Saturday 28 June 2014

DIA...MIKHAEL 13



13
            Selesai sembahyang Subuh, aku mengemaskan kain telekung dan sejadah. Sesekali aku mengerling beg sekolah yang sudah dipenuhkan oleh buku-buku mengikut jadual yang terlekat di atas meja tulisku. Aku tersenyum, berpuas hati setelah aku sendiri yang melakukan semua tu.
            Bukan seperti pagi-pagi tempoh hari di mana “dia” yang tolong mengemaskan buku-buku aku yang bersepah di atas katil. Malah, “dia” juga yang memasukkannya ke dalam beg sekolahku.
            Selesai mengikat rambut, aku memakai kain tudung. Aku tunduk untuk mengambil tanda nama yang terlepas dari pegangan tangan untuk dipinkan semula di tudung. Sebaik aku mendongak memandang cermin yang berada di depan, mataku pantas melihat susuk seseorang di birai katilku.
“Siapa tu?!,” aku memusing ke belakang.
            Aku fikir pagi ni akan kembali normal seperti biasa tanpa kehadiran “dia” tapi nampaknya tidak juga. Aku yakin mataku tak tersilap pandang di cermin tadi. Kelibat seseorang yang sedang duduk di birai katil, di belakangku terpantul di dalam cermin. Biarpun tak jelas dan aku sendiri tak dapat melihat wajahnya. Hanya seperti bayang-bayang yang bentuk fizikalnya seperti manusia juga.
            “Siapa awak?,” aku bertanya perlahan sambil memandang cermin. Kosong. Hanya aku dan barang-barang yang berada di dalam bilik ni kelihatan di dalam cermin. Tiada lagi kelibatnya seperti tadi.
            Apakah dia sengaja hendak mempermainkan aku?Kadang-kadang dia menampakkan dirinya dan kemudiannya dia menghilangkan diri selepas tu?Apa yang dia nak sebenarnya?Aku betul-betul tak faham setiap kali memikirkan perkara yang tidak ada jawapannya ini.
            Pagi, petang, malam, di sekolah malah di rumah. “Dia” ada di mana-mana saja. Pendek kata, di mana aku berada, di situ juga dia akan berada. Di dalam kelas pun, dia juga turut berada di situ.
            Aku melangkah mengambil tempat di kerusiku. Surat khabar yang elok terletak di situ, aku capai. Aku perasan ada sesuatu yang tidak kena di meja belajarku pada pagi ni.
“Em..apa lagi ni?,” aku memerhati di atas meja. Mug yang masih bersisa dengan air teh masih di situ bersama-sama dengan balang yang tiba-tiba “muncul” semalam setelah aku tinggalkan di ruang tamu.
            Aku membuka surat khabar yang berada di tangan. Sengaja aku hendak menghabiskan masa sementara menanti masa seperti selalu untuk aku bertolak ke sekolah. Aku meletakkan semula surat  khabar di atas meja setelah puas aku cuba untuk menumpukan perhatian kepada berita-berita yang tak berjaya menarik perhatianku.
            Aku mencapai beg sekolah yang berada di katil. Sebelum melangkah, aku mengerling semula kepada meja belajarku.
“Writing pad!,” aku memandang sebuah beg plastik yang berwarna kuning.
            Aku teringat semalam bagaimana aku mencari 2 buah beg plastik tersebut. Salah satunya, telah pun aku gunakan semalam dan aku masukkannya ke dalam beg sekolah. Dan satu lagi, kini berada di atas meja ku.
Aku membuka pintu untuk melangkah keluar dengan fikiran yang keliru.
            “Assalammualaikum,” aku terus menutup pintu sebaik terdengar suara. Sah, “dia”!
 ########################################
            “Mak..orang pergi dulu,” aku memanggil mak sebaik selesai menyarungkan kasut sekolah. Aku  membetulkan tudung sebaik menggalas beg di belakang.
“Ya la. Hati-hati naik basikal tu,” aku terdengar suara mak yang menyahut. Mungkin dia berada di dapur agaknya seperti selalu, menyiapkan sarapan untuk adik Liza yang akan ke sekolah rendah nanti.
            Aku mengayuh basikal perlahan-lahan menuju ke kedai Pakcik Mud seperti kebiasaannya. Sekurang-kurangnya, kuih donat daripadanya mesti aku dapatkan untuk dibuat bekal ke sekolah.
            Aku tersenyum apabila terpandangkan cahaya lilin yang menerangi kedainya.
“Mana budak tu?,” aku memerhati tembok yang selalu menjadi tempat duduk budak lelaki itu. Tidak ada pula budak tu pagi ni.
            Sewaktu menongkatkan basikal, sekali lagi aku menjeling tembok tersebut. Memang dia tiada di situ. Bukankah itu baik?Selalunya budak tu akan keseorangan di situ sehingga ayahnya datang mengambilnya. Sekurang-kurangnya pagi ni, ayahnya tidak lagi membiarkan dia keseorangan di situ.
            “Assalammualaikum pakcik,” aku menegur Pakcik Mud yang seperti biasa menyusun nasi-nasi lemak di dalam piring yang hendak diletakkan di atas meja.
“Waalaikummussalam. Ini, kalau tak nasi kuih donat la kan?,” dia tersenyum.
            “Pandai pakcik. Macam tahu-tahu je,” aku memerhati beberapa jenis kuih yang boleh dijadikan pilihan.
“Pakcik..,” aku memandangnya yang sibuk bekerja macam lipas kudung tu.
            “Pakcik perasan tak seorang budak kat situ?,” aku menunjukkan kepada tembok yang tidak jauh daripada kedainya.
“Kat mana ni?,” dia memandang kepada arah yang ditunjukkan.
            “Tu..kat situ. Kat tembok tu,” aku menunjukkan lagi.
“Kamu ni..mana ada siapa-siapa kat situ,” dia memandang aku dengan muka yang berkerut.
            “Memang la tak ada. Maksud saya bukan sekarang ni. Sekarang ni mana budak tu ada kat situ. Dalam dua tiga hari lepas dia ada. Perasan tak?,” aku bertanya lagi.
Pakcik Mud mendiamkan diri. Tangannya masih lagi sibuk bekerja. Kalau tadi nasi lemak yang disusunnya, kali ini dia mencapai raga yang berisi kuih-muih.
            “Pakcik perasan tak?,” aku bertanya sekali lagi setelah tidak mendapat jawapan.
“Dua tiga hari lepas?,” dia bertanya kembali.
            Aku menganggukkan kepala.
“Kadang-kadang dia ada kat situ. Dia cakap tunggu ayah dia.”
            “O...ada la tu. Mungkin ayah dia ada hal ke. Jadi dia suruh la anak dia tunggu kat situ.”
“Pakcik kenal ke ayah dia?.”
            “Kamu ni. Macam polis pula soal macam-macam kat pakcik. Mana la pakcik kenal. Budaknya pun pakcik tak pernah tengok. Kalau tengok tu lain la ceritanya. Anak-anak orang dalam taman perumahan ni, memang pakcik kenal. Tak tahu la kalau anak-anak orang luar.”
            Aku tersengih.
“Tak la. Saya cuma kesiankan kat budak tu. Dah banyak kali juga saya tengok dia tunggu kat situ,” sekali lagi aku menunjukkan kepada tembok tu.
            “Dulu saya ajak dia nak hantar kat sekolah rendah tu tapi dia tak nak.”
“Sekolah rendah?Budak tu sekolah rendah lagi ke?.”
            “Macam tu la yang saya tengok. Dia pakai uniform sekolah rendah. Pakcik, bagi karipap tu,” aku menunjukkan kepada karipap yang baru dikeluarkan oleh Pakcik Mud. Teringat Aisyah yang suka kuih ni.
            “Nah. Cukup bekal kamu hari ni?,” Pakcik Mud tersenyum mengusik.
“Em..cukup la. Nanti pecah perut,” aku ketawa. Pakcik Mud juga ikut ketawa.
            “Kamu tu selalu pergi sekolah awal-awal macam ni. Hati-hati sikit.”
Aku merenungnya.
            “Kenapa pakcik?Kan saya dah memang biasa pergi awal-awal macam ni.”
“Tak la. Kan sekarang ni kerap sangat berita yang tak elok tu. Rogol sana, rogol sini. Kamu tu beringat-ingat sikit. Tak bahaya ke pergi awal-awal macam ni?.”
            “Tak la. Lagipun dah biasa,” aku menghulurkan duit kepadanya setelah plastik yang berisi kuih karipap bertukar tangan.
“Kalau tak bahaya, baguslah. Lagipun kawasan ni, tak pernah pula pakcik terdengar lagi berita-berita macam tu.”
            “La..ada lagi ke?,” aku menunjukkan kepada dua bungkus nasi lemak yang dimasukkan sekali ke dalam plastik.
Pakcik Mud tersenyum.
            “Macam biasa. Pakcik sedekah. Buat makan dengan kawan tu.”
“Boleh bankrup bisnes pakcik kalau macam ni selalu,” aku tersenyum.
            “Mana ada. Bertambah lagi rezeki pakcik adalah. Kalau asyik kedekut, rezeki pun jauh.”
“Terima kasih la. Saya pergi dulu. Assalammualaikum.”
            “Waalaikummussalam. Ingat, hati-hati!,” Pakcik Mud mengingatkan sekali lagi.
Aku yang sudah berada di atas basikal, mengangkat tangan kepadanya tanda mendengar apa yang dikatakan olehnya.
            Sewaktu menghalakan basikal untuk meninggalkan kedai Pakcik Mud, sekali lagi aku memandang tembok tersebut.
“Comel!,” aku tersenyum apabila terbayangkan wajah dan senyuman budak lelaki itu. Lain pula rasanya apabila tidak bertemu dengannya yang asyik bermain dengan anak patung Ultraman.
            “Harap-harap dia ok,” aku mula mengayuh basikal setelah terpandangkan van kilang yang berada di atas jalan raya. Pastinya mereka juga akan singgah di kedai Pakcik Mud.
            Aku memandang ke kanan sebelum memasuki laluan di sebelah kiri.
“Untung lagi Pakcik Mud,” aku sempat melihat van yang diberhentikan di jalan yang bertentangan dengan kedai Pakcik Mud. Mungkin betul katanya, yang rezekinya bertambah murah kerana dia sendiri tak pernah kedekut untuk menyedekahkan jualannya kepada aku.
            Boleh dikatakan setiap kali aku membeli di kedainya, ada sahaja yang akan diberikannya secara percuma. Kalau aku beli kuih, nasi lemak yang percuma akan aku dapat dan begitulah juga sebaliknya.
            Sesekali aku memandang beg plastik yang berada di dalam raga basikalku.
“Mesti nasi Makcik Zabedah,” aku dapat melihat bungkusannya yang dialaskan dengan daun pisang terlebih dahulu. Nampaknya, Pakcik Mud betul-betul mengetahui yang mana satu juadah jualannya yang menjadi kegemaranku.
            “Syukur, alhamdulillah,” aku terbayangkan makanan yang bakal aku kongsi dengan kawan baik aku, Aisyah di sekolah pada waktu rehat nanti.    
“Like a child, baby just like a child..,” lirik kumpulan Backstreet Boys yang terbayang di dalam kepalaku, dialunkan perlahan-lahan.
“Em..apa yang seterusnya?,” aku cuba memikirkan barisan lirik yang sudah samar-samar diingatanku.
            “Mikhael!,” aku terpandangkan dia yang melambai kepadaku dari seberang jalan sewaktu aku melalui jalan tersebut.
Kakiku yang tadi mengayuh perlahan-lahan sambil menikmati angin pagi yang cukup menyenangkan, kini mula bergerak pantas.
            “Biarkan. Biarkan dia kat situ!,” aku teringat bagaimana dia memarahi aku pagi semalam hanya kerana aku ingin menegur budak perempuan di bangsal menyimpan basikal tu.
Sewaktu pulang semalam pun, sengaja aku pulang awal kerana tak ingin bertembung dengannya.
            “Lida!Lida!,” aku dapat mendengar suaranya yang menjerit memanggilku. Ah!Biarkan dia. Aku tak akan berhenti hanya untuk menemakan dia berjalan ke sekolah seperti selalu. Kalau aku sendiri boleh ke sekolah seorang diri, pasti dia pun tak kisah untuk berjalan sendirian.
            Aku terus mengayuh basikal tanpa memperdulikan panggilan Mikhael. Sekurang-kurangnya, aku tahu dia sudah ketinggalan di belakang. Jadi, aku boleh menegur budak perempuan yang berada di bangsal tu.
            Pesanan Mikhael yang diberikannya dulu dan juga pagi semalam, bermain semula di fikiranku. Ala, kalau aku tegur pagi ni pun, bukannya dia akan tahu kan?Hehe..akhirnya, dapat juga aku peluang untuk menegur budak perempuan yang menangis pagi semalam tu. Entah apa agaknya masalah dia?
“Apa ni?,” aku menahan basikal yang semakin perlahan dengan kakiku. Perlahan-lahan aku turun untuk menongkat.
            “Ala..waktu-waktu ni juga la dia nak buat ragam. Ish!Macam Koko pulak!,” aku melepaskan geram sebaik terpandangan rantai basikal yang terkeluar. Belum pernah basikal ini memberikan masalah sebegini rupa kepada aku.
            “Macam mana nak buat ni?,” aku cuba memegang rantai untuk dimasukkan kembali ke tempatnya. Aku melihan minyak yang berwarna hitan yang melekat di jari.
            “Ei..benci betul la!,” aku melepaskan kembali rantai yang melurut jatuh semula.
Lagipun, bukannya aku tahu pun macam mana nak masukkan kembali rantai tersebut ke tempatnya.
            Aku menyorong basikal perlahan-lahan.
“Nampaknya, nasib aku pun dah sama macam dia tu,” aku terkenangkan Mikhael yang datang dan pulangnya ke sekolah dengan berjalan kaki.
            “Penatnya!,” aku menghembus nafas. Sekolah yang masih terletak separuh lagi perjalanan, membuatkan aku berasa bosan. Teringat semula bagaimana aku dan Mikhael pernah sama-sama beriringan ke sekolah. Manisnya saat-saat tu tapi tu dulu!
            Sebelum dia memarahi aku di bangsal.
“Tak patut Mikhael tu!,” aku meyepak sebiji batu kecil sambil berjalan menyorong basikal. Entah kenapa, aku teringatkan pula kepada dia yang pernah menemani langkahku ke sekolah. Begitu juga sewaktu pulang. Aku selesa dengannya.
            “Em..kat mana dia sekarang?,” aku menoleh ke belakang. Kelibat seseorang yang sedang berjalan semakin menghampiri.
“Dia ke tu?,” aku menyorong semula basikal. Langkah yang perlahan, aku cepatkan agar tak kan bertembung dengan dia yang semakin menghampiri.
            “Lida!.”
Pasti Mikhael!Aku terdengar derap langkahnya yang berlari kepadaku. Ish!Semua ni basikal ni punya pasal. Kalau tak, mesti aku dah sampai ke sekolah sekarang ni. Mesti aku dah boleh bersua dengan budak perempuan yang selalu menimbulkan tanda tanya di hatiku tu.
            Apa yang lebih pasti, tak payah juga aku berjumpa dengan Mikhael lagi pada pagi ni!
“Tunggu la!,” aku memerhatinya yang sudah pun berada di sisiku. Aku melihatnya sekali imbas yang termengah-mengah. Baru dia tahu!
            “Kenapa ni?Dah tak sudi nak jumpa saya ke?.”
Aku tak menghiraukan pertanyaannya. Keadaan terus sepi. Tak seperti selalu, ada saja cerita-cerita yang mengisi masa kami berdua sewaktu menuju ke sekolah. Sekarang, tidak lagi.
            Hanya kedengaran enjin kenderaan yang sesekali melalui jalan raya. Aku terus mendiamkan diri. Mikhael juga begitu.
“Awak marahkan saya ke?,” dia bertanya lagi.
            “Jadi..betullah ni. Awak marahkan saya kan?,” aku meliriknya yang memandang kepadaku sambil tersenyum. Senyum tu!Dah lama aku tak lihat senyumannya yang manis yang menghiasi raut wajahnya tu.
“Ala...marah-marah pun, awak tunggu kita juga.” Tunggu?Bila masa aku tunggu dia?
             “Kalau tak, kenapa tak naik saja basikal awak tu?.”
“Awak jangan perasan. Bila saya tunggu awak?Tu..rantai tu,” aku mempercepatkan langkah.         Ada-ada saja usikan dari Mikhael yang membuatkan aku malu. Bila masa aku tunggu dia!
“Tunggu la..,” dia juga turut mempercepatkan langkahnya.
“Biar saya tengok..,” dia menahan basikalku.
            “Tak payah!Nanti saya suruh ayah saya yang buat,” aku berkeras hendak menyorong kembali basikalku.
            “Bagi la saya tengok. Untung-untung balik nanti, awak dah boleh naik,” Mikhael menahan basikalku.
“Dan..tak payah tunggu saya lagi,” dia tersenyum memandangku. Aku menjeling sebaik mendengar kata-katanya.
            Aku memerhati Mikhael yang sudah mula menyingsing lengan bajunya yang panjang tu.
“Nah..tolong pegang,” dia menghulurkan buku-bukunya.
            Aku memandang dia yang berusaha untuk memasukkan kembali rantai basikalku.
“Dah siap!,” aku melihat jari-jemarinya yang sudah kotor berwarna kehitaman tu. Pantas aku menyeluk ke dalam saku baju kurung untuk mengambil sapu tangan.
            “Nah..,” aku menghulurkan sapu tangan kecil yang berwarna merah jambu tu.
“Terima kasih,” dia menyambutnya.
            “Dah boleh naik,” dia memberitahuku. Masakan aku nak tinggalkan dia yang sudah menolong aku tadi?
“Tu..betulkan macam saya cakap tadi. Nak tunggu kita kan?,” dia mengangkat keningnya.
            Aku tersenyum. Tak berdaya untuk terus merajuk dengannya yang sentiasa sedia menghulurkan bantuan.
Setibanya di bangsal, aku mengerling di hujungnya, tempat terletaknya basikal budak tu. Basikalnya ada tetapi tidak tuannya. Terlepas lagi peluang aku!

            “Awak..maafkan saya pasal hari tu,” aku memerhati Mikhael yang tersenyum. Suaranya yang lembut menuturkan kata-kata tu membuatkan aku menganggukkan kepala. Saat aku merenungnya, senyumannya itu membuatkan lenyap segala rasa marah sebelum ni. Ah, Mikhael!



P/S : Selamat menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan;-)

Thursday 19 June 2014

DIA...MIKHAEL 12




12
            Aku menatap sekali lagi buku rujukan Bahasa Inggeris yang sudah berada di atas katilku itu. Kejadian di perpustakaan tadi tak dapat aku padamkan dari kotak fikiranku. Macam mana boleh jadi macam tu?
Nak saja aku ceritakan kepada Aisyah selepas keluar daripada perpustkaan tadi tapi berdasarkan apa yang sering dia katakan kepadaku, aku rasa mungkin dia tak akan percaya. Banyak berfikirlah, berangan la, tak fokus la dan macam-macam lagi pendapatnya.
Aku yakin ini mesti kerja “dia” yang tak habis-habis menolong aku. Cuma satu yang aku tak faham, kenapa?Dah tu, kenapa aku pula yang menjadi sasarannya?Nak katakan aku ni selalu cuai, tak juga. Sejak akhir-akhir ni saja, aku mudah terlupa akan sesuatu perkara. Sedangkan sebelum ni tak pernah pula terjadi macam ni.
Aku berbaring. Angin dari kipas membuatkan aku berasa nyaman.
            Ketukan di pintu membuatkan aku membuka mata yang sengaja dipejamkan untuk meringankan kepala yang kusut dengan pelbagai persoalan.
“Mak..,” aku melihat wajah mak yang menjengah.
            “Tak tidur lagi?Banyak kerja sekolah?,” mak bertanya sambil melangkah masuk.
Wajarkah aku bercerita kepadanya?
“Tengok..bila nak kemas ni?,” mak menunjukkan kepada buku-buku aku yang berada di atas katil.
            “Nanti la. Orang nak baca lagi ni,” aku tersengih.
“Ayah mana?Dah tidur?,” aku mencapai Garfield yang berada di sebelah bantal.
            “Belum. Kat luar tu. Baca surat khabar. Adik-adik dah la, dari tadi lagi,” aku memandang mak yang mencapai sebuah buku sambil membelek-beleknya.
Aku terkenangkan semula niat tadi. Nak cerita atau tak kepada mak?Lagipun, kalau mak percaya cerita aku tu, mesti dia pula akan risau. Itu yang aku khuatirkan akan berlaku.
            “Mak keluar la. Akak jangan tidur lewat sangat. Esok sekolah lagi,” mak tersenyum.
“Ya la. Orang tau la,” aku mencapai semula buku latihan Bahasa Inggeris yang dibelek-belek olek mak tadi.
            Mak yang surirumah sepenuh masa sentiasa mengambil berat akan kami sekeluarga. Biarpun dia tak berpelajaran tinggi, namun hanya dia yang pakar untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di dalam rumah ni. Ayah pun pakar juga, cuma kepakaran tu lebih kepada mak, terutama sekali hal-hal dapur, hehe...
            Aku membelek semula buku rujukan Bahasa Inggeris yang dipinjam di perpustakaan.
“Ni pun sebab dia,” aku mengerling ke sekeliling bilik aku. Tidak ada apa-apa yang aneh atau perkara yang boleh menyeramkan aku. Kalau tak kerana “dia” yang membantu aku juga tadi di sekolah, pastinya aku tak boleh menatap buku rujukan ni pada malam ni.
            Aku membaca beberapa kali latihan tatabahasa yang terdapat di dalam buku rujukan tesebut. Aku mencari-cari writing pad di atas katil aku yang sudah bersepah dengan buku-buku yang belum dikemaskan.
“Mana pula?,” aku mengangkat buku-buku tu satu persatu.
            Kata-kata mak tadi yang bertanya bila aku akan mengemaskan semua ni, menimbulkan sedikit rasa kesal di hati. Kalau saja aku terus mengemas sebaik selesai sembahyang Isya tadi, pasti tak kan bersepah macam ni. Satu perkara yang pasti, memudahkan kerja aku untuk mencari apa yang dikehendaki.
            Aku mencapai beg sekolah yang turut berada di atas katil yang menanti masa untuk dipenuhkan dengan buku-buku.
“Ada pun,” aku mencapai plastik yang berisi kertas-kertas kosong yang aku perlukan itu.
            “Ish!Dah habis ke?,” aku menggeledah mencari kertas kosong di dalamnya.
“Tak kan semua dah pakai ya?,” aku bagaikan tak percaya apabila melihat kertas-kertas di dalamnya yang sudah penuh dengan pelbagai jenis catatan.
            Aku mengeluarkan semua kertas yang berada di dalamnya. Beberapa keping kertas yang berada di atas katil, aku capai.
“Fizik,” aku tersenyum sendiri apabila melihat gambarajah yang dilukis.
            “La..Sejarah pun ada kat sini,” aku membaca sekali imbas apa yang aku catatkan pada kertas yang lain. Hajat di hati untuk menggunakan kertas kosong bagi membolehkan aku membuat latihan yang terdapat di dalam buku rujukan itu, aku pendamkan sebentar.
            Aku menghela nafas. Penat apabila melihat buku-buku yang bersepah di atas katil. Aku memandang kepada meja belajar. Malas pula rasanya nak melangkah ke situ untuk mengambil kertas-kertas kosong yang aku perlukan.
Writing pad yang sentiasa aku beli lebih dan aku simpan di situ selain untuk dibawa ke sekolah sebagai kertas catatanku.
            Aku mengalihkan pandangan kepada buku rujukan. Kalaulah ini buku aku, bolehlah aku terus menulis di dalamnya tapi buku yang dipinjam.
“Ambik air la,” aku turun daripada katil.
            Keadaan ruang tamu yang sudah gelap tanpa cahaya lampu menunjukkan mak dah ayah juga sudah meninggalkan ruang ini. Mungkin selepas ayah habis menonton berita lewat malam yang disiarkan di TV.
Langkah yang hendak aku atur ke dapur terhenti. Aku menoleh semula ke belakang.
            “Siapa tu?,” aku berbisik sendirian. Kelibat seseorang yang sedang duduk di sofa menarik perhatianku.
“Tadi ada..,” aku memandang sekali lagi sofa yang kosong.
            Aku yakin baru tadi aku melihat susuk seseorang yang sedang duduk di situ, bertentangan dengan pintu masuk bilik aku. Ke pandangan mata aku yang tersilap malam-malam ni?
Belum habis aku memikirkan apa yang berlaku di sekolah, tak kan la “dia” sudah berada di sini?
            Kenapa la “dia” selalu mengekori aku?Aku ada buat apa-apa salahkah yang mendorongnya untuk mengikutiku dan menakut-nakutkan aku macam ni?Takut?Em..kalau betul dia nak menakut-nakutkan aku, pelbagai cara yang boleh dilakukannya. Aku yakin itu kerana pandangan mata kasarku sebagai manusia menghadkan untuk melihatnya yang bertubuh halus.
            “Dia”kah yang duduk di sofa tadi?Aku memerhatikan sekali lagi sofa sebelum berlalu ke dapur. Memang kosong dan tidak ada siapa-siapa.
Lampu di dapur yang memang sengaja dibiarkan menyala, memudahkan kerja aku.
            Air teh yang siap dibancuh, aku tuangkan ke dalam mug.
“Kalau minum saja, tak seronok!,” aku mencapai balang yang berisi keropok ikan yang sudah digoreng oleh mak petang tadi.
            Sesuatu di kaki aku mematikan langkah yang hendak diatur semula ke bilik.
“Koko!Terkejut orang,” aku memandangnya yang menggeselkan badannya di kakiku.
            “Jom!Kita masuk bilik,” aku berjalan dan diikuti oleh Koko di sisiku.
“Bau keropok ya malam-malam ni?,” sekeping keropok yang aku keluarkan, aku patahkan sebelum diberikan kepada Koko.
            “Nah!Ni pun ikan juga,” aku berikan kepadanya sebaik sampai di ruang tamu.
Surat khabar yang terletak di atas meja di ruang tamu, menarik minatku.
“Sekejap Koko. Orang nak tengok tu..nanti kita masuk bilik,” aku berlalu ke sofa.
            Hanya cahaya malap yang menerangi ruang yang gelap ni. Cahaya dari lampu di dapur membantuku untuk melihat Koko yang sedang makan keropok, berhampiran dengan pintu bilik aku.
“Susahnya nak baca macam ni..,” aku mengangkat surat khabar itu agar mengenai cahaya. Keadaan yang sedikit gelap di sofa membuatkan aku langsung tak dapat melihat apa yang tertulis di muka hadapannya.
            Suara Koko yang mengiau menggangguku.
“Dah habis?Nak lagi?,” aku memandang Koko. Mulutku sendiri yang asyik mengunyah keropok ikan tu sejak dari dapur, seakan-akan tidak boleh berhenti.
            “Sedapkan?,” aku memberikan separuh daripada sekeping keropok itu kepada Koko setelah separuhnya aku sendiri yang kunyah.
“Tak boleh la Koko. Tak nampak apa pun macam ni. Jom!Kita masuk,” aku melipat surat khabar itu untuk dibawa masuk ke bilik.
            Koko mengiau semula.
“Ya la, ya la. Dalam bilik nanti kita makan la. Jom!,” aku membuka pintu bilik. Koko masih lagi tak bergerak. Aku melihatnya yang masih di luar.
            “Cepat la. Orang nak buat kerja ni,” aku memanggilnya yang masih lagi berada di tempatnya.
“Koko..nak masuk ke tak ni?,” aku mula hilang sabar dengan ragamnya. Entah kenapa sejak kebelakangan ni, ada saja perangainya yang menguji kesabaranku. Entah-entah dia rindukan kawannya, si Che Teh tu?
            “Tak nak masuk la ni?Duduk kat situ tau,” aku memandangnya yang mengiau kepada aku sebelum aku menutup pintu bilik.
“Koko, Koko..nakal malam-malam ni,” menuju ke meja untuk meletakkan mug yang berisi air teh. Aku menghirup perlahan-lahan sebelum aku meletakkannya di atas meja.
            Aku menarik laci meja untuk mula mencari kertas-kertas kosong yang aku perlukan. Teringat 2 bungkus plastik yang berisi kertas-kertas tersebut yang belum aku sentuh.
“Nampaknya nak kena beli yang baru,” aku berkira-kira untuk membeli yang baru bagi menggantikan sebungkus plastik yang berisi writing pad itu yang bakal aku gunakan pada malam ni.
            “Mana pula ni?,” aku menggeledah laci pertama. Selalunya segala alat tulis dan juga kertas-kertas kosong aku simpan di dalam laci yang pertama di meja belajarku. Mustahil la aku sudah habis menggunakan kertas-kertas yang masih lagi banyak tu?
Aku memicit dahi. Kepala yang berserabut aku rasakan semakin berat dengan kehilangan kertas-kertas kosong yang aku perlukan itu.
            “Tak kan la dah habis semuanya?,” aku mencapai mug. Aku masih lagi ingat ada 2 buah beg plastik yang terisi kertas-kertas kosong itu yang belum aku gunakan pun.
“Biarlah..agaknya dah habis,” aku menghirup air teh yang sudah suam itu.
            Aku mencapai surat khabar yang dibawa masuk dari ruang tamu. Berita-berita yang dipaparkan aku singkap helaian demi helaian. Politik, ekonomi, isu-isu semasa dan sebagainya aku tatap sekali imbas. Semua itu tak berjaya menarik minatku untuk membaca dengan lebih lanjut.
“Apa ni?,” aku membaca berita yang tertulis.
            “Kejamnya!,” aku menyingkap ke muka surat yang seterusnya. Berita mengenai seorang pelajar perempuan yang dirogol membuatkan aku geram. Benci sudah semestinya kepada si pelaku. Aku tak ingin baca berita yang sedemikian rupa.
            Cukuplah beberapa baris aku tatap yang mengatakan bagaimana pelajar terbabit yang berusia setahun lebih muda daripada aku, disangkakan melarikan daripada rumah setelah tidak pulang ke rumahnya beberapa hari. Rupa-rupanya dia dirogol dan dibunuh. Lokasinya tak pula aku pasti di mana.  
            Aku mencampakkan surat khabar ke atas meja.
“Tak ada berita lain ke?,” aku menyedut udara untuk cuba menenangkan diri sendiri. Berita sebegitu yang aku baca beberapa minggu lepas juga membuatkan aku geram. Apalah salahnya pelajar-pelajar perempuan tersebut?Sudahlah dirogol, dibunuh pula tu!Zalim si pelakunya. Aku benci berita begitu.
            “Mana keropok?,” aku mencari-cari balang yang aku bawa dari dapur tadi. Ke mana pula hilangnya balang tu?
“Kat luar,” aku teringatkan tempat persinggahan aku sebelum memasuki bilik tadi.
            Aku membuka pintu bilik perlahan-lahan. Harap-harapnya janganlah Koko perasan kehadiranku dan memulakan ragamnya semula. Aku menjengah ke luar bilik perlahan-lahan. Mana perginya si Koko tu?
            Dadaku berdetak kencang. Aku tatap bola adik Hafizku yang bergolek ke kaki aku sebaik aku melangkah keluar.
“Koko!,” aku melihatnya yang datang menghampiri bola. Dengan siapa dia bermain?
            “Nakal ya malam-malam ni,” aku mendukung Koko. Persoalan yang tiba-tiba terlintas di benakku menimbulkan seram. Koko yang tak lama berada di dalam pelukanku, melompat turun.
Dia mengais-ngais bola tersebut yang bergolek ke ruang tamu.
            Aku memerhatikan tingkah Koko yang mengejarnya. Aku memerhatikan balang keropok yang berada di atas meja di ruang tamu. Berat pula kakiku untuk melangkah ke situ. Bola yang tergolek ke situ, menambahkan lagi rasa berat hatiku.
            Aku melihat Koko yang mengiau di situ. Sesekali dia mengais semula bola tersebut. Dengan siapa Koko “bercakap”?Selalunya apabila ada orang yang melayannya saja, dia akan mengiau begitu. Aku yang berdiri di sini pun tidak dihiraukannya lagi.
            “Koko..,” aku memanggilnya. Dia tidak mengendahkan aku. Leka benar dia mengais-ngais bola tersebut. Kakinya kadang-kadang menolak bola yang tergolek ke sana sini. Seakan-akan dia sedang bermain tapi dengan siapa?
            Aku memerhatikan sekeliling.
“Koko...,” aku memanggilnya lagi.
            “Meow..,” dia memandang aku.
“Sini..,” aku menghulurkan tanganku.
“Meow..,” dia menolak semula bola tersebut dengan kakinya. Aku yakin dia bermain dengan seseorang. Atau mungkin juga sesuatu?!
            Aku melangkah masuk ke bilik. Pantas tanganku mengunci pintu bilik setelah menutupnya. Balang keropok yang masih berada di luar, aku biarkan berada di atas meja. Nampaknya hajat aku untuk bertemankan keropok sambil membuat latihan Bahasa Inggeris itu tidak kesampaian.
            “Latihan..,” aku melangkah ke katil. Bukan setakat hajat untuk menikmati keropok ikan itu saja yang tak kan kesampaian, tetapi niatku untuk melakukan latihan bahasa itu juga tak kan ke mana setelah kertas-kertas kosong yang aku perlukan tak aku ketemui.
            “Biar betul!,” aku mencapai sebuah beg plastik yang masih lagi tertutup kemas dengan pita pelekat itu.
“Betul la. Ada kat sini,” aku mengeluarkan writing pad yang terdapat di dalamnya. Nampaknya, ingatan aku mengenai 2 buah beg plastik yang masih ada di dalam laci meja aku tak salah. Macam mana pula boleh ada di atas katil ni?
            “Dia..,” aku mengetap bibir. Tak jemu-jemu “dia” yang tak aku kenali itu menghulurkan bantuan. Aku memerhati sekeliling bilik yang kosong. Hanya aku sahaja yang menjadi penghuninya. Mungkinkah Koko boleh nampak “dia”?Dengan siapa Koko bermain tadi?
            Aku meniarap setelah membuka kembali buku rujukan Bahasa Inggeris yang dipinjam. Tempoh seminggu yang diberikan mestilah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Walaupun tempoh pinjaman tersebut boleh dilanjutkan, tetapi aku rasa rugi pula kalau hanya meminjam buku yang sama berulang-ulang kali. Sedangkan, masa tersebut boleh digunakan untuk meminjam buku-buku rujukan yang lain.
Aku berbaring setelah penat menumpukan perhatian kepada beberapa soalan yang tertera. Ada sesetengahnya yang aku jawab dan ada juga yang aku tinggalkan setelah dirasakan agak susah.
“Dah pukul 12.50?,” aku bagaikan tak percaya apabila melihat jam loceng yang tergolek di sisi kananku. Aku menggosok mata beberapa kali. Angin malam yang yang bercampur dengan angin kipas, membuatkan aku ingin melelapkan mata.
Mata yang hampir layu terbuka luas apabila terpandangkan sesuatu di atas meja belajarku. Aku bangun melangkah turun daripada katil. Rasa mengantuk serta merta hilang apabila terpandangkan objek tersebut.
Aku mencapai balang yang mengandungi keropok ikan tersebut. Kalau tadi, beg plastik yang aku cari berada di katil, dan sekarang balang yang aku sengaja biarkan di atas meja di ruang tamu pula berada di sini. Bukan sengaja aku nak tinggalkan, tetapi takut pula apabila terfikirkan dengan siapa Koko bermain tadi!
Aku melirik sekeping kertas yang ditindih dengan glob salji. Aku mengalihkan glob tersebut.
“Em..nak tulis apa ya?,” aku mencapai pen yang sudah berada di atas meja.
Seandainya bulan berbicara
Mungkin ia akan berkata
Mengapa sekarang semakin ramai manusia
Sering kufur dengan nikmat-Nya
Tidak takutkah dengan dosa?

            “Wah!Macam ustazah pula,” aku tersenyum sendirian setelah menulis rangkap tersebut. 


Wednesday 11 June 2014

DIA MIKHAEL...11


11
            Aku menghalakan basikal menuju ke kedai Pakcik Mud untuk mendapatkan kuih donat seperti kebiasaannya. Dari jauh, aku sudah boleh melihat kedainya yang hanya diterangi oleh lilin. Selalunya Pakcik Mud akan menyalakan 3 batang lilin. Satu yang diletakkan di atas meja yang terdapat kuin-muih jualannya dan juga nasi lemak, satu lagi diletakkan di atas meja untuk pelanggannya menjamu selera di situ dan sebatang lagi lilin biasanya di letakkan di tempat dia menyimpan duit, yang berhampiran dengan makanan yang dijualnya.
            Aku turun untuk menongkatkan basikal. Budak lelaki yang pernak aku nampak tempoh hari, masih duduk di atas tembok berhampiran dengan longkang. Aku memerhatinya. Kali ini di tangannya, terdapat sebuah anak patung Ultraman. Leka benar dia bermain dengan anak patung tu.
“Comel,” aku memerhati raut wajahnya yang berkulit cerah itu. Aku lihat dia sedang bernyanyi-nyanyi kecil. Entah lagu apa yang dialunkan oleh budak tu.
            “Lida, awal pula pagi ni?,” suara Pakcik Mud menegur.
Aku berjalan memasuki kedainya yang sederhana besar itu. Sepeti biasa, akulah yang akan menjadi pelanggan pertamanya diwaktu-waktu macam ni.
“Saja nak pergi sekolah awal sikit hari ni. Minggu lepas dah asyik pergi lewat,” aku memerhatikan nasi lemak Makcik Zabedah yang turut berada di atas meja. Aku boleh mengecamnya kerana bungkusannya berbeza dengan nasi lemak lain yang tidak dibalut dengan menggunakan daun pisang.
            “Nak apa pagi ni?Pilih dulu. Pakcik nak susun ni. Baru sampai tadi,” aku melihat Pakcik Mud yang mengeluarkan kuin-muih daripada sebuah bakul.
“Yang tu yang siapa pula?,” aku kehairanan kerana di atas meja sudah pun terdapat beberapa jenis kuih.
            “Yang ni daripada seorang makcik tu. Daripada kampung sana tu...,” Pakcik Mud menunjukkan kepada jalan yang menuju ke sekolah aku.
Kampung?Jangan-jangan kampung yang sama didiami oleh Mikhael. Aku tersenyum apabila mengenangkan tuan empunya nama.
            “Pakcik, orang nak kuih donat je. Sebab pagi ni dah bawa bekal daripada rumah,” aku menjelaskan kepadanya.
“Ya ke ni?Ke nasi-nasi kat sini tak sedap?,” Pakcik Mud tersenyum.
            “Mana ada. Sedap la. Semua sedap. Nak-nak pula yang Makcik Zabedah buat. Wangi bau dia,” aku memuji ikhlas. Risau juga kalau Pakcik Mud tersalah anggap kenapa aku tidak membeli nasi daripadanya pagi ni.
            “Ingatkan tak sedap. Kalau sedap nah...ambik ni,” dia memasukkan 2 bungkus nasi lemak ke dalam satu lagi beg plastik dan menghulurkannya kepada aku.
“Tak payah la pakcik,” aku menolak. Malu untuk sentiasa menerima pemberiannya.
            “Ambik je la. Pakcik sedekah. Buat makan dengan kawan. Lagipun tadi kata sedap kan?,” dia masih lagi menghulurkan kepada aku.
“Lagipun kamu ni pelanggan tetap pakcik. Murah rezeki pakcik selalu.....”
            “Apa pakcik?,” aku bertanya apabila ayatnya seakan-akan tergantung di situ.
“Tak ada apa-apa la. Maksud pakcik murah rezeki pakcik kamu selalu datang sini,” dia tersenyum.
            “Terima kasih ya pakcik. Saya jalan dulu,” aku meminta diri selepas membayar harga kuih donat.
Murah rezeki aku pagi ni apabila dihadiahkan 2 bungkus nasi lemak!
            Aku menaiki basikal untuk bertolak ke sekolah. Van kilang yang baru sampai di tepi jalan menarik perhatian aku.
“Untung Pakcik Mud pagi ni,” aku sempat melihat beberapa orang perempuan yang berpakaian seragam berwarna biru dan putih itu keluar daripada van tersebut. Pastinya hendak menuju ke kedai Pakcik Mud.
            “Kesian Pakcik Mud sorang-sorang nak jaga kedai,” aku berbisik sendirian.
“Ada lagi budak ni?,” aku melihat budak lelaki tersebut yang tersenyum memandang aku.
            Aku menghalakan basikal menuju kepadanya.
“Adik..buat apa kat sini?,” aku melihat tangannya yang memusing-musing anak patung Ultraman yang berada di tangannya.
            “Tunggu ayah.”
Tunggu ayah?Aku memandang sekeliling. Mana perginya ayah kepada budak ni?Awal-awal pagi macam ni, berani dia tinggalkan anaknya yang kecil macam ni seorang diri.
“Ayah pergi mana?,” aku menanyakan budak tu. Bibirnya masih lagi menyanyi-nyanyi lagu yang tak jelas dipendengaranku.
            Budak tersebut tidak menjawab. Sebaliknya hanya tersenyum kepadaku.
Kesian budak ni. Aku memerhatinya yang lengkap berpakaian sekolah.
            “Nak pergi sekolah?Jom, akak hantar,” aku mengajaknya untuk menghantar ke sekolah rendah yang tidak jauh daripada kawasan perumahan ni. Biarpun bukan jalan yang sama untuk menuju ke sekolah aku, tapi aku tak kisah. Asalkan budak ni selamat sampai di sekolahnya.
Dia menggeleng.
            “Nak tunggu ayah. Nak pergi dengan ayah.”
Agaknya dia mendapat pesanan ayahnya untuk tidak mengikut sembarangan orang?
“Pandai ya,” aku memuji budak tersebut. Dia tersenyum lagi.
            “Nak kuih?Ni nasi pun ada,” aku mengangkat beg plastik kepadanya.
“Tak nak. Dah kenyang,” dia mengalunkan semula irama lagu itu.
            Aku mula mengayuh basikal. Sebaik sampai di jalan keluar, aku memandang ke kanan. Biarpun aku tak perlu melintas sewaku hendak pergi ke sekolah, aku perlu juga memastikan keadaan jalan yang selamat untuk memasuki jalan di sebelah kiri.
            Sebelum aku mula mengayuh, aku menoleh unuk melihat budak tersebut. Dia sudah tiada di situ. Aku tersenyum. Agaknya ayahnya sudah pun sampai untuk mengambilnya. Aku pelik kenapa ayahnya berani meninggalkan budak tu seorang diri di situ?Biarpun dia nampak seperti budak yang cerdik yang mungkin tak akan semudahnya mengikut sembarangan orang, tapi hakikatnya dia tetap budak-budak. Macam-macam benda boleh berlaku kepada buda sekecil tu.
            Aku memerhati kepada jalan berlorong yang menuju ke kampung Mikhael. Dia tiada di situ. Aku memberhentikan basikal.
“Mana Mikhael ni?,” aku melihat jam di tangan.
            “Tak la lewat sangat. Tak kan dia dah pergi?,” sekali lagi aku melihat jam di tangan yang menunjukkan hampir ke pukul 6.45 pagi. Mungkin juga Mikhael menunggu aku tadi dan dia pula menyangka aku yang sudah pergi terlebih dahulu?
Aku mengayuh semula basikal.
            Aku sedikit kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Mikhael pagi ni. Kalau tidak, dapatlah berteman dengan dia untuk pergi ke sekolah.
Beberapa meter sebelum sampai di pintu pagar sekolah, aku sempat melihat tempat biasa yang menjadi tempat menjual nasi lemak oleh sepasang suami isteri itu.
“Tak ada pula pagi ni,” aku melihat tempat itu kosong. Tidak ada meja yang dibuka. Kereta mereka juga tidak ada di situ. Sah la mereka tidak berjualan pagi ni.
            Aku tersenyum memandang bungkus plastik yang berisi 2 bungkus nasi lemak yang diberi oleh Pakcik Mud. Kalau la Aisyah tidak membawa bekal daripada rumahnya, mesti dia akan kecewa kerana pagi ni tidak ada nasi lemak yang dijual di situ.
“Mujur la ada yang ni,” aku terus mengayuh basikal menuju ke bangsal untuk menyimpan basikal.
            Sebaik aku mengunci basikal, aku melihat ke hujung bangsal.
“Budak tu...,” aku melihat budak perempuan yang duduk mencangkung di sisi basikalnya.           
            Aku maju beberapa tapak menuju kepadanya.
“Biarkan dia di situ,” kata-kata Mikhael bergema semula di ingatan. Langkah yang diatur terhenti.
“Apa yang dia buat di situ?,” perasaan ingin tahu ku berperang dengan pesanan Mikhael.
            Aku melangkah beberapa tapak lagi ke hadapan. Nak tegur atau tak?Kesian dia. Apa yang dia buat di situ?Mana la tahu kalau-kalau dia ada masalah.
Aku mengaturkan langkah beberapa tapak menuju kepadanya. Lebih kurang 2 meter daripadanya, aku dapat mendengar esakannya.
            Sah, dia menangis. Betul apa yang aku jangkakan selama ni. Budak perempuan ini mempunyai masalah.
“Lida!,” suara dari belakang membantutkan niatku untuk menegur budak perempuan itu. Elok-elok  mulutku sudah terbuka untuk memanggilnya.
            “Lida, sini!,” Mikhael menggamitku.
Aku tersenyum memandangnya.
            “Sini!,” dia menjerit lagi memanggilku.
Aku menoleh semula kepada budak perempuan itu yang masih lagi menangis. Apa masalahnya?
            “Lida, awak dengar tak?!,” aku menoleh kepada Mikhael. Mikhael ni pun. Tak sabar-sabar.
“Ya la, ya la. Orang datang ni,” aku berjalan menuju kepada Mikhael. Tak apa, esok atau bila-bila aku jumpanya, aku boleh menegurnya lagi.
            “Kenapa awak ni Mikhael?Saya dengar la.”
Mikhael memandang aku. Riak wajahnya serius. Tidak ada senyuman manis yang selalu diukirnya untukku. Jangan-jangan dia marah kerana aku meninggalkannya untuk ke sekolah tadi?
“Awak ingat tak apa saya pernah cakap kat awak?,” dia memandang aku.
            Apa yang dicakapkannya?Yang mana satu?
“Awak..er..marah ke sebab saya tak tunggu tadi?,” aku membuat tekaan sendiri.
            Dia menggelengkan kepala.
“Bukan yang tu. Tu..,” dia menunjukkan ke belakangku.
            “Apa?Budak tu?,” aku bertanya kembali.
“Ya. Awak ingat tak apa yang saya cakap?.”
Aku menganggukkan kepala.
            “Dah tu?!,” Mikhael meninggikan suaranya.
Aku terkejut. Belum pernah dia memarahi aku. Salahkah aku nak menegur budak perempuan tu?
            “Tadi tu..saya dengar dia...”
“Kan saya dah cakap. Biarkan dia kat situ. Awak faham tak?,” Mikhael merenungku.
            “Tapi..tadi saya dengar. Kalau awak tak percaya awak pergi tengok sendiri. Dia...,” aku ingin menjelaskan kepada Mikhael yang budak perempuan itu menangis. Biar Mikhael tahu yang budak tu ada masalah.
“Dia apa?Biarkan dia kat situ. Bukan susah pun nak buat macam tu kan?.”
            Aku menganggukkan kepala. Sekadar untuk memuaskan hati Mikhael.
Mikhael ni tak kan faham. Biarlah. Kalau bukan hari ni, esok-esok pun aku boleh menegurnya.  
            “Jangan kacau dia. Biarkan dia duduk kat situ. Bukan hanya pagi ni, bila-bila pun jangan. Faham tak?,” Mikhael bertanya lagi. Pastinya dia boleh membaca niatku apabila melihat reaksiku yang seakan-akan tidak berpuas hati.
“Ya la. Orang tau la,” aku berlalu untuk pergi ke kelas.
            Kenapa hal itu pun nak jadi satu masalah?Bukan salah pun kalau aku nak menegurnya. Aku yakin budak perempuan itu memerlukan pertolongan. Kalau tak, kenapa dia menangis?
“Lida!,” aku tak menghiraukan panggilan Mikhael. Dah la tadi dia marahkan aku!
            “Lida, tunggu!,” aku mempercepatkan langkah.
Mikhael memintas aku di hadapan. Aku memandang ke arah lain. Malas nak menatap wajahnya.
            “Nah..awak tertinggal tadi,” dia menghulurkan beg plastik kepadaku.
Malunya!Ingatkan nak buat tak tahu tapi alih-alih dia juga yang menolong aku.
            Aku menyambut beg plastik yang dihulurkan sebelum berlalu. Sengaja aku tidak mengucapkan terima kasih kepadanya yang masih berdiri di situ.
“Hati-hati!,” dia menjerit lagi kepada aku. Aku melangkah pantas menuju ke kelas.
            Sampai hati dia marahkan aku hanya kerana hal tadi!Belum pernah Mikhael memarahi aku. Tak kan la hanya kerana aku nak menegur budak perempuan yang menangis itu menjadi kesalahan yang besar?Aku tak faham kenapa Mikhael mencegah aku daripada berbuat demikian.
            Aku membuka kunci pintu kelas seperti selalu. Biarkan!Biarkan Mikhael. Aku tak akan tunggu dia bila balik sekolah nanti.
Aku berjalan menuju ke belakang, seperti biasa untuk mencapai penyapu dan mulakan kerja yang sudah menjadi tugasan harianku.
“Benci Mikhael!,” aku membebel seorang diri sambil menyapu. Sampai hati dia marahkan aku. Aku tak dapat lupa suaranya yang lantang tadi itu. Wajahnya pula garang semacam. Sedangkan sebelum ni belum pernah dia berkelakuan seperti itu. Hanya senyuman manisnya yang selalu terukir. Senyumannya yang selalu buatkan aku rasa tak sabar untuk selalu bertemu dengannya.
            Deruman enjin bas membuatkan aku tersenyum semula.
“Lebih baik makan dengan Aisyah,” aku teringatkan makanan yang dibawa hari ni. Nasi, kuih dan juga sandwich yang dibawa dari rumah.
            Pasti kenyang kami berdua hari ni. Wajah Mikhael yang tersenyum melintas di fikiranku.
“Biarkan!,” aku meletakkan semula penyapu di sudut belakang kelas. Aku mengemas Sudut Bacaan yang agak bersepah. 2 buah meja yang tidak teratur, aku tolakkan agar kembali rapat ke dinding.
            Bunyi yang sama bergema daripada bilik sebelah.
“Dah ada orang agaknya,” aku teringatkan budak perempuan yang selalu membaca di tempatnya.
           
 ########################################################
Aku membasuh tangan di sinki di dalam makmal Biologi. Biarpun tiada sebarang eksperimen yang dijalankan pada hari ni, aku selesa untuk membasahkan tangan di situ. Rasa tenang apabila bermain-main dengan air yang mengalir membasahi tangan. Kalau di rumah juga, mak pasti akan memarahi aku kerana selalu bermain dengan air di sinki. Bukannya nak mencuci pinggan sangat pun!Hehe...aku tersenyum sebaik teringatkan wajah mak. Mesti dia sibuk memasak sekarang ni.
            “Buat apa ni?Lama sangat,” Aisyah menepuk bahuku.
Aku tersengih.
“Air ni..best. Sejuk je. Cuba rasa,” aku memercik sedikit air tu kepadanya.
            “Lida!Basah la tudung orang,” dia menjerit kecil. Nasib baik kelas yang bermula hampir satu setengah jam tadi sudah pun habis.
“Ala..sikit tu pun nak berkira,” aku ketawa melihat mukanya yang berkerut.
            “Sikit?Nah!Ambik ni,” dia memercik semula air yang ditadah dengan tapak tangannya kepada aku. Aku mengelak kerana sudah boleh mengagak reaksinya kepadaku.
“Tak kena!,” aku meninggalkannya di bahagian sinki itu seorang diri.
            “Syah, tolong tutup tau paip tu,” aku tersenyum memandang mukanya.
“O..pandai main suruh kita pula tutup.”
            Aku mengemaskan buku rujukan dan buku nota Biologi yang terdapat di atas meja. Khairul dan Fakri yang turut berkongsi meja dengan aku dan Aisyah untuk kelas Biologi sudah pun meninggalkan makmal.
“Khairul dengan Fakri dah balik ke?,” aku mendapatkan kepastian daripada Aisyah yang baru datang kepadaku.
            “Rasanya belum. Ada kat makmal sebelah. Nak jumpa Cikgu Syamsiah.”
Makmal Fizik yang berjiran dengan makmal Biologi sudah menjadi tempat untuk berjumpa dengan cikgu-cikgu yang berkenaan, kalau bukan di bilik guru di sinilah mereka akan berada untuk menyiapkan kerja-kerja mereka.
            “Rajinnya mereka dua orang tu,” aku memuji kegigihan dua orang pelajar lelaki yang sekelas dengan aku tu.
“Saya nak pergi perpustakaan ni. Nak ikut tak?Abang Kamal cakap minggu lepas ada buku-buku baru yang sampai kat situ.”
            Aisyah mengemaskan buku-bukunya.
“Boleh juga. Ingat nak pinjam buku latihan Matematik. Awak?.”
            “Em..tak tau lagi. Nak tengok-tengok dulu.”
“Amboi!Nak pinjam apa pun tak pasti lagi?Macam banyak pilihan je,” Aisyah mencucuk jarinya ke pinggangku.
            “Ya la. Boleh rambang mata nanti bila tengok buku-buku baru tu nanti. Tapi saya tak apa..kan kalau susah-susah sangat, saya boleh pinjam waktu balik nanti. Perpustakaan buka lagi kan waktu tu?,” aku memandang Aisyah.
“Selalunya buka. Cuma hari Jumaat je yang tak selewat macam selalu. Kan nak sembahyang Jumaat kan.”
            Aku mengangguk mendengar kata-kata Aisyah. Betul juga. Hampir terlupa pula aku waktu perpustakaan yang akan dipendekkan pada hari Jumaat.
“Dah?Jom la,” Aisyah bangun daripada kerusi.
            Sewaktu melintasi bangunan yang menempatkan kelas-kelas tingkatan 6 tu, mataku sempat menangkap kelibat Mikhael yang berada di koridor. Dia yang sedang berjalan tidak perasan aku yang sedang memerhatikannya.
“Tengok apa?.”
            “Tak ada apa-apa la,” aku berbohong.
“Eleh!Macam la orang tak tau. Tu...,” aku memandang Aisyah.
            “Apa yang awak tau?,” aku mengangkat kening. Bukan aku tak tahu kadang-kadang sikapnya yang suka menyerkap jarang.
“Tu...kelas-kelas tu. Ada seseorang kan?,” dia tersenyum.
            “O..mesti ada,” timbul idea aku untuk mengenakannya.
“Ha!Kan betul saya cakap. Siapa?Siapa?,” dia memegang lenganku.
            “Siapa lagi?Bukan setakat seseorang tapi berpuluh-puluh orang,” aku tersenyum.
“Hah?Berpuluh-puluh?,” aku memandang wajahnya yang mengerut. Tak faham lagi si Aisyah ni!
            “Ya la. Berpuluh-puluh la. Tu..tak nampak kelas-kelas tu?Satu kelas je dah berapa ramai...,” aku ketawa. Tak dapat menahan lagi apabila melihat memek mukanya yang memadang aku apabila aku memberikan jawapan tesebut kepadanya.
“Lida!Jahat awak,” dia menampar bahuku.
            “Bukan jahat tapi nakal je,” aku ketawa lagi.
“Alala...jangan la merajuk. Sebab saya tak tau nak pujuk,” aku tersenyum.
            “Siapa yang merajuk?Jom la,” dia menarik tanganku menuju ke tangga untuk ke perpustakaan.
“Saya bawa sandiwch tau. Nasi lemak yang awak suka tu pun ada.”
            “Ni nak pujuk ke ni?,” dia tersengih memandang aku.
“Em..anggap la macam tu. Hehe...”
            “Awak ni kan tak habis-habis,” aku mengikuti Aisyah yang melangkah terlebih dahulu.
“Saya pergi kat sana. Nak cari buku Matematik,” Aisyah menunjukkan kepadaku rak yang terletak di sebelah kanan.
            “Ok,” aku menuju ke rak-rak yang terletak di sebelah kiri.
“Wah!Banyak buku-buku baru,” aku melihat buku rujukan Sejarah yang dicapai.
            “Mesti Fakri suka ni,” aku tersenyum apabila membelek isi kandungannya. Mungkin buku ini lebih lengkap kalau nak dibandingkan dengan buku yang telah dipinjam oleh Fakri tempoh hari.
“Nanti la beritahu dia,” aku meletakkan semula buku tersebut di rak.
            Aku terus memerhati beberapa buah buku lagi yang tersusun kemas di rak.
“Nak pinjam yang mana ni?,” aku mencapai sebuah buku rujukan Bahasa Inggeris.
            Aku membuka kotak pensil Garfield yang dibawa bersama buku rujukan Biologi.
“Mana pula ni?,” aku menggeledah “perut” Garfield.
            “Dalam beg!,” aku teringatkan kad meminjam yang tertinggal di dalam beg. Tak boleh pinjam lagi la hari ni. Kalau la Aisyah nak pinjam dua buah buku, tak bolehlah aku meminjam dengan menggunakan namanya. Aku sudah sedia maklum akan peraturan perpustakaan yang menghadkan setiap orang pelajar untuk meminjam dua buah buku pada setiap satu-satu masa.
            Aku meletakkan semula buku rujukan Bahasa Inggeris tu di rak dengan sedikit perasaan kecewa.
“Tak apa la. Tak ada rezeki hari ni,” aku berjalan menuju ke sebuah meja sementara menanti Aisyah untuk memilih buku-buku yang nak dipinjamnya.
            Aku membaca buku rujukan Biologi. Sesekali aku melihat sekeliling perpustakaan yang tak ramai sangat dengan kehadiran pelajar. Mesti la pada waktu-waktu macam ni lebih ramai yang menjamu selera di kantin, di bawah pokok dan sebagainya di kawasan sekolah ini.
“Macam mana la boleh cuai sangat ni?,” aku mengetuk-ngetuk jari di buku rujukan Biologi.
            Selalunya kad meminjam yang aku masukkan ke dalam “perut” Garfield akan memudahkan urusanku di perpustakaan tapi tidak untuk hari ni. Kalau la berada di dalam beg sekolahku, itu tak mengapa. Bagaimana kalau hilang?Aku sendiri kurang yakin di mana aku letakkan kad itu sebenarnya.
            Nampak gayanya kalau betul-betul hilang memang aku kena beli yang baru daripada abang Kamal. Sedangkan hampir 5 tahun kad yang sama aku gunakan sejak dari tingkatan 1. 
Sayang juga apabila memikirkan kad tu, biarpun sudah hampir pudar warnanya.
            Abang Kamal sendiri pernah mengusik aku agar mendapatkan kad yang baru kerana keadaan kad meminjam aku yang lama tu. Dari berwarna biru terang sudah menjadi kepada biru muda.
Aku menjeling kepada Aisyah yang sedang berdiri di sebuah rak. Leka benar dia membelek buku-buku di situ.
            Aku mencapai kotak pensil Garfield. Pantas tanganku menggeledah sekali lagi isi “perut”nya.
“Memang tak ada,” aku menarik zipnya semula. Aku mengerling jam di tangan. Kalau la nak balik ke kelas dan kemudian berpatah balik ke sini, mestinya memakan masa. Sedangkan aku dengan Aisyah belum lagi makan.
            Aku bangun menuju ke rak. Sekali lagi aku mencapai semula buku rujukan Bahasa Inggeris yang lengkap dengan pelbagai latihan tu. Aku membuka ke bahagian belakang yang terlekatnya sekeping kertas kecil. Tiada catatan tarikh di situ.
“Aku la yang sepatutnya menjadi peminjam pertama,” aku mengeluh.
            “Dah pilih?,” kata-kata Aisyah mengejutkan aku.
“Dah..tapi tak boleh nak pinjam.”
            “Tak boleh?Kenapa?Tak kan nak pinjam ensiklopedia kut,” Aisyah mencapai buku yang berada di tanganku.
“Bukan la. Bukan macam tu..tapi kad tak bawa. Tertinggal dalam beg kat kelas tu,” aku menerangkan kepada Aisyah yang tersalah faham. Pastinya aku sudah sedia maklum akan salah satu peraturan perpustakaan yang tidak membenarkan sebarang ensiklopedia untuk dibawa pulang.
            “Awak ni biar betul,” Aisyah merenungku.
“Betul la. Terlupa nak bawa.”
            Aisyah menarik tanganku. Kenapa pula dengan Aisyah ni?
“Tu...apa tu?,” Aisyah menunjukkan kepada meja yang terdapatnya buku Biologiku dan juga Garfield.
            “Astaghfirullah..,” hanya itu yang mampu aku ucapkan.
“Kan awak bawa kan?Tu la...lain kali fokus sikit!Jangan banyak berangan,” Aisyah mencucuk pinggangku sebelum berlalu ke kaunter.
            Mustahil. Dua kali aku menggeledah tadi. Sekarang ni macam mana pula boleh ada?

Aku mencapi kad meminjam yang terletak berhampiran dengan kotak pensilku. Buntunya!