Monday, 17 March 2014

DIA...MIKHAEL 8


8
            Aku melihat jam di tangan ketika memberhentikan basikalku di simpang jalan keluar daripada kawasan perumahanku.
“Awal hari ni,” aku mengetap bibir setelah melihat jam yang menunjukkan ke pukul 6.35 pagi.
            Aku melihat jalan yang lengang dan sunyi. Memang aku selesa dengan keadaan seperti ni. Hanya sekali sekala sebuah kereta atau motorsikal yang melalui.
“Baik beli kuih dulu,” aku berpatah semula. Mengayuh basikalku menuju ke kedai Pakcik Mud yang terletak hampir di hujung kawasan perumahan dan hanya diterangi dengan cahaya lilin.
            Dari jauh aku lihat seorang budak lelaki yang duduk bertentangan dengan kedai Pakcik Mud. Dari pakaian seragamnya, budak itu masih bersekolah rendah. Di belakangnya tergalas beg sekolah berwarna biru yang ada gambar kartun. Namun aku tak pasti pula apa kartunnya kerana tempat  di mana budak yang duduk di atas tembok berhampiran dengan longkang tu, agak gelap.
            Aku melihatnya sekali lagi sewaktu aku turun dan menongkatkan basikalku. Dia tersenyum kepadaku.
“Comel budak ni,” aku membalas senyumannya. Mungkin umurnya di dalam lingkungan 9-10 tahun.
            “Awal hari ni?Minggu lepas tak nampak pun muka kamu,” Pakcik Mud yang sedang sibuk memunggah nasi lemak dan kuih muih daripada bakul yang berada di atas meja menegur.
“Minggu lepas saya saja pergi sekolah lambat sikit. Pakcik, nasi lemak Makcik Zabedah ada tak?,” aku menjengah melihat pelbagai jenis kuih muih.
            “Selalu beli donat?,” dia tersenyum.
“Donat pun nak juga. Macam biasa la tapi nasi lemak Makcik Zabedah nak juga sebab hari tu dah rasa. Sedap!,” aku menunjukkan ibu jari kepadanya.
            “Amboi!Nasi nak, kuih nak. Habis ke kamu makan?,” tangannya masih lagi menyusun nasi lemak di dalam pinggan yang hendak diletakkan di atas meja.
“Habis sebab kongsi dengan kawan kat sekolah tu. Dia pun cakap sedap nasi dengan kuih-kuih kat pakcik,” aku mencapai 3 biji donat dan memasukkannya ke dalam beg plastik yang disediakan.
            “Ni..ada nasi lemak Makcik Zabedah tu. Kamu nak lauk apa?Ikan bilis?Ayam?.”
“Yang ikan bilis.”
            Aku menghulurkan 2 keping duit kertas RM1.
“Saya beli ya,” aku menyambut nasi lemak yang dihulurkan oleh Pakcik Mud.
            “Pakcik jual,” dia tersenyum.
“Pakcik, ni 2 bungkus ni,” aku menunjukkan kepada Pakcik Mud beg plastik yang berada di dalam genggamanku.
            “Ya la. 2 bungkus, betul la tu.”
“Kan saya nak satu je?.”
            “Pakcik sedekah. Buat makan dengan kawan kat sekolah tu. Rezeki jangan ditolak,” dia seakan-akan memahami niatku sebaik meletakkan beg plastik itu di atas mejanya.
“Em..baiklah. Terima kasih pakcik. Saya pergi dulu,” aku melangkah mendapatkan semula basikalku.
            “Pakcik, terima kasih!,” sekali lagi aku memanggilnya sebaik mengayuh basikalku.
“Ya la,” dia mengangkat tangannya.
            Aku menjeling kepada tembok yang berhampiran dengan longkang tadi. Ke mana budak tu?Agaknya dah ke sekolah. Wajah budak tadi muncul semula di ruang fikiranku.
“Comel!,” aku tersenyum mengenangkan senyumannya.
            “Kenapa la mak ayah dia tak hantar?,” aku terfikirkan mengenai budak lelaki tadi. Bukankah budak tu terlalu kecil lagi untuk dibiarkan ke sekolah awal-awal begini?Kalau la kemalangan atau kena culik ke?
            “Mungkin dia tunggu mak atau ayah dia tak,” aku membuat andaian sendiri.
Aku mengayuh basikal sambil menikmati angin pagi yang segar.
            “Mikhael,” aku tersenyum sebaik terpandangkan dia yang sedang menanti di seberang jalan setelah hampir separuh perjalananku.
Aku memberhentikan basikal dan menunggunya yang hendak menyeberangi jalan.
            “Awal awak hari ni?,” aku memandangnya.
“Selalu kalau saya awal tak pernah jumpa awak.”
            “Saja saya keluar awal. Saya tahu awak selalu awal sebab tu saya tunggu kat situ tadi,” dia menunjukkan kepada pokok yang sederhana besar di seberang jalan, tempat di mana dia duduk tadi.  Aku melihat lorong jalan yang menuju ke kampungnya. Gelap.
            “Awak tak takut?,” aku terus memerhati jalan yang berlorong tu.
“Takut?Nak takut apa?,” dia tersenyum.
            “Awak pun sama. Tak takut?,” dia bertanya kembali.
“Saya lain la. Tengok..,” aku menunjukkan kepada lampu basikal.
            “Tak la bergelap macam awak tadi kat situ,” aku menujukkan semula kepada pokok yang berada di jalan masuk ke kampungnya itu.
“Macam awak la. Kan awak pun dah biasa keluar awal-awal macam ni. Saya pun kan kadang-kadang dah biasa awal-awal. Kadang-kadang tu lewat. Ikut hari. Jadi apa yang nak ditakutkan. Betul tak?.”
            Aku mengangguk.
“Betul juga. Kalau dah biasa tak kan ada masalah.”
            “Tahu pun,” dia tersenyum.
Aku juga turut tersenyum.
            “Jom la,” dia mula melangkah.
Aku berjalan sambil menyorong basikal. Sesekali aku melirik kepadanya.
            “Mikhael...,” aku sedikit ragu-ragu untuk bertanya mengenai dirinya.
“Kenapa?Tanya je la.”           
            Aku terkejut. Macam mana dia tahu aku nak bertanya kepadanya?
“Muka awak tu. Macam ada benda yang nak tanya,” dia menjelaskan.
            Mikhael ni seakan-akan boleh membaca apa yang sedang aku fikirkan. Kadang-kadang aku jadi malu kepadanya yang seperti begitu memahami diriku.
“Awak..ada berapa adik-beradik?.”
            “4. Saya anak yang sulung,” dia memandangku.
“Kenapa?.”
            “Saja tanya. Saya 3 orang. Pun anak yang sulung,” giliran aku pula memberitahunya.
Ketika kami berdua menjejakkan kaki di dalam kawasan sekolah, keadaan masih lagi sunyi sepi.
            Banyak kelas yang masih lagi bergelap dari yang diterangi cahaya lampu.
“Jom, saya temankan,” dia menunjukkan kepada bangsal yang menjadi tempat menyimpan basikal.
            Dadaku berdebar di saat terpandangkan budak perempuan yang sudah seminggu aku elakkan daripada bertemu.
Budak tu masih lagi duduk mencangkung berhampiran dengan basikalnya yang berwarna merah itu yang diletakkan di hujung bangsal.
            “Mi..Mikhael..awak...,” aku memanggilnya.
Dia yang sedang berdiri tidak jauh daripadaku datang menghampiri.
            “Kenapa ni?,” dia mengerutkan dahinya.
Aku terus melihat budak perempuan itu. Betulkah apa yang aku nampak?Atau apa yang aku nampak ni betul-betul manusia ataupun tidak?
            “Kenapa ni?,” Mikhael bertanya lagi.
“Tu..awak nampak tak?,” aku menunjukkan kepadanya budak perempuan yang sedang duduk membelakangi kami.
            “Nampak tak?,” aku bertanya lagi setelah tidak memperoleh jawapan. Jangan-jangan hanya aku yang dapat melihatnya?
“Ya, saya nampak,” Mikhael tunduk mengunci basikalku.
            “Nah,” dia menghulurkan kunci kepadaku.
“Biarkan dia kat situ,” aku memandang Mikhael.
            “Betul awak nampak?,” aku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Mikhael mengangguk lagi.
            Aku tersenyum. Jadi, bukanlah mataku yang tersilap pandang selama ni. Aku takut seandainya apa yang aku nampak tu sama keadaannya apa yang pernah aku nampak di bilik kaunseling tempoh hari.           
            Biarpun tak mengganggu, tapi apabila aku terkenangkan semula, cukup membuatkan aku seram. Lebih-lebih lagi apabila budak perempuan yang aku nampak di bangsal tu pernah muncul di dalam mimpiku dengan wajahnya yang cukup menakutkan!
             “Biarkan dia. Mungkin dia ada hal,” suara Mikhael membuatkan aku mengalihkan pandanganku yang sedari tadi tertumpu kepada budak perempuan itu.
“Hal?.”
            “Mana la tahu kan. Em..tunggu kawan ke?,” Mikhael membuat andaian.
“Mungkin juga. Dulu pun saya terfikir macam tu sampai la..,” ayatku mati. Malu pula aku nak menceritakan kepadanya mengenai mimpi yang pernah aku alami. Takut punya pasal!
            “Sampai la...,” Mikhael merenungku.
“Mimpi,” aku memandang budak tu sekali lagi. Apa yang dia buat kat situ?Kalau tak kerana mimpi tu, mungkin aku dah pergi menegurnya. Perasaan ingin tahuku selalu timbul apabila terpandangkan dia yang duduk di situ.
            “Mimpi jangan diikutkan. Mainan waktu tidur. Dah, biarkan dia kat situ. Awak pergi kelas,” Mikhael seakan-akan memberikan arahan kepadaku.
            “Ya la, ya la. Orang tahu la,” aku berjalan menuju ke bangunan kelas.
“Tunggu!,” aku menoleh semula ke belakang.
            “Nah. Awak tertinggal tadi. Mujur saya perasan,” Mikhael menghulurkan beg plastik yang berisi donat dan nasi lemak.
“Terlupa!,” aku tersenyum sambil menyambut beg plastik tersebut.
            “Awak nak?,” aku mempelawa.
“Tak payah. Terima kasih. Awak jangan cuai,” dia mengingatkan lagi.
            “Ya la. Terima kasih.”
Aku mengaturkan semula langkah hendak menuju ke kelas.
            Beberapa tapak melangkah, aku menoleh semula ke belakang. Perasaan ingin tahu ku memaksa aku menoleh semula untuk melihat budak perempuan tersebut.
“Pergi kelas!,” Mikhael menguatkan suaranya.
            Ish!Mikhael ni ada lagi dia di situ. Ingatkan dia dah pergi ke kelas. Boleh juga aku lihat budak perempuan tu sekali lagi.
“Ya la!,” aku membalas.
            Aku mencari kunci yang disimpan di dalam poket beg sekolahku.
“Dapat pun,” aku mengeluarkan kunci itu untuk membuka mangga yang dikunci kemas di pintu kelas. Terus aku menekan suis lampu seperti kebiasaannya.
            Sebaik aku meletakkan beg dan beg plastik di tempat dudukku, aku terus berjalan ke belakang untuk mencapai penyapu untuk melakukan tugas aku seperti biasa.
Ketika  menyapu di tempat duduk Aysraf, aku sempat melihat tingkap di situ.
            “Berhabuknya!,” aku geram melihat tingkap yang begitu kotor. Bukan di situ sahaja, tingkap yang berdekatan dengan tempat duduk Amin juga begitu.
            “Siapa yang tak bertugas ni?,” aku berjalan ke depan kelas di mana tertampalnya jadual bertugas di papan kenyataan.
“Buang sampah, Fakri. Sapu, Halida,” aku mula membaca.
            “Cuci tingkap Nadirah dan Mazirah,” aku melihat namanya.
“Hari Jumaat...Aliya dan Fauziah.”
            Kat mana aku nak cari kain ni?Kalau la ada kain, boleh la aku tolong lapkan cermin tingkap yang berhabuk tu.
Aku berjalan menuju ke tempat duduk aku yang bersebelahan dengan Aisyah.
            “Tak ada,” aku sedikit hampa setelah puas aku mencari di dalam laci meja aku dan juga Aisyah.
“Lagipun bukan tugas Aisyah. Buat apa dia nak simpan kain buruk tu,” aku sedia maklum tugas Aisyah yang menyapu seperti juga aku.
            “Budak sebelah!,” aku teringatkan budak perempuan yang begitu asyik membaca buku di dalam kelas 5 K1 tu.
“Agak-agak dia ada tak?,” aku meneruskan kerjaku. Di dalam fikirkan aku berkira-kira untuk meminta daripadanya. Mana la tahu kalau dia ada menyimpan mana-mana kain buruk untuk di buat cuci tingkap?
            Aku melihat jam yang hampir ke pukul 7.
“Lambat pula bas hari ni,” aku memasukkan sampah ke dalam bakul sampah.
            Aku mengangkat bakul sampah yang separuh penuh untuk dibawa ke hujung bangunan, tempat di mana adanya tong sampah.
“Boleh la tanya dia,” aku tersenyum.
            Aku melihat kelas 5 K1 yang masih bergelap.
“Selalu ada budak tu,” aku sedikit hampa. Nampaknya tak dapat la aku nak menolong mereka membersihkan tingkap.
            Aku berlalu ke hujung bangunan. Aku menuangkan segala sampah yang ada ke dalam tong sampah yang sederhana besar tu.
Aku berjalan semula menuju ke kelas. Sekali lagi aku melihat kelas 5 K1 sewaktu aku melaluinya.
            Budak perempuan itu sudah ada di tempat duduknya. Seperti biasa, asyik mengadapkan pandangannya kepada buku di atas yang dipegang dengan kedua-dua tangannya.
            “Awak...,” aku memanggilnya melalui tingkap yang terbuka.
Dia masih leka membaca. Agaknya tak dengar suara aku.
“Awak..,” aku menguatkan suara kali ini. Biar dia dapat mendengar.
            Dia masih lagi asyik membaca. Khusyuk sangat dia dengan bukunya sampaikan tak dengar aku yang memanggilnya.
            “Awak!,” aku sedikit menjerit. Tak kan la dia tak dapat mendengar suara aku yang kuat kali ni?
Aku teringatkan bagaimana reaksinya ketika kali terakhir aku melihat dirinya di dalam kelas hampir 2 minggu yang lepas setelah aku asyik datang awal ke sekolah.
            Buku yang dipegangnya dihempas ke meja. Aku terkejut.
Agaknya dia tak nak diganggu pagi-pagi ni?Reaksinya sama seperti tempoh hari.
            “S..saya...nak pinjam..,” aku memandangnya yang terus menundukkan muka.
Satu lampu yang hanya menerangi kelasnya tiba-tiba membuatkan aku berasa seram.
            “Ta..tak apa la,” aku berjalan pantas menuju ke kelas.
Jantungku berdetak kencang. Sedikit peluh di dahi aku seka dengan tangan.
            Aku pelik dengan sikap budak tu. Seakan-akan marah. Salahkah aku memanggilnya?
Bukannya niat aku nak menganggu dia dengan aktivitinya. Mana la tahu kalau dia pun akan memerlukan pertolonganku satu hari nanti?
            Aku berjalan ke belakang kelas untuk meletakkan bakul sampah di tempatnya, di satu sudut kelas berhampiran dengan pintu belakang.
Kenapa budak perempuan itu tidak menoleh apabila aku memanggilnya?Kalau la dia tak mendengar untuk kali yang pertama dan kedua, itu mungkin juga dan aku boleh menerimanya.
            Mustahil untuk kali yang ketiga aku memanggilnya, dia masih lagi tak mendengar.
“Biarlah,” aku melangkah ke tempatku semula.
            Langkah yang diaturkan terhenti apabila dinding kelas yang berada di belakangku seakan-akan dihentak dari bilik sebelah. Tak kan la budak tu marah lagi?
            Aku berpusing untuk melihat.
“Tak ada apa-apa pun,” aku memerhati dinding tersebut. Agaknya aku yang tersalah dengar?
            Tak lama selepas itu, bunyi yang sama berulang semula. Kali ni lebih kuat dari yang tadi.
“Tak kan la dia tumbuk dinding tu?,” aku berpusing semula. Bunyi di dinding kelas aku yang berjiran dengan kelas 5 K1 tu seakan-akan dihentak dengan sesuatu.
            “Biarlah. Agaknya dia marah,” aku menuju ke tempat dudukku.
“Tak kan yang tu pun nak marah?,” aku menyimpan nasi lemak di dalam laci.
            Aku melangkah keluar kelas untuk menunggu Aisyah.
Saat mataku melihat tingkap kelas yang berhampiran dengan pintu masuk, aku bagaikan tak percaya.
“Bersihnya!,” aku memandang hujung jari telunjukku yang bersih daripada sebarang habuk setelah dicalitkan ke cermin tingkap.
Kalau di rumah pada minggu lepas, aku buat senarai tugasan yang perlu aku lakukan dan semuanya dibantu oleh sesuatu yang tak pernah aku kenali tapi pada pagi ni, sekali lagi dia menolong. Biarpun aku hanya berniat di dalam hati saja tadi.
            “Macam-macam!,” aku masih lagi memikirkan perkara-perkara pelik yang aku alami kalau aku datang ke sekolah di awal hari.
 







Tuesday, 11 March 2014

KENAPA YA?


Assalammualaikum dan selamat petang semuanya..tq kepada korang yang sudi membaca di blog ni..juga kepada semua2 yang sudi bagi komen.tq sangat2!Ni hah..hari ni karya kita IASU bab 2 baru je di letakkan di web n FB P2U..tengah tengok2 di FB diaorang tadi, terjumpa benda alah ni..

https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-ash3/t5/s48x48/41573_112123988953_9049_q.jpg
Penulisan2u telah berkongsi pautan.

Top of Form
Suka · Komen · Kongsi
·         Noemi Elyne, Shanty R Atte, Septiwulandarie Arie dan 101 yang lain suka ini
·         https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-frc1/t5/s32x32/369400_100006533680955_2086478345_q.jpg
Shy Lin knape la tjuk2 cerpen/n0vel skarg xmemartabatkn bhs melayu? klo tringin sgt nk buat tajuk bhs inggeris, tulis je la dlm bhs inggeris
Bottom of Form



Komen yang dibagi oleh SHY LIN di bawah tajuk IASu bab 2..itu pandangan dia..memang tak salah..kenapa tak memartabatkan bahasa Melayu?Kalau teringin sangat nak buat tajuk BI, tulis je dalam BI..Perghh!!!Dasyat tu..Pedih n laser gile!!Kan, kan?

Macam ni la..setiap orang ada cara dan cara pemikiran masing2. Kalau yang dah ada pengalaman(bukan nak cakap saya ada pengalaman banyak), umum mengetahui tajuk tu memainkan peranan juga dalam menarik minat orang untuk membaca. Zaman sekarang, rasanya tak macam dulu lagi yang hanya nak menggunakan perkataan "Cinta" "sayang" "rindu" dan perkataan2 yang sewaktu dengannya. Penulis kena fikir lain dari yang lain. lain dari yang kebiasaan(bukan nak cakap saya dah pikir lain dari yang lain but I try). Daripada nak merosakkan bahasa itu sendiri, saya lebih suka kekalkan bahasa Inggeris yang asal. Cth: Konklusi bermakna kesimpulan kan, kan?Asalnya: Conclusion.

So, unt cerita saya ni, dah memang saya wat si heroin suka tertidur n dapat gelaran Sleeping Ugly(which is vice versa Sleeping Beauty)..Kalau nak terjemahkan dari perkataan tu, boleh memang boleh tapi saya tak suka;-) And beside, this is my story. siapa2 yang tak suka, boleh buat cerita sendiri ye, huhu..n letaklah tajuk apa yang nak diletakkan pun. And 1 more thing, saya rasa ramai je penulis2 yang gabungkan perkataan BM dan juga BI, n still, bagi saya tak rosakkan bahasa pun. Lagi satu, pelik juga, dalam banyak2 karya yang terpapar kat situ, kat cite saya je yang si SHY LIN ni nak komen. ada je tajuk2 yang 100% menggunakan BI, tak kena pula. agaknya, dia ni minat dengan cite saya kut, huhuhuiii..perasan kan?Haha..K la..saya malas nak pikir sangat bab2 ni tapi bila orang bagi teguran, saya kena terima kan, kan?Rasanya dah bagi penjelasan(which I'm not owe to anybody) kenapa saya nak letak tajuk yang macam tu. Dan, rasanya selama cite tu disiarkan kat blog ni, tak ada sesiapa pun yang persoalkan@ tak suka dengan tajuk tu. Ke ada?Ada ke yang tak suka?Let me know k..but as I used to say before, apa2 pun yang penting bagi seseorang penulis, at the end adalah pendapat PUBLISHER..kalau sejuta orang suka sekalipun tapi Pubslisher tak suka, alamatnya berkuburlah kat situ je;-) Hehe..unless penulis tu memang tak ada niat nak terbitkan hasil kerja dia. And 1 more thing, kalau asyik nak cari salah, memang tak kan pernah habis. Cth: kalau saya nak cari salah budak SHY LIN ni, "ohh..nak martabatkan BM?Awak sendiri pun tak buat macam tu. Buktinya?Tu..yang taip'klo' tu..apa maksud tu?Dalam BM, tak ada kan, kan?;-)" kalau nak cari salah la..but I'm not like this..apa yang saya nampak? "Wah..femes lagi la IASU ni lepas ni(dalam hati, ya la tu, perasan!) maunya tak, dalam banyak2 tajuk lain, cite aku juga yang kena?" Huhu..take care everyone n Luv u all, tata!!!

Sunday, 9 March 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 27


Uzair menyisip sedikit air kopi ekspresso yang dibeli sewaktu di dalam perjalanannya ke bangunan pejabat buah hatinya itu. Lagu I found you yang didendangkan oleh kumpulan The Wanted menjadi halwa telinganya pada pagi itu di dalam kereta. Sudah hampir lima belas minit dia menunggu namun masih belum memberikan hasil untuk tujuannya ke situ.
            Sebuah kereta Nissan Infiniti G37 yang berwarna merah yang memasuki sebuah petak parkir yang bertentangan dengan keretanya mula membuatkan ulas bibir Uzair menguntumkan senyuman. Akhirnya!Akhirnya sudah tiba buah hatinya yang ditunggu-tunggu sedari tadi. Pagi ini, dia ingin melihat sendiri kenapa Jojo boleh berubah hati dan bersikap dingin kepadanya tempoh hari.
            Seorang perempuan yang melangkah keluar dari kereta buah hatinya itu mencuri pandangan mata Uzair. Ah!Tak pentinglah siapa perempuan itu. Tengoklah penampilannya itu. Euww!Baju kurung dan er..apa-apalah yang menutup kepala dia itu. Memang dasar perempuan kampung! Mata Uzair terus bergerak mencari-cari lagi kalau-kalau adanya penumpang lain.
            “Hmm..tak ada pun. Agaknya teman lelaki dia tak kerja kat sini?Atau pun...” Uzair terus berfikir. Matanya menyusuri langkah kedua-dua sosok tubuh itu yang sudah bergerak menuju ke lif.
            “Atau pun memang teman lelaki dia tu tak bekerja?Dan hanya nak kikis Jojo?Isy!Tak guna!Siaplah kalau aku dapat. Tahulah aku nak ajar mana mana nanti!.” Uzair terus melempiaskan kemarahannya seorang diri di dalam kereta. Pelbagai telahan demi telahan muncul di ruang benaknya semenjak Jojo memberikan layanan yang dingin kepadanya. Siapa gerangan yang membuatkan buah hatinya itu berubah sikap masih menjadi persoalan kepadanya sehingga dia mengambil keputusan untuk datang menyiasat sendiri pada pagi itu.
            Kelibat Jojo dan perempuan itu yang tidak lagi kelihatan di pandangan mata membuatkan Uzair mula memandu untuk meninggalkan bangunan berkenaan.
############################################### 
            “You tahu kan yang hari ni Risya akan buat photoshoot dengan kita?,” Jojo melepaskan soalan tersebut seiring dengan pandangan matanya yang ditalakan kepada raut wajah Hana.
            Hana menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
“Mestilah tahu. Kan ke Jojo dah bagi kat saya jadual tu. Sejak saya terima jadual tu saya dah tahu pun tapi kenapa ya?Ada apa-apa masalah ke?.”
            “Tak la. Mana ada apa-apa. Saja je I tanya kalau-kalau you terlupa. Kalau you terlupa, I nak ingatkan. Well, er..I mean...” Jojo mula tergagap-gagap apabila sepasang anak mata Hana tepat memandang kepadanya. Come on Jojo!Hari ni dah masuk dua bulan dia bekerja kat sini. Tak kan kau masih nervous lagi kut?
            “Kenapa ni?Kenapa Jojo nampak risau je?Resah semacam je ni?.” Suara lembut itu menarik perhatian Jojo yang dihalakan ke pintu lif. Lif baru sahaja bergerak melewati aras 10.
            Raut wajah Hana ditatap. Entah kenapa kadang-kadang lidahnya boleh jadi keras dan kelu terus setiap kali berhadapan dengan pembantunya itu. Bukannya dia tidak berusaha untuk mengatasi masalahnya yang satu itu, tapi memang tak boleh. Tengoklah tu..senyumannya, suaranya, matanya..
            “Jojo!Jojo!Ish!Orang tanya ni..boleh pula dia mengelamun.” Satu tamparan lembut singgah di lengannya tapi Jojo tersenyum terus. Biarlah!Hana nak buat apa pun dia rela tau!
            “Jojo..dengar tak ni?Saya tanya ada apa-apa masalah ke Risya nak buat photoshoot dengan kita hari ni?Semua dress dan kasut yang dia nak guna saya dah sediakan semalam. Apa yang tinggal, aksesori je la. Er..nanti Jojo tolonglah pilih yang mana satu ya. Saya tak tahu nak padankan dengan semua dress tu,” Hana membuat pengakuan.
            Jojo tersenyum terus.  Pembantunya itu dilirik sekali lalu. Sudah masuk dua bulan Hana datang dan pulang bersama-sama dengannnya kecuali satu hari yang itu. Hari di mana dia perlu menjemput Uzair dari lapangan kapal terbang.
            Jojo melepaskan keluhan sebaik seraut wajah lelaki itu terlintas sejenak di benaknya tadi. Sejak tempoh hari, dia langsung tidak menghubungi Uzair. Tiada panggilan atau pun mesej yang diberikan kepada lelaki itu biarpun adanya panggilan dan mesej yang datang dari Uzair.
            “Jom!Dah sampai pun,” Hana melangkah keluar sebaik tiba di aras 16. Jojo tersenyum tawar. Dia sudah nekad. Dia ingin berterus-terang dengan Hana. Ya, dia perlu melakukan itu. Cuma, dia perlu mencari masa dan tempat yang sesuai untuk menceritakan segala-galanya kepada pembantunya itu. Bukan hanya mengenai Uzair, tetapi mengenai hati dan perasaannya terhadap Hana.
            “Kenapa ni Jojo?Tak sihat ke?,” Hana memerhati Jojo yang berjalan beriringan dengan menuju ke studio.
            “Isy, mana ada!I okay. Sihat je ni, tak nampak?.” Jojo berdehem sekali dua. Kalau dia ingin mendapatkan Hana, dia mesti berubah dan itu termasuklah cara percakapannya juga kan?
            “Hana!.” Satu suara dari belakang mereka menerjah ke pendengaran. Serentak, Jojo dan Hana berhenti dan menoleh ke belakang. Kelihatan Erin yang sedang berdiri di depan muka pintu pejabat.
            “Apa yang dia nak?,” bisik Jojo.
“Tak pe la. Saya pergi sana kejap. Er..Jojo pergilah masuk dulu. Kejap lagi saya datang. Semua dress tu dah sedia tau. Kasut pun..,” Hana mengingatkan penata fesyen itu sebelum mula mengatur langkah.
            Jojo yang memerhati merasa sedikit sangsi. Kenapa sejak dua bulan yang lalu, setiap pagi si Erin itu akan memanggil buah hatinya?Mesti ada..eh!Kejap, kejap..Jojo, bila pula Hana jadi buah hati kau ni?
            Jojo tersengih sendirian. Kakinya masih lagi terpacak di situ. Matanya mengerling Hana yang baru mengikut Erin melangkah masuk ke dalam pejabat. Penampilan gadis itu masih lagi sama. Langsung tidak berubah apa-apa tapi dia senang begitu. Itulah Hana yang dia kenal sejak hari pertama. Hana yang sentiasa membuatkannya tidak sabar untuk datang bekerja setiap hari. Kerja?Eh!Bukankah dia kena memilih aksesori untuk dipadankan dengan dress tu? Kalau hendak fikir pasal Hana je, sehari suntuk pun dia boleh duduk tanpa melakukan apa-apa.
            Jojo mula menghala ke studio dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
            Erin memerhati tingkah Hana yang sedang melakukan ‘tugasan’ yang diberikannya tadi. Dia tersenyum berpuas hati apabila melihat air kopi yang sedang dibancuh oleh perempuan kampung itu. Nampaknya apa yang pernah diberitahu oleh Risya kepadanya dahulu, memang betul.
            Hana, si Sleeping ugly tu memang boleh disuruh melakukan apa saja. Apa yang penting, percuma pula tu. Apa lagi yang dia nak?Kalau sebelum ini, dia merasakan bahawa dia la kakitangan yang paling bawahan sekali dengan kerjanya sebagai penyambut tetamu dan kerani di Fabuloustar itu tetapi dengan adanya gadis dungu itu, dia bukan lagi kakitangan bawahan tau!
            “Ei!Cepatlah sikit buat air tu. Nak buat air pun lembap. Aku tak tahulah macam mana kau boleh buat kerja dengan Jojo tu dan bertahan sampai sekarang.”
            Suara Erin yang kedengaran tidak diendahkan. Hana terus memasukkan gula ke dalam teko air. Dua bulan bekerja di situ, dia sudah biasa dengan ‘tugas’ barunya yang diberikan oleh Erin iaitu untuk menyedikan air kopi buat gadis itu. Semuanya bermula sejak kedatangan Rina ke situ genap seminggu dia bekerja.
            “Lagi satu, bukan ke aku dah pernah pesan, setiap hari buatkan aku kopi. Kau ingatkan?Habis tu tadi kalau aku tak panggil, memang kau nak masuk studio teruslah kan?Ke kau saja buat-buat lupa kerja kau ni?.”
            Hana diam tidak berkutik. Biarkan, sabar je la Hana. Siapakan air dia dan lepas tu, kau boleh ke studio untuk tolong Jojo dan belajar dari dia macam mana nak suai padankan aksesori-aksesori yang banyak tu dengan semua dress yang akan digunakan oleh model-model pada hari ini.
            Erin yang tidak menerima sebarang respons dari gadis itu semakin mendidih darahnya. Tangannya mula naik menolak bahu gadis itu.
            “Hei!Aku cakap dengan kau ni!Kau dengar ke tak?Kau ingatkan apa yang aku pesan?Setiap hari buatkan aku kopi dulu. Kemudian barulah kau masuk studio buat kerja-kerja kau. Kau ingat ke tak?Itu pun kalau kau nak bertahan lamalah kat sini. Kalau tak...”
            Hana menoleh ke arah Erin apabila mendengar nada yang berbaur ugutan itu dilontarkan kepadanya. Kenapa?Kenapa Erin harus bersikap begitu kepadanya?Matanya memerhati Erin yang sedang tersenyum sinis kepadanya. Sabar Hana. Anggap saja kau tolong dia buat masa sekarang. Dapat pahala. Lagipun, kau pun tahukan dia bukannya ada apa-apa hak untuk pecat atau berhentikan kau dari syarikat ini.
            Erin tersenyum terus. Rasakan!Tahu dia takut bila dengar aku cakap macam tu tadi. Tidak sia-sia dia mengguna pakai petua yang diberikan oleh Risya itu. Kalaulah dia ditakdirkan bertemu dengan si Sleeping ugly ini terlebih awal, mesti senang kerja-kerjanya di syarikat ini. Kalau terasa nak minum kopi, panggil dan suruh je dia buatkan. Suruh dia kemaskan meja, tolong fotokopi surat-surat tu, beli kek cawan macam yang minggu lepas itu dan macam-macam lagilah. Oh!Indahnya hidup ini!Bahagia!
            “Air dah siap. Saya pergi dulu,” tutur Hana sebaik sebiji cawan sudah dipenuhkan dengan air Nescafe ‘o’panas.
            “Tunggu!.”
Suara Erin mematikan langkah Hana yang baru hendak meninggalkan bilik pantri itu. Kepala mula ditoleh memandang kepada Erin yang sedang memandang kepadanya.
            Apa lagi yang aku nak suruh perempuan kampung ni buat ya?Kopi sudah ada. Suratkhabar hari ni pun dah ada. Apa lagi ya?
            “Ada apa lagi Cik Erin?Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu,” tutur Hana sebelum berlalu.
            Erin yang sudah kekeringan idea untuk terus memberikan ‘tugasan’ kepada gadis itu hanya menghantar pemergian Hana dengan pandangan matanya. Ah!Biarlah. Banyak lagi masa yang ada untuk dia terus pergunakan perempuan kampung yang selekeh itu. Tengoklah tu. Masih lagi dengan baju kurung dan tudung yang tak seberapa itu. Kasut pun masih lagi kasut leper.
            “Ei!Semak mata aku tengok..,” bisik Erin sendirian. Bibirnya tersenyum berpuas hati sebaik secawan kopi diangkat dan disisip sedikit air yang masih panas  itu.
            Hana melajukan langkah menuju ke studio. Harapnya janganlah Jojo bertanyakan mengapa dia dipanggil oleh Erin tadi. Selama dia menjadi ‘tea lady’ tidak rasmi kepada Erin itu, Jojo masih lagi belum mengetahui keadaan yang sebenar. Dia sendiri tidak berniat untuk menceritakan hal tersebut kepada Jojo dan Ika. Apalah sangat kalau setakat tolong  buatkan air tu kan?
            Sebaik tiba di studio, kelihatan Imran yang sudah berada di situ.
            “Baru sampai ke?,” tegur lelaki tersebut yang sedang menyediakan kameranya.
            “Tak la. Saya dah sampai tadi. Singgah pejabat kejap,” balas Hana.
Imran tersenyum sebaris. Hana pula mengatur langkah ke arah bilik wardrobe. Sebaik tiba di situ, mata Hana terus tertancap kepada Risya yang sedang dirias oleh jurumekap.
Itu Risya dan dia sendiri sudah maklum tapi siapa pula lelaki yang seorang lagi itu?Macam nak kenal je.
            “Eh!Sayang, you dah sampai pun. Come..tolong I kat sini,” panggil Jojo apabila baru perasankan kelibat pembantunya yang terpacak di muka pintu itu.
            Risya yang sedang memandang ke cermin mula menjeling ke pintu sebaik mendengar lantunan suara Jojo.
            “Ada lagi kau kat sini?Ingatkan dah berhenti dah..,” sinis Risya sambil tertawa kecil. Lelaki yang turut dirias di sisinya itu turut menoleh ke arah pintu.
            “Ugly?!What?Betullah cakap you Rin..,” lelaki tersebut menjerit kecil.
Ugly?Hanya mereka yang bersama-sama dengannya di UiTM yang akan menggelarkannya sebegitu.
            “Sayang, come!,” Jojo memanggil  lagi. Model lelaki yang sedang tertawa dengan Risya itu dijeling sekilas. Biadab!Dia ingat dia tu kacak sangat nak gelar buah hati aku ‘ugly’?Hei, aku lagi kacak tau!Siapa yang tak kenal Jojo, siapa?Ini Jojo tau!
            Hana mula mendapatkan Jojo yang sedang memilih beberapa aksesori. Siapa ya lelaki itu?Hana mengerling sekilas ke cermin memerhati raut wajah lelaki itu yang terbias apabila melewati belakangnya untuk menuju ke Jojo.
            Ya Allah!Kenapa aku boleh tak ingat?Zafran!Adam Zafran!
Langkah Hana terhenti di belakang model lelaki itu yang sedang ditata oleh jurumekap. Lama dia menatap raut wajah Adam Zafran yang terbias di dalam cermin. Ya, lelaki itulah yang pernah menuang air kepadanya dahulu bila dia tertidur di dalam kelas.
            Hana mula mengetap bibir. Hati yang tadinya tenang mula bergelodak apabila mengingati bagaimana dia pernah diperlakukan oleh lelaki yang bernama Adam Zafran itu.
            Risya yang menjeling ke cermin mula perasankan Hana yang masih tidak berganjak dari situ. Dia mula menyiku lengan Adam Zafran. Matanya mula mengisyaratkan ke cermin.
            “Ehem!Hai ugly..aku tahulah aku ni handsome, tapi tak payahlah nak tengok sampai macam tu sekali. Kalau nak autograf, cakap je tapi lepas photoshoot ni ya, ok?.”
            Hana tersentak dari lamunan. Empat orang jurumekap yang setiap dua dari mereka sedang menata rias kedua-dua model itu tersenyum-senyum kepadanya apabila mendengar suara Adam Zafran. Dia mula berlalu.
            Perasan!Dia ingat aku ni peminat dia?Handsome?Hei, Jojo lagi kacak tahu!Sabar Hana, sabar. Apa yang lepas tu biarkan. Sekarang, masing-masing sudah dewasakan?Sudahlah, tak payah nak dilayankan sangat si Rina atau Risya tu dan juga si Zafran tu.
            “You okay?,” bisik Jojo kepada Hana.
Pembantunya itu tersenyum sambil menganggukkan kepala.
            “Kenapa pula tak ok?Bukannya saya tak tahu Zafran tu. Dari UiTM lagi.”
“Zafran?Kat sini orang panggil dia Adam,” bisik Jojo. Tangannya menunjuk beberapa utas rantai yang sudah dipilih.
            “Macam mana?Cantik tak?Yang penting match dengan dress-dress yang akan digayakan oleh Risya.”
            “Wah!Cantiknya. Kalau Jojo yang pilih mestilah cantik.” Jojo tersenyum lebar. Kembangnya!Dia tahu pujian itu adalah pujian yang jujur dari pembantunya itu.
            “Jojo, tahu tak?,” bisik Hana sambil menjeling sekilas kepada Adam yang sedang dirias itu sebelum menyambung kata-katanya.
            “Walaupun Jojo ni bukannya model, tapi di antara Jojo dengan dia tu,  Jojo lagi handsome tau. Tadi tu saya tengok dia bukannya sebab dia handsome. Perasan!.” Hana mula meluahkan rasa tidak puas hatinya. Dia terus membebel kepada Jojo.
            Apa yang Jojo dengar, Adam, dirinya dan dia yang lebih kacak. Yang lain-lain sudah tidak penting. Senyumannya makin lebar. Bukan ke dia dah cakap tadi, memang dia yang lagi handsome. Itulah, korang tak percaya!
 ##############################
            “I nak jumpa you. Please....” Pesanan ringkas yang baru diterima itu dibaca perlahan. Jojo menjeling ke arah Hana yang sedang mengemaskan dress-dress yang digunakan oleh Risya untuk sesi fotografi pada tengah hari tadi.
            “Apa yang aku nak buat?,” getus Jojo seorang diri. Terhenti tangannya dari terus menyusun kasut-kasut yang digayakan oleh Adam, model yang menjadi pasangan kepada Risya untuk hari ini.
            Hatinya mula berbelah bahagi. Kalau dia pergi berjumpa dengan Uzair, itu bermaksud Hana harus pulang seorang diri pada hari ini. Kalau dia tidak pergi, bila lagi akan ada kesempatan untuk bertemu dengan Uzair dan meluahkan segala-galanya kepada lelaki itu?Mustahil dia boleh terus melarikan diri tanpa bersemuka dengan Uzair yang tidak pernah, walau sehari pun tidak menghubunginya.
            Lambat-lambat Jojo mula mula menaip membalas mesej yang diterima.
            “Datanglah ke apartment I. I tunggu.” Siap, pesanan itu terus dihantar. Jojo mula menoleh kepada Hana yang masih lagi melakukan kerja-kerjanya.
            “Er..sayang..kalau you balik sendiri hari ni ok tak?I ada hal sikit la,” tutur Jojo tanpa memandang kepada pembantunya itu. Perasaan bersalah mula terselit di dalam hati. Tangannya kembali menyimpan sepasang kasut Marc Jacob di atas rak.
            Hana yang sedang menyangkutkan sehelai maxi dress, mula menoleh kepada Jojo.
“Ok, saya boleh balik naik teksi je. Jangan risaulah tapi er..Jojo ok tak ni?Tak sihat ke?,” Hana teragak-agak untuk bertanya. Risau pula kalau dicop sebagai penyibuk nanti oleh lelaki yang menjadi ‘pemandu’ tidak rasmi kepadanya selama dia berkhidmat di situ.
            Jojo cuba bernada ceria. Dia menoleh dengan memberikan senyuman kepada pembantunya itu.
            “I okaylah. Dari pagi tadi you asyik tanya I, sihat ke tak. Ni..tak nampak ni?Sihat kan?Cuma kawan I nak datang ke rumah jadi I ingat I nak balik sekarang. Sebelum tu nak singgah beli barang dapur sikit. Kalau nak hantar you takut terlambat nanti tapi...”
            “La..tak payahlah nak buat muka macam tu. Saya okay je la. Setiap hari yang Jojo datang dan hantar saya tu pun, saya dah bersyukur. Tak payahlah nak rasa bersalah sangat. Lebih baik Jojo gerak sekarang. Nanti lambat pula,” tutur Hana. Lega hatinya apabila mengetahui hal yang sebenar.
            “Er..ya la. Sorry tau I tak dapat hantar you balik. You call teksi ya sayang?Jangan balik dengan orang lain. I jealous!.” Jojo yang siap menyandang sebuah beg mula menaikkan jari telunjuknya sebagai peringatan. Walaupun dia cuba menzahirkan secebis dari isi hatinya, kelihatan pembantunya itu hanya tertawa mendengarkan kata-katanya.
            “Hati-hati ya. Assalammualaikum,” ucap Hana sebelum lelaki itu melangkah keluar dari bilik wardrobe.
            “Waalaikummussalam. Ingat, I jealous!,” Jojo mencebikkan bibirnya sebelum berlalu. Hana tertawa lagi melihat tingkah Jojo yang terus gemar mengusik. Tangannya masih lagi lincah menggantungkan beberapa helai dress yang masih berbaki. Semuanya harus disusun dan diasing-asingkan kerana ada sebahagiannya, sememangnya milik syarikat itu yang tidak perlu dipulangkan semula.
            Petang kian merangkak menghampiri senja. Hana yang baru selesaikan menunaikan sembahyang Asar di bilik wardrobe itu, pantas mengemaskan kain telekungnya untuk disimpan kembali di dalam beg.
            Berpuas hati dengan keadaan bilik wardrobe itu, Hana menekan suis untuk mematikan lampu sebelum melangkah keluar. Pintu bilik itu mula ditutup. Sebaik menoleh, sosok seseorang yang sedang berdiri di belakangnya mengejutkan Hana.
            “Zafran!Awak..er..awak buat apa kat sini?Risya tak ada.” Hana mula berdebar apabila melihat keadaan studio yang hanya dihuni oleh mereka berdua.
            “Tahu..saya datang sebab nak bagi autograf. Kan awak nak tadi?Kan?,” Adam Zafran tersenyum sebaris. Matanya terus menatap seraut wajah yang berada di hadapannya kini.
            Hana mula berkerut dahi.
“Bila masa saya nak?Saya balik dulu.” Hana mula membuka langkah untuk meninggalkan studio itu. Jantungnya mula berdetak kencang. Keadaan yang sunyi sepi sebegitu semestinya boleh menimbulkan sebarang fitnah ke atas mereka berdua.
            “Hei..tunggulah dulu. Saya tak bagi lagi autograf tu. Untuk awak, saya sediakan yang special!.” Lengan gadis itu mula disentap.
            “Lepaslah!,” Hana terus menolak apabila dirinya ditarik hampir kepada lelaki itu. Niat Zafran kini terzahir di depannya. Lelaki yang telah tersandar ke dinding itu, memberikan Hana peluang untuk melarikan diri.
            Dia mula membuang langkah menuju ke lif. Zafran yang tidak berpuas hati terus mengejar. Peluang yang ada tidak seharusnya disia-siakan. Sengaja dia menantikan peluang itu sejak selesainya sesi fotografi tadi. Kalau tidak dimanfaatkan sekarang, bila lagi peluang seperti itu akan muncul?
            Hana yang ketakutkan mula membuat keputusan untuk menggunakan anak tangga. Zafran yang terlebih dahulu muncul mula menarik tangan gadis itu dari terus melangkah.
            “Tunggulah dulu. Sekaranglah masa yang sesuai untuk I bagi autograf tu. Special untuk you sayang. Come on!Jangan macam ni..,” Zafran mula tertawa. Kini gadis itu sudah pun berada di dalam pelukannya.
            Pap!!Hana melayangkan tamparan sekuat hati di pipi kiri lelaki itu dengan tangan kanannya. Zafran yang sedikit terkejut mengusap-usap pipinya.
            “Nampaknya kau nak main cara kasar, ya?Kalau macam tu, fine...” Kedua-dua tangannya mula naik memegang bahu Hana. Gadis itu ditolak ke dinding.
            “Lepaslah!Tolonglah Zafran!Jangan buat saya macam ni!.” Hana mula meraung. Hanya tangannya yang kini menjadi pemisah di antara wajahnya dengan wajah lelaki itu.
            Rayyan yang sedang memicit pangkal lehernya terkejut dengan drama yang tersaji di depan mata sebaik pintu lif terbuka di aras 16 itu. What the...eii!Agak-agaklah kalau nak bermesra sekali pun, isy!
            “Lepaskan saya Zafran!Tolonglah!.” Suara perempuan itu menusuki deria pendengaran Rayyan. Ini bukan kes suka sama suka kan?Pintu lif yang hampir tertutup di tahan dengan tangan. Dia mula melangkah keluar.
            Bahu lelaki yang sedang membelakanginya itu ditarik dan sebiji penumbuk diberi secara percuma.
            “Orang tak nak jangan dipaksa.” Briefcase dan kot yang dipegang mula diserahkan kepada Hana. Lengan baju mula disenteng.