Khausar, seorang penuntut kolej di sebuah pekan kecil. Bersahabat dengan
Cecila, Denia dan Pijat yang sering membantu. Namun, harapannya hanya satu. Dia
ingin kembali ke Jannatul Naem. Bekerja dengan En. West pun kena pecat. Menyewa
bilik Makcik Rita pula kena halau.
Istifan, merupakan seorang penyanyi terkenal. Hidupnya
biasa bersulamkan kemewahan dan mempunyai ramai pekerja. Minuman kegemaran,
mestilah kapucino!Minuman itu jugalah yang membawa dirinya ke Siputeh. Tempat yang memaut hatinya.
Sekurang-kurangnya, tidak ada Ruby di situ!
Kerana segelas kapucino,
Khausar dan Istifan ditakdirkan bertemu.
“Saya yang beli rumah ni. Macam mana
boleh jadi rumah awak pula?”, Istifan cuba mengawal dirinya.
“Kalau macam tu awak tahu la berapa
bilik yang ada kat sini?” Khausar bertanya. Sengaja ingin melihat respons
yang bakal diterimanya.
Bila dah bertemu dan suka,
Istifan mula melamar.
“Kalau saya cakap
er..tak?” Duga Khausar.
“Saya terima dan
nampaknya terpaksalah saya terus goda awak setiap hari,” selamba Istifan
menyahut.
Hari-hari
yang dilalui bersama Mr. Kapucino mula membuatkan Khausar jatuh hati. Bila
sudah bahagia, Istifan lupa akan dirinya lalu memilih Ruby! Lalu, bolehkah dia
bersatu semula dengan oppanya?
Insya Allah, ada rezeki akan terbit under Penerbitan Fajar Pakeer..apa pendapat korang tentang sinopsis ni?
Best sinopsis dia.
ReplyDelete