Penghujung tahun 2004
Hana Antasha melangkah lemah menuruni anak tangga bas sebaik kenderaan awam
itu berhenti di stesyen bas Sahab Perdana hampir lima minit yang lalu. Sempat
tapak tangannya menyapu air mata yang masih bersisa sebelum memijak anak tangga
yang terakhir untuk keluar daripada perut bas Transnasional itu, juga sebagai
orang yang terakhir.
Tali beg yang tersandang
di bahu kanan diperbetulkan sambil kaki terus melangkah menuju ke hujung
stesyen bas. Wajah seseorang yang menyelinap masuk ke dalam mindanya membuatkan
Hana Antasha kembali sebak. Bukan sedih tapi geram!Air mata yang sedari tadi
ingin ditahan, mengalir semula.
“Tak guna!”, bisiknya
geram. Sempat wajahnya yang sedari tadi menunduk kembali diangkat untuk
memandang ke depan. Bahagian hujung stesyen bas itu yang bergelap membuatkan
wajahnya mula berkerut.
Air mata yang berada di
pipi terus disapu apabila memerhati lampu yang sepatutnya menerangi bahagian
hujung stesyen bas itu, tidak berfungsi. Sama seperti minggu-minggu yang lepas.
“Ei!Bila nak perbetulkan lampu tu?”, desis Hana perlahan. Matanya memerhati
sekeliling stesyen bas yang masih dipenuhi orang pada ketika jam hampir ke
pukul 8 malam itu, kecuali bahagian di hujung stesyen bas itu sahaja.
“Nampaknya aku seorang
lagi la malam ni..”, tutur Hana yakin apabila melihat kerusi-kerusi yang berada
di bahagian hujung stesyen bas itu kosong dan sepi. Kaki Hana terus melangkah
sambil tangannya memeluk kemas sebuah fail.
Sebaik tiba di hujung
stesyen bas yang menempatkan bas untuk menuju ke UUM dan juga Pekan Kodiang
itu, Hana mengambil tempat di sebuah kerusi betul-betul di depan sebuah bas HBR
yang akan bergerak menuju ke Pekan Kodiang dalam masa 15 minit lagi.
Di kerusi itu, Hana
melepaskan penatnya. Fail yang sedari tadi dipeluk erat diletakkan di kerusi di
sisi kanannya yang kosong. Dia mula mengeliat untuk menghilangkan sengal-sengal
di badannya setelah hampir sejam setengah berada di dalam bas dari Sungai
Petani tadi.
Puas mengeliat, Hana
melepaskan keluhan. Terngiang-ngiang kata pensyarah untuk subjek PAD 170,
Politics and Government pada tengah hari tadi.
“Kalau saya dapat tahu
perkara yang macam ni lagi, ingat Hana. Saya tak kan teragak-agak untuk
gagalkan kamu terus nanti!.”
Hana mengetap bibirnya. Geram!Sakit hati yang kembali bertamu di dalam diri
membuatkan matanya kembali senang untuk bergenang air.
Keadaan bahagian itu yang
bergelap membuatkan Hana terus melempiaskan emosinya seorang diri tanpa rasa
malu. Dia tahu tiada sesiapa yang berada di situ. Teresak-esak dia menangisi
nasib dirinya.
“Macam mana kalau aku
gagal nanti?Tak mustahil perempuan itu akan buat lagi..”, getus Hana sendirian.
Raut wajah Rina Batrisya yang tersenyum sinis sambil mengangkat kening
kepadanya kembali terbayang.
“I told you right?.”
Kata-kata yang diberikan oleh Rina Batrisya kepada dirinya di tangga
membuatkan lidah Hana kelu seribu bahasa untuk membalas. Tidak diduga,
rancangannya untuk bertemu dengan Puan Sufi untuk menerangkan perkara yang
sebenar, hanya memakan dirinya sendiri.
Air mata terus
dirembeskan. Hana berasa sakit hati. Bukan hanya kepada Rina, malah kepada
dirinya sendiri yang tidak pernah berani untuk melawan gadis itu.
“Rina Batrisya!”, Hana
menyebut nama gadis yang sekelas dengannya itu dengan rasa penuh geram.
Terbayang raut wajah gadis yang tinggi lampai persis seorang model itu.
Rambutnya yang ikal itu sering ditata rias dengan hiasan.
Wajah cantiknya juga sering dikenakan solekan. Serba-serbi mengenai diri gadis
itu dapat menarik perhatian sesiapa sahaja.
Hana membelek hujung
lengan kemeja yang menyaluti tubuhnya.
“Kau kena sedar diri. Kau tu ugly. Euww!.”
Kata-kata Rina yang pernah
disuarakan kepadanya ketika berselisih di tandas satu ketika dahulu kembali
bergema. Tidak berkelip mata Hana memerhati hujung kemeja yang melurut jatuh di
pergelangan tangannya itu.
“Ugly?Kenapa?Sebab aku tak
pakai baju-baju berjenama macam dia?”, bisik Hana sambil menyinsing kembali
kemeja berwarna ungu gelap itu.
Sesekali kepala Hana
mengangguk bagaikan menyetujui sesuatu. Ya, dia akui yang Rina Batrisya adalah
seorang gadis yang cantik. Tidak pernah kalah dari segi pemakaian. Siap lengkap
dengan aksesori dan juga beg tangan yang akan berganti setiap hari.
“Dia kan anak orang kaya.”
Kata-kata yang sering diberikan untuk menerangkan siapa Rina Batrisya di
UiTM Merbok itu. Itulah kata-kata pertama yang akan terpacul keluar dari mulut
sesiapa yang memandang kepada gadis itu. Cantik?Sudah semestinya!
Air mata yang mengalir di
pipi terus diseka dengan tapak tangan. Bukan Hana tidak ingin melawan dengan
Rina untuk nasib dirinya tetapi entah kenapa setiap kali berdepan dengan gadis
itu, dia akan menjadi penakut.
Takut untuk membuka mulut.
Lagipun, siapa yang akan menyokongnya?Dia kan Hana Antasha. Siapa Hana?Ala, si
Sleeping Ugly tu!
Siapa Rina?Ala, yang
cantik tu!Rina?Anak orang kaya tu kan?Dengar kata pakaian dia yang dalam almari
tu pun dah beribu-ribu ringgit tau!
Lalu, dengan situasi yang macam tu, macam mana dia dapat mengalahkan si
Rina Batrisya?Anak orang kaya yang sekelas dengannya sejak semester pertama
lagi. Perempuan yang mula memandang sinis kepadanya sejak hari pertama mereka
di UiTM itu.
“Aku kan Sleeping Ugly..”,
tutur Hana perlahan. Bibirnya tersenyum kelat mengenangkan nasib dirinya
sendiri. Satu UiTM mengenali dirinya tetapi bukan dalam cara yang sama seperti
Rina dikenali. Dia tidak ubah seperti bahan jenaka tetapi Rina?Ramai pelajar
lelaki yang terpaut hati kepada gadis yang berasal dari KL itu.
“Assalammualaikum!.”
Satu suara mematikan lamunan Hana. Wajahnya terus dipalingkan ke sisi kanan
untuk disembunyikan apabila menyedari kehadiran seseorang di sisi kirinya.
“Er..waalaikummussalam”,
sahut Hana dengan teragak-agak.
Lelaki yang memerhati Hana itu mengerutkan wajahnya. Kenapa gadis itu
membelakanginya?Sudahlah gelap, tak nampak dengan jelas, kenapa dia buat macam
tu?
Hana mengetap bibir. Di
dalam hati, dia berharap agar lelaki itu segera berlalu. Peminta sedekah ke?Tak
kan la. Dia tahu pakcik yang selalu meminta itu hanya ada pada waktu petang
sahaja.
“Er..saya nak tanya ni.
Bas ke..”
“Sana!”, Hana terus menuding tanpa berpaling. Juga, tanpa menanti untuk
lelaki itu menghabiskan kata-katanya.
Terkejut lelaki itu dengan
lantunan suara si gadis yang masih tidak bersemuka dengannya itu.
“Er..mana awak tahu yang saya...”
“Sini bas yang nak pergi
UUM dan Kodiang je”, laju Hana menjawab.
Kepala lelaki itu mengangguk. Mulai faham. Dia sendiri tidak dapat membaca
dengan jelas tulisan yang tertera dek kegelapan di kawasan itu.
Ekor mata lelaki itu
kembali jatuh kepada Hana. Masih seperti tadi. Membelakangi dirinya.
“Agaknya dia malu tak?Ya
la. Kan tadi dia menangis”, bisik hati lelaki itu. Hanya gadis itu yang tidak
menyedari tingkahnya dapat diperhatikan oleh dirinya sebentar tadi.
“Saya tak ada sapu tangan tapi er...ambiklah ni...”
Wajah Hana berkerut
apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
“Apa pula?Dah orang bagitahu tadi tu, dah la!”, bentaknya di dalam hati.
Hana terus membatu. Tidak ada hati ingin menoleh. Biarkan. Dia berharap agar
lelaki itu akan segera berlalu.
“Ambiklah. Kesat air mata
awak tu. Juga sebagai tanda terima kasih saya. Emm..terima kasih. Saya pergi
dulu”, tutur lelaki itu sebelum berlalu. Sesekali, kepalanya menggeleng dengan
gelagat Hana.
Beberapa minit menunggu
dan setelah yakin yang si penegur tadi tidak lagi berdiri di sisinya, Hana
menoleh perlahan-lahan. Kelihatan seorang lelaki yang menggalas beg berwarna
hitam yang sedang melangkah menjauhi tempat duduknya.
Pandangan mata Hana jatuh
pula kepada sehelai kain yang tersangkut di kerusi tempat duduknya. Tangannya
mencapai kain lembut yang berwarna hitam itu.
“Mafela?Lelaki tu...”, dengan sehelai mafela di tangan Hana berdiri.
Matanya memerhati lelaki yang sedang berjalan yang diyakini lelaki yang
menegurnya tadi. Juga, lelaki yang meninggalkan mafela itu untuk dirinya.
Wajarkah dia mengejar
lelaki itu?Setidak-tidaknya ucapan
terima kasih perlu diberikan tapi betulkah tindakannya itu?
Hana mula berbelah bahagi sama ada untuk mengejar lelaki itu atau pun
tidak. Dia mula mengetap bibir. Berharap, setidak-tidaknya lelaki itu akan
menoleh kepadanya. Dapatlah wajah lelaki itu ditatap.
Hana terus menanti. Dia
tahu mustahil dia ada keberanian untuk mengejar lelaki itu. Entah kenapa,
kakinya bagaikan dipasak di lantai simen tempat dia berdiri sekarang. Hanya matanya
yang terus memerhati langkah lelaki itu yang semakin menjauh dari dirinya.
Lelaki itu yang hanya
kelihatan dari belakang, terus melangkah menyeberangi jalan menuju ke kaunter
bas ekspress. Hana kembali duduk di kerusinya apabila kelibat lelaki itu tidak
lagi kelihatan.
Kain mafela yang berada di
dalam tangannya kini direnung.
“Ambiklah. Kesat air mata awak
tu. Juga sebagai tanda terima kasih saya.” Terngiang-ngiang suara lelaki tadi di cuping telinga
Hana.
Hana kembali menoleh ke
seberang jalan. Memerhati kalau-kalau adanya lelaki yang berseluar jeans biru
gelap dan juga berjaket hitam. Tiada.
“Terima kasih”, bibir Hana
menutur perlahan. Seakan-akan si pemilik mafela itu ada di depannya.
“Bangun!Bangun!Kenapa tidur kat sini?”, satu suara mengejutkan Hana Antasha
yang terpisat-pisat membuka matanya. Kelihatan dua orang perempuan yang sedang
memandang pelik kepadanya.
“Er...”, Hana kelu. Dia
memerhati sekeliling. Keadaan sekeliling yang ramai dengan para pelajar baru
seperti dirinya yang bersama-sama dengan ibu bapa masing-masing membuatkan
dirinya terasa malu. Apatah lagi, beberapa pasang mata turut terarah kepada
mereka bertiga.
“Kenapa tidur sini?Dah
daftar?”, salah seorang daripada perempuan yang mengejutkan Hana daripada
tidurnya melirik pelajar perempuan itu ke atas dan ke bawah. “Er..saya..er..tak..”, tergagap-gagap
Hana ingin menjawab. Kepalanya menggeleng perlahan.
“La...tak daftar lagi?Dah la tak daftar, yang awak tidur sini siapa yang
suruh?”, perempuan yang mengejutkan Hana tadi mula bersuara semula setelah diam
seketika. Nada yang lahir dari mulutnya jelas menunjukkan yang dia kurang
senang dengan jawapan yang diberikan oleh Hana.
Hana terus diam membisu.
Berdebar jantungnya mendengar pertanyaan yang dia sendiri tidak ada jawapan untuk
diberikan. Wajahnya menunduk. Tidak berani mendongak untuk bersemuka dengan
kedua-dua perempuan tersebut.
“Dah la tu. Awak ni..”,
perempuan yang mengenakan cermin mata menyiku lengan kawannya. Perempuan itulah
yang bertanya kepada Hana sama ada dia sudah mendaftar atau belum.
“Kalau kita biarkan...”
Belum sempat perempuan yang masih belum berpuas hati itu ingin meneruskan
kata-katanya, kawannya yang bercermin mata itu terlebih dahulu membuka mulut.
“Adik, kalau adik tak
daftar lagi, sila pergi ke Dewan Masria untuk mendaftar. Lepas daftar, baru
tahu kolej mana adik akan ditempatkan. Nanti, kakak kat dalam tu akan bagitahu
nombor bilik dan serahkan kunci bilik sekali. Kat sana tu..”, perempuan
tersebut tersenyum kepada Hana yang memberikan sepenuh perhatian kepada
kata-katanya. Tangannya turut ditunjukkan ke satu arah.
“Terima kasih akak”, Hana
berbahasa setelah mendengar kata-kata perempuan itu. Terus, beg yang berada di
tanah diangkat dan dibawa bersama-sama dengannya menuju ke dewan.
“Junior!Macam-macam hal
la!”, perempuan yang masih tidak berpuas hati itu mendengus geram.
“Sebab dia orang junior la, adanya kita sebagai senior dan juga OC untuk
tolong”, balas perempuan yang mengenakan cermin mata itu.
“Tahulah tapi dia
ni..budak ni..”, perempuan itu mengerling ke arah Hana yang baru melangkah ke
dalam dewan.
“Dah la tak daftar lagi,
senang-senang dia je nak tidur sini. Apa dia ingat datang sini untuk
tidur?Kalau nak belajar tu buatlah macam cara nak belajar!”, tempelak perempuan
yang masih tidak berpuas hati.
Kawannya yang malas untuk
melayan sesi perdebatan itu hanya mendiamkan diri. Baginya, mungkin saja
pelajar baru itu ada masalah?Atau paling tidak, letih barangkali?
Hana terpinga-pinga sebaik
melangkah masuk ke dalam dewan yang sederhana besar itu. Matanya memerhati
sekeliling isi dewan yang dapat ditatap oleh pandangan matanya. Ada beberapa
buah kaunter yang disediakan di situ. Juga terdapat beberapa barisan panjang
yang sedang beratur di depan kaunter-kaunter tersebut.
“Mana satu ni?Tadi akak tu
tak cakap pula ada banyak kaunter”, gumam Hana seorang diri di muka pintu
dewan. Lambat-lambat kakinya melangkah masuk ke dalam dewan sambil tangan
kirinya membawa sebuah beg pakaiannya. Tangan kanannya memegang sampul surat
yang mengandungi laporan perubatannya. Tidak pasti dengan apa yang harus
dilakukannya, Hana menuju ke sebuah barisan dan beratur di situ.
Seorang pelajar perempuan
yang berada di depannya menoleh sekilas ke arah Hana. Diperhatikan gadis yang
mengenakan baju kurung berwarna putih yang mempunyai corak bunga berwarna merah
jambu itu. Tudung polos yang berwarna putih menutup kemas kepalanya.
“Er..awak pun baru nak
daftar?Sampai lewat juga ke?”, dia menegur Hana.
“Tak la. Er..tadi saya dah sampai dah tapi..”, mati kata-kata Hana. Macam
mana dia harus berterus-terang?Memberitahu yang dia tertidur di bawah pokok
hampir lima belas minit yang lalu?
“Oh!Ni mesti sibuk angkut
barang-barang ni kan?”, perempuan itu tersenyum dengan andaiannya sendiri. Hana
yang berdepan dengan keramahan perempuan itu turut tersenyum.
‘By the way, I’m Syafika
Hanisa. Panggil Ika je’, Syafika tersenyum sambil menghulurkan tangannya.
Hana menyambut tangan
gadis itu yang dihulurkan kepadanya. Tersenyum-senyum dia sambil memerhati
gadis yang mengenakan seluar slack hitam bersama-sama kemeja biru muda itu.
Rambut panjang paras pinggangnya ditocang kemas dibelakang kemas. Cukup formal.
“Saya Hana Antasha binti
Kamarudin. Panggil Hana je.”
“Hana..”, Ika mengangguk-anggukkan kepalanya. Selesai bersalam, dia
memandang semula ke depan. Cuba mengira-ngira berapa orang lagi yang sedang
berada di depannya sebelum giliran dirinya berurusan di kaunter.
“Course?”, Ika menoleh
semula kepada Hana.
“Public Administration”, jawab Hana.
“Eh!Samalah!”, Ika
terjerit kecil bagaikan tidak percaya.
Hana hanya tersenyum melihat keletah gadis itu. Siap lengannya dipegang
oleh Ika dek teruja dengan jawapan yang diberikannya kepada gadis itu.
“Hopefully, kita akan
dapat satu bilik”, Ika bersuara penuh mengharap.
“Emm..”, Hana hanya mengangguk.
“Satu bilik?Belum tentu lagi Ika betul-betul maksudkan kata-katanya itu
kalau dia dah kenal aku lepas ni”, detik hati Hana.
Hampir 10 minit menunggu, tiba giliran Ika untuk berurusan. Setelah
menyerahkan beberapa dokumen seperti yang dikehendaki, terdengar suara akak
yang bertugas di kaunter itu.
“Bilik awak M1-04-03.”
“Saya nak satu bilik dengan dia ni, boleh tak?”, Ika pantas menarik tangan
Hana yang sedang berdiri di belakangnya.
“Tapi...”
“Please!”, Ika terus merayu dengan membuat muka kesian.
Hana yang memerhati dan
mendengar terus kelu. Selepas beberapa ketika, setelah akak itu menyemak
senarai yang berada di atas mejanya, kepalanya kembali mendongak memandang Ika
dan Hana.
“Baiklah”, ringkas jawapan
yang keluar daripada bibir akak itu.
Bas yang berhenti di Pekan Kodiang kembali membawa Hana ke alam nyata.
Bibirnya tersenyum mengingati pertemuan pertamanya dengan Ika, yang kini
bergelar sahabat baiknya di UiTM itu.
can i ask you something? apa first novel akak? :)
ReplyDeleteala, novel biasa-biasa je..tajuk aku, dia&.com diterbitkan oleh Kaki Novel
ReplyDeleteno wonder la macam pernah dengar nama! saya ada buku tu omg and i still tak percaya yang akak singgah blog saya.............
Deleteala, tak fames pun, hehe..iya ke najwa ada beli novel akak?So bagi la komen so that akak boleh tahu apa yang kurang..
Deleteyes! 2nd novel yang saya beli ingat lagi hihihi. dah lama, tak ingat sangat. cuma saya tak sangka ending dia memang terkejut agak sakit jantung la x)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehehe..pandai la dia tu nak buat kelakar..saja je nak cuba kelainan untuk ending tu. lagipun itu kan first novel so memang banyak kelemahan pun. tapi tak sangka ada juga yang suka. walaupun ada yang tak suka, kenalah terima as motivation. insya Allah, third novel next year la kut;-)
ReplyDeletesaya suka! baru bab satu saya dah suka dengan cerita ni .. :D !
ReplyDeletethanks arisa..nanti tinggalkan lagi komen2 dan juga kritikan ya. luv u ;-)
ReplyDeleteakak memang berbakat, ME akan sentiasa sokong karya akak...
ReplyDeletebest ^_^
ReplyDelete