11
Aku menghalakan basikal
menuju ke kedai Pakcik Mud untuk mendapatkan kuih donat seperti kebiasaannya.
Dari jauh, aku sudah boleh melihat kedainya yang hanya diterangi oleh lilin.
Selalunya Pakcik Mud akan menyalakan 3 batang lilin. Satu yang diletakkan di atas
meja yang terdapat kuin-muih jualannya dan juga nasi lemak, satu lagi
diletakkan di atas meja untuk pelanggannya menjamu selera di situ dan sebatang
lagi lilin biasanya di letakkan di tempat dia menyimpan duit, yang berhampiran
dengan makanan yang dijualnya.
Aku turun untuk
menongkatkan basikal. Budak lelaki yang pernak aku nampak tempoh hari, masih
duduk di atas tembok berhampiran dengan longkang. Aku memerhatinya. Kali ini di
tangannya, terdapat sebuah anak patung Ultraman. Leka benar dia bermain dengan
anak patung tu.
“Comel,” aku memerhati raut wajahnya yang berkulit cerah itu. Aku lihat dia
sedang bernyanyi-nyanyi kecil. Entah lagu apa yang dialunkan oleh budak tu.
“Lida, awal pula pagi ni?,”
suara Pakcik Mud menegur.
Aku berjalan memasuki kedainya yang sederhana besar itu. Sepeti biasa,
akulah yang akan menjadi pelanggan pertamanya diwaktu-waktu macam ni.
“Saja nak pergi sekolah awal sikit hari ni. Minggu lepas dah asyik pergi
lewat,” aku memerhatikan nasi lemak Makcik Zabedah yang turut berada di atas
meja. Aku boleh mengecamnya kerana bungkusannya berbeza dengan nasi lemak lain
yang tidak dibalut dengan menggunakan daun pisang.
“Nak apa pagi ni?Pilih
dulu. Pakcik nak susun ni. Baru sampai tadi,” aku melihat Pakcik Mud yang
mengeluarkan kuin-muih daripada sebuah bakul.
“Yang tu yang siapa pula?,” aku kehairanan kerana di atas meja sudah pun
terdapat beberapa jenis kuih.
“Yang ni daripada seorang
makcik tu. Daripada kampung sana tu...,” Pakcik Mud menunjukkan kepada jalan
yang menuju ke sekolah aku.
Kampung?Jangan-jangan kampung yang sama didiami oleh Mikhael. Aku tersenyum
apabila mengenangkan tuan empunya nama.
“Pakcik, orang nak kuih
donat je. Sebab pagi ni dah bawa bekal daripada rumah,” aku menjelaskan
kepadanya.
“Ya ke ni?Ke nasi-nasi kat sini tak sedap?,” Pakcik Mud tersenyum.
“Mana ada. Sedap la. Semua
sedap. Nak-nak pula yang Makcik Zabedah buat. Wangi bau dia,” aku memuji
ikhlas. Risau juga kalau Pakcik Mud tersalah anggap kenapa aku tidak membeli
nasi daripadanya pagi ni.
“Ingatkan tak sedap. Kalau
sedap nah...ambik ni,” dia memasukkan 2 bungkus nasi lemak ke dalam satu lagi
beg plastik dan menghulurkannya kepada aku.
“Tak payah la pakcik,” aku menolak. Malu untuk sentiasa menerima
pemberiannya.
“Ambik je la. Pakcik
sedekah. Buat makan dengan kawan. Lagipun tadi kata sedap kan?,” dia masih lagi
menghulurkan kepada aku.
“Lagipun kamu ni pelanggan tetap pakcik. Murah rezeki pakcik selalu.....”
“Apa pakcik?,” aku
bertanya apabila ayatnya seakan-akan tergantung di situ.
“Tak ada apa-apa la. Maksud pakcik murah rezeki pakcik kamu selalu datang
sini,” dia tersenyum.
“Terima kasih ya pakcik.
Saya jalan dulu,” aku meminta diri selepas membayar harga kuih donat.
Murah rezeki aku pagi ni apabila dihadiahkan 2 bungkus nasi lemak!
Aku menaiki basikal untuk
bertolak ke sekolah. Van kilang yang baru sampai di tepi jalan menarik
perhatian aku.
“Untung Pakcik Mud pagi ni,” aku sempat melihat beberapa orang perempuan
yang berpakaian seragam berwarna biru dan putih itu keluar daripada van
tersebut. Pastinya hendak menuju ke kedai Pakcik Mud.
“Kesian Pakcik Mud
sorang-sorang nak jaga kedai,” aku berbisik sendirian.
“Ada lagi budak ni?,” aku melihat budak lelaki tersebut yang tersenyum
memandang aku.
Aku menghalakan basikal
menuju kepadanya.
“Adik..buat apa kat sini?,” aku melihat tangannya yang memusing-musing anak
patung Ultraman yang berada di tangannya.
“Tunggu ayah.”
Tunggu ayah?Aku memandang sekeliling. Mana perginya ayah kepada budak
ni?Awal-awal pagi macam ni, berani dia tinggalkan anaknya yang kecil macam ni
seorang diri.
“Ayah pergi mana?,” aku menanyakan budak tu. Bibirnya masih lagi
menyanyi-nyanyi lagu yang tak jelas dipendengaranku.
Budak tersebut tidak
menjawab. Sebaliknya hanya tersenyum kepadaku.
Kesian budak ni. Aku memerhatinya yang lengkap berpakaian sekolah.
“Nak pergi sekolah?Jom,
akak hantar,” aku mengajaknya untuk menghantar ke sekolah rendah yang tidak
jauh daripada kawasan perumahan ni. Biarpun bukan jalan yang sama untuk menuju
ke sekolah aku, tapi aku tak kisah. Asalkan budak ni selamat sampai di
sekolahnya.
Dia menggeleng.
“Nak tunggu ayah. Nak
pergi dengan ayah.”
Agaknya dia mendapat pesanan ayahnya untuk tidak mengikut sembarangan
orang?
“Pandai ya,” aku memuji budak tersebut. Dia tersenyum lagi.
“Nak kuih?Ni nasi pun ada,”
aku mengangkat beg plastik kepadanya.
“Tak nak. Dah kenyang,” dia mengalunkan semula irama lagu itu.
Aku mula mengayuh basikal.
Sebaik sampai di jalan keluar, aku memandang ke kanan. Biarpun aku tak perlu
melintas sewaku hendak pergi ke sekolah, aku perlu juga memastikan keadaan
jalan yang selamat untuk memasuki jalan di sebelah kiri.
Sebelum aku mula mengayuh,
aku menoleh unuk melihat budak tersebut. Dia sudah tiada di situ. Aku
tersenyum. Agaknya ayahnya sudah pun sampai untuk mengambilnya. Aku pelik kenapa
ayahnya berani meninggalkan budak tu seorang diri di situ?Biarpun dia nampak
seperti budak yang cerdik yang mungkin tak akan semudahnya mengikut sembarangan
orang, tapi hakikatnya dia tetap budak-budak. Macam-macam benda boleh berlaku
kepada buda sekecil tu.
Aku memerhati kepada jalan
berlorong yang menuju ke kampung Mikhael. Dia tiada di situ. Aku memberhentikan
basikal.
“Mana Mikhael ni?,” aku melihat jam di tangan.
“Tak la lewat sangat. Tak
kan dia dah pergi?,” sekali lagi aku melihat jam di tangan yang menunjukkan
hampir ke pukul 6.45 pagi. Mungkin juga Mikhael menunggu aku tadi dan dia pula
menyangka aku yang sudah pergi terlebih dahulu?
Aku mengayuh semula basikal.
Aku sedikit kecewa kerana
tidak dapat bertemu dengan Mikhael pagi ni. Kalau tidak, dapatlah berteman
dengan dia untuk pergi ke sekolah.
Beberapa meter sebelum sampai di pintu pagar sekolah, aku sempat melihat
tempat biasa yang menjadi tempat menjual nasi lemak oleh sepasang suami isteri
itu.
“Tak ada pula pagi ni,” aku melihat tempat itu kosong. Tidak ada meja yang
dibuka. Kereta mereka juga tidak ada di situ. Sah la mereka tidak berjualan
pagi ni.
Aku tersenyum memandang
bungkus plastik yang berisi 2 bungkus nasi lemak yang diberi oleh Pakcik Mud.
Kalau la Aisyah tidak membawa bekal daripada rumahnya, mesti dia akan kecewa
kerana pagi ni tidak ada nasi lemak yang dijual di situ.
“Mujur la ada yang ni,” aku terus mengayuh basikal menuju ke bangsal untuk
menyimpan basikal.
Sebaik aku mengunci
basikal, aku melihat ke hujung bangsal.
“Budak tu...,” aku melihat budak perempuan yang duduk mencangkung di sisi
basikalnya.
Aku maju beberapa tapak
menuju kepadanya.
“Biarkan dia di situ,” kata-kata Mikhael bergema semula di ingatan. Langkah
yang diatur terhenti.
“Apa yang dia buat di situ?,” perasaan ingin tahu ku berperang dengan
pesanan Mikhael.
Aku melangkah beberapa
tapak lagi ke hadapan. Nak tegur atau tak?Kesian dia. Apa yang dia buat di
situ?Mana la tahu kalau-kalau dia ada masalah.
Aku mengaturkan langkah beberapa tapak menuju kepadanya. Lebih kurang 2
meter daripadanya, aku dapat mendengar esakannya.
Sah, dia menangis. Betul
apa yang aku jangkakan selama ni. Budak perempuan ini mempunyai masalah.
“Lida!,” suara dari belakang membantutkan niatku untuk menegur budak
perempuan itu. Elok-elok mulutku sudah
terbuka untuk memanggilnya.
“Lida, sini!,” Mikhael
menggamitku.
Aku tersenyum memandangnya.
“Sini!,” dia menjerit lagi
memanggilku.
Aku menoleh semula kepada budak perempuan itu yang masih lagi menangis. Apa
masalahnya?
“Lida, awak dengar tak?!,”
aku menoleh kepada Mikhael. Mikhael ni pun. Tak sabar-sabar.
“Ya la, ya la. Orang datang ni,” aku berjalan menuju kepada Mikhael. Tak
apa, esok atau bila-bila aku jumpanya, aku boleh menegurnya lagi.
“Kenapa awak ni
Mikhael?Saya dengar la.”
Mikhael memandang aku. Riak wajahnya serius. Tidak ada senyuman manis yang
selalu diukirnya untukku. Jangan-jangan dia marah kerana aku meninggalkannya
untuk ke sekolah tadi?
“Awak ingat tak apa saya pernah cakap kat awak?,” dia memandang aku.
Apa yang
dicakapkannya?Yang mana satu?
“Awak..er..marah ke sebab saya tak tunggu tadi?,” aku membuat tekaan
sendiri.
Dia menggelengkan kepala.
“Bukan yang tu. Tu..,” dia menunjukkan ke belakangku.
“Apa?Budak tu?,” aku
bertanya kembali.
“Ya. Awak ingat tak apa yang saya cakap?.”
Aku menganggukkan kepala.
“Dah tu?!,” Mikhael
meninggikan suaranya.
Aku terkejut. Belum pernah dia memarahi aku. Salahkah aku nak menegur budak
perempuan tu?
“Tadi tu..saya dengar
dia...”
“Kan saya dah cakap. Biarkan dia kat situ. Awak faham tak?,” Mikhael
merenungku.
“Tapi..tadi saya dengar.
Kalau awak tak percaya awak pergi tengok sendiri. Dia...,” aku ingin
menjelaskan kepada Mikhael yang budak perempuan itu menangis. Biar Mikhael tahu
yang budak tu ada masalah.
“Dia apa?Biarkan dia kat situ. Bukan susah pun nak buat macam tu kan?.”
Aku menganggukkan kepala.
Sekadar untuk memuaskan hati Mikhael.
Mikhael ni tak kan faham. Biarlah. Kalau bukan hari ni, esok-esok pun aku
boleh menegurnya.
“Jangan kacau dia. Biarkan
dia duduk kat situ. Bukan hanya pagi ni, bila-bila pun jangan. Faham tak?,”
Mikhael bertanya lagi. Pastinya dia boleh membaca niatku apabila melihat
reaksiku yang seakan-akan tidak berpuas hati.
“Ya la. Orang tau la,” aku berlalu untuk pergi ke kelas.
Kenapa hal itu pun nak
jadi satu masalah?Bukan salah pun kalau aku nak menegurnya. Aku yakin budak
perempuan itu memerlukan pertolongan. Kalau tak, kenapa dia menangis?
“Lida!,” aku tak menghiraukan panggilan Mikhael. Dah la tadi dia marahkan
aku!
“Lida, tunggu!,” aku
mempercepatkan langkah.
Mikhael memintas aku di hadapan. Aku memandang ke arah lain. Malas nak
menatap wajahnya.
“Nah..awak tertinggal tadi,”
dia menghulurkan beg plastik kepadaku.
Malunya!Ingatkan nak buat tak tahu tapi alih-alih dia juga yang menolong
aku.
Aku menyambut beg plastik
yang dihulurkan sebelum berlalu. Sengaja aku tidak mengucapkan terima kasih
kepadanya yang masih berdiri di situ.
“Hati-hati!,” dia menjerit lagi kepada aku. Aku melangkah pantas menuju ke
kelas.
Sampai hati dia marahkan
aku hanya kerana hal tadi!Belum pernah Mikhael memarahi aku. Tak kan la hanya
kerana aku nak menegur budak perempuan yang menangis itu menjadi kesalahan yang
besar?Aku tak faham kenapa Mikhael mencegah aku daripada berbuat demikian.
Aku membuka kunci pintu
kelas seperti selalu. Biarkan!Biarkan Mikhael. Aku tak akan tunggu dia bila
balik sekolah nanti.
Aku berjalan menuju ke belakang, seperti biasa untuk mencapai penyapu dan
mulakan kerja yang sudah menjadi tugasan harianku.
“Benci Mikhael!,” aku membebel seorang diri sambil
menyapu. Sampai hati dia marahkan aku. Aku tak dapat lupa suaranya yang lantang
tadi itu. Wajahnya pula garang semacam. Sedangkan sebelum ni belum pernah dia
berkelakuan seperti itu. Hanya senyuman manisnya yang selalu terukir.
Senyumannya yang selalu buatkan aku rasa tak sabar untuk selalu bertemu
dengannya.
Deruman enjin bas
membuatkan aku tersenyum semula.
“Lebih baik makan dengan Aisyah,” aku teringatkan makanan yang dibawa hari
ni. Nasi, kuih dan juga sandwich yang dibawa dari rumah.
Pasti kenyang kami berdua
hari ni. Wajah Mikhael yang tersenyum melintas di fikiranku.
“Biarkan!,” aku meletakkan semula penyapu di sudut belakang kelas. Aku
mengemas Sudut Bacaan yang agak bersepah. 2 buah meja yang tidak teratur, aku
tolakkan agar kembali rapat ke dinding.
Bunyi yang sama bergema
daripada bilik sebelah.
“Dah ada orang agaknya,” aku teringatkan budak perempuan yang selalu
membaca di tempatnya.
########################################################
Aku membasuh tangan di sinki di dalam makmal Biologi.
Biarpun tiada sebarang eksperimen yang dijalankan pada hari ni, aku selesa
untuk membasahkan tangan di situ. Rasa tenang apabila bermain-main dengan air
yang mengalir membasahi tangan. Kalau di rumah juga, mak pasti akan memarahi
aku kerana selalu bermain dengan air di sinki. Bukannya nak mencuci pinggan
sangat pun!Hehe...aku tersenyum sebaik teringatkan wajah mak. Mesti dia sibuk
memasak sekarang ni.
“Buat apa ni?Lama sangat,”
Aisyah menepuk bahuku.
Aku tersengih.
“Air ni..best. Sejuk je. Cuba rasa,” aku memercik sedikit air tu kepadanya.
“Lida!Basah la tudung
orang,” dia menjerit kecil. Nasib baik kelas yang bermula hampir satu setengah
jam tadi sudah pun habis.
“Ala..sikit tu pun nak berkira,” aku ketawa melihat mukanya yang berkerut.
“Sikit?Nah!Ambik ni,” dia
memercik semula air yang ditadah dengan tapak tangannya kepada aku. Aku
mengelak kerana sudah boleh mengagak reaksinya kepadaku.
“Tak kena!,” aku meninggalkannya di bahagian sinki itu seorang diri.
“Syah, tolong tutup tau
paip tu,” aku tersenyum memandang mukanya.
“O..pandai main suruh kita pula tutup.”
Aku mengemaskan buku
rujukan dan buku nota Biologi yang terdapat di atas meja. Khairul dan Fakri
yang turut berkongsi meja dengan aku dan Aisyah untuk kelas Biologi sudah pun
meninggalkan makmal.
“Khairul dengan Fakri dah balik ke?,” aku mendapatkan kepastian daripada
Aisyah yang baru datang kepadaku.
“Rasanya belum. Ada kat
makmal sebelah. Nak jumpa Cikgu Syamsiah.”
Makmal Fizik yang berjiran dengan makmal Biologi sudah menjadi tempat untuk
berjumpa dengan cikgu-cikgu yang berkenaan, kalau bukan di bilik guru di
sinilah mereka akan berada untuk menyiapkan kerja-kerja mereka.
“Rajinnya mereka dua orang
tu,” aku memuji kegigihan dua orang pelajar lelaki yang sekelas dengan aku tu.
“Saya nak pergi perpustakaan ni. Nak ikut tak?Abang Kamal cakap minggu
lepas ada buku-buku baru yang sampai kat situ.”
Aisyah mengemaskan
buku-bukunya.
“Boleh juga. Ingat nak pinjam buku latihan Matematik. Awak?.”
“Em..tak tau lagi. Nak
tengok-tengok dulu.”
“Amboi!Nak pinjam apa pun tak pasti lagi?Macam banyak pilihan je,” Aisyah
mencucuk jarinya ke pinggangku.
“Ya la. Boleh rambang mata
nanti bila tengok buku-buku baru tu nanti. Tapi saya tak apa..kan kalau
susah-susah sangat, saya boleh pinjam waktu balik nanti. Perpustakaan buka lagi
kan waktu tu?,” aku memandang Aisyah.
“Selalunya buka. Cuma hari Jumaat je yang tak selewat macam selalu. Kan nak
sembahyang Jumaat kan.”
Aku mengangguk mendengar
kata-kata Aisyah. Betul juga. Hampir terlupa pula aku waktu perpustakaan yang
akan dipendekkan pada hari Jumaat.
“Dah?Jom la,” Aisyah bangun daripada kerusi.
Sewaktu melintasi bangunan
yang menempatkan kelas-kelas tingkatan 6 tu, mataku sempat menangkap kelibat
Mikhael yang berada di koridor. Dia yang sedang berjalan tidak perasan aku yang
sedang memerhatikannya.
“Tengok apa?.”
“Tak ada apa-apa la,” aku
berbohong.
“Eleh!Macam la orang tak tau. Tu...,” aku memandang Aisyah.
“Apa yang awak tau?,” aku
mengangkat kening. Bukan aku tak tahu kadang-kadang sikapnya yang suka
menyerkap jarang.
“Tu...kelas-kelas tu. Ada seseorang kan?,” dia tersenyum.
“O..mesti ada,” timbul
idea aku untuk mengenakannya.
“Ha!Kan betul saya cakap. Siapa?Siapa?,” dia memegang lenganku.
“Siapa lagi?Bukan setakat
seseorang tapi berpuluh-puluh orang,” aku tersenyum.
“Hah?Berpuluh-puluh?,” aku memandang wajahnya yang mengerut. Tak faham lagi
si Aisyah ni!
“Ya la. Berpuluh-puluh la.
Tu..tak nampak kelas-kelas tu?Satu kelas je dah berapa ramai...,” aku ketawa.
Tak dapat menahan lagi apabila melihat memek mukanya yang memadang aku apabila
aku memberikan jawapan tesebut kepadanya.
“Lida!Jahat awak,” dia menampar bahuku.
“Bukan jahat tapi nakal je,”
aku ketawa lagi.
“Alala...jangan la merajuk. Sebab saya tak tau nak pujuk,” aku tersenyum.
“Siapa yang merajuk?Jom la,”
dia menarik tanganku menuju ke tangga untuk ke perpustakaan.
“Saya bawa sandiwch tau. Nasi lemak yang awak suka tu pun ada.”
“Ni nak pujuk ke ni?,” dia
tersengih memandang aku.
“Em..anggap la macam tu. Hehe...”
“Awak ni kan tak
habis-habis,” aku mengikuti Aisyah yang melangkah terlebih dahulu.
“Saya pergi kat sana. Nak cari buku Matematik,” Aisyah menunjukkan kepadaku
rak yang terletak di sebelah kanan.
“Ok,” aku menuju ke
rak-rak yang terletak di sebelah kiri.
“Wah!Banyak buku-buku baru,” aku melihat buku rujukan Sejarah yang dicapai.
“Mesti Fakri suka ni,” aku
tersenyum apabila membelek isi kandungannya. Mungkin buku ini lebih lengkap
kalau nak dibandingkan dengan buku yang telah dipinjam oleh Fakri tempoh hari.
“Nanti la beritahu dia,” aku meletakkan semula buku tersebut di rak.
Aku terus memerhati
beberapa buah buku lagi yang tersusun kemas di rak.
“Nak pinjam yang mana ni?,” aku mencapai sebuah buku rujukan Bahasa
Inggeris.
Aku membuka kotak pensil
Garfield yang dibawa bersama buku rujukan Biologi.
“Mana pula ni?,” aku menggeledah “perut” Garfield.
“Dalam beg!,” aku
teringatkan kad meminjam yang tertinggal di dalam beg. Tak boleh pinjam lagi la
hari ni. Kalau la Aisyah nak pinjam dua buah buku, tak bolehlah aku meminjam
dengan menggunakan namanya. Aku sudah sedia maklum akan peraturan perpustakaan
yang menghadkan setiap orang pelajar untuk meminjam dua buah buku pada setiap
satu-satu masa.
Aku meletakkan semula buku
rujukan Bahasa Inggeris tu di rak dengan sedikit perasaan kecewa.
“Tak apa la. Tak ada rezeki hari ni,” aku berjalan menuju ke sebuah meja
sementara menanti Aisyah untuk memilih buku-buku yang nak dipinjamnya.
Aku membaca buku rujukan
Biologi. Sesekali aku melihat sekeliling perpustakaan yang tak ramai sangat
dengan kehadiran pelajar. Mesti la pada waktu-waktu macam ni lebih ramai yang
menjamu selera di kantin, di bawah pokok dan sebagainya di kawasan sekolah ini.
“Macam mana la boleh cuai sangat ni?,” aku mengetuk-ngetuk jari di buku
rujukan Biologi.
Selalunya kad meminjam
yang aku masukkan ke dalam “perut” Garfield akan memudahkan urusanku di
perpustakaan tapi tidak untuk hari ni. Kalau la berada di dalam beg sekolahku,
itu tak mengapa. Bagaimana kalau hilang?Aku sendiri kurang yakin di mana aku
letakkan kad itu sebenarnya.
Nampak gayanya kalau
betul-betul hilang memang aku kena beli yang baru daripada abang Kamal.
Sedangkan hampir 5 tahun kad yang sama aku gunakan sejak dari tingkatan 1.
Sayang juga apabila memikirkan kad tu, biarpun sudah hampir pudar warnanya.
Abang Kamal sendiri pernah
mengusik aku agar mendapatkan kad yang baru kerana keadaan kad meminjam aku
yang lama tu. Dari berwarna biru terang sudah menjadi kepada biru muda.
Aku menjeling kepada Aisyah yang sedang berdiri di sebuah rak. Leka benar
dia membelek buku-buku di situ.
Aku mencapai kotak pensil
Garfield. Pantas tanganku menggeledah sekali lagi isi “perut”nya.
“Memang tak ada,” aku menarik zipnya semula. Aku mengerling jam di tangan.
Kalau la nak balik ke kelas dan kemudian berpatah balik ke sini, mestinya
memakan masa. Sedangkan aku dengan Aisyah belum lagi makan.
Aku bangun menuju ke rak.
Sekali lagi aku mencapai semula buku rujukan Bahasa Inggeris yang lengkap
dengan pelbagai latihan tu. Aku membuka ke bahagian belakang yang terlekatnya
sekeping kertas kecil. Tiada catatan tarikh di situ.
“Aku la yang sepatutnya menjadi peminjam pertama,” aku mengeluh.
“Dah pilih?,” kata-kata
Aisyah mengejutkan aku.
“Dah..tapi tak boleh nak pinjam.”
“Tak boleh?Kenapa?Tak kan
nak pinjam ensiklopedia kut,” Aisyah mencapai buku yang berada di tanganku.
“Bukan la. Bukan macam tu..tapi kad tak bawa. Tertinggal dalam beg kat
kelas tu,” aku menerangkan kepada Aisyah yang tersalah faham. Pastinya aku
sudah sedia maklum akan salah satu peraturan perpustakaan yang tidak
membenarkan sebarang ensiklopedia untuk dibawa pulang.
“Awak ni biar betul,”
Aisyah merenungku.
“Betul la. Terlupa nak bawa.”
Aisyah menarik tanganku.
Kenapa pula dengan Aisyah ni?
“Tu...apa tu?,” Aisyah menunjukkan kepada meja yang terdapatnya buku
Biologiku dan juga Garfield.
“Astaghfirullah..,” hanya
itu yang mampu aku ucapkan.
“Kan awak bawa kan?Tu la...lain kali fokus sikit!Jangan banyak berangan,”
Aisyah mencucuk pinggangku sebelum berlalu ke kaunter.
Mustahil. Dua kali aku
menggeledah tadi. Sekarang ni macam mana pula boleh ada?
Aku mencapi kad meminjam yang terletak berhampiran dengan kotak pensilku.
Buntunya!
Perghh... seremm.. kenapa si mikhael tu tak bagu tefur budak tu ya ? Hmmm
ReplyDelete