Rayyan yang sedang memandu menghentikan keretanya sebaik tiba di depan
pondok pengawal. Cermin kereta mula diturunkan sebaik melihat seorang pengawal
keselamatan yang bertugas di situ mula menghampiri.
“Siapa?,” kedengaran suara
dari pengawal keselamatan tersebut.
“Saya pakcik..,” Hana
menjengah agar dapat dilihat oleh pengawal tersebut.
“Oh kamu..sekejap ya,”
pengawal tersebut tersenyum sebelum memberikan isyarat tangan kepada seorang
kawannya yang berada di dalam pondok pengawal.
Seorang lagi pengawal
keselamatan yang berada di dalam pondok tersebut mula menaikkan palang yang
tadinya menghalang laluan kereta berkenaan.
“Boleh tahan..,” bisik
Rayyan perlahan sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Apa yang pakcik cakap
tadi?,” soal Hana apabila menoleh kepada lelaki itu.’
“Er..mana ada!Mana ada saya cakap apa-apa..makcik tu yang salah dengar.
Baru bangun tidur je terus nak
berhalusinasi..,” tingkah Rayyan dengan memek wajah yang diseriuskan agar
makcik itu mempercayai cakapnya.
Hana menjeling sambil mula
menaikkan tali beg ke atas bahu. Dia cuma terlelap sebentar tapi itu tak
bermaksud dia tak dengar apa yang pakcik ni cakapkan, betul tak?
“Pakcik ingat saya tak dengar tadi?.”
Rayyan mula berdecit.
“Hah..betullah tu kan?,”
tambah Hana apabila mendengar suara lelaki itu.
“Ok, ok..saya malaslah nak
bergaduh dengan makcik. Lagipun...”
“Belok sini,” Hana memberikan arahan apabila tiba di satu selekoh.
Rayyan menjeling. Belum
pun sempat dia bercakap, makcik itu terlebih dahulu mengeluarkan arahan. Terasa
dirinya macam pemandu pula untuk makcik yang tidak dikenali sangat itu.
“Saya pun tak nak bergaduh
dengan pakcik. Cukup-cukuplah untuk hari ni tapi siapa yang jadi prejudis kat
sini?Yang cepat sangat nak menilai orang?.”
“Prejudice?Come on!That’s
such a big word..,” Rayyan mengerling sekilas kepada Hana. Kereta dipandu
secara perlahan-lahan mengikut arah yang diberitahu oleh Hana tadi.
“Ok..er..mungkin bukan
prejudis tapi judgemental. Yeah..pakcik ni seorang yang judgemental sebab cepat
sangat nak menilai orang. Tadi tu pun....”
“Apa?Tadi tu saya cakap
‘boleh tahan’. Er..maksud saya rumah-rumah kat sini. Boleh tahan. Cantik!,”
tingkah Rayyan sambil tersengih.
“Ala..mengaku je la pakcik
sebenarnya nak cakap saya tak layak nak duduk kat sini kan?Buat apa nak tipu?Nak
berkias-kias berbagai?,” balas Hana.
Rayyan menghela nafas.
Adoi!Penat nak bergaduh mulut dengan makcik yang seorang ini.
“Maksud saya tadi...”
“Berhenti!Hah..tu la
rumahnya,” Hana mula membetulkan tali beg yang tersangkut di bahu. Tali pinggang
keselamatan mula ditanggalkan. Matanya mula memerhati Jojo dan Ika yang sedang
berbual-bual di depan pintu pagar.
“Maksud saya tadi...”
“Tak pe. Tak payah
terangkan sebab kali ni saya nak beritahu yang apa yang pakcik fikir tu memang
betul. Saya tak layak pun nak duduk kat sini. Memang tak mampu pun
sebenarnya..,” Hana tersenyum ketika menoleh ke arah lelaki itu. Kesian pula
nak ‘buli’ pakcik ni lama-lama. Lagipun memang satu kenyataan bahawa dia
sememangnya tidak mampu untuk duduk di rumah Banglo Casabella yang terletak di
Kota Damansara itu kalau tidak kerana Ika. Memang itu adalah kategori rumah
mewah.
“Tu..nampak yang perempuan
tu?Nama dia Ika. Kawan saya. Rumah ni rumah dia. Saya cuma menumpang je. Saya
keluar dulu and thanks sebab tumpangkan saya,” ucap Hana sebelum melangkah
keluar.
Rayyan terkebil-kebil
memerhati Hana yang melangkah keluar.
“Isy..,” dia berdecit lagi. Kenapa terasa sesuatu pula dalam hatinya
sekarang ini?Tutur kata makcik tu tadi betul-betul menusuk ke dalam hatinya.
Ewah!Dan sekarang dia betul-betul rasa bersalah.
Tali pinggang keselamatan
yang dikenakan sejak menaiki kereta tadi mula ditanggalkan dari badan. Pintu
kereta mula dibuka.
“Sayang!You balik dengan
siapa tu?You buat I risau tau!.” Jojo yang menyambut Hana terus mengerling ke
arah kereta Volkswagen Passat, model
sedan eksekutif yang berwarna hitam itu.
Hana tersenyum sebaris
sebelum menjawab.
Ika yang turut berada di
situ mula mengangkat kening kepadanya.
“Dia tumpangkan saya. Jojo
tak payah nak risau sangatlah. Dia pun kerja satu tempat dengan kita. Pejabat
dia aras tujuh belas,” beritahu Hana.
Jojo terdiam sejenak.
“Aras tujuh belas?,” soalnya kemudian.
“Hmm..,” Hana hanya
menggumam sambil memberikan anggukan kepala.
Rayyan yang melangkah
keluar sebaik pintu kereta dibuka mula menapak ke arah mereka semua yang masih
berada di luar.
“Er..hai!,” sapanya sebaik
melihat kawan kepada Hana yang dimaksudkan.
Ika sedikit ternganga apabila melihat sosok tubuh yang berdiri di depan mereka kini. Sedikit je tau!
Ika sedikit ternganga apabila melihat sosok tubuh yang berdiri di depan mereka kini. Sedikit je tau!
“Saya Ray...”
“Rayyan, anak Tan Sri
Rashid,” sahut Ika.
Hana hanya menjungkitkan bahunya apabila pandangan matanya bertaut dengan
pandangan mata Jojo yang memberikan isyarat soalan apabila melihat reaksi Ika
yang bagaikan mengenali lelaki tersebut.
“Ya. Er..Do I know you?I
mean yeah...maybe we’ve meet before?,” Rayyan mengerling sekilas kepada Hana.
Baru makcik itu tahu yang dia ni famous juga tau!
“Tak, tak..memang kita tak
pernah jumpa pun. Siapalah tak kenal dengan ayah Cik Rayyan kan?,” Ika
tersengih. Dia mula menyiku lengan Hana yang sedang berdiri di sisinya. Hana
tidak mengendahkan. Apa kenalah dengan Ika ni?Agaknya terkesima sangat tengok
pakcik ni?
“Oh!I see..,” Rayyan
menguntumkan senyuman. Malu!Rupa-rupanya babahnya yang lagi terkenal daripada
dirinya.
“Ya, kenalkan, kawan saya
Ika..dan yang ni Jojo,” Hana menunjuk kepada Ika dan Jojo silih berganti.
“Rayyan,”
ucap Rayyan sebaik menghulurkan tangan kepada seorang lelaki yang turut
tercegat di situ. Kejap!Lelaki?Er..
“Jojo.” Amboi!Dengar tu
suara dia, memang lelaki tapi penampilannya?
Jojo melirik lelaki yang sedang bersalam dengannya sekarang. Boleh
tahanlah. Sepasang pakaian pejabat Hugo Boss yang dikenakan lelaki ini
menyerlahkan sisi maskulin si pemakai. Ewah-ewah Jojo. Dah jadi macam editor
pula kau ni?Kasutnya pun boleh tahan. Dari jenama..kejap!Semuanya pun boleh
tahan je?
Jojo menjeling apabila
melihat senyuman yang terpamer di bibir lelaki itu. Ingat kacak sangatlah
tu?Boleh tahan je tau!I’m better. Yeah, better than that. Lagi maskulin!
“Er..sayang, tadi you...”
“Makcik, er..can we
talk?,” Rayyan mencelah.
Jojo mengerling lelaki itu. Isy!Orang bercakap dia pun nak bercakap juga.
Isy lagi!
“Ya, cakaplah.”
“I mean in private,” Rayyan tersengih sambil mengangkat kening.
“Pergilah!,” bisik Ika
sambil menyiku lagi lengan Hana.
Hana menganggukkan kepala. In private?Apa sajalah yang pakcik ni cakap
lagi?Ada lagi ke benda yang boleh untuk dibualkan di antara mereka berdua?
“Please excuse us..,”
Rayyan mengisyaratkan agar Hana mengikutnya ke keretanya semula.
“Yeah, sure..,” Ika
tersenyum.
Hana melangkah malas mengikut lelaki itu yang sudah mengatur langkah ke
keretanya semula. Apa saja yang pakcik ni nak beritahunya?Penting sangat ke?
“Hah..cakaplah. Apanya?,”
tegur Hana sebaik tiba di kereta.
“Bagilah saya ambil nafas dulu kalau ya pun..,” tukas Rayyan sambil
menjeling. Dia menarik nafas sebelum meluahkan perkara yang sudah difikirkannya
tadi.
“Ok, pertama saya
betul-betul minta maaf sebab...”
“Kedua?,” Hana mula mencelah. Dia memandang ke arah lelaki yang sedang
berdiri di depannya kini. Kelihatan raut wajah pakcik itu sedikit terkejut.
“Er..kalau ya pun..tadi
yang pertama tu..,” Rayyan mula tergagap. Sudahlah makcik itu mencelah
percakapannya secara tiba-tiba, renungan mata yang diberikan kepadanya juga
seakan-akan menunjukkan makcik itu begitu tidak menyenangi dirinya.
“Yang pertama, pakcik nak
cakap yang pakcik betul-betul minta maaf untuk semuanya yang berlaku hari ini.
Dari kejadian kat pejabat tadi, yang pakcik ingat saya ni tea lady dan
sampailah kita balik sini, yang ‘boleh tahan’ tu..sebab tu kan pakcik nak minta
maaf, betul?,” Hana melepaskan soalannya.
“Er..hah..,” Rayyan
menganggukkan kepalanya.
“Saya tak kisah sangat pun dan saya dah maafkan. Yang kedua?.”
“Hmm..yang kedua dan yang
terakhir, kalau betul makcik dah maafkan saya, so maksudnya, er..can we be
friend?.”
“Apa?,” Hana mula mengerut
dahi.
“Kawan..yeah..kawan. Kita jadi kawan. So, friend?,” Rayyan mengajukan
soalan yang sama lagi.
“No..,” Hana menggelengkan
kepalanya.
“What?!,” Rayyan terjegil. Sangkanya tadi, makcik ni akan terkejut dengan
tawaran yang dibuat tapi selamba je menjawab. Sudahlah tu, jawapan tidak pula
yang diberikan. Hei, ini Rayyan Tan Sri Rashid tau. Siapa yang tak
kenal?Okay,okay, babahnya lagi terkenal daripadanya tapi makcik ni selamba
badak je cakap tidak kepadanya!
“Itu je?Saya pergi dululah
kalau macam tu...”
“Kejap!Er..apa masalahnya ya?I mean..kenapa kita tak boleh jadi kawan?,”
Rayyan yang tidak berpuas hati menghalang Hana dari terus berlalu.
“La..nak kena ada sebab
juga ke?Hmm..saya rasa cara kita berfikir tak sama,” luah Hana.
“Is that all?,” Rayyan
menjongketkan keningnya ke atas. Tak puas hati ni!
Hana menjeling. Ei!Kerek pula la rasanya bila tengok raut wajah pakcik ni.
“Dah la. Saya pergi dulu.”
“No!Makcik tak jawab lagi
soalan saya. Saya tanya, sebab tu je ke makcik tak nak berkawan dengan
saya?Sebab rasa cara kita fikir tak sama?Tak make sense langsung!,” desis
Rayyan perlahan apabila menyedari Ika dan Jojo mula memerhati ke arah mereka.
Hana mula menatap
pandangan mata lelaki itu yang kedengaran seperti mula hendak naik angin. Apa,
dia ingat dia seorang yang tahu nak marah?Dia seorang yang tahu naik
angin?Kalau tak kerana nak buatkan dia air kopi tadi, entah-entah aku dah lama
sampai rumah. Dah lama boleh berehat dan tidur tau!
“Yang pakcik ni beria-ia
sangat nak berkawan dengan saya kenapa?Dah tak ada kawan sangat ke kat KL
ni?Ataupun...kejap, kejap..,” Hana mula mengecilkan matanya apabila melirik
lelaki itu ke atas dan ke bawah.
“Apa?Apa?.” Rayyan yang
cuak mula membetulkan kot hitamnya yang masih kemas membalut tubuh.
“Ataupun memang betul kan
yang pakcik ni memang langsung tak ada kawan. Jadi sebab tu la nak sangat
berkawan dengan saya, gitu?,” Hana melepaskan serkap jarangnya dengan penuh
keyakinan.
Rayyan tergelak kecil.
“Excuse me, okay!Saya ada ramai lagi kawan yang...”
“Then tak payahlah nak
kecewa sangat bila saya tak nak berkawan dengan pakcik. Ataupun let me guess,
hmm..pakcik ni memang jenis yang tak boleh nak accept ‘no’, kan?.”
Rayyan mula gelabah. Dia
berdehem sekali dua. Isy!Macam mana makcik ni seakan-akan boleh mengagak
perangainya yang satu tu?Memang cukup pantang baginya untuk mendengar, apatah
lagi menerima ‘tidak’ di dalam hidupnya. Jarang tau untuk Encik Rayyan kita ni
terima sewenang-wenangnya perkataan keramat yang satu itu.
Hana mula tersenyum
sebaris. Nampaknya apa yang dia agak memang betul berdasarkan reaksi daripada
lelaki ini.
“Baliklah. Dah lewat ni.
Lagipun...”
“Mana ada lewat. Baru nak er..pukul lapan kut,” ujar Rayyan apabila
mengerling ke arah jam tangannya.
“Nak juga menangkan?,”
desis Hana sambil menjeling. Tak kuasa rasanya lagi nak bertekak dengan pakcik
ini. Tengoklah tu, memek wajahnya masih lagi menunjukkan yang memang pakcik ni
masih tak berpuas hati.
“Ikut suka pakciklah. Saya
jalan dulu. Assalammualaikum,” ucap Hana sebelum mengatur langkah.
Rayyan menggelengkan
kepalanya bagaikan tak percaya. Makcik kopi tu baru je tolak pelawaannya?Get
real!I mean..yeah..yeah, aku baru je kena reject dengan makcik kopi
tu!Adus!Malu, malu!Itulah Rayyan. Kau nak sangat buat baik kan?Kononlah sebagai
tanda nak minta maaf padahal kau ada agenda tersembunyi tadikan?
Rayyan memerhati Hana yang
sudah mendapatkan semula kawan-kawannya tadi.
Gadis itu seakan-akan boleh ‘menghidu’ pula niatnya yang tersembunyi tadi
bila dia menghulurkan tali persahabatan tadi. Talilah sangatkan?Kenapa kau tak
mengaku je agenda kau tu?Berterus-terang yang kau nak berkawan dengan dia sebab
nanti senang, bila-bila kau rasa nak minum kopi, kau nak suruh dia buatkan?Kan?
Rayyan tersenyum seorang
diri. Ya, dia tidak boleh menipu dirinya sendiri. Selepas sudah mendapat tahu
yang makcik itu bekerja di aras enam belas, dia sudah fikir masak-masak. Tidak
ada ruginya dia berkawan dengan makcik tu. Untung lagi ada!Itulah, bukannya
ikhlas sangat pun kau nak berkawan dengan dia. Tengok, dah kena tolak.
“Macam mana you kenal
dengan dia?,” Jojo yang memendam soalan itu sedari tadi mula bertanya apabila
Hana tiba semula kepada mereka.
“Ya la. Tak pernah cakap
apa-apa pun sebelum ni,” tokok Ika sambil mencuit pinggang Hana.
“La..nak cakap apanya Ika.
Bukannya ada apa-apa yang istimewa pun. Tadi tu pun terjumpa secara kebetulan.
Sebelum ni...”
Bunyi hon yang kedengaran
mematikan kata-kata Hana. Akhirnya pakcik itu mengucapkan ‘selamat tinggal’
juga. Kelihatan kereta pakcik itu yang
dipandu berlalu pergi sebelum menghilang di sebuah selekoh.
“Sebelum ni you ada jumpa
dengan dia?,” soal Jojo.
“Emm...sebelum ni...”
Hana mula bercerita apa
yang pernah terjadi di antara dirinya dengan pakcik itu.
#########################################
Jojo menapak menghala ke
arah kondominiumnya sebaik pintu lif terbuka. Cerita yang diberitahu oleh Hana
tadi seakan-akan enggan menjauhi akal fikirannya di kala ini. Kenapa?Kenapa dia
harus mengambil serius dengan cerita pertemuan secara tidak sengaja di antara
pembantunya itu dengan anak usahawan terkenal, Tan Sri Rashid itu?
“Why?,” tutur Jojo
perlahan. Jari jemarinya lincah bermain-main dengan anak kunci yang berada di
tangan.
“Ah!Dah Hana kata tadi
memang tak ada apa-apa kan?Lagipun tak kan la that guy...isy!Tak mungkin, tak
mungkin...” Jojo terus bercakap sendirian dengan kaki yang terus melangkah
menuju ke kondominium. Kepalanya juga menggeleng perlahan apabila pelbagai
telahan demi telahan mula menyerang mindanya.
“Tengoklah that guy..Hugo
Boss tapi Hana?,” Jojo tergelak kecil. Dia sudah boleh mengagak cara hidup dan
citarasa lelaki yang diperkenalkan kepadanya sebagai Rayyan tadi, berdasarkan
penampilannya tadi. Mustahil jejaka eksekutif sebegitu akan tertarik kepada
gadis kampung macam Hana kan?
Sebaik tiba di depan pintu
kondominiumnya, sepasang kasut yang terdapat di situ mencuri perhatian Jojo.
Dia mula melepaskan keluhan. Anak kunci kondominium yang sedari tadi dipegang
kembali di simpan ke dalam beg. Tangannya mula naik memulas tombol.
“Jojo...akhirnya sampai
pun. Lama tau I tunggu.”
Jojo tersenyum kelat sewaktu melihat sosok tubuh seorang lelaki yang berada
di sofa. Pintu kembali ditutup.
“You dah makan?,” lelaki
itu menegur lagi.
“Belum,” sahut Jojo sepatah. Dia mula menapak ke sofa dan mengambil tempat
di situ.
Lelaki itu yang tadinya
asyik menonton TV mula mengubah tempat duduknya dan mengambil tempat di sisi
Jojo.
“Hmmm..I pun tak makan
lagi. You nak makan apa?I boleh masak. Tak pun kita pesan pizza je la, how
about that?Hmm?.”
Jojo yang sedang
menyandarkan kepalanya di sofa dengan mata yang dipejamkan hanya membatukan
diri. Semak betullah!Kepalanya dirasakan bertambah kusut dengan kehadiran
tetamu yang tidak diundang ini.
“You tak sihat ke?Sakit
kepala?Biar I picitkan...” Tangan lelaki itu mula naik menyentuh dahi Jojo.
“Er..tak la. I okay,” Jojo
mengelakkan kepalanya dari terus disentuh tangan lelaki itu. Dia mati kutu.
Tidak tahu apa yang harus diluahkan sekarang ini kepada tetamunya itu.
“So, you nak makan
apa?Tell me. Kalau you nak...”
“I tak nak. Tak nak
apa-apa. I think er..I want to be alone tonight,” ucap Jojo perlahan.
Seakan-akan tidak mampu ingin menuturkan hasratnya yang satu itu.
“What?!Are you kidding me?Jojo,
I balik ni untuk you tau. You know that, right?Hmm?.” Lelaki itu mengusap
belakang Jojo yang sedang berteleku.
Jojo bingkas bangun.
Gila!Semua ini adalah gila. Benar-benar gila!Dia tidak ingin meneruskan semua
ini lagi.
“Kenapa ni?Sejak tadi..I mean
sejak you ambil I dari airport, I can feel there’s something wrong about you.
Hmm..let me guess..,” lelaki itu bingkas bangun menghampiri Jojo yang sedang
berdiri di pintu gelungsur yang menghala ke balkoni.
“You ada masalah dengan
kerja you kan?Am I right?Nak I tolong?You know, untuk you apa-apa pun I sanggup
lakukan. Remember my promise?Our promise, hmm?,” lelaki itu memaut bahu Jojo.
Jojo mengelak lagi. Kali ini, dia membawa diri ke sofa semula. Apa yang harus
dia jawab?
“Why do you keep avoiding me?Apa
yang tak kena hah?!,” suara yang tadinya lembut mula menjadi lantang menusuki
pendengaran Jojo. Dari TV, anak mata Jojo mula ditala kepada lelaki yang sedang
berdiri itu.
“Kan I cakap I want to be
alone tonight. You baliklah rumah you,” sahut Jojo selamba.
“Alone?.” Lelaki itu tersenyum sinis apabila pandangan
matanya bertaut dengan pandangan Jojo yang jatuh kepadanya.
Jojo diam. Tidak
memberikan respons kepada soalan yang diajukan kepadanya. Pandangannya berubah
semula kepada TV. Entah cerita apa yang sedang ditayangkan bukan lagi menjadi
persoalan kepadanya sekarang.
“Sejak bila you pandai nak
bersendirian?Bukannya I tak tahu, dari siang tadi sampai sekarang you memang
nak elakkan diri daripada I, kan?Dan jangan-jangan waktu I tak ada ni pun, you
dah ada kekasih lain, right?.”
“For God sake!I dah penat
dengan semua ni. Enough okay!,” Jojo mula bangun. Dia mula menahan kesabaran
yang dirasakan semakin menipis.
Lelaki itu terpempan
mendengar suara Jojo. Dia mula tidak tentu arah. Dia mula mundar-mandir di
ruang tamu yang berhawa dingin itu.
“Jojo, you tahukan you
istimewa untuk I?Tapi kenapa you layan I macam ni?Apa yang tak kena?Tell
me..tapi tolong jangan cakap yang you dah ada orang lain. I tak boleh
terima..tak boleh!.” Kepala lelaki itu menggeleng-geleng beberapa kali seiring
dengan kata-katanya.
Melihatkan Jojo yang tidak
mengendahkannya, lelaki itu mengangguk perlahan.
“Fine. Er..I balik rumah I malam ni. Give me a call okay kalau you perlukan
apa-apa. You know you can count on me, right?I’ll leave,” tutur lelaki itu
sebelum berlalu.
Mendengarkan pintu
kondominium yang ditutup, Jojo mula menoleh. Timbul rasa bersalah di dalam hati
kerana memperlakukan lelaki itu seperti itu tapi dia sudah tidak mempunyai cara
lain lagi. Semua ini harus dihentikan segera.
Sebuah
kotak yang dilekatkan sekeping kad kecil di atas meja di ruang tamu itu menarik
perhatian Jojo. Kotak berwarna hitam itu dicapai dan kad mula dibuka.
“Miss you...,” bibir Jojo
membaca apa yang tertulis. Penutup kotak dibuka dan kelihatan sebotol minyak
wangi Eau de Lacoste L.12.12 Noir. Jojo mengeluh perlahan. Hadiah itu ditatap
dalam-dalam. Dia sudah tidak boleh lagi menipu dirinya sendiri.
Perasaan teruja yang
pernah dirasakannya dahulu kini tidak lagi terbit dari hati. Perasaan girang
dan gembira apabila bersama-sama dengan lelaki itu kini sudah padam. Dia harus
mengakui sejak munculnya Hana, wujudnya satu rasa baru di dalam jiwa. Bagaikan
percikan api yang kian bersemarak tiap kali mengenangkan gadis polos itu.
Jojo kembali menoleh ke
pintu kondominium yang tertutup kemas.
“I’m sorry Uzair,” ucapnya perlahan.
seronok baca!
ReplyDeleteBEST....
ReplyDeleteugh... Jojo pernh terpesong ek? alhamdulillah dah berubah jadi lelaki balik.. he he he.. tapi kan.. cam kesian plak kat Jojo klu Hana kawen ngan Rayyan.. mesti dia frust gile... kasilah Hana kawen ngn Jojo tauuu... btw citer akak ni... TUMBS UP~!!!
ReplyDeleteTq Hannah;-) nanti baca lagi ek, hehe..
ReplyDeleteTq baby mio sudi lagi bagi komen;-) Asyu, nak tau Jojo pernah terpesong ke tak kenalah baca lagi nanti, hehe..tapi bad news is, 'makcik' dengan 'pakcik', bukan dengan Jojo, huhu..
ReplyDelete