12
Aku menatap sekali lagi
buku rujukan Bahasa Inggeris yang sudah berada di atas katilku itu. Kejadian di
perpustakaan tadi tak dapat aku padamkan dari kotak fikiranku. Macam mana boleh
jadi macam tu?
Nak saja aku ceritakan kepada Aisyah selepas keluar
daripada perpustkaan tadi tapi berdasarkan apa yang sering dia katakan
kepadaku, aku rasa mungkin dia tak akan percaya. Banyak berfikirlah, berangan
la, tak fokus la dan macam-macam lagi pendapatnya.
Aku yakin ini mesti kerja “dia” yang tak habis-habis
menolong aku. Cuma satu yang aku tak faham, kenapa?Dah tu, kenapa aku pula yang
menjadi sasarannya?Nak katakan aku ni selalu cuai, tak juga. Sejak akhir-akhir
ni saja, aku mudah terlupa akan sesuatu perkara. Sedangkan sebelum ni tak
pernah pula terjadi macam ni.
Aku berbaring. Angin dari kipas membuatkan aku berasa nyaman.
Ketukan di pintu
membuatkan aku membuka mata yang sengaja dipejamkan untuk meringankan kepala
yang kusut dengan pelbagai persoalan.
“Mak..,” aku melihat wajah mak yang menjengah.
“Tak tidur lagi?Banyak
kerja sekolah?,” mak bertanya sambil melangkah masuk.
Wajarkah aku bercerita kepadanya?
“Tengok..bila nak kemas ni?,” mak menunjukkan kepada buku-buku aku yang
berada di atas katil.
“Nanti la. Orang nak baca
lagi ni,” aku tersengih.
“Ayah mana?Dah tidur?,” aku mencapai Garfield yang berada di sebelah
bantal.
“Belum. Kat luar tu. Baca
surat khabar. Adik-adik dah la, dari tadi lagi,” aku memandang mak yang
mencapai sebuah buku sambil membelek-beleknya.
Aku terkenangkan semula niat tadi. Nak cerita atau tak kepada mak?Lagipun,
kalau mak percaya cerita aku tu, mesti dia pula akan risau. Itu yang aku
khuatirkan akan berlaku.
“Mak keluar la. Akak
jangan tidur lewat sangat. Esok sekolah lagi,” mak tersenyum.
“Ya la. Orang tau la,” aku mencapai semula buku latihan Bahasa Inggeris
yang dibelek-belek olek mak tadi.
Mak yang surirumah sepenuh
masa sentiasa mengambil berat akan kami sekeluarga. Biarpun dia tak
berpelajaran tinggi, namun hanya dia yang pakar untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul di dalam rumah ni. Ayah pun pakar juga, cuma
kepakaran tu lebih kepada mak, terutama sekali hal-hal dapur, hehe...
Aku membelek semula buku
rujukan Bahasa Inggeris yang dipinjam di perpustakaan.
“Ni pun sebab dia,” aku mengerling ke sekeliling bilik aku. Tidak ada
apa-apa yang aneh atau perkara yang boleh menyeramkan aku. Kalau tak kerana “dia”
yang membantu aku juga tadi di sekolah, pastinya aku tak boleh menatap buku
rujukan ni pada malam ni.
Aku membaca beberapa kali
latihan tatabahasa yang terdapat di dalam buku rujukan tesebut. Aku
mencari-cari writing pad di atas katil aku yang sudah bersepah dengan buku-buku
yang belum dikemaskan.
“Mana pula?,” aku mengangkat buku-buku tu satu persatu.
Kata-kata mak tadi yang
bertanya bila aku akan mengemaskan semua ni, menimbulkan sedikit rasa kesal di
hati. Kalau saja aku terus mengemas sebaik selesai sembahyang Isya tadi, pasti
tak kan bersepah macam ni. Satu perkara yang pasti, memudahkan kerja aku untuk
mencari apa yang dikehendaki.
Aku mencapai beg sekolah
yang turut berada di atas katil yang menanti masa untuk dipenuhkan dengan
buku-buku.
“Ada pun,” aku mencapai plastik yang berisi kertas-kertas kosong yang aku
perlukan itu.
“Ish!Dah habis ke?,” aku
menggeledah mencari kertas kosong di dalamnya.
“Tak kan semua dah pakai ya?,” aku bagaikan tak percaya apabila melihat
kertas-kertas di dalamnya yang sudah penuh dengan pelbagai jenis catatan.
Aku mengeluarkan semua
kertas yang berada di dalamnya. Beberapa keping kertas yang berada di atas
katil, aku capai.
“Fizik,” aku tersenyum sendiri apabila melihat gambarajah yang dilukis.
“La..Sejarah pun ada kat
sini,” aku membaca sekali imbas apa yang aku catatkan pada kertas yang lain.
Hajat di hati untuk menggunakan kertas kosong bagi membolehkan aku membuat
latihan yang terdapat di dalam buku rujukan itu, aku pendamkan sebentar.
Aku menghela nafas. Penat
apabila melihat buku-buku yang bersepah di atas katil. Aku memandang kepada
meja belajar. Malas pula rasanya nak melangkah ke situ untuk mengambil
kertas-kertas kosong yang aku perlukan.
Writing pad yang sentiasa aku beli lebih dan aku simpan di situ selain
untuk dibawa ke sekolah sebagai kertas catatanku.
Aku mengalihkan pandangan
kepada buku rujukan. Kalaulah ini buku aku, bolehlah aku terus menulis di
dalamnya tapi buku yang dipinjam.
“Ambik air la,” aku turun daripada katil.
Keadaan ruang tamu yang
sudah gelap tanpa cahaya lampu menunjukkan mak dah ayah juga sudah meninggalkan
ruang ini. Mungkin selepas ayah habis menonton berita lewat malam yang
disiarkan di TV.
Langkah yang hendak aku atur ke dapur terhenti. Aku menoleh semula ke
belakang.
“Siapa tu?,” aku berbisik
sendirian. Kelibat seseorang yang sedang duduk di sofa menarik perhatianku.
“Tadi ada..,” aku memandang sekali lagi sofa yang kosong.
Aku yakin baru tadi aku
melihat susuk seseorang yang sedang duduk di situ, bertentangan dengan pintu
masuk bilik aku. Ke pandangan mata aku yang tersilap malam-malam ni?
Belum habis aku memikirkan apa yang berlaku di sekolah, tak kan la “dia”
sudah berada di sini?
Kenapa la “dia” selalu
mengekori aku?Aku ada buat apa-apa salahkah yang mendorongnya untuk mengikutiku
dan menakut-nakutkan aku macam ni?Takut?Em..kalau betul dia nak
menakut-nakutkan aku, pelbagai cara yang boleh dilakukannya. Aku yakin itu
kerana pandangan mata kasarku sebagai manusia menghadkan untuk melihatnya yang
bertubuh halus.
“Dia”kah yang duduk di
sofa tadi?Aku memerhatikan sekali lagi sofa sebelum berlalu ke dapur. Memang
kosong dan tidak ada siapa-siapa.
Lampu di dapur yang memang sengaja dibiarkan menyala, memudahkan kerja aku.
Air teh yang siap
dibancuh, aku tuangkan ke dalam mug.
“Kalau minum saja, tak seronok!,” aku mencapai balang yang berisi keropok
ikan yang sudah digoreng oleh mak petang tadi.
Sesuatu di kaki aku
mematikan langkah yang hendak diatur semula ke bilik.
“Koko!Terkejut orang,” aku memandangnya yang menggeselkan badannya di
kakiku.
“Jom!Kita masuk bilik,”
aku berjalan dan diikuti oleh Koko di sisiku.
“Bau keropok ya malam-malam ni?,” sekeping keropok yang aku keluarkan, aku
patahkan sebelum diberikan kepada Koko.
“Nah!Ni pun ikan juga,”
aku berikan kepadanya sebaik sampai di ruang tamu.
Surat khabar yang terletak di atas meja di ruang tamu, menarik minatku.
“Sekejap Koko. Orang nak tengok tu..nanti kita masuk bilik,” aku berlalu ke
sofa.
Hanya cahaya malap yang
menerangi ruang yang gelap ni. Cahaya dari lampu di dapur membantuku untuk
melihat Koko yang sedang makan keropok, berhampiran dengan pintu bilik aku.
“Susahnya nak baca macam ni..,” aku mengangkat surat khabar itu agar
mengenai cahaya. Keadaan yang sedikit gelap di sofa membuatkan aku langsung tak
dapat melihat apa yang tertulis di muka hadapannya.
Suara Koko yang mengiau
menggangguku.
“Dah habis?Nak lagi?,” aku memandang Koko. Mulutku sendiri yang asyik
mengunyah keropok ikan tu sejak dari dapur, seakan-akan tidak boleh berhenti.
“Sedapkan?,” aku
memberikan separuh daripada sekeping keropok itu kepada Koko setelah separuhnya
aku sendiri yang kunyah.
“Tak boleh la Koko. Tak nampak apa pun macam ni. Jom!Kita masuk,” aku
melipat surat khabar itu untuk dibawa masuk ke bilik.
Koko mengiau semula.
“Ya la, ya la. Dalam bilik nanti kita makan la. Jom!,” aku membuka pintu
bilik. Koko masih lagi tak bergerak. Aku melihatnya yang masih di luar.
“Cepat la. Orang nak buat
kerja ni,” aku memanggilnya yang masih lagi berada di tempatnya.
“Koko..nak masuk ke tak ni?,” aku mula hilang sabar dengan ragamnya. Entah
kenapa sejak kebelakangan ni, ada saja perangainya yang menguji kesabaranku.
Entah-entah dia rindukan kawannya, si Che Teh tu?
“Tak nak masuk la ni?Duduk
kat situ tau,” aku memandangnya yang mengiau kepada aku sebelum aku menutup
pintu bilik.
“Koko, Koko..nakal malam-malam ni,” menuju ke meja untuk meletakkan mug
yang berisi air teh. Aku menghirup perlahan-lahan sebelum aku meletakkannya di
atas meja.
Aku menarik laci meja
untuk mula mencari kertas-kertas kosong yang aku perlukan. Teringat 2 bungkus
plastik yang berisi kertas-kertas tersebut yang belum aku sentuh.
“Nampaknya nak kena beli yang baru,” aku berkira-kira untuk membeli yang
baru bagi menggantikan sebungkus plastik yang berisi writing pad itu yang bakal
aku gunakan pada malam ni.
“Mana pula ni?,” aku
menggeledah laci pertama. Selalunya segala alat tulis dan juga kertas-kertas
kosong aku simpan di dalam laci yang pertama di meja belajarku. Mustahil la aku
sudah habis menggunakan kertas-kertas yang masih lagi banyak tu?
Aku memicit dahi. Kepala yang berserabut aku rasakan semakin berat dengan
kehilangan kertas-kertas kosong yang aku perlukan itu.
“Tak kan la dah habis
semuanya?,” aku mencapai mug. Aku masih lagi ingat ada 2 buah beg plastik yang
terisi kertas-kertas kosong itu yang belum aku gunakan pun.
“Biarlah..agaknya dah habis,” aku menghirup air teh yang sudah suam itu.
Aku mencapai surat khabar
yang dibawa masuk dari ruang tamu. Berita-berita yang dipaparkan aku singkap
helaian demi helaian. Politik, ekonomi, isu-isu semasa dan sebagainya aku tatap
sekali imbas. Semua itu tak berjaya menarik minatku untuk membaca dengan lebih
lanjut.
“Apa ni?,” aku membaca berita yang tertulis.
“Kejamnya!,” aku
menyingkap ke muka surat yang seterusnya. Berita mengenai seorang pelajar
perempuan yang dirogol membuatkan aku geram. Benci sudah semestinya kepada si
pelaku. Aku tak ingin baca berita yang sedemikian rupa.
Cukuplah beberapa baris
aku tatap yang mengatakan bagaimana pelajar terbabit yang berusia setahun lebih
muda daripada aku, disangkakan melarikan daripada rumah setelah tidak pulang ke
rumahnya beberapa hari. Rupa-rupanya dia dirogol dan dibunuh. Lokasinya tak
pula aku pasti di mana.
Aku mencampakkan surat
khabar ke atas meja.
“Tak ada berita lain ke?,” aku menyedut udara untuk cuba menenangkan diri
sendiri. Berita sebegitu yang aku baca beberapa minggu lepas juga membuatkan
aku geram. Apalah salahnya pelajar-pelajar perempuan tersebut?Sudahlah dirogol,
dibunuh pula tu!Zalim si pelakunya. Aku benci berita begitu.
“Mana keropok?,” aku
mencari-cari balang yang aku bawa dari dapur tadi. Ke mana pula hilangnya
balang tu?
“Kat luar,” aku teringatkan tempat persinggahan aku sebelum memasuki bilik
tadi.
Aku membuka pintu bilik
perlahan-lahan. Harap-harapnya janganlah Koko perasan kehadiranku dan memulakan
ragamnya semula. Aku menjengah ke luar bilik perlahan-lahan. Mana perginya si
Koko tu?
Dadaku berdetak kencang.
Aku tatap bola adik Hafizku yang bergolek ke kaki aku sebaik aku melangkah
keluar.
“Koko!,” aku melihatnya yang datang menghampiri bola. Dengan siapa dia
bermain?
“Nakal ya malam-malam ni,”
aku mendukung Koko. Persoalan yang tiba-tiba terlintas di benakku menimbulkan
seram. Koko yang tak lama berada di dalam pelukanku, melompat turun.
Dia mengais-ngais bola tersebut yang bergolek ke ruang tamu.
Aku memerhatikan tingkah
Koko yang mengejarnya. Aku memerhatikan balang keropok yang berada di atas meja
di ruang tamu. Berat pula kakiku untuk melangkah ke situ. Bola yang tergolek ke
situ, menambahkan lagi rasa berat hatiku.
Aku melihat Koko yang
mengiau di situ. Sesekali dia mengais semula bola tersebut. Dengan siapa Koko “bercakap”?Selalunya
apabila ada orang yang melayannya saja, dia akan mengiau begitu. Aku yang
berdiri di sini pun tidak dihiraukannya lagi.
“Koko..,” aku
memanggilnya. Dia tidak mengendahkan aku. Leka benar dia mengais-ngais bola
tersebut. Kakinya kadang-kadang menolak bola yang tergolek ke sana sini.
Seakan-akan dia sedang bermain tapi dengan siapa?
Aku memerhatikan
sekeliling.
“Koko...,” aku memanggilnya lagi.
“Meow..,” dia memandang
aku.
“Sini..,” aku menghulurkan tanganku.
“Meow..,” dia menolak semula bola tersebut dengan kakinya. Aku yakin dia
bermain dengan seseorang. Atau mungkin juga sesuatu?!
Aku melangkah masuk ke
bilik. Pantas tanganku mengunci pintu bilik setelah menutupnya. Balang keropok
yang masih berada di luar, aku biarkan berada di atas meja. Nampaknya hajat aku
untuk bertemankan keropok sambil membuat latihan Bahasa Inggeris itu tidak
kesampaian.
“Latihan..,” aku melangkah
ke katil. Bukan setakat hajat untuk menikmati keropok ikan itu saja yang tak
kan kesampaian, tetapi niatku untuk melakukan latihan bahasa itu juga tak kan
ke mana setelah kertas-kertas kosong yang aku perlukan tak aku ketemui.
“Biar betul!,” aku
mencapai sebuah beg plastik yang masih lagi tertutup kemas dengan pita pelekat
itu.
“Betul la. Ada kat sini,” aku mengeluarkan writing pad yang terdapat di dalamnya. Nampaknya, ingatan aku
mengenai 2 buah beg plastik yang masih ada di dalam laci meja aku tak salah.
Macam mana pula boleh ada di atas katil ni?
“Dia..,” aku mengetap bibir.
Tak jemu-jemu “dia” yang tak aku kenali itu menghulurkan bantuan. Aku memerhati
sekeliling bilik yang kosong. Hanya aku sahaja yang menjadi penghuninya.
Mungkinkah Koko boleh nampak “dia”?Dengan siapa Koko bermain tadi?
Aku meniarap setelah
membuka kembali buku rujukan Bahasa Inggeris yang dipinjam. Tempoh seminggu
yang diberikan mestilah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Walaupun tempoh pinjaman tersebut boleh dilanjutkan,
tetapi aku rasa rugi pula kalau hanya meminjam buku yang sama berulang-ulang
kali. Sedangkan, masa tersebut boleh digunakan untuk meminjam buku-buku rujukan
yang lain.
Aku berbaring setelah penat menumpukan perhatian kepada
beberapa soalan yang tertera. Ada sesetengahnya yang aku jawab dan ada juga
yang aku tinggalkan setelah dirasakan agak susah.
“Dah pukul 12.50?,” aku bagaikan tak percaya apabila
melihat jam loceng yang tergolek di sisi kananku. Aku menggosok mata beberapa
kali. Angin malam yang yang bercampur dengan angin kipas, membuatkan aku ingin
melelapkan mata.
Mata yang hampir layu terbuka luas apabila terpandangkan
sesuatu di atas meja belajarku. Aku bangun melangkah turun daripada katil. Rasa
mengantuk serta merta hilang apabila terpandangkan objek tersebut.
Aku mencapai balang yang mengandungi keropok ikan
tersebut. Kalau tadi, beg plastik yang aku cari berada di katil, dan sekarang
balang yang aku sengaja biarkan di atas meja di ruang tamu pula berada di sini.
Bukan sengaja aku nak tinggalkan, tetapi takut pula apabila terfikirkan dengan
siapa Koko bermain tadi!
Aku melirik sekeping kertas yang ditindih dengan glob
salji. Aku mengalihkan glob tersebut.
“Em..nak tulis apa ya?,” aku mencapai pen yang sudah berada di atas meja.
Seandainya bulan berbicara
Mungkin ia akan berkata
Mengapa sekarang semakin ramai manusia
Sering kufur dengan nikmat-Nya
Tidak takutkah dengan dosa?
“Wah!Macam ustazah pula,” aku tersenyum sendirian setelah
menulis rangkap tersebut.
Bestnyaaaa kak ! Kalau siap tak nak hantar kat fixi ke ? Confirm saya beli !
ReplyDeleteTQ Shaefar..akk rasa yang ni tak layak pun unt fixi, hehe..
ReplyDeletenk lag... hantar dekat idea kreatif la kak
ReplyDelete