Assalammualaikum semuanya...sihat ka yang tengah membaca tu?Semoga sihat2 lah hendaknya ya..saya?Ok ja..sibuk dok taip IASU sebab nakj habiskan..target sebelum posa(Sibuk ja nak habaq, macam la ada ramai sangat yang nak tahu kan?Feeling lak, huhu..)
Ok, tak mau cakap panjang hari ni..perasan tak follower kat blog ni dah cukup 100?Siap lebih sorang dua lagi;-) terima kasih kepada yang sudi follow. oleh itu, sempena hari Jumaat yang mulia ni, saya nak bagi hadiah..tak la besaq mana pun tapi as token unt tunjukkan yang saya amat2 hargai korang2 semua yang sudi mai sini..yang sudi bagi komen, etc..rasanya kalau bagi top up ok kut kan?Unt zaman yang serba serbi mahal ni, kalau dapat benda free( even topup) rasanya dapat save juga kan, kan?Hehe..So, terima kasih sekali lagi dan teruskan menyokong ya..next time, ada topup lagi, muahahahaha!!!
CEL : 9059 6768 0263 2024
MAX: 8751 3568 7368 6882
Pesanan ikhlas: Saya harap sapa2 yang berjaya dapatkan topup ni, plz tick salah satu kotak dibawah(Nak tinggalkan komen pun ok je;-D) so that, orang2 lain dah tau yang topup ni dah diambil. tak la diaorang sibuk2 nak try lagi. cian nak tekan 1 by 1 num2 tu kan, kan..Hehe..assalammualaikum!
Friday, 23 May 2014
Thursday, 15 May 2014
SISTER & TASTE
Assalammualaikum dan selamat petang semuanya..dah makan ka korang semua?Lauk apa?Upload kat Insta ka?Hehe..saya tak pun. tak ada insta, FB, Twitter dan semua yang seangkatan dengannya. terkejut?Ya, saya sendiri terkejut kenapa orang akan terkejut bila tau yang saya tak ada semua tu, penting ka? Ughh...ya, dari 1 sudut yang lain, maybe..mungkin sebab tu juga saya tak fames macam writer2 yang lain?I knew it!(Ka memang cerita2 yang sebelum ni memang tak best?Hahaha...) Ok, back 2 tajuk hari ni.. saya nak bebel..nak cerita kat adik bongsu(Oh ya..saya anak ke 2 dari 4. yang 1st, abang, 2nd is me, 3rd my sister n paling bongsu n paaaaaaaaaling disayangi adik lelaki saya) dia jauh..kat UPSI so koranglah kena dengar apa yang saya nak bebel, boleh?Kena boleh juga!Huh!
saya dengan adik saya yang perempuan ni, beza umur cuma 1 tahun. so korang boleh bayangkan?Tak boleh?Cuba lagi :-) sebagai anak kepada seorang tentera(Yes, ayah saya sorang askar), kami bertiga (abang saya pun nak interframe dalam ini cite) akan ke sekolah dengan trak askar tu..pernah tengok?Tak juga? P GOOGLE, ngehehe..So, bayangkan(lagi..) yang setiap kali p sekolah dengan trak tu mesti feeling habis..maklumlah anak2 orang lain pergi naik bas ka, motor ka dengan ayah diaorang, kami2 semua(termasuk anak2 askar yang lain) akan pergi naik trak tu...tapi tu bukan benda yang saya nak cerita kat sini pun, huhu..sebagai seorang kakak, yang waktu tu darjah 2, saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga budak kecik tu, huh! Kiranya, kalau ada apa2, i've to be there for her...yeah, for that baby girl.
seronok ka bila ada adik@kakak perempuan ni?Hmmmm....mula2 yes..best sangat2..apa yang saya ada, dia ada..apa yang saya makan, dia makan..(sound familiar?Iklan susu tu la;-P) segala2nya..terutama sekali baju2..SEBIJI!Design yang sama, corak yang sama..langsung tak ada beza..bila saya kata langsung tak ada, yes, LANGSUNG! Bukan setakat baju raya yang memang akan dibuat 2 pasang tanpa ada perbezaan langsung, bahkan baju2 yang tiap2 hari kita orang pakai. SEBIJI! (i'm just wondering how the twin can go through this??!) Bila saya pakai baju tu, dia pun ada..sampaikan, at that time, bila kita pergi main kat kawasan rumah n ada makcik2 yang tak kenal kami ni anak sapa, ayat pertama "Eh!Kembar ka ni?" Waktu tu, saya tengok adik, dia tengok saya. lepas tu sama2 geleng n saya akan cakap "Saya kakak,dia adik". Lama-lama bila semakin besar, of coz saya tak mau sama dengan dia lagi(Make sense la kan?)..tapi masalahnya, budak tu still nak!!Ughhh!!!Bayangkan, satu hari ni, bila mak suruh kami beli beg jerut untuk p kelas mengaji, saya saja biarkan dia pilih dulu. semata2 tak nak sama dengan dia..then saya pilih..suddenly, dia nangis..dia cakap "Nak yang sama macam kakak punya" (huh, kecik2 dah drama queen;-D ) So, mak pun ikukan kehendak dia..
But, you know what..bila dah besaq, of coz kita ada personaliti masing2. saya suka lagu MJ, dia suka lagu rock2 kapak yang tahun 1990-an dulu tu. saya suka shawl, dia suka tudung xpress..saya suka sos cili, dia suka sos tomato..baaaaaanyak lagi yang boleh bezakan kami berdua. tapi, bila dikenangkan balik zaman2 dulu tu, actually it was fun!Yang peliknya, bila dah besaq macam ni, tiba2 saya pula teringin nak pakai something yang sama macam dia!Sekali pun jadilah..yeah, i really2 miss our childhood..(sob..sob..:')
so, satu hari tu saya ada beli sehelai kemeja warna pink..adik beli selepas saya beli(maybe dia nak jaga hati kakak dia?) tapi design memang sebiji sama..then, ada satu hari tu waktu nak keluar beli barang, dia cakap "Kak, jom pakai baju kemeja pink tu" and i was like "Hah?Er..ok" tapi dalam hati actually "Yeahaaaa!Yes!Yes!Yes!" you know, perasaan yang macam tu?Susah to put it into word..i guess, dengan writer's block yang saya tengah ada sekarang, ada lagi 1 sindrom yang susah nak hilang. I MISS OUR CHILDHOOD!Segala2nya! Coz kadang2, saya suka termenung and flash back, you know..i can be 'there', when i was 8 and she was 7, again and again and again..when she'll turn to me whenever she has problems..when i've to play my part as BIG SISTER;-) tapi masa tu cepat sangat..sedar2, semua adik2 kecik dah besaq..yang paling bongsu tu pun dah nak grad..kadang2 kita terlalu sibuk dengan life masing2 bila dah besaq, ada kerja..and me?Yang asyik dok kat rumah ni, i miss all that!!seronok kenangkan balik zaman tu..bila dia cerita kita dengar n bila kita cerita ada orang yang akan dengar..you know, we share every single thing!but dun worry..i've plan already..anak sedara akan jadi my next target!Muahaaahaa..yes, dia yang akan jadi mangsa untuk dengar segala cerita2 i nanti..tak kira, tak kira!
P/S : TQ kepada sapa2 yang sudi baca luahan hati ni,huhu..
Friday, 9 May 2014
DIA...MIKHAEL 10
10
“Nanti hujung minggu ayah dengan mak nak pergi ke rumah Mak Ngah kamu. Nak
ziarah anak sepupu kamu tu. Akak nak ikut tak?,” mak mengutarakan persoalan
yang tak aku harapkan.
Pertanyaan mak aku biarkan
tak berjawab. Kenapa la sekarang ni mak dengan ayah rajin pula nak menziarahi
Mak Ngah tu?Mesti la aku terpaksa tinggal seorang diri lagi. Kalau la tak
kerana perkara-perkara pelik yang sering terjadi, pastinya aku tak akan
mempunyai perasaan sebegini. Takut sudah semestinya!
“Ei!Akak ni dengar tak mak
tanya?,” mak mencuit tangan aku.
Aku terus menyuap nasi ke mulut. Apa ya nak jawab?Nak ikut tak?
“Dengar la....”
“Dah tu?Nak ikut tak?Sekali sekala jom la ikut. Boleh juga kenal-kenal
dengan saudara mara tu. Cucu Mak Ngah tu pun akak tak jenguk lagi.”
Aku masih lagi diam. Malas betul nak ikut mak dan ayah berkunjung ke
mana-mana. Hujung minggu macam tu saja la yang memberikan aku masa yang banyak
untuk menyempurnakan kerja rumah dan lebih-lebih lagi untuk berehat.
“Tengok la..,” aku
memandang mak. Ayah dan adik-adik hanya berdiam diri. Sekali sekala adik Liza
mengusik adik bongsuku, berebutkan lauk yang masih lagi ada di atas meja.
“Tengok?Nak tengok apa?,” mak masih tak berpuas hati.
“Em..kerja sekolah la.
Kalau tak banyak akak ikut tapi kalau banyak tak boleh la nak ikut,” aku
tersengih. Mak hanya menggelengkan kepala. Mesti dia sudah faham perangaiku
yang sebenar.
“Alasan la akak ni. Kalau
nak ikut boleh je. Bukannya kita nak duduk lama-lama.”
“Jadi, tak tidur la kat sana?,” aku kehairanan. Kebiasaannya mak, ayah dan
adik-adik mesti akan menghabiskan sekurang-kurangnya semalam di sana.
“Tidur la. Semalam. Macam biasa tapi bukannya lama pun kan?,” mak memandang
aku.
“Tengok la. Lagipun kan
akak pernah tidur sorang-sorang. Boleh juga kalau nak ajak Aisyah temankan. Mak
dengan ayah tak payah la risau.”
“Mak ayah dia tak kisah ke?,” ayah yang sedari tadi diam mula bersuara.
Sudah menjadi perangainya untuk kurang bercakap ketika makan.
“Dia cakap ok je. Asalkan
tak terlalu lewat la sebabnya kadang-kadang susah juga dia nak dapatkan bas
kalau dah lewat. Jadi, kalau nak ajak dia kena beritahu awal-awal la.”
Ayah menganggukkan kepala.
“Kalau akak tak balik, boleh tak adik pun tak mau ikut?,” adik bongsuku,
Hafiz yang berusia 5 tahun bertanya.
“Mana boleh!Hafiz kena
ikut mak,” adik Liza mencuit telinga Hafiz.
“Habis tu kenapa akak boleh tinggal sorang-sorang?,” Hafiz memandang mak.
“Sebab akak dah besar. Dah
boleh berdikari. Hafiz mana boleh lagi,” mak tersenyum dengan keletah adik
bongsuku itu.
“Lagipun akak dah boleh tidur sorang-sorang. Hafiz nak tidur sorang-sorang?,”
ayah mengusiknya.
“Tak mau, tak
mau!Takut!Ada hantu!,” dia menutup mukanya.
“Hafiz...jangan nak mengarut. Mana ada hantu. Dah, makan tu. Habiskan sayur
tu,” mak menyuap nasi ke dalam mulutnya. Selagi tidak kena tangan mak yang
menolong, selagi itulah juga nasi di dalam pinggannya tidak akan habis.
Hantu?Berdebar jantungku ketika mendengar jawapan adik
aku itu. Seolah-olah dia boleh nampak pula. Aku pernah terdengar yang
orang-orang tua pernah cakap, budak-budak ni selalunya boleh melihat
makhluk-makhluk halus ni, tapi betul ke?Sejauh mana kebenarannya tak pula aku
ketahui.
Koko yang menggesel-geselkan badannya di kaki aku
mengejutkan aku.
“Ya Allah!Koko!Buat orang terkejut je la dia ni.”
“Lapar la tu. Bagi dia
nasi dengan lauk tu,” ayah menunjukkan seekor ikan kembung goreng.
Aku tatap wajah adik Hafiz yang masih lagi menyuap nasi. Betul ke
budak-budak boleh nampak makhluk-makhluk halus ni?Kenapa mereka diberikan
keistimewaan ni?Pandanganku beralih kepada Koko yang masih berada di kakiku.
Haiwan juga dikatakan
boleh melihat dan merasai kehadiran benda-benda halus ni. Kalau saja Koko boleh
bercakap, nak aku bertanyakan kepada dia apa yang dia nampak di dalam rumah ni
kerana aku yakin benar bahawa ada sesuatu yang sering mengikutiku.
Mustahil aku boleh
bertanyakan kepada adik Hafiz. Tak pasal-pasal dia buka mulut kepada mak dan
ayah, pasti mereka akan fikirkan yang bukan-bukan pula pasal aku. Lebih teruk
lagi kalau mereka akan menjadi risau dan menganggap aku dah tak betul!
“Nah!Makan ni sampai kenyang,” aku mengusap-usap kepala Koko yang masih
setia menunggu makanannya daripada aku, seperti setiap malam.
Selesai memberi makanan
kepada Koko, aku menuju ke sinki untuk membasuh pinggan. Persoalan mak
membuatkan aku terfikir. Kalau asyik duduk kat rumah ni mesti akan membuatkan
aku terus berfikir, seperti kata Aisyah. Agaknya kalau aku ikut mak dengan
ayah, “benda” tu akan berhenti daripada kacau aku?
“Kerja sekolah dah buat?,” suara mak mengganggu apa yang sedang aku
fikirkan.
“Tak. Nak buat lepas makan
la ni,” aku meletakkan pinggan pun sudah dibasuh di rak.
“Nak air teh ke?Kalau nak mak boleh buatkan lepas ni sekali dengan air kopi
ayah ni.”
“Tak payah mak. Kalau nak
orang buat sendiri la,” aku berlalu ke bilik.
Aku memerhatikan Koko yang sedang menjilat-jilat bulu dan kakinya.
“Dah kenyang?Jom kita
masuk bilik!,” aku mengambilnya untuk di bawa bersama ke dalam bilik.
“Malam ni temankan orang buat kerja rumah tau. Duduk sini diam-diam,” aku
meletakkan Koko di atas katil. Kemudian, aku menuju ke meja belajar untuk
mencapai glob salji yang kadang-kadang turut dijadikan sebagai penindih kertas
selain hiasan di meja tersebut.
“Nah!Ambik ni. Main yang
ni,” aku menggoncangkan beberapa kali sebelum meletakkannya di depan Koko. Dia
yang sememangnya berminat dengan glob itu mengais-ngais dengan kakinya. Aku
tersenyum melihat keletahnya.
Koko yang aku jumpa
sewaktu balik sekolah hampir 2 tahun yang lalu sememangnya tidak banyak ragam.
Makannya juga senang dijaga. Hanya nasi dan berlaukkan ikan goreng.
Kadang-kadang aku turut memberikannya ikan bilis goreng. Malah sayur kangkung
juga turut dimakannya. Pendek kata, apa yang aku makan, itu juga yang akan
dimakannya.
Aku mendapatkan beg
sekolah untuk mengeluarkan buku graf.
“Malam ni orang kena buat Matematik. Banyak lagi nak kena lukis. Nampak
tak?,” aku menayangkan buku graf itu di hadapan Koko. Biarpun aku tahu yang dia
tak faham tapi aku selesa untuk berbual-bual dengannya.
“Meow,” suara Koko yang sentiasa memberikan tindak balas kepadaku
membuatkan aku merasa tak jemu untuk terus berkomunikasi dengannya.
“Main tu. Orang nak buat
ni,” aku menggoncangkan kembali glob salji itu setelah mencapai sebiji bantal
untuk dijadikan alas.
Aku meniarap di atas permaidani setelah membuka buku teks Matematik. Pensel
yang dah di asah di sekolah memudahkan kerjaku.
Sekali sekala aku
menjeling kepada Koko yang terus bermain-main dengan glob salji itu. Glob yang
dikais-kais dengan kakinya bergolek-golek di atas tilam.
“Baik-baik Koko. Jangan bagi jatuh kat bawah sudah. Nanti pecah,” aku
meneruskan kerja rumah.
“Meow, meow,” Koko mengiau
seakan-akan memahami.
Aku melihat beberapa ogif yang sudah siap dilukis.
“Sikit je lagi tinggal,” aku meneruskan kembali melukis setelah beberapa
titik aku tandakan di atas kertas graf.
Aku terhibur melihat
gelagat Koko yang bermain sendirian dengan glob salji tu. Aku melihat jam yang
hampir ke pukul 11.30 malam.
“3 je lagi Koko. Lepas tu dah habis.”
Aku bangun untuk melihat
jadual waktu yang terdapat di meja. Aku mengeluarkan buku-buku teks yang berada
di dalam beg sekolah.
“Semua ni nak kena susun. Yang mana nak ke bawa, yang mana nak kena
tinggalkan kat rumah. Dengar tak ni Koko?,” aku menoleh ke belakang. Koko yang
masih bermain-main di atas katil tidak menghiraukan pertanyaanku.
Aku mencapai buku teks
Biologi dan Bahasa Inggeris. Buku teks Bahasa Melayu pula aku letakkan di atas
meja.
“Yang ni nak kena bawa. Nampak?,” aku menunjukkan kepada Koko yang
memerhati aku.
“La..dah tak main ke?,”
Koko yang diam tiba-tiba membuatkan aku kehairanan. Kalau tadi bukan main lagi
dia sibuk mengejar glob salji tu yang tergolek ke sana sini di atas katil.
“Bosan ya?,” aku
mengusap-usap badannya setelah glob yang aku goncangkan tu tidak berjaya juga
untuk menarik semula perhatiannya. Aku menuju ke tingkap.
“Koko, cantik bulan malam ni. Bintang pun banyak,” aku tersenyum memandang
langit yang begitu indah ciptaan Yang Maha Berkuasa.
“Meow, meow, meow,” suara
Koko mengalihkan pandanganku kepadanya.
“Kenapa ni?Nak tengok bulan juga ke?,” aku pergi kepadanya. Aku mengangkat
Koko yang berada di atas katil.
“Tu..cantik kan?,” aku
mengusap-usap kepala Koko yang berada di pangkuanku.
“Meow, meow,” Koko melompat dari pangkuanku.
“Kenapa ni Koko?,” aku
terkejut apabila Koko tiba-tiba melompat begitu. Aku melihat Koko yang juga
turut memerhatikan aku.
“Sini,” aku pergi untuk mendapatkannya kembali. Koko berjalan menuju ke
pintu bilik aku. Di situ, dia berlegar-legar beberapa kali.
“O..nak keluar ya?Dah
bosan ya temankan orang?,” aku mengangkatnya kembali. Suaranya yang tidak
berhenti mengiau menandakan kegelisahannya. Aku membuka pintu bilik. Koko yang
berada di dalam pelukanku terus melompat turun ke lantai.
“Kenapa ni Koko?,” aku
melihatnya yang masih memandang aku.
Koko masih lagi tidak berhenti mengiau.
“Sshh!Diam la. Semua orang
dah tidur tau. Nak apa ni?,” aku mengusap-usap badannya.
“Nak susu ya?Jom, kita pergi dapur,” aku mengatur langkah menuju ke dapur.
Jam di dinding yang mengalunkan irama pada setiap jam sebelum berdenting,
mematikan langkahku.
“Dah pukul 12. Jom la Koko,”
aku memandangnya yang tidak berganjak dari depan pintu bilikku. Suaranya masih
lagi mengiau seperti di dalam bilik tadi.
“Tadi nak keluar. Nak masuk balik ke?,” aku mendapatkan Koko semula.
Aku melihat kain langsir di
dalam bilik yang diterjah angin malam yang lembut bertiup.
“Kenapa ni Koko?,” aku melihatnya yang masih setia di duduk situ. Suaranya
yang dari tadi asyik mengiau tidak lagi kedengaran.
“Nak susu ke Koko?,” aku
menjadi hairan dengan sikapnya. Entah-entah dia sakit tak?
“Meow, meow,” suaranya berubah menjadi manja semula. Tenang dan tidak lagi
kegelisahan seperti tadi. Dia menggesel-geselkan badannya di tanganku.
“Kenapa ni?Nak tidur ya,”
aku melihat gelagatnya yang merebahkan badannya ke lantai. Matanya juga
ditutupkan.
“Nakal ya malam-malam ni,” aku mengusap kembali kepalanya. Aku melihatnya
yang sudah kembali tenang. Agaknya Koko penat bermain dengan glob tadi sewaktu
berada di dalam bilik.
Aku melangkah ke bilik
semula. Kain langsir yang diterbangkan angin tadi, aku singkap semula. Bulan
dan bintang yang sememangnya begitu cantik sentiasa membuatkan aku terpaku di
jendela hampir setiap malam. Aku tersenyum apabila mengenangkan keletah Koko
yang bermain dengan glob salji itu tadi.
“Macam-macam Koko ni,” aku menuju ke meja untuk mengeluarkan kertas kosong
daripada laci.
“Nak tulis apa ni,” aku
meniarap semula di permaidani. Aku mencapai pen daripada “perut” Garfield.
Sesekali aku menjeling di luar tingkap, melihat bulan yang cantik bersinar,
biarpun bukan bulan purnama.
Sebagai seorang insan
Aku selalu berfikir akan kejadian
Ciptaan Dia seperti keajaiban
Selalu membuatkan aku berasa hairan…
Aku sering tertanya-tanya
Apa yang mungkin akan terjadi
Seandainya mereka berbicara
Mungkin aku lebih menginsafi
Seandainya bulan berbicara....
“Em…ok ke ni?,” aku melihat apa yang aku tulis. Teringin
pula aku nak sertai Pertandingan Menulis yang akan dianjurkan oleh Persatuan
Bahasa Sastera dan Budaya nanti.
“Nanti-nanti la fikir isinya. Nak letak tajuk apa ya,” aku melepaskan pen
di tangan.
Mata yang hampir layu, aku
pejamkan. Angin yang kadang-kadang berhembus lembut menambahkan ngantuk yang
ada. Ditambah dengan penat yang dirasai setelah selesai membuat kerja rumah
Matematik tadi.
“Seandainya mereka berbicara,” suara itu menusuk masuk ke pendengaranku.
“Dia”kah yang berbisik
itu?
*****************************************************************
Jam loceng yang berbunyi
mengejutkan aku. Pantas aku mencapai jam yang berada di sebelah bantalku untuk
menghentikannya.
Aku bangun sambil mengeliat beberapa kali. Aku bangun mencapai tuala untuk
keluar menuju ke bilik air.
“Meow, meow,” aku terkejut sebaik membuka pintu. Koko yang berada di depan
pintu datang menggesel-geselkan badannya ke kaki aku.
“Kenapa ni?Orang nak kena
pergi sekolah la,” aku mengusap-usap kepalanya sebelum berlalu ke bilik air.
“Nak masuk bilik ya?,” aku membuka semula pintu bilik yang telah ditutup.
Suara Koko yang mengiau berhenti.
“Kenapa ni?Tak nak masuk
pulak?,” aku menutup semula pintu bilik. Langkah diatur menuju ke bilik air.
Kalau nak dilayankan karenah Koko ni, mesti lewat aku akan ke sekolah.
“Mak buat apa tu?,” aku menyapa mak yang sudah berada di dapur.
“Sandwich. Nak bawa tak
pergi sekolah?.”
“Kalau sandwich mesti la nak,” aku tersengih kepada mak.
“Kenapa Koko tu?Dari
semalam asyik gelisah je.”
“La..mak dengar juga ke?Entah..ingatkan dia dah jemu dalam bilik tu. Orang
bagi la dia keluar. Kat luar pun buat ragam juga. Jangan-jangan dia sakit tak,”
aku menyuarakan kebimbangan kepada mak.
Aku melihat Koko yang
masih berada di depan pintu bilik aku. Risau pula apabila mengenangkan
perangainya semalam. Aku tidak menyangka pula mak boleh mendengar suaranya yang
asyik mengiau semalam kerana aku fikir, mak dengan ayah serta adik-adik sudah
pun tidur kerana sudah lewat.
“Dah la. Pergi mandi.
Biasa la tu. Agaknya dia pun bosan asyik dalam rumah. Tak sabar-sabar nak
tunggu siang nak keluar bermain.”
“Ya ke?,” aku bertanya sangsi dengan jawapan mak. Aku melihat mak yang
pantas memotong timun dan juga cili.
“Ya la. Ingat haiwan pun
tak tahu berkawan?Dia pun tahu rasa sunyi. Dah cerah nanti, mak bagi dia
keluar. Bagi dia main-main dengan kucing Zila tu.”
Aku melangah masuk ke bilik air. Mungkin juga tekaan yang dibuat oleh mak
tu betul. Koko yang selalu bermain-main dengan kucing Zila, kawan kepada adik
Liza yang juga jiran sebelah rumah aku ni, mesti tak sabar-sabar untuk bertemu
dengan kawannya yang bernama Che Teh tu.
Selesai mandi aku
melangkah masuk ke bilik untuk bersolat. Koko yang sudah berubah tempat, dari
depan pintu bilik aku kini sudah berada di atas sofa. Bukan main lagi dia
sedap-sedap tidur di situ.
Aku tersenyum
memandangnya. Sekurang-kurangnya dia tak lagi asyik mengiau seperti semalam.
Aku harap jangkaan yang dibuat oleh mak adalah betul mengenai Koko. Biarpun aku
hanya kutip dia daripada tepi jalan tapi aku sudah pun menyayanginya. Aku tak
mahu dia sakit dan kemudian berlaku perkara yang tak pernah aku harapkan itu.
Matanya yang juga berwarna
kecoklatan seperti bulunya itu membuatkan aku sentiasa tenang setiap kali
memeluknya. Suaranya yang seakan-akan turut berkomunikasi bersama aku apabila
dijadikan teman membuatkan hidup aku tidak pernah sunyi. Biarpun ia hanyalah
seekor kucing.
Selesai menunaikan solat,
aku melipat semula sejadah dan telekung.
“Apa yang tak kena ya pagi ni?,” aku cuba mengingati.
“Jadual waktu..”
Aku menuju ke meja. Rasa-rasanya aku dah menyemak semalam buku-buku yang
harus aku bawa ke sekolah pada pagi ni. Aku mencapai beg sekolah yang berada di
kerusi.
“Betul la dah ada,” aku
tersenyum apabila memandang buku-buku teks dan buku nota yang dah terdapat di
dalamnya. Kotak pensil Garfield kesayanganku juga turut berada di dalamnya. Aku
mencapai sikat untuk menyisir rambut.
Aku melihat katil yang
sudah aku kemaskan selepas bangun tadi. Rasa seperti ada yang tak kena pada
pagi ni tapi apa ya?
“Sudah la. Semua ok je,” aku meyedapkan hati sendiri.
Sewaktu aku meletakkan
kembali sikat di atas meja solek yang sederhana saiznya itu, aku sempat melihat
glob salji yang berada di atas meja belajar.
“Itu dia!,” aku mengikat rambut sebelum mencapai glob tersebut. Inilah
benda yang buatkan aku rasa seperti kekurangan sesuatu.
Sekeping kertas yang
berada di bawahnya, aku capai. Aku tersenyum sendiri apabila membaca semula apa
yang aku tuliskan semalam.
“Ada hati nak masuk pertandingan. Entah-entah tak menang pun,” aku
meletakkan semula kertas tersebut di atas meja.
Aku merasa lucu sendiri
apabila mengingatkan bagaimana bulan dan bintang yang cantik pada malam semalam
memberikan aku ilham untuk menulis ayat-ayat yang tertera di atas kertas
tersebut. Konon-konon nak dijadikan puisi!
Selesai memakai tudung
sekolah, aku menjeling kertas tersebut sekali lagi yang berada di atas meja.
“Mustahil!,” jantungku berdetak kencang.
Aku duduk di birai katil
untuk menenangkan diri sendiri. Aku menarik nafas perlahan-lahan.
“Katil?,” aku melihat kepada bantal. Kakiku yang menyentuh permaidani mengalihkan pandangan mataku
kepadanya.
Ya, bukan glob itu yang
membuatkan aku rasa tak kena. Aku dah mengingatinya. Semalam, aku yakin aku
merebahkan diri di atas permaidani ni tapi pagi tadi, aku berada di atas katil.
Sama seperti malam tempoh hari aku menyiapkan kerja rumah di meja tapi esoknya
aku berada di katil.
Buku-buku teks sekolah
yang dimasukkan ke dalam beg juga bukan aku yang lakukannya. Aku yakin!Seratus
peratus aku yakin kali ni kerana aku hanya tinggalkan buku-buku tersebut di
atas meja belajarku. Kenapa “dia” begitu baik kepada aku?Sedangkan aku langsung
tak mengenalinya. Kenapa “dia” melakukan semua ni?
Glob tu...
Aku melihat glob yang menindih sekeping kertas yang aku cuba rangkaikan
sebuah puisi yang tak menjadi semalam. Aku bangun menuju semula ke meja untuk
mencapai kertas tersebut.
“Seandainya mereka
berbicara!,” aku teringat suaranya yang membisikkan ayat tersebut semalam.
Kali ini aku tak bermimpi!
P/S: New entry cite ni khas untuk AQILAH yang request ;-) juga untuk mereka, kalau adalah yang dok baca cite ni. Tq!
Tuesday, 6 May 2014
TERIMA KASIH ;-D
Assalammualaikum dan selamat er..malam dah kan?Pukul 8 dah kiran malam la kan, hehe..terima kasih sebab sudi singgah kat blog yang tak seberapa ni. Okay, straight to the point, saya ada benda nak cakap.
First, cite yang dipaparkan di sini IASU?! akan dihentikan terus selepas ini. Maksudnya, bab 30 yang di update tu adalah bab yang terakhir di blog ni. Bukan apa, bila survey blog2 lain, tak ramai yang letak baaaaaaanyak bab macam yang saya buat. Habis sangat pun dalan 22-25 macam tu..kiranya, saya tak kedekut la kan bagi sampaibab 30 :-p haha...
Untuk pengetahuan, ni adalah pertama kali saya 'tunjukkan' cite saya buat tatapan umum. Sebelum ni, novel saya yang pertama AD&Com langsung tak pernah ditunjukkan kepada sapa2(Blog pun takdak time tu, ngehehe). Sama juga untuk cite yang kedua MY MISS. Tapi bila sedar yang ramai penulis yang letak cite kat blog, saya pun terfikir nak buat benda yang sama. Bukannya nak tiru tapi bila dipikir2 balik, macam okay juga. Biar orang baca n bagi komen sebelum editor yang komen, haha..So, dari sini sebenarnya ada pro and con's la..bila dapat feedback yang okay, of coz I'm happy girl. Nak2 bila baca komen2 yang diberi tu disertakan dengan emosi, macam "Jahatlah dia ni"..tu pun dah cukup untuk saya..bila dapat komen yang tak best, tentu kita pun rasa tak best kan?Tapi so far, saya bersyukur sangat2..tak pernah lagi dapat komen yang negatif pasal cite IASU ni except bila dipublish di P2U(kat sana pun saya just hantar bab 1-3 je, hehe) ada sorang tu yang bagi komen pasal tajuk ni..tu je, yang lain-lain tak ada.
Last but not least, saya nak ucapkan terima kasih sangat2 for those yang sudi singgah, tak kisahlah jadi silent readers ke, tick@ tak kotak respons tu, dan terutamanya yang sudi tulis komen2..TERIMA KASIH TAU! Macam mana tak sayang korang kan kalau macam ni, huhu..(Sumpah, tak bodek;-D ) Doa2 kanlah ada rezeki IASU ni untuk diterbitkan. sebenarnya tulis pun tak habis lagi, ada siiiiikit je lagi. Rasanya tu ja la kot..tq for spending ur time here..even tak ada entry baru untuk IASU, kalau korang komen kat mana2 post( kalau ada la), jangan ingat saya tak peduli ye..setiap komen amat dihargai!Nak tau betul ke tak, ce komen...hehe..Take care and assalammualaikum, luv u all!!!
First, cite yang dipaparkan di sini IASU?! akan dihentikan terus selepas ini. Maksudnya, bab 30 yang di update tu adalah bab yang terakhir di blog ni. Bukan apa, bila survey blog2 lain, tak ramai yang letak baaaaaaanyak bab macam yang saya buat. Habis sangat pun dalan 22-25 macam tu..kiranya, saya tak kedekut la kan bagi sampaibab 30 :-p haha...
Untuk pengetahuan, ni adalah pertama kali saya 'tunjukkan' cite saya buat tatapan umum. Sebelum ni, novel saya yang pertama AD&Com langsung tak pernah ditunjukkan kepada sapa2(Blog pun takdak time tu, ngehehe). Sama juga untuk cite yang kedua MY MISS. Tapi bila sedar yang ramai penulis yang letak cite kat blog, saya pun terfikir nak buat benda yang sama. Bukannya nak tiru tapi bila dipikir2 balik, macam okay juga. Biar orang baca n bagi komen sebelum editor yang komen, haha..So, dari sini sebenarnya ada pro and con's la..bila dapat feedback yang okay, of coz I'm happy girl. Nak2 bila baca komen2 yang diberi tu disertakan dengan emosi, macam "Jahatlah dia ni"..tu pun dah cukup untuk saya..bila dapat komen yang tak best, tentu kita pun rasa tak best kan?Tapi so far, saya bersyukur sangat2..tak pernah lagi dapat komen yang negatif pasal cite IASU ni except bila dipublish di P2U(kat sana pun saya just hantar bab 1-3 je, hehe) ada sorang tu yang bagi komen pasal tajuk ni..tu je, yang lain-lain tak ada.
Last but not least, saya nak ucapkan terima kasih sangat2 for those yang sudi singgah, tak kisahlah jadi silent readers ke, tick@ tak kotak respons tu, dan terutamanya yang sudi tulis komen2..TERIMA KASIH TAU! Macam mana tak sayang korang kan kalau macam ni, huhu..(Sumpah, tak bodek;-D ) Doa2 kanlah ada rezeki IASU ni untuk diterbitkan. sebenarnya tulis pun tak habis lagi, ada siiiiikit je lagi. Rasanya tu ja la kot..tq for spending ur time here..even tak ada entry baru untuk IASU, kalau korang komen kat mana2 post( kalau ada la), jangan ingat saya tak peduli ye..setiap komen amat dihargai!Nak tau betul ke tak, ce komen...hehe..Take care and assalammualaikum, luv u all!!!
Thursday, 1 May 2014
ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 30
Bunyi derap kasut tumit tinggi yang baru tiba di pintu menggamit perhatian
semua yang berada di bilik wardrobe itu.
“Hah!Sampai juga you.
Come!Cepat sikit..kejap lagi photoshoot dah nak start,” salah seorang jurumekap
yang berada di situ mengisyaratkan agar Risya yang sudah tercegat di muka pintu
mengambil tempat di sebuah kerusi yang masih lagi kosong.
Shasha yang turut berada
di situ pada pagi itu tidak mengendahkan kehadiran model tersebut. Who
Risya?Aku lagi terkenal dan popular ok!
“Kenapa you lambat
hah?Kalau ada hal pun tak boleh cakap dulu ke?Tengok Shasha..awal tau dia
datang.”
Salah seorang jurumekap
mula membebel sebaik Risya melabuhkan punggungnya di kerusi yang mengadap
cermin solek itu.
“Hei!Kau jangan nak
memekak pagi-pagi ni boleh tak?Buat je la kerja kau!Aku datang lambat ke awal
ke, bukannya kau yang bayar gaji aku kan?So, just shut up!.” Suara Risya
melengking di dalam bilik. Tergamam
terus jurumekap yang baru hendak memulakan perbualan itu. Huh!Biadab punya
model. Dia ingat dia terkenal sangat ke nak berlagak diva macam tu?Langsung tak
boleh nak ditegur.
Hana yang sedang memegang
sehelai dress hanya terkebil-kebil memerhati situasi yang sedang berlaku. Dress
Dolce & Gabbana Floral Print Babydoll itu terus ditatap. ‘Mood’ Risya yang
dipamerkan tadi membuatkan dia mula terasa serba-salah untuk menghampiri model
berkenaan untuk menyerahkan dress tersebut.
“Apa yang kau tunggu
lagi?Tadi sibuk sangatkan nak suruh aku cepat?Cepatlah!.” Desis Risya geram
apabila melihat jurumekap tersebut yang masih lagi memilih beberapa berus di
meja solek.
“Tak kan you nak pakai tu
je?Pergilah salin baju dulu!.” Tempelak jurusolek yang turut menahan emosi
dengan sikap Risya itu.
“Ei!Macam-macamlah!.”
Risya bingkas bangun. Memang kebiasaannya pun, setiap model akan mengenakan
dulu pakaian yang akan digayakan sebelum ditata rias. Cuma, dia yang tidak
berjaya mengawal emosi tadi apabila melihat Shasha yang turut berada di situ
sehingga terlupa untuk menyalin pakaiannya terlebih dahulu.
“Ini dressnya,” tutur Hana
sambil menghulurkan dress yang sepatutnya digayakan oleh Risya sebentar lagi.
“Ni lagi satu. Kalau buat
kerja, memang lembap. Kalau tak lembap, memang bukan kau lah kan?Kalau dah Ugly
tu, ugly jugalah jawabnya!.” Herdik Risya yang menyambar dress tersebut
daripada tangan Hana sebelum berlalu ke bilik persalinan.
Beberapa pasang mata terus
memerhati ke arah mereka berdua. Hana diam tidak berkutik. Biarlah. Entah angin
apa si Risya tu. Bukannya boleh dilayan sangat. Apa yang aku tahu, cukup bulan
ni, dah tiga bulan aku bekerja kat sini dan tempoh percubaan yang diberikan
akan tamat.
Hana tersenyum seorang
diri mengenangkan tempoh percubaan tiga bulan yang bakal berlalu. Selepas ini,
dia akan menjadi staf sepenuh masa dan bukannya lagi secara kontrak, di
syarikat penerbitan majalah Fabuloustar ini.
“Ai!You ni Hana..kena
marah pun senyum lagi?.” Suara jurumekap itu menarik pandangan mata Hana.
“Ala, dah biasalah
akak..tak kisah pun,” tukas Hana tersenyum terus.
Shasha yang sedang membelek isu lepas majalah Fabuloustar mula mengangkat
wajah dan menoleh ke belakang.
“Er..by the way honey, I
bukannya nak sibuk ke apa. Kenapa dia panggil you macam tu?You tak patut
biarkan dia panggil you macam tu. Everyone has their own beauty, right guys?.”
Shasha mengangkat kening kepada Hana.
“Dari dulu lagi memang dia
dah panggil macam tu pun. Lagipun tak kisahlah Cik Shasha, dia nak..”
“Kejap, kejap. Just call
me Shasha okay?.”
Hana tersenyum terus sebaik jari telunjuk model itu naik melentik sebagai
peringatan kepadanya. Betullah apa yang dikatakan oleh Jojo sebelum ini. Model
yang bernama Shasha ini memang baik. Tak macam Risya tu, huh!
“Tak kisahlah Shasha..dia
panggil macam tu bukannya nak luak apa pun. Tak rugi apa pun,” tukas Hana.
“I know honey..tapi dia tu
biadab!Ei!I tak bolehlah nak bayangkan kejap lagi nak buat photoshoot dengan
dia.” Shasha mencebikkan bibir.
“Ala..apa yang you nak
kisah?Yang penting you lagi glamour tau!.” Jurumekap yang terkena lempias emosi
Risya tadi mula menzahirkan pendapatnya.
Jojo yang muncul semula
setalah pergi ke tandas sekejap tadi, mula menghampiri Hana.
“Dia dah sampai?.”
“Dah, baru je. Tu..kat dalam tu tengah salin baju.” Hana menunjuk ke arah
bilik persalinan.
“Ok. Kalau you dah siap,
you keluar dulu Shasha. Bad dengan Imran pun dah tunggu tu. Kita ambil gambar
you dulu. Kejap lagi, bila Risya dah sudah, you suruh dia keluar ya, sayang.
Ok, come Shasha!.” Sempat lagi kau kan Jojo nak bersayang-sayang dengan Hana.
Depan semua orang pula tu.
Shasha yang bangun dari
kerusi sempat mengangkat kening kepada Hana sambil mengangguk-anggukkan
kepalanya.
“Oh..I tak tahu pula you
dengan Jojo!.” Bisiknya ketika melewati gadis itu sebelum berlalu keluar.
“Hah!Mana ada Cik Sha..tak
adalah!” Hana menafikan. Pandai-pandai je Shasha ni buat telahan sebegitu. Ni
semua Jojo punya pasallah ni. Sayang la, dear la, honey la, macam-macam!
Beberapa minit berlalu.
Risya yang siap menyarungkan dress itu mula melangkah keluar menuju ke bahagian
solekan. Beberapa pasang mata yang masih berada di situ, termasuk Hana hanya
memerhati tingkah laku model tersebut.
“Cepatlah!Aku dah siap
pakai pun, kau masih lagi kat situ?Kata jurumekap profesional!Iya la tu!” Risya
mencebikkan bibir apabila melihat keletah jurumekap yang sedang mencapai
sebatang berus itu.
Jurumekap itu hanya
mendiamkan diri. Biarlah. Kadang-kadang, apa yang dikatakan oleh Hana tadi ada
betulnya. Bukannya ada apa pun yang luak kalau hanya dengan kata-kata dari
perempuan macam Risya ini.
Lewat tengah hari, barulah
sesi fotografi yang dijalankan di studio berakhir. Masing-masing kelihatan
sibuk dengan urusan mengemas barang-barang tersendiri.
“Sayang, you nak minum?I
boleh ambikkan,” tegur Jojo kepada Hana yang sedang sibuk menyusun beberapa
gelang dan rantai di meja solek.
“Tak payalah Jojo. Kalau
saya nak, saya boleh ambik sendiri,” sahut Hana tanpa berpaling.
Jojo melepaskan keluhan
kecewa. Ai!Sibuk betul sampai langsung tak menoleh kat aku?Isy, tak suka ni!
Come on Jojo!Teruskan berusaha.
“Ala, tak pe la sayang. I
pun haus ni. I turun bawah belikan air untuk kita ya. Lagipun banyak benda kita
nak kena kemaskan, okay?”.
Hana mula menoleh ke arah
Jojo seraya menganggukkan kepala.
“Hah!Macam tu la. So, you nak minum apa?.”
“Hmm..mocha la.”
“Ok. I turun dulu, kejap lagi I bawa special mocha untuk you,” tutur Jojo
sambil mengenyitkan mata.
“Untuk dia je ke?Untuk I?”
satu suara yang mencelah menarik perhatian Jojo dan Hana. Kelihatan Shasha yang
sedang tersenyum kepada mereka sambil menghulurkan sehelai dress kepada Hana.
“Untuk you tak payah. I
nak beli untuk Hana je tau!” tukas Jojo sambil menjeling.
Shasha tertawa kecil melihat reaksi lelaki itu. Dia berlalu sambil mencapai
beg tangannya.
“Ok, I faham. Untunglah
you Hana ada pakwe macam Jojo ni. Caring lagi!”
“Tak la Cik Sha. Bukannya pakwe saya..”
“Ala kalau betul pun apa
salahnya, kan sayang?,” celah Jojo sebelum sempat Hana menghabiskan
kata-katanya.
Hana terjeda. Macam-macam
perangai si Jojo ni. Ada je la usikan dia tu.
Jojo dan Shasha mula berlalu keluar dari bilik wardrobe itu meninggalkan
Hana dengan kerjanya yang masih belum berakhir. Beberapa helai dress kembali
digantung ke rak termasuk dress yang digayakan oleh Shasha tadi.
“Macam ada yang kurang?,”
bisik Hana sambil terus mengira-ngira dress yang sudah tergantung di rak.
“Hei ugly!” Satu suara
membuatkan Hana menoleh.
“Nah!” Sehelai dress yang dicampak mengena tepat ke muka Hana. Dress yang
berwarna biru laut itu disambut sebelum jatuh ke lantai.
“Lembap kan kau buat
kerja?Kau tak terfikir ke nak berhenti?Bekerja pun bukannya pandai sangat. Aku
pun hairan macam mana kau boleh masuk kerja kat sini. Kau sedar tak yang kau tu
kg.dom?,” Risya terus membebel sambil tersenyum sinis.
Hana diam tidak berkutik.
Biarlah Risya nak cakap apa pun. Apa yang penting, hujung bulan nanti dia akan
menjadi staf tetap di syarikat ini. Sudahlah tu, bukannya setiap hari pun dia
akan jumpa si Risya ni. Hanya bila ada sesi fotografi saja.
“Hei, kau pekak eh?” Risya
geram apabila melihat Hana yang langsung tidak mengendahkannya.
Melihatkan Hana yang tidak
memberikan respon, Risya mula mencapai beg tangannya sebelum berlalu keluar
dari bilik wardrobe itu. Hana yang sedari tadi asyik menyusun dress-dress itu,
mula mengerling dengan ekor mata. Bibirnya menguntumkan senyuman apabila
kelibat Risya yang menghilang di sebalik pintu.
“Aduh!Sakit perutlah pula”
Hana memegang perut yang terasa pedih. Hana menjeling keadaan bilik yang sunyi
itu. Hanya dia sahaja yang berada di situ.
“Tak pe kalau aku tinggal
semua baju-baju ni kat sini?” Hana memerhati pakaian-pakaian yang terdapat di
situ. Perutnya yang kian memulas memaksa Hana membuang langkah menuju ke tandas
yang terletak di luar studio, di hujung bangunan.
Risya yang berada di depan
pintu lif menjeling sebaik melihat kelibat Hana yang bergegas menuju ke hujung
bangunan. Beberapa minit menunggu, pintu
lif terbuka dan kelihatan seorang lelaki yang keluar dari situ dengan membawa
beberapa helai pakaian.
“Eh!Risya. Jojo ada?,”
tegur lelaki itu.
“La..you ke rupa-rupanya.
Tadi I tak nampak pun Jojo. Baju baru ke ni?”
“Ya la. Baju untuk isu yang akan datang. Bos I yang
suruh hantar. Cantik tau!” Lelaki itu mula bercerita.
Risya yang mendapat idea
mula mengukirkan senyuman.
“So, apa kata kalau you
tinggalkan kat I?I boleh tolong pass kan kat Jojo,” Risya mula membuat tawaran.
Lelaki itu terdiam
sejenak. Nak tinggalkan kat Risya?Bosnya tadi sudah pesan, hanya tinggalkan
kepada Jojo atau pembantunya itu sahaja.
“Er..Hana?Dia ada?”
Risya mengecilkan pandangan matanya. Nampaknya pembantu kepada pereka
fesyen yang terkenal itu kelihatan berat hati untuk melepaskan pakaian-pakaian
tersebut kepadanya.
“La..Hana?You pun
kenal?Kawan I juga tu. Dulu kami belajar kat satu tempat. Jadi, you bagi je kat
I, kejap lagi I bagi kat dia. Dia pergi tandas kejap,” ujar Rina sambil
tersenyum terus.
“Oh!Ya ke korang pernah
belajar satu tempat?Kenapa tak cakap awal-awal you pun kenal Hana?Ni..semua ni
you tolong serahkan kat Hana ya,” tanpa bertangguh lelaki tersebut menyerahkan
semua pakaian yang sedang dipegangnya kepada Risya.
“Mesti, mesti..tak kan la
I nak buat apa-apa kat baju-baju yang cantik ni kan,” tukas Risya dalam
senyuman.
“Ya la. I gerak dulu la.
Banyak kerja lagi ni.”
Mata Risya menghantar pemergian lelaki tersebut yang mula melangkah masuk
ke dalam lif.
“Take care,” sempat Risya
mengucapkan kata-kata itu sebelum pintu lif tertutup sepenuhnya. Lelaki
tersebut hanya tersenyum.
“And I will take a
very-very good care of these clothes!”gumam Risya seraya menjeling ke arah
hujung bangunan di mana Hana yang masih belum menampakkan batang hidungnya
lagi.
################################################################
Datin Kamila memandang dua
orang perempuan yang duduk di depannya bersilih-ganti. Masing-masing menafikan
tanggungjawab mereka ke atas perkara yang telah berlaku.
“Percayalah Datin. Saya
tak buat semua tu!” salah seorang perempuan itu yang juga merupakan salah
seorang daripada pekerjanya membuka mulut.
“Habis tu, tak kan la saya
yang nak buat semua tu Datin?Tak masuk akal kan?” seorang lagi perempuan yang
berada di depannya turut membuka mulut.
Datin Kamila menghela
nafas panjang. Kejadian pada pagi ini belum pernah lagi berlaku di Fabuloustar.
Belum pernah!Dia yang merupakan pengasas kepada syarikat ini, juga bertindak
sebagai CEO pening kepala dengan apa yang baru saja terjadi. Cerita siapa yang
harus dipercayainya?
“Awak tahu kan Hana, hari
ni merupakan hari terakhir awak sebagai staf kontrak di sini?Dan hari ni juga
awak akan menerima surat perlantikan sebagai kakitangan tetap di sini,
seandainya awak tidak melanggar mana-mana terma di dalam kontrak dan itu
termasuklah mempunyai masalah disiplin selama mana awak bekerja di sini, awak
sedar semua tu Cik Hana Antasha?”
Suara Datin Kamila yang
menyeru nama penuhnya membuatkan debaran di dada Hana terus berdetak hebat.
Tidak berdaya bibirnya untuk menyahut kata-kata yang dilontarkan kepadanya itu.
Hanya kepalanya sahaja yang mampu mengangguk sebagai tanda jawapan.
Risya tersenyum sebaris.
Daripada nada yang lahir dari bibir CEO itu, rasanya dia sudah boleh mengagak
apa yang akan dilakukan kepada Hana, kakitangan sementara di syarikat itu.
“Belum pernah lagi
kejadian seumpama ini berlaku di sini. Saya pun pelik apa motifnya baju yang
dipinjamkan kepada syarikat ini untuk sesi fotografi, dirosakkan.”
“Itulah..tak kan la saya,
model yang nak menggayakan baju tu sanggup nak buat semua tu, betul tak Datin?”
“Habis tu, tak kan saya
yang langsung tak ada kaitan dengan baju tu nak buat semua tu?Apa motifnya?”
Hana turut bersuara. Kali ini, dia tidak ingin lagi kalah kepada Risya. Dia
akan mempertahankan dirinya. Ya!Dia akan buat macam tu.
Dia sendiri tidak
menyangka kejadian itu akan berlaku. Dia yang sibuk mencari kasut yang bakal
digayakan oleh Vanessa, tiba-tiba terkejut apabila mendengar jeritan daripada
Risya dari bilik persalinan.
“Macam mana baju ni boleh
koyak?!Macam mana I nak pakai kalau macam ni?Eii!!”
Sosok tubuh model itu yang
keluar dengan mengenakan baju yang sudah terkoyak di bahagian belakang, menarik
semua perhatian yang berada di situ. Sudah semestinya orang yang paling kaget
adalah Jojo.
“Macam mana boleh jadi
macam ni?!” Jojo yang bernada risau terus meluru ke arah Risya untuk membelek
bahagian yang sudah pun rosak. Dress labuh dari kain sifon itu yang direka oleh
pereka tempatan, jelas menampakkan bahagian yang tercela di belakang Risya.
“Macam mana boleh jadi
macam ni?You tanya I?Bukan ke semua ni sepatutnya menjadi kerja dan
tanggungjawab you untuk jaga semua baju-baju ni?,” tukas Risya tidak berpuas
hati.
“I tahulah kerja I. Waktu
I terima semuanya ok. Sebab tu yang I hairan macam mana pagi ni boleh rosak.”
“Ok?Ada you periksa
betul-betul waktu you terima?Ada?”
Soalan Risya membuatkan Jojo terdiam sejenak. Dua minggu lepas, sewaktu dia
melihat dress yang disimpan rapi di dalam sarung pakaian yang berzip itu,
memang keadaannya masih elok lagi. Cuma, dia akui dia tidak periksa betul-betul
di bahagian belakang dress itu. Lagipun, pakaian-pakaian yang disimpan di dalam
sarung itu semuanya baru sampai. Mustahillah akan rosak. Hanya dia dan Hana
yang menjaga pakaian-pakaian tersebut.
“Memang kau ada motif,”
suara Risya menarik perhatian Hana yang tersasar apabila mengulang tayang
kembali apa yang baru saja terjadi di dalam minda.
Wajah Hana berkerut saat
menoleh kepada model itu yang sedang duduk di sebelahnya. Datin Kamila
mengangkat kening kepada model itu.
“Motifnya?”
“Sebabnya Datin,
er..bukanlah saya nak ungkit balik cerita lama kan tapi dulu dia ni dengan saya
pernah belajar di satu tempat yang sama,” Risya memulakan cerita. Kelihatan
Datin Kamila mengangguk-anggukkan kepalanya. Hana diam tidak berkutik.
“Dulu tu saya pernahlah
minta dia tolong saya buatkan tugasan tapi entah macam mana, markah saya lebih
tinggi dari markah dia. Hana ni apa lagi, memang tak puas hatilah. Padahal dia
cuma tolong apa yang saya tak faham je. Bukannya dia yang buat tugasan tu.
Sejak hari tu, memang dia berdendam dengan saya. Baru-baru ni pun, bila dapat
tahu saya buat phooshoot kat sini, dia memang tak puas hati. Jadi, saya rasa dia
saja nak sabotaj saya hari ni. Sebabnya, tak kan la saya sendiri nak sabotaj
baju yang saya nak pakai, kan?Betul tak Datin?”
Kolam mata yang tadinya
hanya digenangi air mula melimpahkan titisan-titisan jernih itu di pipi Hana.
Kenapa Risya sanggup berbohong?Apa yang dia dapat dengan mereka-reka cerita
sebegitu?
“Saya tak buat
Datin!Percayalah. Kenapa saya nak buat semua tu?Selama saya bekerja kat sini,
tak pernah pun ada sehelai baju yang rosak. Tak pernah pun ada mana-mana kasut,
aksesori yang hilang. Semuanya dalam keadaan yang baik. Kenapa pula hari ni,
hari yang penting untuk saya, saya nak buat macam tu?”
“Sebab dendam. Kau memang
berdendam dengan aku kan?Jadi, hari ni hari apa sekali pun, mesti kau dah tak
kisah. Kalau pereka tu jaja kisah ni kat satu KL, ada kau kisah kalau imej
syarikat ni tercemar?”
Pendapat Risya menarik
pandangan mata Datin Kamila yang tadinya jatuh kepada wajah Hana. Wajah gadis
itu begitu polos. Susah pula untuk dia percaya gadis itu punca kepada ‘drama’
yang berlaku pada pagi ini. Apa yang dia tahu, satu tindakan harus diambil
untuk apa yang telah berlaku.
“Sebenarnya saya rasa Jojo
pun seharusnya turut bertanggung jawab ke atas perkara ni,” luah Datin Kamila
sambil memandang kedua-dua orang perempuan itu.
Hana mengetap bibir.
Jojo?Tidak!Lelaki itu tidak bersalah. Dia tahu apa yang berlaku adalah hasil
kerja Risya. Terasa dirinya kini seakan-akan berada di dalam Dewan Mini,
berhadapan dengan satu perkara yang bukan dilakukan olehnya.
“Jojo?Kenapa pula Datin
nak libatkan dia?Bukannya dia yang bersalah,” luah Risya selamba sambil
memerhatikan kuku tangannya yang dihiasi warna merah jambu itu.
“Ya la. Sebab dia yang in
charge di dalam hal ni. Hana ni cuma pembantu je,” tukas Datin Kamila.
Risya menjeling sekilas ke
arah Hana yang sedang menunduk sebelum membuka mulut.
“Walaupun Jojo yang in
charge, Datin tapi semua baju-baju tu saya serahkan kat dia ni, petang tu.
Jadi, saya rasa tak patut kalau kita nak libatkan Jojo sekali dalam hal ni.
Macam yang saya katakan tadi, kalau Jojo periksa betul-betul sekalipun, tapi
kalau dah perempuan ni memang dah plan semua ni nak sabotaj saya, dia la yang
kena bertanggung jawab!”
Hana mengetap bibir. Jojo,
lelaki itu baik. Lelaki yang banyak membantunya. Lelaki yang selalu
mengusiknya. Dia banyak menimba ilmu fesyen daripada lelaki itu. Lelaki yang
juga kawan baik kepada kawan baiknya sendiri, Ika. Kenapa dia harus libatkan
Jojo di antara ‘urusannya’ dengan Risya?Sudah bertahun Jojo bekerja di situ.
“Saya..saya..” suara Hana
mula tersekat-sekat. Dia akui, dia sudah mula menyayangi kerjanya. Kerja yang
pada asalnya, dia tidak inginkan.
Risya sudah mula bersorak
di dalam hati. Come on!Say it!
“Saya akan
bertanggungjawab, Datin. Saya akan berhenti tapi tolong jangan libatkan Jojo.
Dia tak tahu apa-apa,” luah Hana sebak. Air mata yang masih bersisa di pipi,
diseka dengan tapak tangan.
Datin Kamila menganggukkan
kepala tanda bersetuju apabila mendengar kata-kata kakitangan sementaranya itu.
Risya menguntumkan senyuman. Ada hati nak lawan cakapnya dengan Erin dulu
tu?Nah!Sekarang, rasakan pengajaran yang baru ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)