“Wah!Ada kuah masak lemak
la..terbaik la makcik,” Rayyan menegakkan ibu jarinya kepada Makcik Bibah yang
sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggan babahnya.
Makcik Bibah yang setia
melakukan tugasannya semakin melebar senyumannya apabila mendengar pujian
daripada anak majikannya itu.
“Duduklah sini makcik.
Kita makan sama-sama,” pelawa Rayyan sambil menunjukkan kerusi di sisinya yang
masih lagi kosong.
“Tak pe la. Kat dapur je.
Lagipun pakcik kamu tu dah tunggu makcik kat belakang sana tu.”
“Duduk je la Kak Bibah.
Ajak Abang Husin tu sekali. Bukan senang kita nak dapat peluang untuk semuanya
berkumpul macam malam ni,” tingkah Tan Sri Rashid sambil mengerling ke arah
isterinya dan Shasha yang turut berada di situ.
Puan Sri Harlina
memberikan senyuman manis kepada suaminya apabila pandangan mereka bersatu.
Dari suami, anak matanya mula mengarah ke arah Makcik Bibah yang sedang
menyendukkan nasi ke dalam pinggan anak tirinya. Orang gajinya itu turut
memandang ke arahnya.
“Betul cakap babah tu
makcik. Ajak pakcik sekali. Dah lama kita tak makan sama-sama. Hmm...kali
terakhir waktu saya nak pergi US dulu tu kan?Malam tu pun makcik masakkan kuah
masak lemak ikan juga. Perghh!Sampai termimpi-mimpi saya kat sana idamkan nak
makan kuah masak lemak macam tu tapi mana nak dapat kan. Tak sama dengan air
tangan makcik,” Rayyan mengenyitkan matanya kepada Makcik Bibah.
Makcik Bibah cuma
tersenyum. Matanya yang sesekali mengerling kepada Puan Sri Harlina, sudah
boleh menterjemahkan isyarat yang diberikan cik puannya itu sejak tadi.
Bukannya dia tidak nampak bagaimana Puan Sri Harlina menunjuk ke arah dapur
dengan anak matanya tadi.
“Tak pe la Rayyan. Makcik
makan kat dapur je. Sini ke dapur ke, sama je kan?Lagipun pakcik kamu dah
tunggu tu. Makanlah ya..Tuan, Puan, saya ke belakang dulu ya,” tutur Makcik
Bibah sebelum berlalu.
“La..makcik,” Rayyan mula
memanggil.
Tan Sri Rashid turut
menoleh ke arah Makcik Bibah yang mula melangkah ke arah dapur. Baru sahaja dia
hendak membuka mulut, lengannya sudah terlebih dahulu disentuh oleh Puan Sri
Harlina.
“Biarlah bang..kan tadi
dia cakap Abang Husin dah tunggu dia kat dapur. Biarlah. Lagipun mestilah dia
orang suami isteri pun ada hal nak dibincangkan. Ada benda yang nak diceritakan
setelah seharian tak berjumpa, ya tak?.”
Rayyan yang memerhati
tingkah ibu tirinya itu mula menjeling. Huh!Plastik betul kedua-dua orang
wanita yang sedang duduk bertentang dengannya sekarang.
“Er..makanlah Rayyan.
Mungkin lain kali kita boleh makan sama-sama dengan makcik dan pakcik kamu tu,”
ucap Tan Sri Rashid apabila memerhati riak wajah kelat Rayyan yang terpamer
kini.
Rayyan membatukan diri.
Kalau tak kerana menghormati babahnya sekarang, sudah lama dia ingin mengangkat
pinggan nasinya dan berlalu ke dapur. Makan bersama-sama dengan Makcik Bibah
dan Pakcik Husin lagi best tau!
“Hah Shasha..sendukkan
kuah masak lemak tu. Ikan tu..,” Puan Sri Harlina mula membuka mulut. Di bawah
meja, tangannya menampar peha anak saudaranya itu isyarat kepada rancangan yang
sudah dibincangkan oleh mereka berdua pada petang tadi.
“No need!.” Rayyan
terlebih dahulu mencapai mangkuk yang berisi kuah kegemarannya itu. Beberapa
sudu kuah dan seekor ikan kembung diletakkan ke dalam pingganya sebelum mangkuk
itu diletakkan semula ke atas meja.
“Air!,” bisik Puan Sri
Harlina kepada Shasha yang kaku seketika apabila menerima respons sebegitu
daripada Rayyan.
Rayyan yang mengerling
tindak tanduk Shasha tidak mengendahkan. Nasi mula disuap ke dalam mulut. Apa
yang dia tahu sekarang, makan malamnya ingin segera dihabiskan supaya dapat
meninggalkan meja makan itu.
“Air, Rayyan..er..you tahu
ada satu restoran ni tau..,” Shasha memulakan perbualan sebaik sebiji gelas
yang berisi air oren diletakkan di sisi lelaki itu.
Tan Sri Rashid mengerling
kepada Shasha dan isterinya silih berganti. Apa lagi yang sedang dirancangkan
oleh kedua beranak itu?Nasi yang berada di dalam mulut dikunyah perlahan-lahan
sambil ekor matanya berpindah pula
memandang Rayyan yang terus menikmati makan malamnya tanpa sebarang suara.
“Restoran ni memang best
sangat!You kan suka masak lemak jadi nanti, apa kata kalau I bawa you pergi
restoran tu, macam mana?Memang sedap tau makanan-makanan kat situ. Rugi kalau
you tak cuba,” terang Shasha beria-ia.
Rayyan meneruskan suapan
tanpa memberikan sebarang respons. Malas!Malas hendak melayan karenah Shasha
yang satu itu. Daripada hendak berbual dengan gadis yang tak pernah jemu
mengganggunya itu, lebih baik dia berbual dengan makcik kopi. Kejap!Makcik
kopi?Hari ini tidak pula dia terserempak dengan makcik itu. Kalau terjumpa di
dalam lif ke macam hari itu, boleh juga dia meminta secawan kopi lagi, hehe..
“Rayyan...” Suara Tan Sri
Rashid mula meleret memanggil anak terunanya yang sedang tersengih sendirian.
Jangan-jangan anaknya itu bersetuju untuk pergi ke restoran yang dikatakan oleh
Shasha sebentar tadi?
“Rayyan!,” Puan Sri
Harlina mula membentak. Ish!Apalah yang berada di dalam kepala anak tirinya
itu?Orang sibuk bercakap dengan dia tapi dia?Tersengih macam kerang busuk!
Rayyan yang tersentak mula
berdehem. Dia terpinga-pinga apabila menyedari semua anak mata yang berada di
meja makan itu sedang merenung kepadanya. Tangannya mula mencapai gelas air
untuk membasahkan tekak.
“Apa yang Rayyan
fikirkan?Tak kan la kalau pasal kerja sampai tersenyum macam tu sekali,” tegur
Tan Sri Rashid setelah melihat anaknya mula meletakkan kembali gelas ke atas
meja.
“Er..tak la babah. Mana
ada apa-apa,” tutur Rayyan berbohong. Matanya mula mengerling ke arah ibu
tirinya yang sudah menarik muka. Si Shasha itu pula masih lagi merenung
kepadanya dengan riak wajah yang berkerut. Kalaulah kedua wanita ini tidak
berada di sini, mahu saja dia bercerita kepada babahnya perihal makcik kopi
itu. Agaknya, mesti babahnya sendiri akan terkejut kalau dapat tahu yang makcik
itu sebenarnya staf di syarikat majalah fesyen Fabuloustar.
“Ai..tak ada apa-apa tapi
tersenyum lebar sampai macam tu?Pelik ni..,” Tan Sri Rashid mula menatap raut
wajah anak lelakinya itu.
Rayyan cuma tersenyum
terus. Malu pun ada!Suapan diteruskan. Wajah Puteri yang tiba-tiba muncul di
ruang benak, membuatkan Rayyan kembali membuka mulut. Dia ingin meluahkan
hasratnya yang satu itu dan meminta pandangan babahnya.
“Er..babah, babah ingat
tak Put?.”
Tan Sri Rashid yang masih
lagi mengunyah hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Rayyan yang memerhati
kembali tersenyum. Puan Sri Harlina yang mendengar mula memandang dua beranak
itu silih berganti.
“Aunty!,” desis Shasha
sambil menyiku lengan ibu saudaranya itu.
“Kenapa dengan Puteri?Dia
ada masalah ke?.” Tan Sri Rashid bersuara kemudiannya sambil memandang kepada
Rayyan.
“Bukanlah bah. Er..Rayyan
ingat Rayyan nak...”
“Abang...” Meleret suara
Puan Sri Harlina memanggil suaminya. Sekaligus mematikan kata-kata yang ingin
disampaikan oleh Rayyan kepada babahnya. Jejaka itu merenung geram kepada emak
tirinya itu. Kenapa dari dulu lagi wanita itu selalu sahaja ingin muncul di
antara dirinya dengan babah?Ada-ada saja perangai yang dibuat agar dia mendapat
perhatian yang diinginkan dari babah. Huh!Such attention seeker!
“Kejap Lina..apa tadi yang
Rayyan nak cakap?Rayyan nak apa?,” Tan Sri Rashid mula mengalihkan perhatian
kepada anak terunanya yang satu itu biarpuan lengannya sudah dipegang oleh si
isteri. Bukan dia tak nampak raut wajah Rayyan yang mulai kelat gara-gara
perangai ibu tirinya itu dan sekarang dia ingin berlaku adil. Bukankah anaknya
itu yang terlebih dahulu bercakap dengannya tadi?
Rayyann mulai tersenyum
sebelum membuka mulut.
“Tadi tu Rayyan nak cakap
yang Rayyan ingat Rayyan nak...”
“Abang!Abang ni kan kalau saya nak cakap sikit pun bukannya abang nak
dengar. Hal yang saya nak cakap ni penting. Hal ni melibatkan Shasha. Hari tu
abang juga yang suruh saya fikirkan pasal masa depan Shasha ni kan?,” Puan Sri
Harlina terus meluahkan isi hatinya. Dia mengerling sekilas kepada suaminya
sebelum mencapai gelas.
Ah!Biarkan. Walaupun dia
terpaksa meninggikan suara tadi kepada suaminya untuk mengganggu urusan dua
beranak itu, dia sudah tidak peduli lagi. Apa yang dia tahu, urusan Shasha
mesti didengari terlebih dahulu. Bukannya dia tidak boleh mengagak apa yang
ingin dimaklumkan oleh anak tirinya yang satu itu. Huh!Ada hati nak cabar
aku?No way!
Tan Sri Rashid mengambil
nafas. Cuba untuk bersabar dengan tingkah isterinya. Matanya memandang kepada
Rayyan yang sedang merenung kepada emak tirinya itu.
“That’s okay babah. Nanti
pun kita boleh bincang lagi pasal hal tadi. Rayyan naik dulu la,” tutur Rayyan
mengalah.
Tan Sri Rashid menjeling
ke arah pinggan anaknya itu. Masih berbaki lagi makanan di situ tapi dia tahu
mungkin dengan membiarkan Rayyan membawa diri ke bilik adalah tindakan yang
lebih elok buat masa ini.
“No. Rayyan pun kena
tunggu di sini. Kena dengar apa yang aunty nak cakap,” tegah Puan Sri Harlina
apabila melihat Rayyan yang sudah bangun.
Rayyan tersenyum sinis.
“Kena dengar?Since when?And by the way, tadi aunty cakap nak bincangkan hal
Shasha ni kan?,” Rayyan mula menunjuk ke arah Shasha dengan dagu. Gadis itu
hanya mendiamkan diri sedari tadi.
“So apa kena mengena
dengan Rayyan?Nothing!,” Rayyan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Hal apa ni Lina sampai
awak tak sabar-sabar sangat?.” Suara Tan Sri Rashid mula kedengaran. Matanya
menyusuri sosok tubuh Rayyan yang sedang meninggalkan meja makan.
“Saya nak kita khawinkan
Shasha dengan Rayyan.”
Suara ibu tirinya yang didengari mematikan langkah Rayyan secara automatik.
Matanya sedikit terjegil. Sedikit je tau! Perempuan ni memang dah lebih
ni!Tanpa bertangguh, dia mula melakukan pusingan 180 darjah mengadap semula ke
arah meja makan yang berada di belakanganya.
Rayyan memerhati babahnya
yang turut terkejut seperti dirinya. Dari babah, pandangan matanya jatuh pula
kepada ibu tirinya dan Shasha silih berganti. Anak saudara ibu tirinya masih
lagi diam tidak berkutik.
Puan Sri Harlina menjeling
kepada Rayyan sebelum membuka mulut. Apa?Dia ingat aku takut sangat bila dia
renung macam tu?Boleh jalanlah!Apa yang penting tujuannya yang satu itu mesti
mendapat persetujuan daripada Tan Sri Rashid. Sehingga kini, belum pernah
sekalipun suaminya itu membantah mana-mana hasratnya tau!
“Hari tu abang sendiri
yang nak agar saya lebih menitik beratkan masa depan Shasha ni kan?Dan saya
rasa...”
“Tapi bukan bermaksud
dengan khawinkan dia dengan Rayyan..,” tukas Tan Sri Rashid. Kepalanya mula
dirasakan berat. Hal urusan bisnesnya sendiri pun tidak membuatkan dia terasa
sesak sebegini.
“Saya tahu tapi siapa lagi
lelaki yang lebih baik dan layak dari Rayyan?Hmm?Hanya Rayyan yang boleh
bimbing Shasha ni. Kan Shasha?Shasha sudi kan terima Rayyan?.” Puan Sri Harlina
mula memaut bahu anak saudaranya itu.
Rayyan yang menyaksikan
drama kedua beranak itu mula mengepal buku lima. Kalau sahaja kedua wanita itu
adalah lelaki, sudah lama dia bertukar jadi Mike Tyson dan menghadiahkan
tumbukan KO buat kedua-dua mereka. Biar koma terus lagi senang!
Rayyan mula menapak semula
ke arah meja makan. Menyampah rasanya apabila melihat Shasha yang bagaikan
tersipu-sipu malu itu. Malulah sangat kan?
Melihatkan Rayyan yang
mula kembali ke meja makan, Tan Sri Rashid mula meluahkan pendapatnya.
“Macam ni la. Kalau Rayyan
sendiri setuju, saya pun tak ada apa-apa halangan. Daripada nak mencari calon
kat luar yang kita sendiri tak kenal, tak tahu asal usulnya, sekurang-kurangnya
Shasha ni saya dah kenal. Dah tahu macam mana perangainya. Kalau Rayyan setuju,
saya ikut saja.”
Wajah Puan Sri Harlina
mula berbunga ceria. Tangan suaminya mula diraih.
“Betul ke ni bang?Er..abang tak ada bantahan kalau kita jodohkan mereka
berdua?Betul?.”
Tan Sri Rashid
menganggukkan kepalanya. Dia mengerling kepada anak terunanya itu.
“Rayyan?Macam mana?.”
Belum pun sempat Rayyan ingin menyahut panggilan ayahnya, ibu tirinya
terlebih dahulu membuka mulut.
“Abang ni.. macamlah tak
tahu, tak kenal si Rayyan ni. Dia kan anak yang baik. Mesti dia setuju
punyalah. Lagipun, tak kanlah dia tak nampak babahnya sendiri pun happy dengan
berita ni, kan Rayyan?Tak kanlah dia sanggup nak kecewakan babahnya. Iya kan?.”
Rayyan merenung ibu tirinya yang lancar
berkata-kata itu. Nampaknya perangai ibu tirinya masih lagi sama. Tiada apa
yang berubah. Masih lagi menggunakan perang psikologi kepadanya dengan
‘menjual’ nama babahnya. Kalau dahulu, ya, memang dia akan akur dengan kehendak
ibu tirinya setiap kali nama babah dibabitkan bersama tapi sekarang, minta maaf
okay!
“So, Shasha..,” Rayyan
mula memandang kepada gadis itu yang melemparkan senyuman kepadanya.
“Betul you sanggup terima
I?.”
Puan Sri Harlina menepuk lutut anak saudaranya itu di bawah meja.
“Mestilah!Of course I
sanggup and I akan berusaha jadi isteri yang terbaik buat you. Dunia dan
akhirat!,” sahut Shasha yang sedari tadi mendiamkan diri. Kini, dia sudah
menerima signal dari ibu tirinya untuk memulakan sesi lakonannya di depan Tan
Sri Rashid dan yang paling penting di depan Rayyan.
“Oh!I see..dunia dan
akhirat?,” Rayyan melepaskan lagi soalannya. Dia yang sedang menongkat dagu di
salah sebuah kerusi yang bertentangan dengan Shasha mula menjongketkan kening
kepada gadis itu.
“Emm..dunia dan akhirat,”
balas Shasha yakin sambil menganggukkan kepalanya. Dia menoleh ke arah ibu
saudaranya yang mengukirkan senyuman berpuas hati dengan hasil lakonannya
setakat ini. Tan Sri Rashid pula sengaja mendiamkan diri. Ingin memberikan
peluang buat kedua-dua anak muda itu berbicara mengenai masa depan yang bakal
dicorakkan bersama.
“So, maksudnya er..I mean
let me make it clear for both of us. Kalau you sanggup jadi isteri I, mesti you
sanggup dengar cakap I kan?Betul?.”
Belum pun sempat Shasha
ingin menjawab, Puan Sri Harlina terus membuka mulut terlebih dahulu.
“Of course Rayyan. Mesti si Shasha ni akan dengar
semua cakap Rayyan, kan sayang?.”
“Ya la. Mestilah I akan
buat semua tu untuk you. No doubt,” tutur Shasha dengan penuh keyakinan. Dia
mula menggaru leher. Ei!Banyak betul soalan. Tak sukalah!Macam nak ambil
peperiksaan la pula. Bukan ke nak berkhawin ni kena seronok-seronok?Bukan nak
kena stress macam ni!Ish!
“Jadi, kalau sekarang ni I
nak you tinggalkan kerja you sebagai model dan duduk rumah jaga makan minum I,
jaga makan pakai I, will you, Miss Shasha do that for me?Hmm?,” Rayyan
melepaskan soalannya sambil tersenyum sebaris. Habis kau Rayyan kalau dia jawab
ya!Arghh!Kau dah pasang perangkap kau sendiri. Tak, tak..aku kenal si Shasha
ni. Tengoklah muka dia tu dah cuak semacam.
Shasha yang tidak
menjangkakan soalan itu mula menelan air liur. Tinggalkan dunia model aku yang
best tu dan duduk rumah jaga makan pakai dia?What the...ei!Apa?Ingat aku ni
orang gaji dia?
“Mestilah Rayyan. Lagipun Shasha...”
“Aunty, saya nak dengar jawapan daripada Shasha. Bukannya aunty. Saya nak
berkahwin dengan dia bukannya dengan aunty, so please untuk kali ini, biar dia
yang jawab. So Shasha, answer me..will you do that for me or not?.”
Nada serius Rayyan yang
kedengaran terus membuatkan Shasha semakin gelabah. Sudahlah di bawah meja,
emak saudaranya itu sudah mula menepuk pehanya agar dia mengiyakan pertanyaan
Rayyan itu.
Rayyan menganggukkan
kepalanya biarpun soalannya belum berjawab.
“Macam tu yang tadi you cakap er..apa?Oh ya!No doubt?Ini sebelum berkhawin
kalau lepas berkhawin?.”
“Er..semua ni kan boleh
dibawa berbincang Rayyan,” tukas Puan Sri Harlina ingin menyelamatkan keadaan.
Dia mula menjeling geram kepada Shasha yang terus kelu.
“Bila?Lepas
berkhawin?Kalau dah sebelum berkhawin pun macam inilah perangainya, tak kan
selepas berkhawin dia sanggup pula nak dengar cakap Rayyan?.”
“Aunty yakin mesti Shasha
akan dengar punya cakap Rayyan, kan Shasha?Betul tak?.” Puan Sri Harlina yang
geram mula melayangkan cubitan di peha anak saudaranya itu di bawah meja.
“Aduh!Sakitlah aunty!,”
Shasha mula menyeringai. Tangan kanannya menggosok-gosok peha yang terasa
berbisa akibat digetus oleh emak saudaranya itu.
Rayyan menoleh ke arah
Shasha.
“Betul you sanggup tinggalkan kerjaya you lepas kita berkhawin?Well, kalau
betul you sanggup, kalau kita berkhawin sekarang pun I tak kisah.”
Perghh!Cayalah kau Rayyan. Apa?Ingat dia orang je yang tahu berlakon?Macamlah
aku tak tahu si Shasha ni. Bertuah sangatlah kalau dia sanggup duduk rumah dan tak keluar bekerja.
Puan Sri Harlina dah
ternganga. Kali ini, bukan sedikit tapi dah betul-betul punya ternganga
ni!Pucuk dicita ulam yang mendatang. Ah!Tak payah nak berperibahasa sangatlah.
Si Rayyan ni dah setuju tapi si Shasha ni la pula yang macam tak tahu nak
hargai peluang. Susah payah aku nak aturkan semua ni untuk dia, isy!
“Shasha sanggupkan
berhenti kerja lepas khawin?Lagipun Rayyan ni mampu nak sara Shasha.
Tengok..apa yang tak ada dalam rumah ni?Semuanya ada. Kalau ada apa yang tak
cukup, cakap je. Mesti Rayyan boleh tambahkan yang baru, kan Rayyan?,” Puan Sri
Harlina tersenyum lebar ketika menoleh ke arah anak tirinya yang itu.
Tan Sri Rashid yang terus
membatukan diri ikut memandang ke arah anak lelakinya itu. Kelihatan Rayyan
mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Betul tapi Rayyan nak dia
berhenti kerja. How about that?.”
Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Shasha bingkas bangun. Lagi
lama dia duduk di kerusi itu, terasa semakin panas punggungnya.
“No, I tak kan berhenti.
I’m sorry Rayyan. I bukannya jenis perempuan yang macam tu. Kalau you nak
perempuan yang boleh duduk kat rumah, goyang kaki tak buat apa-apa, then you
better find someone else,” tutur Shasha sebelum berlalu pergi meninggalkan meja
makan.
Fuh!Selamat, selamat.
Kalaulah dia cakap ‘ya’ tadi, memang matilah aku. Nak khawin sekarang dengan
dia?Kirim salam je la!
“Sha..Shasha!,” Puan Sri
Harlina turut terbangun apabila melihat reaksi anak saudaranya itu.
Bodoh!Peluang sudah ada di depan mata. Sudah ada pun lelaki yang mampu
menanggung dirinya untuk seumur hidup tapi kenapa Shasha itu masih lagi sanggup
menolak?Memang bodohlah!
Puan Sri Harlina cuba
menahan kesabaran dengan tingkah anak saudaranya itu. Dia mengerling kepada
suami dan anak tirinya silih berganti.
“Er..Rayyan..er..nanti..nanti
aunty cakap dengan dia. Bukannya Rayyan tak...”
Belum pun habis ingin bercakap, kelihatan sosok tubuh Shasha yang sedang
berlalu menuju ke pintu utama rumah dengan clutch di tangan. Puan Sri Harlina
kelu. Hilang baris-baris ayat yang ingin dituturkan di depan Rayyan dan
suaminya.
“Babah, Rayyan fikir since
hubungan Rayyan dengan Sha tak menjadi, Rayyan nak propose Puteri. So what do
you think?.”
Tan Sri Rashid tersenyum
sambil menganggukkan kepalanya. Pandai juga anak tunggalnya ini berlakon tadi.
“Abang!.” Puan Sri Harlina
sudah menjerit. Ei!Yang si Shasha ni pun satu. Kita sibuk nak bincangkan soal
perkhawinan dia, boleh pula dia nak merayap lagi malam-malam macam ni.
“Thanks babah!.” Rayyan
tersenyum sebelum berlalu. Bukannya susah pun nak berhadapan dengan ibu tirinya
itu. Just keep playing along dan bila tiba masa yang sesuai, kick her out!Ada
hati nak aturkan hidup aku?Just who she think she is?Not my real mother okay!
Best la sis. Sabar menunggu hati rayyan berubah untuk makcik. Novel ni akan di bukukan juga ke?
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeleteTq Hannah;-) harapnya dapatlah dibukukan, kalau tak tahun ni, tahun depan;-), hehe..
ReplyDeletetq baby mio yang setia;-)
ReplyDeletememang best! ^^
ReplyDelete