Sunday, 9 February 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 25


Rayyan yang sedang memandu menghentikan keretanya sebaik tiba di depan pondok pengawal. Cermin kereta mula diturunkan sebaik melihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di situ mula menghampiri.
            “Siapa?,” kedengaran suara dari pengawal keselamatan tersebut.
            “Saya pakcik..,” Hana menjengah agar dapat dilihat oleh pengawal tersebut.
            “Oh kamu..sekejap ya,” pengawal tersebut tersenyum sebelum memberikan isyarat tangan kepada seorang kawannya yang berada di dalam pondok pengawal.
            Seorang lagi pengawal keselamatan yang berada di dalam pondok tersebut mula menaikkan palang yang tadinya menghalang laluan kereta berkenaan.
            “Boleh tahan..,” bisik Rayyan perlahan sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “Apa yang pakcik cakap tadi?,” soal Hana apabila menoleh kepada lelaki itu.’
“Er..mana ada!Mana ada saya cakap apa-apa..makcik tu yang salah dengar. Baru bangun tidur  je terus nak berhalusinasi..,” tingkah Rayyan dengan memek wajah yang diseriuskan agar makcik itu mempercayai cakapnya.
            Hana menjeling sambil mula menaikkan tali beg ke atas bahu. Dia cuma terlelap sebentar tapi itu tak bermaksud dia tak dengar apa yang pakcik ni cakapkan, betul tak?
“Pakcik ingat saya tak dengar tadi?.”
            Rayyan mula berdecit.
            “Hah..betullah tu kan?,” tambah Hana apabila mendengar suara lelaki itu.
            “Ok, ok..saya malaslah nak bergaduh dengan makcik. Lagipun...”
“Belok sini,” Hana memberikan arahan apabila tiba di satu selekoh.
            Rayyan menjeling. Belum pun sempat dia bercakap, makcik itu terlebih dahulu mengeluarkan arahan. Terasa dirinya macam pemandu pula untuk makcik yang tidak dikenali sangat itu.
            “Saya pun tak nak bergaduh dengan pakcik. Cukup-cukuplah untuk hari ni tapi siapa yang jadi prejudis kat sini?Yang cepat sangat nak menilai orang?.”
            “Prejudice?Come on!That’s such a big word..,” Rayyan mengerling sekilas kepada Hana. Kereta dipandu secara perlahan-lahan mengikut arah yang diberitahu oleh Hana tadi.
            “Ok..er..mungkin bukan prejudis tapi judgemental. Yeah..pakcik ni seorang yang judgemental sebab cepat sangat nak menilai orang. Tadi tu pun....”
            “Apa?Tadi tu saya cakap ‘boleh tahan’. Er..maksud saya rumah-rumah kat sini. Boleh tahan. Cantik!,” tingkah Rayyan sambil tersengih.
            “Ala..mengaku je la pakcik sebenarnya nak cakap saya tak layak nak duduk kat sini kan?Buat apa nak tipu?Nak berkias-kias berbagai?,” balas Hana.
            Rayyan menghela nafas. Adoi!Penat nak bergaduh mulut dengan makcik yang seorang ini.
            “Maksud saya tadi...”
            “Berhenti!Hah..tu la rumahnya,” Hana mula membetulkan tali beg yang tersangkut di bahu. Tali pinggang keselamatan mula ditanggalkan. Matanya mula memerhati Jojo dan Ika yang sedang berbual-bual di depan pintu pagar.
            “Maksud saya tadi...”
            “Tak pe. Tak payah terangkan sebab kali ni saya nak beritahu yang apa yang pakcik fikir tu memang betul. Saya tak layak pun nak duduk kat sini. Memang tak mampu pun sebenarnya..,” Hana tersenyum ketika menoleh ke arah lelaki itu. Kesian pula nak ‘buli’ pakcik ni lama-lama. Lagipun memang satu kenyataan bahawa dia sememangnya tidak mampu untuk duduk di rumah Banglo Casabella yang terletak di Kota Damansara itu kalau tidak kerana Ika. Memang itu adalah kategori rumah mewah.
            “Tu..nampak yang perempuan tu?Nama dia Ika. Kawan saya. Rumah ni rumah dia. Saya cuma menumpang je. Saya keluar dulu and thanks sebab tumpangkan saya,” ucap Hana sebelum melangkah keluar.
            Rayyan terkebil-kebil memerhati Hana yang melangkah keluar.
“Isy..,” dia berdecit lagi. Kenapa terasa sesuatu pula dalam hatinya sekarang ini?Tutur kata makcik tu tadi betul-betul menusuk ke dalam hatinya. Ewah!Dan sekarang dia betul-betul rasa bersalah.
            Tali pinggang keselamatan yang dikenakan sejak menaiki kereta tadi mula ditanggalkan dari badan. Pintu kereta mula dibuka.
            “Sayang!You balik dengan siapa tu?You buat I risau tau!.” Jojo yang menyambut Hana terus mengerling ke arah kereta Volkswagen  Passat, model sedan eksekutif yang berwarna hitam itu.
            Hana tersenyum sebaris sebelum menjawab.
            Ika yang turut berada di situ mula mengangkat kening kepadanya.
            “Dia tumpangkan saya. Jojo tak payah nak risau sangatlah. Dia pun kerja satu tempat dengan kita. Pejabat dia aras tujuh belas,” beritahu Hana.
            Jojo terdiam sejenak.
“Aras tujuh belas?,” soalnya kemudian.
            “Hmm..,” Hana hanya menggumam sambil memberikan anggukan kepala.
            Rayyan yang melangkah keluar sebaik pintu kereta dibuka mula menapak ke arah mereka semua yang masih berada di luar.
            “Er..hai!,” sapanya sebaik melihat kawan kepada Hana yang dimaksudkan.
Ika sedikit ternganga apabila melihat sosok tubuh yang berdiri di depan mereka kini. Sedikit je tau!
            “Saya Ray...”
            “Rayyan, anak Tan Sri Rashid,” sahut Ika.
Hana hanya menjungkitkan bahunya apabila pandangan matanya bertaut dengan pandangan mata Jojo yang memberikan isyarat soalan apabila melihat reaksi Ika yang bagaikan mengenali lelaki tersebut.
            “Ya. Er..Do I know you?I mean yeah...maybe we’ve meet before?,” Rayyan mengerling sekilas kepada Hana. Baru makcik itu tahu yang dia ni famous juga tau!
            “Tak, tak..memang kita tak pernah jumpa pun. Siapalah tak kenal dengan ayah Cik Rayyan kan?,” Ika tersengih. Dia mula menyiku lengan Hana yang sedang berdiri di sisinya. Hana tidak mengendahkan. Apa kenalah dengan Ika ni?Agaknya terkesima sangat tengok pakcik ni?
            “Oh!I see..,” Rayyan menguntumkan senyuman. Malu!Rupa-rupanya babahnya yang lagi terkenal daripada dirinya.
            “Ya, kenalkan, kawan saya Ika..dan yang ni Jojo,” Hana menunjuk kepada Ika dan Jojo silih berganti.
            “Rayyan,” ucap Rayyan sebaik menghulurkan tangan kepada seorang lelaki yang turut tercegat di situ. Kejap!Lelaki?Er..
            “Jojo.” Amboi!Dengar tu suara dia, memang lelaki tapi penampilannya?
Jojo melirik lelaki yang sedang bersalam dengannya sekarang. Boleh tahanlah. Sepasang pakaian pejabat Hugo Boss yang dikenakan lelaki ini menyerlahkan sisi maskulin si pemakai. Ewah-ewah Jojo. Dah jadi macam editor pula kau ni?Kasutnya pun boleh tahan. Dari jenama..kejap!Semuanya pun boleh tahan je?
            Jojo menjeling apabila melihat senyuman yang terpamer di bibir lelaki itu. Ingat kacak sangatlah tu?Boleh tahan je tau!I’m better. Yeah, better than that. Lagi maskulin!
            “Er..sayang, tadi you...”
            “Makcik, er..can we talk?,” Rayyan mencelah.
Jojo mengerling lelaki itu. Isy!Orang bercakap dia pun nak bercakap juga. Isy lagi!
            “Ya, cakaplah.”
“I mean in private,” Rayyan tersengih sambil mengangkat kening.
            “Pergilah!,” bisik Ika sambil menyiku lagi lengan Hana.
Hana menganggukkan kepala. In private?Apa sajalah yang pakcik ni cakap lagi?Ada lagi ke benda yang boleh untuk dibualkan di antara mereka berdua?
            “Please excuse us..,” Rayyan mengisyaratkan agar Hana mengikutnya ke keretanya semula.
            “Yeah, sure..,” Ika tersenyum.
Hana melangkah malas mengikut lelaki itu yang sudah mengatur langkah ke keretanya semula. Apa saja yang pakcik ni nak beritahunya?Penting sangat ke?
            “Hah..cakaplah. Apanya?,” tegur Hana sebaik tiba di kereta.
“Bagilah saya ambil nafas dulu kalau ya pun..,” tukas Rayyan sambil menjeling. Dia menarik nafas sebelum meluahkan perkara yang sudah difikirkannya tadi.
            “Ok, pertama saya betul-betul minta maaf sebab...”
“Kedua?,” Hana mula mencelah. Dia memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri di depannya kini. Kelihatan raut wajah pakcik itu sedikit terkejut.
            “Er..kalau ya pun..tadi yang pertama tu..,” Rayyan mula tergagap. Sudahlah makcik itu mencelah percakapannya secara tiba-tiba, renungan mata yang diberikan kepadanya juga seakan-akan menunjukkan makcik itu begitu tidak menyenangi dirinya.
            “Yang pertama, pakcik nak cakap yang pakcik betul-betul minta maaf untuk semuanya yang berlaku hari ini. Dari kejadian kat pejabat tadi, yang pakcik ingat saya ni tea lady dan sampailah kita balik sini, yang ‘boleh tahan’ tu..sebab tu kan pakcik nak minta maaf, betul?,” Hana melepaskan soalannya.
            “Er..hah..,” Rayyan menganggukkan kepalanya.
“Saya tak kisah sangat pun dan saya dah maafkan. Yang kedua?.”
            “Hmm..yang kedua dan yang terakhir, kalau betul makcik dah maafkan saya, so maksudnya, er..can we be friend?.”
            “Apa?,” Hana mula mengerut dahi.
“Kawan..yeah..kawan. Kita jadi kawan. So, friend?,” Rayyan mengajukan soalan yang sama lagi.
            “No..,” Hana menggelengkan kepalanya.
“What?!,” Rayyan terjegil. Sangkanya tadi, makcik ni akan terkejut dengan tawaran yang dibuat tapi selamba je menjawab. Sudahlah tu, jawapan tidak pula yang diberikan. Hei, ini Rayyan Tan Sri Rashid tau. Siapa yang tak kenal?Okay,okay, babahnya lagi terkenal daripadanya tapi makcik ni selamba badak je cakap tidak kepadanya!
            “Itu je?Saya pergi dululah kalau macam tu...”
“Kejap!Er..apa masalahnya ya?I mean..kenapa kita tak boleh jadi kawan?,” Rayyan yang tidak berpuas hati menghalang Hana dari terus berlalu.
            “La..nak kena ada sebab juga ke?Hmm..saya rasa cara kita berfikir tak sama,” luah Hana.
            “Is that all?,” Rayyan menjongketkan keningnya ke atas. Tak puas hati ni!
Hana menjeling. Ei!Kerek pula la rasanya bila tengok raut wajah pakcik ni.
            “Dah la. Saya pergi dulu.”
            “No!Makcik tak jawab lagi soalan saya. Saya tanya, sebab tu je ke makcik tak nak berkawan dengan saya?Sebab rasa cara kita fikir tak sama?Tak make sense langsung!,” desis Rayyan perlahan apabila menyedari Ika dan Jojo mula memerhati ke arah mereka.
            Hana mula menatap pandangan mata lelaki itu yang kedengaran seperti mula hendak naik angin. Apa, dia ingat dia seorang yang tahu nak marah?Dia seorang yang tahu naik angin?Kalau tak kerana nak buatkan dia air kopi tadi, entah-entah aku dah lama sampai rumah. Dah lama boleh berehat dan tidur tau!
            “Yang pakcik ni beria-ia sangat nak berkawan dengan saya kenapa?Dah tak ada kawan sangat ke kat KL ni?Ataupun...kejap, kejap..,” Hana mula mengecilkan matanya apabila melirik lelaki itu ke atas dan ke bawah.
            “Apa?Apa?.” Rayyan yang cuak mula membetulkan kot hitamnya yang masih kemas membalut tubuh.
            “Ataupun memang betul kan yang pakcik ni memang langsung tak ada kawan. Jadi sebab tu la nak sangat berkawan dengan saya, gitu?,” Hana melepaskan serkap jarangnya dengan penuh keyakinan.
            Rayyan tergelak kecil.
“Excuse me, okay!Saya ada ramai lagi kawan yang...”
            “Then tak payahlah nak kecewa sangat bila saya tak nak berkawan dengan pakcik. Ataupun let me guess, hmm..pakcik ni memang jenis yang tak boleh nak accept ‘no’, kan?.”
            Rayyan mula gelabah. Dia berdehem sekali dua. Isy!Macam mana makcik ni seakan-akan boleh mengagak perangainya yang satu tu?Memang cukup pantang baginya untuk mendengar, apatah lagi menerima ‘tidak’ di dalam hidupnya. Jarang tau untuk Encik Rayyan kita ni terima sewenang-wenangnya perkataan keramat yang satu itu.
            Hana mula tersenyum sebaris. Nampaknya apa yang dia agak memang betul berdasarkan reaksi daripada lelaki ini.
            “Baliklah. Dah lewat ni. Lagipun...”
“Mana ada lewat. Baru nak er..pukul lapan kut,” ujar Rayyan apabila mengerling ke arah jam tangannya.
            “Nak juga menangkan?,” desis Hana sambil menjeling. Tak kuasa rasanya lagi nak bertekak dengan pakcik ini. Tengoklah tu, memek wajahnya masih lagi menunjukkan yang memang pakcik ni masih tak berpuas hati.
            “Ikut suka pakciklah. Saya jalan dulu. Assalammualaikum,” ucap Hana sebelum mengatur langkah.
            Rayyan menggelengkan kepalanya bagaikan tak percaya. Makcik kopi tu baru je tolak pelawaannya?Get real!I mean..yeah..yeah, aku baru je kena reject dengan makcik kopi tu!Adus!Malu, malu!Itulah Rayyan. Kau nak sangat buat baik kan?Kononlah sebagai tanda nak minta maaf padahal kau ada agenda tersembunyi tadikan?
            Rayyan memerhati Hana yang sudah mendapatkan semula kawan-kawannya tadi.
Gadis itu seakan-akan boleh ‘menghidu’ pula niatnya yang tersembunyi tadi bila dia menghulurkan tali persahabatan tadi. Talilah sangatkan?Kenapa kau tak mengaku je agenda kau tu?Berterus-terang yang kau nak berkawan dengan dia sebab nanti senang, bila-bila kau rasa nak minum kopi, kau nak suruh dia buatkan?Kan?
            Rayyan tersenyum seorang diri. Ya, dia tidak boleh menipu dirinya sendiri. Selepas sudah mendapat tahu yang makcik itu bekerja di aras enam belas, dia sudah fikir masak-masak. Tidak ada ruginya dia berkawan dengan makcik tu. Untung lagi ada!Itulah, bukannya ikhlas sangat pun kau nak berkawan dengan dia. Tengok, dah kena tolak.
            “Macam mana you kenal dengan dia?,” Jojo yang memendam soalan itu sedari tadi mula bertanya apabila Hana tiba semula kepada mereka.
            “Ya la. Tak pernah cakap apa-apa pun sebelum ni,” tokok Ika sambil mencuit pinggang Hana.
            “La..nak cakap apanya Ika. Bukannya ada apa-apa yang istimewa pun. Tadi tu pun terjumpa secara kebetulan. Sebelum ni...”
            Bunyi hon yang kedengaran mematikan kata-kata Hana. Akhirnya pakcik itu mengucapkan ‘selamat tinggal’ juga. Kelihatan kereta pakcik  itu yang dipandu berlalu pergi sebelum menghilang di sebuah selekoh.
            “Sebelum ni you ada jumpa dengan dia?,” soal Jojo.
“Emm...sebelum ni...”
            Hana mula bercerita apa yang pernah terjadi di antara dirinya dengan pakcik itu.

 #########################################
        
            Jojo menapak menghala ke arah kondominiumnya sebaik pintu lif terbuka. Cerita yang diberitahu oleh Hana tadi seakan-akan enggan menjauhi akal fikirannya di kala ini. Kenapa?Kenapa dia harus mengambil serius dengan cerita pertemuan secara tidak sengaja di antara pembantunya itu dengan anak usahawan terkenal, Tan Sri Rashid itu?
            “Why?,” tutur Jojo perlahan. Jari jemarinya lincah bermain-main dengan anak kunci yang berada di tangan.
            “Ah!Dah Hana kata tadi memang tak ada apa-apa kan?Lagipun tak kan la that guy...isy!Tak mungkin, tak mungkin...” Jojo terus bercakap sendirian dengan kaki yang terus melangkah menuju ke kondominium. Kepalanya juga menggeleng perlahan apabila pelbagai telahan demi telahan mula menyerang mindanya.
            “Tengoklah that guy..Hugo Boss tapi Hana?,” Jojo tergelak kecil. Dia sudah boleh mengagak cara hidup dan citarasa lelaki yang diperkenalkan kepadanya sebagai Rayyan tadi, berdasarkan penampilannya tadi. Mustahil jejaka eksekutif sebegitu akan tertarik kepada gadis kampung macam Hana kan?
            Sebaik tiba di depan pintu kondominiumnya, sepasang kasut yang terdapat di situ mencuri perhatian Jojo. Dia mula melepaskan keluhan. Anak kunci kondominium yang sedari tadi dipegang kembali di simpan ke dalam beg. Tangannya mula naik memulas tombol.
            “Jojo...akhirnya sampai pun. Lama tau I tunggu.”
Jojo tersenyum kelat sewaktu melihat sosok tubuh seorang lelaki yang berada di sofa. Pintu kembali ditutup.
            “You dah makan?,” lelaki itu menegur lagi.
“Belum,” sahut Jojo sepatah. Dia mula menapak ke sofa dan mengambil tempat di situ.
            Lelaki itu yang tadinya asyik menonton TV mula mengubah tempat duduknya dan mengambil tempat di sisi Jojo.
            “Hmmm..I pun tak makan lagi. You nak makan apa?I boleh masak. Tak pun kita pesan pizza je la, how about that?Hmm?.”
            Jojo yang sedang menyandarkan kepalanya di sofa dengan mata yang dipejamkan hanya membatukan diri. Semak betullah!Kepalanya dirasakan bertambah kusut dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang ini.
            “You tak sihat ke?Sakit kepala?Biar I picitkan...” Tangan lelaki itu mula naik menyentuh dahi Jojo.
            “Er..tak la. I okay,” Jojo mengelakkan kepalanya dari terus disentuh tangan lelaki itu. Dia mati kutu. Tidak tahu apa yang harus diluahkan sekarang ini kepada tetamunya itu.
            “So, you nak makan apa?Tell me. Kalau you nak...”
            “I tak nak. Tak nak apa-apa. I think er..I want to be alone tonight,” ucap Jojo perlahan. Seakan-akan tidak mampu ingin menuturkan hasratnya yang satu itu.
            “What?!Are you kidding me?Jojo, I balik ni untuk you tau. You know that, right?Hmm?.” Lelaki itu mengusap belakang Jojo yang sedang berteleku.
            Jojo bingkas bangun. Gila!Semua ini adalah gila. Benar-benar gila!Dia tidak ingin meneruskan semua ini lagi.
            “Kenapa ni?Sejak tadi..I mean sejak you ambil I dari airport, I can feel there’s something wrong about you. Hmm..let me guess..,” lelaki itu bingkas bangun menghampiri Jojo yang sedang berdiri di pintu gelungsur yang menghala ke balkoni.
            “You ada masalah dengan kerja you kan?Am I right?Nak I tolong?You know, untuk you apa-apa pun I sanggup lakukan. Remember my promise?Our promise, hmm?,” lelaki itu memaut bahu Jojo. Jojo mengelak lagi. Kali ini, dia membawa diri ke sofa semula. Apa yang harus dia jawab?
            “Why do you keep avoiding me?Apa yang tak kena hah?!,” suara yang tadinya lembut mula menjadi lantang menusuki pendengaran Jojo. Dari TV, anak mata Jojo mula ditala kepada lelaki yang sedang berdiri itu.
            “Kan I cakap I want to be alone tonight. You baliklah rumah you,” sahut Jojo selamba.
            “Alone?.”  Lelaki itu tersenyum sinis apabila pandangan matanya bertaut dengan pandangan Jojo yang jatuh kepadanya.
            Jojo diam. Tidak memberikan respons kepada soalan yang diajukan kepadanya. Pandangannya berubah semula kepada TV. Entah cerita apa yang sedang ditayangkan bukan lagi menjadi persoalan kepadanya sekarang.
            “Sejak bila you pandai nak bersendirian?Bukannya I tak tahu, dari siang tadi sampai sekarang you memang nak elakkan diri daripada I, kan?Dan jangan-jangan waktu I tak ada ni pun, you dah ada kekasih lain, right?.”
            “For God sake!I dah penat dengan semua ni. Enough okay!,” Jojo mula bangun. Dia mula menahan kesabaran yang dirasakan semakin menipis.
            Lelaki itu terpempan mendengar suara Jojo. Dia mula tidak tentu arah. Dia mula mundar-mandir di ruang tamu yang berhawa dingin itu.
            “Jojo, you tahukan you istimewa untuk I?Tapi kenapa you layan I macam ni?Apa yang tak kena?Tell me..tapi tolong jangan cakap yang you dah ada orang lain. I tak boleh terima..tak boleh!.” Kepala lelaki itu menggeleng-geleng beberapa kali seiring dengan kata-katanya.
            Melihatkan Jojo yang tidak mengendahkannya, lelaki itu mengangguk perlahan.
“Fine. Er..I balik rumah I malam ni. Give me a call okay kalau you perlukan apa-apa. You know you can count on me, right?I’ll leave,” tutur lelaki itu sebelum berlalu.
            Mendengarkan pintu kondominium yang ditutup, Jojo mula menoleh. Timbul rasa bersalah di dalam hati kerana memperlakukan lelaki itu seperti itu tapi dia sudah tidak mempunyai cara lain lagi. Semua ini harus dihentikan segera.
            Sebuah kotak yang dilekatkan sekeping kad kecil di atas meja di ruang tamu itu menarik perhatian Jojo. Kotak berwarna hitam itu dicapai dan kad mula dibuka.
            “Miss you...,” bibir Jojo membaca apa yang tertulis. Penutup kotak dibuka dan kelihatan sebotol minyak wangi Eau de Lacoste L.12.12 Noir. Jojo mengeluh perlahan. Hadiah itu ditatap dalam-dalam. Dia sudah tidak boleh lagi menipu dirinya sendiri.
            Perasaan teruja yang pernah dirasakannya dahulu kini tidak lagi terbit dari hati. Perasaan girang dan gembira apabila bersama-sama dengan lelaki itu kini sudah padam. Dia harus mengakui sejak munculnya Hana, wujudnya satu rasa baru di dalam jiwa. Bagaikan percikan api yang kian bersemarak tiap kali mengenangkan gadis polos itu.
            Jojo kembali menoleh ke pintu kondominium yang tertutup kemas.
“I’m sorry Uzair,” ucapnya perlahan.

 


ONLINE SHOPPING




Assalammualaikum dan selamat petang semuanya...dah makan ke?Hujung2 minggu macam ni apa yang selalunya korang buat??Tidur?Sama la, hehe...tapi sekarang jarang sangat..asyiksurf internet je and dalam proses nak siapkan manuskrip. So, korang pernah tengok cite kat atas ni?CONFESSION OF A SHOPAHOLIC..best!!!Dia ni aaaaaaayiiiikkkk shoping sampai berhutang, which is a good lesson for those yang suka bershoping. Jangan sampai terjebak dengan hutang and mulalah nak tipu sana sini macam si heroin dalam filem ni..

Tapi, bukan pasal movie ni yang saya nak cite. Nak share dengan korang pasal pengalaman online shopping. siapa yang masih TAK PERNAH LANGSUNG shopping secara online?Ada tak?Dulu, saya pun macam tu. langsung tak pernah sampailah saya decide nak try for the very first time...yup!Memang kena mengaku, bila shopping online ni, kelemahannya kita tak boleh nak tengok and sentuh benda tu depan2 mata. kena tengok and percaya ukuran semua tu based on apa yang diberikan oleh si penjual. And, benda pertama yang saya decide nak beli adalah baju dari MY BEAUTIFUL RANIA. mula2 tu, takut gak kan..tah sampai ke tak barang, tak lesap ke tak duit..al-maklumlah, first experience tapi bila barang dah sampai(puas hati sangat2 and cantik pula tu!), terus decide nak beli lagi dan lagi dan lagi...still, at that time dari MBR.

Sampailah berterusan sehingga kini..dar owner MBR, Adah tu tak khawin sampailah nak dapat baby dah pun, hehe...setia tak saya ;-P sebab saya yang memang jenis macam tu. kalau dah puas hati, memang tak kan tukar punya. baik stay kat situ je kan?Unless barang yang kita nak memang tak ada, so barulah cari kat tempat lain.

Macam baru2 ni, saya ada decide nak beli satu beg ni. lepas dah bank in, tetiba si penjual cakap, kena tunda ke next week. saya dah rasa tak sedap hati coz time nak beli janjinya macam lain. sudahlah waktu nak beli, harga yang dijanjikan lain tapi bila dah confirm, tetiba harga tu naik, tak sama macam yang dipaparkan kat FB, uiks?!!Pelik tapi memandangkan beg tu cantik and hati dah berkenan, so saya bank in je la..tapi bila dia cakap kena tunda tu, terus saya bertegas nak balik duit coz dah rasa lain macam and AKHIRNYA, ya dia bank in kan balik duit. dan pengajarannya(for me) walaupun hati dah berkenan sangat2 kat satu barang tu tapi kalau dah dari mula ada macam yang tak kena, DON'T PROCEED!!!NEVER EVER!!! Saya pun tak pandai nak bagi tips ke apa, tapi apa yang saya boleh share dengan korang yang masih belum pernah online shopping and baru nak try:

1) Survey dulu. Jangan sekali tengok and berkenan, terus nak beli kat penjual tu. macam kat luar juga, jalan2 dulu;-P tengok blog@FB@Instagram orang lain dulu, mana tahu dapat harga lagi murah, kan, kan?Hehe..unless u olls tak kisah bab2 harga. nampak, berkenan, terus nak grab, it's ur choice ;-)

2) Hati dah berkenan sangat kat penjual tu juga. tak mau yang lain dah. okay, tapi survey bisnes dia dulu. maksudnya, tengok feedback dari customers dia ke atau berapa likes kat FB dia dan juga komen2. dari situ, kita boleh tahu owner tu okay ke tidak dari cara dia layan customers. Maksudnya, senang kalau korang nak tanya apa2 sampai puas hati.

3) Jangan terburu2. saya rasa ni yang paling penting kut?Let say, ada 1 barang ni korang dah suka sangat2 tapi kalau kat FB dia yang tahun lepas punya tarikh last di update, korang still berani beli ke?KAlau saya memang tak la!Unless, owner ada cakap yang under maintenance ke apa kan..

4)Ambik masa sikit untuk baca syarat2 yang diberikan oleh owner atau penjual ni. kadang2 ada yang bagi peluang kat customer untuk return balik barang yang dah dibeli tapi under certain conditions la..tak rugi pun kalau kita baca and fahamkan syarat2 diaorang. tak de la nak jadi kes nak meroyan tak tentu pasal lepas dah beli barang, atas sebab tak puas hati la apa la.. kadang2 penjual ni okay tapi customer tu sendiri yang tak faham. kita tak mau la jadi orang yang nak rosakkan bisnes dan periuk nasi orang lain, kan, kan?Hehe..

5)Last but not least, PREPARE TO LOOSE..maksudnya, jangan terlalu mengharap..bersedia untuk hilang duit kita tu bila2 masa...wah!Macam serem je kan?Hehe..maksud saya, jangan berharap terlalu tinggi coz memang ada kes penipuan kan bila online shopping ni?Tapi sekarang dah jarang dengar sebab seller pun nak cari makan and that's y diaorang buka bisnes. diaorang pun tahu, kalau menipu memang tak kan boleh nak bertahan lama. Jadi, kalau rajin survey insya Allah duit tak kan hilang(Saya sendiri tak pernah lagi setakat ni). kalau duit tu 'hilang' sebab kita rasa tak puas hati dengan kualiti, pun kena bersiap sedia..kadang2 seller tu tunjuk dalan pic bukan main cantik lagi barang tapi alih2 yang sampai, lain macam sikit kan?So, kita dah rasa macam bazir @ duit 'hilang' macam tu je, ada paham?Hehe..semua ni normal tapi, saya tak kena lagi;-p maklumlah saya rajin survey!Kihkih..tapi untuk yang baru nak mulakan online shopping ni, janganlah takut. tak ada bendanya pun..kat sini saya dah sharekan pengalaman saya so apa kata kalau tanya dulu kawan2 yang pernah shopping scara online, mesti rasa lebih selamat.

Kat bawah ni saya bagi link tempat2 yang selalu saya shop k..Bila barang dah sampai, cantik and puas hati plus rasa berbaloi dengan harga, tu yang buat kita rasa ADDICT!Nak lagi!!!Heheh..

http://mybeautifulrania.blogspot.com/

https://www.facebook.com/pondokmerahjambuOnline

telekung lycra korea murah

https://www.facebook.com/honey.pumpkin.online

taip je kat google, mesti ada!Setakat ni, ni je la tempat saya shop. korang?KAlau ada, meh la sini, share dengan saya. tinggalkan link untuk ke shop tu ya ;-P hehe..Tata!


SHOP WITH CONFIDENT AND HAPPILY!!!


Saturday, 8 February 2014

KALAU MALAYSIA ADA SALJI???



Assalammualaikum dan selamat petang semuanya...sihat ke?Tq sudi jengah lagi ke blog kita ni..bosan juga kan kalau asyik2 nak update cite IASU atau Dia..Mikhael, tak gitu?Hehe..Penghujung tahun lepas, kita dah dengar yang Mesir dah mula dituruni salji..masuk dalam paper yang orang2 Barat sendiri bingung dan terkejut bila tengok kawasan2 gurun pun ada salji..Bukan setakat di Mesir, bahkan di Baitulmuqaddis, Palestin pun pernah bermandikan salji. Dan dua tiga hari lepas, giliran Tehran di Iran pula...

Bagi kita yang beragama Islam, rasanya tak perlu saya nak berceramah pula kan kat sini..mesti ramai yang dah tahu,salah satu tanda2 dunia ni bakal tiba ke penghujungnya..apabila tanah2 Arab yang dulunya tandus dan gersang kini kian subur..kalau dilihat pada sejarah, bukannya baru2 ni je semua ni( perubahan iklim) terjadi..dah lama dah rasanya..kalau dilihat zaman pemerintahan Muammar Gadafi, tanah2 yang tandus di Libya pun kian subur apabila dibangunkan& di modenkan..Semua tanda2 yang pernah dikatakan oleh Rasulllulah SAW kini kian menampakkan kebenarannya, cuma apa yang tiada lagi ialah TANDA2 YANG BESAR..kalau dah timbul tanda2 ni and masih lagi tak insaf2, tak tahulah kan..

Okaylah, tak mau nak bebel panjang2..saja je nak ajak korang..cuba bayangkan kalau bangun esok, negara kita pula yang ada salji, APA PERKARA PERTAMA YANG KORANG NAK BUAT???

Soalan ni trivia je..just for fun ;-P hehe..kalau nak solat and mengaji tu, memang ini adalah rutin harian, tak gitu?Tak kan nak tunggu dunia nak kiamat baru nak solat?Hehe..Rasa2nya, apa benda pertama yang korang nak lakukan apabila dunia ni bakal berakhir?Well, for me..since dua tiga menjak ni asyik tengok beg2 je kan, I'm gonna grab 1 LV beg!!!Hehe...LV NEVERFULL DAMIR EBENE, boleh?Then, nak makan aiskrim n ceklat banyak2!!!Pastu, tak mau pikir pasal kerja dah!Nak shopping n shopping n shoppinggggg!!!(And of coz nak tambahkan lagi amal ibadat yang mana kurang tu:-) )Hehe..what about u?Come, talk n share wif me, hehe ;-P Tata!!!

Thursday, 6 February 2014

DIA...MIKHAEL 4


4
            Mimpi yang aku alami semalam bermain semula di dalam kepala. Apakah kerana aku ni banyak sangat berfikir sepertimana yang dikatakan oleh Aisyah?Kalaulah betul pun aku rasa tak ada salahnya aku berfikir dan mengagumi kekuasaan Allah di muka bumi ini.
            Biar apa pun yang berlaku, semua itu mendapat izin dari Allah, itu yang selalu ustaz tekankan sewaktu sesi pembelajaran Pendidikan Islam. Pernah Zaim bertanya kepadanya, kalau sihir itu melibatkan syaitan, mengapa boleh ada sesetengahnya ada yang menjadi tapi ada juga yang tidak?
Semua ini berkaitan dengan topik “Perkahwinan” sehingga membawa kepada cerita bagaimana kadang-kadang si suami atau isteri yang sanggup menggunakan sihir untuk mengikat pasangan masing-masing agar tetap bersama mereka atau terus menurut kata.
            “Sebab tu la ini semua kerja buat Allah S.W.T. Kalau jumpa bomoh yang handal sekalipun, guna jampi mentera yang hebat sekalipun, kalau Dia tak izinkan tak akan menjadi. Ini semua kita kena yakin, kerja Allah. Syaitan hanya menjadi medium untuk melakukan kerja-kerja sesat untuk terus menyesatkan manusia. Baik bomoh ataupun orang yang menggunakan khidmat, sebabnya dia meminta selain daripada Allah,” penerangan ustaz yang memang jelas sentiasa bermain di kepalaku.
            Aku yakin apa yang berlaku kepada aku sejak kebelakangan ini juga mendapat izin daripada Allah. Aku teringat mimpi aku mengenai budak yang aku nampak di bangsal basikal itu amat menakutkan. Tiba-tiba dia berpusing menunjukkan kepadaku wajahnya yang menggerunkan itu. Kedua-dua matanya tidak ada, hanya 2 lubang yang berwarna hitam dengan senyumannya yang menunjukkan darah yang keluar daripada mulutnya membasahi baju dan tudung sekolahnya.
            Aku cuba membuang imej budak itu jauh-jauh. Aku rasa berat hati nak terus mengayuh basikal menuju ke situ tapi kalau aku tak simpan basikalku di situ, di mana lagi?
Lebih kurang 3 meter dari bangsal basikal, aku memberhentikan basikal dan menjengah ke kawasan terbabit. Keadaan yang agak gelap menghadkan pandangan mataku.
“Pukul 6.45,” aku berbisik sendirian. Entah kenapa aku berasa seram apabila diingatkan kembali apa yang aku nampak di dalam mimpi semalam. Aku tak pernah berasa takut sebelum ni untuk terus meletakkan basikal ku di situ tapi pagi ni, lain macam yang aku rasakan.
            “Insya-Allah tak ada apa-apa,” aku memberikan semangat kepada diri sendiri. Aku turun daripada basikal. Masih lagi teragak-agak untuk memasuki kawasan berbumbung yang disediakan oleh pihak sekolah ini.
“Tawakkal je la,” aku mulakan dengan membaca bismillah di dalam hati. Lagipun kan hanya mimpi?Aku meyakinkan diri sendiri.
            Aku memerhatikan kepada sebuah basikal yang ada berhampiran dengan hujung tempat menyimpan basikal. Mataku dapat menangkap budak yang pernah aku tengok pada pagi Isnin lepas, budak yang menunjukkan kepadaku mukanya di dalam mimpi!
            Aku cepat-cepat mengunci basikal. Biarlah benda tu hanya berlaku di dalam mimpi. Janganlah dia menunjukkan wajahnya kepadaku di alam nyata!Aku melihat dia sekali imbas yang masih lagi setia duduk mencangkung di sis basikal tersebut.
Jantungku berdegup kencang apabila memikirkan sama ada dia betul-betul orang ataupun seperti yang aku nampak di bilik kaunseling pada hari tu!

            Aku berjalan pantas menuju ke kelas apabila mengenangkan semua itu. Kalau la betul dia bukan orang, tak mustahil dia akan menunjukkan wajahnya kepadaku seperti yang berlaku di dalam mimpi. Entah-entah muka yang lebih menakutkan!
Kalau la dia mengikutku dari belakang?Ish!Itu pula yang aku bayangkan sekarang ni.
            Aku menoleh ke belakang biarpun dah jauh meninggalkan tempat menyimpan basikal tersebut.
“Allah!,” hanya itu yang mampu aku sebut ketika terlanggar seseorang di hadapanku. Minta-minta janganlah cikgu. Mesti la aku malu dengan sikap cuaiku pagi-pagi macam ni.
            “Awak?,” aku terkejut apabila melihat pelajar lelaki yang sama yang bertembung dengan aku ketika aku hendak ke tandas. Jangan-jangan dia ni pun bukan manusia?
Aku memandangnya cuak ketika dia tunduk mengutip buku dan failnya yang berada di atas jalan. Tapak perhimpunan yang menjadi saksi kecuaian aku tadi sedikit lembap.
            Aku sempat melihat kulit buku latihannya yang sedikit basah.
“Ma..maafkan saya. Saya betul-betul tak sengaja,” aku meminta maaf. Masih lagi seperti kali pertama aku bertembung dengannya, aku membiarkan hanya dia yang tunduk mengutip semula buku-buku yang terlepas dari pegangannya.
            “Tak apa. Saya faham,” dia tersenyum. Sudahlah aku melanggarnya tadi, sempat pula aku fikirkan benda yang bukan-bukan pasal dia. Masakan hantu baik seperti dia?Senyuman pun manis!
“Awak..a..,” aku cuba menyusun ayat untuk bertanya. Persoalan siapa dia akan yang sering bermain-main di benakku sejak kali pertama bersua, mesti diselidik!
            “Saya Mikhael,” sopan dia memperkenal diri.
Aku mengangguk. Dia masih lagi tersenyum.
            “A..apa ya nak tanya tadi?Terlupa pulak,” aku tertunduk malu. Entah kenapa kelu pula lidah aku nak berkata-kata. Sedangkan banyak benda yang nak aku tanya kepada dia.
“Em..sa..saya Halida. Norhalida,” aku memaklumkannya.
            “Dah tahu,” dia tersenyum.
Dah tahu?Raut wajahku terus berubah. Macam mana dia tahu?Betul la dia ni pun bukan orang. Jelmaan yang nak menggganggu aku, seperti yang aku nampak di tempat menyimpan basikal tadi. Juga di bilik kaunseling!
            “Janganlah terkejut sangat. Kelakar awak ni,” dia ketawa.
Manis. Memang manis raut wajah pelajar lelaki  ni!Dagunya yang mempunyai lurah yang membuatkannya nampak seakan-akan terbelah, menambahkan lagi kemanisan pada raut wajahnya.
            “Tu..”dia menunjukkan kepada tudung sekolahku.
Aku tunduk melihat.
            Ya Allah, malunya!Memang la dia boleh tahu kalau aku dah pakai tanda nama di tudungku.
Mataku bertembung semula dengan matanya. Dia setia mengukirkan senyuman, sedangkan aku tersenyum kerana malu dengan sikapku yang kelam kabut pada pagi ni.
            “Saya pergi dulu,” dia berjalan menuju ke bangunan belakang sekolah. Betul tanggapan aku sebelum ni. Kelas dia terletak di belakang sekolah, kelas untuk pelajar-pelajar tingakatan 6 Rendah dan juga 6 Atas.
“Mikhael..,” aku tersenyum menyebut namanya. Sedap namanya, sama manis dengan tuannya juga!
            Setibanya di depan pintu kelas, aku membuka pintu yang dikunci. Perasaan seram yang bersarang di dalam diriku, terbang dibawa pergi apabila mengenangkan pelajar lelaki tadi.
“Mikhael,” sekali lagi aku menyebut namanya.
            Aku memetik suis lampau seperti kebiasaan. Melihat keseluruhan keadaan kelas yang masih lagi tak berubah, sama seperti hari semalam sewaktu aku, Asyraf dan juga Fakri yang menjadi orang terakhir meninggalkan kelas seperti kebiasaannya. Cuma yang berbezanya semalam, kami bertiga turut ditemani oleh Aliya, yang kelewatan kerana menunggu emaknya datang menjemput.
            Aku ke belakang ke kelas untuk mencapai penyapu, melakukan tugas yang  bukan tugasanku secara benarnya pada setiap hari. Aku menyanyi-nyanyi kecil, lagu “As long as you love me,” nyanyian kumpulan BSB yang menjadi kegemaranku.
Entah kenapa aku berasa cukup gembira apabila mengenangkan kejadian yang berlaku di tapak perhimpunan tadi. Kejadian yang membuatkan aku mengetahui nama dia.
            Aku mula menyapu dari bahagian belakang kelas, bermula dengan tempat duduk Amin yang bersebelahan dengan tempat duduk Aziz yang berhampiran dengan tingkap. Tempat mereka berdua memang tidak banyak menyusahkan aku berbanding tempat duduk si Khairul.
Boleh dikatakan setiap hari, ada saja kertas-kertas yang dibuangnya di bawah meja.
            Beberapa minit mula menyapu, bunyi enjin bas sekolah mengganggu sebentar kerjaku. Aku mengerling jam di tangan yang hampir ke pukul 7. Bolehlah aku bersarapan dengan Aisyah, sandwich yang aku bawa daripada rumah.
            Sandwich!Aku teringat bekas plastik yang berisi beberapa keping sandwich berintikan sardin yang dibuat emak pagi tadi. Bekal air teh aku juga turut tertinggal di dalam raga basikalku. Ni semua kelam kabut sangat mengenangkan mimpi budak perempuan tu malam tadi!
            Mesti kawasan tempat letak basikal tu masih lagi bergelap. Aku memikirkan apa yang hendak aku lakukan. Ah!Baik ajak Aisyah temankan sewaktu dia nak ke koperasi nanti. Tangan yang terhenti dari menyapu tadi, aku teruskan. Selesai meyapu di tempat duduk Mazirah dan Husna, aku ke depan. Sebuah pasu bunga kecil yang diletakkan di atas meja guru, aku angkat dan letakkan di atas meja Fauziah, tempat duduk yang paling hampir dengan meja guru.
            Aku mencapai pembersih habuk untuk menyapu meja guru. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya aku berpuas hati setelah mengemas tempat duduk guru juga. Aku mengerling ke luar tingkap, melihat pelajar-pelajar yang berjalan memenuhi kawasan sekolah.
“Mikhael...,” aku tak dapat menghindarkan wajah manisnya yang tersenyum daripada ingatanku.
            Selesai mengemas meja guru, aku menyapu semula. Sedikit habuk aku kaiskan dengan penyapu sehingga ke bahagian depan kelas, berhampiran dengan tempat dudukku dan Aisyah agar memudahkan kerjaku untuk memasukkannya ke dalam penyodok sampah.
Penyapu yang berada di dalam genggaman hampir terlepas apabila aku terpandangkan 2 buah bekal yang berisi sandiwich dan juga air teh di atas meja.
            Aku yakin, aku tertinggalnya di dalam raga basikalku. Macam mana sekarang ni boleh ada?!Aku duduk di kerusiku, merenung kepada bekalku yang berada di atas meja. Kalau saja bekas-bekas ni boleh bercakap, pasti aku akan bertanya dan meminta penjelasan mereka.
            Aku menutup mata dan menarik nafas. Sudah, jangan difikirkan sangat. Aku mengingatkan diri sendiri. Aku bangun untuk menyambung semula kerjaku. Pantas pandangan mataku menangkap susuk seseorang yang seakan-akan berlari daripada meja guru.
“Siapa tu?!,” aku melihat, cuba mencari ke mana ia menghilang. Mataku melihat semula ke meja guru, pasu bunga sudah berada di situ semula!
            Aku tak dapat menghalang fikiranku daripada terus berfikir sewaktu berjalan menuju ke makmal Fizik yang terletak berhampiran dengan kantin dan juga bangunan yang menempatkan kelas-kelas tingkatan 6.
            Siapa pelajar lelaki itu bukan lagi menjadi tanda tanya kepada aku. Apabila aku memandang sekali imbas bangunan 2 tingkat itu untuk melintas ke makmal Fizik, mengingatkan aku kepada si dia yang memiliki senyuman yang manis. Aku turut tersenyum mengenangkan pertembungan kami yang memberikan aku peluang untuk mengetahui namanya.
            Selepas waktu Fizik pukul 10 pagi nanti, akan tiba waktu rehat. Bekal sandwich yang aku bawa dari rumah menjadi perkara utama yang bermain di dalam kepalaku sekarang.
“Ai, mengelamun ke?Sampai saya tanya pun tak berjawab?,” Aisyah menyiku aku.
            Fauziah, Mazirah dan beberapa lagi kawan sekelas yang berjalan di hadapan kami menoleh ke belakang.
“Mengelamun?Siapa?Siapa?,” pantas Fauziah bertanya.
            “Mesti la dia ni. Siapa lagi,” Aisyah memaut bahuku.
“Ha, ni mesti ingatkan seseorang ni,” Aliya yang berada di depan turut menyertai perbualan.
            “Ingatkan siapa?Fakri ke?,” Nadirah pula mencelah.
Aku hanya mendiamkan diri. Tak berminat untuk melayan apa yang diperkatakan. Lain benar dengan apa yang sedang aku fikirkan.
            “Ha, betul la tu. Mamat tu kan?Tu ha, dia ada kat depan. Dah sampai pun kat makmal. Sabar la. Dah tak jauh pun,” kata-kata sinis Fauziah meletuskan ketawa mereka.
            Langsung tak ada kaitan dengan Fakri, nak saja aku suarakan perkara ni, tapi bukannya mereka akan faham. Nanti cerita yang lain pula bakal timbul.
Aisyah memegang tanganku.
            “Kenapa ni?Ada masalah?.” Aku memerhati mereka yang dah berjalan agak jauh meninggalkan aku berdua dengan Aisyah.
“Tak ada apa-apa la,” aku berbohong. Masakan aku nak menceritakan perkara yang berlaku pagi tadi?Kalau aku menceritakan perkara yang sebenar pun, belum tentu dia akan mempercayainya. Tak kan la bekal makanan dan airku boleh berjalan masuk sendiri ke dalam kelas setelah aku tertinggal di dalam raga basikalku?
            Lepas tu, kejadian yang kedua. Belum sempat aku nak tenangkan diri sendiri kerana terkejut melihat bekas tu yang sudah berada di atas meja, ternampak pula susuk seseorang yang pantas meninggalkan meja guru yang berada berhampiran tingkap tu. Pasu bunga yang aku terlupa nak letakkan kembali di atas meja setelah aku alihkan, dah pun berada di situ balik.
Nak ke percaya si Aisyah ni kalau aku ceritakan pun?
            Aku melirik kepadanya yang turut mendiamkan diri. Agaknya dia cuba memikirkan apa yang bersarang dibenakku pada ketika ini.
“Saya bawa sandwich hari ni. Nanti kita makan sama-sama tapi balik nanti, saya nak singgah kat pusat sumber dulu. Nak pulangkan ni..,” aku menunjukkan buku soalan latihan Biologi yang turut dibawa bersama-sama dengan buku eksperimen Fizik.
            “Ok. Saya pun nak singgah kat koperasi. Kalau macam tu, makan dalam kelas lagi la kita hari ni?,” Aisyah bertanya kepadaku.
“Ya la. Eleh, macam la tak biasa pulak,” aku mencuit pinggangnya. Dia ketawa.
            Aku mengerling sepintas lalu kelas tingkatan 6 di tingkat 2.
“Mikhael!.”

            “Apa dia?,” Aisyah bertanya sewaktu kami menjejakkan kaki ke dalam makmal Fizik tersebut.
“Apa?,” aku bertanya kembali.
            “Tadi tu. Apa yang awak sebut?Saya dengar macam sesuatu yang awak cakap,” Aisyah merenungku.
Ish!Telinga lintah betul la si Aisyah ni. Masakan sebutan yang perlahan itu pun dia boleh mendengar.
            “O..tu. sandwich!,” aku berbohong lagi.
“Amboi!Tak kan la dah lapar?,” dia tersenyum.
            “Ya la. Pagi tadi saya tak sempat nak makan apa-apa pun,” aku mengenangkan air teh yang sempat aku minum seteguk dua.
“Ala, bukan pagi ni je. Pagi semalam, 2 hari lepas, 3 hari lepas pun sama kan?Dah keluar rumah awal-awal. Apa salahnya kalau awak keluar...em..dalam pukul 7 ke?,” Aisyah bertanya.
            “Amboi-amboi!Senangnya cakap,” aku mencubit lengannya.
Dia ketawa. Makmal Fizik yang masih kosong dengan kedatangan guru yang mengajar, menjadi tempat berbual bagi kami seisi kelas. Riuh-rendah dengan suara 19 orang pelajar yang mengisinya. Saling bertingkah-tingkah dan disertai dengan gelak ketawa daripada pelajar lelaki.
            “Kan saya ni kayuh basikal tu lambat-lambat. Kalau pukul 7 baru nak keluar rumah, awak boleh bayangkan pukul berapa saya sampai?,” aku pula bertanya kepadanya.
            “Em...tah-tah pukul 8 tak?,” sekali lagi Aisyah ketawa, dituruti aku.
“Pandai la awak. Selambat-lambat saya pun tak la sampai ke tahap macam kura-kura!,” aku melayangkan lagi cubitan di lengannya.
            Meja makmal kami berdua yang turut dikongsi oleh Khairul dan Fakri bertambah bingit dengan gelak ketawa mereka berdua apabila mendengarkan jawapan aku.
“Woi, cikgu datang tu!,” Asyraf menunjukkan ke luar. Serentak dengan itu, seisi kelas memandang ke luar, melihat Cikgu Syamsiah yang sedang berjalan pantas menuju ke makmal.
            Mungkin dia ada hal yang melambatkan kedatangannya seperti biasa ke sini.
Aisyah yang masih lagi tersenyum membangkitkan geram aku kepadanya.
            “Gelak tu gelak juga. Eksperimen yang hari tu dah siap?,” aku mengingatkannya.
“Yang pasal getaran dalam air tu?,” dia bertanya kembali.
            “Ya la. Yang mana lagi. Tu la, dalam kepala tu asyik ingat pasal kura-kura je,” aku memperlahankan suara apabila Cikgu Syamsiah melangkah masuk ke dalam makmal.
Aisyah menyiku aku.
            “Assalammualaikum cikgu!,” suara Zaim yang memberikan salam mewakili kami terus mematikan sisa-sisa suara yang masih kedengaran biarpun tidak sekuat tadi. Zaim, ketua kelas akan memberikan salam sebagai tanda, sebentar lagi kelas yang telah diisi dengan kehadiran cikgu akan dimulakan pada bila-bila masa.
            Semua yang berdiri sebagai tanda hormat kepada cikgu, duduk semula setelah Cikgu Syamsiah menjawab salam. Aku memandangnya yang sedang sibuk menatap buku nota yang berada di depannya.
            “Awak..,” perlahan suara Fakri memanggil. Aku melihatnya.
“Saya ke Aisyah?,” aku meminta kepastian.
            “Awak la. Awak yang terdekat kan?,” dia menunjukkan kepadaku.
“Kenapa?.”
            “Biar lambat macam kura-kura, asalkan selamat!,” Fakri menegakkan ibu jarinya.  
            “Awak nak pergi koperasi kan?,” aku bertanya kepada Aisyah yang sibuk mencuci tangan di sinki.
“A’ah. Nak pergi jumpa si Devi sekejap. Awak pun memang tak balik kelas lagi kan?.”
            “Pusat sumber. Nak pulangkan buku tu,” aku mengemas buku ekperimen dan nota Fizik di atas meja. Pen dan juga pensil yang berselerak, aku masukkan semula ke dalam kotak pensil aku yang berbadan Garfield tu.
“Eh, ni bukan aku punya,” aku tersedar pen yang berwarna biru yang sudah berada di dalam kotak pensilku.
            Aku dan Aisyah yang menggunakan pen berwarna hitam memang tak kan kisah kalau tercampur aduk alat-alat tulis kami berdua, tapi aku yakin ini memang bukan milik aku atau pun Aisyah.
            “Khairul, pen awak ke?,” aku bertanya.
“Apa la. Ni apa?,” dia menggoyang-goyangkan pen yang sedang berada di dalan tangannya. Aku melihat pen yang ditunjukkannya.
            Betul juga. Dari tadi dia asyik menulis, masakan aku tak boleh nampak. Kalau la dia tak ada pen, pasti dia akan meminta daripada aku mahupun Aisyah seperti kebiasaannya. Tak pun, yang selalu menjadi mangsanya juga adalah Fakri yang turut berada di dalam kumpulan ni.
            “Bukan saya. Ni,” Fakri yang seakan-akan mengerti maksud pandanganku terus menunjukkan pennya, sebelum sempat aku membuka mulut untuk bertanya.
“Ala, simpan je la. Entah-entah dah memang ada dalam bekas tu dari rumah, tapi awak yang tak sedar,” Fakri bersuara.
            Dari rumah?Mungkin juga. Aku dah malas nak berfikir banyak. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang akan membuatkan aku menjadi semakin buntu setelah tidak menemukan jawapan ataupun penjelasan yang logik untuk diterima akal.
            Entah kenapa semakin pelik aku rasakan. Aku cuba membuang perasaan takut yang bersarang di dalam hati.
Cikgu Syamsiah yang telah meninggalkan kelas sebaik kelas tamat sempat berpesan kepada kami yang menjadi kumpulan terkahir untuk mengemaskan meja dan peralatan yang telah digunakan.
            “Sudah?,” aku bertanya kepada Aisyah yang datang semula ke tempat duduk.
Dia hanya mengangguk sambil tersenyum.
            “Wah!Awak tolong kemaskan?,” dia bertanya.
“Habis tu, ingat semua pen dengan pensil ni lompat masuk sendiri?,” aku menunjukkan kepada kotak pensilnya yang berwarna biru tu.
            “Jom la!Nanti nak makan lagi,” aku mengingatkannya.
“Saya beli air. Nanti kita jumpa kat dalam kelas,” Aisyah mencapai buku-bukunya.
            “Nak pergi mana?,” Fakri bertanya.
“Pusat sumber. Nak pulangkan buku,” aku memaklumkannya.
            “Tunggu, tunggu. Saya pun nak pulangkan buku. Boleh la jalan sekali,” pantas Fakri mengemas buku-bukunya yang masih lagi berselerak.
“Nak pulangkan buku ke saja cari alasan?,” Khairul yang sibuk menulis sempat mendengar perbualan kami.
            Aisyah menyiku aku sambil mengangkat keningnya.
Aku menyikunya kembali, mengerutkan muka tanda tidak suka dengan sikapnya.
            “Betul la, ni buku ni,” aku melihat buku soalah latihan Sejarah yang ditunjukkannya.
“Jom la,” aku dan Aisyah mengikut Fakri yang mendahului.
            Khairul yang masih lagi sibuk menulis di dalam buku ekperimennya bingkas bangun.
“Tunggu la!Tak kan nak tinggalkan aku kat sini kot,” dia mencapai buku-bukunya yang berada di atas meja.
            “Awak pun nak ke perpustakaan ke?,” aku bertanya. Tak kan la semua sibuk nak memulangkan buku hari ni juga!
“Tak la. Nak pergi koperasi. Nak beli liquid paper, dah habis,” dia menunjukkan botol liquid paper yang berada di dalam tangannya.
            “Koperasi?,” serentak aku dengan Fakri bertanya. Kami berdua saling berpandangan dan tersenyum.
“Nak beli liquid paper ke saja nak cari alasan?,” Fakri pula memulangkan paku buah kerasnya.
            “Hah?,” memek muka Khairul menunjukkan dia tak faham.
“Boleh pergi dengan Aisyah la. Dia pun nak pergi sana, jumpa Devi,” aku pula menyiku lengannya yang berada di sisiku.
            Merona merah muka Aisyah. Baru dia tahu apa yang aku rasa tadi, hehe...
“Oh, macam tu, ok je,” Khairul yang seakan-akan tidak faham, mengiyakan apa yang dikatakan oleh aku dan Fakri.
            “Jom la,” sekali lagi Fakri bersuara.
Setibanya di kantin, aku danFakri harus menukar haluan menuju ke perpustakaan, manakala Aisyah dan Khairul pula singgah di kantin untuk membeli minuman dan makanan ringan.
            “Selalu awak ke Pusat Sumber ni?,” Fakri bersuara sewaku kami sama-sama melangkah menaiki anak tangga.
“Bergantung la. Kalau selalu pinjam buku, selalu juga la.” Fakri tersenyum.
“Sama la dengan saya, tapi dulu awak kerap kan datang sini?.”
“Dulu?,” aku memandangnya cuak.
“Maksud saya tahun lepas. Asal waktu rehat, mesti awak kat sini. Orang lain makan, awak kat sini. Dalam 10-15 minit sebelum rehat habis, baru awak keluar.”
            Aku terkejut dengan kata-kata Fakri. Seakan-akan dia tahu apa yang aku lakukan.
“Macam mana awak...”
            “Sebab saya pun selalu kat sini dulu. Waktu rehat saya banyak habiskan kat sini. Sebab tu nampak awak tapi awak je yang tak perasan saya,” aku mengangguk mendengar penjelasannya.
“Ya la. Kita daripada kelas lain yang digabungkan. Macam mana nak perasankan?,” tambahnya lagi.
            Memang betul apa yang dikatakannya tu. Kelas kami yang sudah menjadi 19 orang pada tahun ni membuatkan kami lebih mula mengenali dan rapat di antara satu sama lain.
Kalau tidak, jangan katakan nak berjalan berdua begini dengannya ke perpustakaan atau ke mana saja, nak bertegur sapa pun tidak walaupun kami satu kelas. Masing-masing hanya melakukan kerja masing-masing.
            “Walaupun awak tak perasan tapi saya nampak awak. Ya la, pelajar cemerlang. Mesti la jadi tumpuan. Saya ni siapa la,” tersenyum Fakri menuturkan kata-katanya. Bagiku dia hanya merendah diri. Masakan dia tak menyedari kebolehannya, yang menjadi pelajar terbaik Biologi dan Bahasa Inggeris.
            “Awak pun apa kurangnya. Tu, Biologi dengan Inggeris,” aku mengingatkannya.
“Tapi awak lagi hebat. Kimia, Bahasa Melayu, Sejarah,” dia mengira-ngira dengan jarinya.
            “Dah la. Nak kira, nanti pun boleh,” aku menunjukkan kepada perpustakaan sebaik sampai di depan pintunya.