Nak habaq..sebelum ni karya saya yang bertajuk My Mr. Gentleman tu, secara rasminya sudah ditukar kepada Jejaka Macam Dia :) Insya Allah akan keluar tidak lama lagi di bawah Penerbitan Fajar Pakeer. Jangan lupa dapatkan tau? Tq ^_^
Friday, 11 March 2016
Monday, 7 March 2016
HEY MR. BODYGUARD, I LIKE YOU!
P/S: Since ada di antara mereka yang tak ada wattpad dan susah nak ikut cerita ni, saya pos ke sini untuk bab pertama. Cerita ni pada asalnya diletak tajuk, Hey Abang Bodyguard I Like You tapi saya ubah seperti yang sedia ada sekarang ni. Watak Alisya yang saya kembangkan daripada My Mr. Gentleman. Sudi2 baca n kalau rajin, komen k.. tq :)
Alisya melihat beberapa rekaan yang berada di atas mejanya. Selepas
sekeping kertas diteliti, sekeping lagi dicapainya. Bibir diketap. Mata
terkebil-kebil melirik rekaan gaun berwarna merah hati yang sedang dipegangnya.
Mata ditalakan pula kepada Miza dan Eda yang sedang sibuk di satu sudut.
“Tak habis lagi ke?” tegur
Alisya. Miza yang sedang menunduk membetulkan hujung kain di bahagian kaki
patung yang baru dikenakan sehelai gaun pengantin itu menoleh sekilas kepada
Alisya. Patung itu nanti akan diletakkan pula di aras bawah untuk dipamerkan.
“Kenapa?”
Eda pula mengerling. Dia
yang masih belum menyudahkan kerja-kerjanya untuk menyeterika beberapa helai
dress kain sifon itu terus meninggalkan kerja-kerjanya lalu, menapak menghala
ke arah meja Alisya. Kening diangkat sebagai isyarat bertanya.
“Ni hah... banyak
sangatlah,” tukas Alisya sambil menunjuk kepada beberapa keping kertas yang
diletakkannya ke atas meja.
“La... ingatkan apalah
tadi. Kalau banyak, bukan ke bagus? You juga yang masyuk nanti,” usik Eda sambil tersenyum.
Alisya menganggukkan
kepala. Dia menyandarkan tubuh ke kerusi.
“Kenapa ni Lis? You tak
sihat ke?” Miza melepaskan soalan. Matanya terus membelek wajah Alisya. Raut
wajah yang tidak ceria itu mengundang persoalan dalam hatinya yang tidak boleh
dipendamkan lagi. Sejak tadi bukannya dia tidak sedar Alisya yang resah
semacam.
Gadis itu menggelengkan
kepalanya. Bibir terlukis senyuman.
Miza dan Eda yang
memerhati tingkah Alisya hanya menjongketkan kening di antara satu sama lain.
“Err... dah tu kenapa?
Serabut sebab banyak sangat rekaan yang you nak kena siapkan?” Eda melepaskan
serkap jarang.
“Taklah,” sahut Alisya
sepatah. Memanglah tadi dia sedikit tertekan dan keliru di antara rekaan yang
banyak mana itu yang mana harus dipilihnya untuk disiapkan terlebih dahulu.
Persaingan di dalam dunia fesyen sudah menjadi lumrah, tetapi dia tidak boleh
memandang ringan perihal kerjanya. Silap memilih rekaan untuk dijual nanti,
namanya juga yang busuk di luar sana.
“Dah tu? Err... takkanlah
sebab Luth?” soal Miza teragak-agak. Biarpun disiku oleh Eda tetap saja soalan
itu keluar daripada mulutnya.
Alisya menegakkan tubuh di
kerusi. Tawa kecil kedengaran. Kepala digeleng perlahan apabila mendengarkan
soalan daripada Miza tadi.
“You ni kan, agak-agaklah.
Dah jadi suami orang kan? Takkanlah I nak kacau lagi? Lagipun dah memang bukan
jodoh I. Buat macam mana sekalipun kalau dah bukan jodoh, memang takkan dapat,”
sahut Alisya sambil menjongketkan bahu.
“Yalah... manalah tahu
kan. Orang cakap yang pertama tu susah nak lupa. Bukan dulu tu you suka sangat
dengan dia?” sanggah Miza.
Alisya tersenyum. Senyuman
yang kian melebar dan meleret apabila mengenangkan empunya nama Luth Zafir.
“Yeah... I mengaku memang Luth baik. Gentleman... you know?
Kalau dalam bahasa Melayunya, budiman. Dia baik, sweet...”
“Hah! Tengok... macam ni
you cakap yang you dah lupakan dia?” celah Eda sambil menjegilkan mata.
Alisya mengangkat tangan
isyarat meminta Eda menutup mulutnya.
“Dengar dulu apa yang I
nak cakap. Memang dia baik dan I sukakan dia, tapi itu cerita tahun lepas.
Selepas apa yang dah berlaku, dengan kes anak Tan Sri Mokhtar tu, cukuplah. I
dah serik dan I dah sedar. Luth bukan untuk I.”
Eda dan Miza saling
berpandangan sebelum menalakan kembali pandangan mereka kepada Alisya.
“Kenapa? I tahu kau orang
tak percaya kan? Come on! Orang boleh
berubah kan?”
“Ya, kalau you boleh
buktikan,” sahut Miza sambil tersenyum.
“Buktikan? Macam mana? I
dah tak kacau Luth dan Durrah. Dah bahagia pun dia orang. Kalau kau orang tak
percaya, kau orang boleh tanya Cindy atau pun Rafiqi. Tak pun, kau orang pergi
tanya dengan Luth atau Durrah sendiri,” tukas Alisya serius.
“Tak payahlah sampai macam
tu sekali,” sanggah Eda.
“Dah tu? Susah sangat kau orang
nak percaya bila I cakap yang I dah berubah kan?” Jeling Alisya tidak berpuas
hati.
“Senang. Kalau betul you
dah berubah dan tak sukakan Luth macam dulu, apa kata you buktikan dekat kami.”
“Yalah! Macam mana?” soal
Alisya tidak sabar memintas cakap Miza.
“Get a boyfriend! Barulah kami percaya yang you dah lupakan Luth,”
sambung Miza.
“Betul !” Celah Eda
menzahirkan sokongan.
Alisya melepaskan keluhan.
Itulah yang menjadi masalahnya. Dipandang Miza dan Eda yang turut memandang
kepadanya sambil tersenyum.
“Kau orang ingat nak cari
lelaki yang layak nak dibuat suami tu senang? Sebab tulah tadi I pening. Rekaan
yang tak dipilih ni lagi, persaingan kat luar tu dan tadi tiba-tiba I
teringatkan Luth. Ya, I mengaku I teringatkan dia, tapi...” Alisya cepat
menegakkan jari telunjuknya kepada Miza yang ingin membuka mulut.
“Tapi, bukan dengan cara
yang kau orang fikirkan tu. I dah boleh terima hakikat dah pun. Cuma, pasal
benda nilah. Pasal hidup I sekarang. Siapa yang tak nak kahwin? Nak-nak kalau
dengan lelaki yang sebaik Luth tu, tapi bukan senang,” omel Alisya sambil
memeluk tubuh.
Miza dan Eda terdiam
sejenak. Timbul pula rasa kasihan apabila mendengarkan kata-kata kawan mereka
yang seorang itu.
“Err... suruhlah sepupu
you carikan?” Eda memberikan cadangan.
Alisya yang elok bersandar
di kerusi laju menggelengkan kepala.
“Dia? Rafiqi tu? Isy! Tak
naklah I. Nanti bukannya yang gentleman
yang I dapat, entah apa-apa lelaki yang dia bagi. Bukannya boleh percaya sangat
tu.”
Eda melepaskan tawa apabila
melihat reaksi Alisya yang bagaikan takut sangat denagn pilihan sepupunya itu.
“Eh! Lis, bukan hari ni ke
you cakap mak dan ayah you balik? Dah pukul berapa ni?” Miza bersuara apabila
melihatkan jam yang tergantung di dinding.
Alisya mengerling kepada
jam di tangannya. Terus dia terbangun dari kerusi sebaik melihatkan jam yang
hampir ke pukul 11. 40 pagi. Tergesa-gesa dia mencapai beg tangannya sebelum
berlalu.
Belum sempat memulakan
langkah, dia memerhati seketika ke arah meja.
“Tak apalah. Nanti I
kemas,” luah Miza yang memahami maksud pandangan Alisya yang melihatkan
kertas-kertas hasil rekaannya yang masih bersepah di atas meja.
“Thanks! Agaknya mama dengan papa I dah sampai dah. Eh! Kau orang
tolong jagakan butik tau? Kalau ada pelanggan, kau orang tunjukkan dulu rekaan I
yang I dah asingkan dalam fail tu. Kalau dia orang nak yang custom made, kau orang suruh dia buat
temujanji dulu.” Alisya yang tergesa-gesa mengatur langkah sempat menitipkan
pesanannya.
“Yalah bos. Macamlah kita
orang tak biasa. You tu hati-hati bawa kereta!” Jerit Miza yang menyorot
langkah Alisya.
Alisya yang sudah
melangkah keluar sempat mengangkat tangannya tanda mendengar. Kaki terus
menuruni tangga dari aras dua itu. Tiba di luar, dia menuju ke kereta Maruti
Suzuki Ciaz kesayangannya yang diparkirkan betul-betul di hadapan butik.
Beberapa meter dari tempat
parkir, seorang lelaki yang sedari tadi menunggu di luar hanya memerhati.
Lagaknya tenang dan bersahaja. Dia mengatur langkah apabila melihat susuk yang
ditunggu sudah memasuki ke dalam kereta Maruti yang berwarna merah itu.
Alisya yang baru
menghidupkan enjin menjeling ke luar. Kelihatan seorang lelaki yang baru
memasuki ke dalam kereta Toyota Camry yang diparkir bersebelahan keretanya.
“Emm... not bad,” gumamnya perlahan. Timbul
perbandingan di dalam kepalanya apabila melihat kereta tersebut. Perbandingan
yang empunya kereta dengan Luth Zafir. Sayangnya wajah pemilik kereta tersebut
tidak kelihatan. Hanya sekilas cuma yang sempat dipandangnya.
Kereta dipandu perlahan
untuk keluar dari kotak parkir. Bibir terlukis segaris senyum apabila
terbayangkan kedua-dua ibu bapanya yang akan ditemui sekejap sahaja lagi.
“Berapa tahun ya? Dua tiga
tahun macam tu?” Alisya sibuk mencongak. Agak lama dia tidak bersua muka dengan
mama dan papanya. Hari ini, kedua-dua orang tuanya akan pulang dari Australia.
Kereta terus dipandu. Dari
arah belakang, Toyota Camry terus mengikuti tanpa disedari pun oleh Alisya yang
hanya ingin cepat sampai ke rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)