Thursday 31 January 2013

NOOR NAZRAH

wah, terharu bila owner MBR sudi meluangkan masanya untuk menulis komen. terima kasihhhh!!! rupa-rupanya Noor Nazrah ni pun seperti saya, anak kedua. emm..memang salah satu sifat anak kedua ni independent kan?saya pun macam tu, selagi boleh diselesaikan sendiri satu-satu perkara tu, saya akan try buat sendiri tanpa nak menyusahkan orang lain. dan sebab tu juga, before nak jadi penulis ni, kerja yang paling famous iaitu 'tanam anggur', parents saya tak bising sangat coz memang saya ada saving sendiri. segala perbelanjaan SDN BHD. memang tak kan meminta-minta daripada mak atau ayah so that's y diaorang tak tension dengan saya even 24 jam ada kat rumah, hehee:-)

tapi apa-apa pun, saya percaya kalaulah kita ada meter yang boleh diukur tahap kesabarannya, Noor Nazrah akan jadi juara compare to me;-) itu adalah salah satu perangai tak elok yang saya nak cuba kikis saban tahun. dan sebab perangai tak 'sabar' tu jugalah, saya macam nak grab lagi items dari MBR, haha...dah la baru dapat QR black n flowy skirt dari MBR, bila tengok ada je QR version 2 terus terjegil mata, hehe....cantikkk!!!flowy tu amat-amat puas hati coz b4 this takut nak beli coz takut tak cukup labuh ke     apa even MBR dah stated yang labuh dia 39 inci dan saya sendiri pun dah ukur tapi biasalah kan, ni my first time beli benda2 through online dan MBR adalah d 1st blogshop yang menjadi pilihan saya. rasanya memang selepas ni, kat MBR je la saya akan terus beli coz perangai saya, kalau saya dah selesa dengan satu-satu benda tu, selagi tak bergegar bumi memang tak kan bertukar la jawabnya:-) contohnya macam pelembut kain, saya suka Downy so kalau g kedai dan memang habis, saya tak kan beli yang lain, sebab tu arwah emak pernah tegur, hehee...nak buat macam mana kan?Dah memang macam tu sikap saya dan saya akan terus setia dengan MBR, selain dapat membantu bisnes sesama Muslim, dah memang selesa and best baju-baju dia.

 ni adalah salah satu Queen Rania 02 yang bermain di dalam kepala;-) tapi memang cantik kan?seriously since beli QR dan Miss Rania 02 dari MBR, sehingga ke saat ini, tak pernah lagi beli baju dari mana-mana kedai lain.. saya pun bukan rajin sangat nak keluar rumah, kecuali g CC untuk berinternet dan contact publisher so baju-baju dari MBR la yang saya akan pakai:-) setakat ni QR dah ada 4, baby pink, baby blue, dark grey dan black. Miss Rania ada 6, tolak kuning dan merah je, yang lain dah ada dalam almari. dan nampaknya, QR version 2 ni macam nak coming soon;-) hehe..ayahanda tak marah coz baju ni pun ok, cuma jeling-jeling je bila abang pos laju bagi hon van bila sampai depan rumah, hehee..

untuk Noor NAzrah, terharu saya bila awak sanggup letak gambar kita kat FB..dan saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk awak, dunia dan akhirat. semoga bisnes MBR akan terus berkembang. nasib baiklah awak duduk jauh, kalau saya duduk dekat-dekat rumah awak, terpaksalah awak mengadap muka kita setiap hari coz once saya suka shop kat situ, saya akan terus SETIAAAA!!! [awak dah consider kita kawan, lagi terharu ;( ]

Tuesday 8 January 2013

fajar pakeer

emm..even happy coz sejak beberapa minggu lepas tak pernah stop shop dari my beautiful rania, tapi dalam hati ni, Allah je yang tahu sebenarnya..saya tengah risau ni..ya la takut kalau-kalau kerjasama yang bakal terjalin dengan fajar pakeer tak menjadi. tapi doa saya, menjadi la ya ;) bukan bermaksud, bila saya asyik bertanya itu ini, saya tak boleh nak bersabar dan tunggu tapi takut kalau ada silap kat mana-mana yang bakal menjejaskan kerja-kerja baik di pihak saya mahupun FP. coz i've learned my lesson. banyak benda yang dah dilalui tapi no regret coz pengalaman akan mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati. contohnya, macam hari tu, entah apa yang tak kena dengan akaun emel saya, saya asyik tunggu respon dari FP tapi at last dapat tau yang FP dah balas cuma, saya yang tak receive. tapi, saya find out benda tu pun lepas bertanya dan terus bertanya, see?kalau saya assume yang FP sibuk sebagai contoh, dan nanti-nantilah baru FP balas, dan saya pun tak ada inisiatif nak emel, tak ke benda tu tergantung kat situ je?Coz saya assume benda lain, FP fikir benda lain tapi the fact is, benda lain yang terjadi.

tak de la nak terus bertanya every single second, itu saya pun semak!Rimas..untuk saya yang menggunakan CC ni, seminggu sekali saya akan bertanya just in case. macam baru-baru ni, FP cakap dah poskan surat tapi sampai ke hari ni, saya masih belum menerima. kalau saya tak tanya?assume yang surat tu akan sampai?sebab tu saya emel dan tanya. semua tu atas inisiatif diri sendiri. ini kerja saya, so i take it very serioulsy. saya rasa kita tak perlu nak rasa bersalah untuk bertanya dan mendapatkan jawapan dan kepastian. berapa banyak masalah yang boleh berlaku dalam hidup kita kalau masing-masing dengan andaian sendiri?

"Oh..tak pe la. nanti ok la tu"
"Dia busy tak?Nanti dia reply la"
"Ala, tah-tah diaorang dah dapat pun tapi tak reply lagi"

Kalau betul tak pe, kalau tak?tak ke naya!benda yang boleh settel senang-senang tapi menjadi susah dengan sikap kita sendiri. doa saya, semoga kerjasama yang bakal terjalin dengan FP akan berjalan lancar. risau kalau-kalau something happen disebabkan masalah komunikasi tapi setakat ni syukur la..FP pun memberikan kerjasama yang memuaskan hati saya:-) juga, jutaan terima kasih kepada Kaki Novel yang membuka peluang kepada saya pada 2011. tiada patah kata yang dapat digunakan untuk menggambarkan jasa kalian...terima kasih!
inilah novel pertama..harapnya akan menyusul novel kedua ya dengan FP;) even tak sehangat dan famous macam novel-novel lain, tapi saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah, hee..terima kasih kepada mereka yang sudi membeli dan tinggalkan komen di blog pertama saya dulu tu. thanks!!!

beli lagi

alhamdulillah, baru je setel bayar kat bank Maybank tadi. even orang ramai tapi tak la lama sangat tunggu coz akak tu bagi nombor giliran yang ok;-) dapat nombor 4092, time tu dah turn nombor 4089 so kena tunggu sat je la..so semalam lepas habis fikir dan tengok FB my beautiful rania, dah make up my mind, termasuk my sis juga yang nak try cardigan dari MBR ni, maka beli la SC05 yang wrna light peach macam yang my sis nak tu. and for me, dah grab blue stripes hari tu kan so order red stripes pula this time. ingatkan hari tu dah out of stock coz kalau tak better order je time order 2 in 1 cardigan dengan blue stripes tu. maybe mata ni tersilap tengok kot, hehe..ya la banyak sangat item yang dok berkenan so dalam kepala pun mix macam macam benda la.tapi sayangnya, Waka Black tak sempat grab kali ni, huhu...disebabkan tak sempat nak order Waka tu, kita simpan dulu 2 in 1 cardigan orange, mana la tahu in case ada lagi yang berkenan di hati nanti, bolehlah masukkan cardigan tu in list. tak la new item tu keseorangan on the way dari rumah Nazrah nak ke rumah kita kan?kalau tak kesian kat new item tu, sorang-sorang...hehehe..untuk Noor Nazrah, semoga bisnes semakin berkembang dan maju jaya ye..thanks coz sudi reply semua emel dan melayan segala kerenah saya. bila tengok FB MBR, terfikir macam mana la agaknya kalau saya yang berada kat tempat Nazrah ni..bukannya apa, memang bagi saya mesti dia ni penyabar habis(bukan bodek ye;) ] coz pelbagai soalan yang ditanya.kadang-kadang tu, soalan tu sebenarnya dah ada jawapan pun kat situ, macam item mana yang still ada stock, tapi bab stock ni tak pe lagi coz maybe kadang-kadang owner dah restock, so kita nak tau la kan tapi bila ada soalan-soalan macam, labuh maxi dress or labuh apa-apa je la, ukuran dah ada tapi still nak refer tanya agak2 labuh sampai mana la, sesuai ke tak..memang la tak salah nak tanya tapi apa kata try ukur juga kan?kita kena ada inisiatif sendiri juga so that, if anything happen, tak la owner blog ni dipersalahkan. but that is not really my point kat sini, tapi saya nak cakap yang Nazrah ni memang penyabar orangnya. still jawab n jawab n jawab n jawabbbbb....kalau sayalah, emmm..,mungkin sifat kesabaran yang tinggi tu tak ada kat saya, so saya lebih prefer untuk bekerja sendiri. macam tak melibatkan ramai orang. and maybe that's y, i become a novelist?chewaah, haha!entahlah, sebenarnya apa yang terjadi dalam hidup kita dah ditentukan oleh Allah SWT. apa yang kita terasa nak buat hari ni pun ditentukan oleh Allah. Dia yang bagi rasa tu kat kita. selain tu, saya percaya sifat dan personaliti seseorang tu juga dipengaruhi oleh kedudukan dia di dalam keluarga. macam saya, saya anak kedua dari 4 adik beradik. 2 lelaki 2 perempuan, emm...Nazrah?;) nanti saya nak tanya la, hehe...
adik saya order light peach tu..saya prefer cardigan yang labuh;)

Monday 7 January 2013

rambang mata

assalammualaikum n holaa!!!

waaaahhh!!geram betul ni..geram yang suka ya bila tengok FB dan blog my beautiful rania ni..agaknya dah memang tak boleh nak tulis benda lain but this blog je kan?hehe...apa salahnya kalau tolong promote kalau dah memang items dari my beautiful rania ni memang best dan sepadan dengan harganya..ni pun tengah bermain-main di dalam kepala beberapa items,hehe..petang semalam pukul 3 sampai juga abang pos laju tu. risau la juga kan coz my beautiful rania pos hari khamis tapi hari sabtu tak dapat lagi, agaknya sebab waktu baru pos malaysia kot?lagipun hari sabtu tu awal bulan. k la, tak mau cakap  banyak, ni la item yang mungkin akan di grab lagi even petang semalam, ayahanda tercinta jeling-jeling je bila tengok bungkusan yang ada ditangan, haha..tapi tak marah pun, ya la duit kita. cuma, as a man, biasalah ayahanda tercinta tu tak paham kenapa orang perempuan ni suka beli baju banyak2?bagi saya, sebab baju tu cantikkkkkk!!but then, of course kena la tutup apa yang wajib ditutup kan?dan sebab tu la my beautiful rania is the best choice. this is my first shopping experience through online sebenarnya..even mula-mula tu macam risau, ya la takut item yang kita order tu tak sama macam yang kita tengok, takut tak sampai la, macam-macam la lagi tapi bila dah puas hati, semua ragu-ragu pun dah hilang, nah...dah addict la pula dengan blog ni. tak mau cakap banyak tapi berjela juga kan?haha..so this is it...



rasanya macam nak je ketiga-tiga ni, hehe...dah la sales kan?bila lagi nak berjimat tapi nak tanya kat adik la, in case dia nak short cardigan coz budak tu suka short cardigan. kita suka yang labuh-labuh,hihi..kalau dia nak, bolehlah order!

Wednesday 2 January 2013

Magic dress my beautiful rania

wah, cantiknya warna-warna yang di restock kali ni. dulu tu pernah tengok tapi tak beli coz ukuran cakap sesuai untuk orang yang dibawah 158 cm je. agak-agak yang 160 ok tak;-) hehe..dah la mampu milik, satu set dengan extra long cardigan rm90. ish, ni yang geram ni..rasa macam nak grab je satu set. nak-nak bila tengok mix n match magic dress yang pink dengan extra long cadigan grey, nice!!!

ni pula pic extra long cardigan..
memang best la!! ni la owner my beautiful rania yang pandai bergaya:-)


semoga bisnes awak semakin berkembang ye Noor Nazrah. saya doakan yang terbaik!!!

my beautiful rania lagi!!!

hola! now, barulah betul-betul addict dengan my beautiful rania. rasanya since beli dari blog ni, sampai sekarang ni memang tak pernah stop lagi la. nak-nak pula baru je tengok FB my beautiful rania ni. wah, ada sales!!!memang rambang mata la bila tengok semua collection yang ada sales tu tapi sayangnya, before this memang tak tau pula ada stock tu kat blog MBR. lagipun sebelum dapat gaji dari kaki novel mana la rajin sangat nak tengok blog my beautiful rania ni. takut terjerat tapi fulus tak cukup!haha..kalau sebelum ni, tengok-tengok macam tu je la tapi la ni, since dah dapat gaji, asal berkenan, emel terus kat Noor Nazrah, owner blog my beautiful rania tu. confirm je ada item yang nak tu, terus bank in kat Maybank tapi satu je yang tak puas hati. bukan kat MBR tapi kat maybank Kodiang ni. mesin deposit cek ada tapi mesin deposit tunai, tak dak. ishhh....no tengo no idea betui la dengan maybank cawangan ni. mujur juga belian dari MBR tu rm100 so tak la malu sangat nak p kaunter tapi hari ni punya pasal, demi item yang berkenan di hati tu, still p juga even jumlah kali ni just rm60. maklumlah, sales!yahuu, dapat juga save budget and thanks to my beautiful rania yang buat clearance stock dan mujur juga dapat grab blue stripes yang cantik tu..ni la pic both item tu...
ni lagi satu item yang saya order, 2 in 1 cardigan. harga asal nampak tak?so saya berjaya beli dengan harga rm30 je(bangga ni!) hehe..