Sebaik pintu lif terbuka, Hana bergegas mengatur langkah menuju ke salah
sebuah kotak parkir di mana terdapatnya kereta berwarna merah milik Jojo.
“Macam mana boleh tertinggal
pula ni?,” gumam Hana seorang diri. Sesekali matanya melilau memerhati
sekeliling yang sunyi. Ya la, cuak juga bila bersendirian di kawasan letak
tempat kereta di ground floor tu.
Sempat juga matanya memerhati kereta-kereta yang terjalar di situ. Semuanya
kereta-kereta mewah.
“Kaya orang-orang kat
sini..,” Hana terus membebel. Satu butang di kunci kereta yang berada di
genggaman di tekan sebaik kereta Nissan Infiniti G37 sudah kelihatan di depan
mata.
Pintu kereta yang tadinya
berkunci mula dibuka oleh Hana. Bibirnya tersenyum lebar sebaik telefonnya,
Samsung Galaxy W itu dilihat terletak di atas dashboard yang berwarna hitam itu.
“Nasib baiklah ada..,”
Hana berasa lega setelah gadjet kesayangannya itu sudah berada di dalam tangan.
Pantas, pintu kereta ditutup semula dan butang alarm ditekan kembali.
Sambil mengatur langkah ke
lif, Hana bersenandung kecil. Terasa senang hatinya kerana sudah masuk hari
ketiga dia bergelar sebagai salah seorang staf Fabuloustar dan sudah pun
terbiasa sedikit demi sedikit dengan tugasannya yang membantu Jojo itu.
Satu punat ditekan sebaik
menjejakkan kakinya di dalam lif. Kalau tadi, Hana berseorangan sewaktu turun
ke tingkat bawah itu, kini dia keseorangan lagi sementara menanti lif
membawanya ke tingkat yang sepatutnya semula.
Hana mula melangkah keluar sebaik pintu sudah
terbuka. Kaki mula menghala ke arah kanan untuk menuju ke arah pejabat
Fabuloustar kerana Jojo sudah pesan kepadanya tadi yang lelaki itu akan berada
di situ kerana hari ini tidak ada sesi fotografi.
Sebaik pintu pejabat
ditolak, wajah Hana yang tadinya ceria mula berkerut. Matanya melihat beberapa
orang kelihatan bergegas menuju ke sebuah bilik.
“Apa ni?,” desisnya
perlahan. Berlainan benar suasana di pejabat itu berbanding apa yang pernah dilihatnya
sebelum ini. Tak kan lah dalam tempoh tiga hari itu,secepat ini pejabat
Fabuloustar berubah wajah?Tunggu!Dia tak pernah lihat semua mereka ini.
Hana menjeling ke arah
sebuah papan tanda di dinding.
“ZIKRI HOLDING.” Tanda
nama yang berwarna keemasan itu terpampang jelas di depan matanya kini. Hana
mula kaget. Adus!Macam mana boleh tersilap tempat ni Hana?Aras berapa pula ni?
Tak mengapa. Dia pun
bukannya buat apa-apa yang salah di sini kan?Dia hanya perlu menutup pintu itu
dan bergerak semula ke arah lif. Lagipun, pekerja-pekerja yang kelihatan kalut
semacam tadi pun dah tak ada. Agaknya semuanya dah masuk ke dalam bilik tu kut?
Hana mula menarik semula
pintu yang dibuka tadi perlahan-lahan. Belum pun sempat pintu ditutup
sepenuhnya, terdengar satu suara memanggil.
“Makcik!.” Berkerut semula
wajah Hana sebaik mendengar lantunan suara itu. Makcik?Dia ke yang
dimaksudkan?Orang lain agaknyakan?Sudahlah Hana, jom balik ke pejabat. Kesian
si Jojo tu. Entah-entah risau kunci kereta kesayangannya itu tidak dipulangkan
balik.
“Makcik, tunggu!.”
Ok, ini sudah melampau. Makcik, makcik..siapa yang makcik?Dan yang paling
penting, mulut mana yang memanggil tu?Hana yang tadi sudah menoleh untuk
bergerak semula ke lif, kini menoleh semula ke belakangnya dek suara yang masih
tidak berhenti memanggil. Panggil dirinya atau siapa?
Kelihatan seorang lelaki
dengan sebuah fail di tangan sedang menghala kepadanya.
“Makcik, tolong buatkan
air. Kami dah nak bermesyuarat ni.”
“Tapi saya..,” belum pun sempat Hana hendak membuka mulut lelaki tersebut
berjalan meninggalkannya di situ. Apa ni?Buat air?Air apa?Karipap betullah
lelaki ini. Aku bekerja kat Fabuloustar tau!
“Karipap betullah..,”
desis Hana perlahan.
Terhenti langkah Rayyan sebelum menoleh semula ke belakangnya.
“Excuse me?.”
“Er..macam ni. Saya bukannya...”
“Oh!Cepat sikit ya. Untuk
Tan Sri tahu kan air apa yang dia minum?.”
Soal Rayyan sebelum
mengatur semula langkahnya. Matanya menjeling tea lady yang baru di pejabatnya
itu. Sudahlah masuk kerja lambat, nak buat air saja pun hendak diberitahu
ke?Bukankah itu tugasannya?Sabar Rayyan, sabar. Ingat Puteri...Senyuman mula
menghiasi bibir Rayyan yang berwajah kelat tadi. Itulah penawarnya, Puteri.
Hana termangu-mangu
seorang diri di pintu. Manalah aku tahu air apa. Ala, lari je la Hana. Bukannya
dia tahu pun. Lagipun, bukannya aku kerja dengan dia orang ni. Senang-senang je
nak suruh orang buat air bagai, Fabuloustar tau yang bayar gaji aku!
Kaki mula melangkah. Tak
kuasa la nak tolong-tolong. Nanti kalau haus, pandailah dia orang cari air.
“Take your time honey. Kita pun bukannya ada photoshoot hari ni. Let me
tell you something..kalau tak ada photoshoot tu, bolehlah anggap macam cuti
sebab kerja tak banyak sangat tau.”
Kata-kata
Jojo sebelum dia turun untuk mendapatkan telefon bimbitnya yang tertinggal di
dalam kereta lelaki itu terngiang-ngiang semula. Jadi, kalau tak banyak kerja
sangat, kenapa kau tak nak tolong Hana?Lagipun bukan ke ustaz dan ustazah
selalu cakap yang kita tak tahu nanti, yang mana satu amalan kita akan
menyelamatkan diri kita bila dibicarakan di depan Allah nanti.
Ya la, ya la. Adus!Dia
selalu lemah bila berhadapan dengan situasi macam ni. Hana melangkah semula
menuju ke pejabat yang asing buat dirinya itu. Sunyi sepi sebaik kakinya melangkah
masuk.
“Mana pula bilik pantri?,”
bisik Hana sendirian. Matanya melilau memandang sekeliling sambil kaki
melangkah perlahan-lahan. Hana mula menghala ke kanan untuk mencari bilik pantri di dalam syarikat
yang besar itu.
“Ada pun..,” Hana
tersenyum sebaik melihat sebuah bilik yang tidak berpintu. Dia mula melangkah
masuk setelah melihat adanya sinki, beberapa cawan dan juga pemanas air.
“Anggap saja aku
tolong..,” bebel Hana sambil mencuci tangannya di sinki. Selesai mencuci dan
mengelap dengan tisu, Hana mula mencari balang gula. Balang yang diletakkan
bersebelahan dengan balang yang lain mula dicapai. Sudu mula diambil.
Beberapa minit berlalu,
taraaa!Dah pun siap satu teko cawan air Nescafe ‘0’ dan juga Nescafe susu panas
untuk si pakcik yang memanggilnya makcik tadi. Tak lupa, secawan air Nescafe
‘o’ khas untuk Tan Sri biarpun dia tidak tahu air apa yang menjadi kegemaran
Tan Sri itu. Apa yang penting kurang manis tau!
Cawan mula disusun di atas
dulang.
“Pejabat punyalah besar, biskut kering pun tak ada?,” omel Hana apabila
cuba mencari juadah sampingan yang boleh dihidangkan bersama-sama dengan air.
“Biarlah. Lapar nanti,
pandai-pandailah dia orang nak cari mana.”
Dulang mula diangkat dan langkah mula diatur perlahan-lahan. Sebaik
melangkah keluar dari bilik pantri itu, Hana mula menghala ke arah sebuah bilik
yang pintunya tertutup rapat. Ya, bilik itulah yang dimasuki oleh para pekerja
tadi.
Dengan tangan kiri
memegang dulang yang dirapatkan ke dadanya, tangan kanan Hana mula naik
memberikan ketukan di pintu.
“Masuk!.”
Terkial-kial Hana memulas tombol pintu sebaik mendengar lantunan suara.
Sebaik pintu dibuka, dia perhatikan semua pasang mata yang berada di situ
menoleh kepadanya.
“Lamanya buat air!.” Suara
yang kedengaran membuatkan Hana mula menoleh. Oh!Pakcik tu lagi rupa-rupanya.
Orang buat ni pun dah besar rahmat tau?Bukannya tahu nak berterima
kasih!Tunggu..dia tak tahukan hal yang sebenar?
“Tak pe, tak pe..,” gumam
Hana perlahan cuba memujuk hatinya sendiri.
Satu teko diletakkan di atas meja sebaik tiba di meja panjang itu.
“Cepatlah sikit!.” Rayyan
bersuara semula. Panas hatinya melihat gerak perlahan tea lady yang berada di
sisinya kini. Pandangannya kembali dihadapkan di komputer riba yang terpasang
di atas meja.
“Rayyan..,” Tan Sri Rashid
mula menegur tingkah anaknya itu.
“Sorry bah..,” sahut Rayyan yang mengerti apabila namanya dipanggil dengan
nada yang meleret begitu.
“Air untuk Tan Sri..,”
ucap Hana sebaik secawan air diletakkan di depan lelaki yang sedang duduk di
kepala meja itu.
“Yang ni..er..,” Hana
teragak-agak untuk bertanya. Nak dituang atau tak air dari teko itu?Ke diaorang
hendak sambung bermesyuarat semula?
“Tuanglah. Tak kan yang
itu pun nak disuruh?,” desis Rayyan geram.
Hana menjeling sebaik mendengar suara lelaki berkenaan. Apalah nasib kau
Hana?Dulu tu Rina sekarang pakcik ni?Ah!Sudahlah. Tuang je air tu. Lagi cepat
kau buat kerja, lagi cepat kau boleh tinggalkan tempat ni.
Air mula dituang ke dalam
cawan sebelum diedarkan kepada para pekerja yang duduk di tempat masing-masing.
Selesai memberikan minuman buat para pekerja itu, satu lagi cawan yang
mengandungi Nescafe susu mencuri pandangan Hana. Langkah mula diatur semula ke
arah tempat duduk lelaki tersebut.
“Ni air untuk tuan.”
Pulak!Tadi bukan ke kau nak panggil dia pakcik?Tak pe la. Apa salahnya berbudi
bahasa kan?Budi bahasa amalan kita, ingat!
“Terima kasih,” satu suara
yang kedengaran membuatkan Hana kembali menoleh. Tahu juga kan pakcik tu nak
ucapkan..tunggu!Bukan. Bukan pakcik tu tapi ini betul-betul pakcik. Tan Sri
yang ucapkan terima kasih kepadanya.
“Sama-sama tuan,” balas
Hana tersenyum. Ada juga orang yang tahu menghargai kerjanya. Bukan macam
makhluk tu!Huh!Hana menjeling ke arah lelaki itu yang tekun memandang ke arah
komputer ribanya sebelum berlalu.
Tiba di luar, Hana mula
mendapat idea. Dia berlalu ke sebuah meja yang kosong. Sekeping kertas kecil
dicarikkan dari sebuah buku nota yang terdapat di situ dan sebatang pen
dicapai. Tangannya mula menulis sesuatu di atas kertas tersebut.
Hana mula menapak mencari
sebuah bilik di antara bilik-bilik yang terdapat di situ. Tiba di depan sebuah
pintu, nama yang tertera membuatkan Hana mula melangkah masuk. Matanya
memerhati susun atur meja yang terdapat di dalam bilik tersebut. Semuanya
nampak kemas.
“Kat mana nak letak ni?.”
Mata Hana terus melilau mencari tempat yang dirasakan sesuai. Telefon yang
terdapat di atas meja membuatkan Hana tersenyum. I-phone yang berwarna hitam
itu diangkat dengan berhati-hati sebelum diletakkan semula di atas kertas yang
sudah dilipatkan.
Setelah berpuas hati, Hana
mula melangkah keluar. Kelibat seseorang yang berada di kaunter berhampiran
dengan pintu masuk tadi menggamit perhatian Hana.
“Eh!Awak ni siapa?!,”
perempuan tersebut yang tadinya duduk terus terbangun apabila perasankan Hana
yang baru melangkah keluar dari sebuah bilik di situ.
“Er..tadi tu er..saya
buatkan air tapi awak ni...tadi tak ada sesiapa pun kat sini?,” Hana menyoal
balas.
“Saya Fifi, penyambut
tetamu kat sini. Tadi tu saya pergi tandas. Sakit perut,” beritahu Fifi.
Tangannya masih lagi menuding ke arah Hana untuk pertanyaannya yang masih belum
berjawab.
“Oh!Tadi tu..ada orang tu
salah faham ingat saya kerja sini. Dia suruh saya buatkan air.”
“Siapa?Tan Sri?.”
Hana menggelengkan kepalanya.
“Bukan. Yang muda tu. Apa
nama tah..,” Hana menjongketkan bahunya. Tahu, saja je tak nak cakap!
“Oh!Encik Rayyan?.”
“Agaknyalah...”
Fifi melirik gadis yang
berada di depannya kini. Patutlah bosnya itu menganggap gadis ini sebagai tea
lady. Baju kurung dengan kasut lepernya itu.
Sedar dirinya
diperhatikan, Hana mula membuka mulut.
“Tak pe la awak. Saya
gerak dulu ya. Assalammualaikum.”
Kepala Fifi mengangguk sambil menjawab salam yang diberikan. Kalau
dilihatkan, memang gadis itu boleh dianggap tea lady tapi kalau bukan dia yang
bekerja sebagai tea lady, kenapa dia sanggup buat air pula?
Ish!Macam-macam ragam
orang dalam dunia ini. Fifi menjongketkan bahu. Setidak-tidaknya, sudah ada
orang sediakan minuman untuk para pekerja Zikri Holding bermesyuarat pada hari
itu. Kalau tidak, mesti dialah yang akan jadi mangsanya!
Rayyan yang sedang
meneliti sebuah fail yang mengandungi perancangan untuk tanah yang bakal
dibangunkan, mula menghentikan pembacaannya hampir setengah jam yang lalu. Naik
kedua-dua ibu jarinya mengurut lembut pelipis untuk mengurangkan tekanan yang
mula menguasai. Mata direhatkan seketika.
Gila!Baru sahaja tiga hari dia masuk bekerja di syarikat
babahnya itu, sudah banyak kerja yang seakan-akan bersedia menyambutnya di
Zikri Holding. Patut saja babahnya inginkan dia segera membantu di situ usai
pembelajarannya di Leonard N.
Stern School of Business, NYU empat tahun yang lalu. Cuma dia yang sengaja tidak ingin pulang ke tanah air lebih awal. Merajuk
dengan tingkah babahnya yang disangkakan tidak menyayanginya lagi setelah
berkhawin dengan ibu tirinya itu.
Itu satu hal. Satu hal
yang paling utama di dalam senarai sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk
menetap seketika di bumi Barat itu adalah Shasha. Sangkanya setelah beberapa
tahun tidak bersua muka, dengan usia yang semakin dewasa perangai gadis itu
akan berubah tapi langsung tidak.
Ah!Sudahlah Rayyan.
Pedulilah si Shasha tu. Mujur juga dia sudah ada kerjayanya sendiri sekarang,
jadi tak la dia selalu kacau kau sangatkan?Lagipun kau kan nak berkhawin dengan
Puteri, kan?
“Puteri..,” sebaris nama
itu diseru lagi oleh Rayyan. Terasa hilang masalah yang bersarang di dalam
kepalanya sebaik nama dan raut wajah itu datang bertamu tanpa dipinta. Mata
yang kembali dibuka setelah dipejamkan sebentar tadi tertancap semula kepada
fail yang terbentang di depan meja.
Butang interkom ditekan
untuk memanggil setiausahanya.
“Ya encik?Ada apa-apa yang saya boleh bantu?,” kedengaran suara Cat di
hujung talian.
“Tolong minta makcik tu
bawakan saya secawan kopi lagi,” Rayyan memberikan arahan sambil membetulkan
duduknya di kerusi. Kerja yang dirasakan bertimbun itu membuatkan dirinya
terasa perlukan sesuatu untuk terus menyegarkan dirinya sendiri.
“Baik cik. Ada apa-apa
lagi?.”
“Nope. Thanks!.” Terus butang ditekan untuk mematikan perbualan. Jari
jemari mula ditekan-tekan untuk menghilangkan lenguh. Tali leher yang diikat
kemas untuk menghadiri mesyuarat bersama-sama staf Zikri Holding dan babahnya
tadi, mula dilonggarkan.
“Working time!,” ucap
Rayyan memberikan semangat untuk diri sendiri. Semenjak babahnya berkhawin
dengan emak tirinya itu, dia telah pun menanam minat di dalam bidang perniagaan
yang diceburi oleh babahnya itu. Itu adalah permulaan arwah datuknya. Dia tidak
akan sama sama sekali membiarkan perniagaan itu jatuh ke tangan orang luar.
Baru sahaja memulakan
pembacaannya, Rayyan terhenti. Raut wajah ibu tirinya yang menjelma benar-benar
mengganggu fokus yang cuba dihadapkan semula. Kenapa dia masih tidak boleh
menerima wanita itu?
Dia masih ingat bagaimana
Puan Sri Harlina berpura-pura di depan babahnya ketika umurnya 15 tahun. Kalau
di depan babahnya bukan main lagi wanita itu akan melayan makan minumnya.
Semuanya dijaga rapi. Kalau di meja, semuanya akan disendukkan ke dalam
pinggannya.
Sangkanya, pada waktu itu
dia boleh menumpang kasih dengan wanita yang menjadi suri kedua buat babahnya
setelah ketiadaan umi tersayang. Namun, apabila babahnya yang tiada di rumah
kerana berada di Singapura atas urusan kerja, pada waktu itulah perangai sebenar
Puan Sri Harlina terserlah.
Bukan setakat makan
minumnya, dirinya sendiri langsung tidak diendahkan oleh ibu tirinya itu.
Begitu sibuk Puan Sri Harlina bekerja di syarikat untuk menggantikan ketiadaan
babahnya buat beberapa hari itu walaupun sebelum bergelar isteri kepada
babahnya, jawatan wanita itu cuma setiausaha sahaja. Nasib baik ada Makcik
Bibahnya.
Satu ketukan di pintu
menarik Rayyan kembali ke alam nyata. Nafas dihela sebelum mula membuka mulut.
“Masuk!.” Rayyan mula
mengadap semula fail yang masih terbentang menunggu setia dirinya. Sudahlah
Rayyan. Sekarang, kau dah jadi CEO kan?Apa lagi yang dia boleh buat?Cuma,
setiap bulan saja babah akan beri duit kat dia. Dia pun tak masuk campur urusan
syarikat ni lagi kan?
Seorang wanita yang baru
masuk membuatkan Rayyan menoleh untuk kedua kali. Aik!Cepat benar bertukar?Ini
dah memang betul-betul makcik ni!
“Er..makcik, tadi
tu..er...”
“Apa cik?,” wanita yang sebaya Makcik Bibah itu menoleh kepadanya dengan
senyuman di bibir.
“Er..maksud saya yang tadi
tu anak makcik ke?,” Rayyan melepaskan soalannya. Wanita yang tercegat di
depannya mula berkerut dahi. Apa saja yang anak muda ini sedang bicarakan?
“Anak?Siapa ya?.”
“Yang tadi tu..hmm..tak pe la,” Rayyan tersenyum sumbing. Kerja yang
menantinya lebih mustahak dari hendak membincangkan siapa gerangan perempuan
yang tidak dikenali itu.
“Ya la. Kalau tak ada
apa-apa makcik keluar dulu,” ujar wanita itu sebaik meletakkan secawan kopi di
atas meja.
“Baiklah. Terima kasih.”
Sebaik pintu kembali ditutup, Rayyan kembali semula kepada kerjanya yang
terhenti. Wakil dari AZ & Co yang dijangka untuk tiba di pejabat pada hari
ini nampaknya tidak menunjukkan batang hidungnya kerana faktor yang tidak dia
sendiri tidak ketahui.
Nampaknya inilah
peluangnya untuk mengkaji dengan lebih lanjut perihal syarikat berkenaan
sebelum bersua muka dengan wakil mereka. Sebuah lagi fail dicapai.
Terangguk-angguk kepala Rayyan memerhati butiran-butiran yang disediakan oleh
Cat, setiausahanya.
Cawan mula diangkat dan
dibawa ke bibir. Air mula disisip. Belum pun sempat air tersebut hendak melalui
kerongkong, wajah Rayyan mula berkerut seribu. Air yang berada di dalam cawan
diperhatikan sebelum diletakkan semula ke atas alas cawan.
Sudahlah banyak kerja, air
kopi pula tak sedap, cantiklah tu!Panas pula hati kat makcik tadi. Eii!Rayyan
mula menyandarkan kepala ke kerusi. Mata masih lagi memandang ke arah cawan
yang terletak di atas meja.
Air Nescafe susu yang
diminumnya ketika mesyuarat tadi sedap. Kaw lagi tau!Yang ni, aduhai..nak dimarahkan
makcik tadi dirasakan tak patut pula. Sudahlah lebih kurang sebaya dengan
Makcik Bibahnya.
Sabar je Rayyan. Minum je
la air Nescafe ‘o’ tu. Kurang manis lagi tau makcik tu buat untuk kau. Khas
untuk kau, hehe..
Dari cawan, mata Rayyan
mula menjalar memerhati beberapa fail yang masih menunggu tindakan lanjut
daripadanya. Kenapa telefonnya senyap je hari ni?Puteri langsung tidak membalas
SMS darinya.
Gadjet yang berada di atas
meja mula mencuri perhatian. Tangannya mula naik mencapai I Phone kesayangannya
itu. Sesuatu yang terjatuh di atas lantai menarik arah pandanga mata Rayyan.
“Kertas apa pula ni?Tak
kan Cat nak tinggalkan nota macam ni kut?.”
Sekeping kertas kecil yang berlipat mula dicapai dan dibuka.
‘Assalammualaikum Cik. Saya bukannya tea lady syarikat cik ya. Saja je
saya nak tolong tadi tu. Anyway, kalau ucapkan terima kasih tu bukan ke lagi
elok?Nak marah-marah pula.Terima kasih. Yang benar, bukan tea lady’.
Rayyan tersenyum
sendirian. Nampaknya, dia sudah salah faham. Tadi pun, bila nampak makcik tu,
dia sudah boleh agak kedudukan hal yang sebenar tapi persoalannya sekarang,
siapa ‘makcik’ yang lagi seorang tu?
“Bukan tea lady..,” nama
samaran itu dibaca perlahan. Dia tahulah bukan tea lady tapi siapa?Nampaknya
‘makcik’ tu sudah bahasakan dirinya. Padan muka kau Rayyan!Orang dah tolong tu,
bukannya nak berterima kasih tapi nak marah-marah pulakan?
Air di dalam cawan
direnung. Memang jauh bezanya dengan apa yang ‘makcik’ tu sediakan untuknya
tadi. Ai!Sekali dah kena penangan air Nescafe susu kaw dari ‘makcik’ tu, tak
kuasa lagi rasanya nak minum air Nescafe ‘o’ tu.
“Bukan tea lady..,” Rayyan
tersenyum lagi. Kepalanya digelengkan perlahan. Macam-macam. Ada juga orang
yang macam tu?Sanggup buat sesuatu walaupun itu bukan kerjanya?Ada lagi ke
orang macam tu kat dunia ni?Yang paling penting, wujud lagi ke orang macam tu
kat KL ni?Ish, ish..susah pula nak percaya.
makin menarik! :)
ReplyDeletetq misssudi komen;-)
ReplyDeletebest!!! yeayy akhirnya bertemu jugak walaupun rayyan x kenal dia siapa.. he he he.. comel la.. nak lagiikkkkk >_<
ReplyDeletetq cute asyu;-) hehe..next entry nanti ya..nak rest kejap:-p
ReplyDeleteBEST...
ReplyDelete