SINOPSIS DIA...MIKHAEL
Berkisar
mengenai Halida, seorang pelajar yang berusia 17 tahun yang diberikan
kepercayaan rakan-rakan sekelasnya untuk menjadi Bendahari dan memegang kunci
kelas. Oleh kerana itu, dia akan pergi ke sekolah terlebih awal berbanding
rakan-rakannya yang lain dengan menunggang basikal.
Sehinggalah pada satu pagi, dia
berkenalan dengan seorang pelajar lelaki yang baru bertukar ke sekolahnya,
Mikhael. Perjalanan pergi dan pulang dari sekolah Halida tidak lagi keseorangan
seperti selalu semenjak hari itu. Pelbagai peristiwa dilalui bersama-sama
dengan sahabat barunya itu sehingga satu persatu kejadian dibongkarkan.
Namun, ada ‘sesuatu’ yang sentiasa
mengikutinya. Baik di rumah mahupun di sekolah. Sudahlah dengan perangai si
Nadirah, ‘sesuatu’ itu juga tidak pernah berhenti mengganggu. Hmm..mengganggu
atau membantu?Mikhael...siapa jejaka itu sebenarnya?
BAB
(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9)
No comments:
Post a Comment
EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!