Tuesday 15 April 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 29



            Rayyan memandang untuk kesekian kalinya kotak cincin yang dikeluarkan dari kocek kot yang tersarung kemas di tubuhnya. Senyuman mula terukir di ulas bibirnya. Malam ini, dia akan melamar kekasih hatinya, Puteri. Rencana yang sudah dirancang agar menjadi kejutan buat Puteri itu sedikit sebanyak menimbulkan debaran di dalam hatinya kini. Rasa risau dan gundah semuanya bercampur aduk menjadi satu perasaan yang sukar diterjemahkan selagi tidak mendengar jawapan dari bibir orang tersayangnya itu.
            Suasana yang sunyi sepi di dewan majlis yang ditempah khas untuk rancangan yang ingin dilaksanakan itu membuatkan Rayyan terus menahan debaran di dada. Matanya mula menjeling ke arah pintu dewan itu. Apa yang kelihatan adalah hanya seorang pelayan dari Hotel Hilton itu yang bersedia untuk melayani segala arahan yang akan diberikan oleh Rayyan pada bila-bila masa.
            “Where are you Puteri?,” gumam Rayyan seorang diri. Kotak cincin disimpan kembali di dalam kocek kotnya. Dia terus memerhati sekeliling dewan untuk memastikan segala-galanya sempurna bagi menyambut Puteri yang bakal tiba pada bila-bila masa. Suasana dewan yang malap menimbulkan suasana romantik seperti yang dipinta oleh Rayyan sebelum ini. Adanya karpet merah yang berukuran 1 meter lebar yang terbentang di depan pintu yang bakal menjadi laluan kekasih hatinya sebaik pintu dibuka.  Karpet yang terbentang itu akan membawa terus Puteri kepada sebuah meja yang terletak hampir  di tengah-tengah dewan itu. Hanya sebuah meja khas untuk mereka berdua.
            Rayyan tersenyum lagi. Gelas yang berisi air kosong dicapai untuk membasahkan tekak. Dia yang sengaja datang awal untuk memeriksa keadaan dewan itu yang ditempah untuk makan malamnya bersama-sama Puteri mengakui kecekapan hotel itu dalam mengikut setiap kemahuannya sebelum ini. Itulah yang menjadi faktor utama mengapa dia memilih hotel tersebut sebagai tempat istimewa untuk upacara istimewa itu juga.
            Pintu yang dikuak menggamit perhatian Rayyan. Dia yang tadinya duduk di kerusi di meja bulat itu mulai berdiri. Senyuman terus mekar di bibir apabila melihat sosok Puteri yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Jelas kelihatan riak terkejut di raut wajah gadis itu yang menjeling ke sekeliling dewan yang sunyi sepi itu.
            Rayyan yang berdiri di hujung karpet sempat menjeling kepada kasut Stuart Weitzman berwarna hitam yang dikenakannya. Berkilat beb!Dia berpuas hati dengan penampilan dirinya. Maunya tak puas hati kalau sudah dari pukul 6 petang dia bersiap untuk menikmati makan malam bersama-sama Puteri di sini.
            “Rayyan, apa ni?,” suara Puteri yang baru tiba kepadanya menyentak Rayyan. Dia yang tadinya tenggelam sejenak apabila melihat penampilan buah hatinya yang cukup menawan dengan gaun makan malam yang sedikit meleret itu, mula mengukirkan senyuman apabila lengannya disentuh oleh gadis itu.
            “Er..makan malamlah. Bukan ke I dah cakap kat you?,” Rayyan bergegas menarik sebuah kerusi buat Puteri yang masih lagi menjeling ke sekeliling.
            “Tapi er..tak kan kita berdua je?Yang lain-lain?,” Puteri masih lagi bernada kehairanan. Dia menoleh ke arah Rayyan yang tersenyum terus kepadanya.
            “Siapa?You tak sudi ke makan malam berdua je dengan I, hmm?,” Rayyan mengangkat kening kepadanya. Matanya mengisyaratkan kepada kerusi yang sudah ditarik.
            Puteri tersenyum sebaris sebelum melabuhkan punggungnya di situ. Dia membuang pandangan sekali lagi ke sekeliling dewan. Memang sah tidak ada sesiapa di situ kecuali mereka berdua. Dia menjeling pula ke arah pintu. Seorang pelayan lelaki yang tadinya ada di situ kini turut menghilangkan diri. Dia memerhati karpet merah yang menjadi laluannya tadi. Di kiri dan kanan karpet itu dihiasi bunga-bunga mawar merah segar yang digubah indah.
            “Mengelamun nampak?,” suara Rayyan mencuri tumpuan Puteri. Dia kembali mengadap semula pandangannya kepada Rayyan yang duduk bertentangan dengannya. Kelihatan lelaki itu tersenyum terus kepadanya.
            “You tipu I kan?,” Puteri mengecilkan pandangan matanya apabila merenung kepada Rayyan. Maklumat yang diberikan oleh Rayyan ketika menjemputnya untuk makan malam ternyata berbeza dengan apa yang terbentang di depan matanya kini.
            “White lie, honey,” Rayyan tersengih ketika memerhati Puteri yang mula mencuka.
            “Sampai hati you Rayyan. Kononlah you cakap ada annual dinner syarikat you kan?.” Puteri yang masih tidak berpuas hati terus mengungkit. Gelas air yang berisi air kosong mula dicapai. Geram dengan perangai Rayyan yang satu itu!
            “Kenapa?Kalau I tak cakap annual dinner, you nak datang pakai kain batik je ke?Tak nak bersiap cantik-cantik macam ni?,” Rayyan menunjuk ke arah Puteri dengan dagu.
            “Hei!Agak-agaklah you ni..kain batik?.” Puteri mula tertawa mendengar canda Rayyan. Katakanlah Rayyan tidak menipu dirinya mengenai makan malam ini, tak kan la dia hendak datang ke situ dengan penampilan yang sebegitu rupa?Penampilan yang out of place and kampung tu?Euww!
            “Hah..senyum macam tu kan cantik. Tonight is our night,sayang. Don’t ruin it okay.” Rayyan mengelus tangan Puteri saat pandangan mata mereka bersatu.
            Dua orang pelayan yang muncul menarik perhatian Puteri dan Rayyan yang saling berpandangan sejenak.
            “Seem like our dinner is ready, honey.”
Puteri hanya tersenyum menyambut kedatangan dua orang pelayan yang sedang membawakan makan malam mereka.
            Pelayan lelaki pertama yang meletakkan pinggan yang berisi secawan nasi di depan Rayyan membuatkan wajah Puteri mula berkerut seribu. Rayyan yang memerhati mula membuka mulut.
            “Kenapa?You tak suka?.”
            “Er..Rayyan, you tahu kan I ni model. I memang tak makan nasi waktu malam. I mean..er..I tak nak la kalau you cakap I ni berlagak diva ke apa. I tak nak rosakkan makan malam kita tapi er..” Puteri terus mencari ayat-ayat yang sesuai untuk dilontarkan agar tidak merosakkan ‘mood’ romantis yang sedang dialami di antara mereka berdua.
            Kedutan terus bertambah di wajahnya apabila melihat semangkuk kuah masak lemak yang diletakkan di atas meja. Dia tahu itu masakan kegemaran Rayyan tapi kalau dia makan juga dan buatnya berat badannya bertambah, badannya gemuk siapa yang nak bertanggung jawab nanti, siapa?Huh!
            Rayyan mengelus semula tangan gadis kesayangannya itu sebelum mula membuka mulut.
            “You ingat I tak tahu you kerja apa?Ingat I tak tahu apa makanan kegemaran you, hmm?Ni semua..” Rayyan menunjuk ke atas meja dengan jelingan mata.
            “Ni semua untuk I dan untuk you...” Rayyan menganggukkan kepalanya kepada pelayan lelaki yang kedua yang setia berdiri di sisi meja.
            Pelayan lelaki itu meletakkan sepinggan salad di hadapan Puteri. Melihatkan daun-daun hijau yang terdapat di dalam pinggan itu, bibir Puteri mula menguntumkan senyuman.
            Selesai menghidangkan makanan dan minuman buat tetamu-tetamu itu, kedua-dua pelayan itu mula beredar meninggalkan dewan. Kini, mereka kembali berdua-duaan di dalam dewan yang sunyi itu. Rayyan menjeling sekeliling dewan bagaikan mencari sesuatu.
            Hanya beberapa minit selepas itu, dewan yang tadinya sunyi kembali dihiasi dengan alunan muzik seksofon yang berkumandang.
            “Now, jemput makan,” Rayyan menganggukkan kepalanya berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pihak hotel. Sama seperti apa yang dipintanya.
            Puteri hanya mengikut. Salad di dalam pinggan terus dinikmati apabila melihat Rayyan yang mula menjamah hidangannya.
            “Kerja you okay?Sorry la lately I sibuk sikit. Itu yang jarang contact you.” Puteri memulakan bicara setelah menikmati saladnya beberapa suapan. Gelas yang berisi air kosong mula dicapai buat membasah tekak. Matanya mengerling Rayyan, menantikan jawapan daripada lelaki itu.
            “That’s okay. I faham. I pun sibuk juga. Baru dua bulan I masuk kerja kat company babah, banyak kerja yang I nak fahamkan tapi I tak pernah lupakan you. Dan sebab tu I rancangkan semua ni. Makan malam yang istimewa ni..untuk orang yang teristimewa macam you..”
            Puteri tersenyum terus cuba menyembunyikan debaran di dada. Rasanya, dia sudah boleh mengagak arah bicara Rayyan tapi kalau bukan, bagaimana?Dia juga yang malu!Kalau ya?Isy, masalah ni!
            Sebaik selesai menikmati makan malam, kedua-dua pelayan tadi muncul semula. Bagaikan sudah boleh mengetahui bila waktunya mereka harus muncul di situ.
            “Would you like to have our dessert, sir?.” Kedengaran suara pelayan kedua bertanya.
            Rayyan mengangkat kening kepada Puteri. Gadis itu menggelengkan kepalanya cepat-cepat. Takut gemuk la tu!
            “No, thanks.” Sahut Rayyan sambil tersenyum. Bukannya dia tidak boleh pesan je tadi hidangan pembuka selera dan pencuci mulut tu, tapi dia tahu sikap Puteri yang satu itu. Hendak jaga badanlah katakan!
            Melihatkan kedua-dua pelayan itu menutup semula pintu dewan, Puteri mula membuka mulut.
            “So, makan pun dah sudah. Nampaknya bolehlah kita balik.”
Rayyan menggelengkan kepalanya dengan jari telunjuknya yang digoyang-goyangkan.
            “Nope!Siapa cakap kita dah sudah?Kalau makan, ya tapi I have something to give to you.”
            Puteri mula gelisah. Nampaknya apa yang dia rasakan, semakin menampakkan ketepatannya tapi kalaulah dia sendiri yang membuka mulut terlebih dahulu dan ternyata tidak, mestilah dia yang kena menanggung malu nanti. Kalau bukan sekarang, bila masa lagi dia mesti berterus-terang kepada Rayyan?
            Alunan muzik seksofon yang sejak tadi berkumandang mulai terhenti. Rayyan tersenyum sambil bingkas bangun dari kerusi. Tangan kanan dihulurkan kepada buah hati kesayangannya itu.
            “Shall we dance?.”
Puteri memandang pelik kepada Rayyan apabila mendengar soalan yang diberi.
            “There is no music. Kan tadi..”
Belum pun sempat hendak menghabiskan kata-katanya, kedengaran semula alunan muzik seksofon kembali bergema di dalam dewan itu.
            “Tu..dah ada. Shall we?”.
Puteri tersenyum cuba menutup debaran yang kian kencang di dada. Tangan Rayyan disambut. Dirinya dituntun sehingga ke tengah-tengah dewan di mana adanya sebuah lampu candelier mewah yang menerangi di atas.
            Alunan tiupan seksofon Kenny G terus melatari dewan itu dengan lagu Forever in love yang terus berkumandang.
            “I love this song,” bisik Rayyan di telinga Puteri.
“Me too..” balas Puteri. Dia mula mengetap bibir. Kenapa terasa seakan dipaksa untuk mengucapkan kata-kata itu?
            “You know Put..malam ni you nampak cantik sangat. Lain dari hari-hari yang lain...” Bisikan Rayyan terus berbaur romantik di hujung telinga Puteri.    
            “Hmm, hmm..” Puteri hanya menggumam. Tidak tahu apa yang harus diucapkan di saat itu. Maunya tak nampak lain, kalau dia menyarungkan dress kesayangannya, Versace Jersey V-strap down. Korang ingat murah dress koktail ni?
            Keadaan terus hening. Apa yang kedengaran hanya tiupan seksofon yang melatari dewan majlis itu.  Beberapa minit terus berlalu. Rayyan mengambil nafas dalam-dalam sebelum membuka mulutnya.
            Gerak tubuh yang tadinya lembut mengikut alunan muzik, mulai berhenti. Rayyan merenung kepada Puteri dengan senyuman di bibir.
            “Er..I...” Isy!Gementar la pulak!Apa kena ni?Nak tanya dia sudi khawin ke tak, itu je kan?Ok, ok..bertenang Rayyan.
Puteri menghela nafas. This is it, this is it!Now, Puteri!Memang betul si Rayyan ni nak propose kan?
            “Sebenarnya Rayyan..”
            “Will you be my wife Puteri?.” Fuh!Lega. Sebaris soalan keramat itu akhirnya berjaya juga dilontarkan.
            Puteri terjegil. Sedikit je tau!Biarpun sudah menjangka apa yang ingin diperkatakan oleh Rayyan tapi dia tidak menyangka, begitulah perasaan yang sebenar apabila dilamar oleh buah hati. Rasa macam nak putus nafas!
            Rayyan tersenyum terus. Nampak sangat ekspresi wajah Puteri yang terkejut itu. Memang itulah yang dia harapkan pun. Sekotak cincin yang disimpan di dalam kocek sut yang dikenakannya, mula dikeluarkan.
            “Tak jawab pun..will you be wife, Cik Puteri?Hmm?Your silence self is killing me. Come on!.” Rayyan mula mengangkat kening. Geram pula rasanya apabila melihat Puteri yang kaku itu. Hanya matanya saja yang terkebil-kebil.
            “Well, I tahu mungkin I tak cukup baik untuk you. Mungkin I tak cukup sempurna tapi selagi I masih bernafas, selagi I mampu, I akan jaga you seumur hidup I. Susah senang, biarlah kita harungi sama-sama. I nak jadikan you isteri I, dunia dan akhirat. No one else!.” Tutur Rayyan panjang lebar seakan-akan ingin meyakini Puteri dengan lamaran yang telah dibuatnya.
            Puteri mula merasakan adanya satu bebanan besar yang terdapat di atas bahunya kini. Siapa yang cakap tak nak khawin?Mestilah dia nak, lebih-lebih lagi dengan Rayyan!Seorang kawan yang telah lama dikenali. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Telah banyak kenangan yang tercipta bersama-sama dengan lelaki ini.
            Lelaki yang menerima dirinya dengan seadanya. Lelaki yang tahu apa yang menjadi kegemaran dan kebenciannya. Lelaki yang tahu bagaimana hendak mengambil dan menawan hatinya. Bahkan, Rayyan setia apabila berada di luar negara lima tahun yang lepas. Rupa?Jangan cakaplah, memang kacak pun!Habis tu, kau nak apa lagi Puteri?Bukan pasal apa yang aku nak, tapi ada satu masalah ni..
            “You know Rayyan..”
“You tahu tak Put?Hari tu aunty sibuk nak khawinkan I dengan si Shasha tu.”
            “What?!.”  Wajah Puteri kembali berkerut. Shasha!Oh, tidak!Itu adalah musuh tradisinya. Musuh ketat!
            “Yup!Dengan Shasha. Disebabkan I tahu taktik aunty tu, I manage to escape. And now, I’m asking for your hand. I’m gonna ask you for one more time.”
            Nada yang lahir dari bibir Rayyan, seiring dengan riak wajahnya yang serius membuatkan Puteri menelan air liur. Tak guna!Si Shasha tu nak juga interframe dalam cerita ni kan?Sekarang pula tu!
            “Will you be my wife, Puteri?For forever and ever, will you stand by my side through thick and thin?Because I do.”
            Memang bodohlah kalau aku jawab tak, kan?Silap-silap haribulan, si Rayyan ni melepas kat Shasha. Bukannya dia tidak tahu, perangai Rayyan yang akan mendengar cakap babahnya itu. Emak tirinya yang drama queen tu kan pandai berlakon. Berlakon sikit, habis dua beranak ni kena dengar cakap dia.
            “I do!Yes, I do!.” Puteri menyahut dengan yakin. Siap tangan kanannya dihulurkan kepada Rayyan agar dapat jarinya disarungkan cincin yang sedang dipegang oleh lelaki itu.
            Senyuman Rayyan melebar. Dia tahu Puteri tidak akan menghampakannya. Cuma tadi, mungkin gadis kesayangannya itu terkejut dengan kejutan yang dibuatnya.
            “Thanks, honey. I tahu, you tak akan kecewakan I. I tahu, the most important thing in your life is me, right?.”
            Tutur kata Rayyan hanya disambut oleh senyuman yang diberikan oleh Puteri. Apa yang dia tahu,buat masa sekarang Rayyan adalah miliknya. Dia ingin kekalkan sebegitu. Dia tidak ingin lelaki ini jatuh ke tangan mana-mana perempuan lain!Tidak sama sekali.
           
             ################################################

            Bunyi pintu yang ditutup menarik perhatian Datuk Megat Jufri dan isterinya, Datin Aznah yang sedang menonton TV di ruang tamu.
            “How’s your dinner, sayang?Rayyan sihat?”.
Suara mamanya menerjah ke pendengaran. Puteri yang ingin berlalu ke tangga menghentikan langkah dan menoleh ke arah ibu bapanya.
            “He’s fine, ma. Dinner pun okay. Er..Put penatlah. Put naik dulu ya. Good night ma, pa.” Tanpa menantikan balasan dari kedua ibu-bapanya, Puteri terus mendaki anak tangga untuk menuju ke biliknya.
            “Macam ada yang tak kena je?,” Datuk Megat yang tadinya hanya mendiamkan diri mulai bersuara apabila sosok anaknya sudah hilang dari pandangan mata.
            “Penatlah tu. Esok kan dia ada photoshoot lagi,” tukas Datin Aznah.
Pandangan Datuk Megat yang tadinya jatuh ke tangga, kembali dihadapkan ke skrin TV untuk terus menonton. Ah!Hal orang perempuan. Mestilah isterinya lebih mengetahuikan?
            Di dalam bilik, Puteri merebahkan diri ke katil. Mata mula dipejamkan untuk meredakan kekusutan yang bersarang di dalam kepala. Raut wajah Rayyan yang menjelma membuatkan dia kembali membuka mata.
            Cincin yang tersarung di jari manisnya kembali ditatap.
“Tiffany ke?.” Bisiknya seorang diri. Bibir mula menguntumkan senyuman apabila melihat sebiji batu berlian yang menghiasi cincin itu.
            “Sekarang, you bakal wife I”.
Kata-kata Rayyan tadi kembali terngiang-ngiang di hujung telinga. Senyuman yang terlukis mulai terhakis perlahan-lahan. Puteri mula melepaskan keluhan. Cincin itu terus ditatap dalam-dalam.
            Isteri?Tempoh dua bulan yang dikhabarkan oleh Rayyan tadi, amat-amat mengejutkan dirinya. Sudahlah terkejut dengan cerita emak tiri Rayyan yang sibuk nak khawinkan si Shasha itu dengan buah hatinya, kemudian Rayyan pula yang beria-ia ingin berkhawin dalam tempoh dua bulan saja lagi.
            “Macam mana ni?.” Puteri terus menggerutu seorang diri di atas katil. Dia sudah sedia maklum akan syarat yang ditetapkan oleh Mr. Joshua, bos kepada agensi model merangkap bosnya juga itu. Sepanjang bernaung di bawah agensi itu, dia tidak boleh mendirikan rumah tangga dan itu telah pun termaktub di dalam kontraknya untuk tempoh 3 tahun yang bakal mendatang.
            Tapi kalau dia menolak lamaran Rayyan tadi, alamatnya si Shasha itulah yang akan menang!Dia?Sudahlah dari segi kerjaya pun, perempuan itu yang sedang mendahuluinya sekarang. Dia tidak ingin kalau Rayyan pun turut terjatuh ke tangan perempuan itu.
            “Aku mesti fikirkan sesuatu..setidak-tidaknya, aku kena pujuk Rayyan untuk tangguhkan perkhawinan ni...” getus Puteri seorang diri.
            Sengaja, perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada kedua ibu-bapanya tadi. Dia sendiri risau kalau-kalau kedua orang tuanya itu akan bersetuju dengan cadangan Rayyan untuk berkhawin dalam masa terdekat ini.
            Ah!Rayyan kan baik. Mesti dia akan dengar cakap aku kan?Pujuklah sikit. Mesti dia akan faham. Lagipun, tak kan la dia sanggup khawin dengan si Shasha tu?Dia sendiri tak suka!Sabar Puteri, sabar. Mana dia ada orang lain kan?Dia ada kau saja. Jadi, kalau suruh dia tunggu, mesti dia akan sanggup. Besides, he’s fall for you already!
            Puteri kembali tesenyum. Yakin dengan telahan yang dibuatnya seorang diri pada malam itu.