Makcik Bibah yang baru sahaja menjejakkan kakinya di tingkat tiga rumah
banglo mewah itu melangkah menuju ke sebuah bilik yang pintunya tertutup kemas.
Tiba di depan pintu itu, tangannya mula diketukkan beberapa kali.
“Masuklah!.”
Bibir Makcik Bibah tersenyum apabila mendengar laungan suara dari dalam.
Perlahan-lahan, tangannya mula memusing tombol bilik yang tidak berkunci.
Sebaik kakinya mula melangkah ke dalam bilik, bebola mata Makcik Bibah terus
terarah kepada seorang anak muda yang sedang bersila di atas katil.
“La...Rayyan tak habis
kemas lagi?,” tegur Makcik Bibah diiringi senyuman.
“Sikit je lagi. Tengah kemas-kemas tadi tu terjumpa ni..,” tangan Rayyan,
anak majikannya menunjukkan album gambar yang sedang ditatap.
Makcik Bibah hanya
tersenyum kelat. Dia tahu isi hati Rayyan ketika itu. Leka benar pemuda itu
membelek gambar-gambar yang menyimpan seribu satu kenangan keluarganya.
“Kalaulah umi masih ada
lagi kan makcik?,” suara yang keluar dari bibir Rayyan membuatkan tangan Makcik
Bibah yang sedang melipat sehelai baju T terhenti. Pandangannya diarahkan
kepada Rayyan yang masih terus menatap gambar arwah ibunya itu.
“Umi dah tak ada
kan?Sudahlah tu...,” ujar Makcik Bibah lebih kepada memujuk. Dia juga turut
merasa kehilangan di atas pemergian majikannya itu. Rayyan yang mendengar hanya mengangguk lemah. Hakikat yang dia sendiri
masih sukar untuk menerimanya sehingga kini biarpun hampir tiga tahun berlalu
sudah semenjak pemergian arwah uminya yang tersayang.
Makcik Bibah kembali
menyambung kerjanya, melipat beberapa helai baju T milik Rayyan yang masih
berada di atas katil.
“Malam ni Rayyan nak makan apa?Cakap kat makcik. Bolehlah Rayyan makan
puas-puas. Nanti kat sana tu belum tentu lagi nak jumpa makanan orang Melayu
tau,” Makcik Bibah mula berceloteh. Cuba menarik perhatian Rayyan dari terus
tenggelam di dalam emosinya.
Rayyan yang hanya
memandang sekilas kepada Makcik Bibah hanya mengukirkan senyuman.
“Macamlah makcik tak tahu saya suka makan apa.”
“Masak lemak cili padi.
Malam ni makcik masak ya?,” balas Makcik Bibah. Matanya terus memerhati Rayyan
yang masih tidak berubah arah pandangan matanya. Terus tertancap kepada album
gambar keluarganya itu.
Makcik Bibah menghela
nafas perlahan-lahan. Dia sendiri sedang cuba mengawal perasaannya apabila
melihat keadaan Rayyan. Kalau boleh dia sendiri tidak ingin menzahirkan
emosinya di depan anak majikannya itu.
“Hah!Puteri tak telefon
Rayyan?,” Makcik Bibah melepaskan soalan yang terlintas di benaknya. Mungkin
kawan sejak zaman kanak-kanak itu boleh menarik fokus Rayyan yang entah sejak
bila terjatuh kepada album gambar yang sedang dipegangnya itu. Mungkin sejak
dari pagi lagi apabila Rayyan tidak keluar daripada biliknya.
“Puteri?Tak pun. Kenapa
dia ada telefon rumah ke tadi?,” terus Rayyan menoleh kepada pembantu rumah itu
tatkala mendengar nama gadis itu disebut.
Tersenyum-senyum Makcik
Bibah apabila melihat reaksi yang dipamerkan oleh Rayyan.
“Oh!Kalau dengar je nama Puteri terus gembira semacam. Kalau tadi tu...”
“Mana ada!Saya biasa je
la..,” tingkah Rayyan memintas cakap Makcik Bibah.
“Betullah. Kalau tadi tu
monyok semacam je. Makcik yang kat sini pun macam tak wujud je..,” tutur Makcik
Bibah seakan-akan berjauh hati. Tangannya mula mencapai pula sehelai seluar
jeans berwarna biru gelap yang berada di atas katil.
Senyuman yang tadi meniti
di bibir Rayyan mulai melebar apabila mendengar luahan Makcik Bibah. Album
gambar yang sedari tadi ditatapnya mula dilepaskan ke atas katil. Dia mula
mendekatkan dirinya kepada Makcik Bibah. Terus, kepalanya direbahkan ke atas
peha wanita yang hanya tua beberapa tahun kalau dibandingkan dengan arwah
uminya itu.
“Oh!Makcik merajuklah
ni?,” Rayyan tersenyum apabila memandang riak wajah Makcik Bibah yang kelat.
“Tengok tu..orang nak kemaskan pakaian dia, nak baring-baring kat sini pulak..,” Makcik Bibah hanya menjeling sebagai jawapan kepada soalan Rayyan. Sengaja soalan itu dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan.
“Tengok tu..orang nak kemaskan pakaian dia, nak baring-baring kat sini pulak..,” Makcik Bibah hanya menjeling sebagai jawapan kepada soalan Rayyan. Sengaja soalan itu dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan.
“Kalau bukan dengan makcik
dengan siapa lagi saya nak bermanja?,” ujar Rayyan. Tangannya melayang mencubit
pipi Makcik Bibah sebelum mengiringkan badannya ke kanan. Tangannya mula
memeluk pula lutut Makcik Bibah.
“Ish!Budak ni..pandai je
nak ambik hati kita..,” Makcik Bibah menampar lembut bahu Rayyan yang sedang
mengiring. Terhenti seketika tangannya yang ingin melipat seluar jeans milik
anak muda itu. Wajah Rayyan yang sedang berbaring di ribanya ditatap.
“Kenapa ni?Rayyan tak suka
ke nak pergi sana?,” duga Makcik Bibah. Cuba untuk menyelami hati Rayyan yang
sebahagiannya sukar ditelah.
Keadaan bilik itu hening seketika apabila tiada sesiapa yang membuka mulut.
Soalan Makcik Bibah berlalu sepi.
Makcik Bibah sendiri tidak
tahu apa yang ingin dikatakannya lagi. Risau kalau-kalau buah bicaranya akan
hanya menggores perasaan Rayyan yang sudah sedia terguris.
“Saya rasa lebih baik je
saya pergi makcik. Belajar kat sana. Kat sini dah tak ada apa-apa pun...” Agak
lama setelah waktu berlalu, barulah Rayyan membuka mulutnya. Menyuarakan
secebis isi hatinya yang dipendamkan selama ini.
“Habis tu makcik ni siapa?Bukannya siapa-siapa dengan Rayyan?Macam
tu?Tu..Pakcik Husin siapa?Kami ni bukan keluarga Rayyan?Emm?,” tangan Makcik
Bibah mula menampar bahu Rayyan. Sedikit beremosi hatinya apabila mendengar
kata-kata Rayyan sebentar tadi.
Rayyan yang mendengar
hanya tersenyum. Tangan tua yang berada di bahunya itu dicapai dan digenggam
sebelum kembali membuka mulutnya semula.
“Makcik tahukan bukan macam tu maksud saya?Maksud saya Umi..,” mendatar
suara Rayyan cuba menerangkan kata-katanya tadi.
Mata Makcik Bibah mula
digenangi air jernih. Tidak lagi berjaya menahan emosinya agar tidak terzahir
di depan Rayyan. Sudahlah sedari tadi dia sendiri teringat kepada majikannya
yang sudah tiada apabila melihatkan Rayyan yang sedang menatap album gambar
itu, sekarang apabila mengenangkan Rayyan yang bakal pergi meninggalkan rumah
itu, hatinya bertambah lirih.
“Kan Puan dah tak ada.
Lepas ni Rayyan pula nak tinggalkan rumah ni. Lagilah sunyi...,” Makcik Bibah
pula melepaskan emosinya yang terpendam.
Mendengarkan esakan perlahan
daripada Makcik Bibah, Rayyan mula mengiringkan tubuhnya semula. Menelentang
agar dapat menatap wajah yang turut tersemat di dalam hatinya selain daripada
umi tersayang.
“Saya pergi bukannya tak
balik terus macam Umi tu...”
Tangan Rayyan sekali lagi mencuit pipi Makcik Bibah. Bibirnya menghadiahkan
senyuman kepada pembantu rumah yang lebih dianggap sebahagian daripada
keluarganya itu.
“Kamu ni kan..kalau
bercakap tu beralas la sikit!,” Makcik Bibah mengerutkan wajahnya.
“Betullah kan?Saya pergi sana nak belajar. Bila dah habis, saya balik la
sini. Um..Puteri ada ke telefon sini tadi?.”
“Tengok tu..ingat lagi
tu..Tak ada. Dia tak telefon pun. Kenapa Rayyan je yang tak telefon dia?,”
Makcik Bibah memberikan cadangan. Air mata yang masih bersisa di pipinya
diseka.
“Nantilah. Nak tidur
kejap,” Rayyan mula mengiringkan semula badannya. Tangannya mula memeluk kemas
lutut Makcik Bibah.
“Hah!Pandailah kamu. Makcik nak kena masak ni. Ni..semua ni..nak harapkan
kamu sampai esok pun tak habis lagi,” Makcik Bibah mula berleter apabila
memandang atas katil Rayyan yang masih bersepah dengan sebahagian pakaiannya
yang belum berkemas.
“Biarlah..nanti saya tak
boleh tidur macam ni lagi..,” tutur Rayyan.
Makcik Bibah tertawa kecil mendengar kata-kata Rayyan.
“Kamu ingat kamu ni kecik
lagi ke?Budak-budak?Nak khawin esok lusa pun dah boleh tau. Dulu tu kalau 17,
18 tahun tu dah ada anak dua tiga orang dah.”
“Tu la pasal. Siapa suruh
makcik tua cepat sangat?Kalau tak...”
“Hei!Budak ni..kamu ingat makcik ni apa hah?,” Makcik Bibah menjerit kecil
dengan usikan nakal Rayyan. Tertawa anak majikannya itu apabila rambutnya
ditarik oleh Makcik Bibah.
“Makcik kan girlfriend
saya. Dah lupa ke?Saya akan sayang makcik sampai bila-bila!.”
Makcik Bibah terseyum senang mendengar bicara Rayyan yang lebih kepada
anaknya itu.
###########
“Wanginya!Dari atas lagi
saya dah boleh bau kuah ni..,” Rayyan yang baru menuruni anak tangga bergegas
ke meja makan apabila hidungnya tertarik dengan aroma masakan Makcik Bibah.
“Nak bodek la tu,” jeling
Makcik Bibah yang baru meletakkan sejag air di atas meja makan. Suaminya,
Pakcik Husin yang turut berada di meja makan hanya tersenyum memerhati tingkah
Rayyan yang terus menyendukkan nasi ke dalam pinggannya sebaik melabuhkan
punggungnya di kerusi. Seperti malam-malam sebelumnya, ketiadaaan penghuni
rumah yang lain membuatkan hanya mereka bertiga yang berada di meja makan untuk
menikmati makan malam.
Makcik Bibah yang baru
duduk di kerusi terus memerhati gelagat Rayyan yang menyudu kuah masak lemak
cili padi ikan kembung ke dalam pinggannya.
“Makanlah makcik, pakcik. Sedap ni!,” tutur Rayyan sebelum memulakan
suapannya yang pertama.
Makcik Bibah dan Pakcik
Husin yang memerhati tingkah anak majikan mereka itu saling bertukar senyuman.
“Macam mana?Lulus?,” tegur Pakcik Husin sambil menegakkan ibu jarinya
kepada Rayyan.
“Ni bukan setakat lulus je
ni. Dapat markah penuh lagi. Terbaik la!,” Rayyan tersenyum kepada Makcik
Bibah. Berpuas hati dengan air tangan wanita itu yang tersaji di depan matanya
kini. Bahkan, sudah pun mula memasuki ke dalam perutnya.
Makcik Bibah tersenyum
bangga. Dalam banyak-banyak masakannya, itulah menu yang menjadi kegemaran
Rayyan. Masak lemak cili padi. Anak yang diasuhnya bersama-sama majikannya yang
telah tiada itu, sudah dianggap seperti anak sendiri.
Apatah lagi, mereka suami
isteri ditakdirkan untuk tidak mempunyai zuriat sendiri biarpun hampir 20 tahun
mendirikan rumah tangga. Jadi, semenjak bekerja di rumah itu, Rayyanlah racun
apabila dia mula membuat perangai tetapi Rayyan jugalah penawar dengan segala
usikan-usikan nakalnya. Sekarang, dia memanggil pula Makcik Bibah sebagai
‘teman wanitanya’. Ada-ada saja!
“Hah!Makcik...senyum-senyum
tu kenapa?Ada apa-apa ke ni?,” Rayyan menegur Makcik Bibah sambil mengangkat
keningnya.
Pakcik Husin yang baru
menjamah nasi mengerling kepada isterinya yang masih belum menyentuh makanan
mahupun minuman itu.
“Kamu ni pandai-pandai je. Kenapa?Salah ke kalau makcik senyum?,” Makcik
Bibah bersuara. Tangannya mula menyendukkan nasi ke dalam pinggan.
“Salah tu tak tapi manalah
tahu kalau makcik ada ingatkan siapa-siapa ke?,” Rayyan terus mengusik. Suka
hatinya apabila dapat melihat jelingan mata Makcik Bibah apabila sering diusik
olehnya sebegitu. Kalau bukan jelingan, pasti wanita yang dianggap seperti ibu
keduanya itu akan mula menarik muncung.
“Pandai-pandai la kamu ni.
Sudah, makan tu. Makan banyak-banyak. Nanti...”
Mati kata-kata yang ingin diluahkan oleh Makcik Bibah. Sedikit demi sedikit
hatinya mula dikuasai oleh emosi apabila mengenangkan Rayyan yang bakal
melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat.
Rayyan yang sedang
mengunyah makanannya memerhati wajah Makcik Bibah yang menunduk. Tangan kirinya
mula menjalar mengenggam tangan wanita itu.
“Dah la. Tak payahlah nak sedih sangat. Saya pergi bukannya lama pun. Kejap
je. Em..empat lima tahun macam tu. Lepas tu baliklah sini. Sedar tak sedar,
bila makcik buka je mata terus saya ada kat sini,” tutur Rayyan cuba menghiburkan hati Makcik
Bibah.
Pakcik Husin yang sedari
tadi mendiamkan diri tersenyum mendengar bicara Rayyan.
“Dah tu. Makan Rayyan. Jangan dilayan sangat emosi makcik kamu ni. Makin
dilayan nanti, ai..tak tahulah apa nak jadi. Sekarang ni kamu masih lagi ada
depan mata kami dia dah jadi macam ni. Kalau esok-esok kamu dah pergi?Maunya
sebaldi air mata dia tu. Kalau sebaldi tak mengapa juga, kalau banjir?.”
Pakcik Husin menjeling
sambil tangannya terus menyuap nasi. Sempat dia memerhati renungan tidak puas
hati yang diberikan oleh isterinya tadi.
“Makanlah makcik. Tak payahlah nak sedih-sedih macam ni. Kalau boleh saya
pun nak terus sambung belajar kat sini tapi makcik fahamkan keadaan sini macam
mana?,” ungkap Rayyan sambil terus memerhati Makcik Bibah.
Kepala wanita itu
mengangguk perlahan diiringi satu keluhan. Mustahil dia tidak mengerti situasi
yang harus dihadapi oleh Rayyan seandainya anak muda itu memilih untuk terus
belajar di situ.
“Nah!Saya dah sendukkan
nasi untuk makcik. Makan la..sedap ni!.”
Suara Rayyan menarik kembali perhatian Makcik Bibah yang sedikit tersasar
dari alam nyata. Senyuman yang terukir di bibir anak majikannya itu turut
dibalas untuk menyenangkan hati Rayyan.
“Macamlah makcik tak tahu
sedap ke tak. Makcik yang masak kan?,” balas Makcik Bibah sambil tangannya mula
menjamah makanan yang terhidang.
“Oh!Sedap ya?Maksudnya makcik masuk bakal angkat sendiri la ya?Macam tu?,”
tutur Rayyan berpura-pura terkejut dengan kata-kata pembantu rumahnya itu.
“Rayyan!Kamu ni...”
Hilang kata-kata yang ingin dikeluarkan oleh Makcik Bibah apabila melihat
Rayyan dan suaminya yang sedang tertawa. Sekali lagi Rayyan menang pada malam
itu dengan usikannya.
##########
Rayyan yang sedang membaca buku di sofa berhampiran tingkap biliknya dek
tidak dapat melelapkan mata, tersentak apabila mendengar bunyi pintu yang
dikuak dari luar. Terus pandangannya terarah ke arah sosok tubuh yang sedang
melangkah ke arahnya.
“Shasha!Apa yang you buat
kat sini?!.”
Sebuah buku yang berada di tangannya sejak beberapa jam yang lalu
dilepaskan ke atas meja. Rayyan mula bangun dari pembaringannya apabila melihat
Shasha yang kian menghampiri.
“Sshh!!,” gadis itu
meletakkan jari telunjuk di bibirnya sendiri. Isyarat agar Rayyan mendiamkan
dirinya daripada terus berkata-kata.
Rayyan mengerling jam di
tangannya. Hampir ke pukul 3.30 pagi. Pandangannya berubah pula kepada Shasha,
melirik dress ketat berwarna hitam yang membaluti tubuh gadis itu.
“You tak tidur lagi?,”
Shasha bersuara seakan-akan berbisik. Bibirnya terus murah menghadiahkan
senyuman kepada Rayyan yang masih merenung kepadanya.
“Keluar. I tak nak bergaduh dengan you at this hour. Keluar.” Tangan Rayyan
mengarah ke pintu.
Shasha hanya menjungkitkan
bahunya. Seakan-akan tidak kisah dengan apa yang diperkatakan oleh Rayyan. Dia
mula melabuhkan punggungnya di birai katil.
“Not bad katil you ni kan..,” ujar Shasha sambil tangannya menepuk-nepuk
tilam. Pandangannya mula dihadapkan kembali kepada Rayyan yang masih tidak
berganjak sedari tadi.
“Apa yang you nak hah?I
cakap tadi...”
“Good question!Emm...what do I want?I nak tidur sini malam ni..can I?,”
Shasha bersuara manja. Tangannya mengusap-usap tilam yang menjadi alas duduknya
kini.
“Get out Shasha!I dah
cakap tadi I tak nak bergaduh dengan you sekarang. So, just leave!.”
“You ni kan, entah apa-apa
tah. Apa salahnya kalau kita share katil ni?Hmm?Tak salahkan?,” tingkah Shasha.
Dia yang duduk terus menelentang di atas tilam. Dress ketatnya yang cukup-cukup
menutup lutut tersingkap sedikit ke atas sekaligus menyerlahkan paras pehanya
menjadi tatapan percuma kepada Rayyan yang masih bersabar dengan kelakukannya.
“Enough!Bangun, bangun!.”
Rayyan yang tidak berjaya lagi membendung emosinya terus meluru ke katil dan
menyentak lengan gadis itu yang sedang berbaring.
“Hei!Sakitlah!You ni tak gentleman tau!.” Shasha tertawa kecil biarpun
diseret oleh Rayyan menghala ke pintu. Wajah lelaki yang sebaya dengannya itu
ditatap dalam-dalam dengan senyuman yang masih meniti di ulas bibir terang
disaluti lipstik merah menyala.
Sebaik pintu dibuka,
Rayyan menolak gadis itu keluar. Sakit hatinya apabila melihat Shasha yang
berterusan tersenyum kepadanya.
“You know Rayyan...”
“You listen to me!,”
tingkah Rayyan sambil menuding jarinya kepada Shasha.
“Just so you know, you orang yang paling teruk pernah I kenal. And maybe
perempuan yang...,” Rayyan menggelengkan kepalanya perlahan. Tidak tergamak
untuk mengeluarkan kata-kata keji kepada perempuan yang kalis malu seperti
Shasha.
“Yang apa?Hmm?I tahu yang
you tahu you pun sukakan I juga kan?Sebab tu la you tak cakap I perempuan yang
macam mana. Kan?Right?.” Rayyan tersenyum sinis mendengar luahan kata-kata
Shasha.
“You perempuan yang
classless, you hear me?Classless!,” desis Rayyan sebelum terus menutup pintu.
Kali ini, pintu biliknya terus dikunci untuk memastikan Shasha, anak saudara
kepada ibu tirinya itu tidak akan lagi mengganggu dirinya sama seperti
malam-malam sebelumnya.
HYE,
ReplyDeleteTQ SEBAB SUDI USHA BLOG MEGAT,
ACTUALLY MEGAT BELUM PERNAH LAGI MENULIS...
SEKADAR SUKA-SUKA,
TAPI TAK SANGKA BILA IA MENDAPAT FEEDBACK..
best....
ReplyDeleteoh, macam tu..ingatkan megat dah pernah menulis..bila ADM dah dirisik, insya Allah mesti tak lama lagi akan terhasil la 1st novel ;-)
ReplyDeletetq baby mio ;-) rajin2lah komen dan kritik lagi ya..
ReplyDelete