13
Selesai sembahyang Subuh,
aku mengemaskan kain telekung dan sejadah. Sesekali aku mengerling beg sekolah
yang sudah dipenuhkan oleh buku-buku mengikut jadual yang terlekat di atas meja
tulisku. Aku tersenyum, berpuas hati setelah aku sendiri yang melakukan semua
tu.
Bukan seperti pagi-pagi
tempoh hari di mana “dia” yang tolong mengemaskan buku-buku aku yang bersepah
di atas katil. Malah, “dia” juga yang memasukkannya ke dalam beg sekolahku.
Selesai mengikat rambut,
aku memakai kain tudung. Aku tunduk untuk mengambil tanda nama yang terlepas
dari pegangan tangan untuk dipinkan semula di tudung. Sebaik aku mendongak memandang
cermin yang berada di depan, mataku pantas melihat susuk seseorang di birai
katilku.
“Siapa tu?!,” aku memusing ke belakang.
Aku fikir pagi ni akan
kembali normal seperti biasa tanpa kehadiran “dia” tapi nampaknya tidak juga.
Aku yakin mataku tak tersilap pandang di cermin tadi. Kelibat seseorang yang
sedang duduk di birai katil, di belakangku terpantul di dalam cermin. Biarpun
tak jelas dan aku sendiri tak dapat melihat wajahnya. Hanya seperti
bayang-bayang yang bentuk fizikalnya seperti manusia juga.
“Siapa awak?,” aku
bertanya perlahan sambil memandang cermin. Kosong. Hanya aku dan barang-barang
yang berada di dalam bilik ni kelihatan di dalam cermin. Tiada lagi kelibatnya
seperti tadi.
Apakah dia sengaja hendak
mempermainkan aku?Kadang-kadang dia menampakkan dirinya dan kemudiannya dia
menghilangkan diri selepas tu?Apa yang dia nak sebenarnya?Aku betul-betul tak
faham setiap kali memikirkan perkara yang tidak ada jawapannya ini.
Pagi, petang, malam, di
sekolah malah di rumah. “Dia” ada di mana-mana saja. Pendek kata, di mana aku
berada, di situ juga dia akan berada. Di dalam kelas pun, dia juga turut berada
di situ.
Aku melangkah mengambil
tempat di kerusiku. Surat khabar yang elok terletak di situ, aku capai. Aku
perasan ada sesuatu yang tidak kena di meja belajarku pada pagi ni.
“Em..apa lagi ni?,” aku memerhati di atas meja. Mug yang masih bersisa
dengan air teh masih di situ bersama-sama dengan balang yang tiba-tiba “muncul”
semalam setelah aku tinggalkan di ruang tamu.
Aku membuka surat khabar
yang berada di tangan. Sengaja aku hendak menghabiskan masa sementara menanti
masa seperti selalu untuk aku bertolak ke sekolah. Aku meletakkan semula
surat khabar di atas meja setelah puas
aku cuba untuk menumpukan perhatian kepada berita-berita yang tak berjaya
menarik perhatianku.
Aku mencapai beg sekolah
yang berada di katil. Sebelum melangkah, aku mengerling semula kepada meja
belajarku.
“Writing pad!,” aku memandang sebuah beg plastik yang berwarna kuning.
Aku teringat semalam
bagaimana aku mencari 2 buah beg plastik tersebut. Salah satunya, telah pun aku
gunakan semalam dan aku masukkannya ke dalam beg sekolah. Dan satu lagi, kini
berada di atas meja ku.
Aku membuka pintu untuk melangkah keluar dengan fikiran yang keliru.
“Assalammualaikum,” aku
terus menutup pintu sebaik terdengar suara. Sah, “dia”!
########################################
“Mak..orang pergi dulu,”
aku memanggil mak sebaik selesai menyarungkan kasut sekolah. Aku membetulkan tudung sebaik menggalas beg di
belakang.
“Ya la. Hati-hati naik basikal tu,” aku terdengar suara mak yang menyahut.
Mungkin dia berada di dapur agaknya seperti selalu, menyiapkan sarapan untuk
adik Liza yang akan ke sekolah rendah nanti.
Aku mengayuh basikal
perlahan-lahan menuju ke kedai Pakcik Mud seperti kebiasaannya.
Sekurang-kurangnya, kuih donat daripadanya mesti aku dapatkan untuk dibuat
bekal ke sekolah.
Aku tersenyum apabila
terpandangkan cahaya lilin yang menerangi kedainya.
“Mana budak tu?,” aku memerhati tembok yang selalu menjadi tempat duduk
budak lelaki itu. Tidak ada pula budak tu pagi ni.
Sewaktu menongkatkan
basikal, sekali lagi aku menjeling tembok tersebut. Memang dia tiada di situ.
Bukankah itu baik?Selalunya budak tu akan keseorangan di situ sehingga ayahnya
datang mengambilnya. Sekurang-kurangnya pagi ni, ayahnya tidak lagi membiarkan
dia keseorangan di situ.
“Assalammualaikum pakcik,”
aku menegur Pakcik Mud yang seperti biasa menyusun nasi-nasi lemak di dalam
piring yang hendak diletakkan di atas meja.
“Waalaikummussalam. Ini, kalau tak nasi kuih donat la kan?,” dia tersenyum.
“Pandai pakcik. Macam
tahu-tahu je,” aku memerhati beberapa jenis kuih yang boleh dijadikan pilihan.
“Pakcik..,” aku memandangnya yang sibuk bekerja macam lipas kudung tu.
“Pakcik perasan tak
seorang budak kat situ?,” aku menunjukkan kepada tembok yang tidak jauh
daripada kedainya.
“Kat mana ni?,” dia memandang kepada arah yang ditunjukkan.
“Tu..kat situ. Kat tembok
tu,” aku menunjukkan lagi.
“Kamu ni..mana ada siapa-siapa kat situ,” dia memandang aku dengan muka
yang berkerut.
“Memang la tak ada. Maksud
saya bukan sekarang ni. Sekarang ni mana budak tu ada kat situ. Dalam dua tiga
hari lepas dia ada. Perasan tak?,” aku bertanya lagi.
Pakcik Mud mendiamkan diri. Tangannya masih lagi sibuk bekerja. Kalau tadi
nasi lemak yang disusunnya, kali ini dia mencapai raga yang berisi kuih-muih.
“Pakcik perasan tak?,” aku
bertanya sekali lagi setelah tidak mendapat jawapan.
“Dua tiga hari lepas?,” dia bertanya kembali.
Aku menganggukkan kepala.
“Kadang-kadang dia ada kat situ. Dia cakap tunggu ayah dia.”
“O...ada la tu. Mungkin
ayah dia ada hal ke. Jadi dia suruh la anak dia tunggu kat situ.”
“Pakcik kenal ke ayah dia?.”
“Kamu ni. Macam polis pula
soal macam-macam kat pakcik. Mana la pakcik kenal. Budaknya pun pakcik tak
pernah tengok. Kalau tengok tu lain la ceritanya. Anak-anak orang dalam taman
perumahan ni, memang pakcik kenal. Tak tahu la kalau anak-anak orang luar.”
Aku tersengih.
“Tak la. Saya cuma kesiankan kat budak tu. Dah banyak kali juga saya tengok
dia tunggu kat situ,” sekali lagi aku menunjukkan kepada tembok tu.
“Dulu saya ajak dia nak
hantar kat sekolah rendah tu tapi dia tak nak.”
“Sekolah rendah?Budak tu sekolah rendah lagi ke?.”
“Macam tu la yang saya
tengok. Dia pakai uniform sekolah rendah. Pakcik, bagi karipap tu,” aku menunjukkan
kepada karipap yang baru dikeluarkan oleh Pakcik Mud. Teringat Aisyah yang suka
kuih ni.
“Nah. Cukup bekal kamu
hari ni?,” Pakcik Mud tersenyum mengusik.
“Em..cukup la. Nanti pecah perut,” aku ketawa. Pakcik Mud juga ikut ketawa.
“Kamu tu selalu pergi
sekolah awal-awal macam ni. Hati-hati sikit.”
Aku merenungnya.
“Kenapa pakcik?Kan saya
dah memang biasa pergi awal-awal macam ni.”
“Tak la. Kan sekarang ni kerap sangat berita yang tak elok tu. Rogol sana,
rogol sini. Kamu tu beringat-ingat sikit. Tak bahaya ke pergi awal-awal macam
ni?.”
“Tak la. Lagipun dah biasa,”
aku menghulurkan duit kepadanya setelah plastik yang berisi kuih karipap
bertukar tangan.
“Kalau tak bahaya, baguslah. Lagipun kawasan ni, tak pernah pula pakcik
terdengar lagi berita-berita macam tu.”
“La..ada lagi ke?,” aku
menunjukkan kepada dua bungkus nasi lemak yang dimasukkan sekali ke dalam
plastik.
Pakcik Mud tersenyum.
“Macam biasa. Pakcik
sedekah. Buat makan dengan kawan tu.”
“Boleh bankrup bisnes pakcik kalau macam ni selalu,” aku tersenyum.
“Mana ada. Bertambah lagi
rezeki pakcik adalah. Kalau asyik kedekut, rezeki pun jauh.”
“Terima kasih la. Saya pergi dulu. Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam. Ingat,
hati-hati!,” Pakcik Mud mengingatkan sekali lagi.
Aku yang sudah berada di atas basikal, mengangkat tangan kepadanya tanda
mendengar apa yang dikatakan olehnya.
Sewaktu menghalakan
basikal untuk meninggalkan kedai Pakcik Mud, sekali lagi aku memandang tembok
tersebut.
“Comel!,” aku tersenyum apabila terbayangkan wajah dan senyuman budak
lelaki itu. Lain pula rasanya apabila tidak bertemu dengannya yang asyik
bermain dengan anak patung Ultraman.
“Harap-harap dia ok,” aku
mula mengayuh basikal setelah terpandangkan van kilang yang berada di atas
jalan raya. Pastinya mereka juga akan singgah di kedai Pakcik Mud.
Aku memandang ke kanan
sebelum memasuki laluan di sebelah kiri.
“Untung lagi Pakcik Mud,” aku sempat melihat van yang diberhentikan di
jalan yang bertentangan dengan kedai Pakcik Mud. Mungkin betul katanya, yang
rezekinya bertambah murah kerana dia sendiri tak pernah kedekut untuk
menyedekahkan jualannya kepada aku.
Boleh dikatakan setiap
kali aku membeli di kedainya, ada sahaja yang akan diberikannya secara percuma.
Kalau aku beli kuih, nasi lemak yang percuma akan aku dapat dan begitulah juga
sebaliknya.
Sesekali aku memandang beg
plastik yang berada di dalam raga basikalku.
“Mesti nasi Makcik Zabedah,” aku dapat melihat bungkusannya yang dialaskan
dengan daun pisang terlebih dahulu. Nampaknya, Pakcik Mud betul-betul
mengetahui yang mana satu juadah jualannya yang menjadi kegemaranku.
“Syukur, alhamdulillah,”
aku terbayangkan makanan yang bakal aku kongsi dengan kawan baik aku, Aisyah di
sekolah pada waktu rehat nanti.
“Like a child, baby just like a child..,” lirik kumpulan
Backstreet Boys yang terbayang di dalam kepalaku, dialunkan perlahan-lahan.
“Em..apa yang seterusnya?,” aku cuba memikirkan barisan lirik yang sudah
samar-samar diingatanku.
“Mikhael!,” aku
terpandangkan dia yang melambai kepadaku dari seberang jalan sewaktu aku
melalui jalan tersebut.
Kakiku yang tadi mengayuh perlahan-lahan sambil menikmati angin pagi yang
cukup menyenangkan, kini mula bergerak pantas.
“Biarkan. Biarkan dia kat
situ!,” aku teringat bagaimana dia memarahi aku pagi semalam hanya kerana aku
ingin menegur budak perempuan di bangsal menyimpan basikal tu.
Sewaktu pulang semalam pun, sengaja aku pulang awal kerana tak ingin
bertembung dengannya.
“Lida!Lida!,” aku dapat
mendengar suaranya yang menjerit memanggilku. Ah!Biarkan dia. Aku tak akan
berhenti hanya untuk menemakan dia berjalan ke sekolah seperti selalu. Kalau
aku sendiri boleh ke sekolah seorang diri, pasti dia pun tak kisah untuk
berjalan sendirian.
Aku terus mengayuh basikal
tanpa memperdulikan panggilan Mikhael. Sekurang-kurangnya, aku tahu dia sudah
ketinggalan di belakang. Jadi, aku boleh menegur budak perempuan yang berada di
bangsal tu.
Pesanan Mikhael yang
diberikannya dulu dan juga pagi semalam, bermain semula di fikiranku. Ala,
kalau aku tegur pagi ni pun, bukannya dia akan tahu kan?Hehe..akhirnya, dapat
juga aku peluang untuk menegur budak perempuan yang menangis pagi semalam tu.
Entah apa agaknya masalah dia?
“Apa ni?,” aku menahan basikal yang semakin perlahan dengan kakiku.
Perlahan-lahan aku turun untuk menongkat.
“Ala..waktu-waktu ni juga
la dia nak buat ragam. Ish!Macam Koko pulak!,” aku melepaskan geram sebaik
terpandangan rantai basikal yang terkeluar. Belum pernah basikal ini memberikan
masalah sebegini rupa kepada aku.
“Macam mana nak buat ni?,”
aku cuba memegang rantai untuk dimasukkan kembali ke tempatnya. Aku melihan
minyak yang berwarna hitan yang melekat di jari.
“Ei..benci betul la!,” aku
melepaskan kembali rantai yang melurut jatuh semula.
Lagipun, bukannya aku tahu pun macam mana nak masukkan kembali rantai
tersebut ke tempatnya.
Aku menyorong basikal
perlahan-lahan.
“Nampaknya, nasib aku pun dah sama macam dia tu,” aku terkenangkan Mikhael
yang datang dan pulangnya ke sekolah dengan berjalan kaki.
“Penatnya!,” aku
menghembus nafas. Sekolah yang masih terletak separuh lagi perjalanan,
membuatkan aku berasa bosan. Teringat semula bagaimana aku dan Mikhael pernah
sama-sama beriringan ke sekolah. Manisnya saat-saat tu tapi tu dulu!
Sebelum dia memarahi aku
di bangsal.
“Tak patut Mikhael tu!,” aku meyepak sebiji batu kecil sambil berjalan
menyorong basikal. Entah kenapa, aku teringatkan pula kepada dia yang pernah
menemani langkahku ke sekolah. Begitu juga sewaktu pulang. Aku selesa
dengannya.
“Em..kat mana dia
sekarang?,” aku menoleh ke belakang. Kelibat seseorang yang sedang berjalan
semakin menghampiri.
“Dia ke tu?,” aku menyorong semula basikal. Langkah yang perlahan, aku
cepatkan agar tak kan bertembung dengan dia yang semakin menghampiri.
“Lida!.”
Pasti Mikhael!Aku terdengar derap langkahnya yang berlari kepadaku.
Ish!Semua ni basikal ni punya pasal. Kalau tak, mesti aku dah sampai ke sekolah
sekarang ni. Mesti aku dah boleh bersua dengan budak perempuan yang selalu
menimbulkan tanda tanya di hatiku tu.
Apa yang lebih pasti, tak
payah juga aku berjumpa dengan Mikhael lagi pada pagi ni!
“Tunggu la!,” aku memerhatinya yang sudah pun berada di sisiku. Aku
melihatnya sekali imbas yang termengah-mengah. Baru dia tahu!
“Kenapa ni?Dah tak sudi
nak jumpa saya ke?.”
Aku tak menghiraukan pertanyaannya. Keadaan terus sepi. Tak seperti selalu,
ada saja cerita-cerita yang mengisi masa kami berdua sewaktu menuju ke sekolah.
Sekarang, tidak lagi.
Hanya kedengaran enjin
kenderaan yang sesekali melalui jalan raya. Aku terus mendiamkan diri. Mikhael
juga begitu.
“Awak marahkan saya ke?,” dia bertanya lagi.
“Jadi..betullah ni. Awak
marahkan saya kan?,” aku meliriknya yang memandang kepadaku sambil tersenyum.
Senyum tu!Dah lama aku tak lihat senyumannya yang manis yang menghiasi raut
wajahnya tu.
“Ala...marah-marah pun, awak tunggu kita juga.” Tunggu?Bila masa aku tunggu
dia?
“Kalau tak, kenapa tak naik saja basikal awak
tu?.”
“Awak jangan perasan. Bila saya tunggu awak?Tu..rantai tu,” aku
mempercepatkan langkah. Ada-ada
saja usikan dari Mikhael yang membuatkan aku malu. Bila masa aku tunggu dia!
“Tunggu la..,” dia juga turut mempercepatkan langkahnya.
“Biar saya tengok..,” dia menahan basikalku.
“Tak payah!Nanti saya
suruh ayah saya yang buat,” aku berkeras hendak menyorong kembali basikalku.
“Bagi la saya tengok.
Untung-untung balik nanti, awak dah boleh naik,” Mikhael menahan basikalku.
“Dan..tak payah tunggu saya lagi,” dia tersenyum memandangku. Aku menjeling
sebaik mendengar kata-katanya.
Aku memerhati Mikhael yang
sudah mula menyingsing lengan bajunya yang panjang tu.
“Nah..tolong pegang,” dia menghulurkan buku-bukunya.
Aku memandang dia yang
berusaha untuk memasukkan kembali rantai basikalku.
“Dah siap!,” aku melihat jari-jemarinya yang sudah kotor berwarna kehitaman
tu. Pantas aku menyeluk ke dalam saku baju kurung untuk mengambil sapu tangan.
“Nah..,” aku menghulurkan
sapu tangan kecil yang berwarna merah jambu tu.
“Terima kasih,” dia menyambutnya.
“Dah boleh naik,” dia
memberitahuku. Masakan aku nak tinggalkan dia yang sudah menolong aku tadi?
“Tu..betulkan macam saya cakap tadi. Nak tunggu kita kan?,” dia mengangkat
keningnya.
Aku tersenyum. Tak berdaya
untuk terus merajuk dengannya yang sentiasa sedia menghulurkan bantuan.
Setibanya di bangsal, aku mengerling di hujungnya, tempat terletaknya
basikal budak tu. Basikalnya ada tetapi tidak tuannya. Terlepas lagi peluang
aku!
“Awak..maafkan saya pasal
hari tu,” aku memerhati Mikhael yang tersenyum. Suaranya yang lembut menuturkan
kata-kata tu membuatkan aku menganggukkan kepala. Saat aku merenungnya,
senyumannya itu membuatkan lenyap segala rasa marah sebelum ni. Ah, Mikhael!
P/S : Selamat menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan;-)