Friday, 20 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 12


Penghujung tahun 2006
            Hana tersenyum girang apabila memandang langit yang cerah putih berseri. Sebentar lagi, dia akan menduduki peperiksaan akhir untuk kertas LAW 379 . LAW 379 ialah kod yang diberikan oleh UiTM untuk kertas Business Law ataupun Undang-undang Perniagaan, kalau diertikan ke Bahasa Melayu.
            “Amboi!Berseri-seri muka. Kenapa?Seronok ke kejap lagi nak berpisah dengan saya?,” tegur Ika seraya mencuit pinggang Hana. Langkah mereka diteruskan untuk menuju ke Dewan Mini di mana akan berlangsungnya peperikasaan tersebut.
            “Mana ada la. Bukan sebab tu saya seronok. Mestilah sedih nak berpisah dengan awak. Segala apa yang kita harungi bersama-sama selama tiga tahun ni bukannya mudah tau nak saya lupakan,” tutur Hana jujur.
            Ika yang mendengar semakin meleret senyumannya. Tangan Hana diraih sekaligus membuatkan rakan baiknya itu sedikit terkejut.
            “Kenapa ni?.”
            “Ya lah. Dah hari terakhir kan kita kat sini?Biarlah saya nak pegang tangan awak. Ingat tak macam kita kecik-kecik dulu?Bila kat sekolah rendah ke tadika ke, kalau berjalan mesti pegang tangan macam ni kan?Eleh!Macam awak tak pernah,” tingkah Ika terus tidak melepaskan tangan Hana.
            Hana menguntumkan senyuman. Tadika?Sekolah rendah?Mestilah dia pun pernah melalui zaman berpegangan tangan macam tu tapi kawannya pada waktu itu, lelaki atau perempuan?Itu dia dah kurang ingat.
            “Ish!Tepilah!Nak pegang tangan bagai, couple ke?.”
Rina yang muncul dari belakang terus meredah di tengah-tengah pegangan tangan Ika dan Hana 
            “Woi!Seluas-luas jalan kat sini, sini juga ke kau nak kena lalu hah?!,” tempik Ika yang sudah mulai geram. Rina terus berjalan tidak menghiraukan kata-kata Ika.
            “Sudahlah tu. Biarkan. Dah memang perangai dia macam tu kan?Lagipun entah-entah dia gelabah ke, kita mana tahu?,” tutur Hana memujuk Ika.
            “Iya lah, gelabah ke takut ke panik ke, agak-agaklah. Bukan dia seorang yang nak ambil exam tu. Ramai lagi. Memang perangai dia tu suka nak sakitkan hati orang lain.”
            Ika yang masih tidak berpuas hati mula menarik muncung. Hana yang melirik kawan baiknya itu tertawa kecil.
“Awak ni pun, kalau tak muncungkan mulut tu memang tak sah kan?Dah  la, nanti habis terbang ilmu Law yang ada dalam kepala awak tu.”
            “Ya lah. Ini pun dah macam tak berapa nak ingat ni. Er..pasal contract. Emm..apa ya?Awak ada bawa nota tak?.”
            “Mana ada. Tengok ni, sehelai sepinggang je kan. Ini ada lah,” Hana menunjukkan kotak pensilnya.
            “Lupa pula. Awak memang tak pernah bawa nota kan bila nak ambil exam?Maklumlah orang dah pandai. Rasanya saya ada bawa dalam beg ni.”
            Ika terkial-kial mencari nota yang berada di dalam beg yang digalas di bahu sambil terus melangkah. Hana yang memerhati tersenyum terus. Bukan kerana dia merasakan dirinya pandai lalu tidak perlu dia membawa nota itu, tapi dia akan menjadi lebih gelabah kalau masih membaca di saat-saat akhir sebelum menduduki peperiksaan untuk satu-satu kertas itu. Kalau dibawa tapi tak digunakan, apa tujuannya kan?
            “Ada tak?’.
“Hah!Alhamdulillah, ada pun. Ini dia..,” Ika menggoyang-goyangkan beberapa kertas tangan yang sudah berada di tangannya.
            “Ingat, nanti nak masuk dalam dewan, tinggalkan kat luar. Nanti tak pasal-pasal dituduh bawa ‘toyol’’, ujar Hana lebih kepada peringatan. ‘Toyol’ adalah istilah yang diguna pakai di UiTM untuk nota yang dibawa masuk oleh pelajar secara curi-curi untuk membantunya di dalam peperikasaan.
            “Ya la. Tahulah saya. Kita kan dah semester terakhir. Dah tu hari yang terakhir pula, yahuuu!,” Ika mula bersorak.
            Hana sendiri berasa gembira. Bukan saja dia akan tamat belajar sebagai pelajar Diploma Pentadbiran Awam tetapi, dia juga akan merdeka sebagai orang suruhan kepada Rina Batrisya. Itulah yang paling diingininya sejak beberapa semester yang lepas. Berkat kesabarannya, hari ini akhirnya telah tiba juga.
            “Ramainya!.” Ika memerhati para pelajar yang memenuhi perkarangan Dewan Mini. Pelbagai gelagat dapat diperhatikan. Ada yang berbual-bual kosong, bergelak ketawa dan tak kurang ada juga yang sedang membaca majalah dan suratkhabar, relaks habis!Tentunya yang paling ramai adalah yang masih membelek-belek nota buat kali terakhir sebelum melangkah masuk ke dalam dewan nanti.
            “Maunya tak ramai. Bukan pelajar sepenuh masa je kan macam kita ni tapi kan pelajar jarak jauh, e-PJJ pun ada juga,” Hana menunjuk ke arah satu kumpulan. Ika ikut memerhati ke arah kumpulan lelaki dan perempuan yang kelihatan jauh lebih berumur jika dibandingkan dengan para pelajar yang lain.
            “Itulah, terlupa,” Ika tersengih.
“Jom la. Duduk kat situ dulu. Selesa sikit kalau awak nak baca,” Hana mula melangkah ke arah anak tangga. Kaki lima dewan yang sesak dipenuhi para pelajar yang rata-ratanya bersila di situ sudah kelihatan tidak mempunyai ruang untuk dirinya dengan Ika lagi.
            “Nak?,” Ika bertanya sepatah sambil menghulurkan beberapa keping kertas nota.
“Takk mau lah. Lagi takut adalah,” Hana menggelengkan kepalanya. Dadanya yang berdebar cuba ditenangkan dengan mengambil nafas dalam-dalam.
            “Ingat tau, kalau saya tertidur nanti...”
“Tahulah saya nak kejutkan awak. Siapa yang kejutkan awak kalau bukan muka ini kan Cik Hana?,” tingkah Ika tanpa mengalihkan pandangannya yang jatuh ke atas helaian-helaian nota.
            Hana tersenyum sebaris mengiyakan kebenaran di sebalik kata-kata kawan baiknya itu. Memang setiap kali dia tertidur sewaktu menduduki peperiksaan, Ikalah orangnya yang akan tolong mengejutkan dirinya. Mujur juga petugas-petugas peperiksaan memahami keadaannya itu.
            Melihatkan Ika yang sedang fokus kepada pembacaannya, membuatkan Hana terus mendiamkan diri. Tidak ada hati untuk mengganggu kawannya itu. Jam di pergelangan tangan dikerling.
            “Baru pukul 1.45,” getus Hana.
            Peperiksaan yang bakal berlangsung pada pukul 2 petang itu masih berbaki 15 minit sebelum ia bermula. Hana mula gelisah. Tidak sabar rasanya ingin menduduki kertas yang terakhir itu dan mengakhiri apa yang dilaluinya selama 3 tahun ini.
            Dia bersyukur selama tempoh tiga tahun ini, belum pernah dia gagal di dalam mana-mana subjek yang diambil. CGPA yang diperolehinya juga cukup memuaskan dengan 3 pointer dan ke atas.
            “Saya nak ke toilet kejap,” Ika bingkas bangun .
“Jangan lambat sangat kat dalam tu. Nanti orang dah masuk tinggal awak je yang belum.”
            “Tak pe. Awak tolong jawab untuk saya sekali,” sempat Ika bergurau sebelum berlalu pergi.
            Hana tertawa kecil. Sempat lagi kawan baiknya itu mengenakannya. Beberapa helaian nota yang hampir melayang ditiup angin menarik perhatian Hana yang membuang pandangan memerhati gelagat para pelajar yang lain.
            “Ika, Ika..kenapalah tak disimpan tadi?,” omel Hana. Tangannya bergerak menyusun satu persatu helaian nota untuk subjek Undang-undang Perniagaan itu.
            “Hei ugly!Kau ada pen?Pinjam satu. Pen aku habis dakwat la pulak. Time-time macam ni nak susahkan aku!.”
            Tanpa perlu menoleh pun, Hana sudah tahu gerangan yang memanggilnya. Siapa lagi pelajar perempuan yang memanggilnya dengan nama gelaran begitu?
            “Ada dalam...,” belum pun sempat Hana ingin menyahut, kotak pensilnya telah pun berada di tangan Rina. Sebenarnya, tidaklah kotak sangat pun. Lebih kepada sebuah bekas yang diperbuat daripada kain dan mempunyai satu zip. Bekas sederhana besar berwarna coklat tua itu padat diisi dengan pelbagai jenis alat tulis. Pen saja, sudah melebihi 7 batang. Semuanya untuk kegunaan dirinya sendiri kalau-kalau ada kecemasan.
            Hana menyambung semula kerjanya yang terhenti dek panggilan Rina tadi. Tidak sampai seminit pun, suara Rina kembali didengari.
            “Aku pinjam eh. Nah!.” Bekas alat tulis itu diberi semula kepada Hana. Hana memerhati Rina yang sudah berlalu semula kepada kawan-kawannya.
            “Ambil terus pun tak pe. Lepas ni kita tak kan jumpa lagi,” bisik Hana sendirian. Bibirnya kembali tersenyum mengenangkan hari-hari yang bakal mendatang tanpa kelibat gadis yang menjunjung nama Rina Batrisya itu.
            Ika yang sudah beberapa langkah menjauhi tandas memerhati apa yang baru terjadi. Langkahnya mula dipercepatkan untuk mendapatkan kawan baiknya.
            “Hana, kenapa minah tu datang sini tadi?Apa yang dia nak?Dia buat apa kat awak?,” soal Ika bertubi-tubi.
            Berkerut wajah Hana mendengar soalan yang bertalu-talu daripada kawan baiknya itu.
            “Ish, ish..kalau ya pun satu persatu la Ika. Apa yang Rina tu nak buat kat saya?Mana ada apa-apa. Tengok ni, hidup lagi kan?,” tingkah Hana dalam senyuman.
            Mata Ika mengerling semula kepada Rina yang sedang berbual-bual dengan kawan-kawannya.
            “Tapi kenapa dia datang jumpa awak tadi?Tak puas hati ni!.”
“Dia datang pinjam pen je la. Bukannya ada apa-apa pun. Lepas dapat pen dia pergi sana balik,” Hana memuncungkan mulutnya ke arah Rina.
            “Hmm..tu je?.”
“Ya la. Pinjam pen. Awak ingat dia nak apa?,” Hana mengangkat kening.
            “Ya la. Mana la tahu kalau-kalau dia ada niat tak baik ke. Bukannya kita tak tahu perangai dia macam mana kan?.” Ika yang masih tak berpuas hati cuba memikir tindakan Rina itu tadi.
            “Kalau dia ada niat tak baik, kenapa nak tunggu hari ni?Hari terakhir kita kat sini?Lebih baik dia buat pada semester-semester yang lepas, betul tak?Bila dia kenakan saya macam tugasan Puan Sufi tu, awak ingatkan?Bukan main happy lagi dia waktu tu. Kalau nak kenakan saya sekarang apa yang dia dapat?Dah tak ada apa-apa pun, betul tak?.”
            Ika tidak terus mengangguk. Dia masih lagi berfikir logiknya tindakan Rina. Pinjam pen?Tak kan la orang macam Rina tu ada pen sebatang saja untuk peperiksaan akhir macam ni?Tapi kata-kata Hana ada juga betulnya. Kalau dia kenakan Hana sekarang pun bukannya dia untung apa-apa pun kan?
            “Dah la. Tak baik nak berprasangka buruk kat orang.”
Hana mencuit lengan Ika. Belum pun sempat Ika ingin membuka mulutnya, sudah terdengar suara petugas peperiksaan yang memanggil para pelajar yang mengikuti kursus Pentadbiran Awam untuk memasuki ke dalam dewan.
            “Eh!Tu kursus kita tu. Jom!.”
Hana bingkas bangun. Kotak pensilnya dicapai.
            “Nah!Slip awak.”
Ika menghulurkan slip menduduki peperiksaan kepunyaan Hana yang dicapai dari begnya.
            “Terima kasih. Ingat!Nota tu..,” bisik Hana sebelum melangkah sebaik tiba di depan pintu dewan.
            “Ya la!,” Ika berlalu semula untuk meninggalkan beg yang dipenuhi dengan nota-nota di luar dewan di tempat yang sudah dikhaskan. Kawan baiknya itu sudah pun melangkah masuk.   
            Tiba di dalam dewan, Hana memerhati kerusi yang sudah dikhaskan untuk pelajar Pentadbiran Awam. Dua tempat duduk yang masih kosong menarik perhatian. Bolehlah dia duduk bersebelahan dengan Ika nanti. Kalau dia tertidur kawan baiknya itu boleh membantu mengejutkan dirinya.
            Sebaik mengambil tempat di kerusi, Hana menarik nafas dalam-dalam. Dia yakin semua orang yang berada di dalam Dewan Mini itu mesti merasakan debaran yang sama sepertinya kecuali para petugas je la yang tidak akan menduduki peperiksaan itu nanti!
            “Good luck!,” bisik satu suara di sisi kirinya. Hana mengerling.
“Awak pun,” Hana tersenyum kepada Rina. Sedikit rasa pelik menjelma di dalam diri. Belum pernah Rina Batrisya itu mengucapkan ‘selamat’ kepadanya. Baik di dalam ujian kuiz mahupun peperiksaan akhir sebegini.
            “Agaknya sebab hari ni hari terakhir kan?,” getus Hana ingin melontar jauh-jauh fikiran jahat yang mula menyerang.
            Kelihatan para petugas yang sibuk memeriksa kertas-kertas di bahagian depan. Hana tidak peduli kertas soalan atau pun kertas tulis yang disediakan untuk para pelajar. Apa yang penting, dia ingin fokus dan menjawab sebaik yang mungkin.
            Tepat pukul 2 petang, semua pelajar yang berada di dalam Dewan Mini mula menyingkap kertas soalan setelah mendengar arahan daripada petugas peperiksaan.
            “Alhamdulillah,” bisik Hana sendirian setelah meneliti soalan-soalan yang tercetak di atas kertas. Bibirnya mula menguntumkan senyuman. Bahagian A tidaklah sesukar mana. Apatah lagi kesemua 25 soalannya adalah soalan objektif yang disediakan pilihan jawapan. Bahagian B yang memerlukan dia menjawab di dalam bentuk esei juga kelihatannya tidaklah sepayah mana.
            Hana mula mencapai sebatang pen. Beberapa isi penting mula dicoretkan di atas kertas soalan agar dia tidak terlupa nanti. Beberapa minit dimanfaatkan untuk melakukan perkara tersebut.
            Setelah yakin tiada apa lagi yang tertinggal, Hana mula menjawab soalan-soalan di bahagian A. Hampir setengah jam diperuntukkan di bahagian itu, dia mula beralih ke bahagian B.
Sesekali, Hana berhenti untuk menghilangkan lenguh jari-jemarinya yang menulis hampir sejam setengah yang lalu tanpa henti. Hanya tinggal beberapa baris ayat yang perlu ditulis bagi menyempurnakan soalan ketiga yang juga soalan terakhir di bahagian B itu.
“Siap,” gumam Hana. Tangannya mula menyingkap lembaran kertas jawapan untuk menyemak jawapan yang diberikan olehnya. Sempat matanya memandang para pelajar yang lain yang masih tekun menulis.
Jam yang tersangkut di dinding di depan dewan, ditatap. Tepat menunjukkan pukul 4 petang. Masih berbaki sejam untuk pelajar-pelajar menyempurnakan jawapan masing-masing untuk subjek yang diperuntukkan masa selama 3 jam itu.
            Hana tersenyum lagi. Bukan hanya kerana dia berjaya menjawab soalan-soalan untuk subjek itu tetapi kali ini dia tidak tertidur seperti waktu-waktu yang lain. Alat tulis mula dicapai dari atas meja. Dia sudah bersedia untuk meninggalkan Dewan Mini. Ini kerana peraturan telah pun dinyatakan dengan jelas oleh petugas peperiksaan tadi bahawa, setengah jam yang pertama dan setengah jam yang terakhir, tiada mana-mana pelajar yang dibenarkan meninggalkan dewan peperiksaan.
            “Aku dah habis menjawab. Buat apa nak tunggu kan?.” Detik hati Hana. Tidak tega dia menghabiskan masanya berteleku di meja sedangkan sudah tidak ada apa-apa yang hendak dilakukannya di situ.
            Zip kotak pensilnya ditarik. Sekeping kertas kecil berwarna putih yang ditimbuni oleh alat tulisnya menarik perhatiannya.
            “Apa ni?.” Tangan Hana membuka sedikit kertas yang elok terlipat di dalam kotak pensilnya tanpa dikeluarkan.
            Ritma jantung yang berdegup normal mula tergugat apabila matanya dapat menatap biarpun sedikit cuma apa yang tertulis di atas kertas itu. Hana mula menggelabah. Kepalanya mula diangkat. Dia memerhati sekeliling dewan. Kelihatan beberapa petugas peperiksaan berada di depan dewan. Beberapa yang lain pula sedang berjalan melewati meja-meja yang disusun  dengan jarak yang diselang lebih kurang satu meter itu.
            Hana cuba mengawal diri. Nafasnya yang tidak teratur mula menyebabkan kolam matanya digenangi air. Pantas, matanya disapu. Tidak!Dia tidak boleh gagal dalam subjek ini. Dia tidak boleh menimbulkan sebarang syak wasangka kepada para petugas peperiksaan. Walaupun dia tidak tahu bila dan macam mana nota itu boleh terselit di dalam kotak pensilnya, dia tidak ingin gagal di semester terakhir ini.
            Seorang petugas yang kian menghampiri mejanya, membuatkan tangan Hana pantas menarik zip menutup semula kotak pensilnya setelah pen dan cecair pemadam dimasukkan. Apa yang tinggal sekarang ialah dia hanya perlu bangun dari tempat duduknya, meninggalkan kertas jawapannya di atas meja dan berjalan keluar dari Dewan Mini itu. Itu sahaja. Semuanya akan berakhir. Ya!Dia harus segera meninggalkan dewan tersebut. Sekarang!
            Hana menolak kerusi yang didudukinya hampir dua jam yang lalu ke belakang perlahan-lahan. Tangannya sedikit menggeletar. Dia tidak ingin gagal. Tidak!Setelah bersusah-payah selama tiga tahun, ini tidak seharusnya terjadi kepada dirinya. Bukan sekarang.
            Mata Hana mengerling sekeliling. Perlahan-lahan dia bangun dan mengatur langkah menuju ke pintu yang jaraknya lebih kurang 5 meter daripada mejanya. Kotak pensilnya dipegang erat seakan-akan itu adalah hartanya yang paling berharga. Harta yang perlu dilindungi hatta nyawanya menjadi pertaruhan sekalipun.
            Kaki dipercepatkan. Semua ini harus berakhir segera. Dia tidak meniru dari kertas tersebut tapi siapa yang akan percaya?Sudahlah dia adalah orang pertama yang melangkah keluar, akan adakah orang yang akan percaya dirinya kalau semua itu terdedah?
            Tangan yang sudah berada di daun pintu membuatkan Hana sedikit lega. Sebaik daun pintu ditarik...
            “Tunggu!.” Satu suara yang menjerit di dalam keadaaan yang sunyi sepi itu jelas menusuki deria pendengarannya. Tipu, kalau dia cakap tak dengar dan ingin meneruskan langkahnya. Hana menahan gelodak di dadanya.
            “Awak, tunggu dulu!,” suara seorang petugas perempuan kian menghampiri. Tangan Hana masih memegang erat daun pintu Dewan Mini. Dia tidak ingin melepaskan daun pintu itu. Apa yang berbaki tadi, dia hanya perlu membuang setapak langkahnya ke luar sebelum dipanggil.
            “Saya minta maaf tapi saya perlu periksa kotak pensil awak tu,” petugas tersebut menunjuk ke arah kotak pensil yang digenggam kemas oleh Hana. Terasa berat tangannya untuk menghulurkan bekas alat tulisnya itu kepada petugas tersebut.
            Petugas tersebut yang menanti beberapa ketika mula mengambil sendiri kotak pensil dari tangan Hana. Hana mengetap bibir. Kolam  matanya sekali lagi digenangi air. Dia menoleh ke belakang memerhati beberapa pasang mata yang masih setia memandangnya. Kelihatan Ika yang sedang mengangkat kening kepadanya.
            “Apa ni?.” Suara petugas tersebut menarik kembali perhatian Hana. Kelihatan sekeping kertas yang sudah dibuka lipatannya sudah berada di tangan petugas yang berkerut wajahnya itu.
“Bu..bukan..bukan saya. Percayalah!,” Hana mula tidak keruan. Air matanya sudah dilempiaskan. Hanya itu saja kata-kata yang mampu dituturkan oleh bibirnya ketika itu.
“Ikut saya.” Petugas itu memulakan langkah tanpa menanti patah kata daripada Hana. Kepala Hana mulai bingung. Apa yang akan terjadi kepadanya selepas ini?









ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 11




            Mata Rina terkebil-kebil memandang dinding putih biliknya. Entah berapa lama dia mengiring sebegitu dia sendiri tidak pasti. Terasa lenguh di bahu, dia mula mengubah posisi. Kali ini menelentang pula dengan menghalakan pandangannya ke besi yang menjadi pengalas tilam untuk katil dua tingkat itu.
            Bibirnya diketap geram apabila mengingati peristiwa petang tadi di medan selera. Belum pernah dia berhadapan dengan situasi yang memalukan dirinya sebegitu rupa. Kejadian itulah yang menyebabkannya begitu sukar untuk menemui lena pada malam ini. Lalu, kaki mula diturunkan dari katil.
            Sempat Rina mengerling kepada Airin dan dua orang lagi rakan sebiliknya yang sudah lama hanyut dibuai mimpi. Hanya dia seorang yang menanggung resah di hati. Tidak, bukannya resah tetapi lebih kepada perasaan malu dan amarah yang berpadu menjadi satu di dalam hati. Kaki diatur perlahan-lahan menuju ke tingkap bilik Kolej Mahsuri itu.
            Tangannya mula menyingkap tabir. Matanya mula dikecilkan sebaik terpandangkan bangunan Kolej Malinja yang tersergam di depan mata. Kebanyakan bilik telah pun bergelap. Hanya satu atau dua bilik yang masih diterangi cahaya lampu pada pukul 1.45 pagi itu. 
            “Tak guna kau Adif!,” desis Rina sambil mengetap bibir. Dadanya mula berombak kecil menahan marah yang mula bertamu semula.
            Rina memejamkan mata. Kejadian petang tadi kembali diulang tayang di dalam mindanya.
            Dia yang berasa gembira kerana berjaya menyuruh Hana pergi menemui Adif itu, menghabiskan masa dengan menikmati hidangan ringan bersama-sama dengan Zafran yang senantiasa berjaya menghiburkan hatinya. Namun, gelak ketawa yang menghiasi meja mereka pada petang tadi hanya bertahan sementara cuma dengan kedatangan Adif yang tidak disangka-sangka.
            “A..Adif, I boleh jelaskan,” Rina memandang Adif dan Zafran silih berganti. Zafran hanya berlagak selamba sambil terus menyedut air teh aisnya yang masih berbaki di dalam gelas.
            “Iya?Nak jelaskan kenapa you ada kat sini?Dengan dia ni?Hmm..agaknya you nak dapatkan ubat sakit you dari dia ni, macam tu?,” Adif menuding ke arah Zafran, pelajar lelaki yang yang merupakan juniornya itu turut mengikuti kursus yang sama seperti dirinya iaitu Pengurusan Perniagaan.
            “Sebenarnya Adif..,” Rina mula tersekat-sekat. Akalnya dikerah untuk mencari idea bagi meyakinkan Adif kenapa dia berada di situ bersama-sama dengan Zafran.
            Beberapa pasang mata yang berada di meja berhampiran bertindak sebagai pemerhati setia. Drama episod terbaru yang menampilkan barisan pelakon yang juga baru di pandangan mata mereka. Walaupun tidak selalu terjadi pergaduhan di antara pasangan di dalam UiTM ini yang boleh menarik perhatian, namun apa yang sedang dipertontonkan di depan mata kini amat menarik dengan penampilan tiga orang sekaligus.
            “That’s okay Rin. You pun mesti dah penatkan?Kejap nak tipu sana, kejap nak tipu sini. Mana nak study lagi. Lagipun orang selalu cakap, three is always crowd. So untuk mempermudahkan urusan kerja you dan untuk menjaga maruah I, kita putus,” Adif mengangkat keningnya kepada Rina yang tersentak dengan keputusan yang diberikan.
            “Tapi Adif, bagi peluang kat I nak explain....”
“Explain?Explain what?Yang you ingat I senang-senang percayakan you selama ni dan sebab tu you mudah nak tipu I kan?Macam tu?!,” suara Adif mulai meninggi. Hilang seketika kesabarannya yang ditahan-tahan sedari tadi apabila memandang raut wajah hipokrit Rina.
            Rina yang sudah berdiri sempat menjeling ke arah beberapa orang pelajar yang saling berbisik sesama sendiri. Ah!Itu tak penting. Apa yang penting sekarang ini ialah Adif.
            “Adif, I...”
“No need. Mulai hari ni I dengan you habis setakat ni. Lebih baik I yang tinggalkan you daripada you nak buat macam tu kat I satu hari nanti kan?By the way, semoga bahagia,” tutur Adif sebelum mula melangkah.
            Rina menyapu air mata yang mengalir di pipi. Dia mula mendengus geram mengingati kata-kata Adif.
            “Lebih baik dia yang tinggalkan aku?Aku Rina Batrisya lah!Ada aku hairan sangat dengan lelaki macam dia tu?!Aku boleh dapat jauh yang lebih baik dari dia la.”
Raut wajah Adif yang sejak tadi terpahat di dalam kepalanya kini diganti dengan raut wajah seseorang yang muncul.
            “Kalau tak kerana dia mesti semua ni tak kan terjadi. Entah apa yang dia pergi mengadu kat Adif!.” Rina kembali mengetap bibir apabila raut wajah Hana menjelma di dalam minda.
            Sebelum ini, apa yang dicakapkannya kepada Adif, apa saja yang diberitahu kepada lelaki itu, semunya dipercayai. Tak pernah ada pun masalah yang terjadi di antara mereka berdua. Langsung tak pernah.
            Kenapa setelah dia meminta Hana untuk pergi bertemu dengan lelaki itu barulah semua ini berlaku?Apa yang diberitahu oleh gadis dungu itu kepada Adif?
            “Kalau dia cakap macam yang aku suruh mesti semua ni tak kan terjadikan?,” Rina mula memikirkan logiknya. Baginya, tiada orang lain yang harus dipersalahkan di dalam hal ini kecuali Hana, si Sleeping Ugly itu!
            “Oh!Jangan-jangan kau sendiri pun sukakan si Adif tu kan?Jadi bila ada peluang, kau mestilah nak rampas...”
            Kepala Rina mengangguk perlahan, mengiyakan telahan yang mula merasuk ke dalam kepalanya. Jari jemarinya diramas geram. Dia berlalu semula ke katil dan mengambil tempat di birai.
            “Huh!Nampak saja innocent, macam baik hati tapi hati dia la yang paling busuk!Jaga kau Ugly. Aku tak kan biarkan kau lepas ni. Aku akan berikan hadiah yang kau tak kan lupakan seumur hidup!.”
            Rina mula tersenyum jahat. Rancangan yang terbentuk di dalam kepalanya akan dilaksankan sebaik yang mungkin. Air mukanya yang dijatuhkan harus ditebus oleh Sleeping Ugly yang dungu itu!           













LAGU, OK KE TAK?

Hai semuanya..pertama sekali terima kasih kepada yang sudi jalan2 kat blog saya ni, hehe..and again, tak kisahlah korang tinggalkan komen atau tak untuk cite Isteri aku, sleeping ugly?! tu kan..kalau boleh tinggalkan komen, lagi bagus,really2 appreciate that..

lagi satu, waktu blogwalking hari tu, 1 of peringatan yang diberi oleh senior2 di dalam dunia blog ni, jangan letak lagu kat blog kita. so, saya pun curious la, why, why, why?Rupa2nya 1 of the reason, untuk sapa2 yang guna broadband ke contohnya, limited pula kan, so bila nak loading tu lambat. limited pula, lagilah boring and marah gila kawan tu kan ;-) lagi 1, katanya, mengganggu fokus orang yang nak baca entry kat blog tu. nak2 pula, bila lagu tu autoplay tak boleh nak stop ke or pause. maksudnya jenis yang tak ada butang la untuk buat semua tu. tapi ada juga pendapat yang kata, ok je. ada lagu ni, blog tak boring sangat.dapat tambahkan mood sesebuah blog tu. ceria gitu ;-), hehe..

bila baru nak hias blog(baru2 ni je, hee),saya pun letak lagu kat blog ni. tapi dari jenis yang tak ada butang nak stop or pause(maklum, budak baru belajar so tak tau orang suka ke tak). bila baca entry nasihat dari senior tu, saya tukar ke SCM PLAYER. so, kalau korang tak suka lagu kenny g ni, just klik pause k..maklmlah, orang perempuan, suka hias2 ni, hee..sebenarnya kalau nak ikutkan nasihat senior tu, banyak lagi benda2 yang dia larang, contohnya widget2 yang cute ni pun kalau boleh elakkan. time nak loading nanti, lambat so takut orang pun menyampah dengan blog kita.

tapi rasanya, widget yang saya letak tak keterlaluan kut?Hehe..kalau dah semua tak boleh nak letak, macam boring la pulak kan..kalau ada widget ni, macam comey je...macam cantik je..;-)




Thursday, 19 December 2013

WHY?!!!

terkejut bila buka blog malam ni..selalu tu akan ada dengar lagu yang kita masukkan tapi malam ni tak ada pun?Agakanya ada something wrong kut dengan web tu, huhu...





THANK YOU SEMUANYA!!!

   Terima kasih kepada semua yang sudi visit blog saya ni...tak kisahlah, sama ada korang tinggalkan komen atau pun tidak. kalau rajin dan sudi, tinggalkanlah komen ya so that, saya dapat tau kelemahan dan kekurangan cerita saya tu. harap2nya dapat diterima la..dengan adanya komen, saya dapat perbaiki apa yang kurang ;-) thank you so much, luv u all!!!

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 10


            Shasha menutup pintu rumah perlahan-lahan. Berkerut wajahnya biarpun pintu tersebut langsung tidak berkeriut. Sesekali dia memandang ke arah tangga dan ruang tamu untuk memastikan tiada sesiapa. Benar. Rumah banglo mewah itu memang sunyi sepi ketika itu. Mana tidaknya jam sudah pun melepasi angka 3.30 pagi.
            Selesai menekan tombol, Shasha mula menghala ke tangga. Tak perlu terjengket-jengket. Ini kan tahun 2004, normal la semua ini kan?Buat apa nak takut atau risau sangat kalau balik pada waktu-waktu begini?Lagipun, ini kan KL bukannya kampung kan?Dan perkara yang paling penting kepada siapa dia harus takut?Emak saudaranya?Tak mungkin. Bapa saudara tirinya itu?Tak kan lah kut. Rayyan?Tak langsung!Orang gaji dan pemandu pakciknya itu sila buat hal masing-masing ya. Oh ya!Sekadar peringatan.
            Tiba di tingkat kedua rumah banglo itu, Shasha mengatur langkah menuju ke biliknya. Sesekali bibirnya menyanyi-nyanyi kecil lagu yang menjadi halwa telinganya ketika berada di kelab malam tadi. Kaki mula melangkah masuk ke dalam bilik sebaik pintu mula dikuak.
            Clutch yang sedari tadi digenggam dicampak ke atas katil sebaik pintu ditutup. Shasha mula berlalu ke arah meja soleknya. Wajahnya dibelek buat beberapa ketika.
            “Kan cantik. Apa yang tak kena?Kenapa si Rayyan tu jual mahal sangat?,” bisiknya seorang diri. Sesekali jarinya menekan-nekan lembut bibir yang masih berwarna merah dioles lipstik Revlon itu.
            Puas meneliti wajah sendiri di dalam cermin, Shasha melangkah beberapa tapak ke belakang. Matanya kini membelek bentuk tubuh yang terserlah di dalam dress ketat separa lutut yang dikenakan.
            “Emm..tak sia-sia aku habiskan duit untuk beli baju ni,” Shasha tersenyum sendirian apabila berpuas hati dengan hasil yang terbias di dalam cermin. Berpuas dengan segala bentuk yang dapat ditatap di dalam cermin itu, dia membawa diri ke katil dan menghempaskan tubuhnya ke tilam yang empuk. Matanya tepat memandang ke siling yang berwarna putih itu.
            Penghawa dingin yang menebarkan udara yang nyaman di dalam bilik tidak mampu membuatkan mata Shasha dipejamkan. Apatah lagi dia sendiri tidak mempunyai niat sedemikian. Hanya satu benda yang ligat bermain di dalam mindanya kini.
            Mengenangkan kemungkinan akan rancangannya yang bakal dilaksanakan nanti, membuatkan bibir Shasha mula menguntumkan senyuman. Matanya mula mengerling ke arah jam di pergelangan tangan.
            “3.45. Orang cakap perkara yang baik jangan ditangguhkan, kan?.”
Shasha bingkas bangun dari pembaringan. Hatinya kini sudah tekad. Walau apa yang terjadi, malam ini dia ingin melakukannya. Berjaya atau tidak, itu tidak penting. Setidak-tidaknya nanti, dia tidak akan menyesal kerana tidak pernah mencuba langsung.
            Pintu bilik yang tertutup kemas kembali dibuka. Sempat matanya mencuri pandang ke arah bilik yang bertentangan dengan biliknya. Pintu bilik tidur emak saudara dan bapa saudaranya itu tertutup kemas. Sunyi sepi.
            “Bagus. Ni lah peluangnya,” bisik Shasha. Tangannya kembali menarik daun pintu perlahan-lahan agar tidak mengganggu tidur emak saudara dan bapa saudaranya itu. Langkah kaki diatur menuju ke arah anak tangga yang akan membawanya ke tingkat 3 rumah banglo berkenaan.
            Shasha mula memijak perlahan-lahan anak tangga. Kali ini, dia mula menjengket. Risau kalau-kalau tingkahnya itu akan membuatkan targetnya yang berada di tingkat 3 akan dikejutkan. Perlahan-lahan, satu demi satu anak tangga didaki. Tiba di tingkat itu, dia berhenti seketika untuk mengambil nafas. Dadanya mulai berdebar.
            Namun, kakinya tetap melangkah perlahan-lahan menuju ke salah sebuah bilik yang terdapat di sebelah kiri. Tiba di depan bilik, debaran di dada semakin kuat. Shasha mula mengetap bibir. Dia mula meramas-ramas tangan sendiri untuk memberikan dirinya keyakinan dan menghalau jauh perasaan takut yang mula mneyerang.
            “Janganlah kunci..,” bisiknya perlahan sebaik tangan mula merayap memegang tombol pintu. Shasha mula memulas tombol tersebut dengan cukup berhati-hati. Dia tidak ingin melakukan sebarang kesilapan walaupun sekecil cuma. Yes!Hatinya bersorak meraikan kejayaan pertama setelah mendapati pintu bilik berkenaan tidak berkunci.
            Pintu bilik tersebut mula dikuak perlahan-lahan. Bau lavender mula mencuit deria hidunya. Sekaligus membuatkan bibir Shasha mula mengulumkan senyuman apabila terpandangkan sosok tubuh Rayyan yang sedang berada di atas katil.
            Pintu ditutup semula dengan berhati-hati agar tidak mengganggu lelaki itu yang sedang nyenyak tidur. Sebaik pintu ditutup, Shasha mula mengorak langkah ke katil dengan perlahan-lahan. Bilik yang diterangi dengan cahaya lampu merah suram itu tidak dapat menghalang pandangan mata Shasha dari terus memerhati raut wajah Rayyan yang diam tidak berkutik. Wajahnya mula didekatkan kepada wajah Rayyan.
            Tangannya mula naik untuk menyentuh raut wajah tersebut. Ingin sekali rasanya menjamah wajah yang menjadi pujaan hatinya itu. Namun jari jemari yang hampir mengenai kulit wajah Rayyan terus terhenti sebaik teringatkan akan rancangannya. Shasha tidak ingin kalau hanya dengan sentuhan itu akan membangunkan Rayyan dan sekaligus membuatkan rancangan yang ingin direncanakan menjadi satu kegagalan lagi seperti malam-malam sebelumnya.
            ‘Classless?Fine. Alang-alang mandi biar masah. Nak menyeluk pekasam tu, not me okay!,” kening Shasha terjongket sedikit ke atas. Tak kuasa lagi rasanya nak berperibahasa di ketika ini. Apa yang penting, dia ingin melakukannya sesegera yang mungkin.
            Zip dress dari jenama Dorothy Perkins yang dihadiahkan oleh ibu saudaranya, mula ditarik perlahan-lahan. Senyuman terus mekar di bibir Shasha sambil matanya tak lepas dari memandang Rayyan.
            Dress yang tidak berlengan itu memudahkan kerja Shasha. Hanya dengan sekali tarik, dress yang tadinya menyaluti tubuh langsing Shasha, terus melurut jatuh ke atas permaidani gebu yang terhampar di dalam bilik anak teruna Tan Sri Rashid itu.
            “I’m coming baby..,” getus Shasha seakan-akan Rayyan mendengari apa yang sedang diperkatannya ketika itu. Kakinya mula melangkah menaiki katil. Perlahan-lahan, Shasha menyusup masuk ke dalam selimut yang menyelimuti tubuh Rayyan. Tubuhnya dibawa dekat kepada lelaki itu.
            “Selepas ni, you akan jadi milik I sayang,” bisik Shasha dengan mata yang terus galak menatap seraut wajah tenang Rayyan.          
            “Emm..nope!Bukan selepas ni..itu dah lama sangatkan?Esok. Macam mana dengan esok?Esok juga you akan jadi milik I and I akan jadi milik you. How about that?I like!,” Shasha terus mengomel sendirian di atas katil.
            Selimut terus ditarik agar menutup tubuhnya yang hanya dilitupi dengan pakaian dalam. Itulah rancangannya. Mana ada kucing yang nak tolak ikan kan?Mana ada buaya yang nak tolak bangkai?Wait!Ada ke peribahasa tu?Ah!Lantaklah!Shasha terus mengulumkan senyuman. Tidak sabar menanti hari esok yang bakal merubah status dirinya kelak.

            Suasana pagi itu di rumah banglo mewah milik Tan Sri Rashid agak berbeza. Masing-masing yang berada di ruang tamu membatukan diri. Hanya sesekali esakan Shasha kembali kedengaran.
            Makcik Bibah dan Pakcik Husin yang berada di dapur juga turut mendiamkan diri sedari tadi. Hanya sekadar keluhan panjang yang dilepaskan oleh Makcik Bibah apabila mengenangkan kembali peristiwa Subuh tadi.
            “Sudahlah. Tak baik awak mengeluh macam tu Bibah. Benda dah jadi..,” tegur Pakcik Husin.
            “Saya tak percaya bang yang budak Rayyan tu akan buat macam tu. Saya tahulah. Saya yang jaganya selama ni,” tutur Makcik Bibah dengan nada emosi. Baginya sebelum perginya Puan Sri Fatima untuk selama-lamanya, bahkan selepas kematian umi Rayyan itu pun, anak Cik Puannya itu adalah anaknya juga. Dia dan Puan Sri Fatima yang sama-sama mendidik anak muda itu. Mana mungkin sekarang ni Rayyan boleh melakukan kerja yang dilarang oleh agama Islam itu?
            “Ingat ya Kak Bibah. Kalau terjadi apa-apa kat saya, akak tolong jaga Rayyan. Hanya akak yang saya percaya.”
            Pesanan yang pernah dititipkan oleh arwah umi Rayyan itu mula menghasilkan air di dalam kolam mata Makcik Bibah. Pakcik Husin yang menyedari terus mendiamkan diri. Tidak ingin lagi meneruskan kata-kata yang mungkin akan terus mengguris perasaan isteri yang dikasihi.
            Di ruang tamu, Rayyan merenung tajam ke arah Shasha yang sedang ditenangkan oleh ibu tirinya.
            “Sabarlah Sha. Abang?,” Puan Sri Harlina memandang kepada suaminya yang masih diam seribu bahasa.
            Tan Sri Rahid menghela nafas. Pandangannya mulai berubah dari Shasha yang asyik menangis kepada anak lelakinya yang turut berada di ruang tamu itu.
            “Kalau dah suka sama suka, kenapa nak jadi macam ni pula?Aunty nak Rayyan bertanggung jawab ke atas Shasha. Tak kan lepas habis madu sepahnya dibuang macam tu je?,” hujah Puan Sri Harlina. Dia menjeling suaminya yang baru hendak membuka mulut. Lambat sangat nak tunggu orang tua tu buka mulut!
            “Tak pe la aunty. Sha tak nak nak kalau..,” Shasha meneruskan lakonannya. Sempat lagi di dalam hatinya memuji peribahasa yang digunakan oleh emak saudaranya itu.
            “Mana boleh macam tu!,” suara Puan Sri Harlina mula meninggi. Sudah lama peluang keemasan ini ditunggu-tunggu olehnya dan akhirnya peluang itu sudah pun terhasil melalui usahanya dan Shasha selama ini.
            “Tapi Sha tak nak kalau kita paksa Rayyan, aunty,” Shasha meneruskan lakonannya yang hanya dapat difahami oleh ibu saudaranya itu.
            “Apa pula paksa?Dah memang suka sama suka kan?Betul tak Rayyan apa yang aunty cakap ni?Abang?,” sekali lagi Puan Sri Harlina menoleh ke arah suaminya.
            “Rayyan, Babah fikir....”
“Tunggu dulu Ba. You...,” Rayyan menuding ke arah Shasha. Shasha yang sedari tadi asyik teresak-esak mula menghentikan esakannya. Matanya turut memandang ke arah Rayyan.
            “Apa cerita mengarut you tu?You cakap I dah memang tunggu you kat sini semalam kan?Then, kita pergi terus ke bilik I kan?,” Rayyan mengangkat keningnya kepada Shasha.
            “Er..emm...,” kepala Shasha mula mengangguk. Itulah cerita versinya yang diberitahu kepada Tan Sri Rashid pagi ini.
            “Lepas masuk bilik kita pun berseronok, gitu?Sampailah you tertidur kat bilik I dan bila Subuh tadi, Makcik Bibah datang nak kejutkan I dan jumpa you dalam bilik, kan?,” Rayyan melepaskan soalan lagi.
            “Betulkan Sha?Nak soal apa laginya Rayyan?Dah memang sah-sah Shasha ada dalam bilik kamu kan?Dari semalam sampai ke Subuh tadi. Mustahil tak terjadi apa-apa antara kamu berdua. Mana ada kucing yang tak sentuh ikan kalau dah ada depan mata,” Puan Sri tersenyum sinis. Kali ini, anak tirinya itu tidak dapat melarikan diri lagi.
            “Kita kena selidik betul-betul dulu. Tak boleh nak salahkan Rayyan seorang dalam hal ni. Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi,” Tan Sri Rashid turut meluahkan pandangannya. Nafasnya kembali dihela. Terasa kusut pemikirannya ketika ini dengan masalah yang timbul.
            Rayyan menganggukkan kepalanya. Di dalam hati dia bersyukur dengan kepercayaan yang masih ada untuknya di dalam hati Babahnya itu.
            “I bagi peluang kat you Sha. Ada apa-apa lagi yang you nak tambah untuk cerita drama you tu?,” Rayyan memandang ke arah Shasha dan ibu tirinya silih berganti.
            Puan Sri Harlina mengerling kepada Shasha. Anak saudaranya itu hanya menggelengkan kepala.
            Tan Sri Rashid yang bertindak sebagai pemerhati menantikan kata-kata yang ingin dilontarkan oleh anak bujangnya itu.
            “Nak tanya apa lagi?Khawin je terus!Kan senang?,” tukas Puan Sri Harlina.
“Senang untuk siapa?Untuk Aunty?Atau untuk Sha?,” Rayyan tersenyum sinis. Kepalanya digeleng perlahan. Ada hati dua orang wanita itu ingin perangkapnya?Benarlah kata-kata madah pujangga, dalam kepandaian seseorang itu, kadang-kadang akan terserlah juga kebodohannya.
            Mujur saja, sejak Subuh tadi dia dilihat oleh Makcik Bibah bersama-sama Shasha yang tiba-tiba sudah berada sekatil dengannya, dia sudah mendapat akal untuk berdepan dengan situasi yang sudah boleh diduga itu. Itu pun setelah jenuh memikir. Dia tidak rela mengahwini perempuan seperti Shasha. Apatah lagi untuk satu kesalahan yang tak pernah dilakukan oleh dirinya.
            “Rayyan..,” meleret suara Tan Sri Rashid menegur percakapan anaknya. Setidak-tidaknya, Puan Sri Harlina perlu dihormati di depan dirinya.
            “Abang tengoklah tu..tengok perangai anak abang tu. Bukan main lagi mulutnya kalau  bercakap. Sudahlah buat salah tapi tak nak mengaku. Ada hati lagi nak...”
            “Siapa?Siapa yang buat salah sekarang ni?,” Rayyan yang tidak dapat lagi membendung rasa sabarnya mulai bangun. Matanya cerlung memandang ibu tirinya dan Shasha silih berganti. Shasha yang mula dipagut ketakutakan mula memaut lengan emak saudaranya.
            “Oh!Sebab dia ada dalam bilik saya, jadi sayalah yang kena bertanggungjawab?Macam tu?Kalau saya ada dalam bilik aunty?.” Tersentak Puan Sri Harlina dengan soalan yang tidak diduga itu.
            “Rayyan!.”
Tan Sri Rashid turut berdiri. Dia tidak menyangka akan mendengar perkara sebegitu akan lahir dari bibir anaknya sendiri.
            “I’m sorry Ba tapi Rayyan tak kan khawin dengan perempuan murah macam ni. Never!,” Rayyan memandang kepada bapanya. Perempuan jenis apa Shasha tu kalau sanggup berkeadaan sedemikian rupa ketika berada di atas katil dengannya semalam?Entah bila perempuan itu menyeludup masuk ke biliknya dia tidak sedar. Apa yang dikesalkan ialah kesilapannya sendiri yang terlupa untuk mengunci pintu bilik.
            Tan Sri Rashid terjeda. Bab khawin ni bukannya satu perkara yang boleh dibuat main-main. Kalau empunya diri tidak mahu tak kan hendak dipaksa?Tapi Shasha macam mana?
            “Habis tu siapa yang nak bertanggungjawab kat Shasha ni?Senang kan?Lepas dah berseronok...”
            “Seronok?Semalam?I dah bagi peluang kat you Sha so lepas ni you jangan nak berdolak-dalih lagi,” Rayyan menuding ke arah Shasha yang diam tidak berkutik.
            “Ba, kalau betul Rayyan tunggu dia kat sini dan bawa dia terus masuk ke bilik Rayyan, mana perginya barang-barang dia yang lain?Mana perginya beg tangan dia ke?Whatever la benda yang dia selalu bawa bila nak keluar. Mana?,” Rayyan memandang ke arah ayahnya.
            Tan Sri Rashid menghela nafas. Punggungnya kembali dilabuhkan ke sofa. Di dalam hati, dia akui timbul sedikit kelegaan. Bersyukur kerana anaknya itu masih tidak melepasi batasan agama. Matanya mula memandang ke arah Shasha yang tidak lagi bersuara.
            Gulp!Shasha menelan air liur. Tak guna!Clutch hitam hadiah sempena hari lahirnya dari ibu saudaranya itu bukankah berada di dalam biliknya semalam?
          “Shasha..,” Tan Sri Rashid mula memanggil. Kelihatan anak saudara kepada isterinya hanya menundukkan kepala. Tidak menoleh kepadanya. Shasha yang duduk bersebelahan dengan ibu saudaranya itu tidak berani menanggapi pandangan dari Tan Sri Rashid.
            Puan Sri Harlina tertawa sinis. Bab itu yang hendak ditimbulkan oleh anak tirinya itu?
           “Kalau dah tuannya ada dalam bilik tu, mestilah beg ke atau barang-barang yang lain pun ada kat dalam tu juga. Macam baju Shasha ni..,” sinis Puan Sri Harlina sambil menjeling. Bukannya dia tak perasan akan dress Shasha yang terdapat di atas permaidani bilik anak tirinya itu pagi tadi. Dia sendiri tidak menyangka perkara yang diharap-harapkan akhirnya terlaksana juga apabila mendengar kecoh pagi tadi.
            Mujur juga adanya Pakcik Husin yang bertindak menenangkan anak tirinya itu. Kalau tidak, mesti teruk anak saudaranya itu dikerjakan oleh Rayyan yang berang apabila terjaga dari tidurnya pagi tadi setelah didatangi Makcik Bibah.
            “Jawablah. Kenapa nak diam?Cakap kat aunty kesayangan you ni, mana perginya beg you tu?Ada ke dalam bilik I?,” Rayyan mengerling kepaada ayahnya yang turut memandang kepada ibu saudara dan anak saudara itu.
            “Ada kan Sha?Mesti ada dalam bilik Rayyan kan?,” soal Puan Sri Harlina girang sambil memegang bahu Shasha. Ala, tak kan la benda sekecil tu yang nak dirisaukan?
            “Shasha?Hal ni bukannya benda mainan. Jangan sampai Uncle..”
Kepala Shasha menggeleng lemah. Hatinya mula gerun memikirkan kata-kata yang ingin dilontarkan oleh bapa saudaranya itu. Pelbagai telahan dan kemungkinan yang menyerang fikirannya sekarang. Dia tidak ingin kehilangan kemewahan yang dikecapinya sekarang ini.
            “Macam mana nak ada kalau dah berbohong?Kalau betul cerita Shasha, Rayyan tunggu dia kat sini dan bawa terus dia ke bilik, mesti semua barang-barang dia ada sekali kan?Tapi sayang, dalam kelam kabut tu you terlupa satu benda. Terlupa nak fikir mana logiknya cerita you tu kan?Kalau macam tu je, senang la jawabnya. Masuk bilik je terus kena khawin. What a life!,” Rayyan tertawa kecil. Sekadar nak sakitkan hati emak tirinya yang wajahnya sudah merah padam.
            Tanpa menunggu sebarang kata dari sesiapa pun, Rayyan berlalu ke dapur. Perutnya mula berkocak.
            “Alhamdulillah,” getusnya perlahan sambil terus mengatur langkah. Kali ini, dia terlepas lagi dari perangkap durjana Shasha yang tak pernah jemu untuk mendapatkannya. Harapnya di masa akan datang pun Allah akan sentiasa ada bersama dengannya untuk menangkis perempuan seperti Shasha itu.
            Di ruang tamu, Tan Sri Rashid masih berjaya mengawal kemarahannya.
“Apa yang tak cukup lagi Sha?Agaknya kehidupan kat KL ni tak sesuai untuk Sha kan?,” Tan Sri Rashid mula bersuara. Matanya mengerling ke arah isterinya.
            “S..Saya tak tahu apa-apa bang. Sumpah!Sha, apa nak jadi dengan Sha ni hah?!Aunty ni pun dah terpedaya dengan tipu helah Sha. Tak sangka aunty boleh tuduh budak yang baik macam Rayyan tu sampai macam tu sekali. Syukurlah semuanya dah terdedah,” Puan Sri Harlina menjeling kepada anak saudaranya itu.
            “Sha tak nak Uncle kalau kena balik kampung. Sha nak tinggal kat sini dengan Aunty dan juga Uncle. Sumpah!Sha tak kan buat lagi. Tak kan!,” Shasha kembali berair mata. Kali ini, jujur. Takut kalau Tan Sri Rashid tidak ingin lagi menanggung dirinya dan yang lebih takut, kalau dia perlu pulang ke kampung. Meninggalkan segala kemewahan yang dirasainya selama 3 tahun ini.
            “Kalau benda macam ni berulang lagi, ingat Sha!Awak pun Lina..,” ujar Tan Sri Rashid dengan nada yang keras sebelum bangun  meninggalkan ruang tamu itu. Melihatkan suaminya yang sudah menghilangkan diri menaiki anak tangga, Puan Sri Harlina menoleh kepada Shasha yang duduk di sisi kirinya.
            “Bodoh!Benda yang macam tu pun tak boleh nak handle?!,” desisnya perlahan. Shasha hanya mampu membatukan diri.