Friday 28 March 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 28


            Zafran yang tadinya terjelepuk ke lantai akibat penumbuk yang singgah ke muka, mulai bangun sambil mengesat tubir bibir yang sudah pecah. Matanya cerlung memandang kepada Rayyan, si penyibuk yang mengganggu agenda yang baru hendak dilaksanakan menjadi satu kenyataan.
            “Kau siapa hah yang nak masuk campur?!Ini urusan aku dengan dia!,” Zafran mula bersuara menunjukkan rasa tidak puas hati. Penampilan lelaki yang sedang mengadapnya kini diimbas sekali lalu. Tak kan la lelaki eksekutif sebegitu menjadi teman kepada Sleeping ugly yang dikenalinya itu?
            Rayyan yang sudah bercekak pinggang hanya mengangkat kening sebagai tanda jawapan. Ah!Tak kuasalah nak bersoal jawab petang-petang macam ni. Orang baru nak balik rumah, penat bekerja, nak kena fikir itu dan ini tapi mamat ni suka-suki hati dia nak buat onar. Depan aku pula tu. Cantik sangatlah tu!
            “Kau pekak ke apa?Kalau kau tak kenal perempuan ni, lebih baik kau blah!Blah!!.” Zafran mula mendengus. Geram yang ditahan semakin bertambah. Apatah lagi senyuman sebaris yang diberikan oleh lelaki itu terasa seakan mempersendakan dirinya.
            Hana yang sedang memegang briefcase dan kot kepunyaan Rayyan hanya mampu meneguk air liur. Lelaki itu yang sedang berdiri di depannya membuatkannya terasa bagaikan adanya sebuah tembok di antara dia dan juga Zafran di kala itu.
            Pandangan Rayyan mula berubah daripada lelaki yang tidak dikenali itu kepada Hana yang berdiri di belakangnya. Dia menjeling kedua mereka bersilih-ganti sebelum membuka mulut.
            “Kalau aku tak kenal sekalipun, tapi kau tak tahu ke nak respect perempuan?Hmm?Tak pergi sekolah?,” Rayyan menunjuk dengan dagu. Cheh!Harap muka je boleh tahan tapi perangai?Kalau awek dia pun, agak-agaklah sikit.
            “Kurang ajar!.”
Zafran mula menerkam. Satu penumbuk dilayangkan di hidung lelaki yang menyakitkan hatinya itu. Rayyan yang tidak ingin mengalah memberikan tumbukan di perut lelaki itu.
Kedua lelaki itu saling berbalas tumbukan, sehingga Rayyan mempunyai peluang menolak lelaki itu ke dinding.
            Tangannya mula mencengkam leher Zafran yang terkial-kial masih lagi berusaha untuk melepaskan diri.
            “Sedar diri sikit!Kalau orang dah tak suka, cari je orang lain. Nahas kau kalau aku nampak kau lagi!.”
            Leher lelaki itu dilepaskan. Rayyan mengesat cecair panas yang mengalir dari hidungnya. Darah!Cantiklah tu. Penat tak hilang lagi, sakit pula yang dia dapat sebagai bonus petang-petang macam ni.
            Zafran mengurut-urut batang lehernya. Gila!Sesak nafasnya tadi dicekik macam tu. Dia yang termengah-mengah setelah bergelut dengan lelaki itu, sempat mengerling kepada lelaki yang masih lagi merenung tajam kepadanya.
            “Tunggu apa  lagi?Berambuslah!,” suara lantang Rayyan bergema di aras yang sunyi sepi itu.
            Zafran berlalu ke depan lif. Satu butang ditekan. Tangannya mengesat darah ditubir bibirnya yang pecah akibat gasakan tadi. Sebaik pintu lif terbuka, dia terus melangkah masuk. Sempat, dia mengerling kepada Hana dan lelaki itu yang sedang memandang kepadanya sebelum pintu lif tertutup sepenuhnya.
            Hana terjeda. Dia hanya memerhati lelaki itu yang sedang sedang mengesat darah di hidung. Dia yang masih terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu mula beristighfar perlahan. Nafas diambil dalam-dalam untuk memulihkan semangat diri.
            “Er..makcik tak apa-apa?.”
Hana menoleh ke arah lelaki itu yang berada di sebelahnya. Dia menganggukkan kepala. Sepatutnya dia yang mengutarakan soalan tersebut kepada lelaki yang telah menjadi penyelamat maruah dan dirinya pada petang itu.
            Hana mula menggagau beg yang tersandang di bahu. Dua helai tisu yang dicapai, dihulurkan kepada lelaki itu.
            Rayyan menyambut tisu yang diberi. Dua helai tisu itu ditekan di sekitar hidung yang terasa pedih. Boleh tahan penumbuk mamat ‘onar’ tadi tu.
            “Er..macam teruk je tu. Lebih baik pergi klinik.”
Rayyan menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya menjeling Hana yang sedang memerhati kepadanya. Tak ada cadangan lain ke?Klinik?Buatnya kena inject siapa yang nak tanggung?Dia juga!
            Hana mula membetulkan tali beg. Melihatkan keadaan lelaki itu, perasaan bersalah mula timbul di dalam hati.
            “Maaflah pakcik. Sebab saya tadi..er..jadi macam ni.”
Rayyan yang masih mengesat hidungnya dengan tisu menjeling sekilas sebelum membuka mulut.
            “Boyfriend makcik ke tadi tu?Kat KL ni makcik, kena pandai kalau nak hidup. Kalau tak pandai cari, dapat yang  macam tu la. Harapkan muka je boleh tahan tapi perangai?Mujur tadi saya ada, kalau tak?Dapat makan free la boyfriend makcik tu!.”
            Mata Hana sedikit terjegil. Sedikit je tau!Sedap je mulut pakcik ni bila bercakap kan?Boyfriend, boyfriend...
            “Dia bukan boyfriend saya la. Cuma pernah belajar satu tempat je dulu tu,” tutur Hana menyanggah kata-kata Rayyan itu. Setidak-tidaknya, biar pakcik itu tahu yang lelaki yang tidak tahu adab tadi itu bukannya teman istimewa dirinya. Hello, ingat dia ni perempuan yang tak ada taste ke?Agak-agaklah sikit!
            “Satu tempat tu pernah bercintalah kan?Then putus..lepas tu jumpa kat sini, bercinta balik, betul tak?,” Rayyan melepaskan serkap jarangnya.
            “Tak la!,” Hana mula membentak. Melihatkan darah di tisu yang berada di tangan lelaki itu, rasanya tidak patut pula untuk dia melepaskan rasa marahnya yang tidak seberapa itu berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Sanggup menolong dirinya biarpun diri sendiri ditimpa kesusahan.
            “Habis tu?Kalau tak kenal, tak kan la dia sanggup nak bertindak macam tu sekali?Cara cakap tadi pun macam dah lama kenal je. Macam ada apa-apa je..,” tutur Rayyan.
            Hana merenung raut wajah lelaki itu. Satu saat. Dua saat. Tiga. Okay, ini dah lama. Rayyan yang menyedari pandangan mata gadis itu yang jatuh kepada dirinya mula berasa cuak.
            “Kan saya dah cakap tadi, dia dengan saya belajar di tempat yang sama. Dia dah ada girlfriend pun. Hari ni saya baru dapat tahu yang dia jadi model jemputan untuk sesi fotografi. Macam mana saya nak bercinta dengan orang yang macam tu?Orang yang pernah buli saya..,” tutur Hana perlahan tapi cukup jelas di pendengaran Rayyan.
            Hana melepaskan keluhan apabila mengenangkan peristiwa masa lalu. Sebolehnya dia ingin melupuskan segala kenangan buruk itu. Dendam yang pernah wujud di hatinya untuk lelaki yang bernama Adam Zafran itu sudah lama dibiarkan padam jauh di lubuk hatinya tapi kenapa lelaki itu tega melakukan perkara itu kepada dirinya hari ini?
            Mata Rayyan terkebil-kebil. Nampaknya dia sudah salah sangka. Dari nada yang lahir dari bibir makcik itu, dia boleh agak mustahil untuk makcik itu berbohong kepadanya.
            “Jadi, bukan kes er..suka sama suka?.” Hana menoleh dengan raut wajah yang berkerut.
            “Suka sama suka?Gila ke?!Kalau suka sama suka sekalipun, ada jalannya. Ada caranya. Pakcik ingat saya ni perempuan yang macam tu ke?Sebelum berkhawin nak..ei!.”
            Rayyan menahan tawa apabila melihat raut wajah makcik itu yang mula merona merah. Sambil terus mengesat tisu di hidung, dia menjeling sekeliling.
            “Makcik pun baru nak balik ke?Jom la saya hantarkan.” Hana menggelengkan kepalanya sambil menghulurkan barang-barang kepunyaan lelaki itu.
            “Tak pe la. Pakcik dah tolong saya ni pun dah besar rahmat. Saya panggil teksi je kejap lagi.” Rayyan cuma memandang briefcase dan kot kepunyaannya yang dihulur oleh gadis itu. Sengaja dia membiarkan tidak bersambut barang-barang kepunyaannya itu.
            “Oh!Nak balik sendiri?Buatnya mamat tu tunggu makcik kat bawah tu, siapa pula nak tolong lewat-lewat macam ni?Berani lagi nak balik sorang-sorang?.”
            Hana mengetap bibir. Apa yang dikatakan oleh lelaki itu ada betulnya tapi malulah kalau asyik nak menyusahkan orang. Kalau tak Jojo, sekarang lelaki ini pula. Sudahlah tadi terjebak di dalam pergaduhan dengan si Zafran tu, dan sekarang nak hantar dia balik ke rumah pula. Malu,malu!
            Rayyan mengerling ke arah gadis itu yang diam terus. Isy, degil!
“Fine..kalau makcik rasa bersalah, takut kalau menyusahkan saya, then bayar je upah saya..,” tutur Rayyan selamba. Sesekali, jarinya naik meraba hidung yang masih lagi terasa pedih. Cheh, jatuh saham hidung mancungnya!
            “Upah?!,” terlepas suara Hana apabila mendengarkan permintaan lelaki itu. Jangan-jangan, dia yang baru terlepas dari mulut singa akan termasuk pula ke mulut buaya, ke naga?Peribahasa lagi!Ah!Tak kisahlah mulut apa pun, lebih baik dia balik sendiri kalau macam tu gayanya.
            “Hmm..upah. Bukan banyak pun. Sikit je..,” Rayyan menunjukkan dengan ibu jari dan telunjuknya sambil tersengih. Suka hatinya apabila dapat mengusik makcik yang sorang ni. Dulu tu, bukan main nampak berani lagi tapi sekarang?Hehe..
            “Pakcik jangan nak mengarutlah!Nah..barang-barang ni..saya nak balik,” Hana terus  menghulurkan barang-barang kepunyaan lelaki itu.
            Rayyan mula melepaskan tawa. Hilang sekejap rasa sakit di hidungnya yang menerima tumbukan percuma dari lelaki tadi. Ada juga sumber hiburannya petang-petang macam ni apabila melihatkan reaksi wajah makcik ini.
            “Sabarlah makcik. Tak kan yang tu pun nak marah. Upah saya sikit je. Hanya secawan kopi yang macam hari tu. How about that?,” Rayyan tersenyum.
            Hana menjeling apabila melihatkan senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Menyampah!Pakcik itu telah berjaya mengenakannya. Ingatkan upah apa la tadi.
            “Okay?Secawan kopi dan lepas ni, saya hantar makcik balik.”
Buat air je Hana. Bukan ke dah jadi sebahagian daripada kerja kau sejak dua bulan ni?Terima je la!
            “Ya la. Lepas ni kita balik?.” Rayyan menganggukkan kepala. Nak ketawa lagi pun ada melihatkan respons makcik ni.
            “Mestilah balik. Tak kan la saya nak bawa makcik pergi mana-mana kan?Ke makcik nak ikut saya?Saya okay je. Tak kisah,” Rayyan terus mengusik.
            Hana menjeling. Kaki mula melangkah menuju ke pejabat untuk menuju ke bilik pantri bagi mendapatkan ‘upah’ untuk pakcik itu.

            Bunyi loceng yang ditekan menggamit perhatian Jojo yang baru sahaja meletakkan dua pinggan spageti di atas meja. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mula membuang langkah menuju ke pintu.
            Daun pintu terus ditarik sebaik tiba di situ. Kelihatan sosok Uzair yang segak mengenakan seluar jeans Levis berwarna hitam yang dipadankan dengan baju T Polo berlengan pendek berwarna biru laut itu. Ulas bibir lelaki itu menguntumkan senyuman menghiasi raut wajahnya yang ceria.
            Jojo tersenyum tawar sebelum mula membuka mulut.
“Masuklah.”
            “Ingatkan you dah tak sudi nak jemput I tadi..,” canda Uzair yang sudah mula menanggalkan kasut. Jojo yang melangkah menuju ke meja makan tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu.  
            Sebaik pintu di tutup, Uzair mempercepatkan langkahnya mengikuti Jojo. Tangan lelaki itu mula diraih dari belakang.
            Jojo yang terkejut mula menoleh ke belakang.
“I betul-betul tak sangka yang you akan balas mesej I hari ni. I betul-betul rindukan you..Rindu sangat,” tutur Uzair perlahan. Matanya tepat menatap pandangan mata Jojo yang jatuh kepada dirinya.
            Jojo menarik semula tangannya yang sedang digenggam oleh Uzair. Dia cuba mengukirkan senyuman buat lelaki itu.
            “Er..duduklah. Kita makan dulu. Hmm..”
“Wah!Great!You masak ke semua ni?I pun dah lama tak makan hasil air tangan you. Lagipun I ada benda nak cakap dengan you.”
            Wajah Jojo mula berkerut sebaik mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu. Ada benda?Dia sendiri mempunyai perkara yang ingin diberitahu kepada Uzair.
            Suasana hening seketika. Baik Jojo mahupun Uzair masing-masing menyepikan diri menikmati makanan yang terhidang di depan mereka.
            “Sedap!Pandai you masak. Masih sama macam dulu. Tak ada apa pun yang berubah,” ucap Uzair sambil tersenyum. Gelas air mula dicapai untuk membasahkan tekak.
            Garfu yang sedang dipegang mula diletakkan apabila melihat Uzair yang baru selesai menyisip air. Jojo mula membuka mulut.
            “Sebenarnya..”
“Jojo, you tahu kan I ada seorang dua kawan kat New York tu?Remember?Yang I pernah cakap dulu tu?.”
            Jojo melepaskan keluhan. Baru saja dia ingin meluahkan isi hatinya tapi Uzair terlebih dahulu yang bersuara.
            “Hmm..kenapa?.”
“Well, I rasa you mesti suka kalau dapat bekerja kat sana kan?You know..dengan orang-orang yang berpengalaman bekerja dengan syraikat-syarikat penerbitan kat sana. Bukan setakat syarikat, ada juga those guys yang berpengalaman bekerja dengan artis tau!.” Uzair beria-ia bercerita.
            Ekspresi wajah Jojo yang terbentang di depan mata cuba diterjemah. Kenapa langsung tidak riak gembira di wajahnya?      
            “Well?,” Uzair mengangkat kening kepada Jojo.
“Er..well, I rasa er..I nak stay kat sini. I mean I nak kerja kat Fabulostar lagi,” tutur Jojo.
            “What?!Are you kidding me?Jojo, this is your drem, remember?International level..sampai bila you nak stay kat sini?Peluang dah ada sayang...janganlah lepaskan, hmm?,” ucap Uzair sambil tersenyum. Malam ini, hati Jojo ingin ditawan semula. Dia ingin memenangi semula hati lelaki itu. Hati kekasihnya itu. Mungkin dengan menolong Jojo menggapai impiannya itu akan membuatkan Jojo lebih menyayanginya.
            Jojo mula bangun meninggalkan meja makan. Dia membawa diri ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sofa. New York?Ya, itu memang cita-citanya. Dia ingin pergi ke sana. Bekerja dengan orang-orang yang pakar tentang fesyen di sana. Ya, dia tidak menafikan semua itu tetapi itu semua cerita dulu. Cerita sebelum dia diketemukan dengan Hana.
            Uzair yang mengikut gerak langkah lelaki itu turut mengambil tempat di sisi Jojo. Tangannya mula naik memeluk bahu lelaki itu.
            “That’s okay. I faham. Kalau you tak nak pergi, tak kan I nak paksakan?I cuma nak ingatkan cita-cita you tapi kalau you nak stay kat sini, that’s fine. As long as kita bahagia..macam dulu..”
            Dari bahu, Uzair mula menyentuh kepala Jojo. Jarinya mula membelai rambut lelaki itu. Jojo yang sedari tadi mendiamkan diri mulai bangun. Rasanya sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia meluahkan isi hatinya kepada Uzair.
            “Kenapa ni sayang?Apa yang tak kena?.”
“Semuanya Uzair. Semuanya tak kena. I mean..” Jojo mula mundar-mandir di ruang tamu itu. Dari mana dia harus bermula untuk mengatakan isi hatinya itu?
            “What do you mean Jojo?Everthing looks fine to me. Kalau you tak nak pergi New York pun I faham.”
            “No..it’s not about New York. It’s about us. Pasal you dengan I,” balas Jojo. Uzair yang duduk mulai bangun apabila mendengar hala bicara Jojo. Dahinya mulai berkerut.
            “Pasal you dengan I?,” Uzair menyoal balas kepada Jojo yang kelihatan serba salah. Keadaan sepi seketika. Pandangan mata Uzair masih setia kepada Jojo yang sedang berdiri membelakanginya.
            “You dah ada orang lain kan?Am I right?,” Uzair melepaskan serkap jarangnya.
            “Bukan pasal orang lain tapi..tapi you tahukan apa yang kita buat ni salah,” sahut Jojo tanpa berpaling. Dia membuang pandangan matanya ke luar dari pintu yang menghala ke balkoni.
            Uzair tertawa kecil. Salah?Jangan-jangan Jojo dah dapat petunjuk?Tawa yang tadinya kecil mula berubah nada. Dia yang tidak dapat menahan rasa lucu mula tertawa sakan apabila mendengar jawapan Jojo tadi.
            Jojo mula menoleh ke belakang. Kelihatan Uzair yang kembali duduk di sofa dengan tawa yang masih belum mati.
            “Jojo, Jojo..you ni memang kelakarlah. Don’t tell me yang you dah..”
Uzair menuding jari ke atas siling.
            “Apa?,” soal Jojo yang tidak memahami isyarat lelaki itu.
            “You dah dapat hidayah ke dari atas?Sebab tu you nak berubah?Come on!Kita hidup panjang lagi. Banyak lagi masa nak enjoy and now you are telling me that..”
            “Kalau banyak masa, kalau tak?Pernah you fikir pasal semua tu?Sampai bila kita nak terus macam ni?I pun nak ada keluarga sendiri. Ada anak..” Suara yang keluar dari mulut Jojo mulai serak. Dia mula terasa lemah. Terasa lemah dirinya apabila mengenangkan dosa-dosanya sebelum ini. Masa?Macam mana kalau masanya sudah tidak panjang?
            “Jojo, you..er..are you serious?I mean..”
“Yes, Uzair..I’m serious. Kita masih lagi boleh berkawan tapi tak kan sama macam yang dulu. I nak berubah,” sahut Jojo. Kekuatan di dalam dirinya yang masih lagi berbaki harus digunakan untuk menyelesaikan segala-galanya di antara dirinya dengan Uzair pada malam ini.
            Uzair mula mengecilkan pandangan matanya. Berubah?Nada Jojo kedengaran jujur tapi kenapa deria rasanya memberitahu yang Jojo sudah ada orang lain?Kenapa hatinya masih berdetik mengatakan hal yang sama?
            “You ada orang lain kan?Sebab tu you nak berubah?.” Soalan itu terus dilepaskan tanpa bertangguh.
            “I nak berubah sebab sudah sampai masanya. Hubungan kita tetap tak kan terputus. Kita masih lagi boleh berkawan. You tetap akan jadi kawan I.” Jojo terus menekan perkara yang sama. Sebolehnya, dia memang ingin terus bersahabat dengan lelaki itu tetapi bukan seperti dahulu.
            Uzair terdiam sejenak. Itu bukan jawapan kepada soalannya. Siapa orang yang menyebabkan kekasihnya berubah hati harus diambil tahu. Dia yakin adanya seseorang di sebalik semua ini. Dia harus membuatkan Jojo membuka mulut untuk mengaku hal ini kepadanya.
            “No!No!I tak dapat terima semua ni. Kawan?Habis tu apa yang pernah kita ada dulu tu?Apa yang pernah kita lalui?You dah lupa ke semua tu Jojo?I tahu ada orang yang hasut you kan?You dah memang ada kekasih lain, right?Dan kemudian you buat-buat cerita yang you dah nak berubah la apa la..padahal you tipu I!You memang dah ada orang lain lepas I pergi sana kan?You memang tak setia!.”
            “Shut up!,” Jojo turut bertempik. Hilang kesabarannya apabila dituduh yang bukan-bukan oleh Uzair.
            Uzair terjeda mendengar lantunan suara Jojo.
            “I sendiri yang nak berubah. Apa yang you susah sangat nak faham?Kalau betul you sayangkan I, you mesti nak tengok I bahagiakan?I masih lagi boleh jadi kawan you. Cuma..tak macam dulu. Ada batasnya. Kita orang Islam, Uzair. You kena ingat.” Damn it!Uzair mula terasa panas hati. Siap dapat ceramah percuma malam-malam ni!Dia harus meneruskan lakonannya agar maklumat yang dikehendaki akan terkeluar dari mulut Jojo.
            “Er..jadi you betul nak berubah?Bukannya sebab you ada kekasih lain?.”
Jojo menganggukkan kepalanya. Uzair kelihatan lebih tenang berbanding tadi. Kelihatan lelaki itu mula mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “I er..I faham. Kalau betul you tak ada kekasih lain selain I sebelum ni, I boleh terima.”
“Thanks Uzair. Kita tetap kawan kan?,” soal Jojo. Uzair memaksakan diri untuk menganggukkan kepala. Senyuman kelat diberikan buat Jojo sebelum dia membuka mulut.
            “Er..Kalau betul you boleh bahagia dengan jalan ni, I pun tumpang gembira tapi emm..at least let me know, siapa yang buat you terfikir nak berubah macam ni?.”
            Jojo tersenyum sebaik mendengar soalan itu. Raut wajah yang datang bertamu membuatkan senyumannya bertambah mekar. Uzair yang memerhati mula mengecilkan pandangan matanya. Senyuman bahagia seperti itulah yang pernah terukir di bibir Jojo satu ketika dahulu.
            “A girl..,” sahut Jojo. Bingo!Itulah jawapannya yang ditunggu-tunggu Uzair.
Uzair menelan air liur. Perempuan?Dia kalah kepada seorang perempuan?Sangkanya tadi seorang ustaz ke apa. Rupa-rupanya memang betul Jojo nak berubah. Kalaulah lelaki mana atau ustaz ke imam ke yang menjadi jawapan Jojo tadi, mungkin dia boleh terima tapi perempuan?Tak guna!
 

 



Tuesday 25 March 2014

DIA...MIKHAEL 9


9
            “Syah, saya nak pergi perpustakaan ni,” aku mengeluarkan buku latihan Fizik yang dipinjam dari perpustkaan pada minggu lepas.
Nasi lemak dan kuih yang aku beli dari kedai Pakcik Mud sudah habis dimakan oleh kami berdua sebentar tadi.
            “Awak nak ikut tak?,” aku memandangnya yang masih menyedut air milo ais yang dibeli dari kantin.
“Tak mau la. Saya nak semak balik jawapan Matematik. Yang ogif tu.”
            “Kenapa?Tak habis lagi?.”
“Bukan tak habis la. Nak semak je. Mana la tahu kalau-kalau ada yang salah. Jawapan lain tapi ogifnya lain.”
Aku mengangguk mengakui kebenaran kata-kata Aisyah. Aku pun pernah tersalah lukis histogram tempoh hari.
            “Ok la. Saya pergi dulu,” aku bergegas keluar apabila mengenangkan waktu rehat yang akan berakhir lebih kurang dalam 10 minit sahaja lagi.
            Sewaktu aku melintasi tapak perhimpunan yang dipenuhi dengan beberapa buah kereta guru, aku terpandangkan Mikhael yang sedang duduk di kerusi yang terdapat di bawah pokok, berhampiran dengan Makmal Sains untuk pelajar menengah rendah.
“Apa yang dia buat?,” aku memberhentikan langkah untuk melihatnya.
            “Mungkin dia sedang berehat. Kan sekarang memang waktu rehat,” aku terus melihatnya yang sedang duduk di situ.
Aku melihat jam yang hampir ke pukul 11. Kalau tak kerana aku nak memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan, aku akan pergi mendapatkan Mikhael.
            “Biarlah. Dia nak ambik angin kat situ agaknya,” aku terus melangkah meninggalkan tapak perhimpunan untuk pergi ke perpustakaan.
“Harap-harap sempat la,” aku berjalan pantas.
            Aku menanggalkan kasut sebaik tiba di luar perpustakaan.
“Sempat lagi tak?,” aku sedikit tercungap-cungap setelah mendaki anak tangga untuk sampai di perpustakaan.
            Abang Kamal, petugas kaunter tu tersenyum. Dia yang sudah mengecam mukaku kerana selalu menjadi pengunjung tetap sejak dari tahun lepas, menganggukkan kepalanya.
“Apa ni?Salam pun tak bagi terus tanya. Apa yang sempat?Apa yang tak sempat?,” dia mengusik.
            “Buku ni. Nak pulangkan sekarang ni sempat tak?,” aku menunjukkan kepadanya.
“Sempat la. Tengok tu...,,” dia menunjukkan kepada jam yang tergantung di dinding.
            “Tak sampai lagi pukul 11. Lepas pukul 11 nanti tak boleh la,” dia memaklumkan peraturan perpustakaan yang aku sudah sedia maklum.
Aku tersenyum. Kalut punya pasal aku terlupa jam di tangan yang waktunya sengaja aku cepatkan 5 minit kerana tak mahu lewat ke sekolah.
            “Nah, dah selesai. Tak mau pinjam hari ni?,” dia menghulurkan kad pinjaman kepada aku.
“Tak sempat la. Ada kelas ni,” aku terus menyambut kad yang berada di tangannya.
            “Selalu tak kalut macam ni. Kenapa hari ni lewat?.”
“Tadi tu makan dulu dengan kawan. Lepas tu baru teringat nak kena pulangkan buku tu,” aku memuncungkan mulut kepada buku latihan Fizik yang masih berada di mejanya.
            “Tak pa la. Esok boleh pinjam. Buku-buku latihan yang terkini baru sampai tadi,” dia menunjukkan kepada buku-buku yang masih berada di dalam kotak yang terikat dengan tali rafia.
“Wah!Best la,” aku terhenti di muka pintu. Kata-kata abang Kamal yang memaklumkan kepada aku mengenai buku-buku terbaru tu membuatkan aku terasa rugi kerana terlepas peluang untuk meminjamnya pada hari ni.
            “Kalau nak pinjam hari ni pun tak boleh. Sebab nak kena label dulu,” dia tersengih, seakan-akan boleh mengetahui niatku yang masih berdiri di muka pintu.
“Ok la. Saya pergi dulu. Terima kasih,” aku melangkah keluar.
            Betul juga apa yang dikatakan oleh abang Kamal. Semua buku yang baru sampai mestilah dilabelkan dulu nombor sirinya. Kemudian, kena pula disusun terlebih dahulu di rak-rak. Selagi tak ditempatkan di rak, selagi tu juga la para pelajar tak dibenarkan meminjamnya.
            “Mana pula ni?,” aku melihat di sekitar pintu masuk.
“Tadi ada,” aku membebel seorang diri. Aku yakin aku tanggalkan kasut di depan pintu sebaik sampai di sini tadi. Senang untuk aku nak terus memakainya apabila nak balik.
            “Awak cari apa ni?,” satu suara yang menegur membuatkan aku menoleh.
“Fakri..bila awak ada kat sini?.”
            “Dah lama. Lepas habis makan kat kantin tadi saya datang sini dengan Zaim tapi dia balik dulu tadi. Jadi tinggal la saya sorang-sorang. Awak cari apa?,” dia tersenyum.
“Kasut,” aku mencari di belakang pintu perpustakaan yang terbuka. Mana la tahu kalau tersorok di situ.
            “Kasut?,” dia bertanya kehairanan.
“Ya la. Kasut saya. Tadi ada kat sini,” aku menunjukkan ke lantai.
            “Awak ni kelakar Lida!,” dia ketawa.
Aku merenungnya. Kelakar?Aku yang kehilangan kasut tapi dia cakap kelakar?
            “Ok, ok. Jangan la marah. Tu..,” dia menunjukkan kepada rak kasut yang ditempatkan berhampiran dengan dinding.
“Saya bukan letak kat situ. Saya tanggalkan kat sini. Kalau ada pun kat situ, mesti kasut orang lain,” aku mengetap bibir. Macam mana kalau kasut aku hilang?
            Fakri terus ketawa.
“Apa yang kelakar sangat?,” aku memandangnya.
            “Memang la kasut orang lain. Kasut abang Kamal...tapi ada ke dia pakai kasut sekolah macam kita?.”
“Hah?Apa maksud awak ni?,” aku tak faham dengan apa yang dikatakan oleh Fakri.
            “Cuba tengok..,” dia menunjukkan sekali lagi.
Aku melihat kepada rak kasut di situ. Hanya 2 pasang kasut sekolah yang ada di situ. Kasut yang berwarna hitam tu sudah semestinya milik abang Kamal. Salah satu kasut yang berada di situ...
            “Kasut siapa tu?Yang bertali tu?,” aku melihat Fakri yang berjalan menuju ke rak kasut.
Dia mencapai kedua-dua pasang kasut yang berada di situ.
            “Nah!Jangan la terlupa awak letak kat mana,” dia tersenyum. Masih menahan ketawanya. Sesekali dia menggelengkan kepalanya.
Aku ikut duduk di sebelahnya untuk memakai kasut aku yang baru diambilnya di rak tadi.
            Macam mana kasut yang aku tinggalkan di pintu masuk tadi tersusun di rak kasut tu?Bersebelahan dengan kasut Fakri?
“Fakri...awak ke yang simpan kat situ?,” aku bertanya.
            Soalan aku mengundang semula ketawa Fakri.
“Bukan la. Macam-macam awak ni!,” dia masih lagi ketawa. Aku sudah mendapat jawapannya.
Kalau bukan Fakri, mesti la “dia” yang tak pernah jemu-jemu membantu.
            “Jom la. Kita ikut jalan sana, dekat sikit. Lagipun dah lewat ni.”
Aku mengikuti Fakri yang menghala menuju ke laluan yang menghubungkan perpustakaan dengan sebuah bangunan yang menempatkan beberapa lagi buah kelas.
            Aku sempat melihat buku yang berada di tangannya.
“Buku awak ke atau awak pinjam tu?,” aku bertanya.
            “Yang mana?Yang ni?,” dia menunjukkan kepada buku rujukan Sejarah yang setebal hampir 2 inci itu.
Aku mengangguk.
            “Yang ni buku saya. Yang ni baru la saya pinjam,” dia menunjukkan sebuah lagi buku rujukan Sejarah.
“Kan awak dah ada subjek tu. Buat apa pinjam buku rujukan untuk subjek yang sama?,” aku menjadi pelik dengan sikap Fakri.
            “Saja. Boleh tahu apa perbezaannya antara kedua-dua buku ni,” sesekali dia membelek isi kandungan buku rujukan yang baru dipinjamnya tadi.
“Perbezaan?Bukan sama ke?Kan subjek tu sama.”
            “Cuba tengok..,” dia menghulurkan sebuah buku.
“Buku tu buku saya sendiri. Cuba tengok yang ni pula,” dia membuka sebuah lagi.
            Aku berhenti untuk melihat muka surat yang ditunjukkan oleh Fakri.
“Apa bezanya?Sama je saya tengok,” aku tak dapat mencari perbezaan yang dikatakan oleh Fakri.
            “Memang lebih kurang. Cuba tengok..yang ni tak ada soalan-soalan untuk sub-topik. Terus satu bab soalan-soalan latihan dia. Yang ni ada..,” dia menunjukkan kepada buku yang berada di tangannya.
Aku mengangguk-angguk faham. Teliti betul si Fakri ni!
            “Jadi, senang la. Kalau tak faham satu-satu topik tu, kat belakang ada penerangan dia. Tak la, nak masuk satu bab terus. Kena la fahamkan sub-topik dulu,” dia menutup semula buku yang berada di tangannya.
            Aku memulangkan semula buku kepada Fakri.
“Habis tu kenapa awak beli yang tu?Tak beli macam yang awak pinjam tadi?.”
            “Yang ni pun sebenarnya buku abang saya. Dah boleh guna, guna la lagi. Lagipun topik-topik yang diajar tak berbeza. Cuma latihannya saja yang kadang-kadang tak lengkap.”
Rajin betul Fakri. Aku mengagumi sikapnya yang memang rajin ke perpustakan. Aku pun tak teliti sangat mengenai buku-buku rujukan ni.
            “Tengok. Cantiknya!,” aku menunjukkan kepada lukisan mural di dinding sewaktu kami berdua melintasi kawasan tersebut sebelum menuruni tangga.
Lukisan yang menggambarkan pelajar-pelajar yang sedang melakukan pelbagai aktiviti. Ada yang membaca, membersihkan kawasan sekolah, sedang menerima hadiah, bersukan dan ada juga gambar guru-guru di situ.
            “Ni gambar arwah Cikgu Hamid,” Fakri menunjukkan kepada salah satu gambar yang dilukis, siap bertanda nama.
Aku terdiam. Kenangan bersama arwah terimbas semula.
            “Tengok ni. Nama-nama orang yang buat,” Fakri menunjukkan di bahagian bawah.
“Ira, Imah, Hakim, Epul dan juga Ari,” Fakri membaca.
“Tahun pun ada tu,” aku menunjukkan.
            “Tahun 1999. Wow!Dah hampir 10 tahun,” Fakri memandang aku.
“Cantik kan?,” aku mengagumi lukisan mural yang terlukis di dinding.
            “Awak pandai melukis?,” aku memandang Fakri.
“Pandai...tapi orang lidi je la,” dia ketawa.
            Aku ikut ketawa. Lucu juga si Fakri ni. Dia yang pendiam di dalam kelas mempunyai sifat yang berbeza apabila berada di luar.
“Saya pun tak pandai lukis. Untung orang yang ada bakat melukis ni.”
            “Kenapa pula untung?.”
“Ya la. Bila dah besar boleh jadi kartunis ke..lukis potret ke.”
            “Betul juga. Bakat seni tu bukan senang nak dapat.”
Aku leka menatap lukisan mural yang cukup cantik di pandangan mataku. Wajah yang dilukis menjadi dengan rupa sebenar cikgu-cikgu yang ada di sekolah ni.
            “Eh!Dah lewat ni. Jom!,” Fakri mengingatkan.
Kami berdua menuruni pantas anak tangga untuk mengatur langkah menuju ke kelas. Tiada lagi pelajar-pelajar di sekeliling menandakan semua sudah masuk ke dalam kelas masing-masing.
            “Agak-agak Cikgu Khalida dah sampai ke?,” aku risau apabila terkenangkan reaksi yang bakal dipamerkan oleh Cikgu Khalida.
“Mungkin dah. Tengok la sekarang dah pukul berapa,” Fakri berjalan pantas. Aku sedikit ketinggalan di belakangnya.
            “Cepat!,” dia menoleh.
“Dah cepat la ni!,” aku sedikit kepenatan. Leka sangat menatap lukisan mural tu menambahkan kelewatan kami berdua.
            “Assalammualaikum cikgu!Maaf lambat,” Fakri yang mendahului memberikan salam.
Aku yang berada di belakangnya menurut langkahnya memasuki kelas.
            “Waalaikummussalam. Tak apa. Saya pun baru nak mula,” Cikgu Khalida yang sedang memegang kapur tulis tersenyum kepada kami berdua.
“Terima kasih cikgu,” giliran aku pula untuk bersuara.
            Cikgu Khalida menganggukkan kepalanya dan mula menulis di papan hitam.
“Awak pergi mana?Bukan main lama,” Aisyah berbisik.
            “Perpustakaan la. Kan tadi dah cakap,” aku mengeluarkan buku teks Matematik.
“Dengan Fakri?,” dia tersenyum.
            “Jangan nak fikir yang bukan-bukan. Saya terjumpa dia kat sana la.”
“O...terjumpa...ke memang rancang nak berjumpa?,” dia menyiku aku.
            “Mana ada!,” aku menyikunya kembali. Aisyah terus tersenyum.
Aku terus mengadapkan pandangan ke papan hitam. Cikgu Khalida masih lagi meneruskan pembelajaran mengenai topik ogif yang belum lagi selesai.
            “Betul tak jawapan awak?,” aku bertanya kepada Aisyah.
“Rasa macam betul..tapi nanti cikgu baru nak bincang,” Aisyah meneliti semula buku grafnya.
            Aku mencari buku graf yang disimpan di dalam laci.
Aku terpandangkan Nadirah yang sedang melihat ke arah aku.
            Aku mengukirkan senyuman kepadanya tapi tiada balasan.
Hanya jelingan yang diterima.
            Ada masalahkah dia tu?Atau aku melakukan kesalahan kepadanya.
           

“Awak kemas-kemas ni nak balik juga ke?,” Aisyah bertanya.
Aku yang sedang sibuk memasukkan buku-buku ke dalam beg menggeleng.
“Balik macam biasa la...tapi tak la lewat macam selalu tu,” aku menerangkan kepadanya.
            “O...ok la. Saya gerak dulu,” dia mencapai buku rujukan Kimianya yang berada di atas meja.
“Ok. Hati-hati.”
            Dia melambai sebaik sampai di pintu kelas.
“Ingat tau!Esok..nasi lemak.”
            “Ya la, ya la. Kuih?.”
“Kalau ada ok je,” dia tersenyum.
Aku menghantarnya pergi dengan pandangan mata.
            Habuk pensil yang aku asah ketika hendak melukis ogif tadi, aku kais dari laci meja ke tapak tangan. Aku berjalan menuju ke belakang kelas.
“Lewat ke hari ni?,” Asyraf bertanya.
            “Tak la. Dalam 5 minit lagi saya keluar la,” aku membuang habuk ke dalam bakul sampah. Aku menepuk-nepuk habuk yang bersisa di tapak tangan.
“Nampaknya saya lagi la kena kunci pintu.”
            Aku tersenyum memandang Asyraf.
“Dah nasib...selalu saya yang balik lewat dan datang awal.”
            “Ingatkan hari tu awak tak datang. Hari yang awak lambat tu.”
Aku teringat semula hari pada minggu lepas. Bukan lambat tapi aku yang sengaja memilih untuk keluar lewat daripada rumah, tak seperti kebiasaannya.
            “Awak nak pinjam ke buku ni?,” Fakri mengangkat buku rujukan Sejarah yang berada di atas mejanya.
“Ish!Tak la. Saya dah ada.”
            “Kalau nak ambik la. Saya guna yang ni,” dia menujukkan kepada sebuah lagi buku rujukan Sejarah. Aku pun tak pasti yang mana satu kepunyaannya dan yang dipinjamnya tadi.
            “Tak la. Saya saja tanya tadi tu sebab nampak sama. Saya dah ada la.”
“Lebih baik bagi aku yang pinjam,” Asyraf merebut dari tangan Fakri.
            “Kalau ya pun nak, minta la elok-elok,” aku tersenyum melihat tingkah mereka berdua yang bersahabat baik.
“Ok. Saya balik dulu,” aku melihat jam di tangan. Pukul 2.30
            “Nadirah, tak balik lagi?,” aku menegur dia yang sedang berada di tempat duduknya.
“Tak lagi. Lewat sikit hari ni,” dia tersenyum.
            Pelik. Tadi dia seakan-akan marah kepadaku. Biarlah..bukankah dia dah senyum?Maksudnya ok la tu.
Sewaktu aku menggalas beg sekolah, aku melihat Nadirah pergi ke belakang kelas, mencapai surat khabar di sudut bacaan.
            “Fakri, nak baca?,” aku melihatnya yang membawa surat khabar tu ke tempat duduk Khairul yang berhampiran dengan tempat Fakri.

Aku melangkah meninggalkan kelas.