Zafran yang tadinya
terjelepuk ke lantai akibat penumbuk yang singgah ke muka, mulai bangun sambil
mengesat tubir bibir yang sudah pecah. Matanya cerlung memandang kepada Rayyan,
si penyibuk yang mengganggu agenda yang baru hendak dilaksanakan menjadi satu
kenyataan.
“Kau siapa hah yang nak
masuk campur?!Ini urusan aku dengan dia!,” Zafran mula bersuara menunjukkan
rasa tidak puas hati. Penampilan lelaki yang sedang mengadapnya kini diimbas
sekali lalu. Tak kan la lelaki eksekutif sebegitu menjadi teman kepada Sleeping
ugly yang dikenalinya itu?
Rayyan yang sudah bercekak
pinggang hanya mengangkat kening sebagai tanda jawapan. Ah!Tak kuasalah nak
bersoal jawab petang-petang macam ni. Orang baru nak balik rumah, penat
bekerja, nak kena fikir itu dan ini tapi mamat ni suka-suki hati dia nak buat onar. Depan aku pula tu. Cantik
sangatlah tu!
“Kau pekak ke apa?Kalau
kau tak kenal perempuan ni, lebih baik kau blah!Blah!!.” Zafran mula mendengus.
Geram yang ditahan semakin bertambah. Apatah lagi senyuman sebaris yang
diberikan oleh lelaki itu terasa seakan mempersendakan dirinya.
Hana yang sedang memegang
briefcase dan kot kepunyaan Rayyan hanya mampu meneguk air liur. Lelaki itu
yang sedang berdiri di depannya membuatkannya terasa bagaikan adanya sebuah
tembok di antara dia dan juga Zafran di kala itu.
Pandangan Rayyan mula
berubah daripada lelaki yang tidak dikenali itu kepada Hana yang berdiri di
belakangnya. Dia menjeling kedua mereka bersilih-ganti sebelum membuka mulut.
“Kalau aku tak kenal
sekalipun, tapi kau tak tahu ke nak respect perempuan?Hmm?Tak pergi sekolah?,”
Rayyan menunjuk dengan dagu. Cheh!Harap muka je boleh tahan tapi perangai?Kalau
awek dia pun, agak-agaklah sikit.
“Kurang ajar!.”
Zafran mula menerkam. Satu penumbuk dilayangkan di hidung lelaki yang
menyakitkan hatinya itu. Rayyan yang tidak ingin mengalah memberikan tumbukan
di perut lelaki itu.
Kedua lelaki itu saling berbalas tumbukan, sehingga Rayyan mempunyai
peluang menolak lelaki itu ke dinding.
Tangannya mula mencengkam
leher Zafran yang terkial-kial masih lagi berusaha untuk melepaskan diri.
“Sedar diri sikit!Kalau
orang dah tak suka, cari je orang lain. Nahas kau kalau aku nampak kau lagi!.”
Leher lelaki itu dilepaskan.
Rayyan mengesat cecair panas yang mengalir dari hidungnya. Darah!Cantiklah tu.
Penat tak hilang lagi, sakit pula yang dia dapat sebagai bonus petang-petang
macam ni.
Zafran mengurut-urut
batang lehernya. Gila!Sesak nafasnya tadi dicekik macam tu. Dia yang
termengah-mengah setelah bergelut dengan lelaki itu, sempat mengerling kepada
lelaki yang masih lagi merenung tajam kepadanya.
“Tunggu apa lagi?Berambuslah!,” suara lantang Rayyan
bergema di aras yang sunyi sepi itu.
Zafran berlalu ke depan lif.
Satu butang ditekan. Tangannya mengesat darah ditubir bibirnya yang pecah
akibat gasakan tadi. Sebaik pintu lif terbuka, dia terus melangkah masuk.
Sempat, dia mengerling kepada Hana dan lelaki itu yang sedang memandang
kepadanya sebelum pintu lif tertutup sepenuhnya.
Hana terjeda. Dia hanya
memerhati lelaki itu yang sedang sedang mengesat darah di hidung. Dia yang
masih terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu mula beristighfar
perlahan. Nafas diambil dalam-dalam untuk memulihkan semangat diri.
“Er..makcik tak apa-apa?.”
Hana menoleh ke arah lelaki itu yang berada di sebelahnya. Dia
menganggukkan kepala. Sepatutnya dia yang mengutarakan soalan tersebut kepada
lelaki yang telah menjadi penyelamat maruah dan dirinya pada petang itu.
Hana mula menggagau beg
yang tersandang di bahu. Dua helai tisu yang dicapai, dihulurkan kepada lelaki
itu.
Rayyan menyambut tisu yang
diberi. Dua helai tisu itu ditekan di sekitar hidung yang terasa pedih. Boleh
tahan penumbuk mamat ‘onar’ tadi tu.
“Er..macam teruk je tu.
Lebih baik pergi klinik.”
Rayyan menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya menjeling Hana yang sedang
memerhati kepadanya. Tak ada cadangan lain ke?Klinik?Buatnya kena inject siapa
yang nak tanggung?Dia juga!
Hana mula membetulkan tali
beg. Melihatkan keadaan lelaki itu, perasaan bersalah mula timbul di dalam
hati.
“Maaflah pakcik. Sebab
saya tadi..er..jadi macam ni.”
Rayyan yang masih mengesat hidungnya dengan tisu menjeling sekilas sebelum
membuka mulut.
“Boyfriend makcik ke tadi
tu?Kat KL ni makcik, kena pandai kalau nak hidup. Kalau tak pandai cari, dapat
yang macam tu la. Harapkan muka je boleh
tahan tapi perangai?Mujur tadi saya ada, kalau tak?Dapat makan free la
boyfriend makcik tu!.”
Mata Hana sedikit
terjegil. Sedikit je tau!Sedap je mulut pakcik ni bila bercakap kan?Boyfriend,
boyfriend...
“Dia bukan boyfriend saya
la. Cuma pernah belajar satu tempat je dulu tu,” tutur Hana menyanggah
kata-kata Rayyan itu. Setidak-tidaknya, biar pakcik itu tahu yang lelaki yang
tidak tahu adab tadi itu bukannya teman istimewa dirinya. Hello, ingat dia ni
perempuan yang tak ada taste ke?Agak-agaklah sikit!
“Satu tempat tu pernah
bercintalah kan?Then putus..lepas tu jumpa kat sini, bercinta balik, betul
tak?,” Rayyan melepaskan serkap jarangnya.
“Tak la!,” Hana mula
membentak. Melihatkan darah di tisu yang berada di tangan lelaki itu, rasanya
tidak patut pula untuk dia melepaskan rasa marahnya yang tidak seberapa itu
berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Sanggup menolong dirinya
biarpun diri sendiri ditimpa kesusahan.
“Habis tu?Kalau tak kenal,
tak kan la dia sanggup nak bertindak macam tu sekali?Cara cakap tadi pun macam
dah lama kenal je. Macam ada apa-apa je..,” tutur Rayyan.
Hana merenung raut wajah
lelaki itu. Satu saat. Dua saat. Tiga. Okay, ini dah lama. Rayyan yang
menyedari pandangan mata gadis itu yang jatuh kepada dirinya mula berasa cuak.
“Kan saya dah cakap tadi,
dia dengan saya belajar di tempat yang sama. Dia dah ada girlfriend pun. Hari
ni saya baru dapat tahu yang dia jadi model jemputan untuk sesi fotografi.
Macam mana saya nak bercinta dengan orang yang macam tu?Orang yang pernah buli
saya..,” tutur Hana perlahan tapi cukup jelas di pendengaran Rayyan.
Hana melepaskan keluhan
apabila mengenangkan peristiwa masa lalu. Sebolehnya dia ingin melupuskan
segala kenangan buruk itu. Dendam yang pernah wujud di hatinya untuk lelaki
yang bernama Adam Zafran itu sudah lama dibiarkan padam jauh di lubuk hatinya
tapi kenapa lelaki itu tega melakukan perkara itu kepada dirinya hari ini?
Mata Rayyan
terkebil-kebil. Nampaknya dia sudah salah sangka. Dari nada yang lahir dari
bibir makcik itu, dia boleh agak mustahil untuk makcik itu berbohong kepadanya.
“Jadi, bukan kes er..suka
sama suka?.” Hana menoleh dengan raut wajah yang berkerut.
“Suka sama suka?Gila
ke?!Kalau suka sama suka sekalipun, ada jalannya. Ada caranya. Pakcik ingat
saya ni perempuan yang macam tu ke?Sebelum berkhawin nak..ei!.”
Rayyan menahan tawa
apabila melihat raut wajah makcik itu yang mula merona merah. Sambil terus
mengesat tisu di hidung, dia menjeling sekeliling.
“Makcik pun baru nak balik
ke?Jom la saya hantarkan.” Hana menggelengkan kepalanya sambil menghulurkan
barang-barang kepunyaan lelaki itu.
“Tak pe la. Pakcik dah
tolong saya ni pun dah besar rahmat. Saya panggil teksi je kejap lagi.” Rayyan
cuma memandang briefcase dan kot kepunyaannya yang dihulur oleh gadis itu.
Sengaja dia membiarkan tidak bersambut barang-barang kepunyaannya itu.
“Oh!Nak balik
sendiri?Buatnya mamat tu tunggu makcik kat bawah tu, siapa pula nak tolong
lewat-lewat macam ni?Berani lagi nak balik sorang-sorang?.”
Hana mengetap bibir. Apa
yang dikatakan oleh lelaki itu ada betulnya tapi malulah kalau asyik nak
menyusahkan orang. Kalau tak Jojo, sekarang lelaki ini pula. Sudahlah tadi
terjebak di dalam pergaduhan dengan si Zafran tu, dan sekarang nak hantar dia
balik ke rumah pula. Malu,malu!
Rayyan mengerling ke arah
gadis itu yang diam terus. Isy, degil!
“Fine..kalau makcik rasa bersalah, takut kalau menyusahkan saya, then bayar
je upah saya..,” tutur Rayyan selamba. Sesekali, jarinya naik meraba hidung
yang masih lagi terasa pedih. Cheh, jatuh saham hidung mancungnya!
“Upah?!,” terlepas suara
Hana apabila mendengarkan permintaan lelaki itu. Jangan-jangan, dia yang baru
terlepas dari mulut singa akan termasuk pula ke mulut buaya, ke naga?Peribahasa
lagi!Ah!Tak kisahlah mulut apa pun, lebih baik dia balik sendiri kalau macam tu
gayanya.
“Hmm..upah. Bukan banyak
pun. Sikit je..,” Rayyan menunjukkan dengan ibu jari dan telunjuknya sambil
tersengih. Suka hatinya apabila dapat mengusik makcik yang sorang ni. Dulu tu,
bukan main nampak berani lagi tapi sekarang?Hehe..
“Pakcik jangan nak
mengarutlah!Nah..barang-barang ni..saya nak balik,” Hana terus menghulurkan barang-barang kepunyaan lelaki
itu.
Rayyan mula melepaskan
tawa. Hilang sekejap rasa sakit di hidungnya yang menerima tumbukan percuma
dari lelaki tadi. Ada juga sumber hiburannya petang-petang macam ni apabila
melihatkan reaksi wajah makcik ini.
“Sabarlah makcik. Tak kan
yang tu pun nak marah. Upah saya sikit je. Hanya secawan kopi yang macam hari
tu. How about that?,” Rayyan tersenyum.
Hana menjeling apabila
melihatkan senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Menyampah!Pakcik itu
telah berjaya mengenakannya. Ingatkan upah apa la tadi.
“Okay?Secawan kopi dan
lepas ni, saya hantar makcik balik.”
Buat air je Hana. Bukan ke dah jadi sebahagian daripada kerja kau sejak dua
bulan ni?Terima je la!
“Ya la. Lepas ni kita
balik?.” Rayyan menganggukkan kepala. Nak ketawa lagi pun ada melihatkan
respons makcik ni.
“Mestilah balik. Tak kan
la saya nak bawa makcik pergi mana-mana kan?Ke makcik nak ikut saya?Saya okay
je. Tak kisah,” Rayyan terus mengusik.
Hana menjeling. Kaki mula
melangkah menuju ke pejabat untuk menuju ke bilik pantri bagi mendapatkan
‘upah’ untuk pakcik itu.
Bunyi
loceng yang ditekan menggamit perhatian Jojo yang baru sahaja meletakkan dua
pinggan spageti di atas meja. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mula
membuang langkah menuju ke pintu.
Daun pintu terus ditarik
sebaik tiba di situ. Kelihatan sosok Uzair yang segak mengenakan seluar jeans
Levis berwarna hitam yang dipadankan dengan baju T Polo berlengan pendek
berwarna biru laut itu. Ulas bibir lelaki itu menguntumkan senyuman menghiasi
raut wajahnya yang ceria.
Jojo tersenyum tawar
sebelum mula membuka mulut.
“Masuklah.”
“Ingatkan you dah tak sudi
nak jemput I tadi..,” canda Uzair yang sudah mula menanggalkan kasut. Jojo yang
melangkah menuju ke meja makan tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu.
Sebaik pintu di tutup,
Uzair mempercepatkan langkahnya mengikuti Jojo. Tangan lelaki itu mula diraih
dari belakang.
Jojo yang terkejut mula
menoleh ke belakang.
“I betul-betul tak sangka yang you akan balas mesej I hari ni. I
betul-betul rindukan you..Rindu sangat,” tutur Uzair perlahan. Matanya tepat
menatap pandangan mata Jojo yang jatuh kepada dirinya.
Jojo menarik semula
tangannya yang sedang digenggam oleh Uzair. Dia cuba mengukirkan senyuman buat
lelaki itu.
“Er..duduklah. Kita makan
dulu. Hmm..”
“Wah!Great!You masak ke semua ni?I pun dah lama tak makan hasil air tangan
you. Lagipun I ada benda nak cakap dengan you.”
Wajah Jojo mula berkerut
sebaik mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu. Ada benda?Dia
sendiri mempunyai perkara yang ingin diberitahu kepada Uzair.
Suasana hening seketika.
Baik Jojo mahupun Uzair masing-masing menyepikan diri menikmati makanan yang
terhidang di depan mereka.
“Sedap!Pandai you masak.
Masih sama macam dulu. Tak ada apa pun yang berubah,” ucap Uzair sambil
tersenyum. Gelas air mula dicapai untuk membasahkan tekak.
Garfu yang sedang dipegang
mula diletakkan apabila melihat Uzair yang baru selesai menyisip air. Jojo mula
membuka mulut.
“Sebenarnya..”
“Jojo, you tahu kan I ada seorang dua kawan kat New York tu?Remember?Yang I
pernah cakap dulu tu?.”
Jojo melepaskan keluhan.
Baru saja dia ingin meluahkan isi hatinya tapi Uzair terlebih dahulu yang
bersuara.
“Hmm..kenapa?.”
“Well, I rasa you mesti suka kalau dapat bekerja kat sana kan?You
know..dengan orang-orang yang berpengalaman bekerja dengan syraikat-syarikat
penerbitan kat sana. Bukan setakat syarikat, ada juga those guys yang
berpengalaman bekerja dengan artis tau!.” Uzair beria-ia bercerita.
Ekspresi wajah Jojo yang
terbentang di depan mata cuba diterjemah. Kenapa langsung tidak riak gembira di
wajahnya?
“Well?,” Uzair mengangkat
kening kepada Jojo.
“Er..well, I rasa er..I nak stay kat sini. I mean I nak kerja kat
Fabulostar lagi,” tutur Jojo.
“What?!Are you kidding
me?Jojo, this is your drem, remember?International level..sampai bila you nak
stay kat sini?Peluang dah ada sayang...janganlah lepaskan, hmm?,” ucap Uzair
sambil tersenyum. Malam ini, hati Jojo ingin ditawan semula. Dia ingin
memenangi semula hati lelaki itu. Hati kekasihnya itu. Mungkin dengan menolong
Jojo menggapai impiannya itu akan membuatkan Jojo lebih menyayanginya.
Jojo mula bangun
meninggalkan meja makan. Dia membawa diri ke ruang tamu dan melabuhkan punggung
di sofa. New York?Ya, itu memang cita-citanya. Dia ingin pergi ke sana. Bekerja
dengan orang-orang yang pakar tentang fesyen di sana. Ya, dia tidak menafikan
semua itu tetapi itu semua cerita dulu. Cerita sebelum dia diketemukan dengan
Hana.
Uzair yang mengikut gerak
langkah lelaki itu turut mengambil tempat di sisi Jojo. Tangannya mula naik
memeluk bahu lelaki itu.
“That’s okay. I faham.
Kalau you tak nak pergi, tak kan I nak paksakan?I cuma nak ingatkan cita-cita
you tapi kalau you nak stay kat sini, that’s fine. As long as kita
bahagia..macam dulu..”
Dari bahu, Uzair mula
menyentuh kepala Jojo. Jarinya mula membelai rambut lelaki itu. Jojo yang
sedari tadi mendiamkan diri mulai bangun. Rasanya sekarang adalah masa yang
sesuai untuk dia meluahkan isi hatinya kepada Uzair.
“Kenapa ni sayang?Apa yang
tak kena?.”
“Semuanya Uzair. Semuanya tak kena. I mean..” Jojo mula mundar-mandir di
ruang tamu itu. Dari mana dia harus bermula untuk mengatakan isi hatinya itu?
“What do you mean
Jojo?Everthing looks fine to me. Kalau you tak nak pergi New York pun I faham.”
“No..it’s not about New
York. It’s about us. Pasal you dengan I,” balas Jojo. Uzair yang duduk mulai
bangun apabila mendengar hala bicara Jojo. Dahinya mulai berkerut.
“Pasal you dengan I?,”
Uzair menyoal balas kepada Jojo yang kelihatan serba salah. Keadaan sepi seketika.
Pandangan mata Uzair masih setia kepada Jojo yang sedang berdiri
membelakanginya.
“You dah ada orang lain
kan?Am I right?,” Uzair melepaskan serkap jarangnya.
“Bukan pasal orang lain
tapi..tapi you tahukan apa yang kita buat ni salah,” sahut Jojo tanpa
berpaling. Dia membuang pandangan matanya ke luar dari pintu yang menghala ke
balkoni.
Uzair tertawa kecil.
Salah?Jangan-jangan Jojo dah dapat petunjuk?Tawa yang tadinya kecil mula
berubah nada. Dia yang tidak dapat menahan rasa lucu mula tertawa sakan apabila
mendengar jawapan Jojo tadi.
Jojo mula menoleh ke
belakang. Kelihatan Uzair yang kembali duduk di sofa dengan tawa yang masih
belum mati.
“Jojo, Jojo..you ni memang
kelakarlah. Don’t tell me yang you dah..”
Uzair menuding jari ke atas siling.
“Apa?,” soal Jojo yang
tidak memahami isyarat lelaki itu.
“You dah dapat hidayah ke
dari atas?Sebab tu you nak berubah?Come on!Kita hidup panjang lagi. Banyak lagi
masa nak enjoy and now you are telling me that..”
“Kalau banyak masa, kalau
tak?Pernah you fikir pasal semua tu?Sampai bila kita nak terus macam ni?I pun
nak ada keluarga sendiri. Ada anak..” Suara yang keluar dari mulut Jojo mulai
serak. Dia mula terasa lemah. Terasa lemah dirinya apabila mengenangkan
dosa-dosanya sebelum ini. Masa?Macam mana kalau masanya sudah tidak panjang?
“Jojo, you..er..are you
serious?I mean..”
“Yes, Uzair..I’m serious. Kita masih lagi boleh berkawan tapi tak kan sama
macam yang dulu. I nak berubah,” sahut Jojo. Kekuatan di dalam dirinya yang
masih lagi berbaki harus digunakan untuk menyelesaikan segala-galanya di antara
dirinya dengan Uzair pada malam ini.
Uzair mula mengecilkan
pandangan matanya. Berubah?Nada Jojo kedengaran jujur tapi kenapa deria rasanya
memberitahu yang Jojo sudah ada orang lain?Kenapa hatinya masih berdetik
mengatakan hal yang sama?
“You ada orang lain
kan?Sebab tu you nak berubah?.” Soalan itu terus dilepaskan tanpa bertangguh.
“I nak berubah sebab sudah
sampai masanya. Hubungan kita tetap tak kan terputus. Kita masih lagi boleh
berkawan. You tetap akan jadi kawan I.” Jojo terus menekan perkara yang sama.
Sebolehnya, dia memang ingin terus bersahabat dengan lelaki itu tetapi bukan
seperti dahulu.
Uzair terdiam sejenak. Itu
bukan jawapan kepada soalannya. Siapa orang yang menyebabkan kekasihnya berubah
hati harus diambil tahu. Dia yakin adanya seseorang di sebalik semua ini. Dia
harus membuatkan Jojo membuka mulut untuk mengaku hal ini kepadanya.
“No!No!I tak dapat terima
semua ni. Kawan?Habis tu apa yang pernah kita ada dulu tu?Apa yang pernah kita
lalui?You dah lupa ke semua tu Jojo?I tahu ada orang yang hasut you kan?You dah
memang ada kekasih lain, right?Dan kemudian you buat-buat cerita yang you dah
nak berubah la apa la..padahal you tipu I!You memang dah ada orang lain lepas I
pergi sana kan?You memang tak setia!.”
“Shut up!,” Jojo turut
bertempik. Hilang kesabarannya apabila dituduh yang bukan-bukan oleh Uzair.
Uzair terjeda mendengar
lantunan suara Jojo.
“I sendiri yang nak
berubah. Apa yang you susah sangat nak faham?Kalau betul you sayangkan I, you
mesti nak tengok I bahagiakan?I masih lagi boleh jadi kawan you. Cuma..tak
macam dulu. Ada batasnya. Kita orang Islam, Uzair. You kena ingat.” Damn
it!Uzair mula terasa panas hati. Siap dapat ceramah percuma malam-malam ni!Dia
harus meneruskan lakonannya agar maklumat yang dikehendaki akan terkeluar dari
mulut Jojo.
“Er..jadi you betul nak
berubah?Bukannya sebab you ada kekasih lain?.”
Jojo menganggukkan kepalanya. Uzair kelihatan lebih tenang berbanding tadi.
Kelihatan lelaki itu mula mengangguk-anggukkan kepalanya.
“I er..I faham. Kalau
betul you tak ada kekasih lain selain I sebelum ni, I boleh terima.”
“Thanks Uzair. Kita tetap kawan kan?,” soal Jojo. Uzair memaksakan diri
untuk menganggukkan kepala. Senyuman kelat diberikan buat Jojo sebelum dia
membuka mulut.
“Er..Kalau betul you boleh
bahagia dengan jalan ni, I pun tumpang gembira tapi emm..at least let me know,
siapa yang buat you terfikir nak berubah macam ni?.”
Jojo tersenyum sebaik
mendengar soalan itu. Raut wajah yang datang bertamu membuatkan senyumannya
bertambah mekar. Uzair yang memerhati mula mengecilkan pandangan matanya.
Senyuman bahagia seperti itulah yang pernah terukir di bibir Jojo satu ketika
dahulu.
“A girl..,” sahut Jojo.
Bingo!Itulah jawapannya yang ditunggu-tunggu Uzair.
Uzair menelan air liur. Perempuan?Dia kalah kepada seorang
perempuan?Sangkanya tadi seorang ustaz ke apa. Rupa-rupanya memang betul Jojo
nak berubah. Kalaulah lelaki mana atau ustaz ke imam ke yang menjadi jawapan
Jojo tadi, mungkin dia boleh terima tapi perempuan?Tak guna!