Wednesday 29 January 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 24


Sepasang kasut tumit tinggi Charles & Keith yang berwarna putih dan berjalur ungu itu kembali disimpan di rak yang menempatkan pelbagai lagi jenis kasut wanita dan lelaki dari pelbagai jenama antarabangsa. Hana tersenyum senang kerana ini sudah menandakan kerjanya sudah berakhir pada hari itu.
            Jam di pergelangan tangan dikerling sebelum telefon yang berada di tangan mula ditatap. Hana mula mencari mesej yang diterima daripada Ika beberapa minit yang lalu.
            “Ada pun..,” gumam Hana seorang diri. Dia membaca mesej yang dibalas oleh Ika sebagai jawapan kepada pertanyaannya tadi. Hari ini, dia harus pulang ke rumah seorang diri kerana Jojo tiba-tiba saja memberitahunya untuk berjumpa dengan seorang kawan yang sudah lama tidak bersua muka.
            Nombor telefon untuk menghubungi teksi itu dilihat lagi sebelum telefon kembali disimpan di dalam beg. Puas memerhati keadaan bilik wardrobe itu, Hana menekan satu suis untuk menutup lampu sebelum berlalu. Keadaan studio itu sudah lama sunyi sepi sejak selesainya sesi fotografi lewat tengah hari tadi.
            Sebaik melangkah keluar dari studio, Hana menghala menuju ke arah lif. Beberapa minit melangkah, dia sudah tiba di depan pintu lif. Matanya yang menjeling ke arah pintu pejabat mula menarik langkah kakinya ke arah situ.
            “Ada lagi ke yang tak balik?,” bisik Hana perlahan. Jam di tangan mula dikerling apabila kedengaran batuk yang dilepaskan itu. Selalunya pada waktu yang menginjak ke 6.40 petang itu, sudah tidak ada mana-mana staf yang masih berada di pejabat.        
Kelihatan seseorang yang masih berada di salah sebuah meja yang terdapat di dalam pejabat itu apabila Hana mula melangkah masuk.
            “Eh!Hana...tak balik lagi ke?.” Zara yang baru perasankan kelibat gadis itu mula menegur.
            “Belum lagi tapi dah nak balik la ni. Er..Cik Zara tak....”
            “Ala..tak payahlah nak bercik-cik dengan saya. Kita sebayakan?Panggil je Zara,” gadis yang menjadi setiausaha kepada syarikat itu mengukirkan senyuman kepada Hana.
            “Er..Zara tak balik lagi?Banyak kerja ke?.”
“Boleh tahanlah. Saja je malas nak balik awal-awal. Bukannya ada siapa-siapa pun tunggu kita kat rumah. Lebih baik habiskan kerja ni, ya tak?Kenapa Hana pun balik lewat?Jojo mana?Selalu tu korang berdua, hari ni tinggal awak je sorang-sorang.”
            Hana tersengih. Nampaknya satu pejabat ni agaknya sudah tahu yang dia dengan Jojo selalu datang dan pulang bersama-sama. Gosip, gosip!
            “Memang selalu tu saya datang dan balik sama-sama dengan Jojo tapi hari ni dia ada hal jadi saya balik sendiri. Er..tadi tu saya dengar Cik..eh!Zara batuk, tak sihat ke?,” Hana yang berdiri tidak jauh dari meja gadis itu mula melepaskan soalannya.
            Zara tersenyum sebelum membuka mulut. Pandangannya yang tadi tertancap kepada monitor komputer mula ditalakan kepada Hana yang masih tercegat di situ.
            “Tak la. Saya ok. Tadi tu tersedak sebab minum air ni...” Sebotol air mineral yang berada di atas meja diangkat lalu ditunjukkan kepada Hana.
            Kepala Hana mengangguk faham.
“Saya ingatkan Zara tak sihat tadi. Kalau macam tu, saya balik dulu ya.”
            “Ok. Take care!,” Zara mula melambai.
“You too. Assalammualaikum,” Hana tersenyum sebelum melangkah.
            “Waalaikummussalam.” Mata Zara mengikut gerak langkah gadis itu sehingga menghilang. Apa yang tidak kena dengan gadis itu sehingga ramai staf yang memperkatakan perihal dirinya?Bukan dia tidak tahu, boleh dikatakan setiap hari, ada saja cerita yang si Erin itu akan sampaikan kepada staf-staf yang lain pasal si Hana itu.
Hana itulah, Hana inilah dan tempoh hari, dia dengar gelaran yang diberikan kepada Hana adalah Hana Ugly.
            “Sekurang-kurangnya, dia ambil berat juga pasal aku..,” getus Zara. Boleh saja Hana itu berlalu tanpa bertanyakan keadaannya tadi kan?Kalau sebelum ini, dia terbatuk-batuk macam tercekik je, ada orang ambil kisah?Di dalam pejabat ni, kalau tak sebulu, hal kau hal engkaulah, hal aku hal aku tapi hal dia hal kita okay!Apa lagi, gosiplah namanya!
            Hana yang menanti di depan pintu lif terpempan sejenak sebaik pintu lif berkenaan terbuka. Sosok tubuh seorang lelaki yang sedang berdiri di dalam lif itu membuatkan Hana mula berdebar.
            Ah!Masuk je la Hana. Jangan-jangan dia sendiri pun sudah tak ingat pun hal itu, kan?Hana mula melangkah masuk apabila mengenangkan waktu yang kian lewat. Jam di telefon yang dikeluarkan daripada beg untuk menghubungi teksi sebentar lagi, dipandang. Sudah hampir ke pukul 6.45 petang.
            Rayyan mula melonggarkan ikatan tali lehernya. Kepalanya diteleng ke kiri dan kanan untuk menghilangkan lenguh-lenguh di leher dengan mata yang dipejamkan. Apa yang dia tahu, dia ingin segera sampai ke rumah dan berehat di atas tilam empuknya itu.
            Seorang gadis yang berdiri bersama-samanya di dalam lif itu tidak dihiraukan. Penampilan gadis itu dilihat sekali lalu. Entah makcik cleaner mana atau tea lady syarikat mana yang berkongsi lif bersama-samanya petang itu, isy!Rayyan mula menjeling.
Tak seksi langsung untuk dibuat cuci mata yang dirasakan berpinar setelah seharian asyik menyemak fail itu dan ini. Sudahlah itu, perutnya sendiri sudah mula berkeroncong. Janji temu untuk bersama-sama menikmati makan tengah hari tadi dengan Puteri dibatalkan oleh buah hatinya itu pada saat-saat akhir dan sekarang makcik ni?Isy!Isy lagi!
Rayyan menjeling malas nombor yang dipamerkan di dalam lif itu. Lif itu baru saja bergerak menuruni aras 14.
“Lambatnya!,” desis Hana. Debaran di dadanya mula berkurangan memandangkan sekejap lagi pasti dia akan tiba di tingkat bawah tanpa perlu berhadapan dengan lelaki tempoh hari itu. Malu la pula bila teringatkan bagaimana dia berani meninggalkan nota di dalam bilik lelaki itu tempoh hari.
Rayyan menghela nafas. Bosan betul!Sudahlah perutnya lapar, lif pula lambat dan adanya makcik cleaner atau makcik tea lady yang berada di dalam lif ini dengan..kejap, kejap!Makcik tea lady?Tak kan la?Penampilan makcik itu dipandang lagi dengan mata yang dikecilkan.
“Ehem...” Rayyan menantikan respons dari makcik yang sedang berdiri di depannya. Ai!Tak ada pun?Tak pe. Sekali lagi.
“Ehem..ehem!,” Rayyan berdehem sedikit kuat kali ini dengan harapan makcik itu menoleh kepadanya. Ai!Tak ada juga?
Hana mengetap bibir. Jangan-jangan lelaki itu sudah perasankan dirinya?Tak pun dia tersedak juga macam Zara tadi?Manalah tahu kut-kut dia pun minum air mineral. Bukannya aku nampak apa yang dia buat kat belakang aku kan?
Lif yang hanya dihuni oleh mereka berdua terus bergerak turun. Rayyan mula gelabah apabila melihat angka yang tertera. Sudah melepasi aras 10. Cepatlah pula kali ini!Ala, apa susah?Kau panggil je la. Be a gentleman sikit, boleh?Come on Rayyan!
            “Er..makcik?.”
Hana memejamkan mata. Habis!Nampaknya memang lelaki itu sudah perasankan dirinya. Hana menoleh sedikit ke belakang untuk memastikan. Manalah tahu, kalau-kalau lelaki itu sedang berbual di telefon dengan makciknya ke, tak ke malu nanti?
            “Eh!Betullah!Memang betul makcik!Saya dah agak tadi!,” Rayyan mula bersorak.
“Hmm..,” Hana melepaskan keluhan seraya menganggukkan kepala.
            “Hari tu saya...”
“Er..saya minta maaf la sebab tinggalkan nota tu kat bilik...” Hana memintas kata-kata lelaki itu.
            “Tak. That’s okay. Saya tak kisah pun. Saya yang kena minta maaf sebab tersilap hari tu. So sebenarnya makcik ni tea lady kat syarikat mana ya?Tak pernah nampak pun sebelum ni,” Rayyan mula beramah.
            Tea lady?!Makcik?Hari tu makcik, hari ni makcik. Ok, dia sudah tahu jalan penyelesaiannya. Hana mula membuka mulut.
            “Sebenarnya pakcik..,” Hana mengerling kepada lelaki itu.
“Saya bukannya tea lady. Rasanya hari tu dah tulis kan kat kertas tu?.”
            Rayyan terdiam. Iya ke dah tulis?Ah!Tak ingatlah. Malaslah nak ingat-ingat. Bukannya penting pun kan?Yang penting benda yang dia ingin luahkan sekarang ini.
            “Oh!Ya ke?Er..sebenarnya saya...”
Hana mengerling angka yang terpamer. Lif sudah bergerak melewati aras 7. Masih tiada sesiapa yang menanti ketibaan lif ini di mana-mana aras setakat ini.
            “Sebenarnya saya..er..itulah kan..saya tahu makcik ini bukannya...”
Hana menoleh ke arah lelaki itu. Matanya memandang raut wajah lelaki itu yang terkebil-kebil memandang kepadanya juga.
            “Sebenarnya?,” Hana mengangkat kening.
“Sebenarnya..,” Rayyan menelan air liur. Gugup pula bila melihat anak mata makcik itu yang sedang memandang tepat kepadanya. Habis ayat-ayat yang baru elok disusun sebentar tadi.
            Hana kembali memandang ke arah pintu lif. Apa saja yang lelaki ini ingin katakan kepadanya?Sudahlah asyik panggilnya makcik, tadi boleh pula tanya dia bekerja sebagai tea lady kat syarikat mana!Lelaki ini sama saja dengan mereka yang lain di Fabuloustar yang akan menilai orang berdasarkan pakaian kecuali Jojo dan beberapa orang lagi yang jumlahnya boleh dikira dengan jari.
            “Saya..er..,” Rayyan menarik nafas. Dia harus meluahkan sekarang. Kalau tidak nanti, siapa yang akan menyesal?Dia jugakan?Tapi mahukah makcik itu menolongnya?
Ah!Setidak-tidaknya dia harus mencuba.
            “Makcik, saya nak makcik tolong buatkan saya kopi yang macam hari tu, boleh?,” sebaris ayat itu dihabiskan dengan satu nafas. Rayyan melepaskan nafas kelegaan setelah meluahkan apa yang ingin dikatakannya.
            Hana menoleh ke arah lelaki itu. Dahi mula berkerut. Terkebil-kebil matanya menatap raut wajah lelaki yang sedang tersengih kepadanya. Dia sendiri macam tak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
            “Pakcik...er..pakcik nak saya buatkan air?.”
“Hmm, hmm,” Rayyan menganggukkan kepalanya.
            “Bila?.”
            “Sekarang.”
            “Apa?!Sekarang ni dah nak pukul tujuh. Jangan nak mengada-ngada,” Hana menjeling. Buatkan dia air Nescafe macam hari itu?Sudahlah tu, sekarang?Jangan harap!Aku nak balik.
            “Tapi..tapi saya nak..sejak hari tu...”
“Saya nak balik. Dah lewat. Lagipun tak kan la kat pejabat pakcik tak ada orang yang buatkan air?Suruhlah dia buatkan air Nescafe tu. Bukannya susah pun. Letak serbuk kopi Nescafe tu dulu. Lepas tu letak susu, jadilah,” Hana mula membebel. Sudahlah hari itu, Rina suruhnya buatkan air untuk dia dengan Erin dan sekarang pakcik ni pun nak suruhnya buat benda yang sama?Lebih baik aku letak jawatan kat Fabuloustar dan apply jadi tea lady terus!
            “Ada tu memang ada tapi..,” Rayyan melepaskan keluhan. Makcik yang sebaya dengan Makcik Bibah itu memang baik tapi airnya tak sedap!Jujur ni, tak kan nak bohong pula?Tapi mestilah dia tak cakap sendiri kat makcik tea lady tu. Hati orang tua-tua ni nak kena jaga, ya tak?
            Hana memejamkan mata. Tidak Hana, tidak. Kau kena kuat. Tapi kalau tolong orang dapat pahalakan?Habis tu kau tak payah balik?Bukan macam tu tapi..
            “Tapi tak sedap yang macam pernah saya minum dulu tu,” suara lelaki itu menerjah semula ke pendengaran Hana.
            “Tapi sekarang dah lewat. Saya...”
“Please... Kali ni je. Lepas ni saya tak kan suruh lagi.” Apa nak jadi ni Rayyan?Untuk secawan kopi itu, kau sanggup merayu?Tak macho la beb!Ah!Macho tak macho. Kopi yang makcik ni buat, kaw tu!Sedap oo!
            Hana menoleh kepada lelaki itu. Biar betul lelaki ni?Merayu pula nak kan secawan kopi yang tak seberapa itu. Ala, tolong je la Hana. Tengok, mata dia dah ala-ala Puss, Cat in the boots dah tu. Kalau dia nangis nanti, siapa yang susah?
            Rayyan masih setia menatap pandangan anak mata makcik itu. Yes!Teknik mata Shin Chan yang digunakan rasanya sudah mula memberi kesan kepada makcik ini. Atau mungkin tidak?
            Sedar tak sedar, pintu lif sudah terbuka di lobi. Hana mula berbelah bagi. Rasanya kalau buatkan air tu, kejap je kut kan?
            “Please..,” Rayyan merayu lagi. Kali ini, keningnya diangkat dan dia mula mengetap bibir.
            “Ya la, ya la..cepat sikit!,” Hana mula mengalah.
            Yes!Rayyan bersorak di dalam hati. Nampaknya tidak sia-sia dia menggunakan teknik mata Shin Chan itu untuk melembutkan hati makcik ini. Bukan senang  tau. Cuba korang buat!Hah, baru tau susah ke senang, iya tak?
            Pantas jarinya mula menekan punat yang tertera angka 17. Hana yang memerhati punat yang ditekan oleh lelaki itu mula teringat bagaimana dia boleh tersalah aras tempoh hari. Patutlah, syarikat pakcik ni berada di ‘atas’ syarikatnya. Cuma berbeza satu aras.
            “Er..bukan tadi pakcik pun dah nak balik ke?Tak kan nak minum kopi sekarang juga?Esok-esok tak boleh?,” Hana mula bersuara apabila lif mula bergerak membawa mereka semula ke tingkat atas.
            “Boleh tu memang boleh tapi makcik nak ke buatkan?Dah sekarang saya terjumpa makcik, peluang keemasan tu!,” balas Rayyan.
            Hana yang sedang memeluk tubuh mengerling sekilas ke arah lelaki yang kini sudah berdiri di sisinya. Ada-ada saja jawapan pakcik ni!
            “Nantilah, lepas ni,er..maksud saya kejap lagi lepas saya buatkan air kopi tu, saya tulis berapa banyak susu dan kopi yang nak digunakan. Lepas tu, pakcik boleh bagi kat tea lady syarikat pakcik suruh dia buat macam tu. Senang, bila-bila nak minum dah boleh,” ujar Hana.
            “Hmm...”
Hana menjeling lagi kepada pakcik itu. Ai!Punyalah panjang berjela dia cakap, pakcik tu hanya menggumam je?Lebih baik aku pun diam.
            “So, tadi saya tanya sebenarnya makcik ni kerja sebagai tea lady kat syarikat mana?Memang langsung tak pernah nampak pun sebelum ni. Er..kecuali hari tu je la,” Rayyan bersuara memecahkan kesunyian setelah melihatkan makcik itu yang masih membatukan diri, biarpun lif sudah bergerak melewati aras 8.
            “Kan saya dah cakap tadi saya bukannya tea lady. Berapa kali nak cakap?,” desis Hana sedikit beremosi. Matanya menjeling pakcik yang berada di sisi kanannya.
            Ambik kau Rayyan!Orang tu dah cakap tadikan?Berapa kali dia nak ulang?Dia bukannya tea lady, ingat sikit!Kalau Puteri, bolehlah aku nak ingat. Dia ni bukannya Puteri. Tapi bukan Puteri kan yang nak buat air untuk kau?
            Rayyan mengerling riak kelat wajah makcik yang terpamer kini. Nampaknya, dia sudah tersilap memilih topik untuk berbual dengan makcik ni. Dia berfikir sejenak sebelum membuka mulut.
            “Er..habis tu makcik kerja kat syarikat mana?.”
            “Aras 16,” sahut Hana sepatah. Malas nak melayan karenah pakcik yang banyak tanya ni. Sudahlah dia belum menghubungi teksi lagi. Agak-agaknya bila teksi tu dah sampai sini, mesti dah lewat. Jangan-jangan malam nanti baru dia sampai rumah. Memang pasti malam la jawabnya sebab sekarang ni pun dah nak pukul tujuhkan?
            “Enam belas..emm...,” Rayyan mengangguk-anggukkan kepalanya. Aras tu berada di aras bawah syarikatnya. Syarikat apa ya?Dia cuba untuk mengingat.
            Hana yang memerhati gelagat lelaki itu yang mengangguk-anggukkan kepalanya, mula menjeling. Apa kena dengan lelaki ini?
            “What?!Biar betul!,” Rayyan memekik kecil.
Hana yang terkejut menoleh ke arah lelaki itu yang menjerit secara tiba-tiba. Terjegil matanya yang baru dirasakan hendak kuyu tadi.
            “Makcik cakap tadi makcik kerja kat tingkat enam belaskan?Tak kan la?!I mean..ya..,” Rayyan mula tertawa kecil. Dia sudah ingat syarikat mana yang ‘bermastautin’ di aras itu. Matanya menjalar lagi memerhati penampilan makcik yang berdiri di sebelahnya. Isy, kidding me?Dia ni nak kerja kat situ?
             Hana menghela nafas. Dia sudah boleh agak maksud kata-kata pakcik ni tadi, dari segi intonasi terkejutnya itu dan juga tawa pakcik ini yang diberi seiring dengan lirikan mata ke arahnya tadi.
            “Pakcik nak minum ke tak air kopi tu?Ke nak suruh saya balik sekarang juga?,” soal Hana.
            Rayyan terjeda. Mati tawa yang baru tercetus beberapa saat yang lalu. Amboi!Makcik dah marah nampaknya. Itu nada berbaur ugutan. Isy, Rayyan kau ni pun satu hal. Agak-agaklah kalau nak gelak ke apa, mestilah makcik tu terasa.
            “Er..sorry la makcik. Saya...”
            “Kenapa?Kalau nak kerja kat sana kena pakai yang berjenama?Kena cantik?Kalau tak cantik dan tak ada barang-barang yang berjenama tu, tak boleh nak kerjalah?Macam tu?!,” Hana mula melempiaskan emosi yang ditahan. Kenapa semua orang yang ditemui harus bersikap prejudis kepada dirinya?Penting sangat ke semua barang berjenama itu sehingga dijadikan kayu pengukur untuk menilai seseorang?
            Rayyan menelan air liur. Cuak juga bila mendengar lantunan vokal makcik yang sedang dikuasai emosi ini. Padan muka kau Rayyan!Orang dah nak tolong apa yang kau minta tu, bukannya tahu nak bersyukur tapi gelakkan lagi kat makcik tu. Sekarang, rasakan!
            “Saya..er..saya betul-betul minta...”
“Dah la. Daripada pakcik nak bercakap dan sakitkan hati saya, baik tak payah. Jom!.” Pintu lif yang baru terbuka membuatkan Hana terus melangkah keluar. Dia mula mengorak langkah tanpa menanti pakcik itu terlebih dahulu.
            Rayyan mengetuk dahi sendiri.
“Adus!Bodoh!Dah marah dah makcik tu.” Kaki mula menapak menghala semula ke arah pejabat yang baru ditinggalkan. Sebaik menolak daun pintu, kelihatan beg berwarna hitam yang disandang oleh makcik tadi diletakkan di salah sebuah meja. Kerusi milik salah seorang stafnya itu ditarik hampir kepada dirinya sebelum dia mengambil tempat di situ sementara menunggu makcik itu yang diyakini sudah berada di bilik pantri. Rasa kesal mula bertamu di hati apabila mengenakan insiden di dalam lif sebentar tadi. Beberapa minit berlalu, kelihatan makcik itu muncul dengan sebuah mug di tangan.
            “Nah..lain kali kalau nak minum, suruh tea lady syarikat pakcik letak dua sudu kecil kopi dan lima sudu kecil susu. Kalau nak kurang manis, empat sudu susu pun dah ok. Kalau nak lebih manis, tambahlah dalam satu sudu macam tu. Saya balik dulu,” ujar Hana sebaik meletakkan sebuah mug di atas meja di hadapan lelaki itu. Beg mula dicapai.
            “Tunggu dulu. Saya betul-betul minta maaf  sebab tadi. Saya...”
Hana yang baru melangkah menoleh semula ke arah belakang sebelum membuka mulut. Raut wajah lelaki itu ditatap.
            “Saya nak tanya, pakcik suka kalau orang menilai pakcik walhal benda tu tak betul pun?Contohnya, macam syarikat ni..,” Hana memerhati sekeliling syarikat sebelum pandangannya jatuh semula ke arah lelaki itu yang sudah berdiri mengadapnya.
            “Macam mana perasaan pakcik kalau orang cakap, pakcik ni bukannya layak pun nak kerja kat sini tapi boleh masuk kerja sebab syarikat ni ayah pakcik yang punya kan?Jadi, tak payah nak kena lalui temuduga apa pun, am I right?,” Hana menjongketkan keningnya.
            Adus!Bisa, cukup bisa. Nampaknya makcik ni dah kenakan kau balik, Rayyan. Baru kau tahu macam mana dia rasa tadikan?Satu-kosong. Satu untuk makcik dan kosong untuk kau, Rayyan. Rayyan mengetap bibir. Kelu lidahnya untuk menjawab. Memang betul pun dia masuk ke syarikat ini tanpa sebarang temuduga.
            “Saya tak marah bila pakcik tersalah anggap saya tea lady sebab kerja tea lady tu pun kerja yang halal tapi tadi bila pakcik gelak-gelak macam tu, apa maksudnya?Sebab saya pakai macam ni, saya tak boleh nak kerja kat situ?Sebab tak glamour macam model-model yang lain atau kakitangan yang lain-lain tu?.” Dua-kosong.
            Rayyan terdiam. Memang apa yang makcik ni katakan ada benarnya tapi tak sangka pula makcik ni emosi pula petang-petang macam ni. Ala, orang perempuan Rayyan, what do you expect?Diam je la.
            “Saya nak balik. Enjoy your coffe.”
            “Tunggu!.” Hana yang sudah berada di pintu menoleh semula ke belakang.
“Er..biar saya hantar makcik balik. Saya betul-betul minta maaf. Hmm..makcik dah buatkan saya kopi so biarlah saya hantar makcik balik,” Rayyan membuat pelawaan.
            “Tak payahlah,” Hana mula menarik daun pintu.
“Tunggu!Makcik, saya betul-betul ikhlas. Er..tanda saya nak minta maaf, please!,” Rayyan yang mengejar makcik itu sehingga ke pintu mula menggunakan tekniknya.
Hana mengetap bibir. Argh!Tak kan kau lemah lagi Hana?Tengok..anak mata pakcik ni. Sama macam dalam lif tadi la.
            “Okay?Kira jadi ya?Tapi tunggulah kejap. Saya nak minum dulu,” Rayyan tersengih. Nampaknya teknik mata Shin Chan menjadi lagi kali ini, hehe..
            Hana berdiri di muka pintu. Matanya mengerling memerhati tindak-tanduk lelaki itu yang kini sudah mengambil semula tempat di kerusi. Mug yang berada di atas meja mula diangkat dan dibawa ke bibir. Rayyan mula meniup perlahan air kopi yang masih lagi panas itu sebelum disisip sedikit.
            “Aahh..ni baru air kopi!,” Rayyan tersenyum berpuas hati sebelum menoleh ke arah makcik itu dan mengenyitkan matanya.

            “Mengada-ngada!,” desis Hana perlahan sebelum membuang pandangan ke arah lain.


Monday 27 January 2014

BAGS,BAGS,BAGS!!!

Assalammualaikum dan selamat petang semuanya..tak, tak..bukan nak update cite IASU atau D...M tapi nak cite sikit pasal handbags ni..ala, biasalah orang perempuan kan, hehe..but before that, nak ucapkan terima kasih sangat2 kepada yang sudi add kita tadi..dah add awak balik;-) juga terima kasih kepada yang masih sudi mengunjung blog ni even tak ada new entry pun dua tiga hari ni..terima kasih sangat2 tau!!!Sayang anda semua!!! Okay, jom kita tengok handbags..




Cantik tak, cantik tak?Hehe..maunya tak cantik kan?Gila tak cantik?!!Kalau dah harga dia plus minus RM8k- RM9k..kalau tak silap lah..ni la beg CHANNEL GST..and as usual didatangkan dalam 2 saiz, GST dan juga PST. For those yang dah familiar dengan semua benda alah ni mesti dah tahu kan short term tu..untuk yang masih tak tau(macam saya dulu2 juga;-P ), meh nak share..GST tu untuk saiz yang paling besar, GRAND SHOPPING(ada jg yang panggil shopper) TOTE..yang P for petite..selain black ada juga warna beige..Jom tengok beg kedua..


Taraa..oh, oh, oh..dah tak terkata apa bila first time tengok beg ni..LV NEVERFULL DAMIER..as you can tell from its name, memang tak kan penuh la beg ni kalau setakat nak isi barang2 yang basic tu..memang selalunya orang perempuan suka beg ni. ada 3 saiz, GM, MM dan juga PM..MM adalah saiz medium. Jom check beg yang ketiga


Still, LV..yang ni kalau tak salah namanya LV HEMPSTEAD..beg ni bagi saya memang nampak kemas..ruang sebelah dalam pun luas..tepi tu ada button untuk digunakan..jom tengok beg yang seterusnya


Yang ni LV METIS..pun cantik..kat luar ada ruang untuk simpan coins ke, keys dan sebagainya..benda2 yang kecik la, hehe..and the last one is..

GUCCI SOHO LEATHER SHOULDER..PINK!!!Cantik sangaaaattttt!!Al maklumlah saya suka pink..cantik kan?Sebelah dalam pun ruang yang luas..tali tu boleh adjust nak guna kedua2nya atau just satu then jadilah labuh sikit bagi sesiapa yang suka macam tu..dah puas cuci mata?Jom kita berbincang sikit;-P

                        Kenapa saya tunjukkan semua ni?First of coz sebab cantik..and biasalah orang perempuan tak kan nak tengok gambar kereta2 and those thing yang guys sukakan..macam ni sebenarnya..bila kita mampu, of coz kita rasa teringin kan?Even harga dia beribu2 RM, pun sanggup macam nak pejamkan sebelah mata n pay the price tapi d question is, are u?I mean, seriously, are u willing to pay thousands just for A BAG???Secara jujurnya, setiap individu tu UNIK(hehe..unik la sangat kan) n has their own kind of thinking and reason untuk beli beg yang mahal2..1 of the famous reason is that, dah susah payah mesti la nak reward myself kan?And another one, beli barang2 mahal ni salah satu bentuk pelaburan juga..really???Hmm..yang 1st reason tu, maybe saya boleh terima..of coz la lepas kerja nak hadiahkan sesuatu yang bermakna kepada diri sendiri..dah la tu, mampu pulak kan..tapi sebab yang kedua tu..bentuk pelaburan?This one really2 makes me think..kalaulah si pembeli tu terdesak ke, then dia nak jual beg tu..and let say ada orang yang nak beli but I believe tak kan la dia nak jual sama harga macam yang baru, betul tak?So, apa pelaburannya?KAt mana yang untungnya?Tak nampak and tak paham, huhu..

                      Rasanya, kalau tak silap LV NEVERFULL yang ori tu dalam RM2700@RM2800 kut..so, bagi yang dah berkerjaya rasanya mampu milik kut..and yes, I've fall for this bag..sejujurnya, dengan payment yang baru dapat untuk my second novel tu, boleh kalau nak beli(Lepas dah tolak bagi kat ayah sikit, adik2 sikitl;-P) hehe..tapi masalahnya, it's about me..saya yang jenis cepat bosan dengan something..sebab tu kerap2 tukar template blog ni..lagi satu, kalau ada beg tu pun bukannya saya nak p mana2 sangat..asyik duk kat rumah je pun..by the way, kalau keluar pun tak daknya orang nak kisah kan?So untuk apa?Takut nanti akan jadi pembaziran which is ditegah oleh ISLAM and balik2 guna beg lama juga..biarpun tak branded tapi still selesa..

                     Tapi kadang2 a part of myself akan berfikiran jahat..after that kind of things that I've to go through, rasanya tak salahkan?nak juga beg yang branded at least sebiji in MY LIFE!!!!MUahahaha..(Kan betul dah jadi jahat;-P ) KAlau yang CHANNEL GST tu, tak tau la in d future kalau2 saya layak pakai...even kalau tolak dari my payment pun still ada baki, tapi cam tak logik pula(bila akal yang baik kembali bekerja;-P) hehe...nak spend that much for 1 beg..unless kalau replica beg memang mampu milik!!!Macam best je, hewhewww..ala..selalunya mindset sesetengah orang ni, kalau dia tu bukan anak somebody ke, bukan orang famous ke, mesti diaorang akan anggap beg atau barang2 yang digunakan oleh orang tu adalah ciplak even itu adalah yang ori..tapi kalau orang tu famous ke, orang kaya ke, kalau bawa handbag replica sekalipun, orang akan anggap yang ori sebab dia orang kaya, betul tak?Sadis, zalim!!Huhu..kesian orang yang tak famous tu kalau dia beli susah payah yang ori tapi orang akan misjudge because of status..OK la, panjang pula membebel..bukan apa, kadang2 kita perlukan pendapat orang lain sebelum buat keputusan..so, meh la sini..share dengan saya, kalau korang, adakah korang akan beli beg yang ori atau replica je;-) tata!!!



Saturday 25 January 2014

DIA...MIKHAEL 3



3
Aku mengayuh basikal menuju ke jalan keluar dari kawasan perumahanku. Syukurlah, tak ada kejadian-kejadian pelik yang terus berlaku selepas aku bersembahyang Maghrib pada hari Sabtu lepas. Semuanya kembali seperti sedia kala sehinggalah pada hari Ahad, mak, ayah dan adik-adik aku pulang semula ke rumah.
            Aku sempat melihat Makcik Zabedah yang sedang berjalan menuju ke kedai kopi Pakcik Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Pakcik Mud di kawasan perumahan ini.
“Awal makcik?,” aku menghentikan basikal.
            “Kena la awal. Nanti pukul 7 van kilang tu dah sampai. Boleh juga budak-budak kilang tu beli kuih dan nasi lemak ni,” dia menunjukkan ke dalam bakulnya.
“Makcik buat nasi lemak juga?Bila?,” aku kehairanan. Selalunya hanya kuih-muih yang diletakkan di kedai. Nasi lemak pula dibuat oleh orang lain.
            “Dah rezeki. Makcik Umi yang selalu letak nasi kat kedai Pakcik Mud tu dah tak buat. Dia nak jaga anaknya dalam berpantang. Sekarang ni makcik la yang buat. Esok-esok nanti entah la..,” mendatar suaranya.
Aku memerhatikan raut wajah wanita yang di dalam lingkungan 40-an itu. Mestilah dengan nasi lemak yang dibuatnya dapat membantu memberikan pendapatan tambahan kepadanya.
            “Tak apa. Nanti mesti Pakcik Mud suruh makcik buat lagi. Kuih makcik pun sedap!,” aku cuba menceriakan hatinya.
Makcik Zabedah tersenyum.
            “Ya la tu. Kamu ni pun awal sangat pergi ke sekolah kenapa?Dah ada ke kawan-kawan yang datang?.”
“Tak la. Saya memang selalu pergi awal. Dah biasa. Nanti mesti jalan sibuk. Tak seronok. Makcik bagi la saya satu nasi lemak tu,” aku menunjukkan ke dalam bakulnya.
            Pantas tanganku menyeluk saku baju kurung mencari duit sekolah yang telah diberikan oleh ayah untuk satu minggu terus.
“Tak payah, tak payah. Makcik bagi kamu rasa. Nanti kalau kurang rasa apa, bagitahu kat makcik,” dia menolak tanganku yang menghulurkan duit kertas RM1 kepadanya.
            “Mana boleh. Makcik kan berniaga,” aku tetap memasukkan juga duit tu ke dalam bakulnya. Kemudian, pantas aku mengayuh basikal meninggalkannya. Kalau tidak, mesti Makcik Zabedah enggan menerima duit tersebut.
            Aku sudah masak dengan perangainya yang selalu menolak duit setiap kali aku membeli kuih donat daripadanya.
“Ish!Budak ni. Degil..Halida!Hati-hati naik basikal tu!,” jeritnya daripada belakang.
            “Ok!,” aku melambaikan tangan, isyarat aku mendengar apa yang dipesannya. Aku berazam untuk menolongnya kelak apabila aku dah berkerjaya suatu hari nanti. Memang malang nasib yang menimpa Makcik Zabedah. Mujurlah rumah yang didudukinya sekarang sudah pun dibeli oleh arwah suaminya sebelum meninggal.
            Hendak bergantung harap kepada keluarganya, adik-beradiknya pun bukan senang. Masing-masing dah berkahwin dan mempunyai tanggung jawab masing-masing. Emak dan ayahnya pula dah meninggal. Mengenai keluarga mertuanya, tak pula aku pernah dengar. Mungkin terus terputus hubungan selepas kematian suaminya.
 ################################################           
Sampai di bangsal basikal, aku melihat seorang pelajar perempuan sudah ada di situ. Dia yang sedang duduk mencangkung di sisi basikalnya, membelakangkanku.
“Selalunya aku orang pertama yang sampai,” getus aku di dalam hati. Dia masih lagi duduk di situ. Aku yang hanya beberapa meter daripadanya dapat melihat beg sekolahnya yang berwarna kuning air itu.
“Apa yang dia buat?Basikalnya rosak tak.” Aku memerhatikan dia yang masih juga tak bangun-bangun.
            “Agaknya dia sedang periksa tayar,” aku membuat andaian sendiri.
Aku mencapai nasi lemak yang berada di dalam raga.
“Wanginya!,” terbuka seleraku sebaik mencium bau nasi lemak Makcik Zabedah yang dialas dengan daun pisang dibalut pula dengan suratkhabar.
            “Minta-minta biarlah laku nasi ni,” aku tersenyum. Kemudian melangkah menuju ke kelas setelah mengunci basikalku. Beberapa langkah aku meninggalkan tempat menyimpan basikal, aku menoleh semula ke belakang.
“Ada lagi budak tu. Apa yang dia buat?,” aku dapat melihat budak perempuan itu masih lagi setia di sisi basikalnya.
            “Mungkin tunggu kawan dia kut,” aku teruskan berjalan menaiki anak tangga menuju ke kelas. Aku kehairanan melihat bilik kaunseling yang terang benderang. Cahayanya yang menyimbah hingga ke tangga dapat aku lihat dengan jelas. Pintu bilik kaunseling yang terbuka memanggil aku untuk menjengah.
            “Assalammualaikum cikgu,” aku menegur sebaik terpandang kelibat Cikgu Hamid yang sedang duduk di kerusinya.
Dia tersenyum memandang aku.
“Awal cikgu hari ni,” aku menghampiri pintu bilik kaunseling.
            Cikgu Hamid hanya mengangguk. Aku melihat ada beberapa kertas yang bersepah di atas mejanya. Mungkin dia banyak kerja yang nak dibuat sebab tu la datang awal. Buat apa la aku nak mengganggunya?
“Saya pergi dulu cikgu,” aku berbahasa. Cikgu Hamid hanya mendiamkan diri. Aku berlalu ke kelas.
            Setelah membuka pintu, aku memerhatikan sekeliling kelas setelah menghidupkan suis lampu, seperti biasa yang aku lakukan sebelum melangkah masuk.
“Alhamdulillah, tak ada apa-apa,” aku berpuas hati dengan keadaan kelas yang masih sama seperti hari terakhir aku meninggalkannya.
            Aku meletakkan beg di kerusi dan mula berjalan ke belakang kelas untuk mencapai penyapu dan penyodok sampah. Memang pada hari Isnin, hari aku bertugas untuk membersihkan kelas tapi bagi aku yang sudah biasa menyapu setiap hari, aku merasakan sama sahaja. Tidak ada perbezaan.
            Deruman enjin bas yang berhenti menarik perhatianku.
“Aisyah,” aku tersenyum kerana sebentar lagi boleh la aku berkongsi nasi lemak yang aku beli dari Makcik Zabedah tadi. Memang menjadi kebiasaan kami berdua untuk berkongsi makanan yang dibawa, biarpun tak banyak. Kadang-kadang dia juga akan membawa bekal nasi goreng ataupun jemput-jemput yang dibuat oleh emaknya, Makcik Kamsiah.
            Tanganku pantas menyapu. Seperti kebiasaannya, tak banyak yang perlu aku kemaskan kerana hari Jumaat yang lepas aku sudah menyapu sebelum aku pulang. Ketika menyapu di bawah meja Khairul, ingatanku melayang mengenangkan peristiwa kertas-kertas yang bersepah di bawah mejanya dan bagaimana sampah-sampah tersebut boleh berada di dalam tong sampah.
            Namun aku cuba membuangkan kejadian itu daripada terus bersarang di dalam kepalaku. Mungkin kerana terlalu penat dengan ulangkaji membuatkan aku ternampak atau memikirkan yang bukan-bukan.
            Selama 2 hari cuti yang aku habiskan tanpa membuat ulang kaji biarpun sedikit, membuatkan aku kembali segar. Hanya kerja-kerja rumah dan nota Sejarah yang perlu aku siapakan mengisi masa cutiku. Selebihnya, aku gunakan untuk menonton TV dan bermain dengan kucingku, Koko.
Aku tersenyum mengenangkan gelagat Koko. Warna bulunya yang coklat tu membuatkan aku memberinya nama Koko.
            Aku mengangkat bakul sampah yang sudah penuh berisi untuk dibawa keluar.
Sewaktu berlalu di depan kelas, aku berhenti di papan kenyataan yang tertampalnya jadual tugasan.
“Fakri,” aku meyebut namanya sebaik membaca tugasan siapa yang perlu membuang sampah pada hari ini.         
            Aku melihat ke kanan, di hujung bangunan di mana tong sampah berada. Aku berjalan laju menuju ke situ apabila mengingatkan Aisyah yang bakal sampai bila-bila masa. Minta-minta janganlah dia sudah bersarapan di rumah kerana kalau tak, terpaksalah aku menunggu waktu rehat untuk makan nasi lemak tu.
            Selesai memasukkan sampah ke dalam tong, aku berjalan semula menuju ke kelas. Kelas 5 K2 masih lagi bergelap. Ketika aku melewati kelas 5K1, aku melihat seorang pelajar perempuan yang berada di depan kelas.
“Budak tu..,” kakiku terhenti. Budak yang sama aku lihat pada hari Jumaat lepas. Asyik betul dia membaca. Maklum la budak kesusasteraan mestilah rajin membaca.
            Dulu aku juga bercita-cita untuk masuk ke kelas Kesusasteraan ni kerana aku memang gemar membaca tetapi cikgu penyelia tingkatan 4 pada waktu itu mengatakan bahawa keputusan peperiksaan aku melayakkan aku ke kelas Sains, jadi terpaksalah aku akur.
            Aku melangkah perlahan-lahan menuju semula ke kelas. Hanya satu lampu yang berhampiran dengannya yang menerangi kelas 5K1, seperti hari Jumaat yang lepas.
Sewaktu aku mengerling ke arahnya, tiba-tiba dia menundukkan wajahnya. Buku yang sedari tadi diletakkan secara menegak, dihempaskan ke meja.
            Bunyi yang bergema di dalam keadaan yang sunyi tu mengejutkan aku.
Marahkah dia?
            Aku melihatnya yang terus membaca setelah merebahkan buku ke meja. Agaknya dia tahu aku memerhatikannya?
Bukannya salah pun!Kalau dia memandang kepadaku dan tersenyum, mungkin kami boleh menjadi kawan. Lagipun kelas aku dan dia hanya bersebelahan, mana la tahu kalau saling memerlukan bantuan nanti.
            Aku terus berjalan ke kelas. Aminudin sudah berada di tempat duduknya. Dia masih lagi sibuk membuat kerjanya.
“Nota Sejarah ke?,” aku bertanya sewaktu berjalan ke belakang kelas untuk menyimpan semula bakul sampah.
            “Bukan la. Eksperimen Kimia. Terlupa nak siapkan,” dia tersengih. Aku hanya memerhatikan sudut bacaan yang masih lagi kemas.
“Eh!Lida..tahu tak?,” aku yang baru nak mengorak langkah ke tempat duduk terhenti.
            “Tahu apa?,” aku mengerutkan dahi.
“La..tak dengar lagi ke?,” dia memandangku.
            “Tahu apa?Dengar apa ni?,” aku kehairanan.
“Pasal Cikgu Hamid...,” mukanya serius menyebut nama cikgu yang baru aku temui sebentar tadi.  Mesti dia terkejut melihat Cikgu Hamid yang berada awal di bilik kaunseling.
            “O..Cikgu Hamid. Kenapa?,” aku bertanya acuh tak acuh sambil berjalan menuju semula ke kerusi. Aku tunduk melihat nasi lemak yang masih berada di dalam laci meja.
“Kenapa?Tahu tak dia dah meninggal. Kemalangan 2 hari lepas waktu balik sekolah. Dah heboh tau!.”
            Aku yang sedang sibuk melihat nasi lemak tu mengalihkan tumpuan kepada Amin.
“Hah!Biar betul ni?!,” aku seakan-akan tak percaya. Mungkin cikgu lain yang terlibat tapi si Amin ni tersalah dengar. Biasa la bila dah jadi buah mulut orang. Fakta yang penting pun boleh berubah.
            “Betul la. Semua dah tahu la. Jangan-jangan awak je yang tak tahu,” selamba Amin menyerkap jarang walaupun itu memang adalah hakikatnya.
Mustahil!Baru tadi aku bertemu dengannya. Dia tersenyum kepadaku. Dia sibuk meneliti beberapa kertas di atas mejanya.
            Aku berjalan keluar dari kelas. Kalaulah Cikgu Hamid berada di situ, memang sah Amin ni tersalah dengar berita. Cikgu lain yang meninggal, disangkanya Cikgu Hamid.
            Aku menelan air liur apabila melihat pintu bilik kaunseling tertutup dan bermangga. Jangan katakan pintunya, cahaya lampunya juga tidak ada!
            Mustahil, mustahil!Ya Allah, apa maksud semua ni?
Aku semakin keliru. Baru tadi aku nampak dia. Aku tegur dia. Dia juga senyum kepadaku. Tak mungkin dia dah meninggal. Memang selalu aku akan menyapanya sebelum berlalu pulang, kalau dia masih lagi berada di dalam bilik itu.
            Aku teringat bagaimana aku pergi berjumpanya sewaktu aku berada di tingkatan 4 pada tahun lepas. Bagaimana dia menyuruh aku menjawab soalan-soalan untuk mengenal pasti minat aku yang sebenarnya kerana aku mengadu kepadanya bahawa aku lebih meminati bidang kesusasteraan dibandingkan bidang Sains.
            Mustahil dia telah meninggal. Bukan aku menidakkan kekuasaan Allah tapi sukar aku nak menerimanya. Baru tadi aku menyapanya.
Aku menoleh sekali lagi ke arah pintu bilik kaunseling yang tertutup kemas.
            “Cikgu..,” air mataku mula bergenang.
Perlahan aku membacakan Al-Fatihah buat cikgu yang banyak memberikan nasihat. Semoga dia aman dan rohnya juga diterima oleh Allah.
“Berehatlah cikgu,” aku menyeka air mata. Aku melihat langit yang semakin mencerah.
            “Tengok. Dulu kata tak minat, boleh score juga. Lepas ni belajar elok-elok. Awak memang ada potensi nak jadi pelajar yang cemerlang. Tahniah!,” suaranya yang mengucapkan tahniah kepadaku sewaktu aku menjadi pelajar terbaik untuk subjek Kimia dan Bahasa Melayu pada tahun lepas bermain semula di ingatanku.
            Aku akan sentiasa mendoakan dia, Cikgu Hamid yang takkan pernah aku lupakan. 
 #######################################
            Perhimpunan pada pagi tu dimulakan dengan berita kematian Cikgu Hamid oleh Tn. Pengetua. Semua murid yang beragama Islam diminta menyedekahkan al-Fatihah untuknya. Beberapa pelajar dan guru juga terutamanya perempuan, menitiskan air mata.
            Arwah Cikgu Hamid memang amat disenangi kerana sifatnya yang kelakar itu membuatkan dia senang mendekati ramai pelajar. Statusnya sebagai guru kaunselor juga membuatkan ramai pelajar senang berurusan dengannya terutama sekali pelajar-pelajar perempuan.
            Aku memikirkan betulkah apa yang aku nampak pagi tadi?Cikgu Hamid yang berada di dalam bilik kaunseling tu?Memang dia tersenyum kepada aku. Pintu bilik tu pun terbuka luas sewaktu aku menghampiri nak lihat Cikgu Hamid yang berada di kerusinya.
Aku menoleh ke belakang melihat bilik kaunseling.
            “Kenapa?Tengok apa?,” Aisyah yang berdiri di belakangku berbisik. Suara cikgu disiplin masih lagi kedengaran memperkatakan isu ponteng dan sebagainya.
Aku menggeleng. Perlukah aku menceritakan apa yang aku nampak pagi tadi?Akan percayakah Aisyah?
            Aku cuba meletakkan diri aku ditempat Aisyah. Mungkin aku juga akan berasa susah nak mempercayai cerita yang sedemikian rupa walaupun aku memang mempercayai sememangnya wujud makhluk-makhluk lain ciptaan Allah di muka bumi ini. Apatah lagi Aisyah yang lebih mementingkan logik untuk sesuatu perkara.
“Kenapa ni?,” cuit Aisyah dipinggangku.
“Apa?,” aku menoleh kepadanya.
            “Ya la. Awak tengok apa tadi?,” dia bertanya tidak puas hati.
Aku dah masak dengan perangainya yang tidak akan duduk diam selagi tidak memperolehi jawapan yang diperolehi, seperti aku juga!
            “Tu..a.. dalam kelas, teringat nasi lemak!,” aku berbohong.
“Nasi lemak?Awak beli ke?,” dia tersenyum.
            “Ya la. Yang baru punya. Rehat nanti kita kongsi ok.”
“Elok la tu. Saya bawa nasi goreng. Lapar pula,” dia tersenyum.
            Aku mengadapkan semula pandangan ke hadapan, di mana cikgu disiplin masih lagi setia berucap. Isu rambut pelajar lelaki yang tidak mengikut sahsiah rupa diri juga disebut.
            Tak lama tumpuanku dapat difokuskan kepada ucapan cikgu berkenaan. Kepalaku masih lagi terbayang wajah Cikgu Hamid yang aku ketemu di bilik kaunseling pagi tadi.  Aku yakin dia tersenyum kepadaku walaupun dia tak bercakap apa-apa kepadaku.
Kenapa hanya aku yang melalui semua ni?
            Nak dikatakan rapat sangat aku dengan Cikgu Hamid tak juga. Masih ada pelajar lain lagi yang rapat dengan arwah. Baik yang berkunjung ke bilik berkenaan untuk menyelesaikan masalah atau sekadar nak berbual dengan arwah Cikgu Hamid.
Aku tak faham...
 ##################################### 
            “Syah..,” aku memanggilnya sewaktu kami sedang makan berdua di dalam kelas. Nasi lemak yang dibuat oleh Makcik Zabedah memang sedap tapi banyak yang aku berikan kepada Aisyah kerana seleraku tidak terbuka sepertimana pagi tadi, sebaik tercium bau wangi nasi tersebut.
            “Kenapa?,” Aisyah masih lagi menyudu nasi lemak itu ke dalam mulutnya.
Aku sedang memikirkan sama ada patut atau tidak untuk aku berkongsi cerita mengenai kejadian yang berlaku pagi tadi. Selama hampir 5 tahun kami saling mengenali, boleh dikatakan tidak ada apa-apa rahsia di antara kami.
            “Sedap la nasi lemak ni. Nanti boleh la awak beli lagi,” aku memerhati gelagatnya yang masih berselera mengadap nasi lemak yang memang wangi baunya tu.
Aku mencapai air teh ais yang dibeli di kantin sebelum kami mula makan di dalam kelas. Semua kawan-kawan sekelas yang tidak ada di dalam kelas, membuatkan aku tefikir untuk berkongsi cerita dengannya.
            “Awak...percaya tak kewujudan makhluk lain?,” lambat-lambat aku menuturkan soalan itu. Sengaja aku mengutarakan soalan itu untuk memancing reaksinya sebelum aku menceritakan apa yang berlaku.
            Suapan Aisyah terhenti. Dia menoleh kepadaku.
“Kenapa tiba-tiba tanya pasal ni?.”
            Aku melihat reaksinya yang kehairanan. Tiba-tiba aku menyentuh mengenai hal yang selalunya dibincang di dalam kelas Pendidikan Islam mungkin membuatkan dia bersikap begitu.
            “Tak la. Saja tanya. Kan dulu ustaz pernah cakap. Selain manusia, makhluk lain pun ada juga kat dalam dunia ni.”
Aisyah meneruskan suapannya yang terhenti.
            Aku mengerling jam di tangan, pukul 10.45 pagi. Lebih kurang 15 minit lagi masa rehat akan habis. Mungkin kalau aku nak menceritakan sekarang pun. belum tentu sempat!
“Mesti awak ada baca apa-apa yang terbaru kan?Beli buku baru ke?,” Aisyah menoleh semula kepadaku.
            “A..tu la. Tiba-tiba terfikir,” aku seakan-akan mengiyakan apa yang ditanya oleh Aisyah.
“Dah agak dah. Selalu kalau lepas baca apa-apa, macam ni lah perangai awak. Banyak diam. Lepas tu fikir, fikir, fikir...” Aisyah seakan-akan membebel.
Aku hanya mendiamkan diri. Fikir?Salah ke?Salahkah aku berfikir mengenai kejadian-kejadian aneh, macam yang berlaku di Segitiga Bermuda tu?Memang kejadian tu menarik dan aneh.
            “Ha, tengok!Kan betul saya cakap. Dah la tu,” Aisyah mencebikkan bibirnya.
“Orang tanya tak jawab,” aku menampar bahunya.
            “Apa?Pasal benda-benda lain ni?,” dia menyedut air milo aisnya.
“Ya la!,” aku memandangnya. Geram dengan sikapnya yang seakan-akan sambil lewa dengan pertanyaan aku tadi.
            “Memang ada. Kan ustaz sendiri yang cakap. Dalam Al-Quran sendiri pun ada sebut kan?.”
“Jadi, awak percayalah?,” aku tersenyum mendengar jawapannya. Ada harapan aku untuk berkongsi dengannya apa yang berlaku pagi tadi, biarpun bukan sekarang.
            “Ya la. Sebgai orang Islam, wajib kita percaya dengan kitab kita. Dalam Al-Quran sendiri ada sebut mengenai benda-benda ni. Takkan kita nak lawan cakap Allah?.”
            Aku tersenyum lagi mendengar jawapan kawan baik aku tu. Sekali sekala aku menganggukkan kepala apabila mendengar cakapnya yang dipinjam oleh kata-kata ustaz.
“Jadi, tak mustahil la kan kalau kita terserempak dengan benda-benda ni?,” aku bertanya lagi untuk melihat reaksinya.
            Air yang sedang disedutnya hampir tersembur keluar.
“Hah?Terserempak?Gila ke?!,” matanya terjegil memandang aku.
            “Apa pula gila. Kan awak sendiri yang cakap. Benda-benda ni memang wujud. Jadi, kalau la kita terserempak tak mustahil la kan?,” aku membidas cakapnya.
Aisyah menyedut sehingga habis air milonya.
            Dia memang kepadaku sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kenapa?,” aku bertanya. Tak senang dengan cara dia merenungku.
            “Awak la..,” dia menuding jarinya kepadaku.
Aku mengangkat kening isyarat bertanya.
            “Tadi tanya saya percaya atau tak. Sekarang ni tanya pasal terserempak pula. Ada apa-apa ke?,” dia seakan-akan boleh membaca niatku untuk berkongsi peristiwa yang berlaku pagi tadi.
Aku mendiamkan diri. Wajarkah aku memberitahunya?
            “Dengar sini..,” aku memandang Aisyah. Belum sempat aku nak membuka mulut nak memberitahunya apa yang telah berlaku.
Dia mengemaskan kertas pembungkus nasi lemak dan juga bekas yang dibawanya dari rumah untuk mengisi  nasi goreng. Aku sempat melihat nasi goreng yang berbaki di dalam bekas tu.
            “Masalahnya awak banyak berfikir...”
Aku dapat mendengar suaranya yang jelas walaupun beberapa orang pelajar sudah mula memenuhi koridor kelas.
“Amboi!Macam doktor,” aku mengusiknya.
            “Saya serius ni!,” dia memandang aku.
“Ya la, ya la,” aku tersenyum.
            “Awak banyak berfikir. Walaupun memang benda-benda ni wujud, bukan bidang kuasa kita nak fikir, nak kaji pasal mereka. Asalkan kita meyakini apa yang dah tertulis di dalam Al-Quran, bagi saya itu dah cukup,” Aisyah menerangkan pendapatnya.
Aku mendiamkan diri.
            “Bukan kena kaji ke kalau nak lebih memahami?,” aku menyanggah kata-katanya.
Dia merenung kepadaku. Tidak senang dengan soalan yang baru aku tanya.
            “Ok la, ok la. Orang bergurau je la,” aku menyedut air teh ais sehingga habis.
Aku melihat Aisyah yang bangun keluar untuk membuang kertas pembalut nasi lemak.
            Macam mana tak fikir kalau benda ni terjadi kat aku?Bukan aku tak meyakini apa yang dah tertulis, malah aku amat-amat percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk ni semua.
Cuma sejak kebelakangan ni, seolah-olah banyak peristiwa-peristiwa yang pelik terjadi.
            Persoalannya kenapa aku?Seolah-olah mereka nak menunjukan diri mereka kepada aku pula!Sedangkan aku pun bukanlah berani sangat pun nak berhadapan dengan semua ni.
Habis tu, macam mana nak elakkan daripada berfikir kalau dah terjadi kat aku sendiri?