Monday 30 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 17


Puas membuang pandangan ke luar tingkap bilik pejabatnya memerhati pergerakan trafik di jalan-jalan yang berselirat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, Rayyan melangkah menuju ke kerusi dan mengambil tempat di situ. Raut wajah Puteri yang datang bertamu membuatkan Rayyan pantas mencapai I-Phone miliknya yang terletak di atas meja.
            Belum pun sempat hendak membuat panggilan, gadjetnya terlebih dahulu berbunyi menandakan adanya pesanan ringkas yang baru diterima.
            ‘Sorry sayang. I ada photoshoot hari ni. Tak jadi nak lunch sama-sama dengan you. Next time ya?’.
            Pesanan itu dibaca perlahan dengan nada yang kecewa. Hasrat yang baru ingin diluahkan nampaknya sudah pun diberikan jawapan awal oleh Puteri. Bunyi suara dari interkom menarik perhatian Rayyan.
            “Encik, sebentar lagi kita akan ada mesyuarat bersama-sama dengan Tan Sri. Ada apa-apa ke yang mungkin cik perlukan?.” Suara Cat, setiausahanya kedengaran jelas di talian.
            “Hmm..tolong bawakan saya fail urusan jual beli tanah dengan AZ & Co and by the way Cat, pukul berapa ya meeting tu?,” soal Rayyan cuak. Maklumlah, ini adalah hari pertamanya bekerja. Jadi, dia tidak ingin kalau prestasinya hanya akan menghampakan harapan babahnya nanti.
            “Pukul 11 nanti Encik Rayyan.”
            “Emm..ok. Jangan lupa bawakan saya fail tu ya,” sekali lagi Rayyan memperingati setiausahanya itu.
            “Ya, baiklah. Ada apa-apa lagi yang Encik Rayyan perlukan?.”
            “No. Thanks!.” Satu butang ditekan bagi menamatkan perbualan mereka. Keluhan kecil dilepaskan sebaik menyandarkan kepalanya di kerusi. Sudahlah dia tidak dapat makan tengah hari dengan Puteri, sekarang dapat berita yang dia kena bermesyuarat dengan bababnya nanti. Cantiklah tu!
            Beberapa minit menunggu, akhirnya kedengaran bunyi ketukan di pintu.
“Masuk!,” Rayyan membuka mulutnya. Ish!Kalau ya pun tak jadi jumpa Puteri, kawallah sikit diri kau bro!. Rayyan berdehem sekali dua bagi menenangkan dirinya sendiri. Sebaik pintu dikuak, kelihatan Cat yang mengenakan kemeja berlengan pendek merah jambu yang dipadankan dengan skirt pendek paras lutut berwarna hitam melangkah masuk dengan fail di tangan.
            “Selamat pagi Encik Rayyan. Ini fail berkenaan urusan pembelian tanah bersama-sama dengan AZ & Co,” ujar Cat seraya meletakkan sebuah fail di atas meja.  Rayyan mula mencapai fail berwarna hitam itu dan mula menyingkap untuk mengetahui isi-isi penting yang sebelum ini hanya didengar dari mulut babahnya sahaja berkaitan usahasama dengan AZ & Co yang sedang diusahakan agar dapat direalisasikan menjadi satu kenyataan.
            Kelibat Cat yang masih setia berdiri di depan mejanya membuatkan Rayyan mula mendongakkan kepalanya.
            “Yes?Anything else?.” Nak buat kerja pun tak senang!Kenapa perempuan ni asyik memandang kepadanya?Ada apa-apa yang tak kena ke?Tahulah aku ni kategori yang boleh tahan juga. Bukan perasan tapi fakta. Ya, satu fakta dan hakikat kerana Rayyan Zikri memang mempunyai darah Inggeris dari sebelah arwah ibunya. Arwah datuknya sendiri seorang yang berbangsa Inggeris sebelum bertemu dengan arwah neneknya. Jatuh cinta, memeluk Islam dan kemudiannya berkhawin. Hasil perkhawinan itu, lahirlah ibunya yang kemudian berkhawin pula dengan babahnya. Syarikat Zikri Holding yang mengusahakan bidang perniagaan hartanah dan pembangunan yang dimulakan oleh arwah datuknya itu kini diwarisi dan diterajui oleh babahnya, Tan Sri Rashid.
            “Emm..saya ada bawakan sesuatu and I guess mesti Encik Rayyan akan suka,” tutur Cat dengan senyum simpulnya.
            “Really?Apa ya agaknya?.” Rayyan memerhati sesuatu yang sedang dipeluk oleh setiausahanya itu. Jangan-jangan sebuah fail lagi?Cantik!Bertambah kerjanya di hari pertama kan?
            “Ini..saya keluar dulu dan jangan lupa meeting tu, pukul 11 nanti,” ujar Cat sambil meletakkan sebuah majalah ke atas meja. Sempat lagi bibirnya mengingatkan perihal mensyuarat yang bakal berlangsung kelak sebelum melangkah meninggalkan ruangan pejabat anak lelaki Tan Sri Rashid itu.
            Majalah yang diletakkan di atas meja mula dicapai sebaik fail AZ & Co diletakkan. Muka hadapan majalah Fabuloustar itu ditatap dengan senyuman yang mula menghiasi raut wajah yang sedarinya serius.
            “Puteri..cantik!,” bibir Rayyan mula memuji kecantikan buah hatinya yang terpampang di muka depan majalah fesyen itu. Kepalanya menggeleng perlahan bagaikan tidak percaya dengan apa yang berada di tangannya kini. Ya, buah hati kesayangannya itu menjadi gadis penghias muka depan untuk majalah fesyen tersebut pada bulan itu.
            Jari-jemari Rayyan mula naik mengusap gambar berkenaan dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Walaupun tidak dapat bersua muka tengah hari ini, kini hatinya yang kecewa terubat dengan adanya gambar Puteri yang dirindui itu di depan mata.
            Rayyan terus melirik memerhati sosok tubuh Puteri yang mengenakan dress separa lutut itu. Wajah kekasih hatinya itu kelihatan cukup gembira dan berseri-seri di dalam gambar berkenaan. Melihat senyuman kekasih hatinya itu, senyuman Rayyan turut bertambah mekar. Hilang  niatnya yang ingin meneliti butir-butir perihal AZ & Co sebentar tadi sebaik menatap majalah yang kini sudah berada di dalam genggamannya.
            Sesuatu yang terlintas membuatkan Rayyan bagaikan tersentak dari angan-angannya. Mimpi indahnya untuk bersama-sama membina mahligai cinta dengan Puteri terasa direnggut pergi. Gambar kekasih hatinya itu ditatap dalam-dalam. Pelbagai telahan yang tidak dieenak terasa cuba memenuhi ruang fikirannya kini.
            “Would you marry me Puteri?.” Soalan dilepaskan kepada gambar yang bisu. Majalah itu dilepaskan semula ke meja tapi bebola matanya masih lagi setia menatap muka depan majalah fesyen itu.
            “You akan khawin dengan I kan Put?.” Rayyan melepaskan soalan itu kepada siling pula sebaik menyandarkan kepalanya ke kerusi. Ish!Angau teruk betul kau ni Rayyan!Apa susah?Ajak je la dia khawin. Dia kan sayang kat kau jugakan?Tapi kenapa hatinya terasa semacam?Ah!Perasaan je tu agaknya. Rayyan meraup muka dengan kedua tapak tangannya. Dia perlu bertenang untuk menghadapi mesyuarat pertamanya nanti.

 

Sunday 29 December 2013

SINOPSIS MY MISS


Hari ni tak mau update IASU?!...takut nanti jemu pula kan asyik update benda yang sama;-) sekejap je, lagi 2 hari tahun 2013 ni akan berlalu. semestinya ada kisah suka duka yang tersendiri kan..untuk saya, pada bulan 4 yang lalu, novel saya yang kedua telah pun diterbitkan oleh pihak FP, alhamdulillah..biarpun tak jadi bestseller dan famous macam novel2 yang lain, saya tak kisah pun, huhu..coz, bagi saya, saya menulis kerana 2 sebab. pertama, memang kerana minat dan yang kedua, saya nak jadikan ni sebagai sumber pendapatan yang tetap;-)

mestilah ada susah senangnya bila nak jadi penulis. kerja ni bukannya masyuk setiap bulan macam kerja2 makan gaji tu..so memang kena sabar..tapi bila dah minat, apa pun tak kisah, ya tak;-) bagi saya, bila adanya pihak publisher nak terima cerita saya tu pun, dah besar rahmat. bukannya nak cakap, pendapat orang lain tak penting tapi kalau dah rezeki kita tertulis setakat tu, kenapa tak bersyukur?saya bersyukur sangat2 atas rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. kalau nak pentingkan famous ke tak tu, susahlah..ya tak?Tengoklah blog ni..dulu tu buka blog pun macam syarat je..bila publisher tanya, ada FB tak?(Oh ya, saya memang tak ada FB!Tak minat;-), hehe), so diaorang tanya ada blog?tak kan la yang ni pun tak dak kan?Macam melampau pula..so, saya pun bukalah blog.tak hias apa2 pun. buruk gila!Haha..Langsung tak kisah, ada ke tak followers..saya dengan dunia saya..menulis, menulis dan menulis..dan jg bercawan2 kopi:-), coz i luv coffee!So, sekarang bila blogwalking kat blog2 penulis yang lain,  diaorang ramai gila followers..wow!Baru sedar, betapa keciknya diriku ini;-) huhu...but again, tak kisah pun. adanya followers seramai 31 orang ni pun dah bersyukur..ada juga yang sudi kan?Thanks korang!So, bebel punya bebel, saya nak kasi sinopsis(mungkin ada yang tak tahukan, maklumlah, tak fames, hihi) novel kedua saya, My Miss..kalau rajin komen, komenlah..kalau tak, jangan paksa diri ya..kalau komen, saya tahu kelemahan diri, terima kasih!;-)

“Faham tak?Jangan tahu angguk aje!”
“Faham, cik. Saya faham.”

Maka, rasmilah Luqe Rizky sebagai pembantu rumah kepada Diya Adarina. Selama berkhidmat untuk gadis itu, pelbagai ragam yang dihadapi. Apa yang menjadi kesukaan dan kebencian Diya, cuba dipelajari sebaik yang mungkin. 

Sehingga adanya lamaran daripada seorang cikgu untuk Diya, Luqe mula gelisah. Baru dirinya sedar yang telinganya tidak lagi akan mendengar pujian tentang masakannya daripada missnya itu. Takut kehilangan missnya, keputusan nekad diambil. Dia harus memperisterikan majikannya sendiri!

“Miss, kahwin dengan saya. Saya akan jaga miss sampai bila-bila. Selagi saya mampu, saya akan jaga miss. I swear!”

Bagi Diya pula, kenapa tak? Daripada nak berkahwin dengan orang yang dia sendiri tak kenal, Luqe adalah pilihan yang lebih baik. Sudahlah lelaki itu pandai masak spageti, menu kegemarannya! Tapi, Sir Ilyas macam mana? 

Mampukah Diya dan Luqe meneruskan perhubungan yang sudah terjalin? Siapa pula Sir Ilyas dalam hidup Diya? Apakah gelaran my miss akan terus meniti di bibir Luqe? Atau, gelaran itu akan tetap kekal menjadi gelaran?


Friday 27 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 16


Terkebil-kebil mata Hana memandang bangunan tinggi yang tersergam di depannya sebaik melangkah turun daripada teksi. Pagi itu dia buat keputusan untuk datang sendiri kerana tidak ingin menyusahkan kawan baiknya itu.
            “Ingat!Nanti pergi ke tingkat 16 ya.”
Peringatan daripada Ika semalam kembali terngiang-ngiang. Jam di pergelangan tangan yang hampir ke pukul 8.30 pagi membuatkan Hana mula mengatur langkah dengan debaran di hati.
            “Entah kerja apa la yang Ika tu bagi kat aku,” gumam Hana. Dia yang masih tidak tahu menahu perihal kerja yang dijanjikan oleh Ika hanya mengikut kehendak kawan baiknya itu untuk datang ke situ. Kakinya terhenti sebaik memijak ke dalam bangunan yang kelihatan serba serbi cukup moden dari segi perabot dan juga susun aturnya. Cahaya lampu kuning malap yang menyimbah ke lantai dan beberapa ruangan yang kelihatan seperti ruang lobi hotel terpamer jelas di depan mata. Bunyi air pancur dari sebuah ornamen di salah satu sudut menarik perhatian Hana. Terasa kini dirinya seakan-akan berada di sebuah hotel mewah.
            Melihatkan pintu lif yang hampir tertutup, Hana mula berlari-lari anak. Kain baju kurungnya diangkat sedikit agar memudahkan pergerakan.
            “Tunggu!,” Hana mula melaung apabila dirasakan tidak sempat untuk tiba sebelum pintu lif tersebut tertutup sepenuhnya. Kelihatan sebelah tangan yang menghalang di muka pintu lif sebaik mendengarkan suaranya.
            “Terima kasih cik,” ucap Hana sebaik tiba di dalam perut lif.  Sempat dia mengerling sekilas kepada lelaki yang menolongnya sebentar tadi.      
            “Hmm..,” terdengar suara lelaki itu yang menggumam. Dia yang sedang membelek surat khabar tidak mengambil berat ucapan yang diberikan oleh gadis berkenaan. Bukan besar sangat pertolongannya tadi kan?
            Punat yang ditekan telah membawa Hana ke tingkat yang sepatutnya di bangunan yang setinggi 25 tingkat itu. Dia yang sudah melangkah keluar mula memandang ke kiri dan kanan yang sunyi. Langkah mula diatur perlahan-lahan untuk mencari kaunter pertanyaan.
            Sebuah papan tanda yang terlekat di dinding membuatkan langkah Hana terhenti. Nama yang tertera di atas papan tanda berkenaan mula dibaca.
            “Fabuloustar?!,” dia terjerit kecil. Sebelah tangan mula naik menekup mulut sendiri. Ish!Agak-agak la si Ika ni pun kalau nak bergurau. Tak kan lah aku nak bekerja kat sini kut?
            Hana mula menghala semula ke arah lif. Langkahnya kini persis seperti salah seorang peserta lumba jalan kaki. Tak kan lah khidmat orang sepertinya diperlukan di syarikat penerbitan majalah fesyen tu?Ika ni mesti nak bergurau kan?Lainlah kalau Ika yang memang ada butik sendiri. Dia yang selalu mengikuti perkembangan fesyen semua ini dari zaman belajar lagi. Bukannya aku!
            Telefon yang berbunyi mematikan aturan langkah Hana. Sebaik skrin disentuh, terus gadjet itu didekatkan di telinga setelah melihat nama yang tertera.
            “Helo Hana,” meleret manja suara Ika di hujung talian.        
“Helo Ika. Agak-agaklah sikit kalau nak bergurau. Saya nak buat kerja apa kat sini?,” Hana terus menyembur sebaik mendengar suara Ika. Geramnya!
            “Sabarlah. Ish!Ish!Ish!Salam pun tak bagi ya?.” Kedengaran suara tawa kecil dari Ika. Hana mula melepaskan keluhan.
            “Itulah kerjanya. Awak dah masuk ke belum ni?Dah jumpa...”
            “Tak. Saya tak masuk lagi. Tak naklah!,” sahut Hana. Rasa macam nak menyerahkan lehernya untuk disembelih secara percuma je kalau dia masuk ke dalam syarikat berkenaan.
            “La..kenapa tak masuk lagi?Apa yang tak naknya?Tak bahayalah tempat tu,” sempat lagi Ika bergurau kepada kawan baiknya.
            “Gila tak bahaya?!Awak pun tahukan saya macam mana. Tak pandailah semua ni. Lagi satu awak pun tak cakap saya kena buat kerja apa kan?Tak nak lah!.” Hana sekali lagi menyatakan pendiriannya. Tak nak, tak nak tapi kakinya masih lagi terpaku di situ!
            “Tak cuba lagi tapi dah cakap tak pandai?Mana awak tahu?Sekarang ni saya nak awak pergi masuk. Kawan saya dah tunggu awak kat dalam sana. Pergi masuk ok?Nanti awak tahulah apa kerja awak. Please, please....I love you!.”
            “Helo?Helo?Ika?Ika!.” Hana menjerit geram sebaik menyedari panggilan telah pun diputuskan oleh kawan baiknya itu setelah memandang ke skrin. Gambar Ika yang tertera di skrin diketuk geram beberapa kali dengan jari telunjuknya.
            “Ika ni...,” desisnya perlahan. Hana mula mengetap bibir. Dipandangnya lif yang hanya tinggal beberapa langkah sahaja dari tempatnya berdiri. Di sisi kanannya, sebuah pintu kaca yang tertutup juga turut kelihatan. Apa yang tinggal kini, adalah keputusannya.
            “Nak pergi ke tak?,” bisik Hana seorang diri. Dalam tak sedar, keluhan mula dilepaskan. Kenapa hidupnya dirasakan begitu sukar?Ingatkan dulu waktu zaman belajar, bila dah tamat belajar boleh lepaskan diri dari Rina dan mulakan hidup baru tapi sekarang, tak ada apa-apa yang berubah pun di dalam hidupnya. Dia masih lagi seperti dulu. Tidak seperti Ika. Wait!Rina lagi?Kau ni Hana!
            Hana cuba membuat perbandingan dirinya dengan Ika. Kawan baiknya itu telah pun berjaya membuka butik sendiri setelah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan secara ‘online’. Setelah beberapa tahun memulakan bisnes secara kecil-kecilan, kini Ika sudah mempunyai kerjayanya sendiri. Sedangkan dia?Masih lagi tercari-cari tapak untuk memulakan kerjaya. Apa pun tak ada!
            Hana mula memandang ke arah pintu kaca. Nafas mula diambil. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Empat. Lima..Ish!Tak kan tak cukup lagi Hana?Pelik betul debaran di dadanya sekarang. Lebih kuat berbanding debaran yang ditanggung ketika nak ditemuduga tempoh hari.
            Hana mula memejamkan mata. Tunggu, tunggu!Bukan sekarang. Not now!Kalau jadi macam kes ‘Aaron Aziz’ hari tu, nanti siapa yang susah?Hana mula memperingati dirinya sendiri. Kaki mula bergerak. Bukan ke lif la tapi ke pintu. Sana tu!
            Sebaik tiba di depan pintu, Hana mula menolak pintu kaca tersebut. Kaki mula melangkah masuk perlahan-lahan. Kelihatan sebuah kaunter yang dikerumuni beberapa orang. Ada lelaki dan juga perempuan. Dia yakin mereka semua adalah para pekerja di syarikat ini.
            Hana memerhati gelagat mereka yang sedang berkerumun melihat sesuatu sehinggakan tidak perasan dia yang sudah berada di situ.
            “Tengok ni..class kau baju dia!Ingat murah ni?Silap-silap bertahunlah gaji kita kalau  nak pakai macam ni!.” Kedengaran satu suara dari kumpulan berkenaan. Hana membiarkan beberapa ketika. Takut pula dikatakan mengganggu nanti. Setelah beberapa ketika, dia mula membuka mulut.
            “Assalammualaikum,” tegur Hana.
Suara yang didengari membuatkan semua pasang mata menoleh serentak kepadanya. Hana juga turut memandang kepada mereka semua yang terkebil-kebil memandang kepada dirinya. Ok. Satu saat. Dua saat. Tiga. Keadaan masih sunyi sepi. Macam bunyi cengkerik pun ada juga. Ya ke?
            “Er..saya...”
            “Ya?Nak cari siapa?Cik ni tersesat ke kat sini?,” seorang perempuan mula menghampiri diri Hana. Hana memandang ke arah mereka yang lain yang mula tertawa kecil.
            “Er..tak, tak..saya memang nak...”
            Perempuan tersebut yang tadinya berada di depan Hana mula mengelilinginya sambil memandang dia  ke atas dan ke bawah. Hana hanya mendiamkan diri. Apa, dia kelihatan seperti Kaabah ke sampai perempuan ni nak bertawaf bagai?Ish! Tak kanlah dia kena berdepan dengan spesies Rina lagi?Oh!Tidak!
            Perempuan tersebut memerhati baju kurung dan pashmina yang menutup kepala  gadis di depannya kini sebelum memandang kepada kawan-kawannya yang lain yang tersenyum kepada mereka berdua. Ikhlas atau sinis?Hana cuba membuat penafsiran.
            “Macam ni la. Saya rasa memang betul agaknya cik ni tersalah tempatkan?Sebab setahu saya, memang kami tak ada sebarang client yang macam cik ni. Er..I mean emm...” Perempuan tersebut memandang semula kepada kawan-kawannya.
            “Special case!,” sahut salah seorang daripada mereka.
            “Yup!Special!Itulah maksud saya tadi,” sahut perempuan tersebut sambil memetik jarinya. Baju kurung, pashmina..wait!Beg tangan dia original ke tak?Semua ni nak masuk Fabuloustar?Please!
            Hana terdiam. Tidak ada patah kata yang dapat difikirkan sekarang untuk diluahkan dari bibirnya. Kenapa hatinya terasa?Bukan dengan kata-kata perempuan yang tidak dikenali itu tapi terasa seakan-akan dirinya kini telah kembali semula ke UiTM. Di mana Rinalah ketuanya, raja, permaisuri dan segala-galanya!Tapi dia?Tak kan inilah titik untuknya bermula sebagai seorang yang berkerjaya kelak?
            “Dengar tak ni?Saya rasa lebih baik cik...”
            “Erin, mana surat I yang semalam tu?.” Satu suara menarik perhatian mereka semua. Seorang lelaki yang baru muncul...kejap!Lelaki ke tu?Kenapa dia lembut semacam?Hana memandang ke arah seorang ‘lelaki’ yang baru tiba di situ. Seluar denim merahnya singkat. Atas buku lali. Tengok!Stoking pun tak pakai. Baju T putih di dalam dengan sehelai jaket hitam menutupi tubuhnya. Siap pakai topi lagi!Sehelai skarf melilit di lehernya. Sejuk sangat ke Malaysia ni?Bukannya ada empat musim pun kan?Lainlah kalau ada empat musim dan sekarang ini musim sejuk!Pandailah kau Hana nak menilai fesyen orang lain.
            Lelaki tersebut yang mengerling sekali lalu kepada Hana menoleh semula untuk kali yang kedua. Matanya dikecilkan. Dia mula menghampiri gadis itu.
            “Kejap ya Jojo. I nak deal dengan dia ni kejap,” beritahu Erin sambil menunjuk ke arah Hana.
            “La..sayang!Lama tau I tunggu you kat bawah tadi. Dah sampai pun you rupa-rupanya!.”
            Sayang?!Terjegil mata Hana apabila mendengar dirinya yang dibahasakan sayang oleh ‘lelaki’ itu. Eh!Tadi perempuan ni cakap nama dia Jojo kan?Tak baiklah kau Hana nak terus menilai orang. Nama dia Jojo okay!
            “Wait a minute!Jo,you kenal ke dengan er..dia ni?,” Erin menunjuk ke arah Hana yang terus terkebil-kebil. Dah dia sendiri tak tahu apa yang hendak dicakapkan. Nak cakap dia datang untuk siapa?Nama kawan Ika pun tak tahu. Kerja?Lagilah!Ish!Jagalah Ika!
            “Kenal la!,” sahut Jojo girang. Ke ‘manja’?Ish!Pandailah kau Hana.
            “Kenal?!,” mereka yang masih berkumpul di kaunter pula bersuara. Kenapa mereka semua ni terkejut sangat?Apa, aku ni bukan manusia ke?Ke diaorang nampak aku macam monyet?Semperit betul la diaorang ni!Hana mula mengetap bibir. Dah tak tahu apa lagi perasaannya kini. Bercampur baur.
            “You must be Hana, right?I’m Jo. Jojo, kawan Ika.” Jojo menerangkan kepada Hana yang kelihatan termangu-mangu. Nampak sangat kau ni blurr Hana!Ya la, Ika pun tak cakap yang kawan dia adalah yang ini kan?
            “Kejap, kejap..So dia ni...,” Erin menuding ke atas dan ke bawah kepada Hana.
“Datang sini cari you, gitu?.”
            “Ya. Why?,” Jojo mengangkat keningnya kepada Erin. Pelik dengan soalan Erin yang berbaur kehairanan itu. Kenapa?Apa yang tak kena dengan kawan kepada kawannya itu?Jojo mengerling semula kepada Hana. Matanya mula melirik memerhati penampilan gadis itu. Kepalanya mengangguk perlahan bagaikan memahami sesuatu.
             “You tanya I kenapa?I mean..tengoklah dia Jo. You must be kidding, right?Kan?.” Tidak cukup bertanyakan kepada Jojo, Erin menoleh ke arah kawan-kawannya yang masih lagi berkumpul untuk mendapatkan sokongan.
            Hana yang menjadi pemerhati dan pendengar setia mulai yakin kini dia akan berdepan dengan spesies Rina sekali lagi!
            “Kenapa?Sebab dia tak pakai baju macam baju you hari ni?Hmm..Miss Selfridge kan?Why?Apa salahnya?Oh!Now I remember. Who was like that before?Yang datang sini dengan baju kurung juga, nak cari kerja, and kalau I tak silap, dia ni..,” Jojo mula menuding kepada Hana yang hanya terkebil-kebil memandang mereka berdua.
            Kelihatan Erin yang bagaikan serba salah. Matanya mula menjeling kepada Hana mengikut jari telunjuk Jojo yang mengarah kepada gadis itu.       
            “Dia ni lagi better dari you tau?You tu yang dulu bukan main comot je..sekurang-kurangnya dia ni, look presentable but you?Ingat!Kalau tak kerana I, you pun tak jadi macam ni hari ni kan?Am I right?Korang pun!,” tambah Jojo sambil menuding ke arah mereka yang lain dengan suara separa manjanya!
            “Cari surat I dan give it to me before lunch. And korang pun jangan tahu nak bergosip je!You darling, please follow me,” Jojo memandang kepada Hana sebagai isyarat untuk mengikutnya.
            Hana yang terpinga-pinga hanya menurut sahaja langkah ‘lelaki’ itu. Eh!Jojo. Ya, langkah Jojo. Wah!Lelaki ini siap menyandang sebuah beg lagi. Apa yang dia letak dalam beg tu?Bukan selalu tu perempuan saja ke yang bawa beg tangan?Tapi beg dia sederhana besar juga dan reka bentuknya pun seakan-akan beg orang perempuan. Sudahlah Hana!Pandai je kau nak menilai orang kan?
            “Er..Cik Jo. Kita nak ke mana ni?,” tegur Hana yang masih mengikut langkah lelaki itu dari belakang.
            “Ke left wing. Sana, right wing. Pejabat kita. Tapi you akan assist I kat studio, boleh?Studio sebelah sana..,” rancak Jojo bercerita siap dengan gerak tangannya sekali yang sekejap menunjuk ke arah belakang mereka dan kemudian mengarah ke depan pula.
            “Apa sebenarnya kerja saya ya Cik Jo?,” soal Hana yang tidak lagi berjaya menahan rasa ingin tahunya. Jojo tidak menghiraukan soalan yang diberi. Dia hanya meneruskan langkah. Kini, sebuah pintu berwarna coklat kehitaman kelihatan di depan mata mereka.
            “Well, inilah studionya. Kat sini kita akan saling bekerjasama dengan photographer, art director and many more!But, the most important thing is, of course, model!.” Sebaik melangkah masuk, Jojo yang meletakkan begnya di sebuah meja terus menerangkan kepada Hana dengan penuh teruja. Hana yang sibuk menjeling sekeliling tidak dapat memberikan perhatian kepada kata-kata lelaki itu.
            “You dengar tak ni?,” suara manja itu kembali menarik fokus Hana.
“Er..Cik Jo tapi apa sebenarnya ker...”
            “Wait!Call me Jojo. Bukannya cik. Rimaslah you!Call me what dear?,” Jojo menyoal dalam senyuman.
            “Jojo,” sahut Hana sepatah. Dear?Mula-mula sayang, lepas tu darling dan sekarang dear?Pelik-peliklah orang kat sini!
            “Good girl. Kerja you untuk tolong I. And kerja I adalah, ehem..I lah penata fesyen untuk Fabuloustar!,” ujar Jojo penuh bersemangat. Siap beri pose dengan tangan kanan di pinggangnya dan tangan kiri di angkat sedikit tinggi, ala-ala model lagi!

            Hana terkebil-kebil memerhati Jojo yang tersenyum di depannya. Penata fesyen?Apa tu?Fesyen apa?Apa yang dia nak kena buat?Adoi!Pening, pening!

Wednesday 25 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 15


Ika tidak lagi berjaya menahan tawanya apabila mendengar cerita daripada Hana. Riak wajah serius kawan baiknya itu hanya menambah rasa lucu di dalam hatinya. Tawa yang meletus beberapa minit yang lalu masih lagi bersisa.
            “Lucu sangat ke?Ni semua sebab saya dengar lagu Ombak Rindu dalam kereta la sebelum nak temuduga tu,” celah Hana apabila tawa kawan baiknya itu sudah reda. Burger yang masih berbaki di tangan terus disuap ke dalam mulut. Sesekali matanya memerhati suasana di sekeliling KFC yang terletak di Mid Valley itu.
            “Mestilah lawak. Peguam negara kita, Abang Aaron ke?,” soal Ika dengan tawa yang hendak pecah semula.
            “Abang?,” terjegil mata Hana apabila mendengar kata-kata Ika. Terjongket kedua-dua keningnya ke atas.
            “Ala..apa salahnya nak menggatalkan?Sekali sekala,” tukas Ika yang bagaikan memahami maksud di sebalik soalan Hana. Sempat matanya dikenyitkan kepada kawan baiknya itu.
            “Eeii!Gatal. Abanglah sangatkan?Macamlah korang saling kenal,” jeling Hana yang geram dengan gelagat kawan baiknya itu.
            “Ya lah. Mestilah abang kan?Tak kan nak panggil Kak Aaron pula kut?,”  bahas Ika yang tak ingin mengalah.
            Tersedak Hana yang baru menyedut air. Hampir saja air yang masih berada di dalam mulutnya itu tersembur keluar.
            “Ika!,” Hana menjerit kecil kepada kawan baiknya yang mulai tertawa semula itu. Dia yang baru hendak menikmati air Milo aisnya tidak menjangkakan jawapan yang akan lahir daripada bibir Ika itu. Sudahnya, Hana mengesat mulutnya dengan tisu. Dia sendiri ikut ketawa kemudiannya apabila terbayangkan raut wajah aktor tersebut yang dibahasakan dengan panggilan ‘kakak’. Tak sesuai!
            “Jadi bila boleh dapat jawapan untuk temuduga tu?.” Ika melepaskan soalannya setelah ketulan ayam yang terakhir di dalam pinggannya sudah licin isinya dinikmati.
            “Entah. Lagipun saya sendiri tak harap sangat,” balas Hana sambil menjongketkan bahunya.
            “Good!Then kita ikut plan saya je la. How about that?,” sahut Ika girang.
            Hana mendiamkan diri. Rancangan Ika?.  Entahlah. Sejujurnya dia sendiri tidak tahu sama ada ingin bersetuju atau tak dengan rancangan kawan baiknya itu yang ingin dia bekerja di Kuala Lumpur ini. Dia yang baru tiba di KL petang itu terus dibawa ke KFC Mid Valley oleh Ika untuk berborak setelah lama tidak bersua muka.
            “Ala..tak payah nak fikir sangatlah. Setuju je. Kalau setuju, esok juga saya bawa awak ke tempat tu. Macam mana?Lagipun memang kawan saya tu nak guna orang secepat yang mungkin.” Hana mengerling Ika yang sedang merenung kepadanya.
“Esok?Cepatnya!Kerja apa?.”
            “Hah!Yang tu rahsia. Kalau saya beritahu sekarang, tak adalah kejutan nanti. Sekarang, habiskan air tu lepas tu ikut saya balik. Kat rumah, kita borak sampai pagi!,” Ika tersengih. Tangannya sendiri sudah mula mencapai cawan kertas KFC yang masih mengandungi baki air minumannya untuk dihabiskan.
            “Ya lah tu sampai pagi. Kata esok nak kerjakan?Lainlah awak. Ada butik sendiri,” tingkah Hana.
            “Jadi awak setujulah ni ya?Yes!Boleh saya beritahu kawan saya yang awak dah setuju.” Ika mula mencapai beg tangan yang berada di sisinya. Kalut dia mencari telefon bimbit yang tersimpan di dalam perut beg yang berwarna jingga itu.
            “Eh!Nantilah dulu!Bila masa saya cakap setuju?Kalau ya pun bagilah saya fikir dulu.” Hana mula menegah. Tidak cukup dengan itu, telefon kawan baiknya itu turut dirampas daripada tangan Ika.
            “La..nak fikir apanya lagi Cik Hana?Sekarang ni awak dah pun ada kat sini kan? Come on!Inilah salah satu peluang untuk awak. Kat sini, kat KL kita kena bijak nak manfaatkan peluang yang ada depan mata. Kalau tak, orang lain akan sambar. Lagipun...”
            “Tapi, er...”
            “What?Awak takut apa yang orang lain akan cakap?Takut apa yang orang lain akan fikirkan?Zaman sekarang, kita kena berani Hana. Jangan terlalu nak fikirkan apa yang orang lain cakap, apa yang orang lain fikir pasal kita. Asalkan tak menyalahi agama, undang-undang, pedulilah semua tu!Let me tell you something..sebenarnya, orang lain pun sama juga macam kita. Kalau kita risau apa yang orang lain fikir pasal kita, cara kita, diaorang pun sebenarnya macam tu juga. Betul tak?Mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni,” hujah Ika panjang lebar.
            Hana yang medengar mula menghela nafasnya. Dia tahu, dari dulu lagi memang Ika seorang yang berani. Tidak pernah sekali pun kawan baiknya itu dibuli oleh sesiapa tapi dia?Kalaulah dia seberani Ika, mesti dia tak akan dibuli oleh perempuan ahli sihir kejam seperti si Rina tu kan?Ala, tak kan Rina lagi. Sudahlah Hana!
            “Apa yang awak menungkan tu?Betul tak apa yang saya cakap?.” Suara Ika menarik kembali perhatian Hana.
            “Memanglah betul. Dah panjang berjela macam tu, mana boleh salahkan?,” usik Hana. Tangan Ika mula naik menyinggah ke lengan Hana lalu digetusnya.
            “Sakitlah!,” Hana menyeringai.
            “Oh!Dah pandai nak kenakan orang ya sekarang ni?Kalau dah betul apa yang saya cakap, jadi kita ikut je la rancangan saya tu. Awak akan bekerja kat sini, ok?.”
            “Tapi nanti...” Kata-kata Hana terhenti apabila melihat Ika yang mula menarik muka. Kawan baiknya itu mula bersandar ke kerusi dengan tangan yang disilangkan di dada.
            “Dengarlah dulu. Memanglah kalau nak bekerja tu boleh tapi awak sendiri tahukan masalah saya yang satu tu?Nanti kalau terjadi apa-apa masalah, saya tak naklah kalau nama awak pun turut terbabit juga. Turut dapat nama yang buruk juga nanti,” laju Hana menerangkan permasalahan yang bersarang di dalam kepalanya semenjak menerima panggilan daripada Ika minggu lepas yang memintanya untuk datang bekerja di KL.
            Luahan yang dibuat oleh Hana mula membuatkan Ika tersenyum.
“Kalau itu je masalahnya, jangan bimbang. Lagipun kan saya cakap, orang yang nak guna pekerja ni, kawan saya juga kan?So dia faham. Awak jangan risaulah bab tu. Insya Allah, tak kan ada masalah. Jadi, kira jadilah ni ya?,” Ika bernada girang. Raut wajahnya kembali ceria.

            “Hmm...” Hana menganggukkan kepalanya. Siapa yang tak nak bekerja?Tak kanlah dia nak jadi penganggur seumur hidupnya kan?Tapi nanti kalau ada masalah...Ah!Kau kena berani Hana. Tadi, Ika pun cakap macam tu kan?


Tuesday 24 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 14


Jam di pergelangan tangan dikerling lagi untuk kesekian kalinya. 15 minit melepasi pukul 2 petang. Rayyan kembali gelisah seorang diri di kerusi yang didudukinya hampir sejam yang lalu. Matanya memerhati tetamu-tetamu yang baru memasuki Restoran Paya Serai di Hotel Hilton itu, kalau-kalau adanya kelibat orang yang sedang dinanti-nantikannya.
“Mana Puteri ni?,” gumamnya perlahan. Gelas air di atas meja yang hanya berbaki separuh dicapai. Jus tembikai disedut perlahan agar memasuki tekak sekaligus menyejukkan hati yang mula terasa sedikit panas. Janji temu yang diaturkan untuk bersama-sama menikmati makan tengah hari dengan Puteri itu membuatkan Rayyan terus setia menunggu di sebuah meja yang telah ditempah khas untuk mereka berdua.
Jemu memerhati skrin telefon, Rayyan memandang semula ke arah pintu masuk restoran. Nafas dihela perlahan-lahan. Kalau tidak jadi, mesti Puteri akan memaklumkan kepadanyakan?Rayyan mula membuat pelbagai telahan. Terasa berat untuk kakinya melangkah meninggalkan restoran apabila mengenangkan ini adalah pertama kali dia akan bertemu semula dengan Puteri setelah hampir 9 tahun dia membawa diri ke Amerika untuk menyambung pelajaran di sana.
Sosok tubuh yang baru tiba di situ membuatkan bibir Rayyan mula mengukirkan senyuman. Kelihatan Puteri yang bagaikan tercari-cari sesuatu itu. Rayyan mula berdiri sambil membetulkan kot hitamnya. Tangan kanan diangkat sedikit.
Puteri yang baru perasankan kelibat lelaki itu mula mengatur langkah sambil membetulkan tali beg yang tersandang di bahu kanannya. Beberapa pasang mata yang turut berada di situ mula memerhati gerak langkahnya. Sempat Puteri memberikan senyuman kepada para tetamu yang duduk di tempat masing-masing seraya melepasi meja mereka untuk tiba di meja Rayyan.
“Rayyan!.” Gadis itu menjerit kecil sebaik tiba di meja. Kedua-dua tangannya didepakan sekaligus menghadiahkan pelukan percuma buat kawan istimewanya itu. Rayyan menerima dengan senang hati. Senyuman terus mekar di bibirnya. Hilang rasa panas yang mula berputik di hatinya sedari tadi. Hatinya mula berbunga bangga apabila menyedari tetamu-tetamu lelaki yang sedari tadi asyik melirik ke arah Puteri.
“You sihat?,” Puteri melepaskan soalan sebaik pelukan dilerai. Tangan kanannya turut naik mengusap lembut pipi kiri lelaki itu. Rayyan yang sempat mengerling ke arah tetamu-tetamu lelaki yang setia memerhati gelagat mereka bertambah bangga. Bangga beb dapat awek cun melecun macam Puteri ini!
“I okay. As you can see..macam ni lah. You?Oh!Have a seat please..,” Rayyan bergegas menarik sebuah kerusi di meja yang bertentangan dengan tempat duduknya sendiri. Senyuman masih lagi tak lekang dari bibirnya.
Puteri melabuhkan punggungnya. Matanya masih tak lepas memerhati Rayyan yang kini sudah mengambil tempat di depannya. Skarf bermotif flora yang melilit di leher dilonggarkan sedikit ikatannya sebelum mula membuka mulut.
“I sihat tapi you tu..,” Puteri mula menarik muncung. Matanya mula menjeling bagaikan merajuk dengan Rayyan yang mula mengangkat kening kepadanya.
“I?Kenapa dengan I pula?Apa yang I buat?,” tukas Rayyan dalam senyuman. Tak jemu matanya terus menatap raut wajah Puteri yang dirindui selama berpisah ini.
Pelayan yang baru tiba dengan menu di tangan membantutkan hasrat Puteri yang ingin menjawab soalan Rayyan itu.
“You nak makan apa?Tengok..macam-macam ada ni. Lama tau I tunggu you. Bukan setakat berkeroncong dah perut ni, silap-silap shuffle, joget semua dah ada..,” Rayyan terus membebel sambil memerhati menu yang tersedia. Puteri hanya menjeling sekilas ke arah menu sebelum membuat keputusan.
“You order la apa pun. I ikut je.”
“La..tak kan ikut je?Order la apa yang you rasa nak makan. Even kalau tak ada dalam menu ni pun, I akan pastikan diaorang masak apa yang you nak!,” ujar Rayyan bersungguh-sungguh.
“Ya la tu,” sahut Puteri. Bibirnya mula tersenyum. Dalam diam, dia mengakui kata-kata Rayyan. Siapa yang tak kenal Tan Sri Rashid?Anaknya?Lagilah kan!Sungguh, dia gembira biarpun baru sekejap cuma berada di sisi lelaki  ini. Maklumlah anak VVIP, siapa yang tak gembirakan?Segala kehendak harus dipenuhi. Malah, apa jua yang dikehendaki mungkin bukan satu penghalang buat lelaki yang bergelar Rayyan Zikri itu. Jadi, sesiapa yang mendampinginya mestilah turut merasai tuah tersebut.
Pelayan yang muncul semula mencatat pesanan yang diberikan oleh Rayyan. Puteri hanya diam membisu. Cuma sesekali dia membetulkan rambutnya yang baru saja ditata rias sebelum datang bertemu dengan Rayyan.
Selesai mencatat menu yang dipesan, pelayan lelaki tersebut terus berlalu. Puteri yang memerhati gerak langkah pelayan berkenaan, mula mengalihkan pandangannya kepada Rayyan.
“Kenapa ni?Muncung tak habis lagi, hmm?.”
“Mana ada. You tu..,” Puteri bersuara manja. Matanya terus menjeling. Setelah lama tidak bersua muka, sekaranglah masanya untuk bermanja-manja dengan Rayyan.
“I?Dari tadi asyik cakap sebab I. Apa yang I dah buat?,” sahut Rayyan sambil mula meraih tangan Puteri. Tangannya yang sudah bertaut dengan tangan gadis itu di atas meja mula mengelus lembut tangan Puteri.
“Ya la. You tu kat sana sampai sembilan tahun tau. Lama tu!Bukan you study empat atau lima tahun je ke?Yang lebih tu apa yang you buat kat sana?Jangan-jangan...,” sengaja Puteri tidak menghabiskan kata-katanya. Dia ingin memancing reaksi Rayyan. Tangannya turut ditarik daripada genggaman tangan jejaka itu.
Rayyan tersenyum sebaris mendengar patah kata daripada Puteri. Wajah gadis yang mula menarik muncung itu ditatap dalam-dalam. Dia sengaja tidak terus memberikan penjelasan kepada gadis itu. Gelas air dicapai bagi menghabiskan air yang masih berbaki.
“Tengoklah tu. Orang cakap dengan dia buat tak dengar je. Entah-entah memang betulkan you kat sana memang ada orang lain, ya tak?.”
Puteri yang tidak lagi boleh menahan sabar terus melepaskan serkap jarangnya. Pedih hatinya apabila melihat Rayyan yang hanya diam membisu.
Rayyan yang sengaja ingin terus mengusik gadis di depannya tertawa kecil mendengar kata-kata Puteri itu. Tangan gadis itu kembali diraih dan diusap lembut.
“Puteri, dah berapa lama kita kenal?.”
“Entah!,” sahut Puteri berbasa-basi. Bahunya dijongketkan. Merajuklah tu!
 Rayyan yang menerima respons dari Puteri terus tersenyum. Makin bertambah niatnya ingin terus mengusik gadis tersebut. Genggaman tangannya dilepaskan. Riak wajahnya mula berubah serius.
Berkerut wajah Puteri apabila melihat perubahan Rayyan yang mendadak itu.
“Well, dulu memang I suka kat you tapi you tak bagi jawapan pun kan?So, sembilan tahun I kat sana apa lagi yang I boleh buat?You faham-fahamlah. Kenalah I cari pengganti.”
            Suara Rayyan yang didengari membuatkan Puteri terjeda. Kepalanya menggeleng perlahan bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Jadi, betullah telahannya selama ini. Rayyan sama saja seperti lelaki-lelaki lain!
            Pelayan yang muncul semula dengan membawa menu yang dipesan membuatkan keadaan hening seketika. Sambil memerhati menu yang disajikan, Rayyan mencuri pandang ke arah Puteri. Dia menahan tawa melihat riak wajah gadis itu.
            Selesai menghidang makanan dan minuman, pelayan mula berlalu meninggalkan meja.
            “Jom makan!I lapar ni..,” Rayyan mula mencapai sudu dan garfu. Pandangan mata Puteri kepadanya sengaja tidak diendahkan. Mulutnya mula mengunyah nasi yang baru disuap.
            “Hmm..sedap!So perfect!,” kepala Rayyan mengangguk perlahan. Berpuas hati dengan masakan yang dijamahnya kini. Tidak sia-sia dia menanti lebih kurang sejam di situ dengan hasil yang tersaji di depan matanya sekarang.
            Rayyan menjeling Puteri yang langsung tidak menyentuh makanan yang terhidang. Sudu dan garfu mula diletakkan kembali. Napkin yang terlapik di atas peha diangkat dan dikesat sekali ke mulut sebelum memulakan bicara.
            “Kenapa tak makan?You tak suka ke dengan semua ni?,” mata Rayyan memerhati lauk pauk yang terhidang. Kuah masak lemak ikan kembung yang menjadi kegemarannya turut tersaji di atas meja.
            “Tak ada selera!,” tukas Puteri sambil menjeling. Padahal perutnya sendiri sudah minta diisi sedari tadi. Sudahlah dia tak sempat menjamah sarapan, ingatkan hendak bersama-sama menikmati makan tengah hari dengan Rayyan sambil bermanja-manja tetapi jawapan daripada lelaki itu membuatkan seleranya mati kini.
            Rayyan yang terus memerhati reaksi Puteri mula meraih kembali tangan gadis itu. Kali ini, tangannya menggenggam erat tangan Puteri yang dirasakan ingin ditarik kembali daripada genggaman tangannya.
            “Ok,  I mengaku kalah. Tadi tu I gurau je la. Ya, memang I mengaku sembilan tahun I kat sana tapi tak ada seorang pun yang berada dalam hati I. No one but you. Only you. Cukup penjelasan I ni untuk buat you makan?Come on!I tak suka tengok you macam ni. Tadi pun you cakap you tak makan lagi kan waktu I call you?Nanti kalau perut tu masuk angin siapa yang susah?So...” Rayyan mula melepaskan genggaman tangannya. Sudu mula dicapai dan nasi mula disudu lalu dihalakan ke mulut Puteri.
            “So sekarang please makan okay?.”
Bibir Puteri mula terlukis sebaris senyuman. Suara serius Rayyan menyatakan hal tersebut terasa cukup menyakinkan dirinya. Mulut mula dibuka menyambut sudu yang dihulurkan. Rayyan yang memerhati tersenyum senang sebelum dia sendiri menyambung menikmati makanan tengah hari mereka berdua.
            “You tahu kan kenapa I stay kat sana lama-lama?Bukannya you tak tahu anak saudara ibu tiri I tu, si Shasha.”
            “La..sebab tu ke you sanggup stay kat sana lama-lama?Sebab dia?Dia ganggu you lagi ke?,” Puteri cuba mengorek rahsia. Masakan Shasha yang tinggal serumah dengan Rayyan itu tidak dikenali.
            “Emm...I dah fikir masak-masak. Selagi I tak khawin selagi itulah agaknya dia akan terus kacau I. So, apa kata kita khawin?You pun sayangkan I kan macam mana I sayangkan you?Tadi tu bukan main muncung lagi,” usik Rayyan.
            Mata Puteri terkebil-kebil. Bibirnya bergerak sedikit. Nak senyum ke tak?Khawin?Memanglah dia sukakan Rayyan tapi tak pernah pula terfikir nak berkhawin sekarang. Apatah lagi kerjayanya baru sahaja hendak berkembang.
            “Nanti kita khawin ya?.” Suara Rayyan menarik kembali perhatian yang tersasar.
“Er..hmm...” Suara yang lahir antara dengar dan tidak. Puteri cuba mengawal riak wajahnya. Khawin?Now?Ish!Tak kan lah?





Saturday 21 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 13


Sekarang, tahun 2013
            “Ayah baliklah dulu. Tak payah tunggu orang” tutur Hana buat kesekian kalinya sebelum melangkah turun dari kereta milik ayahnya itu.
            “Ya lah, tahu. Hana dah cakap tadikan,” sahut ayahnya.
“Balik tau?Orang bukannya budak-budak lagi,” Hana membesarkan matanya. Tertawa kecil Pakcik Kamarudin dengan tingkah anak gadisnya itu yang juga merupakan satu-satunya permata hati dia bersama isteri.
“Nanti bila dah sudah, Hana telefon ayah ya,” pesan Pakcik Kamarudin. Siapa yang tidak risau dengan keadaan anaknya itu yang boleh terlelap di mana-mana sahaja?Lebih-lebih lagi dengan apa yang telah terjadi kepada anaknya itu kira-kira 7 tahun yang lepas.
“Kalau yang itu tak pe. Nanti Hana telefon tapi sekarang ayah kena balik dulu,” ujar Hana bersungguh-sungguh sebelum menutup pintu kereta. Pakcik Kamarudin menganggukkan kepalanya sebagai tanda jawapan.
Hana yang sudah beberapa tapak melangkah, menoleh semula ke belakang.
“Pergi, pergi..,”  desisnya perlahan. Siap dengan gerak tangan kanan persis ketika menghalau kucingnya yang berada di rumah.
            “Budak ni..,” Pakcik Kamarudin tersenyum sebaris. Nampak sangat anaknya itu inginkan dirinya untuk tidak berada di situ pada pagi itu. Enjin kereta yang baru sahaja dimatikan, dihidupkan semula setelah memerhati Hana yang masih belum melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.
            Hana yang kemas mengenakan baju kurung dengan selendang biru muda yang berwarna sedondon dengan bajunya itu, tersenyum senang hati setelah melihat kereta ayahnya yang sudah melepasi pintu pagar.
            Dia yang kini sudah berusia 27 tahun mula membuang langkah memasuki Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis itu yang terletak di Persiaran Wawasan, 01000 Kangar. Siap alamat lengkap lagi!
            Sekeping kertas yang disimpan di dalam failnya sejak minggu lepas, mula dikeluarkan.
            “Tingkat 2 kan?,” gumam Hana seorang diri. Kaki mula diatur menuju ke sebuah kaunter. Kaunter pertanyaan la tu.
            “Assalammualaikum cik. Tumpang tanya, memang betul kan alamat ni?,” Hana menghulurkan kertas yang berada di tangan. Seorang wanita yang sedang duduk di kerusi di kaunter itu tersenyum manis.
            “Waalaikummussalam,” sahut wanita berkenaan yang berusia 30-an sebaik kertas bertukar tangan. Kertas diteliti seketika.
            Hana yang memang sudah tahu bangunan berkenaan sekadar bertanya bagi memastikan yang dia memang tidak tersilap tempat. Matanya merayap memerhati sekeliling. Bangunan yang turut dikenali sebagai Mini Putrajaya oleh penduduk setempat itu kelihatan begitu moden di pandangan matanya. Biarpun tidak sebesar Putrajaya yang sebenar, mungkin ia mendapat jolokan namanya kerana ini merupakan pusat pentadbiran bagi negeri Perlis.
            “Adik, betul inilah tempatnya. Adik kena pergi ke tingkat dua ya,” tutur wanita berkenaan seraya menghulurkan kembali kertas itu kepada Hana.
            “Terima kasih cik,” sahut Hana berbahasa. Adik?Dia dah 27 tahun tau!Tapi kenapa wanita tersebut membahasakannya adik? Dia mula menguntumkan senyuman. Yes!Dia nampak mudakan?Kalau dia nampak tua, mesti wanita tersebut memanggilnya kakak. Kan?
            Kaki mula berjalan menuju ke lif. Sempat Hana menoleh ke belakang memeriksa keadaan sekeliling. Kenapa hanya dia seorang sahaja?Tidak ada yang lain ke?
            Hana mula melangkah ke dalam  lif. Butang yang tertera nombor 2 ditekan untuk membawanya ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis itu. Tiba di aras berkenaan, Hana melangkah keluar. Dia menoleh ke kiri. Kosong. Ke kanan pula dipandang. Kelihatan seorang lelaki di sebuah meja.
            Fail dipeluk kemas sambil kaki mula melangkah lagi menuju ke meja berkenaan.
“Assalammualaikum,” ucap Hana kepada lelaki tersebut yang agak sibuk meneliti beberapa helaian kertas.
            “Waalaikummussalam. Temuduga L29?,” lelaki tersebut mendongak memandang kepada Hana yang tercegat di depan mejanya. Bagaikan sudah mengetahui, soalan itu dilontarkan.
            “Ya, ini suratnya,” Hana menghulurkan surat tawaran yang turut diserahkan kepada wanita di kaunter pertanyaan tadi. Lelaki tersebut menyambut tanpa banyak soal. Seorang lagi calon telah datang melaporkan diri. Nama gadis itu dicari di antara puluhan nama yang sudah tercetak di atas kertas.
            “Ok. Awak nombor dua ya. Duduk dulu. Nanti bila dah dipanggil baru masuk. Kat sana ya,” lelaki tersebut menunjuk ke satu arah sebelum menyerahkan kembali surat tawaran tersebut.
            “Terima kasih.” Hana mula melangkah ke arah yang ditunjukkan. Terdapat deretan kerusi  yang telah disusun di luar sebuah pintu.
            “Panjangnya!,” desis Hana apabila memerhati deretan yang terbentuk. Kerusi pertama yang terletak paling hampir dengan pintu tiada penghuninya. Hanya sebuah fail dan telefon bimbit yang ditinggalkan di situ.
            “Mana tuannya?Berani dia tinggalkan barang-barang dia macam tu je?,” Hana memandang sekeliling. Tiada sesiapa pun yang kelihatan kecuali lelaki yang bertugas di meja tersebut. Hana mula melabuhkan punggungnya di kerusi yang kedua. Dadanya yang sedikit berdebar cuba dikurangkan dengan menambil nafas dalam-dalam.
            Sudahlah Hana. Inikan temuduga kau yang ketiga. Apa yang nak ditakutkan lagi?Macamlah tak ada pengalaman sebelum ini kan?Dia cuba memujuk diri sendiri.
            Seseorang yang mengambil tempat di sisi kanannya mencuri tumpuan mata.
“Awak yang kedua?,” seorang perempuan yang baru sahaja menduduki kerusi yang ditinggalkan tadi melontarkan soalan.
            “Ya,” jawab Hana sepatah sambil menganggukkan kepalanya.
“Saya pergi tandas tadi,” beritahu perempuan tersebut tanpa dipinta. Hana tersenyum sebaris. Apa lagi yang nak dikatakan?
            Hana memerhati perempuan tersebut yang khusyuk membaca sebuah buku. Sempat matanya mencuri pandang tajuk buku yang sedang dipegang oleh perempuan tersebut yang tidak diketahui namanya itu.
            “Malaysia Legal System,” Hana menggumam perlahan. Walaupun tidak pasti mukasurat mana yang menjadi pilihan perempuan tersebut tetapi Hana berani katakan pastinya topik mengenai kehakiman dan mahkamah-mahkamah yang terdapat di dalam Malaysia ini menjadi sumber bacaan perempuan tersebut yang kelihatan muda beberapa tahun berbanding dirinya.
            Hana mengeluh perlahan. Terasa lambat waktu berlalu pada pagi itu. Sungguh, dia tidak betah untuk terus berlama-lama tanpa melakukan sebarang aktiviti. Duduk dan terus menunggu. Jam di pergelangan tangan dikerling sekali lalu.
            Jarum yang menunjukkan tepat pukul 8 membuatkan Hana mula menguntumkan senyuman. Temuduga yang dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi itu akan bermula bila-bila masa sahaja dari sekarang.
            “Macam nak ambil exam pula,” desisnya perlahan.
Exam?UiTM?Ah!Kenapa nak diingatkan lagi semua perkara yang telah berlalu itu?Dah hampir 7 tahun sudah kan?Biarkanlah. Hana memujuk lagi dirinya sendiri.
            Benarkah semuanya sudah berlalu?Ya, masa memang berlalu tapi tidak peristiwa itu. Kejadian yang masih terpatri kemas di dalam mindanya.
            “Saya masuk dulu,” suara perempuan itu menarik perhatian Hana. Hilang peristiwa yang baru hendak di ulang tayang di dalam kepalanya.
            “Ya, good luck!,” Hana tersenyum kepada perempuan tersebut.
“Awak pun,” sempat lagi perempuan tersebut membalas. Dalam tak sedar, deretan kerusi yang sedarinya kosong sudah pun dipenuhi oleh calon-calon yang telah dipanggil untuk ditemuduga bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Undang-undang gred L29 itu. Jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara itu sememangnya menjadi pilihan utama buat bekas penuntut-penuntut Diploma Pentadbiran Awam seperti dirinya.
            Hana memerhati rata-rata calon yang sibuk membaca. Ada yang memegang buku, ada juga yang memegang beberapa helaian kertas di tangan mereka. Tidak ubah persis situasi ketika ingin melangkah masuk ke dalam dewan untuk menduduki peperiksaan. Ala, peperiksaan lagi!Sudahlah Hana.
            “Ai!Apa nak jadi ni?,” suara lelaki yang bertugas di kaunter menarik perhatian semua calon yang debar menanti.
            “Tengok tu. Main masuk macam tu je. Ingat!Nak masuk tu ketuklah dulu pintu tu. Bukannya susah sangat pun,” lelaki itu memuncungkan mulutnya ke arah perempuan yang baru sahaja menghilangkan diri ke dalam sebuah bilik.
            Ya, itu adalah satu tanggapan yang akan diberikan oleh para penemuduga kepada calon. Biarpun perkara kecil, mengetuk pintu sebelum masuk, tidak keterlaluan kalau dikatakan itu adalah perkara pertama yang akan dinilai oleh penemuduga nanti.
            Hana mengerling ke arah pintu. Mungkin ini adalah pengalaman pertama untuk perempuan tadi. Semestinya perasaan gementar menguasai diri. Ini adalah kali ketiga dia akan ditemuduga. Sepanjang 7 tahun ini, belum pernah dia bekerja secara tetap di mana-mana tempat. Paling lama yang dia mampu bertahan pun lebih kurang 3 bulan sebelum dia dipecat dari salah sebuah pasaraya di Kangar itu.
            Semuanya gara-gara waktu tidurnya yang tidak pernah mengenal masa dan ketika. Hatta tempat sekalipun.
            “Ok, awak boleh masuk sekarang.” Suara lelaki yang bertugas di kaunter menerjah ke pendengaran.
            “Terima kasih,” ucap Hana seraya menganggukkan sedikit kepalanya. Nafas ditarik dalam-dalam. Mata dipejamkan seketika. Tidak!Bukan sekarang. Jangan pejamkan mata Hana. Jangan sesekali!
            Tangan kanan dihayunkan ke pintu. Tidak terlalu kuat dan tidak juga terlalu perlahan. Cukup untuk didengari oleh sesiapa yang berada di dalam bilik tersebut.
            “Masuk!,” satu suara lantang kedengaran.
            Pintu mula dikuak. Sebaik kaki melangkah masuk, Hana menutup semula daun pintu berkenaan dengan tertib. Kaki mula diatur menuju ke sebuah meja di mana sudah ada dua orang lelaki yang akan menemuduga dirinya sebentar lagi.
            “Assalammualaikum cik,” ucap Hana dengan memandang kedua-dua orang lelaki tersebut.
            “Waalaikummussalam. Sila duduk,” seorang lelaki yang berumur 40-an menunjukkan sebuah kerusi kosong yang terdapat di depan meja. Mungkin kira-kira 1 meter jaraknya dari meja berkenaan.
            “Boleh saya tengok dokumen-dokumen yang dipinta?,” suara lelaki berkenaan kembali didengari  sebaik Hana melabuhkan punggungnya di kerusi.
            “Ya, semuanya ada di sini,” Hana bingkas bangun semula untuk menghulurkan fail yang mengandungi segala macam jenis sijil dari sekolah rendah sehingga tamat belajar di UiTM.  Sebaik fail bertukar tangan, dia mengambil semula tempat duduknya.
            Satu minit. Dua minit. Keadaan sunyi sepi. Hana menahan debaran di dada. Debaran yang kian menghebat apabila melihat resumenya sudah berada di tangan penemuduga itu.
            “Baiklah, Cik Hana Antasaha Kamarudin, am I right?,” penemuduga itu memulakan bicaranya. Hana tahu inilah saatnya dia akan dinilai.
            “Yes, sir,” sahut Hana sambil menganggukkan kepalanya sekali. Soalan demi soalan diajukan kepada dirinya. Apa yang dia tahu, dijawab dan cuba disampaikan dengan sebaik yang mungkin. Biarpun penemuduga yang seorang lagi itu, seorang lelaki yang sudah beruban kepalanya, mungkin berusia dalam lingkungan 50-an hanya mendiamkan diri sedari tadi, tetap dipandang oleh Hana ketika memberikan jawapan. Dia tidak mahu dilihat seolah-olah hanya berbual dengan penemuduga yang pertama sahaja.
            “Baiklah Cik Hana. Kalau tadi kita dah berbual pasal luar negara, sekarang kita berbalik ke dalam negara kita, negara Malaysia. Siapa Peguam Negara kita?.”
            Ini adalah pengetahuan umum. Di UiTM memang tidak diajar pun. Hana menghela nafas seketika.  Dia tahu jawapannya. Masakan tidak, dari piagam pelangggan sehinggalah kepada fungsi-fungsi Jabatan Peguam Negara telah dicari di ‘Google’ pada mingggu lepas lagi.
            Mata dipejamkan seketika. Terasa nyaman udara yang berada di sekelilingnya ketika ini. Hana menarik nafas. Debaran di dadanya sudah lama menghilang sejak berjaya menjawab soalan-soalan yang diaju oleh penemuduga tadi.
            Nafas diambil lagi. Selesa. Aman. Keadaan ini begitu mendamaikan. Kepalanya dirasakan ringan. Sungguh membahagiakan.
            “Ehem..Cik Hana?Cik Hana?.”
Suara siapa itu yang mengganggu dirinya?Tak nampakkah yang dia sedang bersantai begini?Cukup selesa. Wait!Tadi ada soalankan?Soalan apa ya?
            “Cik Hana!.” Suara itu lagi. Kali ini lebih lantang berbanding yang tadi.
            Ya, dia dah tahu. Itulah jawapannya.
            “Aaron Aziz!.”
Terlopong kedua-dua penemuduga itu dengan jawapan yang  lahir dari bibir calon yang sedang berada di depan mereka. Sudahlah tadi bukan main sedap dia tidur, sekarang ini jawapannya?Biar betul!
            “Pardon me. Aaron Aziz?.” Kali ini barulah kedengaran suara penemuduga yang kedua itu. Ohoo, dengar nama Aaron Aziz baru buka mulut ya?
            “Er..sorry?,” Hana bertanya kembali. Dia mengetap bibir. Otaknya cuba mencerna apa yang baru berlaku. Matanya terkebil-kebil. Ya Allah!Dia tertidur lagi ke?Malunya!Entah apa tanggapan yang diberikan kepada dirinya kini. Lambat-lambat wajahnya yang menunduk mulai diangakat.
            Kelihatan kedua-dua penemuduga itu tersenyum. Tidak!Entah-entah sedang menahan ketawa?Peguam Negara Malaysia, Aaron Aziz?Ish, ish!Hana, Hana, apa nak jadi ni?Sadis betullah!
            “I’m very-very sorry sir. I know the answer. It just that...” Hana mula menggelabah. Kenapa nama Aaron Aziz pula yang boleh terkeluar tadi?Adoi!Entah mana dia nak letakkan mukanya kini?
            “That’s okay Cik Hana. By the way, Cik Hana ni memang meminati aktor tersebut ke?,” penemuduga kedua mengangkat keningnya. Nak kena jawab ke?Ke dia sekadar mengusik?
            “Err...” Hana terjeda. Inilah kali pertama dia tidak dapat memberikan jawapan untuk penemuduga sejak dia bersoal jawab tadi. Entah berapa lama dia berada di dalam bilik itu dia sendiri tidak sedar.
            “Minat ke?,” penemuduga kedua itu masih mengajukan soalan yang sama. Lama berfikir, Hana mula membuka mulut.
            “Er..tak juga. Tak la minat sangat.”
“Habis tu, siapa yang Cik Hana minat?,” soalan masih diteruskan.
            Sudah!Dari isu-isu perundangan di dalam dan luar negara, kini kena mengadap isu-isu artis pula ke?
            “That’s okay. Saya saja nak tahu. Bab peguam negara itu, kami berdua yakin Cik Hana tahu jawapannya. Cuma saya tertanya-tanya kalau tak minat, kenapa nama aktor tersebut yang disebutkan tadi. So, siapa pelakon yang Cik Hana suka?.”
            Hana menghela nafas. Panjang berjela pula penemuduga kedua bercakap kali ini. Sebut je la Hana satu nama. Lepas ini, mesti dia akan diam, bisik hati Hana.
            “Hmm...Christian Bale.” Wah!Class kau Hana, aktor antarabangsa tu!
            “I see. So let me guess, filem lakonan dia yang Cik Hana suka mesti Batman, right?.”
Ish!Nak berteka-teki berbagai pula encik penemuduga kedua kita ini. Hana menghela nafas lagi. Mata mula mengerling kepada penemuduga pertama yang mengukirkan senyuman kepadanya seraya menganggukkan kepala. Seakan-akan menginginkan Hana untuk menjawab soalan tersebut.
            “Bukan. Saya suka Equilibrium dan Rescue Dawn. The Prestige pun ok juga,” jawab Hana jujur. Nah!Nak sangat jawapan kan?Sampai berkerut dahi penemuduga kedua itu dengan jawapan yang lahir dari bibir Hana.
            “Tak pernah dengar pun tajuk tu?.”
            “Ada. Bagi saya, ketiga-tiga buah filem tu lagi best dari Batman,” sahut Hana. Tidak berani dia untuk menokok tambah yang lain. Bukankah dia ke sini untuk ditemuduga bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Undang-undang?Lainlah kalau untuk menjadi PA Christian Bale!
            “Macam tu..,” tukas penemuduga kedua perlahan. Kepalanya juga mengangguk sekali dua. Gadis di depannya berani menyatakan pendapatnya sendiri. Tidak terus ikut bersetuju dengan pandangannya. Bukan seperti calon-calon yang pernah berdepannya sebelum ini.
            “Cik Hana tahukan kalau Cik Hana lulus temuduga ini, Cik Hana dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan?.”
            Suara penemuduga pertama kembali didengari semenjak sesi soal jawab itu diambil alih oleh penemuduga kedua. Sekaligus, suasana yang lebih santai tadi kembali bertukar kepada suasana yang lebih formal.
            “Ya,” Hana pantas menjawab sambil matanya mengerling kepada penemuduga kedua.
            “Saya cuma...”
Hana berdebar menantikan kata-kata penemuduga berkenaan. Cuma apa?. Hana memandang kedua-dua penemuduga itu silih berganti. Kedua-dua penemuduga itu saling pandang memandang di antara satu sama lain. Mungkin hanya mereka berdua sahaja yang saling memahami bahasa isyarat yang sedang diberikan.
            “Macam inilah. Cik Hana balik dulu dan tunggu jawapan daripada kami. Saya pun bukannya doktor dan tidak adil untuk saya terus mengadili Cik Hana.”
            Riak wajah tenang milik Hana mula berkerut sebaik mendengar kata-kata penemuduga berkenaan. Apakah maksudnya?Dia bukan doktor?Nak mengadili?Apa ni?!
            “Betul tu. Kami berdua yakin dengan Cik Hana tapi apa pun, Cik Hana kena lulus juga ujian untuk pemeriksaan kesihatan tu. Kalau itu pass, everything should be all right,” tambah penemuduga kedua.
            Hana terkebil-kebil. Tidak tahu patah perkataan yang harus diucapkan. Kalau dia gagal di dalam temuduga ini, kenapa kedua-dua penemuduga ini seakan-akan memberikan signal yang positif kepadanya?Kalau positif kenapa pula isyaratnya bercampur baur?Arghh!!!
            “Ya lah.” Akhirnya itu yang terkeluar dari bibir Hana. Dia mengangguk perlahan.
            “Kalau macam tu, sampai sini saja. Terima kasih kerana sudi datang,” ucap penemuduga kedua seraya menghulurkan fail kepada Hana.
            Hana bingkas bangun. Tangan mula dihulur bagi menyambut kembali fail yang diberikan sebelum mula ditemuduga.
            “Terima kasih juga atas masa encik berdua,” tutur Hana seraya menganggukkan sedikit kepalanya sebagai tanda menghormati kedua-dua penemuduga itu. Kelihatan kedua-dua lelaki itu tersenyum sambil memberikan anggukan kepala.

            Hana mula mengatur langkah ke pintu. Debarannya yang sudah hilang kini diganti dengan satu pertanyaan. Bolehkah jawatan ini menjadi miliknya kelak?Kalau berdasarkan respons kedua-dua penemuduga tadi, jawapannya seakan-akan ya tetapi kenapa jawapan ‘tidak’ itu seakan-akan ingin mengambil tempat juga?Serabutnya!