Ketika rakyat diminta berjimat, menteri
buat parti hari jadi mewah
·
Email
·
·
·
2
·
·
Print
Beberapa menteri terus hidup dalam kemewahan ketika Putrajaya
memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat
cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun
ini.
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganjurkan parti hari jadi yang
"mewah" di sebuah hotel lima bintang dekat Kuala Lumpur semalam yang
tetamunya mendakwa menjadi sambutan Tahun Baru.
Seorang lagi menteri
telah membuat sambutan perkahwinan dua hari untuk anak beliau di satu lagi
hotel lima bintang di ibu Kuala Lumpur bulan lepas, diserikan oleh kerabat
diraja dan orang kenamaan dan telah dihiburkan oleh penyanyi wanita dari
Indonesia.
Beberapa penulis blog
pro-Umno pula mempertikaikan keperluan Jabatan Perdana Menteri memiliki
dua jet VIP selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta
untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan untuk perjalanan rasmi pada tahun
2012.
Tetapi majlis makan
tengahari semalam yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk
mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan
pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan
permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.
Menerima maklumat
mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel
terkenal itu di mana semua tetamu dan yang menyambut ulang tahun berpakaian
merah sebagai tema parti itu.
Tetamu Ahmad Zahid
memenuhi ruang makan di dewan tarian utama hotel ini manakala dia bercampur
dengan mereka, termasuk beberapa pegawai kanan kerajaan yang telah dijemput
melalui e-mel yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.
Naib Presiden Umno ini
tersenyum lebar sambil berjabat tangan dengan semua yang hadir selepas parti
berakhir, sementara kereta-kereta mewah dengan pemandu berbaris di depan hotel,
menyebabkan lalu lintas tersekat selepas dihentikan oleh Porsche Cayennes hitam
dan Toyota Alphards yang diletakkan di tepi jalan.
The Malaysian Insider
cuba untuk bercakap dengan Ahmad Zahid tetapi dihalang oleh pengawal peribadi
beliau dan diminta untuk meninggalkan majlis atau diiring keluar.
Tidak diketahui
siapakah yang membuat bayaran untuk parti Ahmad Zahid ini, ataupun kenapa tema
merah dipilih, tetapi tetamu beliau berpakaian terbaik mereka dengan beg tangan
berjenama dan totes di tangan.
Tetamu memberitahu
The Malaysian Insider bahawa parti itu telah disambut untuk dua hari jadi,
Ahmad Zahid dan cucu beliau yang jatuh pada hari yang sama tetapi juga
menegaskan bahawa ia adalah sebuah parti Tahun Baru sebagaimana yang terpampang
di latar belakang pentas.
Jemputan juga telah
dihantar melalui e-mel pada hari Jumaat kepada pegawai Kementerian Dalam Negeri
yang terpilih. E-mel yang bertajuk "Sambutan Hari Jadi Menteri Dalam
Negeri", juga termasuk nota jemputan kepada menteri Kabinet dan ahli
Majlis Tertinggi Umno.
Parti hari jadi mewah
dan perkahwinan mewah anak perempuan menteri hatta kereta baru Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng datang pada ketika kebanyakan rakyat Malaysia
merungut tentang kenaikan harga untuk elektrik, makanan, bahan api dan juga kos
persekolahan.
Harga bahan api, gula
dan tarif elektrik naik selepas Putrajaya memotong subsidi manakala tambang
pengangkutan awam akan meningkat pada tahun ini. Cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) juga akan diperkenalkan pada tahun 2015.
Perbelanjaan kerajaan
melonjak dengan bajet tahun ini sehingga RM264.2 bilion berbanding tahun lepas
RM251.6 bilion di tengah-tengah kebimbangan bahawa Putrajaya tidak mengurangkan
perbelanjaan walaupun meminta orang ramai untuk berbuat demikian.
Rakyat Malaysia juga
mencemuh pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Putrajaya
akan melaksanakan 11 langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan perbelanjaan
pada tahun 2014.
Pakar ekonomi Najib,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar telah pun
menasihatkan pengguna untuk berbelanja dengan bijak dan mencari alternatif.
Bekas pegawai bank
itu berkata rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dan hidup mengikut kemampuan
mereka.
"Saya pergi ke
pasar setiap minggu. Saya tahu bahawa harga barangan keperluan asas adalah
tinggi, tetapi pengguna mempunyai pilihan dalam apa yang mereka membelanjakan
wang mereka," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan berita. – 6
Januari, 2014
P/S: ARTIKEL YANG DIAMBIK DARI YAHOO
No comments:
Post a Comment
EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!