hidup I. Susah senang, biarlah kita harungi sama-sama. I nak jadikan you isteri I, dunia dan akhirat. No one else!.” Tutur Rayyan panjang lebar seakan-akan ingin meyakini Puteri dengan lamaran yang telah dibuatnya.
            Puteri mula merasakan adanya satu bebanan besar yang terdapat di atas bahunya kini. Siapa yang cakap tak nak khawin?Mestilah dia nak, lebih-lebih lagi dengan Rayyan!Seorang kawan yang telah lama dikenali. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Telah banyak kenangan yang tercipta bersama-sama dengan lelaki ini.
            Lelaki yang menerima dirinya dengan seadanya. Lelaki yang tahu apa yang menjadi kegemaran dan kebenciannya. Lelaki yang tahu bagaimana hendak mengambil dan menawan hatinya. Bahkan, Rayyan setia apabila berada di luar negara lima tahun yang lepas. Rupa?Jangan cakaplah, memang kacak pun!Habis tu, kau nak apa lagi Puteri?Bukan pasal apa yang aku nak, tapi ada satu masalah ni..
            “You know Rayyan..”
“You tahu tak Put?Hari tu aunty sibuk nak khawinkan I dengan si Shasha tu.”
            “What?!.”  Wajah Puteri kembali berkerut. Shasha!Oh, tidak!Itu adalah musuh tradisinya. Musuh ketat!
            “Yup!Dengan Shasha. Disebabkan I tahu taktik aunty tu, I manage to escape. And now, I’m asking for your hand. I’m gonna ask you for one more time.”
            Nada yang lahir dari bibir Rayyan, seiring dengan riak wajahnya yang serius membuatkan Puteri menelan air liur. Tak guna!Si Shasha tu nak juga interframe dalam cerita ni kan?Sekarang pula tu!
            “Will you be my wife, Puteri?For forever and ever, will you stand by my side through thick and thin?Because I do.”
            Memang bodohlah kalau aku jawab tak, kan?Silap-silap haribulan, si Rayyan ni melepas kat Shasha. Bukannya dia tidak tahu, perangai Rayyan yang akan mendengar cakap babahnya itu. Emak tirinya yang drama queen tu kan pandai berlakon. Berlakon sikit, habis dua beranak ni kena dengar cakap dia.
            “I do!Yes, I do!.” Puteri menyahut dengan yakin. Siap tangan kanannya dihulurkan kepada Rayyan agar dapat jarinya disarungkan cincin yang sedang dipegang oleh lelaki itu.
            Senyuman Rayyan melebar. Dia tahu Puteri tidak akan menghampakannya. Cuma tadi, mungkin gadis kesayangannya itu terkejut dengan kejutan yang dibuatnya.
            “Thanks, honey. I tahu, you tak akan kecewakan I. I tahu, the most important thing in your life is me, right?.”
            Tutur kata Rayyan hanya disambut oleh senyuman yang diberikan oleh Puteri. Apa yang dia tahu,buat masa sekarang Rayyan adalah miliknya. Dia ingin kekalkan sebegitu. Dia tidak ingin lelaki ini jatuh ke tangan mana-mana perempuan lain!Tidak sama sekali.
           
             ################################################

            Bunyi pintu yang ditutup menarik perhatian Datuk Megat Jufri dan isterinya, Datin Aznah yang sedang menonton TV di ruang tamu.
            “How’s your dinner, sayang?Rayyan sihat?”.
Suara mamanya menerjah ke pendengaran. Puteri yang ingin berlalu ke tangga menghentikan langkah dan menoleh ke arah ibu bapanya.
            “He’s fine, ma. Dinner pun okay. Er..Put penatlah. Put naik dulu ya. Good night ma, pa.” Tanpa menantikan balasan dari kedua ibu-bapanya, Puteri terus mendaki anak tangga untuk menuju ke biliknya.
            “Macam ada yang tak kena je?,” Datuk Megat yang tadinya hanya mendiamkan diri mulai bersuara apabila sosok anaknya sudah hilang dari pandangan mata.
            “Penatlah tu. Esok kan dia ada photoshoot lagi,” tukas Datin Aznah.
Pandangan Datuk Megat yang tadinya jatuh ke tangga, kembali dihadapkan ke skrin TV untuk terus menonton. Ah!Hal orang perempuan. Mestilah isterinya lebih mengetahuikan?
            Di dalam bilik, Puteri merebahkan diri ke katil. Mata mula dipejamkan untuk meredakan kekusutan yang bersarang di dalam kepala. Raut wajah Rayyan yang menjelma membuatkan dia kembali membuka mata.
            Cincin yang tersarung di jari manisnya kembali ditatap.
“Tiffany ke?.” Bisiknya seorang diri. Bibir mula menguntumkan senyuman apabila melihat sebiji batu berlian yang menghiasi cincin itu.
            “Sekarang, you bakal wife I”.
Kata-kata Rayyan tadi kembali terngiang-ngiang di hujung telinga. Senyuman yang terlukis mulai terhakis perlahan-lahan. Puteri mula melepaskan keluhan. Cincin itu terus ditatap dalam-dalam.
            Isteri?Tempoh dua bulan yang dikhabarkan oleh Rayyan tadi, amat-amat mengejutkan dirinya. Sudahlah terkejut dengan cerita emak tiri Rayyan yang sibuk nak khawinkan si Shasha itu dengan buah hatinya, kemudian Rayyan pula yang beria-ia ingin berkhawin dalam tempoh dua bulan saja lagi.
            “Macam mana ni?.” Puteri terus menggerutu seorang diri di atas katil. Dia sudah sedia maklum akan syarat yang ditetapkan oleh Mr. Joshua, bos kepada agensi model merangkap bosnya juga itu. Sepanjang bernaung di bawah agensi itu, dia tidak boleh mendirikan rumah tangga dan itu telah pun termaktub di dalam kontraknya untuk tempoh 3 tahun yang bakal mendatang.
            Tapi kalau dia menolak lamaran Rayyan tadi, alamatnya si Shasha itulah yang akan menang!Dia?Sudahlah dari segi kerjaya pun, perempuan itu yang sedang mendahuluinya sekarang. Dia tidak ingin kalau Rayyan pun turut terjatuh ke tangan perempuan itu.
            “Aku mesti fikirkan sesuatu..setidak-tidaknya, aku kena pujuk Rayyan untuk tangguhkan perkhawinan ni...” getus Puteri seorang diri.
            Sengaja, perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada kedua ibu-bapanya tadi. Dia sendiri risau kalau-kalau kedua orang tuanya itu akan bersetuju dengan cadangan Rayyan untuk berkhawin dalam masa terdekat ini.
            Ah!Rayyan kan baik. Mesti dia akan dengar cakap aku kan?Pujuklah sikit. Mesti dia akan faham. Lagipun, tak kan la dia sanggup khawin dengan si Shasha tu?Dia sendiri tak suka!Sabar Puteri, sabar. Mana dia ada orang lain kan?Dia ada kau saja. Jadi, kalau suruh dia tunggu, mesti dia akan sanggup. Besides, he’s fall for you already!
            Puteri kembali tesenyum. Yakin dengan telahan yang dibuatnya seorang diri pada malam itu.