8
Aku
melihat jam di tangan ketika memberhentikan basikalku di simpang jalan keluar
daripada kawasan perumahanku.
“Awal hari ni,” aku mengetap bibir setelah melihat jam yang menunjukkan ke
pukul 6.35 pagi.
Aku melihat jalan yang
lengang dan sunyi. Memang aku selesa dengan keadaan seperti ni. Hanya sekali
sekala sebuah kereta atau motorsikal yang melalui.
“Baik beli kuih dulu,” aku berpatah semula. Mengayuh basikalku menuju ke
kedai Pakcik Mud yang terletak hampir di hujung kawasan perumahan dan hanya
diterangi dengan cahaya lilin.
Dari jauh aku lihat
seorang budak lelaki yang duduk bertentangan dengan kedai Pakcik Mud. Dari
pakaian seragamnya, budak itu masih bersekolah rendah. Di belakangnya tergalas
beg sekolah berwarna biru yang ada gambar kartun. Namun aku tak pasti pula apa
kartunnya kerana tempat di mana budak
yang duduk di atas tembok berhampiran dengan longkang tu, agak gelap.
Aku melihatnya sekali lagi
sewaktu aku turun dan menongkatkan basikalku. Dia tersenyum kepadaku.
“Comel budak ni,” aku membalas senyumannya. Mungkin umurnya di dalam
lingkungan 9-10 tahun.
“Awal hari ni?Minggu lepas
tak nampak pun muka kamu,” Pakcik Mud yang sedang sibuk memunggah nasi lemak
dan kuih muih daripada bakul yang berada di atas meja menegur.
“Minggu lepas saya saja pergi sekolah lambat sikit. Pakcik, nasi lemak
Makcik Zabedah ada tak?,” aku menjengah melihat pelbagai jenis kuih muih.
“Selalu beli donat?,” dia
tersenyum.
“Donat pun nak juga. Macam biasa la tapi nasi lemak Makcik Zabedah nak juga
sebab hari tu dah rasa. Sedap!,” aku menunjukkan ibu jari kepadanya.
“Amboi!Nasi nak, kuih nak.
Habis ke kamu makan?,” tangannya masih lagi menyusun nasi lemak di dalam
pinggan yang hendak diletakkan di atas meja.
“Habis sebab kongsi dengan kawan kat sekolah tu. Dia pun cakap sedap nasi
dengan kuih-kuih kat pakcik,” aku mencapai 3 biji donat dan memasukkannya ke
dalam beg plastik yang disediakan.
“Ni..ada nasi lemak Makcik
Zabedah tu. Kamu nak lauk apa?Ikan bilis?Ayam?.”
“Yang ikan bilis.”
Aku menghulurkan 2 keping
duit kertas RM1.
“Saya beli ya,” aku menyambut nasi lemak yang dihulurkan oleh Pakcik Mud.
“Pakcik jual,” dia
tersenyum.
“Pakcik, ni 2 bungkus ni,” aku menunjukkan kepada Pakcik Mud beg plastik
yang berada di dalam genggamanku.
“Ya la. 2 bungkus, betul
la tu.”
“Kan saya nak satu je?.”
“Pakcik sedekah. Buat
makan dengan kawan kat sekolah tu. Rezeki jangan ditolak,” dia seakan-akan
memahami niatku sebaik meletakkan beg plastik itu di atas mejanya.
“Em..baiklah. Terima kasih pakcik. Saya pergi dulu,” aku melangkah
mendapatkan semula basikalku.
“Pakcik, terima kasih!,”
sekali lagi aku memanggilnya sebaik mengayuh basikalku.
“Ya la,” dia mengangkat tangannya.
Aku menjeling kepada
tembok yang berhampiran dengan longkang tadi. Ke mana budak tu?Agaknya dah ke
sekolah. Wajah budak tadi muncul semula di ruang fikiranku.
“Comel!,” aku tersenyum mengenangkan senyumannya.
“Kenapa la mak ayah dia
tak hantar?,” aku terfikirkan mengenai budak lelaki tadi. Bukankah budak tu
terlalu kecil lagi untuk dibiarkan ke sekolah awal-awal begini?Kalau la
kemalangan atau kena culik ke?
“Mungkin dia tunggu mak
atau ayah dia tak,” aku membuat andaian sendiri.
Aku mengayuh basikal sambil menikmati angin pagi yang segar.
“Mikhael,” aku tersenyum
sebaik terpandangkan dia yang sedang menanti di seberang jalan setelah hampir
separuh perjalananku.
Aku memberhentikan basikal dan menunggunya yang hendak menyeberangi jalan.
“Awal awak hari ni?,” aku
memandangnya.
“Selalu kalau saya awal tak pernah jumpa awak.”
“Saja saya keluar awal.
Saya tahu awak selalu awal sebab tu saya tunggu kat situ tadi,” dia menunjukkan
kepada pokok yang sederhana besar di seberang jalan, tempat di mana dia duduk
tadi. Aku melihat lorong jalan yang
menuju ke kampungnya. Gelap.
“Awak tak takut?,” aku
terus memerhati jalan yang berlorong tu.
“Takut?Nak takut apa?,” dia tersenyum.
“Awak pun sama. Tak
takut?,” dia bertanya kembali.
“Saya lain la. Tengok..,” aku menunjukkan kepada lampu basikal.
“Tak la bergelap macam
awak tadi kat situ,” aku menujukkan semula kepada pokok yang berada di jalan
masuk ke kampungnya itu.
“Macam awak la. Kan awak pun dah biasa keluar awal-awal macam ni. Saya pun
kan kadang-kadang dah biasa awal-awal. Kadang-kadang tu lewat. Ikut hari. Jadi
apa yang nak ditakutkan. Betul tak?.”
Aku mengangguk.
“Betul juga. Kalau dah biasa tak kan ada masalah.”
“Tahu pun,” dia tersenyum.
Aku juga turut tersenyum.
“Jom la,” dia mula
melangkah.
Aku berjalan sambil menyorong basikal. Sesekali aku melirik kepadanya.
“Mikhael...,” aku sedikit
ragu-ragu untuk bertanya mengenai dirinya.
“Kenapa?Tanya je la.”
Aku terkejut. Macam mana
dia tahu aku nak bertanya kepadanya?
“Muka awak tu. Macam ada benda yang nak tanya,” dia menjelaskan.
Mikhael ni seakan-akan
boleh membaca apa yang sedang aku fikirkan. Kadang-kadang aku jadi malu
kepadanya yang seperti begitu memahami diriku.
“Awak..ada berapa adik-beradik?.”
“4. Saya anak yang
sulung,” dia memandangku.
“Kenapa?.”
“Saja tanya. Saya 3 orang.
Pun anak yang sulung,” giliran aku pula memberitahunya.
Ketika kami berdua menjejakkan kaki di dalam kawasan sekolah, keadaan masih
lagi sunyi sepi.
Banyak kelas yang masih
lagi bergelap dari yang diterangi cahaya lampu.
“Jom, saya temankan,” dia menunjukkan kepada bangsal yang menjadi tempat
menyimpan basikal.
Dadaku berdebar di saat
terpandangkan budak perempuan yang sudah seminggu aku elakkan daripada bertemu.
Budak tu masih lagi duduk mencangkung berhampiran dengan basikalnya yang
berwarna merah itu yang diletakkan di hujung bangsal.
“Mi..Mikhael..awak...,”
aku memanggilnya.
Dia yang sedang berdiri tidak jauh daripadaku datang menghampiri.
“Kenapa ni?,” dia
mengerutkan dahinya.
Aku terus melihat budak perempuan itu. Betulkah apa yang aku nampak?Atau
apa yang aku nampak ni betul-betul manusia ataupun tidak?
“Kenapa ni?,” Mikhael
bertanya lagi.
“Tu..awak nampak tak?,” aku menunjukkan kepadanya budak perempuan yang
sedang duduk membelakangi kami.
“Nampak tak?,” aku
bertanya lagi setelah tidak memperoleh jawapan. Jangan-jangan hanya aku yang
dapat melihatnya?
“Ya, saya nampak,” Mikhael tunduk mengunci basikalku.
“Nah,” dia menghulurkan
kunci kepadaku.
“Biarkan dia kat situ,” aku memandang Mikhael.
“Betul awak nampak?,” aku
bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Mikhael mengangguk lagi.
Aku tersenyum. Jadi,
bukanlah mataku yang tersilap pandang selama ni. Aku takut seandainya apa yang
aku nampak tu sama keadaannya apa yang pernah aku nampak di bilik kaunseling
tempoh hari.
Biarpun tak mengganggu,
tapi apabila aku terkenangkan semula, cukup membuatkan aku seram. Lebih-lebih
lagi apabila budak perempuan yang aku nampak di bangsal tu pernah muncul di
dalam mimpiku dengan wajahnya yang cukup menakutkan!
“Biarkan dia. Mungkin dia ada hal,” suara
Mikhael membuatkan aku mengalihkan pandanganku yang sedari tadi tertumpu kepada
budak perempuan itu.
“Hal?.”
“Mana la tahu kan.
Em..tunggu kawan ke?,” Mikhael membuat andaian.
“Mungkin juga. Dulu pun saya terfikir macam tu sampai la..,” ayatku mati.
Malu pula aku nak menceritakan kepadanya mengenai mimpi yang pernah aku alami.
Takut punya pasal!
“Sampai la...,” Mikhael
merenungku.
“Mimpi,” aku memandang budak tu sekali lagi. Apa yang dia buat kat
situ?Kalau tak kerana mimpi tu, mungkin aku dah pergi menegurnya. Perasaan
ingin tahuku selalu timbul apabila terpandangkan dia yang duduk di situ.
“Mimpi jangan diikutkan.
Mainan waktu tidur. Dah, biarkan dia kat situ. Awak pergi kelas,” Mikhael
seakan-akan memberikan arahan kepadaku.
“Ya la, ya la. Orang tahu
la,” aku berjalan menuju ke bangunan kelas.
“Tunggu!,” aku menoleh semula ke belakang.
“Nah. Awak tertinggal
tadi. Mujur saya perasan,” Mikhael menghulurkan beg plastik yang berisi donat
dan nasi lemak.
“Terlupa!,” aku tersenyum sambil menyambut beg plastik tersebut.
“Awak nak?,” aku
mempelawa.
“Tak payah. Terima kasih. Awak jangan cuai,” dia mengingatkan lagi.
“Ya la. Terima kasih.”
Aku mengaturkan semula langkah hendak menuju ke kelas.
Beberapa tapak melangkah,
aku menoleh semula ke belakang. Perasaan ingin tahu ku memaksa aku menoleh
semula untuk melihat budak perempuan tersebut.
“Pergi kelas!,” Mikhael menguatkan suaranya.
Ish!Mikhael ni ada lagi
dia di situ. Ingatkan dia dah pergi ke kelas. Boleh juga aku lihat budak
perempuan tu sekali lagi.
“Ya la!,” aku membalas.
Aku mencari kunci yang
disimpan di dalam poket beg sekolahku.
“Dapat pun,” aku mengeluarkan kunci itu untuk membuka mangga yang dikunci
kemas di pintu kelas. Terus aku menekan suis lampu seperti kebiasaannya.
Sebaik aku meletakkan beg
dan beg plastik di tempat dudukku, aku terus berjalan ke belakang untuk
mencapai penyapu untuk melakukan tugas aku seperti biasa.
Ketika menyapu di tempat duduk
Aysraf, aku sempat melihat tingkap di situ.
“Berhabuknya!,” aku geram
melihat tingkap yang begitu kotor. Bukan di situ sahaja, tingkap yang
berdekatan dengan tempat duduk Amin juga begitu.
“Siapa yang tak bertugas
ni?,” aku berjalan ke depan kelas di mana tertampalnya jadual bertugas di papan
kenyataan.
“Buang sampah, Fakri. Sapu, Halida,” aku mula membaca.
“Cuci tingkap Nadirah dan
Mazirah,” aku melihat namanya.
“Hari Jumaat...Aliya dan Fauziah.”
Kat mana aku nak cari kain
ni?Kalau la ada kain, boleh la aku tolong lapkan cermin tingkap yang berhabuk
tu.
Aku berjalan menuju ke tempat duduk aku yang bersebelahan dengan Aisyah.
“Tak ada,” aku sedikit
hampa setelah puas aku mencari di dalam laci meja aku dan juga Aisyah.
“Lagipun bukan tugas Aisyah. Buat apa dia nak simpan kain buruk tu,” aku
sedia maklum tugas Aisyah yang menyapu seperti juga aku.
“Budak sebelah!,” aku
teringatkan budak perempuan yang begitu asyik membaca buku di dalam kelas 5 K1
tu.
“Agak-agak dia ada tak?,” aku meneruskan kerjaku. Di dalam fikirkan aku
berkira-kira untuk meminta daripadanya. Mana la tahu kalau dia ada menyimpan
mana-mana kain buruk untuk di buat cuci tingkap?
Aku melihat jam yang
hampir ke pukul 7.
“Lambat pula bas hari ni,” aku memasukkan sampah ke dalam bakul sampah.
Aku mengangkat bakul
sampah yang separuh penuh untuk dibawa ke hujung bangunan, tempat di mana
adanya tong sampah.
“Boleh la tanya dia,” aku tersenyum.
Aku melihat kelas 5 K1
yang masih bergelap.
“Selalu ada budak tu,” aku sedikit hampa. Nampaknya tak dapat la aku nak
menolong mereka membersihkan tingkap.
Aku berlalu ke hujung
bangunan. Aku menuangkan segala sampah yang ada ke dalam tong sampah yang
sederhana besar tu.
Aku berjalan semula menuju ke kelas. Sekali lagi aku melihat kelas 5 K1
sewaktu aku melaluinya.
Budak perempuan itu sudah
ada di tempat duduknya. Seperti biasa, asyik mengadapkan pandangannya kepada
buku di atas yang dipegang dengan kedua-dua tangannya.
“Awak...,” aku
memanggilnya melalui tingkap yang terbuka.
Dia masih leka membaca. Agaknya tak dengar suara aku.
“Awak..,” aku menguatkan suara kali ini. Biar dia dapat mendengar.
Dia masih lagi asyik
membaca. Khusyuk sangat dia dengan bukunya sampaikan tak dengar aku yang
memanggilnya.
“Awak!,” aku sedikit
menjerit. Tak kan la dia tak dapat mendengar suara aku yang kuat kali ni?
Aku teringatkan bagaimana reaksinya ketika kali terakhir aku melihat dirinya di dalam kelas hampir 2 minggu yang lepas setelah aku asyik datang awal ke sekolah.
Aku teringatkan bagaimana reaksinya ketika kali terakhir aku melihat dirinya di dalam kelas hampir 2 minggu yang lepas setelah aku asyik datang awal ke sekolah.
Buku yang dipegangnya
dihempas ke meja. Aku terkejut.
Agaknya dia tak nak diganggu pagi-pagi ni?Reaksinya sama seperti tempoh
hari.
“S..saya...nak pinjam..,”
aku memandangnya yang terus menundukkan muka.
Satu lampu yang hanya menerangi kelasnya tiba-tiba membuatkan aku berasa
seram.
“Ta..tak apa la,” aku
berjalan pantas menuju ke kelas.
Jantungku berdetak kencang. Sedikit peluh di dahi aku seka dengan tangan.
Aku pelik dengan sikap
budak tu. Seakan-akan marah. Salahkah aku memanggilnya?
Bukannya niat aku nak menganggu dia dengan aktivitinya. Mana la tahu kalau
dia pun akan memerlukan pertolonganku satu hari nanti?
Aku berjalan ke belakang
kelas untuk meletakkan bakul sampah di tempatnya, di satu sudut kelas
berhampiran dengan pintu belakang.
Kenapa budak perempuan itu tidak menoleh apabila aku memanggilnya?Kalau la
dia tak mendengar untuk kali yang pertama dan kedua, itu mungkin juga dan aku
boleh menerimanya.
Mustahil untuk kali yang
ketiga aku memanggilnya, dia masih lagi tak mendengar.
“Biarlah,” aku melangkah ke tempatku semula.
Langkah yang diaturkan
terhenti apabila dinding kelas yang berada di belakangku seakan-akan dihentak
dari bilik sebelah. Tak kan la budak tu marah lagi?
Aku berpusing untuk
melihat.
“Tak ada apa-apa pun,” aku memerhati dinding tersebut. Agaknya aku yang
tersalah dengar?
Tak lama selepas itu,
bunyi yang sama berulang semula. Kali ni lebih kuat dari yang tadi.
“Tak kan la dia tumbuk dinding tu?,” aku berpusing semula. Bunyi di dinding
kelas aku yang berjiran dengan kelas 5 K1 tu seakan-akan dihentak dengan
sesuatu.
“Biarlah. Agaknya dia
marah,” aku menuju ke tempat dudukku.
“Tak kan yang tu pun nak marah?,” aku menyimpan nasi lemak di dalam laci.
Aku melangkah keluar kelas
untuk menunggu Aisyah.
Saat mataku melihat tingkap kelas yang berhampiran dengan pintu masuk, aku
bagaikan tak percaya.
“Bersihnya!,” aku memandang hujung jari telunjukku yang bersih daripada
sebarang habuk setelah dicalitkan ke cermin tingkap.
Kalau di rumah pada minggu lepas, aku buat senarai
tugasan yang perlu aku lakukan dan semuanya dibantu oleh sesuatu yang tak
pernah aku kenali tapi pada pagi ni, sekali lagi dia menolong. Biarpun aku
hanya berniat di dalam hati saja tadi.
“Macam-macam!,” aku masih
lagi memikirkan perkara-perkara pelik yang aku alami kalau aku datang ke
sekolah di awal hari.
adui.. makin curious, kak...
ReplyDeleteermm.. siapa Mikhael ni yer...
ReplyDelete