Wednesday 27 August 2014

MACAM2

Assalammualaikum dan selamat petang semuanya. Sihat ka?Lama juga tak update blog ya..Maaf sangat2 sebab saya tak berapa sihat hari tu. Kena asma..Macam ni, petang ni dengan suhu yang dingin ni(mata pun dah nak layu) terjumpa satu link ni..Topik yang dibincangkan pasal tema novel, khawin paksa@kontrak yang mendapat sambutan di kalangan pembaca. Boleh klik

Tema novel

Atau baca di bawah( Saya copy n paste sebiji2 dari laman tersebut)

6 Sebab Kenapa Saya Tak Baca Novel Cinta Melayu

Bedaduz 227 Comments
   
 1 


1- Nama watak yang tak logik 

Ada satu trend dalam novel cinta Melayu yang sangat tak logik. Perasan tak macam mana nama-nama watak dalam novel cinta Melayu? Kalau perempuan rule-of-thumbnya kena nama banyak huruf A dan/atau S. Contohnya Shahfiza Hanisa, Qistina Amalia, Nora Elena, Izora Malisa. Tak logik kot orang Melayu nama fancy macam tu sekali! Kalau yang lelaki nama dah macam cyborg; Adam Mukhriz, Iqbal Hanif, Danial Rasydan, Azlan Hafizi. 

Tak boleh ke bubuh nama yang common macam Izati ke, Laili ke, Salmah ke, Fatimah ke, Sarimah ke, Kuntum ke. Nak nampak moden sangat ke letak nama macam nama planet? 
Yang laki tak boleh ke letak nama Daud ke, Shuib ke, Idris ke? Apa, kalau kau letak nama-nama common macam tu akan jadi tak hensem ke? 

2- Jalan cerita yang berulang-ulang 

“Anisa anak seorang gadis kampung yang patuh pada suruhan agama. Dia dijodohkan dengan Shariz Azfar, anak Tan Sri Habib tokay besar Syarikat Berlian Habib. Namun Anisa mempunyai pilihan hati sendiri iaitu teman sekampungnya, Ustaz Aliff Aziz. Sewaktu mula berkahwin, Shariz Azfar seorang yang pemabuk dan kaki perempuan dan suka memukul Anisa, tetapi Anisa berjaya mengubah hati suaminya. Ustaz Aliff Aziz pula tidak pernah berhenti percaya kekuatan cinta mereka bla bla bla...Datang pula bekas kekasih Shariz Azfar, Maria Sarahpoba wanita Kuala Lumpur yang free hair dan jahat cuba memenangi semula hati Shariz Azfar. Apakah yang akan terjadi? Jeng3...” 

Jalan cerita novel Melayu dah dekat dua puluh tahun, tak pernah berubah. Kamon la, kenapa persekitarannya mesti ada Tan Sri, Datuk, businessmen? Kenapa mesti watak perempuan utama tu perfect serba-serbi, takde langsung kekurangan (kecuali kuat menangis). Kenapa mesti ada kahwin paksa? Dah takde idea sangat ke penulis-penulis novel ni? 

Tengok cerita Ombak Rindu. Template yang exactly sama digunakan. 

Aaron Aziz, lelaki kaya, terpaksa kahwin dengan perempuan-Melayu-terakhir Maya Karin yang perfect. Tapi Maya Karin diminati Bront Palarae, teman sekampungnya. Datang pulak Lisa Surihani, kekasih free hair yang jahat dan urban cuba memenangi hati Aaron Aziz. 

*OK, I know I can’t remember the characters, didn’t even have time to Google. But you can see my point* 
Dah abad 21 kot. Tahun 2012. Kenapa jalan cerita sama je? 

3- Perwatakan yang sama 

Sampai bila nak guna idea yang sama untuk watak-watak novel cinta? Kenapa takde penulis yang berani nak keluar dari kelainan? 

Cuba buat watak seorang perempuan kampung tapi suka bersosial? Buat watak perempuan bandar free hair tapi rajin baca Quran? 

Atau buat watak lelaki penghisap dadah tapi berjiwa mulia. 

Kenapa asyik nak buat watak yang sama je? Kalau dia miskin, dia baik hati. kalau dia kaya dia keji. Atau paling berani pun penulis novel cinta ni cuma buat watak lelaki yang kononnya kuat agama (imam, bilal, ustaz), tapi suka main perempuan. 

Kenapa takde watak yang lebih manusia? Takde watak yang berjiwa dalam, berfikiran hebat. Adakah sebab penulis tu sendiri tak berjiwa dalam, semata-mata hidup berpandukan cinta kepada lelaki (sebab penulis novel wanita.) 

Dan kenapa watak lelaki kacak, perempuan cantik. Kenapa tak buat je watak lelaki gemuk, perempuan hodoh? Ataupun tak boleh ke tak mention yang watak-watak tu good looking? Cuba tulis biasa-biasa, tak payah nak tulis “Adam Mukhriz lelaki paling ganteng seantero nusantara, Haris berwajah putih dan kacak, Anisa wanita paling jelita di Tanah Melayu” 

Tulis je “Hariz berkulit gelap, sawo matang. Mata juling.” Kerana apa penulis novel tak tulis macam ni? Haa, sebabnya buku cinta tu semuanya fantasi novelis yang tak kesampaian. 

Konpemnya semua novelis tu imagine deorang lah watak utama banyak huruf A dalam novel yang deorang karang. Lepas tu deorang imagine yang deorang dapat kahwin dengan lelaki hensem (walaupun terpaksa tak kisah. Walaupun kuat minum arak tak kisah, aku boleh insafkan dia jadi lelaki baik. Yang penting laki aku hensem. Jahat ke tak belakang kira) 

Oh lagi satu. Kalau watak perempuan kahwin dengan mat salleh, mesti macam ni “Thomas Alva Edison, lelaki Belanda fasih berbahasa Melayu yang mencari-cari Tuhan. Telah lama meninggalkan agama nenek moyangnya, sehingga dia bertemu Ilyana yang mengajarnya erti patuh kepada Tuhan yang Esa” not saying yang benda ni tak bagus, tapi why keep repeating the same character?

Kenapa mat salleh tu dah pandai cakap bahasa Melayu? Kenapa tak boleh cakap yang watak mat salleh tu tidak mencari-cari Tuhan? Kenapa nak mudahkan cerita yang mat salleh tu pandai cakap Melayu kononnya tengah mencari Tuhan kemudian watak utama @ perempuan perfect serba serbi tu conveniently guide dia dengan mudahnya? 
Kenapa taknak buat conflict intrapersonal yang lebih dalam dekat situ? Sebab apa, sebab novelis cinta Melayu pemalas. Semuanya convenient, come in handy, tak payah berusaha. Watak ni jahat, lama-lama dia insaflah tengok bini perfect dia solat 5 waktu sehari. 

Watak Datin ni keji, nanti dia insaflah bila tahu anak yang dia banggakan bukan anak kandung dia. Semuanya convenient, penulis novel tak payah explain. Benda jadi sekelip mata macam tu je. 

4- Happy ending 

Kalau dah katanya novel cinta, mesti happy ending. Last-last sekali yang penting watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S akan menemui cinta sejati bersama jejaka kacak anak Tan Sri yang sudah bertaubat taknak minum arak dan main perempuan. *clap hands* . Watak yang paling kecewa ialah watak perempuan free hair yang jahat dan seksi *sesuai dilakonkan Faradhiya* yang terpaksa meninggalkan jejaka kacak anak Tan Sri, kekasih pertamanya. Oh dan juga, rakan sekampung perempuan huruf banyak A dan/atau S yang makan hati setelah kekasihnya menemui cinta sejati. 

Tidak dilupakan, Tan Sri *Jalaluddin Hassan/Mustapha Kamal* sudahpun mati dan mewariskan perniagaan kepada jejaka kacak. Datin Seri *Azizah Mahzan/dan yang sewaktu dengannya* insaf dan melayan menantunya iaitu watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S seperti anaknya sendiri. (Kalau Datin Seri belum insaf, akan ada sequel) 

5- Tidak mencabar minda 

Dalam novel cinta Melayu, langsung takde plot yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak, atau membuatkan kita rasa pemikiran kita tercabar. Asek-asek sogok benda yang sama. 
“Dalam hati Arisa, terasa bunga-bunga cinta untuk Daniel Hakim berkuntum. Lelaki kacak itu begitu pandai menawan hatinya.” Simple. Easy. Jatuh cinta macam tu je. Tak pernah deorang nak explore aspek yang lebih dalam dalam percintaan. 
Cuba macam ni: 

Untuk bulan-bulan pertama, kami memegang erat satu sama lain dengan perasaan putus asa yang dungu. Kerana walau apapun yang mereka katakan, tiada apa yang dapat menghalang kami berdua daripada bertemu. Dengan bayangan tragedi yang menghantui kami, kami menjadi kukuh; tidak mampu dipisahkan, dua bahagian yang membentuk kesempurnaan. Aku mangsa kepada heronya. Aku selalu dalam bahaya dan dia selalu menyelamatkan aku. Aku akan jatuh dan dia akan mengangkatku. Dan itu; sebanyak mana kami menjalinkan cinta ialah bagaimana kami mencintai satu sama lain; bersatu di mana kelemahanku memerlukan perlindungan. 

Tengok? Jauh beza tak? Satu directly cakap “Mereka jatuh cinta” yang kedua cakap, “Mereka jatuh cinta, dan ini bagaimana mereka jatuh cinta...” Lebih mendalam. Lebih menerokai emosi manusia. Bukan menunjukkan manusia semata-mata jatuh cinta. 

Fine, mungkin anda kata “Novel cinta kot! Kau nak baca novel thriller pergi baca novel Ramli Awang Murshid sana!”

Fine. Saya terima. Tapi kalau nak compare genre cinta sekarang dengan novel cinta zaman dulu, jauh berbeza. Dua-dua novel Melayu. Keterlaluan ke nak compare novel Melayu dulu dengan sekarang? Kalaupun wataknya hampir sama (perempuan miskin, lelaki kaya) tapi the way penulis dulu bawak cerita dia sangat menyakinkan dan menyayat hati. Setakat kau tunjuk watak tu kononnya menangis sebab suami dia curang, memang langsung bukan tandingan dengan novel cinta Melayu dulu. Kualiti OK, bukan kuantiti dia menangis tu jadi ukuran. 

Cuba baca novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, tengok kau menangis tak. Cuba baca novel Azizah, tengok kau termenung tak. Novel cinta? Yes, dua-dua novel cinta. Tapi dua-dua kualiti lagi superb dari seribu novel cinta picisan Alaf 21. Ulasan je pun.

6- Tema yang membosankan 

Tema semata-mata cinta dan pengorbanan (Redha itu ikhlas, pasghah itu menyeghah. Or whatsoever) Kenapa taknak buat tema lebih daripada cinta? Kenapa taknak include tema yang lebih mendalam? 
Mungkinkah sebab penulis novel cinta ni dah tahu memang khalayak pembaca dia suka macam tu je, dia pun ulang-ulang benda yang sama. 

Banyak lagi tema yang novelis cinta gagal nak explore. Dekat America, cinta bukan setakat antara manusia. Ada vampire, werewolves, cinta antara manusia dengan hantu. Dan kalau dah ada cinta, ada pulak novel romance (18SX).Fine, kalau kata deorang takde agama. Semua benda jadi mainan. 

Tapi takkan kau takde effort at least untuk explore benda luar dari kelainan? Cuba buat kisah cinta seorang jejaka kaya dengan anak Orang Asli macam cerita Pocahontas. Kisah cinta dua robot macam Wall-E. Mampu kau? Review je pun.

Yang kau tahu, itu jelah. Laki hensem, perempuan miskin. 
Boring~


Kata saya:

1) Ok, untuk point yang 1st ni, macam ni..pasal nama2 ni, tujuannya adalah untuk menyedapkan lagi cerita tersebut. memang tak ada kaitan 100% pun..tapi adalah sikit.cth: Kalau letak nama Kuntum, Salmah, dengan zaman sekarang 2014 unless cerita yang nak ditulis ni berunsurkan komedi, nama2 tersebut boleh dipakai. kalau nak buat cerita yang serius@komedi romantik, rasanya tanyalah mana2 penulis pun(Even tak semua) tapi saya yakin most of us tak kan bersetuju dengan nama2 yang macam ni. Selain tu, saya yakin dengan nama yang menarik, dapat menarik minat@perhatian pembaca juga ;-)

2)Jalan cerita yang berulang2. saya faham point yang cuba disampaikan, which is khawin paksa@kontrak, watak yang macam tu juga..kenapa diulang?Penulis tak ada idea baru ke?Sebabnya benda2 yang macam ni yang masih mendapat sambutan dari para pembaca. bila ada demand, of coz publisher pun nak kan benda2 ni.

3) Watak yang sama..yang miskin baik, yang kaya jahat, bla..bla..in short, lumrah, isn' it?Pointnya kenapa harus sama?Balik2 benda tu juga..kenapa tak create watak yang lain?Pertamanya, berbalik kepada demand tadi. kalau dah demand untuk jalan cerita yang macam tu, of coz watak pun balik2 akan sama @ lebih kurang. Bukannya seperti yang ditulis oleh saudara ni..CONFIRM imagination penulis yang khawin dengan lelaki kaya,hensem dan sebagainya. Memang boleh kalau nak create watak yang totally berbeza walaupun tema yang sama, cth:Khawin kontrak@paksa tapi watak hero n heroinnya, dua2 orang miskin. bukannya salah sorang hero@heroin, yang jadi kaya@miskin..tapi PERSOALANNYA,dapat tak para pembaca terima benda ni?Harus diingat, pembaca di Malaysia(bukan semua) tak senang2 nak boleh accept and adapt dengan satu2 benda dan D BIGGEST QUESTION is dapat ke PUBLISHER nak terima benda ni?Unless penulis tu plan nak terbitkan kerja dia sendiri then dia ada hak 100% nak berkarya macam mana sekalipun tanpa mengambil kira sebarang pendapat. TULIS n TERBITKAN sendiri, mampu?Ada..tapi tak ramai.

4)Happy ending. Yup, ni memang dititikberatkan oleh kebanyakan publisher. Unless FIXI ;-)

5)Tak mencabar minda..lain orang lain kehendaknya. kadang2 kalau tanya yang baca novel2 yang bergenre sebegini pun dah rasa tercabar mindanya, ya tak?Hahaha..coz each one of us is unique.kita tak boleh nak paksa diri masing2. kalau dia tak suka, hak dia. kalau kita suka, hak kita. sama juga, kalau dia rasa tak tercabar mindanya, itu hak dia. sesetengah orang mungkin enjoy je genre2 yang macam ni;-)

6)Tema yang sama..ya, selagi ada demand, selagi itulh benda ni akan di ULANG, ULANG, ULANG..faham ya?Hehe..Bukan tak boleh nak buat vampire dan sebagainya, beside dah ada kut yang buat. RIA NATSUMI, suamiku vampire..and again, akan ada orang yang cakap, tiru orang putih la tu!Sebab apa?Sebab sesetengah orang kita memang akan ada TENDENCY nak banding2kan apa yang kita ada dengan orang putih sana, WHY???Okay, nak buat cerita laki kaya dengan POCAHONTAS contohnya..and again, dapat tarik minat orang kat MALAYSIA tak?Again, kuasanya di sini adalah DUIT. it's all about making profit. kalau pihak publisher boleh agak cerita tu macam tak ke mana, saya rasa dia orang pun tak kan ambik risiko.
        
         Sebenarnya, apa yang ditulis oleh saudara ni ada benarnya. Klik link tu and korang boleh baca baaaaaanyak komen yang diberikan. Bagi saya sendiri, dengan pengalaman yang tak seberapa, saya bermula dengan Aku, Dia &. Com untuk novel yang pertama. Novel yang sah2 bukan khawin paksa. Saya tulis apa yang saya suka tanpa mengambil kira apa yang sedang berlaku dalam dunia penulisan dan penerbitan pada waktu itu. Bahkan, kewujudan Kaki Novel pun saya tak tahu at that time. Bila karya tersebut ditolak oleh publisher2 lain, saya mula search syarikat2 penerbitan yang lain yang ada. Then, saya terjumpa dengan KN ni dan dia orang terima dan diterbitkan pada November, 2011. Hasilnya?Boleh baca sendiri di goodreads;-) hehe..tak ramai yang suka rasanya. walaupun pada waktu tu, ada emel yang saya terima(ada sorang ni dari Brunei) cakap sukakan cerita yang tak seberapa tu..budak2 UiTM pun, hehe..TQ! Pendek kata, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.
        
           Apa yang saya sedar, novel2 yang berunsur khawin paksa@kontrak ni memang mendapat sambutan. Memang betul apa yang ditegur oleh saudara ni. kenapa balik2 nak guna tema ni juga?Penulis malas nak buat kajian dan sebagainya. untuk orang lain, saya tak tahulah tapi saya yakin, sedikit sebanyak dia orang akan buat juga research tu.Ada 1 of comment pasal nama tu..saudara ni balas, logik ke nama yang fancy2 tapi stay kat ulu tembeling?Dulu pun waktu tulis 1st novel saya fikirkan LOGIK. study kat UiTM Kedah, tapi tak cakap loghat Utara, dah la tu budak Kedah?Tak logik la kan?Then, saya tulis yang watak utama tu cakap utara. tapi publisher cakap bahasa pasar@rojak. pula?
         
          Ada juga yang melabelkan sesetengah adegan dalam novel khawin paksa@kontrak ni keterlaluan and novel2 sebegini dilabelkan NOVEL CABUL. saya tak nafikan. lain orang lain cara penulisannya. untuk saya sendiri, rasanya belum sampai ke tahap itu lagi kutl;-) dalam MY MISS pun rasanya tak ada adegan2 sentuh yang sebegitu( itu sebabnya tak jadi bestseller?Haha..) Sebab memang saya menitik beratkan hal2 ni. malu kot kalau ada ahli keluarga kita sendiri yang baca kan..dah tu, terfikir DOSA ke tak?Tak maulah kalau sampai nak lariskan novel kita tapi kena tanggung dosa yang diulang cetak tu kan..wallahua'llam.. tapi jangan ingat novel yang bergenre macam ni aje yang ada adegan2 macam ni..kalau boleh saya tulis kat sini(jangan marah ha) ada novel FIXI, ILUSANITI..ada juga bahasa2 dan scene yang teruk. Ya, saya baca semua novel tak kisah genre apa2 pun. kalau nak sebut genre yang asyik diulang, saya rasa biarlah diulang asalkan ada keaslian cerita tersebut.Asli, bagi saya hasil 100 peratus idea si penulis. bukannya mencedok hasil kerja orang lain. kalau kita baca SANCTURIA, again terbitan FIXI, itu adalah kejadian yang pernah berlaku di US..JONESTOWN. siapa yang tahu?Bagi saya memanglah boleh diterima tapi again keaslian tu kurang. ibarat mengambil kisah kejadian tersebut dah diolah semula di dalam bentuk cerita. and again, ubahlah sikit here n there..See?Senang kan kalau nak kritik hasil kerja orang lain?Sama juga macam novel yang pernah popular dulu BICARA HATI. plotnya, kemalangan kereta yang membawa khawin paksa between hero and heroin. then yang terbaru, kita ada LOVE U MR.ARROGANT. siapa yang pernah baca BH dulu mesti akan cakap jalan cerita yang diulang2.sama juga macam OMBAK RINDU. kisah heroin yang dijual oleh pakcik ke sarang pelacuran. then kita ada AKU BUKAN MISTRESS, again jalan cerita yang hampir sama. 

           Itu tak kena, ini tak kena..bagi saya, kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. untuk yang baru nak memulakan penulisan, kalau baca apa yang ditulis oleh saudara ni, it can be either good or bad. dari segi bagusnya, benda ni buat kita lebih terbuka untuk menerima kritikan. tak semua apa yang ditulis dan diluahkan oleh saudara ni salah dan tak semuanya betul juga.itu pendapat saya. bad nya, mungkin korang akan cepat patah semangat atau takut nak memulakan langkah pertama. untuk saya yang pernah kecewa dan tahu maksud cita2, angan2 dan sebagainya, saya lebih suka bagi galakan. Go on!Jangan terlalu mengambil kira segala macam faktor(kecuali DOSA, hehe..kalau dah tahu dosa, jangan buat) untuk memulakan karya korang. memang it can be soooo scary..it can be hurt too..bila dengar atau baca komen2 yang negatif tapi tu tak bermaksud korang kena STOP. habis tu, kalau korang pun nak tulis cerita yang ala2 BH atau LYMR.Arrogant tu, so what?!Apa hak orang lain nak pertikaikan?Mungkin, lepas baca both or 1 of the novel, korang rasa korang pun boleh tulis cerita yang macam tu tapi jaaaaauuuh lebih baik,maybe..so?Go on!Jangan nak cepat putus asa!Kalau nak kata genre khawin paksa@kontrak ni ada scen2 yang ehem2 tu, bukan setakat cerita2 macam ni je..banyak lagi cerita2 dengan tema yang lain pun still ada scene tu. tak percaya, try baca GANTUNG(FIXI lagi, marah pula geng2 fixi nanti, hehe) ada juga..tapi kita kenalah bijak menilai. kalau dah tahu zina tu dosa, jangan buat. baca novel ni as 1 of escapism. nak release tension atau sumber hiburan, that's all. siapa suruh ikut klau dah sah2 tau dosa?Huh!

P/S: terfikir juga bila saudara ni komen, yang nama bukan main lagi kan tapi stay kat ulu tembeling. emmm..nama watak saya untuk IASU, Hana Antasha tu..tapi stay kat KODIANG je korang..boleh ka?Haha...siapa tengok SPAIN UOLLS kat TV3 hari tu?jangan tak tau, Kodiang pun dah fames oo!!Muahhaa..Lagi satu, janganlah asyik nak agungkan karya2 luar macam STEPHEN KING, J K ROWLING dan sebagainya. memang bagus jalan cerita dan sebagainya. sampaikan jadi filem yang hits tapi cuba buat kajian sikit. kenapa dia orang bagus?Kalau kat Hollywood sana, dia orang bagus mesti ada sebab. siapa yang tahu?;-)



So true...jangan give up okay?Teruskan berusaha and keep the faith ;-)




Monday 4 August 2014

DIA...MIKHAEL 14


14
            Aku mengeluarkan buku rujukan Bahasa Inggeris daripada beg sekolah. Tak sia-sia aku membawanya ke sekolah pada hari ini kerana masa yang sepatutnya diisi dengan pelajaran kegemaranku, Bahasa Melayu terluang begitu sahaja apabila Cikgu Mokhtar tidak hadir.
        “Awak buat apa tu?,” Aisyah mencuit lenganku.
“Ni..buku yang saya pinjam semalam tu. Ingat nak buat latihan sikit. Awak?,” aku melirik beberapa buah buku yang berada di atas mejanya.
            “O..ni buku Matematik. Ingat nak buat latihan juga. Pasal tajuk Persamaan Serentak tu,” dia mengeluarkan pula kalkulator daripada beg sekolahnya.
“Eh!Hari ni tak ada Matematik kan?,” aku cuak apabila terfikir kemungkinan aku tersilap jadual.
            “Memang la tak ada. Sama la macam awak. Bawa buku BI tu. Bukannya ada pun dalam jadual kan hari ni?.”
Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala.
            “Betul, betul. Kalut tadi,” aku tersengih.
Keadaan kelas yang tidak bising membuatkan kelas aku jarang mendapat guru ganti, baik untuk mengajar subjek yang ditinggalkan oleh guru tersebut mahupun sekadar untuk menjaga kelas.
            Kadang-kadang saja guru yang mengajar kelas-kelas yang berdekatan akan menjengah bertanyakan mengapa kelas ini kosong tanpa gurunya. Waktu tu, barulah seisi kelas akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru yang terbabit.
            Misalnya, pada pagi ni, kelas BM yang ditinggalkan oleh Cikgu Mokhtar kerana dia tidak sihat. Mujur juga, Cikgu Zahri yang mengajar di kelas 5 K1 dan sama waktu mengajarnya dengan Cikgu Mokhtar, datang menyinggah dan memaklumkan kepada kami.
Sedikit sebanyak ini memudahkan kerja Zaim, selaku ketua kelas agar tak perlu dia pergi ke pejabat untuk bertanyakan mengenai ketidakhadiran Cikgu Mokhtar.
“Aisyah..,” aku memanggilnya yang begitu tekun mengadap buku.
            Dia memandangku.
“Ni..saya beli tadi. Yang pakcik tu sedekah pun ada. Rehat nanti kita makan sama-sama,” aku menarik keluar plastik yang berada di dalam laci meja.
            “Banyaknya...nasi pun ada?,” Aisyah tersenyum.
“Nasi..karipap pun ada. Donat, saya punya la.”
            Aisyah ketawa.
“Sshh!!,” aku memberikan isyarat. Keadaan kelas yang tenang pastinya membuatkan ketawa Aisyah itu jelas kedengaran.
            “Ada la tu...,” Amin yang mengusik dari belakang menarik perhatian kami berdua.
“Biarlah...,” Aisyah menjeling.
            “Tak nak kongsi dengan kami ke?,” Fauziah yang memegang pen itu turut memandang.
Sudah!Hal yang tak sebesar mana pula menarik perhatian seluruh kelas.
            “Ala..tak ada apa-apa pun,” Aisyah tersenyum memandang aku.
Aku mencapai semula pen dan mengadapkan semula pandangan kepada buku yang berada di atas meja.
            “Lepas makan nanti, saya nak pergi koperasi. Lama pula rasanya tak singgah kat situ,” Aisyah mencuitku. Kali ini suaranya lebih perlahan berbanding tadi.
“Ok..saya pula ingat nak jumpa ustaz,” aku memaklumnya mengenai rancangan yang bermain di fikiran.
            “Ustaz?Nak buat apa?,” dia bertanya sambil tangannya sesekali sibuk menekan kalkulator.
“Em..saja. Awak tau kan saya kan suka membaca. Mana la tahu kalau-kalau ustaz ada buku yang menarik. Jadi, saya ingat nak minta pinjam. Agak-agak, dia bagi tak?,” aku meminta pandangan Aisyah.
            “Pinjam?Dapat pun!.”
Aku berhenti menulis.
“Dapat?Dapat apa?.”
            “Ni..jawapan soalan nombor 13 ni,” dia tersenyum. Puas hati melihat hasil kerjanya sendiri.
“Saya tanya yang lain la tadi..,” aku mengetuk pen di lengannya.
            “O..pasal buku tu?Em..mungkin la. Kan buku-buku ni macam barang peribadi juga. Kalau la ustaz sayang, tak kan dia nak bagi. Betul tak?.”
Aku terdiam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Aisyah itu.
            Niat aku yang dah lama aku pendamkan untuk bertemu dengan ustaz Syukri dan meminta kebenarannya untuk meminjam mana-mana buku miliknya yang berkaitan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah ni, seakan-akan tak akan tercapai.
            “Kenapa?Penting ke awak nak pinjam buku-buku tu?.”
Aku tersenyum memandangnya.
            “Tak la betul-betul penting. Cuma, kalau dah ada tu, boleh juga menambah ilmu. Boleh juga saya baca waktu-waktu lapang kat rumah tu,” aku meneruskan kerja yang tergendala.
            “Rajin awak Lida. Kalau saya nak habiskan satu-satu buku ke, novel ke..lambat..tak macam awak.”
“Ala..dah minat. Apa pun boleh, ya tak?.”
            “Betul sangat-sangat. Habis tu, jadi tak awak nak jumpa ustaz?.”
“Entah la. Tengok la dulu. Lagipun....”
            “Nak jumpa ustaz?Nak buat apa?,” suara yang mencelah mematikan kata-kataku.
Aku memandang Fakri yang datang sambil membawa sebuah kerusi. Dia meletakkan kerusinya di hadapan meja aku dan juga Aisyah.
            Aku memandang Aisyah yang juga memandang aku. Tak pasal-pasal, heboh pula kes aku nak berjumpa dengan ustaz untuk meminjam bukunya!
“A..ya la. Kalau jumpa tu boleh juga tanya topik-topik yang lepas tu. Bab sembelih ke, haji ke..,” Aisyah memandang aku.
            Wah!Lancar juga Aisyah menuturkan idea yang tak terlintas di benakku.
“O..macam tu ke. Ingat nak buat apa tadi. Bila nak jumpa?Ok juga tu. Boleh juga saya ikut,” Fakri meletakkan buku rujukan Sejarah di atas meja.
            Sekali lagi aku berpandangan dengan Aisyah.
“Nak ikut?Pergi la ajak si Khairul ke.. tak pun Asyraf tu. Kami pun..a..bukannya tentu lagi nak jumpa ke tak. Kan Lida?,” Aisyah menyiku lenganku.
            “A..betul tu,” aku hanya mengiyakan Aisyah yang menolong aku.
“La..ingatkan nak jumpa hari ni. Eh!Ni macam buku baru je?,” Fakri mencapai buku rujukan Bahasa Inggeris aku.
            Fuh!Selamat kali ni. Aku memandang Aisyah yang tersenyum kepadaku.
Mujur juga buku rujukan yang baru itu berjaya mengalihkan perhatian si Fakri ni!
 **********************************************************************
            Selesai mata pelajaran Sejarah, aku memicit-micit jari yang lenguh kerana menyalin nota-nota yang diberikan oleh cikgu. Aku cuba membaca kembali nota-nota yang dicatatkan di atas kertas yang aku bawa dari rumah.
            “Tengok..dah macam cacing,” aku mencuit Aisyah yang mengemas mejanya.
“Mana?Yang ni?,” dia menarik kertas-kertas yang penuh dengan tulisanku yang berubah-ubah.
            “Bukan yang tu je. Ni pun..,” aku menunjukkan lagi.
“Semua la!,” aku membetulkan tudung.
            “Ya la. Macam cacing. Ke lintah?,” Aisyah ketawa.
Aku yang pada mulanya terkejut dengan jawapannya, turut ketawa.
            “Tak patut la awak ni. Ada ke macam lintah?Geli la!,” aku menampar bahunya.
“Ya la. Dah awak cakap macam cacing, saya kena la fikirkan haiwan lain,” ketawanya masih lagi bersisa.
            “Nah..pilih je yang mana awak nak,” aku menarik keluar plastik yang berisi juadah makan tengah hari kami.
“Saya bawa yang ni..,” Aisyah mengeluarkan satu bekas daripada begnya.
            “Nasi goreng?,” aku bertanya.
“Ya. Telur goreng pun ada sekali ni,” dia membuka bekas penutupnya membuatkan aromanya dapat dihidu.
            “Wanginya!Ni best ni!,” aku memandang nasi gorengnya yang memang menjadi kegemaranku.
“Kita ni dah terbalik kan?,” Aisyah menghulurkan botol airnya yang berisi air kosong itu.
            “Terbalik?Maksudnya?,” aku mencapai botol tersebut untuk menggunakan airnya mencuci tangan dengan menjadikan plastik sebagai tadahan agar air tersebut tak tertumpah.
            “Ya la. Saya sukakan nasi lemak awak. Sandwich lagi..tapi awak sukakan nasi goreng saya ni,” dia menolah bekasnya agar dekat kepadaku.
“Dah sedap!,” aku tersengih.
            “Agaknya sebab kita dah biasa tukar-tukar makanan kan?,” dia bertanya lagi.
Aku mendiamkan diri memikirkan sesuatu.
            “Dari tingkatan 1 kan?,” aku memandangnya.
Aisyah menganggukkan kepala sambil tersenyum.
            “Dah nak masuk lima tahun. Sekejap je kan?,” dia mengunyah sebiji karipap yang berada di tangannya.
Aku mendapat idea untuk mengusiknya yang selalu mempunyai akal untuk mengenakanku.
            “Ya ke sekejap?Saya rasa macam dah berabad!,” aku mencapai sudu yang diletakkan di atas penutup bekas yang berisi nasi goreng.
Aisyah yang terkejut dengan jawapan aku terus tersedak.
            “Nah..minum. Tu la..lain kali jangan gelojoh!,” aku menghulurkan botol air yang berisi air teh kepadanya.
Aku menolong menepuk-nepuk belakangnya.
            “Ni..tak nak ke?Nanti habis saya makan,” aku terus menyudu lagi nasi gorengnya yang memang sedap.
“Saya dah selalu makan. Memang saya bawa kat awak pun,” dia mengetap bibirnya. Agaknya menaahan geram usikan aku tadi.
            “Hehe..sedap!,” aku menyuap lagi ke dalam mulut dan Aisyah mula membuka balutan nasi lemak Makcik Zabedah yang harum tu.        
            “Nak pergi jumpa ustaz tak?Kalau nak saya boleh temankan tapi kena pergi koperasi dulu la. Nak singgah jumpa Devi.”
Aku mengelap meja dengan tisu.
            “Malas la. Nanti-nanti la saya pergi. Lagipun tak ingat apa yang Fakri cakap tadi?.”
Aisyah mengerutkan dahinya.
“Tadi tu..kan dia pun nak jumpa ustaz. Nanti tak pasal-pasal pula bertembung dengan dia hari ni. Baik saya pergi hari lain,” aku menerangkan kepada Aisyah yang tak faham dengan soalan aku tadi.
            “O..macam tu. Betul juga kan?Nanti benda yang kecik tu pun boleh jadi kecoh,” Aisyah yang faham dengan sikapku turut bersetuju.
“Kalau macam tu saya jalan dulu la. Nak pesan apa-apa tak ni?Pen ke, pensil ke...”
            “Tak. Semua dah ada,” aku terus mengelap meja yang bersisa dengan makanan tengah hari kami. Biarpun hanya serdak-serdak karipap dan gula daripada donat, aku selesa untuk memastikannya betul-betul bersih.
            “Ok la. Saya jalan dulu. Betul ni tak pesan apa-apa?,” sekali lagi Aisyah bertanya.
“Ya. Betul la. Pergi la cepat. Dah nak habis masa ni,” aku mengingatkannya waktu rehat yang hanya tinggal lebih kurang 10 minit.
            “Sempat lagi. Assalammualaikum. Jangan lupa tolong buang plastik tu,” dia menunjukkan kepada plastik yangberada di atas mejanya.
Belum sempat aku nak menjawab, dia sudah menghilang.
        Aku terus mengelap meja dengan tisu-tisu untuk memastikannya betul-betul bersih. Aku melihat beg plastik yang masih berisi 3 biji kuih donat dan sebiji nasi lemak yang berbaki.
            “Sayangnya. Rugi macam ni,” aku mengeluh. 3 biji kuih yang tak mampu aku habiskan seperti selalu kerana kebiasaannya aku berkongsi dengan Aisyah tapi aku tak menyangka pula yang Aisyah sendiri membawa nasi goreng untukku. Aisyah sendiri hanya mampu menghabiskan sebiji nasi lemak.
Mujur la kuih karipap yang berbaki itu dibawa Aisyah kepada Devi yang bertugas di koperasi. Kuih donat dan nasi lemak yang aku suruh untuk dibawa bersama ditolak oleh Aisyah kerana Devi kurang menggemarinya.
“Assalammualaikum,” suara yang menegur membuatkan tanganku berhenti dari terus mengelap meja.
            “Waalaikummussalam. Fakri..dari mana?,” aku bertanya melihatnya yang sedikit mengah.
“Sana..perpustakaan,” dia menarik nafas.
            “Tak makan lagi ke?,” dia mengerling beg plastik yang berada di atas mejaku.
“Dah..tadi saya makan dengan Aisyah,” aku keberatan untuk mempelawa kepadanya kerana tak mahu Fakri tersalah anggap, aku mempelawa bekas sisaku dan Aisyah, biarpun belum bersentuh lagi.
            “Awak..dah makan?,” aku memandangnya.
“Belum. Tadi leka sangat kat perpustkaan tu. Tengok buku-buku baru. Dapat la yang ni,” dia menunjukkan kepada sebuah buku rujukan Sejarah yang berada di tangannya.
            “Fakri..awak jangan salah faham. Ni semua elok lagi. Kalau awak sudi...”
“Betul ke?Alhamdulillah. Ada juga rezeki saya hari ni. Boleh ke?,” dia bertanya lagi.
            Aku mengangguk sambil menghulurkan beg plastik itu kepadanya.
“Memang saya lapar pun. Terima kasih ya!,” dia tersenyum sambil menyambutnya.
 **************************************************************************8
            “Ok la Lida. Bas dah datang tu. Saya pergi dulu,” Aisyah mencapai begnya untuk digalas.
“Tu..,” aku menujukkan kepada tudungnya.
            “Dah ok?,” Aisyah bertanya sebaik membetulkan tudungnya yang sedikit senget selepas menggalas beg sekolahnya.
“Dah. Cantik pun,” aku tersenyum apabila Aisyah mengacukan cubitannya kepadaku.      
            “Hati-hati,” aku berpesan kepadanya.
“Awak pun. Jangan balik lambat sangat,” dia melambai sebelum berlalu.
            Aku melihat jam di tangan. Hampir ke pukul 2.20.
“Mikhael,” aku tersenyum apabila teringatkan peristiwa pagi tadi. Bagaimana lembut suaranya yang meminta maaf. Ditambah dengan senyumannya tu!Tak mampu aku nak terus untuk tidak menghiraukannya.
            “Lida...”
Aku menoleh ke belakang.
            “Dah nak balik ke?,” Fakri yang berdiri di belakangku bertanya.
“A..tak la. Nak balik..maksud saya dalam 10 minit lagi.”
            “Boleh saya duduk?,” dia sudah pun mengambil tempat Aisyah di sisiku.
Aku mengerlingnya sekali imbas. Namun, pandangan mata Nadirah yang duduk sebaris denganku lebih jelas di pandangan mataku.
            “Kenapa?,” aku terus mengemas buku Matematik Tambahan yang menjadi subjek terakhir pada hari ni.
“Saja..selalu awak balik lewat. Ingatkan nak belajar sama-sama dengan awak,” dia meletakkan sebuah buku rujukan Bahasa Inggeris di atas meja. Buku yang sama seperti dipinjam oleh aku dari perpustakaan.
        “Tadi..saya namapak awak buat latihan tu. Sebab tu saya pun pinjam buku ni. Awak dah ada buku Sejarah?Kalau nak, boleh kita kongsi buku yang saya pinjam tu. Buku baru, mesti lagi lengkap.”
            “Tak apalah Fakri. Saya dah ada. Terima kasih,” aku memasukkan buku latihan Matematik Tambahan ke dalam beg. Wajah Mikhael lebih mengambil tempat di ruang fikiranku sekarang.
            “Dah nak balik ke?.”
Aku mengangguk sambil mengerling Fakri yang berada di sisi kiriku. Aku perasan pandangan Nadirah yang sesekali dilemparkannya ke arah kami berdua.
            “Lida..,” aku membetulkan tali beg yang sudah berada di belakang sebelum menoleh kepada Fakri.
“Terima kasih sebab nasi lemak dengan kuih tu. Saya makan dengan Asyraf. Sedap nasi dengan donat tu,” Fakri menujukkan di belakang, tempatnya dengan Asyraf.
            “Baguslah awak dengan Asyraf suka,” aku tersenyum mengenangkan rezeki yang tak dibazirkan tu.
“Saya balik dulu. Jangan lupa nanti, awak dengan Asyraf kunci pintu,” aku mengingatkan tugasan yang kadang-kala turut menjadi tugasan aku.     
            “Baiklah. Awak hati-hati naik basikal tu,” Fakri mengangguk kepalanya sebelum aku melangkah pergi.

Aku sempat memandang Nadirah yang menjeling. Apa yang tak kena dengannya?