Wednesday 29 January 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 24


Sepasang kasut tumit tinggi Charles & Keith yang berwarna putih dan berjalur ungu itu kembali disimpan di rak yang menempatkan pelbagai lagi jenis kasut wanita dan lelaki dari pelbagai jenama antarabangsa. Hana tersenyum senang kerana ini sudah menandakan kerjanya sudah berakhir pada hari itu.
            Jam di pergelangan tangan dikerling sebelum telefon yang berada di tangan mula ditatap. Hana mula mencari mesej yang diterima daripada Ika beberapa minit yang lalu.
            “Ada pun..,” gumam Hana seorang diri. Dia membaca mesej yang dibalas oleh Ika sebagai jawapan kepada pertanyaannya tadi. Hari ini, dia harus pulang ke rumah seorang diri kerana Jojo tiba-tiba saja memberitahunya untuk berjumpa dengan seorang kawan yang sudah lama tidak bersua muka.
            Nombor telefon untuk menghubungi teksi itu dilihat lagi sebelum telefon kembali disimpan di dalam beg. Puas memerhati keadaan bilik wardrobe itu, Hana menekan satu suis untuk menutup lampu sebelum berlalu. Keadaan studio itu sudah lama sunyi sepi sejak selesainya sesi fotografi lewat tengah hari tadi.
            Sebaik melangkah keluar dari studio, Hana menghala menuju ke arah lif. Beberapa minit melangkah, dia sudah tiba di depan pintu lif. Matanya yang menjeling ke arah pintu pejabat mula menarik langkah kakinya ke arah situ.
            “Ada lagi ke yang tak balik?,” bisik Hana perlahan. Jam di tangan mula dikerling apabila kedengaran batuk yang dilepaskan itu. Selalunya pada waktu yang menginjak ke 6.40 petang itu, sudah tidak ada mana-mana staf yang masih berada di pejabat.        
Kelihatan seseorang yang masih berada di salah sebuah meja yang terdapat di dalam pejabat itu apabila Hana mula melangkah masuk.
            “Eh!Hana...tak balik lagi ke?.” Zara yang baru perasankan kelibat gadis itu mula menegur.
            “Belum lagi tapi dah nak balik la ni. Er..Cik Zara tak....”
            “Ala..tak payahlah nak bercik-cik dengan saya. Kita sebayakan?Panggil je Zara,” gadis yang menjadi setiausaha kepada syarikat itu mengukirkan senyuman kepada Hana.
            “Er..Zara tak balik lagi?Banyak kerja ke?.”
“Boleh tahanlah. Saja je malas nak balik awal-awal. Bukannya ada siapa-siapa pun tunggu kita kat rumah. Lebih baik habiskan kerja ni, ya tak?Kenapa Hana pun balik lewat?Jojo mana?Selalu tu korang berdua, hari ni tinggal awak je sorang-sorang.”
            Hana tersengih. Nampaknya satu pejabat ni agaknya sudah tahu yang dia dengan Jojo selalu datang dan pulang bersama-sama. Gosip, gosip!
            “Memang selalu tu saya datang dan balik sama-sama dengan Jojo tapi hari ni dia ada hal jadi saya balik sendiri. Er..tadi tu saya dengar Cik..eh!Zara batuk, tak sihat ke?,” Hana yang berdiri tidak jauh dari meja gadis itu mula melepaskan soalannya.
            Zara tersenyum sebelum membuka mulut. Pandangannya yang tadi tertancap kepada monitor komputer mula ditalakan kepada Hana yang masih tercegat di situ.
            “Tak la. Saya ok. Tadi tu tersedak sebab minum air ni...” Sebotol air mineral yang berada di atas meja diangkat lalu ditunjukkan kepada Hana.
            Kepala Hana mengangguk faham.
“Saya ingatkan Zara tak sihat tadi. Kalau macam tu, saya balik dulu ya.”
            “Ok. Take care!,” Zara mula melambai.
“You too. Assalammualaikum,” Hana tersenyum sebelum melangkah.
            “Waalaikummussalam.” Mata Zara mengikut gerak langkah gadis itu sehingga menghilang. Apa yang tidak kena dengan gadis itu sehingga ramai staf yang memperkatakan perihal dirinya?Bukan dia tidak tahu, boleh dikatakan setiap hari, ada saja cerita yang si Erin itu akan sampaikan kepada staf-staf yang lain pasal si Hana itu.
Hana itulah, Hana inilah dan tempoh hari, dia dengar gelaran yang diberikan kepada Hana adalah Hana Ugly.
            “Sekurang-kurangnya, dia ambil berat juga pasal aku..,” getus Zara. Boleh saja Hana itu berlalu tanpa bertanyakan keadaannya tadi kan?Kalau sebelum ini, dia terbatuk-batuk macam tercekik je, ada orang ambil kisah?Di dalam pejabat ni, kalau tak sebulu, hal kau hal engkaulah, hal aku hal aku tapi hal dia hal kita okay!Apa lagi, gosiplah namanya!
            Hana yang menanti di depan pintu lif terpempan sejenak sebaik pintu lif berkenaan terbuka. Sosok tubuh seorang lelaki yang sedang berdiri di dalam lif itu membuatkan Hana mula berdebar.
            Ah!Masuk je la Hana. Jangan-jangan dia sendiri pun sudah tak ingat pun hal itu, kan?Hana mula melangkah masuk apabila mengenangkan waktu yang kian lewat. Jam di telefon yang dikeluarkan daripada beg untuk menghubungi teksi sebentar lagi, dipandang. Sudah hampir ke pukul 6.45 petang.
            Rayyan mula melonggarkan ikatan tali lehernya. Kepalanya diteleng ke kiri dan kanan untuk menghilangkan lenguh-lenguh di leher dengan mata yang dipejamkan. Apa yang dia tahu, dia ingin segera sampai ke rumah dan berehat di atas tilam empuknya itu.
            Seorang gadis yang berdiri bersama-samanya di dalam lif itu tidak dihiraukan. Penampilan gadis itu dilihat sekali lalu. Entah makcik cleaner mana atau tea lady syarikat mana yang berkongsi lif bersama-samanya petang itu, isy!Rayyan mula menjeling.
Tak seksi langsung untuk dibuat cuci mata yang dirasakan berpinar setelah seharian asyik menyemak fail itu dan ini. Sudahlah itu, perutnya sendiri sudah mula berkeroncong. Janji temu untuk bersama-sama menikmati makan tengah hari tadi dengan Puteri dibatalkan oleh buah hatinya itu pada saat-saat akhir dan sekarang makcik ni?Isy!Isy lagi!
Rayyan menjeling malas nombor yang dipamerkan di dalam lif itu. Lif itu baru saja bergerak menuruni aras 14.
“Lambatnya!,” desis Hana. Debaran di dadanya mula berkurangan memandangkan sekejap lagi pasti dia akan tiba di tingkat bawah tanpa perlu berhadapan dengan lelaki tempoh hari itu. Malu la pula bila teringatkan bagaimana dia berani meninggalkan nota di dalam bilik lelaki itu tempoh hari.
Rayyan menghela nafas. Bosan betul!Sudahlah perutnya lapar, lif pula lambat dan adanya makcik cleaner atau makcik tea lady yang berada di dalam lif ini dengan..kejap, kejap!Makcik tea lady?Tak kan la?Penampilan makcik itu dipandang lagi dengan mata yang dikecilkan.
“Ehem...” Rayyan menantikan respons dari makcik yang sedang berdiri di depannya. Ai!Tak ada pun?Tak pe. Sekali lagi.
“Ehem..ehem!,” Rayyan berdehem sedikit kuat kali ini dengan harapan makcik itu menoleh kepadanya. Ai!Tak ada juga?
Hana mengetap bibir. Jangan-jangan lelaki itu sudah perasankan dirinya?Tak pun dia tersedak juga macam Zara tadi?Manalah tahu kut-kut dia pun minum air mineral. Bukannya aku nampak apa yang dia buat kat belakang aku kan?
Lif yang hanya dihuni oleh mereka berdua terus bergerak turun. Rayyan mula gelabah apabila melihat angka yang tertera. Sudah melepasi aras 10. Cepatlah pula kali ini!Ala, apa susah?Kau panggil je la. Be a gentleman sikit, boleh?Come on Rayyan!
            “Er..makcik?.”
Hana memejamkan mata. Habis!Nampaknya memang lelaki itu sudah perasankan dirinya. Hana menoleh sedikit ke belakang untuk memastikan. Manalah tahu, kalau-kalau lelaki itu sedang berbual di telefon dengan makciknya ke, tak ke malu nanti?
            “Eh!Betullah!Memang betul makcik!Saya dah agak tadi!,” Rayyan mula bersorak.
“Hmm..,” Hana melepaskan keluhan seraya menganggukkan kepala.
            “Hari tu saya...”
“Er..saya minta maaf la sebab tinggalkan nota tu kat bilik...” Hana memintas kata-kata lelaki itu.
            “Tak. That’s okay. Saya tak kisah pun. Saya yang kena minta maaf sebab tersilap hari tu. So sebenarnya makcik ni tea lady kat syarikat mana ya?Tak pernah nampak pun sebelum ni,” Rayyan mula beramah.
            Tea lady?!Makcik?Hari tu makcik, hari ni makcik. Ok, dia sudah tahu jalan penyelesaiannya. Hana mula membuka mulut.
            “Sebenarnya pakcik..,” Hana mengerling kepada lelaki itu.
“Saya bukannya tea lady. Rasanya hari tu dah tulis kan kat kertas tu?.”
            Rayyan terdiam. Iya ke dah tulis?Ah!Tak ingatlah. Malaslah nak ingat-ingat. Bukannya penting pun kan?Yang penting benda yang dia ingin luahkan sekarang ini.
            “Oh!Ya ke?Er..sebenarnya saya...”
Hana mengerling angka yang terpamer. Lif sudah bergerak melewati aras 7. Masih tiada sesiapa yang menanti ketibaan lif ini di mana-mana aras setakat ini.
            “Sebenarnya saya..er..itulah kan..saya tahu makcik ini bukannya...”
Hana menoleh ke arah lelaki itu. Matanya memandang raut wajah lelaki itu yang terkebil-kebil memandang kepadanya juga.
            “Sebenarnya?,” Hana mengangkat kening.
“Sebenarnya..,” Rayyan menelan air liur. Gugup pula bila melihat anak mata makcik itu yang sedang memandang tepat kepadanya. Habis ayat-ayat yang baru elok disusun sebentar tadi.
            Hana kembali memandang ke arah pintu lif. Apa saja yang lelaki ini ingin katakan kepadanya?Sudahlah asyik panggilnya makcik, tadi boleh pula tanya dia bekerja sebagai tea lady kat syarikat mana!Lelaki ini sama saja dengan mereka yang lain di Fabuloustar yang akan menilai orang berdasarkan pakaian kecuali Jojo dan beberapa orang lagi yang jumlahnya boleh dikira dengan jari.
            “Saya..er..,” Rayyan menarik nafas. Dia harus meluahkan sekarang. Kalau tidak nanti, siapa yang akan menyesal?Dia jugakan?Tapi mahukah makcik itu menolongnya?
Ah!Setidak-tidaknya dia harus mencuba.
            “Makcik, saya nak makcik tolong buatkan saya kopi yang macam hari tu, boleh?,” sebaris ayat itu dihabiskan dengan satu nafas. Rayyan melepaskan nafas kelegaan setelah meluahkan apa yang ingin dikatakannya.
            Hana menoleh ke arah lelaki itu. Dahi mula berkerut. Terkebil-kebil matanya menatap raut wajah lelaki yang sedang tersengih kepadanya. Dia sendiri macam tak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
            “Pakcik...er..pakcik nak saya buatkan air?.”
“Hmm, hmm,” Rayyan menganggukkan kepalanya.
            “Bila?.”
            “Sekarang.”
            “Apa?!Sekarang ni dah nak pukul tujuh. Jangan nak mengada-ngada,” Hana menjeling. Buatkan dia air Nescafe macam hari itu?Sudahlah tu, sekarang?Jangan harap!Aku nak balik.
            “Tapi..tapi saya nak..sejak hari tu...”
“Saya nak balik. Dah lewat. Lagipun tak kan la kat pejabat pakcik tak ada orang yang buatkan air?Suruhlah dia buatkan air Nescafe tu. Bukannya susah pun. Letak serbuk kopi Nescafe tu dulu. Lepas tu letak susu, jadilah,” Hana mula membebel. Sudahlah hari itu, Rina suruhnya buatkan air untuk dia dengan Erin dan sekarang pakcik ni pun nak suruhnya buat benda yang sama?Lebih baik aku letak jawatan kat Fabuloustar dan apply jadi tea lady terus!
            “Ada tu memang ada tapi..,” Rayyan melepaskan keluhan. Makcik yang sebaya dengan Makcik Bibah itu memang baik tapi airnya tak sedap!Jujur ni, tak kan nak bohong pula?Tapi mestilah dia tak cakap sendiri kat makcik tea lady tu. Hati orang tua-tua ni nak kena jaga, ya tak?
            Hana memejamkan mata. Tidak Hana, tidak. Kau kena kuat. Tapi kalau tolong orang dapat pahalakan?Habis tu kau tak payah balik?Bukan macam tu tapi..
            “Tapi tak sedap yang macam pernah saya minum dulu tu,” suara lelaki itu menerjah semula ke pendengaran Hana.
            “Tapi sekarang dah lewat. Saya...”
“Please... Kali ni je. Lepas ni saya tak kan suruh lagi.” Apa nak jadi ni Rayyan?Untuk secawan kopi itu, kau sanggup merayu?Tak macho la beb!Ah!Macho tak macho. Kopi yang makcik ni buat, kaw tu!Sedap oo!
            Hana menoleh kepada lelaki itu. Biar betul lelaki ni?Merayu pula nak kan secawan kopi yang tak seberapa itu. Ala, tolong je la Hana. Tengok, mata dia dah ala-ala Puss, Cat in the boots dah tu. Kalau dia nangis nanti, siapa yang susah?
            Rayyan masih setia menatap pandangan anak mata makcik itu. Yes!Teknik mata Shin Chan yang digunakan rasanya sudah mula memberi kesan kepada makcik ini. Atau mungkin tidak?
            Sedar tak sedar, pintu lif sudah terbuka di lobi. Hana mula berbelah bagi. Rasanya kalau buatkan air tu, kejap je kut kan?
            “Please..,” Rayyan merayu lagi. Kali ini, keningnya diangkat dan dia mula mengetap bibir.
            “Ya la, ya la..cepat sikit!,” Hana mula mengalah.
            Yes!Rayyan bersorak di dalam hati. Nampaknya tidak sia-sia dia menggunakan teknik mata Shin Chan itu untuk melembutkan hati makcik ini. Bukan senang  tau. Cuba korang buat!Hah, baru tau susah ke senang, iya tak?
            Pantas jarinya mula menekan punat yang tertera angka 17. Hana yang memerhati punat yang ditekan oleh lelaki itu mula teringat bagaimana dia boleh tersalah aras tempoh hari. Patutlah, syarikat pakcik ni berada di ‘atas’ syarikatnya. Cuma berbeza satu aras.
            “Er..bukan tadi pakcik pun dah nak balik ke?Tak kan nak minum kopi sekarang juga?Esok-esok tak boleh?,” Hana mula bersuara apabila lif mula bergerak membawa mereka semula ke tingkat atas.
            “Boleh tu memang boleh tapi makcik nak ke buatkan?Dah sekarang saya terjumpa makcik, peluang keemasan tu!,” balas Rayyan.
            Hana yang sedang memeluk tubuh mengerling sekilas ke arah lelaki yang kini sudah berdiri di sisinya. Ada-ada saja jawapan pakcik ni!
            “Nantilah, lepas ni,er..maksud saya kejap lagi lepas saya buatkan air kopi tu, saya tulis berapa banyak susu dan kopi yang nak digunakan. Lepas tu, pakcik boleh bagi kat tea lady syarikat pakcik suruh dia buat macam tu. Senang, bila-bila nak minum dah boleh,” ujar Hana.
            “Hmm...”
Hana menjeling lagi kepada pakcik itu. Ai!Punyalah panjang berjela dia cakap, pakcik tu hanya menggumam je?Lebih baik aku pun diam.
            “So, tadi saya tanya sebenarnya makcik ni kerja sebagai tea lady kat syarikat mana?Memang langsung tak pernah nampak pun sebelum ni. Er..kecuali hari tu je la,” Rayyan bersuara memecahkan kesunyian setelah melihatkan makcik itu yang masih membatukan diri, biarpun lif sudah bergerak melewati aras 8.
            “Kan saya dah cakap tadi saya bukannya tea lady. Berapa kali nak cakap?,” desis Hana sedikit beremosi. Matanya menjeling pakcik yang berada di sisi kanannya.
            Ambik kau Rayyan!Orang tu dah cakap tadikan?Berapa kali dia nak ulang?Dia bukannya tea lady, ingat sikit!Kalau Puteri, bolehlah aku nak ingat. Dia ni bukannya Puteri. Tapi bukan Puteri kan yang nak buat air untuk kau?
            Rayyan mengerling riak kelat wajah makcik yang terpamer kini. Nampaknya, dia sudah tersilap memilih topik untuk berbual dengan makcik ni. Dia berfikir sejenak sebelum membuka mulut.
            “Er..habis tu makcik kerja kat syarikat mana?.”
            “Aras 16,” sahut Hana sepatah. Malas nak melayan karenah pakcik yang banyak tanya ni. Sudahlah dia belum menghubungi teksi lagi. Agak-agaknya bila teksi tu dah sampai sini, mesti dah lewat. Jangan-jangan malam nanti baru dia sampai rumah. Memang pasti malam la jawabnya sebab sekarang ni pun dah nak pukul tujuhkan?
            “Enam belas..emm...,” Rayyan mengangguk-anggukkan kepalanya. Aras tu berada di aras bawah syarikatnya. Syarikat apa ya?Dia cuba untuk mengingat.
            Hana yang memerhati gelagat lelaki itu yang mengangguk-anggukkan kepalanya, mula menjeling. Apa kena dengan lelaki ini?
            “What?!Biar betul!,” Rayyan memekik kecil.
Hana yang terkejut menoleh ke arah lelaki itu yang menjerit secara tiba-tiba. Terjegil matanya yang baru dirasakan hendak kuyu tadi.
            “Makcik cakap tadi makcik kerja kat tingkat enam belaskan?Tak kan la?!I mean..ya..,” Rayyan mula tertawa kecil. Dia sudah ingat syarikat mana yang ‘bermastautin’ di aras itu. Matanya menjalar lagi memerhati penampilan makcik yang berdiri di sebelahnya. Isy, kidding me?Dia ni nak kerja kat situ?
             Hana menghela nafas. Dia sudah boleh agak maksud kata-kata pakcik ni tadi, dari segi intonasi terkejutnya itu dan juga tawa pakcik ini yang diberi seiring dengan lirikan mata ke arahnya tadi.
            “Pakcik nak minum ke tak air kopi tu?Ke nak suruh saya balik sekarang juga?,” soal Hana.
            Rayyan terjeda. Mati tawa yang baru tercetus beberapa saat yang lalu. Amboi!Makcik dah marah nampaknya. Itu nada berbaur ugutan. Isy, Rayyan kau ni pun satu hal. Agak-agaklah kalau nak gelak ke apa, mestilah makcik tu terasa.
            “Er..sorry la makcik. Saya...”
            “Kenapa?Kalau nak kerja kat sana kena pakai yang berjenama?Kena cantik?Kalau tak cantik dan tak ada barang-barang yang berjenama tu, tak boleh nak kerjalah?Macam tu?!,” Hana mula melempiaskan emosi yang ditahan. Kenapa semua orang yang ditemui harus bersikap prejudis kepada dirinya?Penting sangat ke semua barang berjenama itu sehingga dijadikan kayu pengukur untuk menilai seseorang?
            Rayyan menelan air liur. Cuak juga bila mendengar lantunan vokal makcik yang sedang dikuasai emosi ini. Padan muka kau Rayyan!Orang dah nak tolong apa yang kau minta tu, bukannya tahu nak bersyukur tapi gelakkan lagi kat makcik tu. Sekarang, rasakan!
            “Saya..er..saya betul-betul minta...”
“Dah la. Daripada pakcik nak bercakap dan sakitkan hati saya, baik tak payah. Jom!.” Pintu lif yang baru terbuka membuatkan Hana terus melangkah keluar. Dia mula mengorak langkah tanpa menanti pakcik itu terlebih dahulu.
            Rayyan mengetuk dahi sendiri.
“Adus!Bodoh!Dah marah dah makcik tu.” Kaki mula menapak menghala semula ke arah pejabat yang baru ditinggalkan. Sebaik menolak daun pintu, kelihatan beg berwarna hitam yang disandang oleh makcik tadi diletakkan di salah sebuah meja. Kerusi milik salah seorang stafnya itu ditarik hampir kepada dirinya sebelum dia mengambil tempat di situ sementara menunggu makcik itu yang diyakini sudah berada di bilik pantri. Rasa kesal mula bertamu di hati apabila mengenakan insiden di dalam lif sebentar tadi. Beberapa minit berlalu, kelihatan makcik itu muncul dengan sebuah mug di tangan.
            “Nah..lain kali kalau nak minum, suruh tea lady syarikat pakcik letak dua sudu kecil kopi dan lima sudu kecil susu. Kalau nak kurang manis, empat sudu susu pun dah ok. Kalau nak lebih manis, tambahlah dalam satu sudu macam tu. Saya balik dulu,” ujar Hana sebaik meletakkan sebuah mug di atas meja di hadapan lelaki itu. Beg mula dicapai.
            “Tunggu dulu. Saya betul-betul minta maaf  sebab tadi. Saya...”
Hana yang baru melangkah menoleh semula ke arah belakang sebelum membuka mulut. Raut wajah lelaki itu ditatap.
            “Saya nak tanya, pakcik suka kalau orang menilai pakcik walhal benda tu tak betul pun?Contohnya, macam syarikat ni..,” Hana memerhati sekeliling syarikat sebelum pandangannya jatuh semula ke arah lelaki itu yang sudah berdiri mengadapnya.
            “Macam mana perasaan pakcik kalau orang cakap, pakcik ni bukannya layak pun nak kerja kat sini tapi boleh masuk kerja sebab syarikat ni ayah pakcik yang punya kan?Jadi, tak payah nak kena lalui temuduga apa pun, am I right?,” Hana menjongketkan keningnya.
            Adus!Bisa, cukup bisa. Nampaknya makcik ni dah kenakan kau balik, Rayyan. Baru kau tahu macam mana dia rasa tadikan?Satu-kosong. Satu untuk makcik dan kosong untuk kau, Rayyan. Rayyan mengetap bibir. Kelu lidahnya untuk menjawab. Memang betul pun dia masuk ke syarikat ini tanpa sebarang temuduga.
            “Saya tak marah bila pakcik tersalah anggap saya tea lady sebab kerja tea lady tu pun kerja yang halal tapi tadi bila pakcik gelak-gelak macam tu, apa maksudnya?Sebab saya pakai macam ni, saya tak boleh nak kerja kat situ?Sebab tak glamour macam model-model yang lain atau kakitangan yang lain-lain tu?.” Dua-kosong.
            Rayyan terdiam. Memang apa yang makcik ni katakan ada benarnya tapi tak sangka pula makcik ni emosi pula petang-petang macam ni. Ala, orang perempuan Rayyan, what do you expect?Diam je la.
            “Saya nak balik. Enjoy your coffe.”
            “Tunggu!.” Hana yang sudah berada di pintu menoleh semula ke belakang.
“Er..biar saya hantar makcik balik. Saya betul-betul minta maaf. Hmm..makcik dah buatkan saya kopi so biarlah saya hantar makcik balik,” Rayyan membuat pelawaan.
            “Tak payahlah,” Hana mula menarik daun pintu.
“Tunggu!Makcik, saya betul-betul ikhlas. Er..tanda saya nak minta maaf, please!,” Rayyan yang mengejar makcik itu sehingga ke pintu mula menggunakan tekniknya.
Hana mengetap bibir. Argh!Tak kan kau lemah lagi Hana?Tengok..anak mata pakcik ni. Sama macam dalam lif tadi la.
            “Okay?Kira jadi ya?Tapi tunggulah kejap. Saya nak minum dulu,” Rayyan tersengih. Nampaknya teknik mata Shin Chan menjadi lagi kali ini, hehe..
            Hana berdiri di muka pintu. Matanya mengerling memerhati tindak-tanduk lelaki itu yang kini sudah mengambil semula tempat di kerusi. Mug yang berada di atas meja mula diangkat dan dibawa ke bibir. Rayyan mula meniup perlahan air kopi yang masih lagi panas itu sebelum disisip sedikit.
            “Aahh..ni baru air kopi!,” Rayyan tersenyum berpuas hati sebelum menoleh ke arah makcik itu dan mengenyitkan matanya.

            “Mengada-ngada!,” desis Hana perlahan sebelum membuang pandangan ke arah lain.


7 comments:

  1. hahaha... mak cik and pak cik so sweeettttttttt... hahaha.. asyu pun nak guna la teknik mata pussy in the butt ngan mata shin chan tu.. akak... akak up la citer ni laju2.. (ckp sambil buat mata shin chan..) >_<

    ReplyDelete
  2. tq baby mio yang setia komen;-)luv u!!!

    ReplyDelete
  3. haha..asyu..penat akak cayang nak upload laju2;-P hehe..agak busy lately nak siapkan cite ni la..target nak hantar this year juga, huhu..(psst, psst..pakcik n makcik dah 'dikahwinkan' pun, hehe..

    ReplyDelete
  4. suka suka. best la seronok baca. selalu ngintai kalau ada sambungan citer ni

    ReplyDelete
  5. Hehe first time terbaca. Menarik! Macam best jugak cerita ni hehe. Keep the good work ;)

    ReplyDelete
  6. Hehe first time terbaca. Menarik! Macam best jugak cerita ni hehe. Keep the good work ;)

    ReplyDelete

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!