Di meja makan, Tan Sri
Rashid memerhati anak lelakinya yang sedang berselera menikmati makan malam.
Dia berpuas hati hari ini kerana warisnya itu sudah pun dikenalkan kepada semua
staf Zikri Holding sebagai penyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa serta merta. Apa
yang tinggal kini, hanya kepada beberapa pelanggan dan rakan usahasama sahaja
yang masih belum lagi menerima khabar berita itu.
“Rayyan..,” Tan Sri Rashid
memanggil anaknya setelah melihat pinggan anak lelakinya itu yang hampir licin.
“Ya babah...”
“Lusa kita akan bermesyuarat dengan wakil dari AZ & Co. Rayyan dah
tengok laporan pasal syarikat tu?.”
Kepala Rayyan mengangguk
pantas seiring dengan mulutnya yang masih lagi mengunyah. Sedap pula masak
lemak Makcik Bibah malam ini. Payah nak berhenti!
Puan Sri Harlina yang
turut bersama-sama menikmati makan malam di meja itu, hanya menjeling. Tak
kuasalah nak masuk campur bab-bab ini semua!Apa yang dia tahu, setiap bulan
akaun banknya tak pernah kering, malah tak kurang sesen pun dari jumlah yang
diberikan oleh suaminya yang tersayang
itu.
Perbualan Rayyan dan
suaminya yang masih berlangsung tidak diendahkan. Kelibat seseorang yang baru
menuruni anak tangga dan hendak menghala ke ruang tamu, menggamit pandangan
mata Puan Sri Harlina.
“Sha!Come...joint us for
dinner,” panggil Puan Sri Harlina.
Perbualan yang tadinya rancak berlangsung di antara dua beranak itu,
terganggu seketika apabila tumpuan diberikan kepada Shasha yang sedang menapak
ke arah mereka di meja makan.
“Duduklah. Biar aunty
sendukkan...”
“No, thanks aunty. Sha nak
keluar ni. Nak celebrate birthday kawan Sha,” beritahu Shasha dalam senyuman.
Sesekali, dia melirik dirinya sendiri yang mengenakan dress dari jenama Kate
Spade itu. Beg tote Radley Chiltern
yang dipegang tadi diletakkan di atas kerusi yang masih kosong di sebelah ibu
saudaranya itu.
“Selalu sangat Sha keluar
malam-malam. Tak betah langsung nak duduk kat rumah,” Tan Sri Rashid mula
mencelah. Lebih-lebih lagi apabila melihat jam yang hampir ke pukul 8.30 malam.
Kalau sekarang baru nak keluar, pulangnya nanti pukul berapa pula?
“Selalu tu pasal kerja
Uncle, kali ni nak sambut birthday kawan Sha,” tingkah Shasha dengan manja.
Matanya turut memandang kepada ibu saudaranya bagaikan ingin meraih sokongan.
“Biarkanlah bang. Bukannya
dia budak-budak lagi. Tahulah dia nanti nak balik pukul berapa. Ni betul ni tak
nak makan dulu?.” Puan Sri Harlina mengerling kepada anak saudaranya yang terus
menggeleng kepala.
Rayyan menghabiskan
suapannya yang terakhir sebelum mula mencapai gelas air. Sakit matanya melihat
gelagat Shasha yang sedari tadi berterusan senyum kepadanya. Kalau dulu sebelum
pemergiannya ke US, rambut gadis itu berwarna hitam tapi kini habis satu kepala
berwarna keperang-perangan
“Babah, Rayyan naik dulu,”
beritahunya sebaik menolak kerusi yang diduduki ke belakang.
“Dah habis?Tak nak
tambah?Tadi bukan main berselera babah tengok makan masak lemak ikan tu..,” Tan
Sri Rashid memuncungkan mulutnya ke arah mangkuk kuah masak lemak.
“Tak pe la. Dah kenyang,”
sambut Rayyan sebelum mula mengorak langkah. Shasha yang memerhati mula
memintas langkah lelaki itu yang mula menuruni anak tangga kecil yang tersedia
di ruang makan itu untuk menghala ke tingkat atas.
“Rayyan..,” meleret suara
Shasha sebaik sudah berjaya mendahului langkah anak tiri ibu saudaranya itu.
Dia yang sedang berhadapan dengan Rayyan mula mengatur ayat-ayat yang ingin
dilontarkan.
“Jom!Temankan I ke party
tu, nak?Kalau you asyik kerja je, mesti...”
“No, thanks!,” terus Rayyan memintas kata-kata gadis itu dan mula menuju ke
anak tangga untuk menuju ke biliknya.
Shasha terpempan. Belum
pun sempat dia ingin berkata-kata, Rayyan sudah menghilangkan diri.
Terkebil-kebil matanya yang dihiasi bulu mata palsu bagaikan tidak percaya
dengan apa yang baru terjadi. Lambat-lambat dia mula mengatur langkah semula ke
arah meja makan.
“Uncle, aunty..tengoklah Rayyan tu. Sha cuma nak minta
temankan Sha ke party tu je. Bukannya nak minta duit ringgit dia pun!,” Shasha
mula mengadu. Geram hatinya kerana diperlakukan sebegitu oleh Rayyan.
“Dia penat tu. Hari ni
banyak kerja kat pejabat. Kan hari ni hari pertama Rayyan kat office. Banyak
fail yang dia kena semak dan fahamkan,” sahut Tan Sri Rashid.
“Kalau banyak kerja,
sekaranglah masanya nak hilangkan semua tekanan tu, kan aunty?,” tangan Shasha
mula naik menyentuh bahu Puan Sri Harlina.
“Ya la. Temankan Shasha
ni. Boleh juga jumpa kawan-kawan baru. Ini tak. Asyik nak berkurung dalam bilik
tu, apa yang ada?,” desis Puan Sri Harlina. Dia sendiri panas hati dengan
reaksi anak tirinya itu.
“Yang Sha ni nak juga ajak
Rayyan, kenapa?Kata model terkenal, tak kan la tak ada seorang pun yang nak
jadi teman Sha ke party tu?,” usik Tan Sri Rashid sekaligus ingin mengubah
haluan topik mereka.
“Er..ada. Ada tu memang ada
Uncle tapi mana nak sama dengan Rayyan kan?Kalau er..,” Shasha mula mencari
idea. Kata-katanya mesti kedengaran masuk akal di depan Tan Sri Rashid itu.
“Kalau Sha pergi dengan
Rayyan, boleh balik sama-sama kan?Senang sikit. Uncle dengan aunty pun tak payah
nak risau,” tambahnya.
“Hmm..,” kepala Tan Sri
Rashid mengangguk perlahan. Gelas air dicapai untuk membasahkan tekak. Dia
sendiri sebenarnya lebih suka kalau anak terunanya itu menghabiskan masa malam
di rumah. Bukannya menjadi kutu embun setiap kali malam menjelma.
“Er..tak pe la. Sha pergi
dulu.” Gadis itu tunduk mencium kedua-dua pipi ibu saudaranya sebelum mula
mencapai beg.
“Bye Uncle,” Shasha
melambaikan tangan.
“Jangan balik lewat sangat,” nada Tan Sri Rashid kedengaran serius.
“Jangan balik lewat sangat,” nada Tan Sri Rashid kedengaran serius.
Suami isteri yang masih
berada di meja makan itu menyusuri langkah Shasha sehingga kelibat gadis itu
menghilang dari pandangan mata mereka di sebalik pintu. Kelibat Shasha yang
tidak lagi kelihatan membuatkan Tan Sri Rashid mula membuka mulut.
“Awak Lina sepatutnya tegur
anak saudara awak tu. Bukannya beri galakan terus menerus macam tu.” Puan Sri
Harlina menjeling. Tangan terus menyudu nasi yang masih berbaki di dalam
pinggan.
“Anak muda memang macam tu
la cara hidupnya. Nak merasai keseronokan sementara dia masih muda. Cara abang
bercakap macamlah abang tak pernah muda,” tukas Puan Sri Harlina yang masih
lagi ingin memenangkan anak saudaranya itu.
“Ya..saya tahu anak muda.
Saya pun memang pernah muda tapi saya tak buat apa yang budak-budak muda zaman
sekarang ni buat. Dulu, saya bekerja keras. Tak ada masa nak buat semua
benda-benda tak berfaedah ni. Asal malam, keluar, merayap...”
“Merayap apanya bang?Bukan
ke dia dah cakap tadi nak sambut harijadi kawan dia tu?,” tingkah Puan Sri
Harlina sekaligus memintas rasa yang ingin diluahkan oleh suaminya.
“Harijadi?,” nada Tan Sri
Rashid kedengaran sinis dengan senyuman perli yang terukir di bibirnya. Puan
Sri Harlina mengerling kepada suaminya sebelum membuka mulut.
“Ya la. Harijadi. Abang sendiri dengarkan?.”
“Ok, fine. Malam ini
majlis hari jadi, tapi malam semalam?Malam kelmarin?Malam sebelum tu?Sebelum
dan sebelum tu?Malam minggu lepas?Bahkan malam-malam sebelum dia jadi model
macam sekarang?Apa pula jawapan awak Lina?.” Suara Tan Sri Rashid yang mula
dikuasai emosi sedikit meninggi.
Puan Sri Harlina terjeda.
Hanya kedengaran dengusan nafasnya yang dilepaskan.
“Kita nak cegah sebelum terlambat. Anak saudara awak tu perempuan.
Macam-macam benda boleh terjadi. Awak nak nanti kalau kena tanggung malu?,”
ujar Tan Sri Rashid sebelum bangun.
Puan Sri Harlina yang
keseorangan di meja makan kini mula berfikir. Ya, idea tu!Rasanya mesti selepas
ini, suaminya akan bersetuju selepas ini demi kebaikan anak saudaranya itu. Dia
tahu suaminya itu mengambil berat akan hal Shasha.
BEST NAK LAGI.
ReplyDeletetq baby mio yang setia komen..nanti akak update lagi ya.-)
ReplyDeletehurm..mesti ada sesuatu yg jahat ni.. something goes wrong somewhere
ReplyDelete