Friday, 24 January 2014

MENCARI MR CHARMING..MACAM BEST JE!!!


MENCARI MR. CHARMING: BAB 1
January 1, 2014 at 6:28pm
SIAPA kata jadi penulis ni seronok? Dapat
royalti bertimbun? Popular? Menjadi pujaan
pembaca? Huh, sebenarnya kau orang silap!
Jadi penulis tidak sehebat mana pun. Sebenarnya,
indah khabar daripada rupa. Macam-macam masalah
membelenggu. Antaranya…

1. Serba salah – Tak mampu nak penuhi selera
pembaca yang berlainan minat. Jadi, eloklah
penulis menulis mengikut apa yang mereka
minat untuk tulis.
2. Jiwa kacau – Takut untuk berdepan dengan reaksi
pembaca dan kritikan.
3. Royalti – Emm… Jika novel laris, cukuplah
untuk belanja setahun atau bertahun-tahun.
Kalau tak laris?Kena ada back up plan.
4. Privasi – Seeloknya penulis menjadi privasi diri.
Jika diri menjadi bahan kutukan, pembaca tak
akan percaya dengan tulisan kita. Silence is
better. Sebab itu aku memilih untuk merahsiakan
identiti diri aku.
5. Promosi – Tapi, apabila merahsiakan identiti
pun payah. Sebab aku susah nak buat promosi.
Tak dapat nak hadiri mana-mana acara promosi.
Jadi, macam mana ya? Perlu dedahkan
diri atau terus berahsia?
6. Popular – Seronok? Oh, percayalah! Popular memang
menakutkan. Tiba-tiba saja akan muncul
musuh yang kita tak tahu dari mana dia datang
dan sebab apa dia benci kita. Salah satu contoh
dalam kisah aku ini. Nanti aku kenalkan kau
orang dengan musuh aku itu.

Jadi, itulah serba sedikit situasi yang sedang aku
alami sekarang ni dalam dunia penulisan. Kalau mahu
cerita lagi memang panjang. Tapi macam aku cakap
dekat atas tu… Silence is better! Bak kata Epictetus,
keep silence for the most part, and speak only when
you must, and then briefly. Jadi, untuk sesetengah
perkara kita perlu bersuara. Tapi, apabila aku memilih
untuk menjadi penulis, maka banyak perkara perlu
aku diamkan.
Oh, lupa nak perkenalkan diri. Nama aku Lara
Alisya. Berumur 28 tahun. Tinggi lima kaki lima inci.
Kulit kuning langsat. Mata sedikit sepet, tapi mak cakap
mata aku cantik (saja nak pujuk hati aku kut). Kerjaya
penulis sepenuh masa dan separuh masa. Walaupun
aku tahu bidang penulisan ini bermacam ragam, tapi
tetap menjadi pilihan aku. Mungkin kerana darah yang
mengalir dalam darah aku adalah darah keturunan
penulis. Tak percaya? Mari sini aku buka hikayat.
Ibu aku guru sastera, selalu menulis di papan hitam.
Ayah aku pula penulis puisi yang tak pernah diterbitkan.
Atuk aku (belah mak, sebab belah ayah dua-dua
dah meninggal), dia penulis diari peribadi (masa kecik
aku selalu curi baca diari dia yang kebanyakan menulis
hutang-hutang orang yang belum langsai). A bang aku
pula, mengikut jejak langkah emak, tapi yang bezanya,
abang suka menulis di dinding-dinding mengunakan
botol spray. Kakak aku, penulis blog merapu (tapi
sejak akhir-akhir ni asyik buat promosi tudung). Kiranya
aku ni keturunan penulis jugalah, kan?
Walaupun tak dikenali atau tak kaya-raya. Walaupun
aku tak berpeluang pakai cermin mata hitam dan pakai
baju bling-bling sambil bergambar dengan para
peminat, aku tetap berpuas hati dengan apa yang aku
ada. Mungkin kerana aku tak suka popular sebab itu
aku tak pernah letak nama sebenar pada mana-mana
novel aku yang dah terbit.
Kalau penerbit minta gambar aku untuk ditampal
di bahagian biodata, aku bagi gambar yang samar aje.
Kalau ikutkan hati, mahu saja aku bagi gambar berpurdah.
Tapi aku fikir, kalau tiba-tiba novel-novel aku
meletup… Kalau ya. Dan aku perlu ikuti sesi bertemu
pembaca, takkan aku tak pakai purdah pula masa tu.
Nanti ada pula yang mengutuk aku lupa diri. Kan?
Jadi, aku cuma pilih gambar yang samar aje, yang
nampak muka sipi-sipi. Cukuplah tu.
Tapi dalam tak popular, dalam tak dikenali, aku
tetap dibenci oleh pembaca. Sesuatu yang aku sangat
tak sangka. Sedih pun ada, tapi dalam masa yang sama
gembira pun ada. Bila ada pembaca benci, itu bermakna
ada-orang yang baca novel aku.
Pagi tadi aku terima satu e-mel daripada pembaca.
Mulanya rasa nak menangis baca e-mel tu, tapi bila aku
bertafakur sejenak, aku mula sedar. Wah, kau baca
novel aku!
Okey, untuk berlaku adil, aku tampal e-mel tu di
sini. Kalau tak nanti kau orang tak percaya pula.

From: Indah Water
To: Indah Lara
Sent: Tuesday, 8:30 pm
Subject: Wake up girl!
Ke hadapan Cik/Puan/Mak cik/Nenek Indah Lara
(tak ada nama pena lain ke? Entah apa-apa aje).
Aku dah baca novel kau berjudul Mamat Bunga Itu
Kekasihku… Kau memang fail! Tak ada tajuk lain
ke! Untuk pengetahuan kau, aku bukan nak sangat
baca novel kau entah apa-apa tu! Tapi aku dipaksa
dan terpaksa. Tapi dipendekkan cerita, aku nak
komen sikit.
Helo… Wake up girl! Kau banyak berangan aje
dalam novel tu. Mana ada lelaki seromantik mat
bunga tu dalam dunia ni. Kalau kau nak berangan
dapat lelaki macam tu pun janganlah melampaulampau!
Drama-drama Melayu pun tak melampau
macam novel kau! Prince Charming tak wujud
okey! Kau ni memang terpengaruh dengan kisah
Cinderella agaknya. Sudah-sudahlah… Dah tiba
masanya kau baca buku-buku thriller atau motivasi.
Kasi motivate sikit kepala otak kau tu.
Boleh tak, dalam novel kau tu jangan guna ayat
yang buat aku pening kepala! Berkerawang segala,
sakit jiwa aku ni. Please make it simple okay! Atau
kau ni Puteri Gunung Ledang yang saja nak pe-
ningkan kepala Sultan Melaka?
Boleh tak, perkataan yang digunakan tu memudahkan
aku baca? Ini tak pasal-pasal aku kena
belek kamus sambil baca novel kau yang entahapa-
apa tu! Susah sangat ke nak guna perkataan
yang mudah difahami oleh semua orang? Umur
kau berapa? 85 tahun?
Okey, buat masa ni hanya komen ni saja aku bagi
pada kau. Mudah-mudahan menyedarkan diri kau
supaya novel kau yang seterusnya tak meraban
sangat. Please ya, next novel jangan nak tulis hero
tu handsome tahap gaban dan romantik nak
m**p**!
Yang Benar
Indah Water

Macam mana? Sakit hati, kan? Kalau ikut hati mahu
saja aku balas dengan kata-kata kesat. Tapi, sabar…
Emak aku pesan, menjadi penulis, ibarat menyerahkan
diri kepada masyarakat. Seperti kita berdiri di tengahtengah
orang ramai sambil melontarkan pendapat kita,
angan-angan kita. Jika ada yang suka, maka kita akan
naik. Jika ramai yang tak suka, kita terpaksa berdepan
dengan mereka dan mungkin terpaksa menjadi macam
belatuk, terangguk-angguk. Terpaksa setuju dengan
mereka.
Menjadi penulis, samalah seperti menjadi peniaga.
Tagline customer is always right. Kena pegang.
Walau hakikatnya, penulis memang tak mampu memenuhi
kehendak semua pembaca yang terdiri daripada
pelbagai jenis kepala. Ada dia orang kisah? Tak adanya…
Jadi, kalau betul mahu jadi penulis, pastikan hati
perlu kuat. Sabar perlu sentiasa ada.
Itulah pesan emak ketika aku memutuskan untuk
menjadi penulis sepenuh masa. Pada mulanya aku pandang
remeh nasihat emak. Tapi bila dah jadi macam ni,
rupanya memang betul cakap emak. Mujur emak dah
pesan awal-awal, kalau tidak memang habis Indah
Water tu kena sembur dengan air jamban! Jadi, untuk
mengelak dari tangan aku mula gatal marah-marah
pada si Indah Water tu, lebih baik aku buat bodoh dan
tak balas e-mel dia tu.
Sudahnya, seharian aku melepak dekat rumah sambil
menonton drama Korea. Malas nak menulis, tak ada 

mood!

HAH!!Best tak, best tak?Ni la bab pertama(yang diambil dari FB FAJAR PAKEER) untuk cite ni..penulis dia ANNA LEE..macam best kan?kisah pasal seorang penulis ni yang menulis novel cinta tapi tak fames pun..tapi alih2 ada pula hater tegar, uiks?!!Mesti sadis perasaan penulis tu, haha...saya pun tak beli lagi novel ni..dalam perancangan nak beli la..macam best je ;-P coz terasa seakan2 ada kaitan dengan diri ni, huhu..saya pun tak fames macam penulis2 lain tapi kan, kadang2 bila tak fames ni, ada juga kelebihan dia...kita tak payah nak terlalu stress dengan expectation yang tinggi, baik dari pembaca@publisher..tapi, so far alhamdulliah, saya masih lagi mendapat kepercayaan daripada pihak publisher untuk terus berkarya..insya Allah, kalau semuanya berjalan seperti yang dirancang(coz kita tak tau kan apa yang bakal berlaku in d future, rite?) my third novel akan keluar dalam tahun ni juga..katanya dah masuk Q untuk editing, ke Q apa tah..hehe..tak ambik tahu sangat coz saya memang jenis yang macam tu..bila dah betul2 confirm, editor bagi suruh edit then baru saya akan betul2 ambik kisah..so, d point is, saya yang tak fames ni ada baaaaaaaaaanyaaaakkk lagi masa untuk menyiapkan IASU tu..hehe..kadang2 bukannya writer's block tapi MALAS(yup, i must admit it)..alih2 lepak depan lappy main game;-P hehe..suka2 sangat..main game hilang tension n kadang2 dapat idea baru untuk cite tu..itu yang best part main game..k la, apa2 pun terima kasih kepada yang sudi support selama ni n kalau berminat nak dapatkan novel ni, visit FB FAJAR PAKEER k..ada cara2 nya..biarlah tak fames, asalkan payment masyuuukk, haha..syukur, baru je dapat payment untuk MY MISS..tata;-)





Wednesday, 22 January 2014

1000 KENANGAN...


Assalammualaikum dan selamat petang semuanya..bersemangat nak tulis new entry lepas tukar template lagi...well, I guess memang tak boleh nak stick to the same thing, lama2 sangat..cepat bosan, huhu..so, bukan nak update cite IASU atau Dia..Mikhael tapi nak share dengan korang satu pic ni yang tiba2 muncul di dalam kepala..and actually, ni pun 1 of the reason why cite Dia..Mikhael tu terhasil..sebenarnya cite ni dah bertahun pun ditulis, in fact dah siap pun..tapi tak kan nak update semuanya sekaligus kan?Maunya ada yang muntah berdarah nanti, hahaha..

Nampak kan pic kat atas ni?Ni la pic yang diambik when I was 16, form 4 gitu, hehe..Jom, kita check apa yang all my friends sedang buat sekarang ni...Dari barisan hadapan, duduk dari kanan..

1)Nama dia Munirah..sekarang stay kat Sarawak. dia dah jadi cikgu pun sekarang ni. stay kat sana coz ikut suami dia yang bertugas kat sana.. tak sangka, dia khawin dengan ex student sekolah kitaorang juga ;-) jodoh kan?

2)Fakhirah..dia stay tak jauh sangat pun dari rumah saya..still area Kodiang juga. best friend dengan Munirah. sekarang ni kerja as Nurse..status?Not sure..ada yang cakap dia dah jadi Miss J..ish, ish...

3)Hasnah..pun stay area2 sini juga..maksud saya bila cakap area2 sini tu, diaorang tak keluar jauh dari Kodiang la, hehe..full time housewife, anak dah 3 ke 4...suami dia?TUDM kalau tak salah..tapi kalau tak silap la, last time dengar, ada yang cakap, dia ikut suami p Putrajaya..

4)CT Zuraida..cik mek Kelantan..baru je khawin tahun lepas. graduate dari UUM lepas Form 6..course tak pasti pula coz dia dengan saya tak rapat sangat, huhu..

5)Zarida..1 of my bestfriend..dia ni atlet kat sekolah..aktif main bola jaring dengan bola tampar..kerja as Nurse juga sekarang ni..dah khawin pun. anak dua n hubby dia kerja tentera..

6)Yang tengah ni la cikgu kelas, Ustaz Hamid.. baik sangat2..tenang je, hehe..jarang nak marah. sekarang still mengajar kat sekolah tu..

7)Md.Khir..yang ni cam misteri sikit..tak ramai yang tahu dia kerja apa n kat mana..tapi memang dia kerjalah..mungkin kerap tukar2 kerja so ramai yang dah confiuse..last time jumpa, time nak mengundi tahun lepas..tapi malulah pulak saya nak tegur coz tak tahu nak sembang apa nanti, hehe..

8)Aziz..yang ni yang paling rapat dengan saya, hehe..baik sangat2..dia dah khawin pun..kerja as Pilot..dulu time study kalau dalam lab, satu kumpulan dengan dia ni la..kitaorang selalu tukar2 jam..saya pakai jam dia, dia pakai jam saya;-)

9)Sharif Mohd. Haziman..My rival in d class!!!Huh..;-P sekarang ni tak pasti dia kerja apa..tak pernah terserempak langsung? (Nasib baik, hehe..gurau je tu)

10)Amir..dia ni pun baik sangat2..kawan baik dengan Aziz..sekarang tak khawin lagi kalau tak salah..tak tanya pula dia kerja apa..coz saya pun dengar2 dari kawan2 yang lain..

Dari belakang yang berdiri, dari kiri..

11)Mohd.Noor..dia ni baik..kawan baik juga dengan Amir..stay kat Kodiang juga..baru je khawin tahun lepas..dia kerja as supervisor kut sekarang ni..ke juruteknik?Hmm..

12)Asyraf..baik..kawan baik dengan Haziman..dulu hangat bercinta dengan seorang girl ni..alih2 tak khawin pun..tapi that girl dengar kata memang convert to Islam..

13)CT Nor Shamsina..1 of my bestfriend..stay kat area2 sini juga..dulu kerja as salesgirl, now dah berhenti..

14)Harmila..Anak cikgu..Bapak dia PPD..memang tak rapat pun dengan dia ni..tah, tak boleh nak ngam kut, hehe..dulu asyik tukar course...kejap2 ambik course tu, then sem depan tukar lagi..so, sekarang ni tak pasti apa yang dia buat..

15)Nadia..kawan baik dengan Mila tadi ni..now dia pun dah jadi cam Hasnah..fulltime housewife..khawin dengan Polis kut..oh ya!Hubby Zarida sekarang, yang kerja as tentera tu, dulu tu pakwe si NAdia ni la, tak sangkakan?

16)CT Rahmah..now stay kat Langkawi lepas mak angkat dia dah meninggal..so mesti sekarang ni dia kerja kat sana tapi tak pasti lak kerja apa..

17)Budak mana tah?...

18)My bestfriend! Ku Aisyah..graduate dari UUM, course IT.. tapi sekarang ikut suami stay kat Sg.Petani..dah ada anak sorang pun..

19 and 20)Dua-dua dah meninggal..paling sedih bila tengok dua orang ni..yang pakai tie, Hafiz..close sangat dengan me and my group..meninggal coz xcident..dia nak p lapor diri untuk form 6 n on the way, dia yang naik motor dengan HAziman, kemalangan..tapi mujur Haziman tak teruk..Hafiz yang ditakdirkan untuk pergi..dah 12 tahun arwah pergi..terasa kejap sangat..paling tragik, ayah dia yang p ke hospital untuk pengecaman jenazah, turut meninggal di luar bilik mayat lepas melakukan kawat cam..

Sebelah dia, Mohd. Zaim..pun sebab meninggal..saya dapat tau time tengah study kat Shah Alam..Munirah yang bagitau..kemalangan juga..lebih kurang 6-7 tahun macam tu dia dah tak ada..

So, tu je yang nak share dengan korang pun..bukan ada apa sangat...sayangnya, last pic yang ditunggu2, time Form 5, pic kelas kitaorang rosak...huh!Geram..tapi bila difikirkan balik, rasanya saya lebih suka untuk tak simpan pic tu..lagi sedih sebenarnya bila dikenangkan balik..sudahlah, 2 orang dah tak ada..apa lagi yang nak dikenangkan?Kelas kitaorang sikit je, 19 orang..paling sikit dalam sejarah sekolah katanya..coz tak pernah jadi macam tu..lepas dah ditentukan masuk kelas 4 Sains, ramai yang dapat offer ke MRSM dan Sek. Teknik and ramai yang p..saya pun dapat, tapi course Kejuruteraan Awam..Eii!What the..?Dah la tak minta pun course tu, saya minta course Perdagangan..so, saya plan kalau stay kat sekolah lama mungkin ada chance nak masuk kelas 4 K1..kelas kesusasteraan..tapi bila ramai yang dah keluar untuk accept offer tu, pengetua dah bagi arahan tak boleh berpindah kelas..unless nak tukar sekolah boleh..so, tak kan saya nak p study kejuruteraan awam?Memang tak la!Stay kat sekolah pun, dah terpaksa..kena study FIZIK, KIMIA, BIO, ADD MATH..n guess what?Ada juga LK..Lukisan kejuruteraan!!!Arghh!Stress hidup!!Haha..tapi tu la semua kenangan yang bila tengok balik pic ni, automatik semuanya terbayang balik..dari situ juga, saya mendapat ilham nak tulis DIA MIKHAEL..apa2 pun, syukur semua kawan2 kelas yang lain hepi n bahagia dengan hidup diaorang..So, apa kenangan korang yang tak dapat dilupakan?

P/S: Yang no 17 tu berangan2 nak jadi novelis la kononnya..biarpun tak fames mana, dia tetap bersyukur, haha;-P boleh? TQ for spending ur time untuk baca my kenangan yang tak seberapa but still ada sweet n bitter nya for me.. tata!!!

Tuesday, 21 January 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 23


            “Iya ke ni?Macam tak percaya je..isy!Tak kan lah?.” Bulat mata Erin memandang ke arah model yang sedang duduk di depannya kini. Cerita yang...kejap, kejap. Bukan cerita tapi gosip ok!Semua yang didengar oleh Erin ni, bagi dia semuanya gosip. Lebih-lebih lagi kalau cerita itu cerita yang panas!
            Gosip yang baru saja diberitahu oleh model yang bernama Risya itu membuatkan  Erin tidak senang duduk. Macam tak sangka je yang dulu Risya ni pernah belajar di satu tempat yang sama dengan budak kampung Hana itu.
            “Betullah. Buat apa I nak tipu you. Dapat dosa je kan?Oh!By the way..,” Risya memerhati kiri dan kanan sebelum membuka mulutnya lagi. Dia ingin pastikan tiada sesiapa yang turut memasang telinga ketika itu.
            “Cakaplah, cakaplah!,” Erin yang tidak sabar terus menggesa.
            “I told you what..dia tu you suruh buat apa pun, dia akan ikut. You know..macam hmm..kuli!,” bisik Risya tersenyum sinis.
            Terjegil mata Erin yang mendengar. Riak wajahnya sudah kelihatan seperti tercekik sesuatu sahaja. Erin, Erin..kalau bergosip memang dengan penuh perasaan!
            “Really?!,” Erin menjerit kecil. Penampilan budak kampung itu yang terbayang di dalam minda membuatkan kepalanya mengangguk perlahan mengiyakan persoalan yang dibuat sendiri. Kalau macam itu, selepas ini, adalah peluangnya untuk test apa yang disampaikan oleh Risya tadi sama ada betul atau pun tidak.
            “Kenapa?You tak percaya?You ingat I saja-saja buat cerita, macam tu?,” Risya menongkat dagu di meja Erin. Raut wajah staf Fabuloustar itu ditatap dengan kedua-dua kening menjongket ke atas menginginkan jawapan.
            Erin tersengih sebelum menjawab.
“Bukanlah I tak percaya you..Cuma er..susah sikit tapi kan kalau kita tengok dari segi pemakaian dia tu, I rasa betullah apa yang you cakap. Dulu tu you pun pernah ke suruh dia buat apa-apa?,” Erin terus mengorek rahsia.
            “Well..,” meleret suara Risya sambil tersenyum. Cermin mata hitamnya yang sedari tadi dipegang, disimpan kembali di dalam beg tangan.
            “Well?,” Erin yang masih belum memperoleh jawapan mencuit lengan Risya.
            “Mestilah I pernah. Macam-macam..you know me right?,” sahut Risya dengan penuh bangga.
Masa lalu yang menjelma di dalam minda membuatkan model itu mula tertawa. Erin yang mendengar turut melepaskan tawanya. Siapa yang tak kenal dengan perangai diva yang dimiliki oleh Risya itu?
            “So, lepas ni kalau you ada apa-apa kerja suruh je budak tu buat. Jangan malu-malu nak minta tolong and the most important thing is, FOC dear!,” Risya tersenyum lagi. Puas hatinya kerana dapat berkongsi sedikit kisah lalu yang pernah berlaku di antara dirinya dengan pembantu Jojo itu.
            Pintu yang ditolak dari luar menganggu sesi gosip yang sedang berlangsung di antara dua wanita itu. Hana yang baru hendak melangkah masuk terhenti kakinya di muka pintu sebaik terlihat model yang akan jadi pengganti untuk hari ini.
            “Apalah nasib aku?,” bisik Hana. Sebuah fail Jojo yang terdapat di meja lelaki itu membuatkan dia mesti melangkah masuk ke dalam pejabat, sama ada suka atau pun tidak. Masuk je la Hana. Apa yang berlaku dulu tu, sudah lama berlalu kan?Hana menghela nafas.
            Dia mula mengatur langkah menuju ke salah sebuah meja yang terdapat di situ.
“Tengoklah tu!Baju zaman berapa puluhan tah yang dia pakai. Agak-agak 70-an, 80-an agaknya. Baju kurung?Ei!Tak kuasa I,” Erin mula berbisik dengan mata yang mengikut gerak langkah Hana.
            “I dah biasa. Dulu waktu belajar dulu pun macam tu la juga. So, sekarang ni tak hairan sangat pun,” tokok Risya sambil menjongketkan bahu.
            “Really?Oh My Gucci!Dari zaman belajar and until now langsung tak berubah-ubah?,” Erin menyoal lagi dengan nada tak percaya.
            “Hmm..maybe er..,” Risya menoleh sekilas ke arah Hana yang sedang membelek fail di sebuah meja.
            “Tudung tu je kut. Dulu tu tudung biasa je dia pakai. Sekarang ni...”
“Pashmina!,” Erin pantas menyahut.
            “Hmm..yang tu je la kut I rasa yang berubah. The rest is still the same. Kampung!.”
            “Dapat pun. Yang ni agaknya yang Jojo cakap tadi tu,” Hana tersenyum sebaik sebuah fail sudah berada di tangan. Deraian ketawa dari meja Erin yang sedang rancak berbual dengan model tersebut tidak dihiraukan. Apa yang penting sekarang, dia hanya perlu melangkah keluar menuju ke studio.
            Melihatkan Hana yang ingin berlalu ke pintu, Risya mula mendapat satu idea.
“Hei ugly!Tunggu!.”
            Hana mengetap bibir. Kenapa?Kenapa pagi ini dia harus ditakdirkan bertemu kembali dengan si Rina itu?Rina yang kini menggunakan nama Risya sebagai nama komersialnya di dunia peragaan. Lambat-lambat, Hana mula menoleh.
            “Well, sekarang awal lagi kan?So, apa kata kalau kau buatkan aku secawan kopi?Black coffee dengan dua camca gula. Oh!You nak juga?,” Rina a.k.a Risya itu menoleh ke arah Erin.
            Mata Hana ikut memerhati Erin yang turut memandang kepada dirinya.
“Er..ok juga. Samalah macam you.”
            “Hah, dengar tu?Cepat sikit. Nanti bukannya kau tak tahu aku ada photoshoot,” tambah Rina.
            Hana berlalu tanpa sebarang suara. Hajat di hati yang ingin melangkah keluar terpaksa ditangguhkan. Dia berlalu semula ke bilik pantri yang terletak di bahagian hujung pejabat itu.
            Melihatkan kelibat gadis itu yang sudah menghilang, Erin mula membuka mulut.
“Wah!Hebatlah you Risya. Ilmu apa yang you pakai?Langsung dia tak menjawab. Kalau macam ni ada chance la I nak minum kopi hari-hari.”
            “Mestilah!Suruh je dia buatkan. Bukannya dia akan melawan pun. Kalau dia nak melawan juga, you pura-puralah marah sikit. Confirm la dia akan ikut cakap you seratus peratus. Silap-silap, kalau you suruh dia terjun bangunan ni pun, dia akan dengar cakap you tu!,” tambah Rina dengan penuh bangga.
            Erin tertawa lagi. Sekarang dia sudah tahu kelemahan budak kampung itu. Jadi selepas ini, bolehlah dia mula tunjukkan kuasanya. Nak tunjuk kat staf lain, semuanya eksekutif belaka!Dia yang berpangkat paling rendah di sini tapi itu sebelum hari ini. Sekarang sudah ada budak kampung Ugly itu!
Hana pantas menyapu air jernih yang mengalir di pipi. Kenangan tujuh tahun lalu yang ingin dilupuskan, kini kembali menjadi kembang mekar di dalam taman ingatannya. Kenapa?Dia betul-betul tidak faham kenapa dia tidak boleh mengatakan ‘tidak’ kepada Rina. Dari dulu sehingga sekarang. Semua arahan gadis itu seakan-akan menjadi satu sumpahan buat dirinya. Satu sumpahan yang mesti diikuti dan tidak boleh diingkari.
Dua buah cawan yang mengandungi air kopi diangkat lalu diletakkan ke atas dulang. Hana mengesat sekali lagi mata sebelum berlalu keluar.
            “By the way, kenapa tadi you panggil dia ugly?.”
Suara Erin yang didengari membuatkan langkah Hana terhenti dari terus melangkah.
            “You ni..agak-agaklah kan. Tak kan macam tu nampak cantik di pandangan mata you?Untuk I, memang tak la. Sebab tu I panggil dia ugly. Lagi satu, dia ni suka tidur rata-rata tempat tau, you jangan tak tahu,” beritahu Rina bersungguh-sungguh.
            “Really?.”
            “Ya..bukan ke ada satu cerita dongeng tu, Sleeping beauty kan?Bukan ke berlawanan dengan dia ni?Bukannya cantik pun. Sebab tu la I panggil dia macam tu.”
            “Betul pun. I pun mula-mula sakit mata tengok dia datang sini. You pun tengokkan tadi. Macam mana dia pakai tu, macam tu la hari pertama dia jejakkan kaki kat sini,” tambah Erin beria-ia.
            Hana mengetap bibir. Kenapa apa yang dia pakai akan selalu menjadi sebab utama untuk orang lain mengata dirinya?Apa yang diaorang pakai, aku tak pernah kisah pun!
            Hana mula mengatur langkah. Erin dan Rina yang sibuk bergosip terhenti sejenak. Dua buah cawan diangkat lalu diletakkan di atas meja sebelum ingin berlalu.
            “Tunggu, tunggu..,” Erin bersuara. Hana kembali menoleh ke arah gadis itu yang sedang mencari sesuatu di dalam beg tangannya.
            “Nah..upah kau,” Erin tersenyum sinis sambil menghulurkan sekeping duit kertas RM1.
            Hana terkebil-kebil memandang gadis itu yang mengangkat kening kepada Rina. Setidak-tidaknya, Erin ingin kelihatan hebat juga di pandangan mata model itu.
            “Ambil..well, aku tak naklah kan kalau nanti kau cakap kita orang ni buli kau pula. Ambil..jangan risau, aku ikhlas. Cukup ikhlas dari hati kecil ni..nah!,” Erin beria-ia menghulurkan wang kertas yang masih belum bersambut.
            Hana menatap dalam-dalam raut wajah kerani itu. Kenapa harus sombong dan meninggi diri?Kalau tak ada RM1 tu, tak kan cukup seratus tau. Jangan kata RM1, kalau tak ada 1 sen sekalipun, tak kan boleh kalau nak cukupkan nilai sejuta sekali pun.
            Hana menyambut duit yang diberi. Bukan kerana dia ingin merendahkan martabat dirinya tapi dia yakin satu hari nanti, dia akan ada peluang untuk menggunakan kembali duit tersebut.
            “Hah!Macam tu la. Good girl!,” sinis Erin dengan senyuman.
“Terima kasih. Saya terima sebab saya yakin, nanti duit ni akan kembali kepada tuannya yang asal. Sebab?Sebabnya dalam Ekonomi sendiri pun, duit ni..,” Hana menunjuk duit yang sudah berada di tangannya.
            “Duit ni berputar. Bila berputar, saya yakin suatu hari nanti RM1 ni akan kembali kepada Cik Erin,” tutur Hana.
            Erin menelan air liur. Dia terpempan dengan kata-kata budak kampung itu. Apa yang nak dijawabnya sekarang?Tak guna!Dia melihat ke arah Rina bagaikan ingin meminta pertolongan.
            “Whatever la ugly!Ekonomi la, apa la, I don’t care!.”
“Of course you don’t care. Or maybe you don’t even know, right?Sebab dulu pun, assignment Ekonomi Cik Risya, saya yang buatkan!,” ujar Hana geram. Dulang yang tadinya ingin dibawa kembali ke bilik pantri dibiarkan di meja Erin sebelum berlalu.
            Air mata yang ditahan sejak diberikan wang kertas oleh Erin tadi, kini kembali gugur. Langkah dilajukan ke arah studio.
            Erin mengetap bibir sambil mengerling Risya.
“Damn it!,” Risya mula mencerca apabila terasa panas hati. Ohoo..sekarang ni si Ugly yang dungu itu sudah berani melawannya?Nampaknya pengajaran yang lalu belum berkesan buat budak kampung itu!
            “I have a plan. New plan!,” gumam Rina. Matanya masih tak lepas menatap pintu yang ditutup oleh Hana tadi.
            Lagu I’ll always love you yang merdu hasil suara mantap mendiang Whitney Houston melatari studio Fabuloustar pagi itu. Lagu itu yang sengaja diperdengarkan dari sebuah komputer riba yang dihubung terus kepada kotak speaker Altic Lansing, dipilih sendiri oleh Bad dengan harapan dapat menyuntik ‘mood’ kepada model-model yang menjalani sesi fotografi dengan tema romantik itu.
            Hana memerhati Risya dan seorang lagi model perempuan yang sibuk memberikan pelbagai gaya seperti yang dikehendaki oleh jurugambar, Imran.
            “Risya...” Sebaris nama itu meluncur keluar dari bibir Hana. Semua orang di sini memanggilnya sebegitu, bukan dengan nama Rina seperti yang pernah dikenalinya di UiTM dahulu. Ah!Risya ke Rina ke, orangnya tetap sama!Perangai juga masih lagi tidak berubah jadi apa yang berbeza dengan nama tersebut?
            Hana mengalihkan pandangannya dari terus memerhati sesi fotografi yang sedang rancak berlangsung. Dia yang sedang berdiri di tingkap studio itu, memandang ke arah luar memerhati kesibukan di jalan-jalan Kuala Lumpur yang tak pernah sunyi.
            “Ugly!.”
Suara itu menyentap rasa tenang yang baru hendak bertamu di dalam diri Hana. Dia menoleh ke arah Rina yang sedang duduk di sebuah kerusi. Kelihatan semua mereka yang berada di situ turut memandang ke arahnya. Lagu yang tidak lagi kedengaran membuatkan Hana memahami yang sesi itu dihentikan seketika untuk berehat.
            “Apa you ni?Nama dia Hana la,” kedengaran suara Bad.
“Ya la. Penolong Jojo, tak kan you tak kenal lagi?,” Imran pula menambah.
            “Siapa cakap I tak kenal?Lebih dari you all semua kenal dia tau. Oh!By the way Ugly..,” Rina menoleh ke arah Hana yang terkebil-kebil memandang kepadanya.
            “No need to be rude. You boleh je kan panggil dia Hana?,” Jojo yang mula panas hati mula membuka mulut.
            “Hei..relax la. I dah terbiasa,” Rina tertawa kecil.
            Kau kena kuat Hana. Bukankah kau dah biasa dengan perangai dia?Lagipun untuk hari ini je kan?Hana memberikan semangat untuk dirinya sendiri.
            “Tolong ambilkan aku air. Haus la. Hmm..tolong dapatkan aku strawberry smoothie dari restoran kat bawah tu. Cepat sikit ya,” Rina memberikan arahan diiringi dengan senyuman di bibirnya.
            “Hei!You jangan nak melampau tau. Dia ni pembantu I bukannya...”
“Tak pe Jojo. Lagipun saya memang tak buat apa-apa pun sekarang ni. Apa salahnya saya tolong. Jojo nak apa-apa juga?Saya boleh tolong belikan,” Hana cuba bernada ceria.
            Jojo yang menoleh kepada Hana cuba menahan sabar. Kepalanya digeleng perlahan bagaikan kesal dengan apa saja yang baru didengari daripada Hana. Kenapa pula gadis itu sanggup mengikut saja apa kata Risya tu?
            “Hah, dengar tu Jojo?Dia sendiri tak kisah. You pula yang nak lebih-lebih,” tukas Rina sambil menjeling.
            “Bad?Imran?Yang lain-lain nak pesan apa-apa juga ke?,” Hana menoleh ke arah krew-krew yang sedang berehat di dalam satu kumpulan.
            “That’s okay Hana,” Imran bersuara bagaikan wakil kepada mereka yang lain.
“Betul ni?Cakap je la kalau nak apa-apa. Er..sandwich?,” Hana masih lagi menawarkan pertolongannya kepada para pekerja itu.
            “Vanessa?,” Hana memanggil pula model kacukan China dan Inggeris yang turut berehat itu. Kelihatan Vanessa menggelengkan kepalanya.
            “That’s okay dear. I bukannya jenis macam tu. Kalau I nak something, I know how to get it by myself and I’ll never ever nak susahkan orang lain but you know what?That’s very sweet of you..and for that, apa kata semuanya, kalau kita berikan a very big applouse untuk our girl, Hana!.”
            Hana yang tidak menyangka apa yang dikatakan oleh model yang bekerjasama dengan Risya tadi, terpinga-pinga apabila seluruh mereka semua yang berada di situ melakukan seperti yang dipinta oleh Vanessa. Bergema studio yang tadinya sepi dengan tepukan dari semua pekerja.
             Hana tersipu. Matanya menjeling kepada Jojo. Amboi!Beria-ia pula Jojo bertepuk tangan untuknya. Ish!Macam-macam. Namun, Hana sendiri tidak berjaya menahan bibirnya dari terus memberikan senyuman buat lelaki itu.
            “Yeah!Hana!Hana!,” Imran pula bersuara.
            Wah!Cayalah kau Hana. Dah macam artis terkenal pula rasanya bila dengar namanya dilaung sebegitu.
            “Hana!Hana!.” Mereka yang lain ikut bersuara seakan-akan memberikan semangat buat gadis itu.
            Hana tersenyum terus. Bahagia juga bila disokong beginikan?Belum sempat untuk terus senyum berpanjangan, raut wajah Rina yang sedang merenung tajam kepadanya mencuri tumpuan.
            “Er..saya pergi dulu,” tutur Hana sebelum berlalu.
Rina memerhati kelibat gadis itu yang menghilang di sebalik pintu studio. Tak guna!Kenapa sekarang dia dapat rasakan semunya seperti menyebelahi gadis dungu tak guna itu?And the worse thing is, dia rasa macam dia adalah a big looser!
            Rina menjeling kepada Vanessa yang sedang duduk tidak jauh di sisinya. Kelihatan gadis itu sedang membelek-belek telefon.
            “Tadi tu you perli I ke apa?,” Rina mula bersuara. Setidak-tidaknya rasa panas hatinya kini harus dilempiaskan kepada seseorang.
            “Excuse me?,” Vanessa menoleh ke arah Rina.
“Ala..tak payahlah nak berpura-pura. Tadi tu apa yang you cakap, memang you cakap pasal I kan?!,” Rina mula berdiri.
            Suara yang tinggi itu menarik perhatian mereka yang lain.
“Biarkan. Kalau perempuan bergaduh, jangan masuk campur!,” bisik Bad kepada Jojo sambil tersengih.
            “Setuju!,” balas Jojo yang ikut tertarik dengan drama yang bakal terjadi.
            “Yang you nak terasa kenapa?I tak sebut pun nama you, right?I’m just talking about myself tapi kalau you masih nak terasa, sorry...I can’t help it okay?,” Vanessa tersenyum sinis.
            “Satu, dua...,” Bad dan Jojo sama-sama mengira.
“Tak guna!Kau memang nak cari pasalkan?!,” Rina yang tidak lagi boleh bersabar terus menerpa ke arah Vanessa. Rambut paras bahu Vanessa menjadi target tangannya. Kedua model yang tidak ingin mengalah mula bercakaran di antara satu sama lain. Drama percuma itu menjadi tatapan staf-staf lelaki lain yang tidak ingin masuk campur.
            “Iya?Dasyat betul si Rina tu. Sampai macam tu sekali?,” Hana menggeleng-gelengkan kepalanya apabila mendengar cerita dari Jojo.
            “Ya lah. Perangai berlagak macam tu. Baru je dia jadi model. Bukannya dah famous sangat macam yang lagi sorang tu,” desis Jojo yang masih geram mengingati perangai diva Rina.
            “Yang tak dapat datang hari ni tu ke?.”
Jojo tersenyum seraya menoleh sekilas ke arah Hana.
            “Yup!Model yang tak jadi datang tu la. I tell you what, honey..model tu memang lebih baik dari si Risya tu. Tak adanya nak berlagak diva macam dia. Sedangkan model tu jauh lagi famous dari Risya. Yang si Risya ni baru je nak naik!.”
            “Oh, macam tu..,” Hana menganggukkan kepalanya. Ah!Terkenal ke tak, dia tak kisah pun. Apa yang penting dia hanya ingin melakukan kerjanya di syarikat majalah tersebut. Yang lain-lain, dia tidak ingin mengambil peduli.
            “Sayang, you tahu tadi siapa yang menang bila bergaduh tu?,” Jojo terus bergosip.
            “Er...Risyalah kut,” sahut Hana.
Jojo tertawa kecil.
            “Nope!Vanessa yang menang. Habis make up si Risya tu kena air mineral yang Vanessa tuangkan. Memang patut pun dia kena ajar. Ada ke patut nak suruh-suruh you belikan air untuk dia?Dia ingat dia siapa?First lady kat Fabouloustar tu?Please!.”
            Hana tersenyum sebaris. Jojo, Jojo..kalau bab bergosip, suka!Tapi bukan macam si Erin tu yang bila bergosip nak hina-hina orang. Apa yang Jojo cakapkan ni, memang satu kenyataan pun.
            “And yang paling I tak tahan, dia panggil you macam tu. Apa hak dia nak buat macam tu?!.”
            Terhenjut bahu Hana yang mendengar lantunan suara Jojo. Dia menjeling sekilas ke arah Jojo yang sedang memandu. Mak oi!Suaranya tadi jantan habis. Segar terus mata yang baru nak terlelap tadi.          
            “Ehem..ehem..,” Jojo kaget sedikit apabila menyedari Hana yang merenung kepadanya tadi.
            “Maksud I tadi..ya la apa hak dia kan?Betul tak?.” Jojo tersengih. Nasib baik saluran asal suaranya sudah muncul semula, kalau tidak maunya Hana terus merenung kepadanya.
            “Tak pe. Saya tak kisah pun. Memang dari dulu lagipun dia panggil saya macam tu.”
            “Mana boleh. Kalau you tak kisah pun, I kisah tau,” sahut Jojo dengan nada suara manjanya. Mata mula menjeling sebagai tanda tidak puas hati.
            Hana cuma tersenyum. Dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi buat masa sekarang.
Kereta yang baru sahaja tiba di depan pintu pagar rumah menarik perhatian Ika yang sedang menunggu di situ. Sebaik kereta dihentikan, terus dia meluru ke arah kereta dan pintu di bahagian penumpang dibuka.
“Ika, kenapa ni?Ada apa-apa ke?.” Hana bernada bimbang apabila melihat raut wajah Ika yang berkerut.
“Er..tak la. Mana ada apa-apa. So how was your day?,” Ika tersengih.
“Alhamdulillah, semuanya ok. Jojo, saya masuk dulu ya. Nak solat. Terima kasih sebab hari ni pun bagi saya tumpang lagi,” Hana menoleh ke arah Jojo yang baru melangkah keluar.
“My pleasure. Untuk you honey, I’ll do anything,” Jojo mengenyitkan matanya. Hana tertawa kecil dengan tingkah lelaki itu sebelum melangkah masuk.
“You ada cakap apa-apa tak kat Hana?,” Ika terus bersuara apabila melihat Hana yang sudah tiba di depan pintu.
Jojo menggelengkan kepalanya sebagai tanda jawapan.
“Good. Lega I dengar. So, macam mana tadi?I mean Rina tu kat sana tadi, ada dia buat apa-apa?,” Ika terus mengorek rahsia.
“Biasalah perangai diva yang tak menjadi sangat tu. Bukannya you tak tahukan dia macam mana. I nak tanya, sampai bila kita nak rahsiakan semua ni dari Hana?.” Sempat lagi Jojo melambai kepada Hana yang baru menoleh kepadanya sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.

“Nanti..bila masanya sesuai. Bila si Rina tu kena bayar apa yang dia dah buat!.”