“Wah!Handsome you hari ni. Ada apa-apa ke?,” tegur Ika di pintu pagar. Jojo
yang sedang berdiri di sisi keretanya itu tersenyum lebar.
“Mana adalah.
Pandai-pandai je you tu,” tingkahnya sambil menjeling.
“Ya ke tak ada apa-apa?Selalu tu hmm...,” Ika mengecilkan pandangan matanya
sambil terus melirik kawan baiknya itu ke atas dan ke bawah.
Jojo mula cuak. Dia yang
bersandar di kereta tadi mula berdiri tegak sambil membetulkan jaketnya.
“Kenapa dengan you
ni?Jangan mengada-ngada tau!.” Tu dia, suara manja Jojo keluar lagi.
“Ya la. Selalu tu
penampilan you very the..you know..,” Ika mengangguk-anggukkan kepalanya.
Penampilan lelaki itu pada hari ini dengan kemeja berwarna biru laut yang
dialaskan dengan jaket berwarna hitam itu, dipadankan pula dengan seluar denim
biru gelap cukup menyerlahkan sisi gaya maskulinnya.
“Very the?,” Jojo
mengangkat keningnya kepada Ika yang masih setia memandang kepadanya.
“Very the Jojo..you
tahukan maksud I?Tapi hari ni penampilan you maskulin sangat. Macam jantan!,”
ujar Ika separuh berbisik.
Jojo tertawa gelihati
sebaik mendengar ucapan kawan baiknya itu.
“Kenapa?I ni bukan jantan ke di pandangan mata you?,” duganya sambil
menurunkan cermin mata yang dikenakan.
Ika memuncungkan mulutnya.
Apa ya jawapan yang nak diberikan?Memanglah Jojo ni lelaki. Dari fizikalnya,
semua yang ada mata dan boleh tengok pun tahu tapi dari segi percakapannya dan
kawan-kawannya, itu masih boleh dipertikaikan. Bukannya dia tidak tahu Jojo ni
macam mana orangnya.
“Well..memanglah lelaki
tapi you tu kadang-kadang bila bercakap..er..you tahukan..,” Ika tersengih
tidak dapat menghabiskan apa yang ingin dikatakannya.
“Terasa tau..ni..sini
terasa dengan kata-kata you tadi..,” ujar Jojo sambil menunjukkan ke dadanya.
“Hah!Tengok..lelaki apa
macam tu?Sikit-sikit nak terasa..tengoklah tu. Tadi cakap macam Abang Jojo tapi
sekarang?,” tingkah Ika yang masih lagi ingin mengusik lelaki itu.
Jojo tersenyum semula
sambil menjeling.
“Mana ada..I lelaki tau. Tulen lagi. You je yang tak tahu,” balas Jojo
dengan jari telunjuknya yang melentik itu dihalakan kepada Ika.
“Ya la, ya la. You menang.
By the way, macam mana keadaan kat sana?Ok ke tak?Hana ok?You tengok-tengok tak
dia kat sana macam yang I suruh?,” Ika bersuara. Sesekali kepalanya menoleh ke
belakang memerhati pintu rumah yang terbuka. Kelibat kawan baiknya itu masih
lagi tidak kelihatan jadi selamatlah untuk dia bersembang-sembang sekejap
dengan Jojo.
“Setakat ni semua ok je.
You tak payah risaulah. Ini Jojo ok. Tahulah I.”
“Maunya tak risau. Dia tu
kawan baik I tau?Susah senang kami sama-sama, you mana tahu,” jeling Ika dengan
jawapan Jojo yang dirasakan sambil lewa itu.
“Er..memanglah I tak tahu.
Dah kawan you kan?Bukannya kawan I. Sekarang baru nak jadi kawan I, hehe..,”
Jojo tersengih.
Ika yang sedang tunduk
memerhati hujung seliparnya mendongak memandang kawannya itu apabila mendengar
nada yang keluar dari bibir Jojo.
“You jangan Jojo..jangan
nak macam-macam dengan Hana. Kalau I dapat tahu..,” jari telunjuk Ika mula naik
menuding ke arah Jojo.
“Isy!You ni..ke situ pula.
Tak kan la I ni nak pengapa-ngapakan kawan you tu. Dia pun dah jadi kawan I
tau?Tahulah I nak jaga dia macam mana. You tu yang risau tak bertempat,” tingkah
Jojo dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya.
Ika mengangguk-anggukkan
kepalanya.
“Ya la. Maunya I tak risau. Sini KL, bukannya macam kat Utara sana tu.
Macam-macam orang yang ada kat sini. Musang berbulu ayam la, yang berbulu tah
apa-apa tah lagi tu pun Tuhan je yang tahu!,” desis Ika geram sambil menjeling.
Jojo melepaskan tawanya
melihat memek wajah Ika yang serius.
“Sayang..you risau tak bertempat je la. Dia ok dengan I. Setakat ni memang
tak ada apa-apa yang berlaku pun. Kerja semua ok. Kalau dia tertidur, I yang
tolong kejutkan. Langsung tak marah tau?Kalau you tak percaya, tanya dia
sendiri. You tu yang macam tak percaya kat I je..,” jeling Jojo. Nadanya juga
mula berubah.
“Bukan tak percaya..,” Ika
mengerling kepada kawannya itu. Cermin mata hitamnya mula dikenakan semula
menutup sebahagian wajahnya yang mula disimbahi cahaya mentari pagi itu.
“Anak orang duduk dengan
I, wajiblah I risau kan?Dah tu tadi kata lelaki tulen, maunya tak bertambah
risau hati I ni?,” soal Ika mengusik semula Jojo. Dia tahu macam mana hendak
mengambil hati kawannya yang satu itu.
Kelihatan Jojo mula
mengulumkan senyuman semula.
“Mestilah!Tulen tau..you mana tahu,” balas Jojo tidak ingin mengalah.
Tangan kanannya naik menyapu-nyapu bahu apabila dilihat adanya habuk di jakat
hitam kesayangannya itu.
Ika tersenyum melihat
gelagat kawannya yang satu itu. Jojo, Jojo..memanglah gayanya pada hari ini
sudah 100 peratus macam lelaki tapi gaya percakapannya, aduhai..ada lagi
unsur-unsur ‘Jojo’ itu.
“Eh!Tu pun Hana..,” Jojo
menunjuk ke arah pintu dengan dagu. Kelihatan gadis itu yang melemparkan
senyuman buat mereka berdua. Jojo membalas. Ika yang memerhati mula mencubit
lengan lelaki itu.
“Ingat!Jangan nak
macam-macam..,” suara Ika separuh berbisik.
“Sakit tau..You ni kan..,” Jojo mengaduh kesakitan sebaik tangannya diketam
oleh Ika.
“Maaflah Jojo. Dah lama
tunggu?,” sapa Hana sebaik tiba di pintu pagar.
“Tak la. Kejap je. Shall we?,” Jojo menjeling Ika yang masih memerhati
kepadanya.
“Hana, kalau ada Jojo ni
buat apa-apa cakap kat saya ya. Biar saya ajar sikit dia ni!,” desis Ika yang
masih geram dengan tingkah Jojo.
“Isy..mana ada Jojo buat
apa-apa. Dia baik. Baik sangat,” balas Hana jujur sambil tersenyum kepada Jojo
yang turut mengukirkan senyuman buat dirinya.
“Hah!Dengar tu?Jom la
sayang..kalau nak dengar dia ni, esok pun kita tak sampai pejabat lagi. Jom!.”
Satu pintu dibuka untuk Hana.
“Saya pergi dulu ya Ika.
Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam. Ingat!.” Sempat lagi Ika berbisik kepada Jojo yang
sedang menutupkan pintu kereta untuk Hana. Tertawa lelaki itu dengan gelagat
Ika pada pagi itu.
Sebelum kereta dipandu
pergi, sempat Jojo membunyikan hon keretanya kepada Ika yang setia berdiri di
pagar menghantar pemergian mereka berdua dengan pandangan mata.
“Kenapa dengan
korang?Korang bergaduh ke?,” tegur Hana. Bukannya dia tidak perasankan raut
wajah Ika tadi.
“Ish!Tak la. Saja je Ika
tu..,” tertawa kecil Jojo mengenangkan pesanan teman baiknya itu sebentar tadi.
“Oh..kalau tak bergaduh tu
baguslah..,” sambut Hana. Tangannya membetulkan satu bekas tupperware yang
disimpan di dalam beg.
Jojo yang menjeling mula
membuka mulutnya.
“Apa tu?.”
“Saya ada buat sandwich tadi. Bolehlah makan untuk...”
“Eh!Ok juga tu. I pun tak
makan lagi ni..,” sahut Jojo girang. Semata-mata tidak sabar untuk berjumpa
dengan Hana selepas cuti hujung minggu, dia sanggup datang awal ke rumah sewa
Ika dan tidak bersarapan terlebih dahulu.
Hana terjeda. Habis
bekalan makanannya yang dibawa sebagai bekal untuk makan tengah hari nanti.
Ala, Hana tak kan la yang tu pun nak berkirakan?Jojo datang jemput dan hantar
kau balik tiap-tiap hari tak kisah pun?Ya la, ya la.
“Ya la. Jojo nak makan
sekarang ke?Ke nak tunggu sampai pejabat dulu?.”
Jojo terdiam. Yang mana satu pilihan yang terbaik?Hah, dia tahu!
“Teringin juga makan kat
sini tapi tu la..kan I tengah drive ni..,” sengaja Jojo ingin menduga gadis
itu.
“Kalau macam tu tunggulah
sampai kat pejabat nan...”
“Aduh!I bukannya boleh kalau makan lambat-lambat sangat..,” tangan kiri
Jojo memegang perut sebaik kereta berhenti di lampu isyarat.
“La..kenapa tak cakap
awal-awal?Kalau dah tahu gastrik, waktu makan tu kenalah makan..,” Hana mula
membebel. Risau pula hatinya melihat raut wajah Jojo yang berkerut menahan
kesakitan itu.
Bekas tupperware
dikeluarkan dari beg. Penutup mula dibuka dan sekeping sandwich mula diambil.
Jojo yang memerhati mula
tersenyum-senyum. Gastrik?Sejak bila pula kau tu ada gastrik Jojo?Aku tak cakap
pun kan, dah dia yang sangka macam tu, nak buat macam mana?Pasrah je la!
“Nah..makan ni..tak
tahulah kalau sesuai ke tak dengan selera Jojo..,” Hana menghala kepingan
sandwich yang sudah dicarikkan ke arah mulut Jojo. Lelaki itu menerima.
“Ok tak?Pedas sangat?Kalau
pedas, tak payah makan la yang ni. Nanti...”
“Tak, tak..sedap!Memang sedap!,” pantas Jojo bersuara setelah beberapa
ketika mengunyah sandwich yang berinti sardin itu.
“Betul tak pedas ni?Kalau
pedas, tak payahlah nak makan juga. Nanti kalau perut tu lagi teruk siapa yang
susah?,” Hana mula membebel. Risau kalau-kalau sandwich yang dibuatnya itu
terlalu pedas untuk diterima oleh Jojo.
“Tak la. Mana pedas sangat
pun. Nak lagi,” beritahu Jojo sambil meneruskan pemanduannya. Hati mula terasa
senang. Makan pun dah ada orang yang suapkan, maunya tak senang hati, ya tak?
“Kejap ya..,” Hana mula
mencubit lagi sandwich yang berada di tangan sebelum dihalakan ke mulut lelaki
itu.
Jojo yang mengunyah
mengerling Hana yang sedang mencarikkan sandwich yang berada di dalam bekas
tupperware itu. Matanya memerhati penampilan gadis itu yang kini sudah seminggu
bekerja bersama-sama dengannya. Masih lagi berbaju kurung, pashmina dan kasut
leper.
“Nak lagi tak?Ke Jojo dah
kenyang?,” suara Hana membuatkan Jojo sedikit tersentak. Ya la, orang tengah
mengelamunkan?
“Nak, nak..,” Jojo
tersengih. Sengaja kereta dipandu secara mendatar. Tidak laju seperti biasa
tetapi tidak juga terlalu lambat. Biarkan masa berlalu begini. Dia ingin terus
menikmati saat dan detik ini. Seronok juga ya kalau makan disuapkan?Sudahlah
disuapkan, Hana pula yang menyuapkannya!Aku ada, kau ada?
Sebaik kereta diparkirkan,
Jojo bergegas menuruni kereta untuk membukakan pintu kereta buat Hana.
Pembantunya yang sedang menutup bekas tupperware itu memandangnya dengan dahi
yang berkerut.
“Jojo, lain kali tak payahlah
nak buat macam ni. Saya tahulah nak buka pintu sendiri,” ujar Hana apabila
beriringan dengan lelaki itu menuju ke lif.
“La..you tak suka ke
sayang I buat semua tu?Tadi pun you tolong suapkan I, apa salahnya I tolong
you?,” tukas Jojo bagaikan tidak bersetuju dengan kata-kata Hana. Wah!Gentleman
la sangat kan kau Jojo?Dengan Ika tak pula. Er..ya ke?Ah, biarlah!
“Bukannya salah tapi saya
kan boleh buat sendiri.”
“Tak kira, tak kira..,” jari telunjuk Jojo digoyang-goyangkan dengan nada
manjanya itu.
“I tetap akan buat
tau...Oh!By the way hari ni ada seorang model lagi tau yang akan datang buat
photoshoot. Model yang ni you tak pernah jumpa lagi. Nanti I kenalkan ya,” ucap
Jojo cuba mengubah haluan bicara mereka.
“Iya?Model ni terkenal
juga ke macam model-model minggu lepas tu?Tapi kan Jojo...”
Jojo yang mengamati wajah
Hana itu terus melangkah lebih dekat dengan Hana. Terasa bagaikan adanya
tarikan magnet yang terus menarik langkahnya ke arah gadis itu. Entah apa yang
sedang diluahkan oleh pembantunya itu pun langsung tidak menusuki deria
pendengarannya. Kalau dia biasa melihat rambut para model ditiup angin ketika
sesi fotografi, kali ini dia sedang melihat pashmina Hana yang bagaikan dibuai
bayu lembut. Selembut personaliti Hana. Selembut percakapannya. Selembut
rambut..wait!Kau ni dah angau tahap kronik dah ni Jojo!
“Jojo dengar tak
ni?Jojo..,” Hana terkebil-kebil memandang Jojo yang tersenyum memanjang
kepadanya. Hana menunduk melirik dirinya sendiri. Ada apa-apa yang tak kena ke
dengan pemakaiannya hari ini?Biasa saja rasanya. Hana menoleh semula kepada
Jojo yang berdiri di sisinya. Eh!Dekatnya. Hana mengambil beberapa tapak ke
belakang.
“Jojo..dengar tak apa yang
saya cakap ni?Jojo!,” Hana menguatkan suaranya apabila Jojo tidak memberikan
respons.
“Hah!Kenapa?Kenapa?Lif
rosak ke?Tolong!Tolong!.”
Ei!Boleh pula la si Jojo ni berangan dalam lif. Hana mencebikkan bibirnya.
“Nak rosak apa
bendanya?Saya cakap tadi, model hari ni, baik tak macam model-model yang minggu
lepas tu?,” Hana mengulangi semula soalannya yang masih belum berjawab.
“Oh!Tadi Hana tanya yang
itu?.” Eh, eh!Jojo, kenapa kau panggil dia Hana?Selalu tu bukan istilah-istilah
yang biasa tu ke digunakan?
“Ehem, ehem...,” Jojo mula berdehem setelah sedar Hana
sedang memberikannya riak wajah yang kehairanan. Tiun asal harus diguna semula!
“Er..you tanya apa tadi sayang?Oh!Pasal model kan?,” Jojo
mula kaget.
“Hmm..baik tak model
ni?Model terkenal juga ke macam yang lepas-lepas tu?.”
“Hmm..,” Jojo menggumam panjang sebelum memberikan jawapan.
“Well, I rasa this one
lagi famous kut dari yang lepas-lepas tu. Walaupun yang lepas-lepas tu
dikenali, model yang ni memang lebih dikenali berbanding yang lain-lain tu.
Demand untuk dia pun banyak. And so far kalau bekerjasama dengan dia memang tak
ada masalah,” terang Jojo panjang lebar.
Hana hanya menganggukkan
kepalanya.
“Maksudnya dia baiklah kan?.”
“Yup!Memang tak ada
masalah punyalah. Kenapa you tanya?.”
“Tak la. Hari tu Bad ada cerita sikit pasal perangai-perangai model ni...”
“Tak la. Hari tu Bad ada cerita sikit pasal perangai-perangai model ni...”
Pintu lif terbuka sebaik
tiba di tingkat 16.
“Apa yang Bad cakap?Dia tu memang..suka bergosip, you jangan tak tahu!,”
ujar Jojo sambil berbisik kepada Hana. Risau pula kalau perbualan mereka
didengari oleh mana-mana pihak. Di Fabuloustar, silap-silap dinding dan kerusi
meja pun ada telinga tau!
“Bukan gosiplah tapi benda
yang betul. Pengalaman dia sendiri. Dia cakap, sesetengah model yang pernah
bekerjasama dengan dia dulu tu bersikap diva. Sebab tu saya tanya tadi model ni
ok ke tak,” jawab Hana jujur dengan apa yang pernah diberitahu kepadanya oleh
Bad.
“Well, itu memanglah tak
dinafikan. Memang ada yang macam tu. Macam-macam perangailah yang jenis tu.
Ei!Tak kuasa nak layan tau..,” Jojo mencebikkan bibirnya.
“Ada jugakan perangai
macam tu?,” tokok Hana yang melangkah menuju ke arah studio. Sudah seminggu dia
berkhidmat di situ, dia sudah memahami tugasannya. Segala peraturan yang
ditetapkan oleh pihak syarikat juga sudah boleh difahami dan diterima. Jojo
yang ingin menghala ke arah pejabat mula menyedari Hana yang sudah tiada di
sisinya.
“Sayang..sini la dulu.
Temankan I kejap masuk pejabat,” panggil Jojo.
Terbantut langkah Hana yang sudah diatur. Melihatkan Jojo yang masih
tercegat di situ, dia mula melangkah.
“Morning Erin!,” tegur
Jojo sebaik menjejakkan kaki ke dalam pejabat yang berhawa dingin itu. Gadis
yang berada di kaunter itu menoleh ke arah mereka berdua.
“Morning..korang ni dari
minggu lepas lagi datang sama-sama, balik pun sama-sama, ada apa-apa ke?,” Erin
mengangkat keningnya kepada Hana dan Jojo yang saling berpandangan.
“Jangan sibuklah!You buat
je kerja you tu. By the way, ada tak apa-apa surat untuk I?,” soal Jojo. Hana
hanya membatukan diri. Bukan dia tidak tahu gadis itu tidak suka kepadanya
sejak hari pertama dia menjejakkan kaki di syarikat ini.
Erin yang memerhati
penampilan Hana mula mencebikkan bibir. Apa saja yang si Jojo ni nampak kat
budak kampung tu?Ah!Tak kisahlah. Yang penting, di Fabuloustar ni dialah
pekerja yang paling vogue!Walaupun hanya kerani biasa merangkap penyambut
tetamu je tau!
“Surat untuk you
tak ada tapi I dapat faks dari agen, cakap yang model diaorang tu tak jadi nak
datang hari ini. Tak sihat.”
“What?!Pagi ni baru
diaorang nak cakap?Habis tu..”
“Kejap, kejap..You ni pun sabarlah sikit. I tak habis cakap lagikan?,”
jeling Erin apabila menerima respons Jojo.
“Ya la, maunya I tak
kalut. Siapa yang nak jadi model hari ini?.”
“Diaorang faks kat kita petang semalam. I ingat nak contact you tapi you
kan tak suka diganggu selepas waktu kerjakan?Tapi you jangan risau, kejap lagi
model yang akan ganti untuk photoshoot tu akan datang,” beritahu Erin.
“Siapa?,” nada Jojo masih
tidak berubah. Hana memerhati riak wajah yang serius itu seiring dengan
nadanya.
“Well, siapa lagi?You pun
tahukan..,” meleret senyuman Erin.
Jojo mula menoleh kepada
Hana.
“Kenapa Jojo?.”
Lelaki itu menggelengkan
kepalanya seraya memulakan langkah. Hana yang memerhati tercengang-cengang
seketika sebelum dia sendiri melangkah keluar dari pejabat itu.
“Apa yang tak kena ni?,”
bisiknya sambil mempercepatkan langkah untuk menyaingi langkah Jojo yang sudah
ke depan.
“Jojo!Tunggulah. Kenapa
ni?.” Langkah cuba dilajukan lagi. Kenapa agaknya dengan Jojo tu?Risau sangat
agaknya?
Sebaik memasuki studio,
Hana memerhati tingkah Jojo yang bagaikan cacing kepanasan sebaik meletakkan
begnya di atas sebuah meja.
“Kenapa ni Jojo?Ada
apa-apa yang tak kena ke?,” tegur Hana yang mula berasa risau. Kalau ikutkan
kata Erin tadi, sudah ada model yang akan jadi pengganti, kenapa pula reaksi
Jojo sebegini pula?
“Er..tak..tak ada apa-apa.
I baru teringat yang I nak kena buat satu panggilan. Urgent!,” tutur Jojo
sebelum berlalu keluar.
Hana yang masih lagi
berdiri termangu-mangu seorang diri. Sebaik sosok tubuh lelaki itu sudah tidak
lagi kelihatan di pandangan matanya, Hana mula berlalu ke bilik wardrobe.
Sebelum melangkah masuk,
suis lampu dipetik. Bilik yang tadinya gelap mula disimbahi cahaya lampu. Hana
tersenyum berpuas hati apabila melihat keadaan bilik itu sama seperti apa yang
ditinggalkannya dua hari yang lalu.
Dia mula mengatur langkah
ke arah rak pakaian. Hana memerhati helaian-helaian pakaian yang dilindungi
dengan plastik. Ada juga pakaian-pakaian yang disimpan rapi di dalam sarung
pakaian yang berzip.
Hana mula mencapai satu
penyangkut yang berada di rak itu. Zip yang tadinya menutup kemas, ditarik
perlahan-lahan. Sehelai maxi dress yang berona merah jambu kini tertayang di
depan mata.
“Cantiknya!.” Tangan Hana
menyentuh fabrik yang lembut itu. Sesuailah dengan tema fotografi yang bakal
dijalankan pada hari ini iaitu romantik.
Puas membelek maxi dress
yang diterima oleh pejabat Fabuloustar sejak minggu lepas, Hana menyimpan
kembali baju tersebut ke dalam kain pelindungnya. Zip kembali ditarik dan
pakaian tersebut kembali disangkut ke rak.
Beberapa aksesori yang
tersusun kemas di atas meja solek dipandang Hana. Alat solek juga semuanya
sudah tersedia. Semuanya hanya menunggu tindakan lanjut daripada jurusolek,
penggaya rambut dan juga Jojo.
Hana tersenyum berpuas
hati. Tidak sabar rasanya untuk memulakan pekerjaan pada hari ini. Pekerjaan
yang pada mulanya, dia sendiri tidak sangka akan disukainya.
“Mana Jojo ni?.”
Kelibat lelaki itu yang masih belum kelihatan di bilik wardrobe, memaksa Hana mengatur langkah keluar semula untuk
menjejaki Jojo. Baru sahaja hendak menuju ke pintu, kelihatan pintu terlebih
dahulu ditolak dari luar.
Hana mengukirkan senyuman.
“Lamanya Jojo telefon tadi. Call sia...”
Seseorang yang baru muncul
mematikan kata-kata Hana yang ingin diluahkan. Tidak. Tak mungkin! Hana
terlopong setelah orang tersebut mula menanggalkan cermin mata hitamnya.
“What?!Kau?.” Suara itu
menerjah pendengarannya. Hana cam benar suara itu.
Hana menelan air liur. Kenapa?Kenapa di saat dia sudah
sukakan kerjanya dia harus bertemu dengan orang yang berada di depan matanya
kini?Senyuman sinis yang diberikan kepadanya hanya membuatkan Hana bertambah
debar dengan kenangan yang automatik tertayang di dalam minda.
BEST.
ReplyDeletetq baby mio ;-)
ReplyDeletejojo..lucky guy.:)
ReplyDeletesiapakah???
ReplyDelete