14
Aku mengeluarkan buku
rujukan Bahasa Inggeris daripada beg sekolah. Tak sia-sia aku membawanya ke
sekolah pada hari ini kerana masa yang sepatutnya diisi dengan pelajaran
kegemaranku, Bahasa Melayu terluang begitu sahaja apabila Cikgu Mokhtar tidak
hadir.
“Awak buat apa tu?,” Aisyah mencuit lenganku.
“Ni..buku yang saya pinjam semalam tu. Ingat nak buat latihan sikit. Awak?,”
aku melirik beberapa buah buku yang berada di atas mejanya.
“O..ni buku Matematik.
Ingat nak buat latihan juga. Pasal tajuk Persamaan Serentak tu,” dia
mengeluarkan pula kalkulator daripada beg sekolahnya.
“Eh!Hari ni tak ada Matematik kan?,” aku cuak apabila terfikir kemungkinan
aku tersilap jadual.
“Memang la tak ada. Sama
la macam awak. Bawa buku BI tu. Bukannya ada pun dalam jadual kan hari ni?.”
Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala.
“Betul, betul. Kalut tadi,”
aku tersengih.
Keadaan kelas yang tidak bising membuatkan kelas aku jarang mendapat guru
ganti, baik untuk mengajar subjek yang ditinggalkan oleh guru tersebut mahupun
sekadar untuk menjaga kelas.
Kadang-kadang saja guru
yang mengajar kelas-kelas yang berdekatan akan menjengah bertanyakan mengapa
kelas ini kosong tanpa gurunya. Waktu tu, barulah seisi kelas akan mengetahui
masalah yang dihadapi oleh guru yang terbabit.
Misalnya, pada pagi ni,
kelas BM yang ditinggalkan oleh Cikgu Mokhtar kerana dia tidak sihat. Mujur
juga, Cikgu Zahri yang mengajar di kelas 5 K1 dan sama waktu mengajarnya dengan
Cikgu Mokhtar, datang menyinggah dan memaklumkan kepada kami.
Sedikit sebanyak ini memudahkan kerja Zaim, selaku ketua
kelas agar tak perlu dia pergi ke pejabat untuk bertanyakan mengenai
ketidakhadiran Cikgu Mokhtar.
“Aisyah..,” aku memanggilnya yang begitu tekun mengadap buku.
Dia memandangku.
“Ni..saya beli tadi. Yang pakcik tu sedekah pun ada. Rehat nanti kita makan
sama-sama,” aku menarik keluar plastik yang berada di dalam laci meja.
“Banyaknya...nasi pun ada?,”
Aisyah tersenyum.
“Nasi..karipap pun ada. Donat, saya punya la.”
Aisyah ketawa.
“Sshh!!,” aku memberikan isyarat. Keadaan kelas yang tenang pastinya
membuatkan ketawa Aisyah itu jelas kedengaran.
“Ada la tu...,” Amin yang
mengusik dari belakang menarik perhatian kami berdua.
“Biarlah...,” Aisyah menjeling.
“Tak nak kongsi dengan
kami ke?,” Fauziah yang memegang pen itu turut memandang.
Sudah!Hal yang tak sebesar mana pula menarik perhatian seluruh kelas.
“Ala..tak ada apa-apa pun,”
Aisyah tersenyum memandang aku.
Aku mencapai semula pen dan mengadapkan semula pandangan kepada buku yang
berada di atas meja.
“Lepas makan nanti, saya
nak pergi koperasi. Lama pula rasanya tak singgah kat situ,” Aisyah mencuitku.
Kali ini suaranya lebih perlahan berbanding tadi.
“Ok..saya pula ingat nak jumpa ustaz,” aku memaklumnya mengenai rancangan
yang bermain di fikiran.
“Ustaz?Nak buat apa?,” dia
bertanya sambil tangannya sesekali sibuk menekan kalkulator.
“Em..saja. Awak tau kan saya kan suka membaca. Mana la tahu kalau-kalau
ustaz ada buku yang menarik. Jadi, saya ingat nak minta pinjam. Agak-agak, dia
bagi tak?,” aku meminta pandangan Aisyah.
“Pinjam?Dapat pun!.”
Aku berhenti menulis.
“Dapat?Dapat apa?.”
“Ni..jawapan soalan nombor
13 ni,” dia tersenyum. Puas hati melihat hasil kerjanya sendiri.
“Saya tanya yang lain la tadi..,” aku mengetuk pen di lengannya.
“O..pasal buku
tu?Em..mungkin la. Kan buku-buku ni macam barang peribadi juga. Kalau la ustaz
sayang, tak kan dia nak bagi. Betul tak?.”
Aku terdiam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Aisyah itu.
Niat aku yang dah lama aku
pendamkan untuk bertemu dengan ustaz Syukri dan meminta kebenarannya untuk
meminjam mana-mana buku miliknya yang berkaitan dengan makhluk-makhluk ciptaan
Allah ni, seakan-akan tak akan tercapai.
“Kenapa?Penting ke awak
nak pinjam buku-buku tu?.”
Aku tersenyum memandangnya.
“Tak la betul-betul
penting. Cuma, kalau dah ada tu, boleh juga menambah ilmu. Boleh juga saya baca
waktu-waktu lapang kat rumah tu,” aku meneruskan kerja yang tergendala.
“Rajin awak Lida. Kalau
saya nak habiskan satu-satu buku ke, novel ke..lambat..tak macam awak.”
“Ala..dah minat. Apa pun boleh, ya tak?.”
“Betul sangat-sangat.
Habis tu, jadi tak awak nak jumpa ustaz?.”
“Entah la. Tengok la dulu. Lagipun....”
“Nak jumpa ustaz?Nak buat
apa?,” suara yang mencelah mematikan kata-kataku.
Aku memandang Fakri yang datang sambil membawa sebuah kerusi. Dia
meletakkan kerusinya di hadapan meja aku dan juga Aisyah.
Aku memandang Aisyah yang
juga memandang aku. Tak pasal-pasal, heboh pula kes aku nak berjumpa dengan
ustaz untuk meminjam bukunya!
“A..ya la. Kalau jumpa tu boleh juga tanya topik-topik yang lepas tu. Bab
sembelih ke, haji ke..,” Aisyah memandang aku.
Wah!Lancar juga Aisyah
menuturkan idea yang tak terlintas di benakku.
“O..macam tu ke. Ingat nak buat apa tadi. Bila nak jumpa?Ok juga tu. Boleh
juga saya ikut,” Fakri meletakkan buku rujukan Sejarah di atas meja.
Sekali lagi aku
berpandangan dengan Aisyah.
“Nak ikut?Pergi la ajak si Khairul ke.. tak pun Asyraf tu. Kami pun..a..bukannya
tentu lagi nak jumpa ke tak. Kan Lida?,” Aisyah menyiku lenganku.
“A..betul tu,” aku hanya
mengiyakan Aisyah yang menolong aku.
“La..ingatkan nak jumpa hari ni. Eh!Ni macam buku baru je?,” Fakri mencapai
buku rujukan Bahasa Inggeris aku.
Fuh!Selamat kali ni. Aku
memandang Aisyah yang tersenyum kepadaku.
Mujur juga buku rujukan yang baru itu berjaya mengalihkan perhatian si
Fakri ni!
**********************************************************************
Selesai mata pelajaran
Sejarah, aku memicit-micit jari yang lenguh kerana menyalin nota-nota yang
diberikan oleh cikgu. Aku cuba membaca kembali nota-nota yang dicatatkan di
atas kertas yang aku bawa dari rumah.
“Tengok..dah macam cacing,”
aku mencuit Aisyah yang mengemas mejanya.
“Mana?Yang ni?,” dia menarik kertas-kertas yang penuh dengan tulisanku yang
berubah-ubah.
“Bukan yang tu je. Ni
pun..,” aku menunjukkan lagi.
“Semua la!,” aku membetulkan tudung.
“Ya la. Macam cacing. Ke
lintah?,” Aisyah ketawa.
Aku yang pada mulanya terkejut dengan jawapannya, turut ketawa.
“Tak patut la awak ni. Ada
ke macam lintah?Geli la!,” aku menampar bahunya.
“Ya la. Dah awak cakap macam cacing, saya kena la fikirkan haiwan lain,”
ketawanya masih lagi bersisa.
“Nah..pilih je yang mana
awak nak,” aku menarik keluar plastik yang berisi juadah makan tengah hari
kami.
“Saya bawa yang ni..,” Aisyah mengeluarkan satu bekas daripada begnya.
“Nasi goreng?,” aku
bertanya.
“Ya. Telur goreng pun ada sekali ni,” dia membuka bekas penutupnya
membuatkan aromanya dapat dihidu.
“Wanginya!Ni best ni!,”
aku memandang nasi gorengnya yang memang menjadi kegemaranku.
“Kita ni dah terbalik kan?,” Aisyah menghulurkan botol airnya yang berisi
air kosong itu.
“Terbalik?Maksudnya?,” aku
mencapai botol tersebut untuk menggunakan airnya mencuci tangan dengan
menjadikan plastik sebagai tadahan agar air tersebut tak tertumpah.
“Ya la. Saya sukakan nasi
lemak awak. Sandwich lagi..tapi awak sukakan nasi goreng saya ni,” dia menolah
bekasnya agar dekat kepadaku.
“Dah sedap!,” aku tersengih.
“Agaknya sebab kita dah
biasa tukar-tukar makanan kan?,” dia bertanya lagi.
Aku mendiamkan diri memikirkan sesuatu.
“Dari tingkatan 1 kan?,”
aku memandangnya.
Aisyah menganggukkan kepala sambil tersenyum.
“Dah nak masuk lima tahun.
Sekejap je kan?,” dia mengunyah sebiji karipap yang berada di tangannya.
Aku mendapat idea untuk mengusiknya yang selalu mempunyai akal untuk
mengenakanku.
“Ya ke sekejap?Saya rasa
macam dah berabad!,” aku mencapai sudu yang diletakkan di atas penutup bekas
yang berisi nasi goreng.
Aisyah yang terkejut dengan jawapan aku terus tersedak.
“Nah..minum. Tu la..lain
kali jangan gelojoh!,” aku menghulurkan botol air yang berisi air teh
kepadanya.
Aku menolong menepuk-nepuk belakangnya.
“Ni..tak nak ke?Nanti
habis saya makan,” aku terus menyudu lagi nasi gorengnya yang memang sedap.
“Saya dah selalu makan. Memang saya bawa kat awak pun,” dia mengetap
bibirnya. Agaknya menaahan geram usikan aku tadi.
“Hehe..sedap!,” aku
menyuap lagi ke dalam mulut dan Aisyah mula membuka balutan nasi lemak Makcik
Zabedah yang harum tu.
“Nak
pergi jumpa ustaz tak?Kalau nak saya boleh temankan tapi kena pergi koperasi
dulu la. Nak singgah jumpa Devi.”
Aku mengelap meja dengan tisu.
“Malas la. Nanti-nanti la
saya pergi. Lagipun tak ingat apa yang Fakri cakap tadi?.”
Aisyah mengerutkan dahinya.
“Tadi tu..kan dia pun nak jumpa ustaz. Nanti tak pasal-pasal pula
bertembung dengan dia hari ni. Baik saya pergi hari lain,” aku menerangkan
kepada Aisyah yang tak faham dengan soalan aku tadi.
“O..macam tu. Betul juga
kan?Nanti benda yang kecik tu pun boleh jadi kecoh,” Aisyah yang faham dengan
sikapku turut bersetuju.
“Kalau macam tu saya jalan dulu la. Nak pesan apa-apa tak ni?Pen ke, pensil
ke...”
“Tak. Semua dah ada,” aku
terus mengelap meja yang bersisa dengan makanan tengah hari kami. Biarpun hanya
serdak-serdak karipap dan gula daripada donat, aku selesa untuk memastikannya
betul-betul bersih.
“Ok la. Saya jalan dulu.
Betul ni tak pesan apa-apa?,” sekali lagi Aisyah bertanya.
“Ya. Betul la. Pergi la cepat. Dah nak habis masa ni,” aku mengingatkannya
waktu rehat yang hanya tinggal lebih kurang 10 minit.
“Sempat lagi.
Assalammualaikum. Jangan lupa tolong buang plastik tu,” dia menunjukkan kepada
plastik yangberada di atas mejanya.
Belum sempat aku nak menjawab, dia sudah menghilang.
Aku terus mengelap meja dengan tisu-tisu untuk
memastikannya betul-betul bersih. Aku melihat beg plastik yang masih berisi 3
biji kuih donat dan sebiji nasi lemak yang berbaki.
“Sayangnya. Rugi macam ni,”
aku mengeluh. 3 biji kuih yang tak mampu aku habiskan seperti selalu kerana
kebiasaannya aku berkongsi dengan Aisyah tapi aku tak menyangka pula yang
Aisyah sendiri membawa nasi goreng untukku. Aisyah sendiri hanya mampu
menghabiskan sebiji nasi lemak.
Mujur la kuih karipap yang berbaki itu dibawa Aisyah
kepada Devi yang bertugas di koperasi. Kuih donat dan nasi lemak yang aku suruh
untuk dibawa bersama ditolak oleh Aisyah kerana Devi kurang menggemarinya.
“Assalammualaikum,” suara yang menegur membuatkan tanganku berhenti dari
terus mengelap meja.
“Waalaikummussalam.
Fakri..dari mana?,” aku bertanya melihatnya yang sedikit mengah.
“Sana..perpustakaan,” dia menarik nafas.
“Tak makan lagi ke?,” dia
mengerling beg plastik yang berada di atas mejaku.
“Dah..tadi saya makan dengan Aisyah,” aku keberatan untuk mempelawa
kepadanya kerana tak mahu Fakri tersalah anggap, aku mempelawa bekas sisaku dan
Aisyah, biarpun belum bersentuh lagi.
“Awak..dah makan?,” aku
memandangnya.
“Belum. Tadi leka sangat kat perpustkaan tu. Tengok buku-buku baru. Dapat
la yang ni,” dia menunjukkan kepada sebuah buku rujukan Sejarah yang berada di
tangannya.
“Fakri..awak jangan salah
faham. Ni semua elok lagi. Kalau awak sudi...”
“Betul ke?Alhamdulillah. Ada juga rezeki saya hari ni. Boleh ke?,” dia
bertanya lagi.
Aku mengangguk sambil
menghulurkan beg plastik itu kepadanya.
“Memang saya lapar pun. Terima kasih ya!,” dia tersenyum sambil
menyambutnya.
**************************************************************************8
“Ok la Lida. Bas dah
datang tu. Saya pergi dulu,” Aisyah mencapai begnya untuk digalas.
“Tu..,” aku menujukkan kepada tudungnya.
“Dah ok?,” Aisyah bertanya
sebaik membetulkan tudungnya yang sedikit senget selepas menggalas beg
sekolahnya.
“Dah. Cantik pun,” aku tersenyum apabila Aisyah mengacukan cubitannya
kepadaku.
“Hati-hati,” aku berpesan
kepadanya.
“Awak pun. Jangan balik lambat sangat,” dia melambai sebelum berlalu.
Aku melihat jam di tangan.
Hampir ke pukul 2.20.
“Mikhael,” aku tersenyum apabila teringatkan peristiwa pagi tadi. Bagaimana
lembut suaranya yang meminta maaf. Ditambah dengan senyumannya tu!Tak mampu aku
nak terus untuk tidak menghiraukannya.
“Lida...”
Aku menoleh ke belakang.
“Dah nak balik ke?,” Fakri
yang berdiri di belakangku bertanya.
“A..tak la. Nak balik..maksud saya dalam 10 minit lagi.”
“Boleh saya duduk?,” dia
sudah pun mengambil tempat Aisyah di sisiku.
Aku mengerlingnya sekali imbas. Namun, pandangan mata Nadirah yang duduk
sebaris denganku lebih jelas di pandangan mataku.
“Kenapa?,” aku terus
mengemas buku Matematik Tambahan yang menjadi subjek terakhir pada hari ni.
“Saja..selalu awak balik lewat. Ingatkan nak belajar sama-sama dengan awak,”
dia meletakkan sebuah buku rujukan Bahasa Inggeris di atas meja. Buku yang sama
seperti dipinjam oleh aku dari perpustakaan.
“Tadi..saya namapak awak buat latihan tu. Sebab tu saya
pun pinjam buku ni. Awak dah ada buku Sejarah?Kalau nak, boleh kita kongsi buku
yang saya pinjam tu. Buku baru, mesti lagi lengkap.”
“Tak apalah Fakri. Saya
dah ada. Terima kasih,” aku memasukkan buku latihan Matematik Tambahan ke dalam
beg. Wajah Mikhael lebih mengambil tempat di ruang fikiranku sekarang.
“Dah nak balik ke?.”
Aku mengangguk sambil mengerling Fakri yang berada di sisi kiriku. Aku
perasan pandangan Nadirah yang sesekali dilemparkannya ke arah kami berdua.
“Lida..,” aku membetulkan
tali beg yang sudah berada di belakang sebelum menoleh kepada Fakri.
“Terima kasih sebab nasi lemak dengan kuih tu. Saya makan dengan Asyraf.
Sedap nasi dengan donat tu,” Fakri menujukkan di belakang, tempatnya dengan
Asyraf.
“Baguslah awak dengan
Asyraf suka,” aku tersenyum mengenangkan rezeki yang tak dibazirkan tu.
“Saya balik dulu. Jangan lupa nanti, awak dengan Asyraf kunci pintu,” aku
mengingatkan tugasan yang kadang-kala turut menjadi tugasan aku.
“Baiklah. Awak hati-hati
naik basikal tu,” Fakri mengangguk kepalanya sebelum aku melangkah pergi.
Aku sempat memandang Nadirah yang menjeling. Apa yang tak kena dengannya?
nak bab seterusnya, kak! :)
ReplyDelete