Saturday 26 July 2014

AQUARIUS & TAURUS

Khas untuk Asyu and Miss Imaginative yang bernaung di bawah zodiak Aquarius dan juga Taurus ;-)


AQUARIUS: YANG RASIONAL


Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia. 

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana. 


Kualiti Astrologi 

Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan SCORPIO. 

AQUARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN 

Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara. Anda memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk badan.Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ‘ratu dapur'. Walaupun semacam dingin dan individu, namun Aquarius setia orangnya ! 

Teman atau kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah Aries (21 Mac – 20 April ) dan Gemini (21 Mei - 20 Jun). Walau bagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Virgo ( 22 Ogos – 22 September ).

Aries merupakan pendamping yang sesuai bagi Aquarius. Semangat Aries yang tinggi untuk menambah ilmu menarik perhatian Aquarius. Aries sebaliknya menyenangi sikap Aquarius yang terbuka.Gemini pula mempunyai persamaan dengan Aquarius. Kedua – duanya memandang daya intelektual bukannya rupa dan tubuh badan semata – mata. Keinginan Aquarius memburu kerjaya turut disenangi oleh Gemini.

Oleh sebab Aquarius bersikap dingin, anda sukar berdamping dengan Capricorn yang sikapnya tertutup. Namun begitu, anda berdua sama – sama cerdas dan memendam rasa. Seterusnya, anda mungkin kurang sesuai berdamping dengan Virgo. Hidup anda menjadi kaku dan mendatar apabila berpasangan denganVirgo yang serius.


AQUARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerja sama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekreatifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun. 

Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.

Dari segi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap balasan atau sanjungan. Aquarius memerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi 

AQUARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil. Namun , anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan.

Demi keharmonian rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan dan kauliti. Di samping mengutamakan daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan keluarga. 







TAURUS : YANG SETIA

Ciri Positif 

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan bernaung di bawah zodiak TAURUS, yang berlambang Lembu Jantan. Dengan yang demikian, Taurus mengutamakan kekayaan, ketinggian rohaniah, kaut daya rasa, kesetiaan, gemar berpeleseran, kesuburan, terlalu praktis, murah rezeki dan ketabahan . 

Ciri Negatif 

Walau bagaimana pun , ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan , terlalu mengongkong, keras hati , suka menurut rasa hati dan buntu fikiran .

Kualiti Astrologi 

Taurus termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, daya ketabahan, daya ketahanan, dan daya kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah AQUARIUS, LEO dan SCORPIO. 

TAURUS : GELAGAT PERHUBUNGAN 

Taurus sangat berhati – hati memilih kawan , sahabat lebih – lebih lagi kekasih , sehingga menjadi seorang yang sangat pemilih. Walau bagaimana pun , sebaik – baiksahaja mendapat pendamping yang serasi , Taurus akan menjaga perhubungan itu supaya tetap berpanjangan. 

Taurus mudah mesra , setia pada kekasih , bersikap melindungi , tetapi sifat ini juga bermakna mengongkong. Taurus suka tinggal di rumah , suka menghabiskan masa bersama keluarga daripada berpeleseran. Pendamping yang diidamkan Taurus adalah seorang yang setia dan memberi perhatian penuh padanya . Ini bermakna Taurus sangat bergantung pada pasangannya. 

CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September ) adalah pasangan yang ideal bagi Taurus . Walau bagaimana pun, Taurus perlu berhati – hati apabila berpasangan dengan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) atau GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun) .

Cancer memang pendamping tepat bagi Taurus . Keperibadian Cancer yang matang dan tidak berubah – ubah sesuai dengan cita rasa Taurus . Lagi pun , Cancer mempunyai pandangan yang konservatif ( kolot ) seperti anda. Sikap Virgo yang tenang dan agak kolot juga sesuai bagi Taurus. 

Pasangan Taurus – Aries mungkin tidak sesuai . Ini kerana , Aries bercita – cita tinggi, lincah dan terbuka berbanding dengan Taurus yang tenang tetapi matang . Gemini juga bukan pasangan ideal bagi Taurus . Sifat Gemini yang mudah berubah – ubah boleh menyebabkan Taurus mudah berasa kecewa. 


TAURUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Dalam hal pekerjaan , Taurus sangat rajin , tekun , cermat , cerewet , kreatif dan mementingkan ‘ deadline ‘ ( tempoh siap ). Semua ciri ini menguntungkan sebarang majikan atau organisasi. Namun , Taurus sangat inginkan bosnya serajin dan sekreatif seperti dirinya. Anda menghormati orang mempunyai kesedaran meluas dalam hal ehwal kemasyarakatan dan politik. 

Dalam perniagaan Taurus cukup pintar atau licik . Anda tidak pernah bersikap malas , tetapi berasa seronok bekerja dan mengharapkan hasil yang memuaskan . Taurus kurang gemar menanggung risiko yang tidak perlu dan dengan yang demikian anda berhasil menduduki taraf ketua seperti pengurus atau penyelia. 

Kemahiran pengurusan diperkukuh oleh bakat semula jadi Taurus pada pengurusan dan pengendalian yang terperincidengan penuh kesabaran dan keterlibatan. Taurus juga mampu memperlihatkan hasil yang baik dalam perkebunan dan pertanian. Secara umumnya , orang Taurus akan memilih wang ringgit dan kekuasaan daripada prestij atau pengiktirafan orang awam . Justeru itu , Taurus hanya akan mengejar prestij dan kemegahan sekiranya ia dapat memberi kesan langsung kepada wang ringgitnya ! 

Kekayaan bagi Taurus , adalah kesenangan dan keselamatan . Kekayaan adalah kestabilan . Dan Taurus hanya akan berasa mempunyai kekayaan kalau dia dapat melihat dan merasanya!Sehubungan dengan itu , Taurus cemerlang dalam agensi perladangan dan pertanian. Dalam usaha mencapai tujuan ini , Taurus perlu mengembangkan kebolehan intelektual dan komunikasi. Namun , sikap bertolak ansur selalu diperlukan untuk memastikan kejayaan Taurus. 

TAURUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Rumah dan keluarga merupakan dua ‘ harta ‘ ( aset ) dan tanggungjawab adalah perkara yang sangat penting bagi Taurus. Orang kelahiran Taurus memang sayangkan anak – anak . Untuk kelengkapan rumah , orang Taurus gemar membeli perabot dan perhiasan untuk keselesaan. Rumah bukan untuk tempat tinggal semata – matatetapi tempat untuk kreativiti dan hiburan . Oleh sebab itu, semua alat dan perabot sentiasa tersusun dan bersih. 


Semakin tua , Taurus gemar tinggal di rumah , terutama rumah yang jauh dari kebisingan. Taurus memang sukakan tanah tempat tumpah darah apabila menjelang hari tua. Taurus memang penyayang tetapi agak tegas pada anak – anak . Segala – galanya disediakan dan diawasi demi kebajikan dan kebaikan mereka . Bagi Taurus , kasih sayang bukan diucap tetapi dipraktiskan. Walau bagaimana pun , Taurus tidak menyenangi kebisingan oleh kanak – kanak. 

So, macam mana?Ada ke kebenarannya?Hehe..selalunya sedikit sebanyak mesti ada kan, kan?So, Miss2 Aqua and Miss Taurus kalau ada yang terbaca ni, jangan lupa komen ye;-)

1 comment:

  1. memang benar! Miss ni jenis yg setia! :) hehe.. tq akak!

    ReplyDelete

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!