Hana terpacak bagaikan patung memerhati gelagat Jojo yang sibuk memilih
beberapa helai pakaian dari berpuluh-puluh helaian yang ada di depan mereka.
Tidak, bukan berpuluh-puluh. Mungkin mencecah ratusan helaian.
“Banyaknya Cik Jo!.” Mata
Hana sudah dirasakan berpinar melihat semua pakaian dari pelbagai jenama
tempatan dan juga antarabangsa. Hanya satu atau dua sahaja yang biasa
didengarinya. Selebihnya itu, kirim salam saja la!
“Jojo sayang, Jojo.
Biasakan diri you untuk panggil I Jojo ya,” tingkah Jojo sambil menjeling
sekilas kepada Hana yang berdiri di belakangnya.
“Sorry Cik Jo. Eh!Jojo,”
balas Hana. Matanya terus merayap memerhati bilik yang besar itu. Bukan setakat
pakaian, beg tangan, kasut malah pelbagai aksesori dan alatan make up juga
turut ditempatkan di situ. Semuanya disusun rapi di tempat masing-masing. Kalau
macam inilah gayanya, boleh dijual ini. Memang sudah boleh buka shoping mall
ni!Merepek kau Hana. Jadilah macam si Mail dalam Upin dan Ipin tu kalau nak
kena saman dengan Fabuloustar!Semua benda kau nak jualkan?
“So, Cik...”
Jojo yang tadinya sibuk memilih beberapa helai pakaian mula mengangkat muka
memandang ke arah Hana. Matanya dikecilkan.
“Er..maksud saya Jojo, so
apa yang saya nak kena buat?.” Hana mula melepaskan soalannya. Tak kan la dia
hendak duduk di situ dan hanya memerhati sepanjang hari tanpa melakukan
sebarang pekerjaan?Nampak sangat nak makan gaji buta!
“Hah!Macam tu la. Jojo..,”
ungkap Jojo dengan nadanya yang unik itu. Uniklah tu buat lelaki macam Jojo!
“Kerja you kena tolong I.
Ni..tengok ni..banyak tau,” Jojo mula mencebikkan bibirnya. Adus!Manja betul la
penata fesyen yang seorang ni. Hana yang memerhati tingkah lelaki itu cuma
tersenyum.
“Ya la tapi apa yang saya
nak kena buat?Saya tak fahamlah semua ni.” Hana membuat pengakuan jujur. Semua
ini dirasakan terlalu asing buat dirinya. Sudahlah tempat ini dan orang-orang
yang baru ditemuinya dirasakan pelik, skop kerjanya juga dirasakan tersasar
jauh dari apa yang pernah dipelajarinya dahulu.
Jojo yang sedang mencapai
sehelai dress dari penyangkut baju, menoleh kepada Hana. Raut wajah gadis itu
direnung. Lambat-lambat bibirnya mula tersenyum.
“Er..kenapa cik?Ada
apa-apa yang tak kena ke?.” Hana mula berasa cuak. Sudahlah di dalam bilik itu
hanya ada mereka berdua manalah tahukan kalau-kalau si penata fesyen ini
fikirkan yang bukan-bukan pulak pasal dirinya. Ish!Tak kanlah Hana?Kau ni. Dia
ni Jojo kut?Jojo tau!
“Err..tak. I mean..,” Jojo
mula menggelabah. Dia cuba menyusun ayat yang ingin dilontarkan. Dia yang tadinya
memandang dress yang berada di tangan, mula menjeling kepada Hana yang masih
lagi merenung kepadanya. Kenapa terasa sesuatu ya?Renungan mata gadis itu tepat ke dalam matanya. Dress yang
dipegang disangkut semula ke penyangkut. Hana yang memerhati mengerutkan
wajahnya.
“Eh Cik Jo!Tadi bukan nak
ambil ke baju tu?Kenapa digantung balik tu?,” tegur Hana. Walaupun dia tidak
tahu sangat perihal kerjanya tapi manalah tahu kalau-kalau pakaian itu penting
untuk kerja Jojo ni kan?
“Oh!Ya, ya..yeah!My bad!.”
Jojo tersengih. Come on Jojo!Kenapa dengan kau hari ini?Apa yang tak kena?Dress
yang baru disangkut mula dicapai semula. Wajah Jojo menunduk memandang dress
Dolce & Gabbana yang berada di tangannya. Aduhai!Malu mengalahkan anak dara
betul si Jojo ni!
Matanya mula mencuri
pandang Hana yang kini sudah pun duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan
cermin. Di situlah tempatnya di mana model-model akan disolekkan sebelum
menjalani sesi fotografi.
“Banyaknya!,” gumam Hana
perlahan. Sebatang lipstik yang terdapat di meja solek itu dicapai. Jojo yang
memerhati dari tempatnya cuma tersenyum. Dari tutur bicara gadis itu, dia boleh
rasakan yang kawan kepada kawan baiknya itu adalah seorang yang jujur. Sudahlah
jujur, sopan pula tu. Bukannya hipokrit seperti kebanyakan mereka yang berada
di dalam industri yang sama dengan dirinya. Tak lah semua tapi adalah juga!
Jojo mula menapak ke arah
Hana. Leka betul gadis itu memerhati semua alat make up yang berada di situ
sehinggakan tidak sedar dia yang sudah berdiri di belakang.
“Sayang..,” tangan Jojo
naik memegang kedua-dua bahu Hana.
“Cik Jo!,” terkejut Hana
dengan sentuhan yang tidak disangkakan itu. Lipstik yang sedari tadi selamat
berada di tangannya kini sudah selamat berada di atas lantai.
“Sorry, sorry!I bukan
sengaja nak takutkan you. You terkejut ke?,” soal Jojo sambil menunduk mengutip
lipstik yang sudah patah itu.
“Alamak!Matilah saya Cik
Jo. Tengok..nanti...”
“Sshh!,” jari telunjuk Jojo naik mengisyaratkan Hana agar diam. Hana mula
mengetap bibir.
“Benda ni bukan berapa sen
sangat pun,” ujar Jojo sambil mencampakkan lipstik tersebut ke dalam bakul
sampah di sisi meja solek. Sehelai tisu ditarik daripada sebuah kotak yang
turut berada di atas meja untuk mengesat tangan yang comot dengan warna lipstik
berkenaan.
Hana yang masih lagi duduk
di kerusi hanya memerhati tingkah lelaki itu. Jojo yang kembali berdiri di
belakangnya menuding ke dalam cermin di depan mereka berdua.
“Tengok...”
Terkebil-kebil mata Hana memandang ke dalam cermin. Kalau tadi hanya
wajahnya yang kelihatan, kini wajah lelaki itu yang mulai membongkok dari
belakangnya turut terbias di sisi kanan wajahnya.
Jojo memerhati raut wajah
Hana yang mempamerkan riak kehairanan. Tangannya kini diletakkan di kerusi
setelah menyedari tindakan refleks gadis itu yang menarik bahunya dari
tangannya sebentar tadi. Bukan dia ingin mengambil kesempatan pun tapi dia
sudah terbiasa menyentuh model-model yang bekerjasama dengan dirinya sebelum
ini.
“Ke..kenapa?,” soal Hana
gugup. Sudahlah tadi pegang-pegang orang, nak suruh tengok ke dalam cermin pula
sekarang. Ish!Pelik betul Jojo ni.
“Apa yang I nak cakap
tadi, I boleh ubah you. Ubah you untuk jadi cantik, malah mungkin lebih cantik
dari perempuan-perempuan yang ada kat sini. Tu..Erin tu..,” Jojo mula hendak
bergosip!
“You ingat sedar-sedar je
dia terus jadi macam tu ke?Dulu, dia tu lagi worse dari you tau!Siapa yang ubah
dia kalau bukan I?And now I want to do the same thing for you. How about
that?Jangan risau. Kita kekalkan imej you yang bertudung ni tapi...”
“Er..Cik Jo. Maksud saya
Jojo..,” Hana menarik nafas. Macam menarik juga tawaran yang dibuat oleh Jojo
ni kan tapi bukankah dia ke sini untuk bekerja?
“Tapi apa darling?You tak
suka?Hmm?You know what..I’m the best in town. Siapa yang tak kenal dengan
I?And...”
“Saya tahu Jojo yang
terbaik,” Hana cuba menyusun ayat. Matanya melihat lelaki itu yang mula
mengukirkan senyuman di dalam cermin.
“Mestilah!Jojo tau!.”
“Tapi kalau nak kena ubah
semua tu, rasanya buat masa sekarang tak payahlah. Lagipun mesti semua barang-barang
tu mahal kan?Manalah saya mampu. Kalau dapat bertahan kerja kat sini pun dah
lebih dari cukup. Dapat juga balas jasa mak dengan ayah saya kat Kedah sana tu.
Dan paling penting kalau Jojo sanggup ajar saya dan bersabar dengan saya, itu
yang saya nak. Bukan nak ubah-ubah ni. Lagipun saya bukannya model,” terang
Hana satu persatu.
Kalau tadi melalui cermin,
kini Hana mula menoleh memandang raut wajah lelaki itu yang hanya beberapa
sentimeter dari wajahnya.
“Boleh?” soal Hana penuh
mengharap sambil mengangkat kening. Jojo yang ikut bertentang mata dengan gadis
itu mula terasa keras lidahnya untuk menjawab. Kenapa ni Jojo?Tak kan lah gadis
kampung macam ni pun buat kau susah nak jawab kut?Bahulu betul!
“Belum pernah tau ada
orang reject my offer,” balas Jojo setelah beberapa ketika. Kalau perempuan
lain, pantang ditawarkan mesti menggedik nak terima. Siapa yang tak nak kalau
percuma kan? Kenapa dia ni tak nak pula?Pelik!
“Ala..janganlah macam tu
Jojo,” tingkah Hana. Naik kedua-dua tangannya memegang lengan lelaki itu.
Eh!Dia pegang aku ke?Dia pujuk ke ni?Seronok juga ya!Jojo yang mengerling
pura-pura tak ambil kisah.
“Saya..er..maksud saya
tadi, ajarlah saya bab-bab kerja ni. Nak ubah-ubah ni nanti-nanti pun
bolehkan?Kan?,” lengan Jojo mula digoncang agar dapat menarik perhatian lelaki
itu. Ala, kenapa terasa lemah pula dengan aku ni?Pegang lengan sikit dah nak
mengalah ke?Tak boleh, kena jual mahal ni!
“Janji?,” Jojo menjeling
manja. Pulak!Itu yang terkeluar dari mulutnya.
“Hmm..janji,” Hana menganggukkan kepalanya. Merajuklah pula lelaki ini. Tak
pasal-pasal kena berjanji bagai! Lengan lelaki itu dilepaskan. Matanya kembali
menatap pelbagai jenis alat solek yang terdapat di meja itu.
“Tapi hari ni you kena
makan dengan I. I tak habis marah lagi ni,” suara Jojo menusuki pendengaran
Hana.
“Hah?!Bila?.” Macam-macam
betullah perangai si Jojo ni.
“Nantilah. Bila kita dah habis kerja,” sahut Jojo yang sudah kembali semula
kepada sesi pemilihan pakaiannya itu.
Hana bingkas bangun dari
kerusi lalu mula menghampiri Jojo yang mulai kelihatan sibuk semula.
“Jadi, apa yang saya nak
kena buat sekarang ni?.”
“Kejap ya..emm..hah!Yang
ni..you tolong iron kan yang ni, boleh?Iron ada kat bilik belakang tu. Model
nak pakai mestilah kena cantikkan?,” Jojo mula membebel. Sehelai dress
dihulurkan kepada Hana.
“Iron?,” sambut Hana
bagaikan tidak percaya. Tak kan lah itu saja yang dia kena lakukan?
“Yup. Kenapa?Oh..nanti I
ajarlah you yang lain-lain. Buat masa sekarang,please..ironkan baju tu. Nanti
dah nak photoshoot ni. Cepat sikit ya!,” balas Jojo yang bagaikan mengerti
maksud pertanyaan Hana.
Hana mula bergegas
menghala ke arah bilik yang ditunjukkan oleh Jojo tadi. Jojo yang sibuk
meneliti beberapa helai pakaian, mengerling Hana yang sudah menghilang masuk ke
dalam sebuah bilik. Dia yang tadinya berdiri mula melabuhkan punggung di sebuah
kerusi di meja solek. Fuh!Lega kerana tidak ada Hana di depannya kini.
Kenapa terasa bagaikan
tidak kena dengan dirinya sendiri setelah bertemu dengan gadis itu?Telefon
bimbitnya dikeluarkan dari kocek jaket yang dikenakan. Skrin mula disentuh dan
dia mula mencari mesej yang pernah diterimanya.
Bibirnya tersenyum apabila
menjumpai apa yang dicari. MMS yang dikirimkan oleh Ika semalam terus ditatap.
Gambar Hana itulah yang membuatkan dia dapat mengecam gadis itu di pejabat
tadi. Gadis itu polos. Sepolos pakaian dan penampilannya yang langsung tidak
dihiasi apa-apa aksesori tapi who cares?Dia suka!
Sebaik tiba di depan pintu
pagar sebuah rumah yang terletak di Damansara, Jojo memberhentikan keretanya.
Tidak cukup dengan itu, enjin kereta Nissan Infiniti G37 yang berwarna merah
sama seperti warna seluarnya pada hari itu, turut dimatikan. Penumpang yang berada di sebelah
menarik perhatian Jojo. Raut wajah Hana yang sudah terlelap itu diperhati.
Wajah pembantunya itu bersih dari sebarang make up. Dari wajah, mata Jojo
merayap memerhati pakaian yang membaluti tubuh gadis itu.
Baju kurung bercorak bunga
yang berwara merah jambu itu dipadankan dengan selendang pashmina polos yang
turut mempunyai nada warna yang sama. Mata Jojo merayap lagi memerhati hujung
kaki Hana yang mengenakan kasut leper berwarna hitam. Beg yang berwarna hitam
juga sedang dipeluk oleh gadis itu.
Jojo menganggukkan
kepalanya. Dia tahu semua inilah yang membuatkan Erin begitu berani menyindir
Hana pagi tadi. Semua benda yang dikenakan dan dibawa oleh gadis itu yang kini
sudah sah bergelar pembantunya, adalah benda-benda yang biasa. Bukannya benda
yang berjenama yang akan dibawa masuk oleh semua pekerja Fabuloustar.
“Ah!Kalau tak aku yang
ajar semua tu, diaorang tu pun dua kali lima juga!,” desis Jojo perlahan. Kalau
adanya barang berjenama sekali pun tapi kalau tidak kena dengan gayanya tetap
akan nampak janggal, kan?Semuanya mesti berterima kasih kepada guru fesyen di
Fabuloustar iaitu Jojo!Yeah, that’s me, Jojo!
Hati Jojo merasa bangga.
Sudahlah Jojo. Bangga tu bangga juga tapi esok nak kena kerja lagikan?Jojo
mengerling lagi kepada Hana. Dia mula berdehem sekali dua sebelum mula membuka
mulut.
Baru saja tangannya naik
hendak menyentuh bahu gadis itu, dia mula berasa teragak-agak setelah
mengingati insiden di bilik wardrobe
tadi.
“Ala..bukan aku
sengajakan?,” tukasnya perlahan. Dia sedar kini di antara dia dengan
pembantunya itu adanya satu jarak yang perlu dijaga tapi di dalam keadaan
sekarang, kalau bukan dia yang harus mengejutkan gadis itu siapa lagi?
Tangan mula menggerakkan
bahu Hana perlahan-lahan.
“Awak...” Wait!Apa ni Jojo?Awak?Oh, please!Dia awek kau ke apa?Jojo
berdehem lagi. Tadi tu salah tiun suara sebab tu masuk saluran yang salah.
“Sayang...bangun. Dah
sampai ni.” Suara manja mula kedengaran. Hah!Ini baru Jojo kan?Tadi tu kenapa
boleh panggil perempuan ni ‘awak’?Ah!Pedulilah Jojo.
Hana yang terpisat-pisat
mula membuka mata. Kelihatan raut wajah Jojo yang sedang tersenyum kepadanya.
Selendang yang dirasakan senget sedikit mula diperbetulkan.
“Dah lama ke kita sampai
abang?.” Terjegil mata Jojo mendengar perkataan itu. Abang?!Apa dia tak salah
dengar?Tak kan?Kan?
“Ehem, ehem!,” Jojo
berdehem lagi. Nak masuk saluran yang mana pula ya?
“Eh, Cik Jo. Jojo..sorry. Tadi tu dah terbiasa waktu saya belajar,” terang
Hana. Ya lah, senior-senior di UiTM dan di bekas tempat kerjanya dulu mestilah
dihormati kan?
Jojo terlopong. Punah
harapan!
“That’s ok dear. I faham. By the way, esok you tunggu I ok?Kita pergi kerja
sama-sama,” Jojo menyampaikan hajatnya yang sudah difikirkan sejak membawa
pembantunya itu pergi makan bersama-sama tadi.
“Tak pe la Jojo. Saya
pergi naik teksi je,” sahut Hana sambil mula meletakkan tali beg ke bahu.
“Mana boleh. Esok I tetap
akan datang. Kalau you tak ada, siap you!,” Jojo menjeling manja. Marah-marah
sayanglah katakan!
“Tapi tak susahkan Jojo
ke?Nak kena datang sini dulu lepas tu...”
“Tak susahlah sayang. Lagipun memang kita satu hala kan?Satu tempat lagi.
Ingat, esok tau?,” luah Jojo dengan senang hati.
“Emm..baiklah, saya keluar
dulu. Bawa kereta elok-elok ya. Assalammualaikum.”
Jojo terkesima. Hanya matanya mengikut langkah Hana yang sudah turun dari
keretanya. Melihat gadis itu yang melambai kepadanya, tangannya ikut naik
membalas. Lambat-lambat barulah dia boleh bersuara.
“Wa..Waalaikumussalam.”
Adus!Kenapa ni Jojo?Selalu tu bukan ke, ‘hai’,‘sayang’, ‘dear’, ‘darling’,
emm..apa lagi?Hah!You’olls pun ada juga!Tapi sekarang ‘assalammualaikum’?Sudah
lama rasanya telinga dia tidak mendengar kalimat itu ditujukan terus kepada
dirinya. Hidupnya sebelum ini...Dalam tak sedar, Jojo mula terasa sebak. Isk,
isk!
Ohhh.... jojo dh suka kt hana
ReplyDeleteya;-) and Jojo ada kisah silamnya sendiri,hehe..tq sudi komen,hargai sgt2!
ReplyDeletekak saya x boleh nak baca susah boleh kecil kan sikit nak tarik ketepi pun x boleh juga.
ReplyDeleteOk2..sori..akak dah ubah template harapnya tak ada prob lagi ya;-)
ReplyDeleteOK DAH.
ReplyDeleteBEST KAK MEMANG TERBAIK.
ReplyDeletehehe..baca komen Baby Mio, rasa macam dapat 'yes' dari Simon Cowell ;-) haha.. akan berusaha lagi, tq sudi komen lagi baby mio, luv u!
ReplyDeletebest!! hehehe suka3
ReplyDelete