Thursday 17 December 2015

TEASER MY MR. GENTLEMAN



Nak belanja lagi..selagi boleh belanja, kita belanja ya.. My Mr. Gentleman, scene si penggoda yang masih tak putus harapan.. feel free to drop ur comment ya..
“I tahu you lelaki normal kan? Takkanlah waktu I peluk you tadi, you langsung tak rasa apa-apa? Jangan cakap tak, sebab I takkan percaya,” tukas Alisya sambil mendekatkan wajahnya kepada wajah Luth Zafir.
Luth Zafir terus membungkam. Nafas diambil dalam-dalam untuk terus bertahan dengan kesabaran yang kian menipis gara-gara perilaku Alisya yang tiba-tiba berani datang ke pejabatnya pada hari ini. Hanya matanya yang setia memerhati tingkah Alisya. Sebelah tangan perempuan itu lincah bermain-main dengan tali lehernya.
“Tentulah I rasa,” sahut Luth Zafir setelah beberapa ketika.
Sepasang anak mata Alisya terus menatap tepat ke mata Luth Zafir apabila mendengar jawapan lelaki itu. Yes! Dia mula bersorak di dalam hati. Kalau sudah namanya lelaki... senang saja nak dapatkan. Goda sana sikit, sini sikit.. peluk sikit, zapp! Terus Luth Zafir jatuh ke dalam tangannya.

Saturday 5 December 2015

MY MR GENTLEMAN


“Awak jangan Luth!” ujar Durrah dengan nada amaran.
            “Jangan apa sayang?” balas Luth Zafir. Terdengar tawa kecil yang sudah dilepaskan oleh lelaki itu.
            “Jangan buat macam nilah! Awak ingat awak tu pandai sangat? Awak ingat awak boleh goda saya dengan perangai awak yang macam ni?” soal Durrah tanpa menoleh. Tangannya yang digenggam erat oleh Luth Zafir cuba ditarik. Tidak berjaya.
            “Urmm.. I tak goda you pun. Bila I goda? Kalau I goda, mesti lain dah jadinya. Ke you yang dah tergoda dengan I, sayang?”

            Durrah terjeda. Entah apa yang harus dijawabnya sekarang. Malu, malu... Tidak menggoda? Habis tu, yang tadi tu apanya? Durrah, bukan dia tolong hang ambik buku? 

Akan datang 2016, insya Allah :)

Friday 20 November 2015

MY MR. GENTLEMAN BAB 2



Pagi itu, Alisya yang baru sahaja memakirkan keretanya di tempat parkir itu mula mencapai beg tangan yang berada di tempat duduk di sisi kirinya. Tangannya mula menggagau satu bekas bedak kompak Mac yang disimpan di dalam beg Chanel itu.
            Wajah yang terbias di dalam cermin mula diteliti. Lipstik yang menyaluti bibir juga turut diperiksa kalau-kalau adanya sisa comot yang hanya akan merosakkan solekan di wajahnya. Bibir Alisya mula menguntumkan senyuman apabila berpuas hati dengan wajahnya. Kaki melangkah keluar dari kereta kesayangan Maruti Suzuki Ciaz yang berwarna merah itu.
            Alisya mula menghala ke arah lobi bangunan. Pagi ini, dia ingin melihat sendiri koleksi busana milik butiknya yang akan diperagakan oleh model-model tempatan untuk sesi fotografi. Dia menaja segala kos yang diperlukan untuk sesi fotografi  itu dan sebagai balasan, koleksi-koleksinya akan dipaparkan di dalam majalah Pretty sebanyak lapan muka surat. Secara tidak langsung, dia sudah beroleh promosi untuk koleksinya di situ.
            Kaki terus melangkah menuju ke arah lif. Studio penggambaran majalah itu terletak di aras tujuh. Sesekali, Alisya memperbetulkan rambutnya yang sudah didandan rapi itu. Melihatkan pintu sebuah lif yang terbuka, dia mula berlari-lari anak sebelum terlambat. Baru sahaja hendak melangkah masuk, terasa bahunya dirempuh oleh seseorang dari arah belakang.
            “Hey! Tak nampak ke hah?!”
            Alisya menjerit geram. Hampir terjatuh tubuhnya tadi kalau tidak ada sepasang tangan yang pantas menyambut.
            “Are you okay?” suara lelaki kedengaran.
            “Maafkan saya cik.. err.. saya takut terlepas lif ni tadi.” Suara perempuan pula menyapa pendengaran.
            Bersilih ganti kata-kata itu menusuk ke pendengaran Alisya. Lelaki yang menyambutnya tadi membantunya untuk  berdiri semula.
            “Are you okay?” sekali lagi Luth Zafir melepaskan soalan.
            Alisya yang memperbetulkan tali beg Chanel yang tersangkut di bahunya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
            “Ya, I’m fine. Terima kasih,” balas Alisya. Sempat matanya menjeling semula ke arah seorang perempuan yang berdiri di dalam lif itu. Perempuan yang melanggarnya tadi.
            “Err... maaf,” tutur Julia sekali lagi. Bibirnya diketap menahan malu yang semakin menebal. Sudahlah terlanggar perempuan yang sedang merenungnya sekarang bagaikan singa yang sudah bersedia hendak menerkam pada bila-bila masa itu, lebih malang di hadapan Encik Luth pula! Malunya berganda-ganda.
            Pintu lif yang sempat ditahan oleh Luth Zafir tadi mulai tertutup. Alisya menekan butang yang tertera nombor tujuh. Julia pula menekan butang yang tertera nombor empat belas. Hanya mereka bertiga yang berada di dalam perut lif. Alisya yang berdiri di tengah-tengah menjeling lagi ke arah perempuan yang berdiri di sisi kanannya itu. Penampilan gadis itu dilirik sekali lalu.
            Julia yang sedar dirinya diperhati mula memberikan senyuman. Alisya tidak mengendahkan sebaliknya matanya menjeling tajam sebelum memandang semula ke depan. Sempat matanya menjeling nombor aras yang tertera. Baru berada di aras tiga. Masih ada lagi peluang untuk berkenalan dengan lelaki yang membantunya tadi.
            Alisya menoleh ke arah lelaki yang berdiri di sisi kirinya.
            “Terima kasih sebab tolong I tadi.”
            “My pleasure,” balas Luth Zafir sambil menganggukkan kepalanya sedikit.
            “By the way, my name is Alisya,” ucap Alisya sambil tersenyum. Tangan kanannya dihulurkan ke arah Luth Zafir.
            Luth Zafir memerhati. Susuk gadis di sisinya dikerling sekali lalu atas dan bawah. Sekali lagi dia menganggukkan kepalanya apabila matanya memandang tepat kepada gadis itu.
            “Luth Zafir.”
            Alisya yang mengerti menarik semula tangannya. Oh! Dia tak nak salamlah?
            Julia yang memerhati mula menahan tawa. Padan muka! Dahlah berlagak. Encik Luth pun tak nak salam dengan kau. Kata-kata yang hendak dilemparkan hanya bergema di dalam hatinya sahaja. Mata Julia mula mencuri pandang ke arah bosnya. Rambutnya disisir rapi seperti selalu. Kemas dengan sut Giorgio Amani jenama kegemarannya. Hari ini, sutnya berwarna kelabu.
            Lif kembali sepi. Alisya mengerling ke arah nombor aras yang tertera. Sudah berada di aras lima. Tangannya mula menggagau sesuatu di dalam ruang poket beg tangannya. Jumpa! Bibirnya tersungging senyum. Lelaki yang berada di sisinya ini ada auranya yang tersendiri. Terasa dirinya bagaikan dicabar apabila tangannya tidak bersambut tadi.
            Tiba di aras tujuh, pintu lif terbuka. Alisya berpaling ke arah Luth Zafir sambil menghulurkan sekeping kad yang diambil daripada beg tangannya tadi.
            “Kad I..” meleret suara Alisya yang tersenyum terus.
            Julia yang memerhati mula mencebik. Kad konon! Cakap ajelah yang kau nak kan nombor bos aku tu, huh!
            Luth Zafir menghela nafas. Kad sudah dihulur. Takkanlah hendak ditolak? Kalau diambil, seharusnya ada balasan pula. Tangannya mula meraba kocek kot. Mujur ada dua keping yang tersimpan di situ. Sekeping ditarik keluar dan dihulurkan kepada gadis yang bernama Alisya itu. Dua keping kad masing-masing bertukar tangan.
            “Thanks!” sahut Alisya girang. Berjaya! Bukannya susah sangat pun. Kalau setakat tahu nama saja, nak buat apakan? Kaki mula melangkah keluar. Sebelum pintu lif tertutup sepenuhnya, sempat dia menoleh ke belakang dan menghadiahkan senyuman yang paling manis buat lelaki yang berekspresi serius itu.
Alisya tersenyum terus biarpun pintu lif sudah tertutup dan membawa pergi kedua orang itu. Sempat dia terfikir sambil kaki melangkah perlahan menuju ke studio. Kalaulah dia tahu yang dia akan terserempak dengan lelaki kacak pada hari ini, tak payah dia nak berdandan bagai rambutnya yang hampir mencecah pinggang. Diluruskan dan sapu pelembap sikit. Bolehlah dia flip tadi sewaktu berpaling. Biar ada kesan yang dapat ditinggalkan untuk lelaki yang bernama Luth Zafir.
Julia yang memerhati ke arah bosnya dan gadis tadi mula mengetap bibir. Pandai perempuan berlagak itu mengatur ‘permainannya’. Ah! Nombor bosnya bukankah dia sendiri pun sudah tahu? Ke Encik Luth ada nombor lain? Satu untuk urusan kerja dan satu lagi untuk urusan peribadi. Nombor mana yang diberikan kepada perempuan berlagak tadi?
            “Julia, awak okey?”
Belum pun habis memikir, kedengaran suara Luth Zafir.
“Huh?”
“Saya tanya, awak okey ke? Kalut semacam pagi ni sampai orang pun awak langgar. Mujur seorang, kalau ramai tadi?”
“Urm.. ya..” Julia hilang kata-kata. Tidak tahu apa yang harus dituturkannya pada saat ini.
Lif terus membawa mereka ke aras empat belas. Sebaik pintu terbuka, Luth Zafir terus melangkah keluar. Julia mengikut dari belakang. Bibirnya dirasakan susah pula hendak dikawal. Asyik tersenyum sejak mendengar soalan dari bosnya tadi. Tak sangka. Dia betul-betul tak sangka yang Encik Luth Zafir mengambil berat akan dirinya.
Beberapa tapak melangkah, Luth Zafir berhenti. Dipandangnya Julia yang berada di belakang. Pembantunya itu terpempan sejenak.
Are you sure you okay?”
Julia mula merasakan kakinya bagaikan tidak mencecah lantai kini. Kenapa Encik Luth begitu prihatin? Kenapa Encik Luth begitu mengambil berat akan dirinya? Sungguh tak sangka. Di sebalik ekspresi wajah yang senantiasa serius itu, terselit sifat penyayang buat dirinya. Penyambut tetamu yang tidak seberapa ini. Ya, saya okey sayang. Eh! Encik Luth.
“Julia!”
Luth Zafir menguatkan suaranya apabila melihat pekerjanya itu kaku dan tidak memberikan respons.
“Ya, ya! Saya okey encik,” sahut Julia gelabah.
Sepasang mata Luth Zafir melirik susuk gadis itu atas bawah sekali lalu. Ya, dia nampak okey. Lagipun, apa yang kau nak bimbangkan Luth? Yang nak terjatuh tadi, perempuan yang bernama er.. apa ya nama perempuan itu? Ah! Tak penting. Bukannya si Julia ini yang nak terjatuh jadi mestilah dia tak apa-apa kan?
“Saya..” Julia mula hendak mengatur ayat. Ingat perempuan berlagak itu saja yang tahu hendak mengayat? Dia pun nak cuba!
            “Baguslah yang awak tak apa-apa. Don’t forget to bring a cup of coffee to my office then,” tutur Luth Zafran seraya menolak pintu kaca pejabat Perkasa Sdn. Bhd lalu melangkah terus. Sudahlah semalam, kopinya pun lambat dibancuh.
Julia ternganga. Patutlah... patutlah Encik Luth tanya dia okey ke tak. Rupa-rupanya hanya kerana secawan kopi yang memang menjadi rutin kerjanya. Sama seperti semalam apabila bosnya itu meminta kopi melalui interkom. Isk, isk! Baru nak perasan yang lelaki itu mengambil berat akan dirinya. Punah harapan!



Monday 26 October 2015

MY MR. GENTLEMAN 1



Deringan telefon yang terletak di tepi sebuah radio Sony yang berwarna hitam di ruang tamu menarik perhatian Durrah yang sedang menonton filem Confession of a shopaholic di laptopnya.
“Kacau!” bukan setakat berdesis geram, sempat lagi Durrah menjeling sebelum kembali menalakan pandangannya ke arah skrin laptop. Filem yang baru sahaja bermula lima belas minit kembali ditonton dengan penuh minat.
Bunyi kerja-kerja penurapan jalan yang sedang dijalankan di luar langsung tidak mengganggu perhatian Durrah. Dia tidak mengendahkannya langsung. Dia yang enak bersantai di sebuah sofa yang sudah pudar warnanya terus menonton filem yang diadaptasi daripada sebuah novel hasil karya Sophie Kinsella. Mulutnya pula sibuk mengunyah keropok kentang Mister Potato. Segelas air Nescafe ais turut tersaji di atas meja di ruang tamu itu yang turut menempatkan laptop kesayangannya.
Sedang asyik menonton, telefon bimbitnya yang juga berada di atas meja mula mengalunkan lagu Chicago nyanyian Michael Jackson. Terus, tangan mula mencapai telefon.
“Helo,” dengan mata yang masih lagi terarah di skrin laptop, Durrah mula menjawab sebaik telefon Samsung Galaxy Note 3 miliknya sudah berada di tangan.
“Hello. Boleh saya bercakap dengan Cik Nur Durrah binti Damanhuri?” suara wanita yang kedengaran mula membuatkan Durrah berkerut kening. Dia yang tadinya elok bersila di atas sofa terus terbangun. Nada yang kedengaran formal itu sudah terbiasa di telinganya sejak beberapa bulan yang lalu. Mungkin lebih kurang tiga bulan yang lalu. Telefon yang tadinya dirapatkan ke telinga mula dijarakkan.
“Isy!” Spontan satu patah kata itu meluncur perlahan sebaik Durrah memandang kepada skrin. Kelihatan nama ‘Pengacau 1’ di situ. Matanya mula mengecil sambil menggigit bibir sendiri.
“Awak lagi ya?” tidak bertangguh Durrah terus melepaskan soalan sebaik mendekatkan semula telefon bimbitnya ke telinga.
“Err.. maafkan saya cik. Sebenarnya..”
“Isy! Berapa kali saya nak cakap? Saya takkan setuju. Awak cakap kat bos awak tu, apa nak jadi sekali pun saya tetap takkan setuju, paham?!” Skrin Samsung itu disentuh kasar untuk menamatkan perbualan. Hati yang tadinya senang dan teruja untuk menonton filem kegemarannya itu mula terasa panas. Durrah terus mencampakkan telefon ke sofa. Kaki mula melangkah menghampiri tingkap rumah.
“Tak cukup dengan telefon rumah, sampai ke telefon aku pun depa nak kacau? Huh!” Durrah melempiaskan emosinya di jendela. Matanya tajam menyorot beberapa orang pekerja yang sedang sibuk melakukan kerja-kerja penurapan jalan bertentangan dengan rumahnya. Durrah berlalu semula ke sofa sambil mendengus. Punggung dihenyak kembali ke sofa dengan kepala yang digeleng beberapa kali.
“Apa nak jadi pun jadilah. Aku tetap tak setuju. Bodoh! Depa ingat depa sapa?” Durrah terus menggerutu seorang diri. Filem Confession of a shopaholic yang masih tertayang di skrin laptop tidak lagi menarik minat Durrah untuk terus menonton. Kepalanya kembali berserabut memikirkan satu masalah yang menghantui dirinya lebih kurang tiga bulan yang lalu.

Dia mula menyandarkan kepala ke sofa. Terkebil-kebil mata Durrah memerhati siling rumah. Rumah itu terasa kosong. Sunyi dan sepi dari sebarang bunyi kecuali bunyi yang datang dari seberang jalan. Mata mula dipejam perlahan. Terngiang-ngiang gelak ketawa yang dahulunya pernah memenuhi rumah itu.
Wajah-wajah kesayangannya datang bertamu tanpa dipinta. Ayah, emak dan adik-adiknya. Masing-masing tersenyum kepada Durrah. Air jernih yang mengalir di kedua-dua pipi Durrah membuatkan dia kembali membuka mata. Siling asbestos yang berwarna putih kembali dipandang kosong. Sekosong fikirannya sekarang.
Alunan lagu Chicago yang kembali kedengaran membuatkan Durrah pantas menyeka kedua belah pipinya. Gadjet yang dilepaskan ke sofa tadi mula dicapai.
“Sampai kiamat pun aku takkan jawab!” Durrah melepaskan semula telefonnya ke atas sofa dengan geram. Kelihatan nama ‘Pengacau 2’ di skrin Samsung itu. Nafasnya mula tidak teratur menahan geram yang kembali menyerang. Beberapa saat kemudian, alunan lagu itu berhenti.
“Tak habih-habih nak kacau aku! Berapa kali aku nak cakap yang..”
Belum pun sempat Durrah ingin terus menghamburkan rasa amarahnya seorang diri, telefonnya kembali berdering. Tidak bertangguh, terus telefon itu disambar.
“Hey! Berapa kali saya nak habaq? Saya kata tak mau, tak mau la! Apa yang susah sangat awak nak paham? Bagitau kat bos awak tu yang saya..”
“Durrah, akulah!” Suara yang kedengaran terus mematikan kata-kata Durrah. Telefon dijarakkan dari telinga untuk memerhati nama yang tertera di skrin. Sengaja ingin memastikan biarpun suara itu terbiasa benar di pendengarannya.
“Nuha..” Meleret suara Durrah sebaik mendekatkan semula telefon Samsungnya itu rapat ke pipi.
“Yalah, aku. Yang hang dok hingaq-hingaq ni pasai pa? Marah macam mak naga dok sembuq api tak berhenti-henti. Awatnya?” Tu dia... Keluar habis loghat Utara. Memang Durrah dan Nuha ni orang Utara pun.
“La... hang bukan tak tau pasai pa aku marah. Pasai kes tu la. Hang tau dak..”
“Awatnya? Habaq mai!” Nuha yang tidak sabar terus mencelah.
“Nak habaq la ni. Hang tau dak, dari tadi depa dok call aku. Mula-mula call kat telefon rumah. Aku tak jawab pun. Lantak pi! Tengah aku dok sedap-sedap layan Confession of a shopaholic, depa call lagi. Kali ni, depa telefon handset aku. Bukan sekali tapi dua kali! Tu yang tadi tu, aku ingat depa lagi. Sebab tu aku marah-marah,” Durrah terus mengadu.
“Ya ka? Aku ingat depa seriuslah Durrah. Ala.. aku pun susah nak cakap kat hang tapi err.. hang ni biaq betui. Hang serius ka nak buat lagu ni?” Kata-kata Nuha membuatkan Durrah melepaskan nafas panjang. Bukan setakat kawan baiknya itu, bahkan jiran-jiran yang lain pun sebelum ini asyik bertanyakan hal yang sama. Sudah naik bosan dia ingin menjawab.
“Wehh Nuha... aku bukannya budak-budak tau? Taulah aku apa yang aku buat. Yang depa kat sana tu. Tak paham bahasa? Kan aku dah kata, aku tak mau, tak mau la! Apa yang susah sangat nak paham?” Durrah mula berdesis geram.
Kedengaran Nuha yang menggumam di hujung telinganya. Durrah mula menggigit bibir menanti kata-kata kawan baiknya itu. Bukannya dia tidak tahu pandangan Nuha mengenai hal yang satu itu. Hal yang membuatkan dirinya diganggu dengan panggilan telefon hampir setiap hari. Tak, bukan hampir tapi memang setiap hari kecuali hujung minggu.
“Urmm... aku tahulah yang hang ni bukan budak-budak lagi. Sebab tu aku tanya. Aku tak mau kalau jadi apa-apa kat hang. Lagipun..” Durrah tertawa kecil apabila mendengar ucap kata Nuha.
“Awat hang gelak?”
“Dak la... hang tu risau tak bertempat. Dah... tak payah nak risau sangat. Lagipun, ni memang rumah aku. Memang aku yang ada hak bukannya depa. Selagi aku tak sign mana-mana surat untuk lepaskan hak rumah ni, selagi tu depa tak boleh buat apa, hang tau kan?” balas Durrah yang sudah kembali serius.
“Yang tu aku pun tau. Cuma..”
“Cuma apa?”
“Isy! Aku pun tak tau dah nak cakap macam mana. Aku memanglah sokong hang sebab hang kawan aku tapi..”
“Dahlah Nuha. Aku tak mau pikiaq apa dah. Apa nak jadi sekali pun aku tetap dengan keputusan aku. Titik. Muktamad.”
“Urm.. yalah, yalah. Aku telefon ni sebab nak habaq satu benda. Benda penting.” Nada suara Nuha yang kedengaran sedikit teruja itu mula membuatkan Durrah berkerut dahi.
“Apa dia?”
“Nanti Miss World ajak buat reunion.”
“Apa?!” Mata Durrah sudah terjegil sebaik mendengar maklumat yang disampaikan oleh Nuha.
“Ya. Dia ajak buat reunion. Hang nak pi dak?”
“Malaih la. Awat? Hang nak pi?” Durrah pula melepaskan soalan kepada Nuha.
“Kalau dah hang tak pi, takkan aku nak pi. Agak-agaklah...”  Durrah terdiam sejenak. Miss World. Sudah berapa lama mereka tidak ketemu dan sekarang ingin buat majlis pertemuan semula? Ah! Mesti ada agenda si Miss World itu. Peraturan pertama, jangan sesekali percaya dengan cakap Miss World itu. Never ever!
“Helo Durrah, hang dengaq dak ni?”  Suara Nuha yang kembali kedengaran menyedarkan Durrah yang baru memutarkan kenangan masa lalu bersama-sama dengan Miss World.
“Err.. ya.. awatnya?”
“Awatnya? Hang ni mamai ka apa? Aku kata tadi, kalau hang tak pi takkanlah aku nak pi kan.”
“Oh! Ya, ya.. memang dak la aku nak pi. Hang ni pun Nuha... macamlah hang tak tau dia dengan kita macam mana kan? Atau lebih tepat lagi, dia dengan aku,” ujar Durrah sambil mencebik. Siap dengan jari telunjuk menuding ke dada sendiri. Terasa jengkel apabila bercakap mengenai Miss World yang seorang itu.
“Aku tahulah tapi benda tu dah lama kut? Waktu kita kat sekolah menengah. Takkan hang ingat lagi?” balas Nuha yang sudah tergelak di hujung talian.
“Mestilah! Cuba kalau hang yang kena, takkan hang tak ingat?” Durrah bernada serius. Semakin geram pula rasanya kepada Miss World sekarang apabila kenangan lalu diungkit. Lebih sakit hati apabila ketawa Nuha semakin kuat pula di hujung talian.
“Gelaklah, gelak... gelak kat orang mesti seronok kan?”  Dengan tawa yang masih bersisa, Nuha cuba bersuara.
“Dak la... hang tu... benda dah lepaih kan? Tak payahlah nak sakit hati sangat.”
“Tak payah nak sakit hati sangat? Kalau hang tanya kat Steve pun, tah-tah dia pun ingat lagi, hang tau dak ? Senang ja hang nak cakap tak payah nak sakit hati kan?” Durrah masih bernada serius.
“Okay, okay. Kita tak payah cakap dah pasai perempuan tu, ya? Jadi, hang dok contact lagi ka dengan Steve?” soal Nuha mengubah topik perbualan. Namun, bibirnya masih lagi menguntumkan senyuman mengenangkan hal yang satu itu. Ala, bukannya Durrah boleh nampak pun!
“Mestilah. Aku dok contact dia guna FB,” sahut Durrah. Dia yang tadinya menyandar di sofa terus membongkok ke depan untuk mencapai tetikus. Tangan mula menggerakkan tetikus untuk menutup VLC player yang masih memainkan filem Inggeris lakonan Isla Fisher itu. Terus, anak panah digerakkan untuk membuka Facebook dan mulut masih rancak berbual dengan Nuha.
*********************************************************************
Kelihatan seorang lelaki dengan sebuah briefcase di tangan melangkah keluar sebaik pintu lif di aras 14 itu terbuka. Riak wajahnya serius. Jam di pergelangan tangan dikerling sekali lalu seiring dengan langkah kaki yang menghala ke pintu kaca yang lutsinar.
Bibir lelaki itu mengorak senyum apabila mata melirik ke arah papan tanda nama yang berkilat di dinding di luar pintu kaca. Tertera ‘Perkasa Holdings’ yang selalu memberinya semangat untuk memulakan hari-hari kerjanya.
“Selamat pagi Encik Luth,” tegur seorang wanita yang berada di belakang kaunter.
“Morning,” balas Luth sambil menganggukkan kepalanya kepada wanita tersebut. Itu adalah Julia yang bertugas sebagai penyambut tetamu di Perkasa Holdings.
Julia tersenyum simpul menerima balasan bosnya. Lelaki yang menjunjung nama Luth Zafir itu adalah 
CEO kepada syarikat tersebut. Syarikat yang menguruskan bidang hartanah dan pembangunan itu kini semakin giat berkembang di bawah pimpinan Luth Zafir yang berusia 32 tahun.
Sepasang mata Julia terus galak menyorot gerak langkah Luth yang menghala ke biliknya. CEO itu kelihatan segak dan kemas seperti selalu. Susuk tubuh lelaki itu kelihatan bertambah menarik dan terserlah di dalam sepasang suit Giorgio Amani yang berwarna hitam.
“Aduhai Encik Luth... ai la.. bertuahlah badan siapa yang jadi kekasih dia tu.” Tergeleng-geleng kepala Julia yang seorang diri berada di kaunter itu. Di dalam kepalanya, dia mula memasang angan-angan. Kalau boleh wujudnya kisah dongeng Beauty and the Beast, Cinderella and The Prince Charming, kenapa di dunia sebenar tidak boleh Julia dan Luth, kan? Saling bergandingan bersama-sama menghala ke pelamin dan..
“Hah! Berangan!” Satu suara yang menyergah menyentak Julia yang elok tersengih seorang diri di kaunter. Siap dagu sudah ditongkatkan dengan tangan lagi sambil mata yang tak lepas mengikut gerak langkah Luth Zafir yang sudah memboloskan diri ke dalam bilik.
“Isy! Kak Pah ni..” Julia mula berdecit. Wajah cemburut sengaja ditayangkan di pandangan mata Kak Pah yang bekerja sebagai akauntan di syarikat itu. Kelihatan Kak Pah yang sudah terpacak di depan kaunter penyambut tetamu.
“Apa, apa? Kau tu kan... kalau tengok bos kita, amboi! Bukan main lagi. Dari tadi akak perhati aje perangai kau tu. Pandang Encik Luth tu tak berkelip langsung.” Kak Pah sudah memulakan sesi menjuih bibir di pagi hari.
Julia tersenyum sebaris sebaik mendengar nama lelaki itu. Luth Zafir. Oh! Indah! Terasa dirinya cukup bertuah dan bersemangat sekali untuk datang bekerja apabila mengenangkan seraut wajah kacak itu. Kalau Perkasa Holdings memerlukan khidmatnya tujuh hari seminggu pun tidak mengapa, dia sanggup! Pembetulan, bukan Perkasa Holdings tetapi Encik Luth Zafir ya.
“Hah! Berangan lagilah tu. Tak payahlah Ju. Kau ingat akak tak tahu apa yang kau fikirkan? Apa yang kau angankan? Hmm?” Kak Pah bersuara lagi.
“Saya tak cakap apa-apa pun kan?” balas Julia sambil mengangkat kening dan tersengih. Geram pula melihat Kak Pah yang bagaikan boleh menelah isi hatinya itu.
Terherot-herot mulut Kak Pah ingin membalas. Tidak puas rasa hati ingin memulakan kerja selagi tidak bergosip dengan Julia. Sesekali, mata ikut menjeling ke arah pintu bilik Encik Luth Zafir. Risau kalau-kalau majikan mereka itu melangkah keluar dan sekaligus mengganggu sesi gosip yang baru berlangsung.
“Ala... kau tak cakap pun akak tahu. Akak pun perempuan. Macamlah akak tak boleh nak agak apa yang ada dalam kepala otak kau tu,” tempelak Kak Pah sambil menjeling.
“Akak...” Julia yang sedang meneliti beberapa keping surat itu mula memanggil Kak Pah dengan nada meleret sambil menjeling sekilas.
“Dah.. kau tak payah nak berdrama nak cakap yang konon-kononnya kau tak fikir atau bayangkan apa-apa bila kau tengok Encik Luth tadi atau..” Kak Pah mula menaikkan jari telunjuknya.
“Apa?” balas Julia yang tidak ingin mengalah.
“Atau, bukan setakat tadi aje tapi setiap kali kau tengok Encik Luth, kan? Hey, akak perasanlah gerak-geri kau tu.” Julia melepaskan nafas. Beberapa sampul surat yang berada di tangan diletakkan ke atas kaunter sebelum mula menalakan pandangan kepada Kak Pah.
“Fine... memang saya sukakan bos kita tu okey? Puas hati?”
“Memang..” Belum pun sempat Kak Pah ingin berkata-kata, kedengaran interkom di hadapan Julia sudah berbunyi. Terus, laju sahaja tangan Julia menekan satu punat untuk menjawab.
“Where’s my coffee?” kedengaran suara Encik Luth.
“Err.. ya Encik Luth. Five minute!” tergagap Julia menjawab sebaik mendengar soalan yang dilepaskan oleh majikannya itu. Kak Pah mula tersengih.
“Akaklah ni!” sempat lagi Julia bersuara sambil menampar bahu Kak Pah sebaik bergegas bangun dari duduknya. Sekaligus menyalahkan Kak Pah di atas kekhilafannya sendiri pada pagi itu. Salah satu tugasannya adalah untuk menyediakan kopi untuk Encik Luth Zafir. Kaki mula tergesa-gesa menuju ke bilik pantri.
“Eh! Kita pulak yang nak disalahkan. Sendiri yang..” Julia berpaling sambil menjegilkan matanya kepada Kak Pah. Segera bebola matanya menjeling kepada beberapa orang staf yang lain yang berada di kubikel masing-masing sebagai isyarat ‘nanti – pecahlah – rahsia – kita’ kepada wanita itu.
Kak Pah menunjukkan ibu jarinya sebagai tanda mengerti. Ya, hal yang dibualkan di antara dirinya dengan Julia tadi harus dijaga rapi. Apatah lagi hal tersebut berkaitan dengan majikan mereka sendiri. 

Bukannya calang-calang jawatan. CEO! Susuk Julia yang sudah lagi tidak kelihatan di pandangan matanya membuatkan Kak Pah pulang semula ke mejanya.
Luth Zafir yang berada di dalam bilik pejabatnya mula mencapai sebuah fail yang sudah tersedia di atas meja. Kelihatan label “PROJEK UTARA” di hadapan fail tersebut. Berkerut seketika dahinya sebelum mula membuka fail yang berwarna hitam itu. Beberapa minit diambil untuk meneliti laporan yang tersaji di depannya. Kerutan yang baru saja hilang 
mulai muncul semula. Salah satu butang interkom mula ditekan.

“Su, pasal Projek Utara ni..”
“Ya Encik Luth. Encik Farhan cakap, pagi ni dia akan terangkan kepada encik.” Suara Suhana, setiausaha kepada Luth Zafir tenang menjawab.
“Pagi ni? Bila?” soal Luth tidak sabar. Jam yang melilit kemas di pergelangan tangan mula dikerling.
“Hah! Itu pun Encik Farhan sudah sampai.”
“Send him in.” Terus satu butang ditekan untuk menamatkan perbualan. Butiran-butiran yang tercatat di dalam fail itu kembali menarik perhatian Luth Zafir.
“Morning Luth.” Suara yang kedengaran sebaik pintu bilik dikuak segera menarik pandangan mata Luth Zafir dari terus tertancap kepada fail.
“Ni.. apa masalahnya?” Fail yang elok dipegang tadi terus dilepaskan ke meja sebaik kelibat Farhan kelihatan.
“Well...” Farhan yang baru melabuhkan punggung ke kerusi itu cuma memberikan senyuman sebagai jawapan.
“Well?” Luth Zafir yang tidak berpuas hati melepaskan lagi soalannya. Pandangan matanya tepat menghala ke arah raut wajah Farhan.
Farhan berdehem sekali dua sebaik melihatkan ekspresi wajah Luth Zafir. Fail yang berada di atas meja segera dicapai dan diimbas sekali lalu. Memang dia sendiri yang menyediakan laporan tersebut tetapi dia ingin memastikan kalau-kalau adanya maklumat yang terlepas dari pandangan matanya.
“Hah! Kau sendiri dah baca kan? Macam tu la.. macam mana lagi aku nak explain? Kalau tuan tu sendiri tak nak jual, kita tak boleh nak paksa, you know it right?” Farhan mula mengangkat kening.
Baru saja hendak membuka mulut, kedengaran ketukan di pintu.
“Masuk!” lantang suara Luth Zafir kedengaran.
Gulp! Kuatnya suara Encik Luth. Julia menelan air liur. Dia yang membawa secawan kopi terus berdebar-debar sebaik menguak daun pintu. Kelihatan pandangan mata majikannya itu tajam menyorot kepadanya.
“Err.. saya tak tahu yang Encik Farhan pun ada. Kalau tak..”
“No.. that’s okay Julia. I dah breakfast pun tadi,” balas Farhan sambil tersenyum. Sempat matanya dikenyitkan kepada gadis itu. Julia tidak berani memberikan sebarang respons. Secawan kopi panas yang sudah siap dibancuh diletakkan dengan penuh cermat ke atas meja Luth Zafir. Kaki terus diatur untuk melangkah keluar sebaik selesai menjalankan tugasannya.
Melihatkan daun pintu yang sudah dirapatkan kembali, Luth Zafir mula bersuara.
“There’s nothing that we can do, really?”
Farhan terjeda. Nada itu kedengaran cukup sinikal di hujung telinganya.
“Habis tu, what do you expect then? Kau nak aku paksa tuan tu tandatangan juga untuk lepaskan hak dia? Macam tu?” balas Farhan dengan tenang. Ah! Macamlah dia tidak tahu segala ragam dan tingkah Luth Zafir itu. Bukannya orang lain, sepupu dia juga!
“Well, if you have to,” sahut Luth Zafir tidak mahu mengalah.
Farhan menggeleng tidak percaya mendengar jawapan Luth Zafir.
“Sama ada kau gila atau..”
“I choose the second one. Smart!” Luth Zafir memintas cakap Farhan. ‘Sama ada kau gila atau bijak’ itu sudah seringkali dilontarkan oleh Farhan kepada dirinya. Kali ini, raut wajah yang sedari tadi serius mula berubah corak. Adanya segaris senyum yang tersungging di bibir Luth Zafir.
“Kalau kau bijak, then I bet.. mesti kau boleh selesaikan masalah ni, right?” soal Farhan sambil tersenyum. Sengaja ingin menduga reaksi sepupunya itu.
“Maksudnya, kau nak cakap yang memang kau mengaku kalah, macam tu?” Luth Zafir memandang sekilas kepada Farhan sebelum mula mencapai cawan yang berada di sisinya.
Farhan menghela nafas. Sesekali, boleh panas hatinya apabila berbahas dengan sepupunya yang seorang ini. Sentiasa ingin menang.
“Kalau kau boleh selesaikan hal ni, ya.. aku akan mengaku kalah,” sahut Farhan yakin.
Luth Zafir yang baru hendak menyisip air kopinya mengerling kepada Farhan. Terbantut hajatnya. Kelihatan sepupunya itu sudah tersenyum kepadanya. Dia tahu, Farhan pun bukannya calang-calang lelaki. Nada yang dilepaskan tadi kedengaran seperti mencabar dirinya tetapi kerana sikap Farhan yang satu itulah membuatkan dia menyerahkan Projek Utara itu dengan yakin kepada Farhan.
“Fine. I’ll do this!” balas Luth Zafir sambil tersenyum. Cawan yang dipegang mula dibawa rapat ke bibir dan bebola mata terus memerhati butiran yang tersedia.

P/S : Tq sudi baca. Jangan malu2 bagi komen ^_^

Saturday 19 September 2015

MY MR. GENTLEMAN


Macam mana kalau lelaki yang dibencinya itu memang ada ciri-ciri lelaki yang diidamkannya selama ini? Tall, dark, handsome... gitu! Gentleman pulak..

Sikit sinopsis untuk my next project, 2016 insya Allah.. My Mr. Gentleman. Jangan lupa dapatkan ISU yang telah berada di pasaran, okey? ^_^ 

Friday 21 August 2015

NAK JADI PENULIS???



Okay, tajuk tak ada kaitan langsung dengan pic di atas. Tapi ni info untuk mereka2 yang tertanya2 macam mana nak order novel2 Buku Prima ni kan.. Senang ja la ni, whatsapp! Tengok dan baca cara2 seperti yang telah dimaklumkan ya.. Jadi, Zila... bolehlah guna cara ni, hehe.. Okay, back to the topic.

Saya tengok pageviews kat blog ni mencecah 100 lebih juga untuk setiap hari. Okaylah tu dari tak ada langsung kan? Jadi, kalau asyik nak bercerita pasal novel2 pun bosan juga, ya tak? Jadi, kali ni, saya nak share info2 yang saya rasa mungkin boleh membantu atau berguna untuk sapa2 yang teringin nak jadi penulis tapi masih malu atau segan atau takut2 nak bertanya. Atau, tak tau mana nak tuju, nak tanya sapa, nak tanya apa.. Macam saya dulu2 la. Mula2 nak jadi penulis. Langsung tak tau kat mana nak refer. Harapkan kat internet pun apalah sangat kan..

Okay, mula2 kalau sapa2 yang dah ada manuskrip (mss). Maksud saya di sini, mss yang sudah siap. FULL punya. Dah complete dah cita tu. THE END. Bukan yang half, bukan yang sikit lagi nak siap dan sebagainya. YANG DAH SIAP, okay? So, kat mana nak hantar? Terserah kat hampa semua. Kalau target nak syarikat A , buat research sikit pasal syarikat tu. Cuba tengok novel2 yang dah dikeluarkan oleh syarikat berkenaan. Agak2, kena tak dengan tema dan jalan cerita mss yang awak dah ada tu? Kalau tak, besar kemungkinan akan ditolak. KEMUNGKINAN ya, bukan pasti. Kalau nak try send kat situ juga, boleh ja tapi takut kalau2 rugi masa. Sebabnya, satu2 mss akan mengambil masa lebih kurang 3-4 bulan. Bergantung kepada syarikat tersebut. Ada juga yang mencecah sehingga 6 bulan. Jadi, kalau dah dari mula kita tau yang mss yang kita ada tu, macam tak kena dengan syarikat yang menjadi pilihan, kenapa nak buang masa juga kan??? Move on kat syarikat lain.

Pendek kata, kena rajin buat research juga. Macam mana kehendak pasaran sekarang ni. Even orang cakap jalan cerita tu klise la, bla bla bla.. tapi kalau dah itu yang pembaca nak, ada demand, syarikat akan ikut sebab tahu yang jalan cerita tu boleh dijual. Jangan ikut kepala sendiri ja unless nak terbitkan sendiri ;-) Jangan jadi macam saya dulu. Langsung tak ambik tau keadaan pasaran tapi saya bersyukur juga sebab Kaki Novel sudi bagi peluang. Even mungkin ramai yang tak suka Aku, Dia &. com tu, tapi tulah pembakar semangat saya untuk terus menulis. Jadi, jangan cepat patah semangat untuk sapa2 yang nak jadi penulis ni, ya?

Keduanya, royalti. Sapa yang tak perlukan duit, betul tak? Unless dia saja2 menulis. Untuk suka2 dan LANGSUNG tak mengharapkan bayaran, terserah.. Saya memang full time menulis dan inilah pekerjaan saya. Memang saya tak bekerja yang lain. Untuk mereka yang tertanya2 atau masih ada yang tak tahu mahupun kurang jelas, biar saya habaq.. Lain syarikat, lain caranya. Sesetengahnya, royalti akan dibayar hanya setelah 6 bulan novel berada di pasaran. Maksudnya selepas 6 bulan barulah penulis akan mendapat 'gaji', hehe.. tu pun bergantung cara bayaran depa yang akan dimaklumkan di dalam perjanjian AKA kontrak penulis dengan syarikat berkenaan. Contoh, kalau depa kata waktu bayaran adalah 2 kali iaitu bulan Januari dan bulan Julai. So, kalau novel terbit bulan 2 contohnya kan.. kiralah sendiri.. selepas 6 bulan, maksudnya bulan 8, kan? Tapi ikut waktu bayaran tu, hanya bulan Jan atau Julai. So, kena tunggu turn sampai bulan Jan la, faham ya?

Urmm.. apa lagi? Of coz IDEA! Kena adalah kan.. kalau tak, macam mana nak menulis, ya tak? Jangan cepat PATAH SEMANGAT, please, please, please! Biasalah, kalau 1st time kita try send mss tu then kena tolak. Saya pun kena untuk yang 1st mss. Lepas tu, taklah, hehe.. Alhamdulillah, lepas AD&. Com, mss saya yang lain tak pernah kena reject dah. Hantar ja kat FP, pass penilaian dan layak untuk diterbitkan. Sama juga dengan ISU, pass penilaian dan layak diterbitkan under BP.. sebab tu jangan cepat give up. Kena baaaaaanyak bersabar, okay? Selalunya depa akan maklum kenapa depa tolak. So, take it as a stepping stone untuk bergerak lebih jauh lagi. Perbetulkan apa yang menjadi kekurangan. Jangan cepat melatah nak perasan yang kitalah yang terbaik, mss kita dah sempurna etc.. Terima teguran dan komen dengan hati dan minda yang terbuka. Kena komen, okaylah tu! Maksudnya, depa baca kan? Tambah apa yang kurang then send balik. apa yang rugi?

RAJIN...kena rajin2kan diri buat research sikit. Kalau banyak, lagi bagus! Tengok kehendak syarikat tu macam mana. Semuanya ada diterangkan di web2 depa. Cara mss.. tu yang paling penting. Nak guna jenis huruf macam mana kat Microsotf Word tu, semua ada. Tinggal, nak baca ja, hehe.. ikut format yang dikehendaki, kita juga yang senang. Senang nak edit balik dan sebagainya.

Urrm.. tu ja la kot? Saya rasa mana2 yang suka menulis mesti at least nak juga mss depa diterbitkan, betui dak? Takkan la tak mau tengok novel tu elok tersusun kat MPH ka..Popular ka, kan, kan? Hehe.. apa2 pun, kena KUAT. Baik dari segi semangat dan juga mental. Harap entri ni dapat bagi sedikit sebanyak info, ya? Mungkin ada adik2 yang singgah sini nak jadi penulis, mana tau..hehe.. Kalau ada apa2 nak tanya, jangan segan pula. Drop ur comment okay? Insya Allah, akan dijawab dengan sebaik mungkin.

Wednesday 29 July 2015

COVER RASMI ISU



Assalammualaikum semuanya.. Lama saya tak jengah ke blog sebab tak ada apa2 yang nak dikongsikan.. Tapi, petang ni ada sesuatu yang nak diwar-warkan, hehe..

Macam yang jelas terpampang di atas, inilah dia covernya yang rasmi untuk Isteriku Sleeping Ugly yang saya asyik promotekan kat sini sebelum2 ni.. Insya Allah, akan berada di pasaran pada bulan September ni, terbitan Buku Prima. Jangan keliru ya, walapun diterbitkan dibawah nama Daisy Dania, orangnya tetap sama iaitu saya, Daisy Zahra, hehe.. Boleh klik untuk baca bab2 awal yang saya dah masukkan kat sini. Bab 1-30 juga secoet teaser untuk bab 31 yang belum diedit secara rasminya. Of coz la berbeza kan dengan isi kandungan di dalam novel tapi bukanlah berbeza sangat pun. Nak tahu, kenalah beli, hehe..

Juga, nak ucapkan terima kasih sangat2 kat korang2 semua yang sudi masuk kat sini biarpun tak ada new entry. Juga, atas sokongan moral yang diberikan. So, apa pendapat korang tentang cover ni? Saya suka! ^_^

Wednesday 27 May 2015

NAK HABAQ

Assalammualaikum semuanya...

Maaf sebab lama tak menjengah ke blog. Bukan apa saya dok nak siapkan  manuskrip terbaru. So, jarang dah nak masuk ke sini. Apa2 pun terima kasih sangat2 untuk mereka yang sudi masuk kat sini, sudi jengah2 walaupun tak ada new entry..nanti insya Allah, saya update Dia.. Mikhael yang terbaru ya..Terima kasih sangat2 atas sokongan.

Wednesday 18 March 2015

IASU?!



“Assalammualaikum!” Pintu diketuk seiring dengan ucapan salam yang diberikan.
            “Waalaikummussalam” Beberapa minit, pintu mula dikuak dari dalam. Pakcik Kamarudin yang terpacul di muka pintu kelihatan sedikit terkejut.
            “Kamu...kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?”soalnya dengan melirik anak muda itu ke atas dan ke bawah. Okay je aku tengok. Apa yang tak kena?
            Rayyan menelan air liur. Terasa keras semacam lidahnya ingin bertutur apabila melihat sosok ayah kepada makcik itu.
            “Panggillah dia masuk dulu kalau ya pun,” kedengaran suara Makcik Hashima dari dalam.
            “Emm..masuk. Malam-malam macam ni tak elok kalau..”
            “Saya nak khawin dengan makcik” Fuh! Lega. Rayyan memberikan senyuman yang paling manis apabila Pakcik Kamarudin menoleh kepadanya. Senyuman lebar ala-ala The Rock lagi, boleh?
            “Makcik?!”
            “Er..bu..bukan dengan makcik ni. Dengan Hana. Hana. Saya nak khawin dengan Hana” Rayyan mula cuak apabila emak Hana turut terpacul di depan pintu.

            Dan Hana yang sedang berada di dalam bilik, sudah lama hanyut di dalam lenanya.

P/S : Sikit sedutan bab 31 untuk mereka yang setia berkunjung ke blog yang tak seberapa ni. TQ sooooo much, really2 appreciate that!!! Untuk makluman, manuskrip IASU ni sedang dinilai oleh pihak BP, doa2 kan la ada rezeki unt diterbitkan, ya..

Friday 6 February 2015

REVIEW MY OPPA MR CAPPUCCINO



Haha..saja nak letak besaq2 kat sini. Bukan apa..hepi bila dapat feedback yang positif pasai My Oppa Mr. Cappuccino.. betul juga apa yang dikatakan oleh saudari ni. Jangan2 ramai yang kat luaq sna ingat the whole story pasai My Oppa Mr. Cappuccino ni mesti pasai Korea kan pasai tajuk Oppa tu? Ha..tu..dah ada orang yang buat review.. Kalau sapa2 yang masih teragak2 atau yang belum beli lagi, boleh la order kat Penerbitan Fajar Pakeer ok.

Thursday 29 January 2015

ORANG GAJI



1

             Angin bertiup lembut pada malam itu namun kedinginan malam tetap saja mampu menggetarkan mereka yang  masih berembun di luar. Sesekali kedengaran cengkerik berbunyi di kiri dan kanan jalan yang sunyi. Seakan-akan saling berlumba untuk menjulang gelaran juara di malam hari.
            Kelihatan sebuah teksi sedang dipandu perlahan melalui sebatang jalan di hadapan sebuah kawasan perumahan. Halim sempat menjeling deretan rumah di kawasan perumahan itu yang sedang dilaluinya kini. Pandangannya berubah pula kepada jam di dalam teksi yang memaparkan pukul 11.55. Dadanya berdebar tiba-tiba apabila mengenangkan sebuah rumah banglo yang terletak hampir 500 meter di hadapan.
            Halim menekan satu suis. Alunan lagu dari radio yang tadinya perlahan kedengaran menjadi halwa telinga mulai kuat berkumandang di dalam teksinya kini.
            “Ehem! Ehem!” Halim berdehem sekali dua untuk mengusir rasa debar yang semakin menebal di dalam hati. Rasa takut yang hadir cuba dikawal. Teksi terus dipandu sebaik yang mungkin.
            Sara yang berada di tempat duduk belakang teksi itu menjeling sekali lalu tingkah si pemandu.
            “Macam-macam,” bisik Sara perlahan. Agaknya pemandu ini takut kerana terpaksa menghantarnya ke rumah banglo itu? Sudahlah di perhentian teksi tadi tiada sesiapa yang sudi menghantarnya ke situ. Rata-rata pemandu teksi yang ditemuinya semuanya memberikan jawapan yang negatif.
            “Ehem!!”
            Halim berdehem lagi. Kali ini lebih kuat dari yang tadi. Entah kenapa terasa dingin tiba-tiba. Terasa bulu romanya tegak berdiri. Terasa bagaikan adanya mata yang sedang memerhati. Jantungnya pula semakin kuat berdegup. Rasa takut semakin kuat mencengkam apabila pintu pagar rumah banglo itu sudah kelihatan di pandangan mata.
            “Abang takut ke?” Tegur Sara sambil berkerut dahi. Soalannya tidak berbalas. Kerutan di dahi semakin menambah. Sara mula menjengah ke luar tingkap teksi memerhati rumah banglo yang menjadi destinasinya. Hanya bumbung rumah banglo itu sahaja yang kelihatan dari luar. Dinding batu yang dihiasi lampu-lampu yang cantik menyala teguh memagari sekeliling kawasan rumah tersebut.
            Teksi yang dipandu Halim mula terhenti tanpa sebarang sebab. Tanpa sebarang amaran awal. Hentinya betul-betul di hadapan pintu pagar rumah banglo tersebut. Halim menelan liur. Dia yang tadinya tenang mula menggigil sedikit. Kedua tangannya masih kemas menggenggam stereng.
            “Ya Allah...” Halim mula merintih perlahan. Matanya sedikit terjegil apabila memerhati ke arah pintu pagar rumah banglo itu. Ketakutan terus menguasai diri. Dia mula kelam-kabut cuba menghidupkan semula enjin kereta.
            “Waktu-waktu ni juga kau nak buat perangai kan?!” Halim mula jerkah dek hilang sabar setelah beberapa kali mencuba untuk menghidupkan enjin keretanya namun masih lagi gagal. Di antara sabar yang kian menipis dan takut yang kian menebal, dia lebih berasa takut di saat ini.
            “Tak apa abang. Memang ni la rumahnya yang saya cakap tadi. Berapa ringgit bang tambangnya?” Sara mula melepaskan soalan.
            Halim tidak mengendahkan. Tangannya terus memulas kunci kereta berulang kali.
            “Abang? Berapa ringgit?” Tegur Sara lagi setelah soalannya masih lagi tidak berjawab. Dia terus memerhati tingkah Halim. Sesekali kepalanya menggeleng perlahan. Pandangannya ditala semula kepada rumah banglo yang terdapat di pinggir jalan itu.
            Pelik-pelik orang kat sini. Sudahlah tadi di stesyen teksi tiada sesiapa yang sudi menghantarnya ke rumah banglo ini dan sekarang, si pemandu teksi ini pula takut semacam dengan rumah banglo ini. Kenapa ya? Sara terus berbiaca di dalam diam.
            “Sial, sial!”
            Suara Halim yang membentak menarik semula perhatian Sara. Pemandu teksi itu kembali dipandang. Kelihatan lelaki itu masih lagi berusaha menghidupkan enjin keretanya. Sesekali lelaki itu turut memandang ke arah rumah banglo itu.
            “Abang, berapa ringgit saya kena bayar ni?” Sara bertanya lagi.
            “Hei! Kau nak turun, turun aje la!” Jerkah Halim. Dadanya mula berombak menahan rasa yang bercampur baur.
            Sara semakin keliru. Isy! Tanya pasal tambang pun, nak marah-marah? Apa? Dia tak perlukan duit tambang teksi dia itu ke? Akur dengan arahan Halim, Sara mula melangkah turun daripada teksi itu.
            “Terima kasih abang,” ucap Sara berbahasa. Biarpun masih lagi keliru dan sedikit terasa dengan sikap si pemandu, dia masih lagi menjaga budi bahasanya.
            “Ingat tau. Kat tempat orang nanti, Sara kena pandai jaga diri. Jaga budi bahasa kita, nak. Insya Allah, kalau kita buat baik dengan orang, orang pun suka. Bila orang suka, tak adalah  musuh.”
            Itu pesanan emaknya. Pesanan yang masih lagi segar di dalam minda. Pesanan itulah yang dibawanya bersama ke tempat asing ini untuk mencari rezeki. Sara yang sudah melangkah keluar daripada teksi, mula bersuara.
            “Nanti, kalau abang nak..”
            Belum pun sempat hendak menghabiskan kata-katanya, si pemandu teksi tadi terus memecut laju meninggalkannya seorang diri di pinggir jalan itu. Sara semakin bingung dengan sikap pemandu teksi itu. Dia hanya mampu memerhati teksi itu yang semakin menghilang di dalam gelap malam.
            “Nanti kalau abang nak duit tambang tu, datang jumpa saya kat sini,” ucap Sara perlahan. Kepalanya terus menggeleng. Kesal dengan sikap pemandu teksi yang membawanya sehingga ke destinasi yang ingin ditujui tetapi langsung tidak mengenakan sebarang bayaran. Terasa bersalah pula kepada pemandu tersebut.
            Sara memerhati sejenak dinding batu dan pintu pagar di hadapannya. Dari celahan ukiran bunga di pintu pagar itu, rumah banglo tersebut sudah kelihatan di pandangan mata. Bibirnya mula menguntumkan senyuman.
            “Inilah rumahnya.” Sara mengangguk berpuas hati. Langkah kaki mula diatur menuju ke rumah banglo tersebut. Matanya menjeling memerhati halaman yang disimbahi cahaya dari lampu hiasan yang terdapat di dinding batu sekeliling kawasan tersebut.
            “Cantik!” Sara menzahirkan rasa kagumnya memerhati pokok-pokok bunga yang menghiasi halaman tersebut di satu sudut. Terdapat juga ornamen air pancur dihiasi dua ekor patung bangau putih di sudut kiri halaman itu. Bunyi airnya yang tenang mengalir terasa cukup mendamaikan. Sebuah gazebo yang berdekatan dengan ornaman itu membuatkan Sara terus tersenyum sendirian. Gazebo coklat itu tidak ubah seperti pondok tradisional Melayu. Pondok yang mengingatkannya kepada suasana di kampung.
            “Kau buat apa kat sini?!”
            Satu suara yang menegur menyentak Sara. Dia yang tadinya asyik memerhati gazebo itu mula mengubah pandangan mencari punca suara yang menegurnya dari belakang tadi. Kelihatan seorang wanita di dalam lingkungan 50-an sedang terpacak berdiri mengadapnya.
            Wanita itu menilik Sara atas dan bawah. Riaknya wajahnya seperti terkejut melihat sosok gadis itu. Sara mula berasa tidak enak ditenung sebegitu oleh wanita yang sedang memegang sebuah baldi itu.
            “Er..saya datang sini..”
            “Sebab apa?!”
            Wanita itu bersuara keras namun masih terkawal. Sesekali dia menjeling sekeliling memerhati kalau-kalau ada sesiapa yang turut berada di situ selain mereka berdua.
            Sara mengetap bibir menahan gugup. Pandangan matanya saling bertaut dengan sepasang mata wanita itu yang masih tajam merenung dirinya. Kenapa dengan makcik ni? Macam terkejut tengok aku kat sini. Agaknya dia tak sangka aku nak sampai sini lewat malam? Pelbagai andaian mula memenuhi benak Sara.
            “Sebab apa?! Macam mana kau boleh masuk?!”
            Wanita itu melepaskan lagi soalannya. Bebola matanya yang sedikit menjegil itu terus menatap Sara tidak lepas.
            “Er..tadi tu..saya tengok pintu pagar terbuka jadi..”
            Belum pun sempat Sara menyudahkan kata-katanya, wanita itu laju sahaja menoleh ke belakang. Kelihatan pintu pagar yang masih terbuka.
            “Tak guna! Mesti aku yang terlupa tutup tadi.” Wanita itu menggerutu perlahan menyesali kesilapan dirinya sendiri. Kemudian dia menoleh kepada Sara semula. Pandangan matanya dikecilkan sewaktu melirik gadis itu.
            “Kau jangan nak macam-macam! Kau ingat aku tak tahu kenapa kau datang sini?” Tidak bertangguh wanita itu terus melepaskan lagi kata-katanya kepada Sara.
            Sara mula berkerut dahi. Dia semakin bingung. Belum pun habis memikir ragam pemandu teksi tadi, sekarang dia harus berhadapan dengan karenah wanita ini pula.
            “Apa yang makcik cakapkan ni? Saya datang sini sebab tawaran kerja tu. Tuan rumah ni nak guna khidmat orang gaji, kan? Sebab tu saya ke sini kalau-kalau ada rezeki saya tapi itulah...sepatutnya petang tadi saya dah sampai tapi di pekan tadi, tak ada pemandu teksi yang sanggup datang sini sebab tu saya lewat,” ujar Sara terus menjelaskan perihal dirinya.
            Wanita itu diam tidak berkutik buat beberapa ketika. Hanya sepasang matanya yang masih lagi tajam merenung kepada Sara. Angin malam yang sesekali menyapa membuatkan Sara mula berdebar. Jantungnya mula berdetak kian rancak.
            Apa kena dengan perempuan ni? Macam ada apa-apa pula dia tengok aku macam tu. Pelik sangatkah kalau aku lambat sampai? Marahkah? Bukannya aku sengaja. Kata-kata Sara terus berlegar-legar di dalam hatinya saja.
            “Jadi, kau datang sini sebab kerja tu? Bukan sebab yang lain?” Wanita itu mula bersuara selepas beberapa ketika.
            Laju kepala Sara mengangguk tanda mengiyakan. Biarpun terasa pelik dengan soalan yang kedua daripada wanita itu, dia terus mengangguk. Terasa semakin  menebal perasaan ingin tahu di dalam hatinya kini. Ringan saja mulutnya dirasakan untuk bertanya kepada wanita itu. Sebab yang lain? Sebab apa?
            “Urmm..baiklah kalau macam tu. Aku tak suka sebarang masalah nanti. Lagipun, tuan dengan puan pun macam tu. Mereka pun tak suka ada sebarang masalah. Kau faham?”
            Sara mengangguk lagi. Tiap patah kata wanita itu terus diberikan perhatian sebaik yang mungkin.
            “Ikut aku.” Wanita itu terus melangkah sambil membawa baldi sebaik memberikan arahan. Sara hanya mengikut dari belakang. Bau busuk yang datang mencuit-cuit deria pernafasannya membuatkan Sara mula menutup hidung. Langkah kaki terus diarah mengikut wanita itu yang menghala ke arah belakang rumah.
            “Bau apa ni makcik?” Sara akhirnya melepaskan juga soalan setelah beberapa ketika. Tidak tertahan rasanya terpaksa menghidu bau busuk itu biarpun hidungnya sudah ditutup. Berkerut-kerut wajahnya menahan bau busuk itu. Bau seperti bangkai!
            Wanita itu yang berada di depan mula menghentikan langkahnya. Sara yang mengekori sejak tadi turut berhenti. Wanita itu menoleh ke belakang. Matanya dijegilkan kepada Sara sebelum bersuara.
            “Jangan tegur! Aku tak suka! Faham?” Keras suara wanita itu berdesis kepada Sara.
            Sara menelan liur. Lidahnya terus kelu. Terangguk-angguk kepalanya sebagai tanda jawapan kepada soalan wanita tua itu. Matanya tiba-tiba terarah kepada baldi yang sedang dipegang oleh wanita itu. Belum pun sempat hendak menjengah isi kandungannya, wanita itu memulakan langkahnya semula sambil membawa baldi yang berwarna merah itu.
            “Apa yang dia bawa? Tak kan la bawa pakaian malam-malam macam ni?” bisik Sara. Pelbagai soalan dan andaian mula muncul di dalam minda. Namun, kakinya tetap saja setia mengekori langkah wanita itu sehingga mereka tiba di pintu belakang rumah.
            Sara terus mengikut wanita itu yang kini sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Daun pintu dapur yang tadinya terbuka kembali dirapatkan dan dikunci oleh wanita tersebut. Sara hanya memerhati wanita yang sudah beruban itu dan keadaan dapur yang suram hanya diterangi cahaya dari lampu hiasan di dinding luar. Selesai melakukan kerjanya, wanita itu menoleh kepada Sara yang masih tercegat berdiri.
            “Nama aku Mariam. Kau boleh panggil aku Mak Yam. Aku juga orang gaji dalam rumah ni. Aku yang paling lama di sini jadi kau kena dengar cakap aku. Tuan dan puan dah tidur. Esok saja aku kenalkan kau kepada mereka. Apa yang penting, di dalam rumah ni ada peraturan. Kau akan hanya buat kerja-kerja yang aku suruh saja, faham?”
            “Faham Mak Yam,” sahut Sara sambil menganggukkan kepalanya. Segaris senyuman diberikan seiring tangan yang dihulur untuk bersalam sebagai tanda perkenalan. Tangan tidak bersambut. Sebaliknya, Mak Yam hanya menjeling. Riak wajahnya masih lagi serius. Tidak tersenyum langsung kepada Sara. Matanya mengisyaratkan ke satu arah.
            “Sana bilik kau. Ingat! Kau jangan sesekali nak memandai-mandai di sini!” Mak Yam sekali lagi memberi peringatan kepada Sara.
            “Baik Mak Yam,” jawab Sara. Kakinya mula mengorak langkah ke arah yang ditunjukkan oleh Mak Yam dengan ekor matanya tadi. Sebuah bilik yang yang sederhana besar lengkap dengan almari dan katil membuatkan Sara tersenyum.

            “Ini pun dah cukup,” ucapnya syukur. Badannya yang letih terus direbahkan ke atas katil. Matanya mulai kuyu. Di dapur, Mak Yam sibuk menyental tangannya yang mempunyai kesan darah kering. Air jernih yang terpasang di sinki terus mengalir berubah warna menjadi merah kehitaman. Dalam keadaan samar, Mak Yam tersenyum sendirian.

P/S : Saja nak try2 tulis cerita seram..kalau sudi, drop komen ya? Habis malas pun, tick ja dalam kotak tu, hehe..luv u all!!! TQ ;-)