Uzair menyisip sedikit air kopi ekspresso yang dibeli sewaktu di dalam
perjalanannya ke bangunan pejabat buah hatinya itu. Lagu I found you yang
didendangkan oleh kumpulan The Wanted menjadi halwa telinganya pada pagi itu di
dalam kereta. Sudah hampir lima belas minit dia menunggu namun masih belum
memberikan hasil untuk tujuannya ke situ.
Sebuah kereta Nissan
Infiniti G37 yang berwarna merah yang memasuki sebuah petak parkir yang
bertentangan dengan keretanya mula membuatkan ulas bibir Uzair menguntumkan
senyuman. Akhirnya!Akhirnya sudah tiba buah hatinya yang ditunggu-tunggu sedari
tadi. Pagi ini, dia ingin melihat sendiri kenapa Jojo boleh berubah hati dan
bersikap dingin kepadanya tempoh hari.
Seorang perempuan yang
melangkah keluar dari kereta buah hatinya itu mencuri pandangan mata Uzair.
Ah!Tak pentinglah siapa perempuan itu. Tengoklah penampilannya itu. Euww!Baju
kurung dan er..apa-apalah yang menutup kepala dia itu. Memang dasar perempuan
kampung! Mata Uzair terus bergerak mencari-cari lagi kalau-kalau adanya
penumpang lain.
“Hmm..tak ada pun. Agaknya
teman lelaki dia tak kerja kat sini?Atau pun...” Uzair terus berfikir. Matanya
menyusuri langkah kedua-dua sosok tubuh itu yang sudah bergerak menuju ke lif.
“Atau pun memang teman
lelaki dia tu tak bekerja?Dan hanya nak kikis Jojo?Isy!Tak guna!Siaplah kalau
aku dapat. Tahulah aku nak ajar mana mana nanti!.” Uzair terus melempiaskan
kemarahannya seorang diri di dalam kereta. Pelbagai telahan demi telahan muncul
di ruang benaknya semenjak Jojo memberikan layanan yang dingin kepadanya. Siapa
gerangan yang membuatkan buah hatinya itu berubah sikap masih menjadi persoalan
kepadanya sehingga dia mengambil keputusan untuk datang menyiasat sendiri pada
pagi itu.
Kelibat Jojo dan perempuan
itu yang tidak lagi kelihatan di pandangan mata membuatkan Uzair mula memandu
untuk meninggalkan bangunan berkenaan.
###############################################
“You tahu kan yang hari ni
Risya akan buat photoshoot dengan kita?,” Jojo melepaskan soalan tersebut
seiring dengan pandangan matanya yang ditalakan kepada raut wajah Hana.
Hana menganggukkan
kepalanya sambil tersenyum.
“Mestilah tahu. Kan ke Jojo dah bagi kat saya jadual tu. Sejak saya terima
jadual tu saya dah tahu pun tapi kenapa ya?Ada apa-apa masalah ke?.”
“Tak la. Mana ada apa-apa.
Saja je I tanya kalau-kalau you terlupa. Kalau you terlupa, I nak ingatkan.
Well, er..I mean...” Jojo mula tergagap-gagap apabila sepasang anak mata Hana
tepat memandang kepadanya. Come on Jojo!Hari ni dah masuk dua bulan dia bekerja
kat sini. Tak kan kau masih nervous lagi kut?
“Kenapa ni?Kenapa Jojo
nampak risau je?Resah semacam je ni?.” Suara lembut itu menarik perhatian Jojo
yang dihalakan ke pintu lif. Lif baru sahaja bergerak melewati aras 10.
Raut wajah Hana ditatap.
Entah kenapa kadang-kadang lidahnya boleh jadi keras dan kelu terus setiap kali
berhadapan dengan pembantunya itu. Bukannya dia tidak berusaha untuk mengatasi
masalahnya yang satu itu, tapi memang tak boleh. Tengoklah tu..senyumannya,
suaranya, matanya..
“Jojo!Jojo!Ish!Orang tanya
ni..boleh pula dia mengelamun.” Satu tamparan lembut singgah di lengannya tapi
Jojo tersenyum terus. Biarlah!Hana nak buat apa pun dia rela tau!
“Jojo..dengar tak ni?Saya
tanya ada apa-apa masalah ke Risya nak buat photoshoot dengan kita hari
ni?Semua dress dan kasut yang dia nak guna saya dah sediakan semalam. Apa yang
tinggal, aksesori je la. Er..nanti Jojo tolonglah pilih yang mana satu ya. Saya
tak tahu nak padankan dengan semua dress tu,” Hana membuat pengakuan.
Jojo tersenyum terus. Pembantunya itu dilirik sekali lalu. Sudah
masuk dua bulan Hana datang dan pulang bersama-sama dengannnya kecuali satu
hari yang itu. Hari di mana dia perlu menjemput Uzair dari lapangan kapal
terbang.
Jojo melepaskan keluhan
sebaik seraut wajah lelaki itu terlintas sejenak di benaknya tadi. Sejak tempoh
hari, dia langsung tidak menghubungi Uzair. Tiada panggilan atau pun mesej yang
diberikan kepada lelaki itu biarpun adanya panggilan dan mesej yang datang dari
Uzair.
“Jom!Dah sampai pun,” Hana
melangkah keluar sebaik tiba di aras 16. Jojo tersenyum tawar. Dia sudah nekad.
Dia ingin berterus-terang dengan Hana. Ya, dia perlu melakukan itu. Cuma, dia
perlu mencari masa dan tempat yang sesuai untuk menceritakan segala-galanya
kepada pembantunya itu. Bukan hanya mengenai Uzair, tetapi mengenai hati dan
perasaannya terhadap Hana.
“Kenapa ni Jojo?Tak sihat
ke?,” Hana memerhati Jojo yang berjalan beriringan dengan menuju ke studio.
“Isy, mana ada!I okay.
Sihat je ni, tak nampak?.” Jojo berdehem sekali dua. Kalau dia ingin
mendapatkan Hana, dia mesti berubah dan itu termasuklah cara percakapannya juga
kan?
“Hana!.” Satu suara dari
belakang mereka menerjah ke pendengaran. Serentak, Jojo dan Hana berhenti dan
menoleh ke belakang. Kelihatan Erin yang sedang berdiri di depan muka pintu
pejabat.
“Apa yang dia nak?,” bisik
Jojo.
“Tak pe la. Saya pergi sana kejap. Er..Jojo pergilah masuk dulu. Kejap lagi
saya datang. Semua dress tu dah sedia tau. Kasut pun..,” Hana mengingatkan
penata fesyen itu sebelum mula mengatur langkah.
Jojo yang memerhati merasa
sedikit sangsi. Kenapa sejak dua bulan yang lalu, setiap pagi si Erin itu akan
memanggil buah hatinya?Mesti ada..eh!Kejap, kejap..Jojo, bila pula Hana jadi
buah hati kau ni?
Jojo tersengih sendirian.
Kakinya masih lagi terpacak di situ. Matanya mengerling Hana yang baru mengikut
Erin melangkah masuk ke dalam pejabat. Penampilan gadis itu masih lagi sama.
Langsung tidak berubah apa-apa tapi dia senang begitu. Itulah Hana yang dia
kenal sejak hari pertama. Hana yang sentiasa membuatkannya tidak sabar untuk
datang bekerja setiap hari. Kerja?Eh!Bukankah dia kena memilih aksesori untuk
dipadankan dengan dress tu? Kalau hendak fikir pasal Hana je, sehari suntuk pun
dia boleh duduk tanpa melakukan apa-apa.
Jojo mula menghala ke
studio dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
Erin memerhati tingkah
Hana yang sedang melakukan ‘tugasan’ yang diberikannya tadi. Dia tersenyum
berpuas hati apabila melihat air kopi yang sedang dibancuh oleh perempuan
kampung itu. Nampaknya apa yang pernah diberitahu oleh Risya kepadanya dahulu,
memang betul.
Hana, si Sleeping ugly tu
memang boleh disuruh melakukan apa saja. Apa yang penting, percuma pula tu. Apa
lagi yang dia nak?Kalau sebelum ini, dia merasakan bahawa dia la kakitangan
yang paling bawahan sekali dengan kerjanya sebagai penyambut tetamu dan kerani
di Fabuloustar itu tetapi dengan adanya gadis dungu itu, dia bukan lagi
kakitangan bawahan tau!
“Ei!Cepatlah sikit buat
air tu. Nak buat air pun lembap. Aku tak tahulah macam mana kau boleh buat
kerja dengan Jojo tu dan bertahan sampai sekarang.”
Suara Erin yang kedengaran
tidak diendahkan. Hana terus memasukkan gula ke dalam teko air. Dua bulan
bekerja di situ, dia sudah biasa dengan ‘tugas’ barunya yang diberikan oleh
Erin iaitu untuk menyedikan air kopi buat gadis itu. Semuanya bermula sejak
kedatangan Rina ke situ genap seminggu dia bekerja.
“Lagi satu, bukan ke aku
dah pernah pesan, setiap hari buatkan aku kopi. Kau ingatkan?Habis tu tadi
kalau aku tak panggil, memang kau nak masuk studio teruslah kan?Ke kau saja
buat-buat lupa kerja kau ni?.”
Hana diam tidak berkutik.
Biarkan, sabar je la Hana. Siapakan air dia dan lepas tu, kau boleh ke studio
untuk tolong Jojo dan belajar dari dia macam mana nak suai padankan
aksesori-aksesori yang banyak tu dengan semua dress yang akan digunakan oleh
model-model pada hari ini.
Erin yang tidak menerima
sebarang respons dari gadis itu semakin mendidih darahnya. Tangannya mula naik
menolak bahu gadis itu.
“Hei!Aku cakap dengan kau
ni!Kau dengar ke tak?Kau ingatkan apa yang aku pesan?Setiap hari buatkan aku
kopi dulu. Kemudian barulah kau masuk studio buat kerja-kerja kau. Kau ingat ke
tak?Itu pun kalau kau nak bertahan lamalah kat sini. Kalau tak...”
Hana menoleh ke arah Erin
apabila mendengar nada yang berbaur ugutan itu dilontarkan kepadanya.
Kenapa?Kenapa Erin harus bersikap begitu kepadanya?Matanya memerhati Erin yang
sedang tersenyum sinis kepadanya. Sabar Hana. Anggap saja kau tolong dia buat
masa sekarang. Dapat pahala. Lagipun, kau pun tahukan dia bukannya ada apa-apa
hak untuk pecat atau berhentikan kau dari syarikat ini.
Erin tersenyum terus.
Rasakan!Tahu dia takut bila dengar aku cakap macam tu tadi. Tidak sia-sia dia
mengguna pakai petua yang diberikan oleh Risya itu. Kalaulah dia ditakdirkan
bertemu dengan si Sleeping ugly ini terlebih awal, mesti senang kerja-kerjanya
di syarikat ini. Kalau terasa nak minum kopi, panggil dan suruh je dia buatkan.
Suruh dia kemaskan meja, tolong fotokopi surat-surat tu, beli kek cawan macam
yang minggu lepas itu dan macam-macam lagilah. Oh!Indahnya hidup ini!Bahagia!
“Air dah siap. Saya pergi
dulu,” tutur Hana sebaik sebiji cawan sudah dipenuhkan dengan air Nescafe
‘o’panas.
“Tunggu!.”
Suara Erin mematikan langkah Hana yang baru hendak meninggalkan bilik
pantri itu. Kepala mula ditoleh memandang kepada Erin yang sedang memandang
kepadanya.
Apa lagi yang aku nak
suruh perempuan kampung ni buat ya?Kopi sudah ada. Suratkhabar hari ni pun dah
ada. Apa lagi ya?
“Ada apa lagi Cik
Erin?Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu,” tutur Hana sebelum berlalu.
Erin yang sudah kekeringan
idea untuk terus memberikan ‘tugasan’ kepada gadis itu hanya menghantar
pemergian Hana dengan pandangan matanya. Ah!Biarlah. Banyak lagi masa yang ada
untuk dia terus pergunakan perempuan kampung yang selekeh itu. Tengoklah tu.
Masih lagi dengan baju kurung dan tudung yang tak seberapa itu. Kasut pun masih
lagi kasut leper.
“Ei!Semak mata aku
tengok..,” bisik Erin sendirian. Bibirnya tersenyum berpuas hati sebaik secawan
kopi diangkat dan disisip sedikit air yang masih panas itu.
Hana melajukan langkah
menuju ke studio. Harapnya janganlah Jojo bertanyakan mengapa dia dipanggil
oleh Erin tadi. Selama dia menjadi ‘tea lady’ tidak rasmi kepada Erin itu, Jojo
masih lagi belum mengetahui keadaan yang sebenar. Dia sendiri tidak berniat
untuk menceritakan hal tersebut kepada Jojo dan Ika. Apalah sangat kalau
setakat tolong buatkan air tu kan?
Sebaik tiba di studio,
kelihatan Imran yang sudah berada di situ.
“Baru sampai ke?,” tegur
lelaki tersebut yang sedang menyediakan kameranya.
“Tak la. Saya dah sampai
tadi. Singgah pejabat kejap,” balas Hana.
Imran tersenyum sebaris. Hana pula mengatur langkah ke arah bilik wardrobe.
Sebaik tiba di situ, mata Hana terus tertancap kepada Risya yang sedang dirias
oleh jurumekap.
Itu Risya dan dia sendiri sudah maklum tapi siapa pula lelaki yang seorang
lagi itu?Macam nak kenal je.
“Eh!Sayang, you dah sampai
pun. Come..tolong I kat sini,” panggil Jojo apabila baru perasankan kelibat
pembantunya yang terpacak di muka pintu itu.
Risya yang sedang
memandang ke cermin mula menjeling ke pintu sebaik mendengar lantunan suara
Jojo.
“Ada lagi kau kat
sini?Ingatkan dah berhenti dah..,” sinis Risya sambil tertawa kecil. Lelaki
yang turut dirias di sisinya itu turut menoleh ke arah pintu.
“Ugly?!What?Betullah cakap
you Rin..,” lelaki tersebut menjerit kecil.
Ugly?Hanya mereka yang bersama-sama dengannya di UiTM yang akan
menggelarkannya sebegitu.
“Sayang, come!,” Jojo
memanggil lagi. Model lelaki yang sedang
tertawa dengan Risya itu dijeling sekilas. Biadab!Dia ingat dia tu kacak sangat
nak gelar buah hati aku ‘ugly’?Hei, aku lagi kacak tau!Siapa yang tak kenal
Jojo, siapa?Ini Jojo tau!
Hana mula mendapatkan Jojo
yang sedang memilih beberapa aksesori. Siapa ya lelaki itu?Hana mengerling
sekilas ke cermin memerhati raut wajah lelaki itu yang terbias apabila melewati
belakangnya untuk menuju ke Jojo.
Ya Allah!Kenapa aku boleh
tak ingat?Zafran!Adam Zafran!
Langkah Hana terhenti di belakang model lelaki itu yang sedang ditata oleh
jurumekap. Lama dia menatap raut wajah Adam Zafran yang terbias di dalam
cermin. Ya, lelaki itulah yang pernah menuang air kepadanya dahulu bila dia
tertidur di dalam kelas.
Hana mula mengetap bibir.
Hati yang tadinya tenang mula bergelodak apabila mengingati bagaimana dia
pernah diperlakukan oleh lelaki yang bernama Adam Zafran itu.
Risya yang menjeling ke
cermin mula perasankan Hana yang masih tidak berganjak dari situ. Dia mula
menyiku lengan Adam Zafran. Matanya mula mengisyaratkan ke cermin.
“Ehem!Hai ugly..aku
tahulah aku ni handsome, tapi tak payahlah nak tengok sampai macam tu sekali.
Kalau nak autograf, cakap je tapi lepas photoshoot ni ya, ok?.”
Hana tersentak dari
lamunan. Empat orang jurumekap yang setiap dua dari mereka sedang menata rias
kedua-dua model itu tersenyum-senyum kepadanya apabila mendengar suara Adam
Zafran. Dia mula berlalu.
Perasan!Dia ingat aku ni
peminat dia?Handsome?Hei, Jojo lagi kacak tahu!Sabar Hana, sabar. Apa yang
lepas tu biarkan. Sekarang, masing-masing sudah dewasakan?Sudahlah, tak payah
nak dilayankan sangat si Rina atau Risya tu dan juga si Zafran tu.
“You okay?,” bisik Jojo
kepada Hana.
Pembantunya itu tersenyum sambil menganggukkan kepala.
“Kenapa pula tak
ok?Bukannya saya tak tahu Zafran tu. Dari UiTM lagi.”
“Zafran?Kat sini orang panggil dia Adam,” bisik Jojo. Tangannya menunjuk
beberapa utas rantai yang sudah dipilih.
“Macam mana?Cantik
tak?Yang penting match dengan dress-dress yang akan digayakan oleh Risya.”
“Wah!Cantiknya. Kalau Jojo
yang pilih mestilah cantik.” Jojo tersenyum lebar. Kembangnya!Dia tahu pujian
itu adalah pujian yang jujur dari pembantunya itu.
“Jojo, tahu tak?,” bisik
Hana sambil menjeling sekilas kepada Adam yang sedang dirias itu sebelum
menyambung kata-katanya.
“Walaupun Jojo ni bukannya
model, tapi di antara Jojo dengan dia tu,
Jojo lagi handsome tau. Tadi tu saya tengok dia bukannya sebab dia
handsome. Perasan!.” Hana mula meluahkan rasa tidak puas hatinya. Dia terus
membebel kepada Jojo.
Apa yang Jojo dengar,
Adam, dirinya dan dia yang lebih kacak. Yang lain-lain sudah tidak penting.
Senyumannya makin lebar. Bukan ke dia dah cakap tadi, memang dia yang lagi
handsome. Itulah, korang tak percaya!
##############################
“I nak jumpa you.
Please....” Pesanan ringkas yang baru diterima itu dibaca perlahan. Jojo
menjeling ke arah Hana yang sedang mengemaskan dress-dress yang digunakan oleh
Risya untuk sesi fotografi pada tengah hari tadi.
“Apa yang aku nak buat?,”
getus Jojo seorang diri. Terhenti tangannya dari terus menyusun kasut-kasut
yang digayakan oleh Adam, model yang menjadi pasangan kepada Risya untuk hari
ini.
Hatinya mula berbelah
bahagi. Kalau dia pergi berjumpa dengan Uzair, itu bermaksud Hana harus pulang
seorang diri pada hari ini. Kalau dia tidak pergi, bila lagi akan ada
kesempatan untuk bertemu dengan Uzair dan meluahkan segala-galanya kepada
lelaki itu?Mustahil dia boleh terus melarikan diri tanpa bersemuka dengan Uzair
yang tidak pernah, walau sehari pun tidak menghubunginya.
Lambat-lambat Jojo mula
mula menaip membalas mesej yang diterima.
“Datanglah ke apartment I.
I tunggu.” Siap, pesanan itu terus dihantar. Jojo mula menoleh kepada Hana yang
masih lagi melakukan kerja-kerjanya.
“Er..sayang..kalau you
balik sendiri hari ni ok tak?I ada hal sikit la,” tutur Jojo tanpa memandang
kepada pembantunya itu. Perasaan bersalah mula terselit di dalam hati.
Tangannya kembali menyimpan sepasang kasut Marc Jacob di atas rak.
Hana yang sedang
menyangkutkan sehelai maxi dress, mula menoleh kepada Jojo.
“Ok, saya boleh balik naik teksi je. Jangan risaulah tapi er..Jojo ok tak
ni?Tak sihat ke?,” Hana teragak-agak untuk bertanya. Risau pula kalau dicop
sebagai penyibuk nanti oleh lelaki yang menjadi ‘pemandu’ tidak rasmi kepadanya
selama dia berkhidmat di situ.
Jojo cuba bernada ceria.
Dia menoleh dengan memberikan senyuman kepada pembantunya itu.
“I okaylah. Dari pagi tadi
you asyik tanya I, sihat ke tak. Ni..tak nampak ni?Sihat kan?Cuma kawan I nak
datang ke rumah jadi I ingat I nak balik sekarang. Sebelum tu nak singgah beli
barang dapur sikit. Kalau nak hantar you takut terlambat nanti tapi...”
“La..tak payahlah nak buat
muka macam tu. Saya okay je la. Setiap hari yang Jojo datang dan hantar saya tu
pun, saya dah bersyukur. Tak payahlah nak rasa bersalah sangat. Lebih baik Jojo
gerak sekarang. Nanti lambat pula,” tutur Hana. Lega hatinya apabila mengetahui
hal yang sebenar.
“Er..ya la. Sorry tau I
tak dapat hantar you balik. You call teksi ya sayang?Jangan balik dengan orang
lain. I jealous!.” Jojo yang siap menyandang sebuah beg mula menaikkan jari
telunjuknya sebagai peringatan. Walaupun dia cuba menzahirkan secebis dari isi
hatinya, kelihatan pembantunya itu hanya tertawa mendengarkan kata-katanya.
“Hati-hati ya.
Assalammualaikum,” ucap Hana sebelum lelaki itu melangkah keluar dari bilik
wardrobe.
“Waalaikummussalam. Ingat,
I jealous!,” Jojo mencebikkan bibirnya sebelum berlalu. Hana tertawa lagi
melihat tingkah Jojo yang terus gemar mengusik. Tangannya masih lagi lincah
menggantungkan beberapa helai dress yang masih berbaki. Semuanya harus disusun
dan diasing-asingkan kerana ada sebahagiannya, sememangnya milik syarikat itu
yang tidak perlu dipulangkan semula.
Petang kian merangkak
menghampiri senja. Hana yang baru selesaikan menunaikan sembahyang Asar di
bilik wardrobe itu, pantas mengemaskan kain telekungnya untuk disimpan kembali
di dalam beg.
Berpuas hati dengan
keadaan bilik wardrobe itu, Hana menekan suis untuk mematikan lampu sebelum
melangkah keluar. Pintu bilik itu mula ditutup. Sebaik menoleh, sosok seseorang
yang sedang berdiri di belakangnya mengejutkan Hana.
“Zafran!Awak..er..awak
buat apa kat sini?Risya tak ada.” Hana mula berdebar apabila melihat keadaan
studio yang hanya dihuni oleh mereka berdua.
“Tahu..saya datang sebab
nak bagi autograf. Kan awak nak tadi?Kan?,” Adam Zafran tersenyum sebaris.
Matanya terus menatap seraut wajah yang berada di hadapannya kini.
Hana mula berkerut dahi.
“Bila masa saya nak?Saya balik dulu.” Hana mula membuka langkah untuk
meninggalkan studio itu. Jantungnya mula berdetak kencang. Keadaan yang sunyi
sepi sebegitu semestinya boleh menimbulkan sebarang fitnah ke atas mereka
berdua.
“Hei..tunggulah dulu. Saya
tak bagi lagi autograf tu. Untuk awak, saya sediakan yang special!.” Lengan
gadis itu mula disentap.
“Lepaslah!,” Hana terus
menolak apabila dirinya ditarik hampir kepada lelaki itu. Niat Zafran kini
terzahir di depannya. Lelaki yang telah tersandar ke dinding itu, memberikan
Hana peluang untuk melarikan diri.
Dia mula membuang langkah
menuju ke lif. Zafran yang tidak berpuas hati terus mengejar. Peluang yang ada
tidak seharusnya disia-siakan. Sengaja dia menantikan peluang itu sejak
selesainya sesi fotografi tadi. Kalau tidak dimanfaatkan sekarang, bila lagi
peluang seperti itu akan muncul?
Hana yang ketakutkan mula
membuat keputusan untuk menggunakan anak tangga. Zafran yang terlebih dahulu
muncul mula menarik tangan gadis itu dari terus melangkah.
“Tunggulah dulu.
Sekaranglah masa yang sesuai untuk I bagi autograf tu. Special untuk you
sayang. Come on!Jangan macam ni..,” Zafran mula tertawa. Kini gadis itu sudah
pun berada di dalam pelukannya.
Pap!!Hana melayangkan
tamparan sekuat hati di pipi kiri lelaki itu dengan tangan kanannya. Zafran
yang sedikit terkejut mengusap-usap pipinya.
“Nampaknya kau nak main
cara kasar, ya?Kalau macam tu, fine...” Kedua-dua tangannya mula naik memegang
bahu Hana. Gadis itu ditolak ke dinding.
“Lepaslah!Tolonglah
Zafran!Jangan buat saya macam ni!.” Hana mula meraung. Hanya tangannya yang
kini menjadi pemisah di antara wajahnya dengan wajah lelaki itu.
Rayyan yang sedang memicit
pangkal lehernya terkejut dengan drama yang tersaji di depan mata sebaik pintu
lif terbuka di aras 16 itu. What the...eii!Agak-agaklah kalau nak bermesra
sekali pun, isy!
“Lepaskan saya
Zafran!Tolonglah!.” Suara perempuan itu menusuki deria pendengaran Rayyan. Ini
bukan kes suka sama suka kan?Pintu lif yang hampir tertutup di tahan dengan
tangan. Dia mula melangkah keluar.
Bahu lelaki yang sedang
membelakanginya itu ditarik dan sebiji penumbuk diberi secara percuma.
“Orang tak nak jangan
dipaksa.” Briefcase dan kot yang dipegang mula diserahkan kepada Hana. Lengan
baju mula disenteng.
Apa la Zafran tu..entah apa2 entah. Nasib baik penyelamat sampai. Will patiently waited ur next entry ;)
ReplyDeleteDear Cik Writer, love this story......rasanya dah jatuh cinta dgn cerita ni. Do continue ye!
ReplyDeletehero dah dtg menyelamatkan Hana.. hehe ^^
ReplyDeletewah..tq korang semua yang sudi tinggalkan komen;-) tu la Hannah, si Zafran yang suka membuli since diaorang student..IDA, tq sudi bagi komen..baby mio yang setia, tq once again..and Miss imaginative, tq ye!
ReplyDeleteBest. Bila nak up new n3 sis? :D
ReplyDeletebest .. akak nnt smbung lg ya :D
ReplyDeleteSilap besar baca entry akak!!! mana nak ku cari novel tu???tak lena tidur ku selagi tak tau ending..
ReplyDelete