Rayyan memandang untuk
kesekian kalinya kotak cincin yang dikeluarkan dari kocek kot yang tersarung
kemas di tubuhnya. Senyuman mula terukir di ulas bibirnya. Malam ini, dia akan
melamar kekasih hatinya, Puteri. Rencana yang sudah dirancang agar menjadi
kejutan buat Puteri itu sedikit sebanyak menimbulkan debaran di dalam hatinya
kini. Rasa risau dan gundah semuanya bercampur aduk menjadi satu perasaan yang
sukar diterjemahkan selagi tidak mendengar jawapan dari bibir orang
tersayangnya itu.
Suasana yang sunyi sepi di
dewan majlis yang ditempah khas untuk rancangan yang ingin dilaksanakan itu
membuatkan Rayyan terus menahan debaran di dada. Matanya mula menjeling ke arah
pintu dewan itu. Apa yang kelihatan adalah hanya seorang pelayan dari Hotel
Hilton itu yang bersedia untuk melayani segala arahan yang akan diberikan oleh
Rayyan pada bila-bila masa.
“Where are you Puteri?,”
gumam Rayyan seorang diri. Kotak cincin disimpan kembali di dalam kocek kotnya.
Dia terus memerhati sekeliling dewan untuk memastikan segala-galanya sempurna
bagi menyambut Puteri yang bakal tiba pada bila-bila masa. Suasana dewan yang
malap menimbulkan suasana romantik seperti yang dipinta oleh Rayyan sebelum
ini. Adanya karpet merah yang berukuran 1 meter lebar yang terbentang di depan
pintu yang bakal menjadi laluan kekasih hatinya sebaik pintu dibuka. Karpet yang terbentang itu akan membawa terus
Puteri kepada sebuah meja yang terletak hampir di tengah-tengah dewan itu. Hanya sebuah meja
khas untuk mereka berdua.
Rayyan tersenyum lagi.
Gelas yang berisi air kosong dicapai untuk membasahkan tekak. Dia yang sengaja
datang awal untuk memeriksa keadaan dewan itu yang ditempah untuk makan
malamnya bersama-sama Puteri mengakui kecekapan hotel itu dalam mengikut setiap
kemahuannya sebelum ini. Itulah yang menjadi faktor utama mengapa dia memilih
hotel tersebut sebagai tempat istimewa untuk upacara istimewa itu juga.
Pintu yang dikuak
menggamit perhatian Rayyan. Dia yang tadinya duduk di kerusi di meja bulat itu
mulai berdiri. Senyuman terus mekar di bibir apabila melihat sosok Puteri yang
sedang berjalan menuju ke arahnya. Jelas kelihatan riak terkejut di raut wajah
gadis itu yang menjeling ke sekeliling dewan yang sunyi sepi itu.
Rayyan yang berdiri di
hujung karpet sempat menjeling kepada kasut Stuart Weitzman berwarna hitam yang
dikenakannya. Berkilat beb!Dia berpuas hati dengan penampilan dirinya. Maunya
tak puas hati kalau sudah dari pukul 6 petang dia bersiap untuk menikmati makan
malam bersama-sama Puteri di sini.
“Rayyan, apa ni?,” suara
Puteri yang baru tiba kepadanya menyentak Rayyan. Dia yang tadinya tenggelam
sejenak apabila melihat penampilan buah hatinya yang cukup menawan dengan gaun
makan malam yang sedikit meleret itu, mula mengukirkan senyuman apabila
lengannya disentuh oleh gadis itu.
“Er..makan malamlah. Bukan
ke I dah cakap kat you?,” Rayyan bergegas menarik sebuah kerusi buat Puteri
yang masih lagi menjeling ke sekeliling.
“Tapi er..tak kan kita berdua
je?Yang lain-lain?,” Puteri masih lagi bernada kehairanan. Dia menoleh ke arah
Rayyan yang tersenyum terus kepadanya.
“Siapa?You tak sudi ke
makan malam berdua je dengan I, hmm?,” Rayyan mengangkat kening kepadanya.
Matanya mengisyaratkan kepada kerusi yang sudah ditarik.
Puteri tersenyum sebaris
sebelum melabuhkan punggungnya di situ. Dia membuang pandangan sekali lagi ke
sekeliling dewan. Memang sah tidak ada sesiapa di situ kecuali mereka berdua.
Dia menjeling pula ke arah pintu. Seorang pelayan lelaki yang tadinya ada di
situ kini turut menghilangkan diri. Dia memerhati karpet merah yang menjadi
laluannya tadi. Di kiri dan kanan karpet itu dihiasi bunga-bunga mawar merah
segar yang digubah indah.
“Mengelamun nampak?,”
suara Rayyan mencuri tumpuan Puteri. Dia kembali mengadap semula pandangannya
kepada Rayyan yang duduk bertentangan dengannya. Kelihatan lelaki itu tersenyum
terus kepadanya.
“You tipu I kan?,” Puteri
mengecilkan pandangan matanya apabila merenung kepada Rayyan. Maklumat yang
diberikan oleh Rayyan ketika menjemputnya untuk makan malam ternyata berbeza
dengan apa yang terbentang di depan matanya kini.
“White lie, honey,” Rayyan
tersengih ketika memerhati Puteri yang mula mencuka.
“Sampai hati you Rayyan.
Kononlah you cakap ada annual dinner syarikat you kan?.” Puteri yang masih
tidak berpuas hati terus mengungkit. Gelas air yang berisi air kosong mula
dicapai. Geram dengan perangai Rayyan yang satu itu!
“Kenapa?Kalau I tak cakap
annual dinner, you nak datang pakai kain batik je ke?Tak nak bersiap
cantik-cantik macam ni?,” Rayyan menunjuk ke arah Puteri dengan dagu.
“Hei!Agak-agaklah you
ni..kain batik?.” Puteri mula tertawa mendengar canda Rayyan. Katakanlah Rayyan
tidak menipu dirinya mengenai makan malam ini, tak kan la dia hendak datang ke
situ dengan penampilan yang sebegitu rupa?Penampilan yang out of place and
kampung tu?Euww!
“Hah..senyum macam tu kan
cantik. Tonight is our night,sayang. Don’t ruin it okay.” Rayyan mengelus
tangan Puteri saat pandangan mata mereka bersatu.
Dua orang pelayan yang
muncul menarik perhatian Puteri dan Rayyan yang saling berpandangan sejenak.
“Seem like our dinner is
ready, honey.”
Puteri hanya tersenyum menyambut kedatangan dua orang pelayan yang sedang
membawakan makan malam mereka.
Pelayan lelaki pertama
yang meletakkan pinggan yang berisi secawan nasi di depan Rayyan membuatkan
wajah Puteri mula berkerut seribu. Rayyan yang memerhati mula membuka mulut.
“Kenapa?You tak suka?.”
“Er..Rayyan, you tahu kan
I ni model. I memang tak makan nasi waktu malam. I mean..er..I tak nak la kalau
you cakap I ni berlagak diva ke apa. I tak nak rosakkan makan malam kita tapi
er..” Puteri terus mencari ayat-ayat yang sesuai untuk dilontarkan agar tidak
merosakkan ‘mood’ romantis yang sedang dialami di antara mereka berdua.
Kedutan terus bertambah di
wajahnya apabila melihat semangkuk kuah masak lemak yang diletakkan di atas
meja. Dia tahu itu masakan kegemaran Rayyan tapi kalau dia makan juga dan
buatnya berat badannya bertambah, badannya gemuk siapa yang nak bertanggung
jawab nanti, siapa?Huh!
Rayyan mengelus semula
tangan gadis kesayangannya itu sebelum mula membuka mulut.
“You ingat I tak tahu you
kerja apa?Ingat I tak tahu apa makanan kegemaran you, hmm?Ni semua..” Rayyan
menunjuk ke atas meja dengan jelingan mata.
“Ni semua untuk I dan
untuk you...” Rayyan menganggukkan kepalanya kepada pelayan lelaki yang kedua
yang setia berdiri di sisi meja.
Pelayan lelaki itu
meletakkan sepinggan salad di hadapan Puteri. Melihatkan daun-daun hijau yang
terdapat di dalam pinggan itu, bibir Puteri mula menguntumkan senyuman.
Selesai menghidangkan
makanan dan minuman buat tetamu-tetamu itu, kedua-dua pelayan itu mula beredar
meninggalkan dewan. Kini, mereka kembali berdua-duaan di dalam dewan yang sunyi
itu. Rayyan menjeling sekeliling dewan bagaikan mencari sesuatu.
Hanya beberapa minit
selepas itu, dewan yang tadinya sunyi kembali dihiasi dengan alunan muzik
seksofon yang berkumandang.
“Now, jemput makan,”
Rayyan menganggukkan kepalanya berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh
pihak hotel. Sama seperti apa yang dipintanya.
Puteri hanya mengikut.
Salad di dalam pinggan terus dinikmati apabila melihat Rayyan yang mula
menjamah hidangannya.
“Kerja you okay?Sorry la
lately I sibuk sikit. Itu yang jarang contact you.” Puteri memulakan bicara
setelah menikmati saladnya beberapa suapan. Gelas yang berisi air kosong mula
dicapai buat membasah tekak. Matanya mengerling Rayyan, menantikan jawapan
daripada lelaki itu.
“That’s okay. I faham. I
pun sibuk juga. Baru dua bulan I masuk kerja kat company babah, banyak kerja
yang I nak fahamkan tapi I tak pernah lupakan you. Dan sebab tu I rancangkan
semua ni. Makan malam yang istimewa ni..untuk orang yang teristimewa macam
you..”
Puteri tersenyum terus
cuba menyembunyikan debaran di dada. Rasanya, dia sudah boleh mengagak arah
bicara Rayyan tapi kalau bukan, bagaimana?Dia juga yang malu!Kalau ya?Isy,
masalah ni!
Sebaik selesai menikmati
makan malam, kedua-dua pelayan tadi muncul semula. Bagaikan sudah boleh
mengetahui bila waktunya mereka harus muncul di situ.
“Would you like to have
our dessert, sir?.” Kedengaran suara pelayan kedua bertanya.
Rayyan mengangkat kening
kepada Puteri. Gadis itu menggelengkan kepalanya cepat-cepat. Takut gemuk la
tu!
“No, thanks.” Sahut Rayyan
sambil tersenyum. Bukannya dia tidak boleh pesan je tadi hidangan pembuka
selera dan pencuci mulut tu, tapi dia tahu sikap Puteri yang satu itu. Hendak
jaga badanlah katakan!
Melihatkan kedua-dua
pelayan itu menutup semula pintu dewan, Puteri mula membuka mulut.
“So, makan pun dah sudah.
Nampaknya bolehlah kita balik.”
Rayyan menggelengkan kepalanya dengan jari telunjuknya yang
digoyang-goyangkan.
“Nope!Siapa cakap kita dah
sudah?Kalau makan, ya tapi I have something to give to you.”
Puteri mula gelisah. Nampaknya
apa yang dia rasakan, semakin menampakkan ketepatannya tapi kalaulah dia
sendiri yang membuka mulut terlebih dahulu dan ternyata tidak, mestilah dia
yang kena menanggung malu nanti. Kalau bukan sekarang, bila masa lagi dia mesti
berterus-terang kepada Rayyan?
Alunan muzik seksofon yang
sejak tadi berkumandang mulai terhenti. Rayyan tersenyum sambil bingkas bangun
dari kerusi. Tangan kanan dihulurkan kepada buah hati kesayangannya itu.
“Shall we dance?.”
Puteri memandang pelik kepada Rayyan apabila mendengar soalan yang diberi.
“There is no music. Kan
tadi..”
Belum pun sempat hendak menghabiskan kata-katanya, kedengaran semula alunan
muzik seksofon kembali bergema di dalam dewan itu.
“Tu..dah ada. Shall we?”.
Puteri tersenyum cuba menutup debaran yang kian kencang di dada. Tangan
Rayyan disambut. Dirinya dituntun sehingga ke tengah-tengah dewan di mana
adanya sebuah lampu candelier mewah yang menerangi di atas.
Alunan tiupan seksofon Kenny
G terus melatari dewan itu dengan lagu Forever in love yang terus berkumandang.
“I love this song,” bisik
Rayyan di telinga Puteri.
“Me too..” balas Puteri. Dia mula mengetap bibir. Kenapa terasa seakan
dipaksa untuk mengucapkan kata-kata itu?
“You know Put..malam ni
you nampak cantik sangat. Lain dari hari-hari yang lain...” Bisikan Rayyan
terus berbaur romantik di hujung telinga Puteri.
“Hmm, hmm..” Puteri hanya
menggumam. Tidak tahu apa yang harus diucapkan di saat itu. Maunya tak nampak
lain, kalau dia menyarungkan dress kesayangannya, Versace Jersey V-strap down.
Korang ingat murah dress koktail ni?
Keadaan terus hening. Apa
yang kedengaran hanya tiupan seksofon yang melatari dewan majlis itu. Beberapa minit terus berlalu. Rayyan
mengambil nafas dalam-dalam sebelum membuka mulutnya.
Gerak tubuh yang tadinya
lembut mengikut alunan muzik, mulai berhenti. Rayyan merenung kepada Puteri
dengan senyuman di bibir.
“Er..I...” Isy!Gementar la
pulak!Apa kena ni?Nak tanya dia sudi khawin ke tak, itu je kan?Ok, ok..bertenang
Rayyan.
Puteri menghela nafas. This is it, this is it!Now, Puteri!Memang betul si
Rayyan ni nak propose kan?
“Sebenarnya Rayyan..”
“Will you be my wife
Puteri?.” Fuh!Lega. Sebaris soalan keramat itu akhirnya berjaya juga
dilontarkan.
Puteri terjegil. Sedikit
je tau!Biarpun sudah menjangka apa yang ingin diperkatakan oleh Rayyan tapi dia
tidak menyangka, begitulah perasaan yang sebenar apabila dilamar oleh buah
hati. Rasa macam nak putus nafas!
Rayyan tersenyum terus.
Nampak sangat ekspresi wajah Puteri yang terkejut itu. Memang itulah yang dia
harapkan pun. Sekotak cincin yang disimpan di dalam kocek sut yang
dikenakannya, mula dikeluarkan.
“Tak jawab pun..will you
be wife, Cik Puteri?Hmm?Your silence self is killing me. Come on!.” Rayyan mula
mengangkat kening. Geram pula rasanya apabila melihat Puteri yang kaku itu. Hanya
matanya saja yang terkebil-kebil.
“Well, I tahu mungkin I
tak cukup baik untuk you. Mungkin I tak cukup sempurna tapi selagi I masih
bernafas, selagi I mampu, I akan jaga you seumur hidup I. Susah senang, biarlah
kita harungi sama-sama. I nak jadikan you isteri I, dunia dan akhirat. No one
else!.” Tutur Rayyan panjang lebar seakan-akan ingin meyakini Puteri dengan
lamaran yang telah dibuatnya.
Puteri mula merasakan
adanya satu bebanan besar yang terdapat di atas bahunya kini. Siapa yang cakap
tak nak khawin?Mestilah dia nak, lebih-lebih lagi dengan Rayyan!Seorang kawan
yang telah lama dikenali. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Telah banyak
kenangan yang tercipta bersama-sama dengan lelaki ini.
Lelaki yang menerima dirinya
dengan seadanya. Lelaki yang tahu apa yang menjadi kegemaran dan kebenciannya.
Lelaki yang tahu bagaimana hendak mengambil dan menawan hatinya. Bahkan, Rayyan
setia apabila berada di luar negara lima tahun yang lepas. Rupa?Jangan
cakaplah, memang kacak pun!Habis tu, kau nak apa lagi Puteri?Bukan pasal apa
yang aku nak, tapi ada satu masalah ni..
“You know Rayyan..”
“You tahu tak Put?Hari tu aunty sibuk nak khawinkan I dengan si Shasha tu.”
“What?!.” Wajah Puteri kembali berkerut. Shasha!Oh,
tidak!Itu adalah musuh tradisinya. Musuh ketat!
“Yup!Dengan Shasha.
Disebabkan I tahu taktik aunty tu, I manage to escape. And now, I’m asking for
your hand. I’m gonna ask you for one more time.”
Nada yang lahir dari bibir
Rayyan, seiring dengan riak wajahnya yang serius membuatkan Puteri menelan air
liur. Tak guna!Si Shasha tu nak juga interframe dalam cerita ni kan?Sekarang
pula tu!
“Will you be my wife,
Puteri?For forever and ever, will you stand by my side through thick and
thin?Because I do.”
Memang bodohlah kalau aku
jawab tak, kan?Silap-silap haribulan, si Rayyan ni melepas kat Shasha. Bukannya
dia tidak tahu, perangai Rayyan yang akan mendengar cakap babahnya itu. Emak
tirinya yang drama queen tu kan pandai berlakon. Berlakon sikit, habis dua
beranak ni kena dengar cakap dia.
“I do!Yes, I do!.” Puteri
menyahut dengan yakin. Siap tangan kanannya dihulurkan kepada Rayyan agar dapat
jarinya disarungkan cincin yang sedang dipegang oleh lelaki itu.
Senyuman Rayyan melebar.
Dia tahu Puteri tidak akan menghampakannya. Cuma tadi, mungkin gadis
kesayangannya itu terkejut dengan kejutan yang dibuatnya.
“Thanks, honey. I tahu,
you tak akan kecewakan I. I tahu, the most important thing in your life is me,
right?.”
Tutur kata Rayyan hanya
disambut oleh senyuman yang diberikan oleh Puteri. Apa yang dia tahu,buat masa
sekarang Rayyan adalah miliknya. Dia ingin kekalkan sebegitu. Dia tidak ingin
lelaki ini jatuh ke tangan mana-mana perempuan lain!Tidak sama sekali.
################################################
Bunyi pintu yang ditutup
menarik perhatian Datuk Megat Jufri dan isterinya, Datin Aznah yang sedang
menonton TV di ruang tamu.
“How’s your dinner,
sayang?Rayyan sihat?”.
Suara mamanya menerjah ke pendengaran. Puteri yang ingin berlalu ke tangga
menghentikan langkah dan menoleh ke arah ibu bapanya.
“He’s fine, ma. Dinner pun
okay. Er..Put penatlah. Put naik dulu ya. Good night ma, pa.” Tanpa menantikan
balasan dari kedua ibu-bapanya, Puteri terus mendaki anak tangga untuk menuju
ke biliknya.
“Macam ada yang tak kena
je?,” Datuk Megat yang tadinya hanya mendiamkan diri mulai bersuara apabila
sosok anaknya sudah hilang dari pandangan mata.
“Penatlah tu. Esok kan dia
ada photoshoot lagi,” tukas Datin Aznah.
Pandangan Datuk Megat yang tadinya jatuh ke tangga, kembali dihadapkan ke
skrin TV untuk terus menonton. Ah!Hal orang perempuan. Mestilah isterinya lebih
mengetahuikan?
Di dalam bilik, Puteri
merebahkan diri ke katil. Mata mula dipejamkan untuk meredakan kekusutan yang
bersarang di dalam kepala. Raut wajah Rayyan yang menjelma membuatkan dia
kembali membuka mata.
Cincin yang tersarung di
jari manisnya kembali ditatap.
“Tiffany ke?.” Bisiknya seorang diri. Bibir mula menguntumkan senyuman
apabila melihat sebiji batu berlian yang menghiasi cincin itu.
“Sekarang, you bakal wife
I”.
Kata-kata Rayyan tadi kembali terngiang-ngiang di hujung telinga. Senyuman
yang terlukis mulai terhakis perlahan-lahan. Puteri mula melepaskan keluhan.
Cincin itu terus ditatap dalam-dalam.
Isteri?Tempoh dua bulan
yang dikhabarkan oleh Rayyan tadi, amat-amat mengejutkan dirinya. Sudahlah
terkejut dengan cerita emak tiri Rayyan yang sibuk nak khawinkan si Shasha itu
dengan buah hatinya, kemudian Rayyan pula yang beria-ia ingin berkhawin dalam
tempoh dua bulan saja lagi.
“Macam mana ni?.” Puteri
terus menggerutu seorang diri di atas katil. Dia sudah sedia maklum akan syarat
yang ditetapkan oleh Mr. Joshua, bos kepada agensi model merangkap bosnya juga
itu. Sepanjang bernaung di bawah agensi itu, dia tidak boleh mendirikan rumah
tangga dan itu telah pun termaktub di dalam kontraknya untuk tempoh 3 tahun
yang bakal mendatang.
Tapi kalau dia menolak
lamaran Rayyan tadi, alamatnya si Shasha itulah yang akan menang!Dia?Sudahlah
dari segi kerjaya pun, perempuan itu yang sedang mendahuluinya sekarang. Dia
tidak ingin kalau Rayyan pun turut terjatuh ke tangan perempuan itu.
“Aku mesti fikirkan
sesuatu..setidak-tidaknya, aku kena pujuk Rayyan untuk tangguhkan perkhawinan
ni...” getus Puteri seorang diri.
Sengaja, perkara tersebut
tidak dimaklumkan kepada kedua ibu-bapanya tadi. Dia sendiri risau kalau-kalau
kedua orang tuanya itu akan bersetuju dengan cadangan Rayyan untuk berkhawin
dalam masa terdekat ini.
Ah!Rayyan kan baik. Mesti
dia akan dengar cakap aku kan?Pujuklah sikit. Mesti dia akan faham. Lagipun,
tak kan la dia sanggup khawin dengan si Shasha tu?Dia sendiri tak suka!Sabar
Puteri, sabar. Mana dia ada orang lain kan?Dia ada kau saja. Jadi, kalau suruh
dia tunggu, mesti dia akan sanggup. Besides, he’s fall for you already!
Puteri kembali tesenyum.
Yakin dengan telahan yang dibuatnya seorang diri pada malam itu.