“Macam ni rupa-rupanya..,” bisik Hana apabila melihat apa yang sedang
berlangsung di depannya. Semua benda ini kelihatan begitu asing buat dirinya
yang baru masuk dua hari bekerja di syarikat penerbitan majalah fesyen itu.
Kelihatan dua orang model
yang sedang memperagakan busana-busana dari jenama antarabangsa dan juga
tempatan yang ditata oleh Jojo sebentar tadi sebelum berlangsungnya sesi
fotografi itu. Turut memerhati adalah Bad yang bertindak sebagai Pengarah
Kreatif di syarikat tersebut.
Hana yang berdiri beberapa
tapak di belakang Jojo hanya menjadi pemerhati setia sedari tadi. Suasana yang
dirasainya tidak ubah seperti rancangan America Next Top Model di kaca TV yang
pernah disaksikannya. Kenapa?Tak percaya?Percayalah yang Hana ini pun pernah tonton
rancangan tersebut. Dia mengenakan baju kurung tak bermaksud dia langsung tak
tahu perkembangan dunia fesyen dan hiburan, okay!
Sekarang, dia mulai faham
sedikit demi sedikit. Apa yang akan dilakukan oleh Jojo adalah lebih kepada
pakaian-pakaian yang akan dikenakan oleh para model. Manakala, Bad akan lebih
kepada gaya yang diberikan oleh para model sewaktu sesi fotografi. Kalau ada
yang dirasakan tidak kena, lelaki itu akan menegur. Pendek kata, kerjanya
berkait rapat dengan kerja Jojo.
“Ok girls!Wrap!Thank
you!.” Suara Bad menarik perhatian Hana yang leka memerhati setiap seorang dari
mereka yang sedang menjalankan tugas masing-masing. Sempat matanya mengerling
kepada Imran, jurugambar yang kelihatan sedang menganggukkan kepalanya berpuas
hati dengan hasil yang ditatap melalui komputer ribanya yang dihubung terus
kepada kamera.
“This one is good,”
kedengaran suara Jojo memberikan pendapat sambil jarinya menunjuk kepada gambar
model yang kelihatan di komputer riba.
Hana memandang pula kepada
model-model yang mula melangkah ke bilik wardrobe.
Dia mula memandang sekeliling. Kini, hanya dia satu-satunya perempuan di situ.
Krew-krew yang bertanggungjawab dengan peralatan fotografi seperti lampu dan
sebagainya semuanya adalah lelaki. Dia yang kini sudah berada di jendela studio
terus membatukan diri. Hanya matanya yang bergerak memerhati mereka yang masih
berada di dalam studio itu.
“Ok. Nanti you bolehlah
serahkan salinan gambar-gambar ni kat I ya,” Bad memandang kepada Imran yang
masih lagi setia menatap hasil kerjanya sebentar tadi di komputer riba.
“Boleh, tak ada masalah.
Bila you nak bagi kat bahagian grafik?.”
“As soon as I dapat dari you. Sebab nanti mesti graphic designer nak edit
lagi kan this pic?Then nak bagi kat pihak editorial pula.”
Jojo yang mengerling
pandang ke arah Hana menghadiahkan senyuman kepada pembantunya itu. Untung saja
kini dia sudah mempunyai gadis itu yang boleh diharapkan untuk menolongnya. Apa
yang perlu diajar adalah agar Hana lebih mengenali jenama-jenama busana dan aksesori
yang sering digunakan untuk menata rias model-model. Senanglah nanti kalau dia
inginkan bantuan gadis itu untuk mencari jenama yang dikehendaki di antara
puluhan jenama yang sedia ada.
Jojo mula menapak ke arah
pembantunya itu.
“Kenapa ni?You menung apa kat sini?Ingatkan boyfriend you kat Kedah sana
ke?,” usik Jojo. Sesekali dia menoleh ke belakang memerhati Bad yang masih lagi
berbual dengan Imran.
“Ish!Mana ada Jojo. Saya
tengok macam mana setiap seorang kat sini buat kerja masing-masing. Sambil-sambil
tu, tengok yang ni juga..,” Hana menunjukkan sebuah fail yang berada di
tangannya kepada Jojo.
Jojo yang melihat cuma
tersenyum. Fail yang mengandungi ribuan gambar busana dan aksesori dari
pelbagai jenama itu adalah koleksi peribadinya yang dipinjamkan kepada Hana
agar gadis tersebut dapat lebih mempelajari dunia fesyen.
“Really?So apa yang you
faham?,” duga Jojo.
“Er..setakat ni, apa yang saya tahu kadang-kadang satu-satu fesyen tu akan
berputar. Maksud saya akan berulang. Contohnya macam ni..,” Hana menunjuk
kepada satu halaman yang penuh dengan gambar cermin mata hitam.
“Kenapa dengan yang ni?,”
Jojo terus menduga.
“Ya la. Dulu tu cermin mata hitam berbingkai besar ni jadi fesyen waktu
60-an, 70-an..tapi sekarang dah jadi ikutan sekali lagi, betul tak?,” Hana
mengangkat kening.
Jojo menganggukkan
kepalanya dengan senyuman yang kian melebar.
“Cepat you belajar!,” satu suara mencelah. Kelihatan Bad yang sedang
menyarungkan jaket ke tubuhnya melemparkan senyuman kepada mereka berdua.
“You tahu siapa yang
mulakan balik trend ni?,” Bad mengajukan soalan.
Hana terdiam sejenak. Terasa bagaikan dirinya ditemuduga oleh kedua-dua
lelaki itu. Temuduga?Aaron Aziz!Malu, malu!
Mata dipejamkan
seketika untuk cuba mengingati satu artikel yang pernah dibacanya ketika
menggunakan servis ‘Google’ dulu.
“Er..kalau tak salah saya,
saya pernah baca dulu tu, pasangan kembar Full House tu, Mary Kate and Ashley
Olsen,” jawab Hana.
Jojo mengerling kepada Bad
sambil mengangkat kening. Hana hanya memerhati kedua-dua lelaki itu yang saling
bertentang mata. Adus!Salah ke jawapannya tadi?
“Right!Tak sia-sia Jojo
hire you untuk tolong dia. Terus belajar and lama-lama nanti, you akan faham
yang you don’t have to be like..you know..plastic!,” suara Bad seakan-akan
berbisik kepada mereka berdua.
“Plastik?,” Hana
mengerutkan wajahnya.
“Ya, plastik. Semata-mata nak ikut fesyen, you change to be someone else.
Ok la, I pun nak kena gerak sekarang ni. Guru dah ada depan you ni hah..,” Bad
memeluk bahu Jojo sambil tersenyum.
“Apa yang tinggal, you
korek je semua rahsia dari dia ni okay?I pergi dulu, bye dar...”
Belum pun sempat Bad
hendak memberikan pelukannya kepada Hana setelah kedua-dua tangannya didepakan,
Jojo mendahului terlebih dahulu. Nak sangat peluk kan?Nah!Peluk puas-puas!
Hana yang kaget tadi
merasa lega setelah melihat Jojo yang dipeluk oleh Pengarah Kreatif itu.
Ingatkan dirinya akan menjadi mangsa kepada budaya yang dilihat sudah menjadi
satu kebiasaan buat segelintir warga kota.
“Bye darling!,” Bad
mengangkat tangan sebelum melangkah. Hana cuma memberikan senyumannya kepada
lelaki itu.
Sudahlah senang-senang nak
memeluk orang, lagi satu kenapa dia orang ni suka sangat menggunakan istilah
‘sayang’, ‘darling’ dan semua tu?Bukan dia tidak nampak bagaimana model-model
tadi memeluk dan mencium pipi sesama Bad dan Imran sewaktu tiba di studio pagi
tadi. Walaupun sekadar sapaan dan bukannya bertujuan lain, tapi semua itu
kelihatan janggal di pandangan matanya yang tidak biasa dengan budaya sebegitu.
“Hei..apa yang you fikir?Bad
dah balik pun!,” Jojo mencebikkan bibirnya. Matanya mula menjeling sambil mula
membuang pandangan ke luar tingkap memerhati bandaraya Kuala Lumpur yang tidak
pernah sunyi.
“Jojo cemburu eh?,” Hana
mula mengusik apabila melihat raut wajah masam lelaki itu. Baru dua hari mereka
berkenalan tapi dia senang berdamping dengan Jojo. Mungkin kerana sikap lelaki
itu sendiri yang mudah mesra?Entahlah.
“Eii!Mestilah tak. Mana
ada I cemburu. Tak kuasalah,” tingkah Jojo manja. Mata terus menjeling
mengharapkan respons dari pembantunya itu.
“Saya pun gurau je la. Nak
cemburu apanya kan?Saya tahu kalau Jojo nak, tu..model-model tu kan ada, ya
tak?,” balas Hana sambil memuncungkan mulutnya ke arah bilik wardrobe. Fail yang berada di tangan
disingkap kembali.
Jojo yang berdiri
bertentang dengan Hana mula melirik ke arah gadis itu. Hari kedua dan
penampilan gadis itu masih lagi seperti semalam. Baju kurung dan pashminanya.
Apa yang berbeza adalah warnanya. Bahkan, kasut yang dikenakan juga adalah
kasut leper berwarna hitam semalam.
Jojo menapak setapak ke
hadapan agar lebih dekat dengan Hana. Dalam tak sedar, tangan kanannya naik
menyentuh kepala pembantunya itu.
“Kenapa Jojo?!,” soal Hana
yang tersentak.
“Er..ehem..tu hah..tadi ada benang apa tah. I tolong buangkan.” Mujur tidak
salah tiun kali ini. Gatal la kau Jojo!Benanglah sangatkan?
“Oh..thanks!,” ucap Hana
sebelum kembali menatap fail di tangan. Kenapa susah sangat nak kawal diri kau
tu Jojo?Susah macam ni!
Dalam tak sedar, studio
yang sejak paginya sibuk dengan agenda masing-masing di situ, kini mulai sunyi
sepi. Hanya Hana dan Jojo yang masih berada di situ. Jojo yang sedang
menyangkut sehelai skirt di rak pakaian, mula menoleh sekeliling di bilik wardrobe.
“Mana pula dia pergi?.”
Kelibat Hana tidak kelihatan di situ. Tangannya terus bekerja menyangkut satu
persatu busana yang dipinjamkan untuk mereka bagi sesi fotografi tadi. Semuanya
harus berada di dalam keadaan asal sebelum dipulangkan semula kepada pemilik
jenama tersebut.
Selesai melaksanakan
tugasannya, Jojo mula melangkah keluar dari bilik wardrobe sebaik suis lampu ditekan bagi memadamkan semua lampu yang
menerangi bilik tersebut.
Sebaik pintu ditutup,
kelibat Hana yang duduk sambil menyandarkan kepalanya di jendela kaca studio
itu membuatkan Jojo mula mengorak langkah perlahan-lahan. Panel tingkap empat
segi sama yang lutsinar itu jelas mempamerkan keindahan bandaraya KL di waktu
malam.
“Say...” Jojo memendamkan
kata-katanya yang baru ingin dilontarkan untuk mengejutkan Hana. Niat hatinya
tadi ingin membuatkan gadis itu terperanjat dengan kedatangannya secara
tiba-tiba di situ.
“Tak kan dah tidur?,”
bisik Jojo sendirian. Raut wajah itu dicuri pandang lagi.
Kelihatan Hana yang sudah terlelap sambil menyandarkan kepalanya di
tingkap. Fail miliknya masih lagi berada di dalam tangan pembantunya itu.
“Dia memang macam tu. Kalau dia tertidur waktu kerja nanti, you jangan
marah ya. Tolong kejutkan. Kejap je dia tidur tu. Nak bangun pun senang.”
Kata-kata Ika yang pernah
diberikan kepadanya membuatkan sebelah tangan Jojo mulai naik. Baru sahaja
hendak menyentuh bahu Hana, hajatnya itu ditangguhkan. Jojo mula memerhati
sekeliling.
“Bukannya ada apa-apa
kerja pun kan?.” Kalau tak ada kerja, kenapa dia harus mengganggu tidur gadis
itu?Habis tu, tak payah balik rumah?Nak bertapa kat studio Fabuloustar ni?
Jam dikerling. Hampir ke
pukul 8.15 malam. Kejap lagilah Jojo. Awal lagi kan?Jojo mula mengambil tempat
bertentangan dengan gadis itu. Tidak berkedip matanya menatap raut wajah Hana.
Sebelah tangannya mula naik sekali lagi.
Wait!Apa yang aku nak buat
ni?Jojo menarik semula tangannya. Mata menjalar sekeliling studio lagi. Memang
tak ada sesiapa. Hanya dia dan pembantunya itu sahaja yang berada di situ.
Ah!Tak ada sesiapa kan?Nak tunggu apa lagi?
Tangan kanan yang tadinya
diturunkan mula naik kembali dan dibawa ke arah kepala gadis itu. Jojo mula
mengusap perlahan kepala yang dilitupi pashmina biru lembut itu. Bibirnya mula
tersenyum melihat gadis itu yang nyenyak tidur.
Jojo mengesot lebih dekat
dengan pembantunya.Wajahnya turut didekatkan dengan wajah Hana. Apa ni Jojo?Apa
yang kau nak buat ni?Dia ni budak baik tau!Ala, bukannya aku nak buat apa-apa
pun kan?
“Love you..,” bisiknya
perlahan di telinga Hana. What?!Kau sedar tak apa yang kau cakap ni wahai
Jojo?And the most important thing is, kau sedar tak siapa diri kau?J.O.J.O,
Jojo!Kehidupan kau sebelum ini...
Jojo yang bagaikan dilamun
mimpi tersentak. Tangan yang sedari tadi leka mengusap kepala gadis itu
terhenti. Wajah Hana direnung. Gadis itu amanah Ika kepadanya. Dia tidak boleh
merosakkan kepercayaan Ika, kawan baiknya sendiri. Paling penting, dia tidak
boleh membawa Hana ke ‘dunia’ yang satu lagi itu. Tak kan! Hana bukannya
perempuan seperti itu, dia tahu.
Kelopak matanya mula
digenangi air. Kenapa susah sangat nak lupakan masa silamnya itu?Kenapa?Kalau
boleh dia ingin padam terus semua itu. Padam sehingga tiada apa lagi yang
tinggal. Biar apa yang ada kini hanya dia dengan Hana. Dia sukakan gadis itu.
Tidak, lebih dari suka. Dia sayangkan Hana. Malah, lebih dari sayang. Cinta?
Ya, cinta!Jojo, baru dua
hari kau cakap kau dah cinta?Yang sebelum-sebelum ni?Arghh!Jojo mula
berserabut. Agak-agak, kalau dia berterus-terang dengan Hana, adakah gadis itu
akan menerima?Apa pula anggapan Hana kepada dirinya nanti?
best nak lagi.
ReplyDeletetq baby miosudi lagi komen ya..luv u;-)hehe..
ReplyDeletealamakkk~!! jojo.. jojo.. kesian.. ish.. ish..
ReplyDelete