Bunyi derap kasut tumit tinggi yang baru tiba di pintu menggamit perhatian
semua yang berada di bilik wardrobe itu.
“Hah!Sampai juga you.
Come!Cepat sikit..kejap lagi photoshoot dah nak start,” salah seorang jurumekap
yang berada di situ mengisyaratkan agar Risya yang sudah tercegat di muka pintu
mengambil tempat di sebuah kerusi yang masih lagi kosong.
Shasha yang turut berada
di situ pada pagi itu tidak mengendahkan kehadiran model tersebut. Who
Risya?Aku lagi terkenal dan popular ok!
“Kenapa you lambat
hah?Kalau ada hal pun tak boleh cakap dulu ke?Tengok Shasha..awal tau dia
datang.”
Salah seorang jurumekap
mula membebel sebaik Risya melabuhkan punggungnya di kerusi yang mengadap
cermin solek itu.
“Hei!Kau jangan nak
memekak pagi-pagi ni boleh tak?Buat je la kerja kau!Aku datang lambat ke awal
ke, bukannya kau yang bayar gaji aku kan?So, just shut up!.” Suara Risya
melengking di dalam bilik. Tergamam
terus jurumekap yang baru hendak memulakan perbualan itu. Huh!Biadab punya
model. Dia ingat dia terkenal sangat ke nak berlagak diva macam tu?Langsung tak
boleh nak ditegur.
Hana yang sedang memegang
sehelai dress hanya terkebil-kebil memerhati situasi yang sedang berlaku. Dress
Dolce & Gabbana Floral Print Babydoll itu terus ditatap. ‘Mood’ Risya yang
dipamerkan tadi membuatkan dia mula terasa serba-salah untuk menghampiri model
berkenaan untuk menyerahkan dress tersebut.
“Apa yang kau tunggu
lagi?Tadi sibuk sangatkan nak suruh aku cepat?Cepatlah!.” Desis Risya geram
apabila melihat jurumekap tersebut yang masih lagi memilih beberapa berus di
meja solek.
“Tak kan you nak pakai tu
je?Pergilah salin baju dulu!.” Tempelak jurusolek yang turut menahan emosi
dengan sikap Risya itu.
“Ei!Macam-macamlah!.”
Risya bingkas bangun. Memang kebiasaannya pun, setiap model akan mengenakan
dulu pakaian yang akan digayakan sebelum ditata rias. Cuma, dia yang tidak
berjaya mengawal emosi tadi apabila melihat Shasha yang turut berada di situ
sehingga terlupa untuk menyalin pakaiannya terlebih dahulu.
“Ini dressnya,” tutur Hana
sambil menghulurkan dress yang sepatutnya digayakan oleh Risya sebentar lagi.
“Ni lagi satu. Kalau buat
kerja, memang lembap. Kalau tak lembap, memang bukan kau lah kan?Kalau dah Ugly
tu, ugly jugalah jawabnya!.” Herdik Risya yang menyambar dress tersebut
daripada tangan Hana sebelum berlalu ke bilik persalinan.
Beberapa pasang mata terus
memerhati ke arah mereka berdua. Hana diam tidak berkutik. Biarlah. Entah angin
apa si Risya tu. Bukannya boleh dilayan sangat. Apa yang aku tahu, cukup bulan
ni, dah tiga bulan aku bekerja kat sini dan tempoh percubaan yang diberikan
akan tamat.
Hana tersenyum seorang
diri mengenangkan tempoh percubaan tiga bulan yang bakal berlalu. Selepas ini,
dia akan menjadi staf sepenuh masa dan bukannya lagi secara kontrak, di
syarikat penerbitan majalah Fabuloustar ini.
“Ai!You ni Hana..kena
marah pun senyum lagi?.” Suara jurumekap itu menarik pandangan mata Hana.
“Ala, dah biasalah
akak..tak kisah pun,” tukas Hana tersenyum terus.
Shasha yang sedang membelek isu lepas majalah Fabuloustar mula mengangkat
wajah dan menoleh ke belakang.
“Er..by the way honey, I
bukannya nak sibuk ke apa. Kenapa dia panggil you macam tu?You tak patut
biarkan dia panggil you macam tu. Everyone has their own beauty, right guys?.”
Shasha mengangkat kening kepada Hana.
“Dari dulu lagi memang dia
dah panggil macam tu pun. Lagipun tak kisahlah Cik Shasha, dia nak..”
“Kejap, kejap. Just call
me Shasha okay?.”
Hana tersenyum terus sebaik jari telunjuk model itu naik melentik sebagai
peringatan kepadanya. Betullah apa yang dikatakan oleh Jojo sebelum ini. Model
yang bernama Shasha ini memang baik. Tak macam Risya tu, huh!
“Tak kisahlah Shasha..dia
panggil macam tu bukannya nak luak apa pun. Tak rugi apa pun,” tukas Hana.
“I know honey..tapi dia tu
biadab!Ei!I tak bolehlah nak bayangkan kejap lagi nak buat photoshoot dengan
dia.” Shasha mencebikkan bibir.
“Ala..apa yang you nak
kisah?Yang penting you lagi glamour tau!.” Jurumekap yang terkena lempias emosi
Risya tadi mula menzahirkan pendapatnya.
Jojo yang muncul semula
setalah pergi ke tandas sekejap tadi, mula menghampiri Hana.
“Dia dah sampai?.”
“Dah, baru je. Tu..kat dalam tu tengah salin baju.” Hana menunjuk ke arah
bilik persalinan.
“Ok. Kalau you dah siap,
you keluar dulu Shasha. Bad dengan Imran pun dah tunggu tu. Kita ambil gambar
you dulu. Kejap lagi, bila Risya dah sudah, you suruh dia keluar ya, sayang.
Ok, come Shasha!.” Sempat lagi kau kan Jojo nak bersayang-sayang dengan Hana.
Depan semua orang pula tu.
Shasha yang bangun dari
kerusi sempat mengangkat kening kepada Hana sambil mengangguk-anggukkan
kepalanya.
“Oh..I tak tahu pula you
dengan Jojo!.” Bisiknya ketika melewati gadis itu sebelum berlalu keluar.
“Hah!Mana ada Cik Sha..tak
adalah!” Hana menafikan. Pandai-pandai je Shasha ni buat telahan sebegitu. Ni
semua Jojo punya pasallah ni. Sayang la, dear la, honey la, macam-macam!
Beberapa minit berlalu.
Risya yang siap menyarungkan dress itu mula melangkah keluar menuju ke bahagian
solekan. Beberapa pasang mata yang masih berada di situ, termasuk Hana hanya
memerhati tingkah laku model tersebut.
“Cepatlah!Aku dah siap
pakai pun, kau masih lagi kat situ?Kata jurumekap profesional!Iya la tu!” Risya
mencebikkan bibir apabila melihat keletah jurumekap yang sedang mencapai
sebatang berus itu.
Jurumekap itu hanya
mendiamkan diri. Biarlah. Kadang-kadang, apa yang dikatakan oleh Hana tadi ada
betulnya. Bukannya ada apa pun yang luak kalau hanya dengan kata-kata dari
perempuan macam Risya ini.
Lewat tengah hari, barulah
sesi fotografi yang dijalankan di studio berakhir. Masing-masing kelihatan
sibuk dengan urusan mengemas barang-barang tersendiri.
“Sayang, you nak minum?I
boleh ambikkan,” tegur Jojo kepada Hana yang sedang sibuk menyusun beberapa
gelang dan rantai di meja solek.
“Tak payalah Jojo. Kalau
saya nak, saya boleh ambik sendiri,” sahut Hana tanpa berpaling.
Jojo melepaskan keluhan
kecewa. Ai!Sibuk betul sampai langsung tak menoleh kat aku?Isy, tak suka ni!
Come on Jojo!Teruskan berusaha.
“Ala, tak pe la sayang. I
pun haus ni. I turun bawah belikan air untuk kita ya. Lagipun banyak benda kita
nak kena kemaskan, okay?”.
Hana mula menoleh ke arah
Jojo seraya menganggukkan kepala.
“Hah!Macam tu la. So, you nak minum apa?.”
“Hmm..mocha la.”
“Ok. I turun dulu, kejap lagi I bawa special mocha untuk you,” tutur Jojo
sambil mengenyitkan mata.
“Untuk dia je ke?Untuk I?”
satu suara yang mencelah menarik perhatian Jojo dan Hana. Kelihatan Shasha yang
sedang tersenyum kepada mereka sambil menghulurkan sehelai dress kepada Hana.
“Untuk you tak payah. I
nak beli untuk Hana je tau!” tukas Jojo sambil menjeling.
Shasha tertawa kecil melihat reaksi lelaki itu. Dia berlalu sambil mencapai
beg tangannya.
“Ok, I faham. Untunglah
you Hana ada pakwe macam Jojo ni. Caring lagi!”
“Tak la Cik Sha. Bukannya pakwe saya..”
“Ala kalau betul pun apa
salahnya, kan sayang?,” celah Jojo sebelum sempat Hana menghabiskan
kata-katanya.
Hana terjeda. Macam-macam
perangai si Jojo ni. Ada je la usikan dia tu.
Jojo dan Shasha mula berlalu keluar dari bilik wardrobe itu meninggalkan
Hana dengan kerjanya yang masih belum berakhir. Beberapa helai dress kembali
digantung ke rak termasuk dress yang digayakan oleh Shasha tadi.
“Macam ada yang kurang?,”
bisik Hana sambil terus mengira-ngira dress yang sudah tergantung di rak.
“Hei ugly!” Satu suara
membuatkan Hana menoleh.
“Nah!” Sehelai dress yang dicampak mengena tepat ke muka Hana. Dress yang
berwarna biru laut itu disambut sebelum jatuh ke lantai.
“Lembap kan kau buat
kerja?Kau tak terfikir ke nak berhenti?Bekerja pun bukannya pandai sangat. Aku
pun hairan macam mana kau boleh masuk kerja kat sini. Kau sedar tak yang kau tu
kg.dom?,” Risya terus membebel sambil tersenyum sinis.
Hana diam tidak berkutik.
Biarlah Risya nak cakap apa pun. Apa yang penting, hujung bulan nanti dia akan
menjadi staf tetap di syarikat ini. Sudahlah tu, bukannya setiap hari pun dia
akan jumpa si Risya ni. Hanya bila ada sesi fotografi saja.
“Hei, kau pekak eh?” Risya
geram apabila melihat Hana yang langsung tidak mengendahkannya.
Melihatkan Hana yang tidak
memberikan respon, Risya mula mencapai beg tangannya sebelum berlalu keluar
dari bilik wardrobe itu. Hana yang sedari tadi asyik menyusun dress-dress itu,
mula mengerling dengan ekor mata. Bibirnya menguntumkan senyuman apabila
kelibat Risya yang menghilang di sebalik pintu.
“Aduh!Sakit perutlah pula”
Hana memegang perut yang terasa pedih. Hana menjeling keadaan bilik yang sunyi
itu. Hanya dia sahaja yang berada di situ.
“Tak pe kalau aku tinggal
semua baju-baju ni kat sini?” Hana memerhati pakaian-pakaian yang terdapat di
situ. Perutnya yang kian memulas memaksa Hana membuang langkah menuju ke tandas
yang terletak di luar studio, di hujung bangunan.
Risya yang berada di depan
pintu lif menjeling sebaik melihat kelibat Hana yang bergegas menuju ke hujung
bangunan. Beberapa minit menunggu, pintu
lif terbuka dan kelihatan seorang lelaki yang keluar dari situ dengan membawa
beberapa helai pakaian.
“Eh!Risya. Jojo ada?,”
tegur lelaki itu.
“La..you ke rupa-rupanya.
Tadi I tak nampak pun Jojo. Baju baru ke ni?”
“Ya la. Baju untuk isu yang akan datang. Bos I yang
suruh hantar. Cantik tau!” Lelaki itu mula bercerita.
Risya yang mendapat idea
mula mengukirkan senyuman.
“So, apa kata kalau you
tinggalkan kat I?I boleh tolong pass kan kat Jojo,” Risya mula membuat tawaran.
Lelaki itu terdiam
sejenak. Nak tinggalkan kat Risya?Bosnya tadi sudah pesan, hanya tinggalkan
kepada Jojo atau pembantunya itu sahaja.
“Er..Hana?Dia ada?”
Risya mengecilkan pandangan matanya. Nampaknya pembantu kepada pereka
fesyen yang terkenal itu kelihatan berat hati untuk melepaskan pakaian-pakaian
tersebut kepadanya.
“La..Hana?You pun
kenal?Kawan I juga tu. Dulu kami belajar kat satu tempat. Jadi, you bagi je kat
I, kejap lagi I bagi kat dia. Dia pergi tandas kejap,” ujar Rina sambil
tersenyum terus.
“Oh!Ya ke korang pernah
belajar satu tempat?Kenapa tak cakap awal-awal you pun kenal Hana?Ni..semua ni
you tolong serahkan kat Hana ya,” tanpa bertangguh lelaki tersebut menyerahkan
semua pakaian yang sedang dipegangnya kepada Risya.
“Mesti, mesti..tak kan la
I nak buat apa-apa kat baju-baju yang cantik ni kan,” tukas Risya dalam
senyuman.
“Ya la. I gerak dulu la.
Banyak kerja lagi ni.”
Mata Risya menghantar pemergian lelaki tersebut yang mula melangkah masuk
ke dalam lif.
“Take care,” sempat Risya
mengucapkan kata-kata itu sebelum pintu lif tertutup sepenuhnya. Lelaki
tersebut hanya tersenyum.
“And I will take a
very-very good care of these clothes!”gumam Risya seraya menjeling ke arah
hujung bangunan di mana Hana yang masih belum menampakkan batang hidungnya
lagi.
################################################################
Datin Kamila memandang dua
orang perempuan yang duduk di depannya bersilih-ganti. Masing-masing menafikan
tanggungjawab mereka ke atas perkara yang telah berlaku.
“Percayalah Datin. Saya
tak buat semua tu!” salah seorang perempuan itu yang juga merupakan salah
seorang daripada pekerjanya membuka mulut.
“Habis tu, tak kan la saya
yang nak buat semua tu Datin?Tak masuk akal kan?” seorang lagi perempuan yang
berada di depannya turut membuka mulut.
Datin Kamila menghela
nafas panjang. Kejadian pada pagi ini belum pernah lagi berlaku di Fabuloustar.
Belum pernah!Dia yang merupakan pengasas kepada syarikat ini, juga bertindak
sebagai CEO pening kepala dengan apa yang baru saja terjadi. Cerita siapa yang
harus dipercayainya?
“Awak tahu kan Hana, hari
ni merupakan hari terakhir awak sebagai staf kontrak di sini?Dan hari ni juga
awak akan menerima surat perlantikan sebagai kakitangan tetap di sini,
seandainya awak tidak melanggar mana-mana terma di dalam kontrak dan itu
termasuklah mempunyai masalah disiplin selama mana awak bekerja di sini, awak
sedar semua tu Cik Hana Antasha?”
Suara Datin Kamila yang
menyeru nama penuhnya membuatkan debaran di dada Hana terus berdetak hebat.
Tidak berdaya bibirnya untuk menyahut kata-kata yang dilontarkan kepadanya itu.
Hanya kepalanya sahaja yang mampu mengangguk sebagai tanda jawapan.
Risya tersenyum sebaris.
Daripada nada yang lahir dari bibir CEO itu, rasanya dia sudah boleh mengagak
apa yang akan dilakukan kepada Hana, kakitangan sementara di syarikat itu.
“Belum pernah lagi
kejadian seumpama ini berlaku di sini. Saya pun pelik apa motifnya baju yang
dipinjamkan kepada syarikat ini untuk sesi fotografi, dirosakkan.”
“Itulah..tak kan la saya,
model yang nak menggayakan baju tu sanggup nak buat semua tu, betul tak Datin?”
“Habis tu, tak kan saya
yang langsung tak ada kaitan dengan baju tu nak buat semua tu?Apa motifnya?”
Hana turut bersuara. Kali ini, dia tidak ingin lagi kalah kepada Risya. Dia
akan mempertahankan dirinya. Ya!Dia akan buat macam tu.
Dia sendiri tidak
menyangka kejadian itu akan berlaku. Dia yang sibuk mencari kasut yang bakal
digayakan oleh Vanessa, tiba-tiba terkejut apabila mendengar jeritan daripada
Risya dari bilik persalinan.
“Macam mana baju ni boleh
koyak?!Macam mana I nak pakai kalau macam ni?Eii!!”
Sosok tubuh model itu yang
keluar dengan mengenakan baju yang sudah terkoyak di bahagian belakang, menarik
semua perhatian yang berada di situ. Sudah semestinya orang yang paling kaget
adalah Jojo.
“Macam mana boleh jadi
macam ni?!” Jojo yang bernada risau terus meluru ke arah Risya untuk membelek
bahagian yang sudah pun rosak. Dress labuh dari kain sifon itu yang direka oleh
pereka tempatan, jelas menampakkan bahagian yang tercela di belakang Risya.
“Macam mana boleh jadi
macam ni?You tanya I?Bukan ke semua ni sepatutnya menjadi kerja dan
tanggungjawab you untuk jaga semua baju-baju ni?,” tukas Risya tidak berpuas
hati.
“I tahulah kerja I. Waktu
I terima semuanya ok. Sebab tu yang I hairan macam mana pagi ni boleh rosak.”
“Ok?Ada you periksa
betul-betul waktu you terima?Ada?”
Soalan Risya membuatkan Jojo terdiam sejenak. Dua minggu lepas, sewaktu dia
melihat dress yang disimpan rapi di dalam sarung pakaian yang berzip itu,
memang keadaannya masih elok lagi. Cuma, dia akui dia tidak periksa betul-betul
di bahagian belakang dress itu. Lagipun, pakaian-pakaian yang disimpan di dalam
sarung itu semuanya baru sampai. Mustahillah akan rosak. Hanya dia dan Hana
yang menjaga pakaian-pakaian tersebut.
“Memang kau ada motif,”
suara Risya menarik perhatian Hana yang tersasar apabila mengulang tayang
kembali apa yang baru saja terjadi di dalam minda.
Wajah Hana berkerut saat
menoleh kepada model itu yang sedang duduk di sebelahnya. Datin Kamila
mengangkat kening kepada model itu.
“Motifnya?”
“Sebabnya Datin,
er..bukanlah saya nak ungkit balik cerita lama kan tapi dulu dia ni dengan saya
pernah belajar di satu tempat yang sama,” Risya memulakan cerita. Kelihatan
Datin Kamila mengangguk-anggukkan kepalanya. Hana diam tidak berkutik.
“Dulu tu saya pernahlah
minta dia tolong saya buatkan tugasan tapi entah macam mana, markah saya lebih
tinggi dari markah dia. Hana ni apa lagi, memang tak puas hatilah. Padahal dia
cuma tolong apa yang saya tak faham je. Bukannya dia yang buat tugasan tu.
Sejak hari tu, memang dia berdendam dengan saya. Baru-baru ni pun, bila dapat
tahu saya buat phooshoot kat sini, dia memang tak puas hati. Jadi, saya rasa dia
saja nak sabotaj saya hari ni. Sebabnya, tak kan la saya sendiri nak sabotaj
baju yang saya nak pakai, kan?Betul tak Datin?”
Kolam mata yang tadinya
hanya digenangi air mula melimpahkan titisan-titisan jernih itu di pipi Hana.
Kenapa Risya sanggup berbohong?Apa yang dia dapat dengan mereka-reka cerita
sebegitu?
“Saya tak buat
Datin!Percayalah. Kenapa saya nak buat semua tu?Selama saya bekerja kat sini,
tak pernah pun ada sehelai baju yang rosak. Tak pernah pun ada mana-mana kasut,
aksesori yang hilang. Semuanya dalam keadaan yang baik. Kenapa pula hari ni,
hari yang penting untuk saya, saya nak buat macam tu?”
“Sebab dendam. Kau memang
berdendam dengan aku kan?Jadi, hari ni hari apa sekali pun, mesti kau dah tak
kisah. Kalau pereka tu jaja kisah ni kat satu KL, ada kau kisah kalau imej
syarikat ni tercemar?”
Pendapat Risya menarik
pandangan mata Datin Kamila yang tadinya jatuh kepada wajah Hana. Wajah gadis
itu begitu polos. Susah pula untuk dia percaya gadis itu punca kepada ‘drama’
yang berlaku pada pagi ini. Apa yang dia tahu, satu tindakan harus diambil
untuk apa yang telah berlaku.
“Sebenarnya saya rasa Jojo
pun seharusnya turut bertanggung jawab ke atas perkara ni,” luah Datin Kamila
sambil memandang kedua-dua orang perempuan itu.
Hana mengetap bibir.
Jojo?Tidak!Lelaki itu tidak bersalah. Dia tahu apa yang berlaku adalah hasil
kerja Risya. Terasa dirinya kini seakan-akan berada di dalam Dewan Mini,
berhadapan dengan satu perkara yang bukan dilakukan olehnya.
“Jojo?Kenapa pula Datin
nak libatkan dia?Bukannya dia yang bersalah,” luah Risya selamba sambil
memerhatikan kuku tangannya yang dihiasi warna merah jambu itu.
“Ya la. Sebab dia yang in
charge di dalam hal ni. Hana ni cuma pembantu je,” tukas Datin Kamila.
Risya menjeling sekilas ke
arah Hana yang sedang menunduk sebelum membuka mulut.
“Walaupun Jojo yang in
charge, Datin tapi semua baju-baju tu saya serahkan kat dia ni, petang tu.
Jadi, saya rasa tak patut kalau kita nak libatkan Jojo sekali dalam hal ni.
Macam yang saya katakan tadi, kalau Jojo periksa betul-betul sekalipun, tapi
kalau dah perempuan ni memang dah plan semua ni nak sabotaj saya, dia la yang
kena bertanggung jawab!”
Hana mengetap bibir. Jojo,
lelaki itu baik. Lelaki yang banyak membantunya. Lelaki yang selalu
mengusiknya. Dia banyak menimba ilmu fesyen daripada lelaki itu. Lelaki yang
juga kawan baik kepada kawan baiknya sendiri, Ika. Kenapa dia harus libatkan
Jojo di antara ‘urusannya’ dengan Risya?Sudah bertahun Jojo bekerja di situ.
“Saya..saya..” suara Hana
mula tersekat-sekat. Dia akui, dia sudah mula menyayangi kerjanya. Kerja yang
pada asalnya, dia tidak inginkan.
Risya sudah mula bersorak
di dalam hati. Come on!Say it!
“Saya akan
bertanggungjawab, Datin. Saya akan berhenti tapi tolong jangan libatkan Jojo.
Dia tak tahu apa-apa,” luah Hana sebak. Air mata yang masih bersisa di pipi,
diseka dengan tapak tangan.
Datin Kamila menganggukkan
kepala tanda bersetuju apabila mendengar kata-kata kakitangan sementaranya itu.
Risya menguntumkan senyuman. Ada hati nak lawan cakapnya dengan Erin dulu
tu?Nah!Sekarang, rasakan pengajaran yang baru ini.
finally ade jugak next entry...thanks akak !!
ReplyDeletealaaa ksian hana...jahatla risya ni...
x pe buat jahat dibalas jahat...hmm tnggu je la msenye cik risya
benci dekat Risya... :(
ReplyDeletejojo kena cakap direct to the point kat Hana yang dia suka. otherwise Hana fikir main2 jer. tak pe Hana, kalau kena buang kerja, mesti ada rezeki tempat lain k
ReplyDeleteTq so much Nabilah, Miss Imaginative n Hannah yang sudi tinggalkan komen;-) memang akan ada balasan untuk Risya tu nanti, hehe..Jojo tu pemalu orangnya, haha..
ReplyDeleteBest..sgt2..harap2 Risya dpt balasannya & Hana dpt kebahagiaannya ^_^
ReplyDeletewahhhh nk baca lagi!!!!nak baca lagi
ReplyDeleteNak tanya. Bila cerita nak di cetak. Bestlah.
ReplyDelete