7
Selesai sembahyang Isya,
aku terus teringatkan kerja Matematik yang masih belum aku habiskan. Aku
bingkas bangun dan meninggalkan kain telekung di atas sejadah. Aku mencapai beg
sekolah untuk mengeluarkan buku latihan dan buku teks yang diperlukan.
Selepas mencapai buku-buku
bersama-sama kotak pensilku, aku melangkah menuju ke katil.
“Leganya!,” aku mengeliat selepas mencapai sebiji bantal setelah berbaring.
Enak benar rasanya dapat
bersenang-senang macam ni setelah seharian di sekolah. Perut aku pun
kekenyangan dengan masakan mak, ayam masak kurma yang memang sedap tu. Aku
tersenyum sendirian apabila terkenangkan senyuman Mikhael. Entah kenapa, dia
sentiasa muncul di ruangan fikiranku sejak akhir-akhir ini.
“Buat kerja la,” aku meniarap sambil membuka buku teks yang muka suratnya
telah aku lipatkan sebagai tanda di mana aku harus rujuk.
Kerjaku yang baru sahaja
dimulakan terbantut apabila mataku tidak dapat melihat buku graf yang
diperlukan untuk menghabiskan kerja-kerja rumahku. Aku bangun semula untuk
turun daripada katil bagi mendapatkan beg sekolahku yang berada di kerusi
belajar.
“Ada pun,” aku mencapai buku graf yang elok tersimpan di dalam beg.
Sebaik sampai di katil,
aku melihat buku-buku yang terbentang. Seakan-akan ada kekurangan.
“Apa ya?,” aku melihat
satu persatu. Kotak pensilku, si Garfield masih ada di situ. Buku teks dan buku
latihan juga.
“Buku graf kat sini,” aku membebel seorang diri. Namun, seakan-akan ada
sesuatu yang tidak mencukupi.
Aku duduk di birai katil.
Fikiranku buntu. Kenapa sejak kebelakangan ni aku tak dapat mengingati dengan
sempurna seperti sebelum-sebelum ni?Kalau dulu, senang saja aku dapat
mengingatkan apa yang kurang, apa yang dah aku buat tapi sekarang ni sukar
untuk aku untuk melakukan benda yang sama.
Apakah kerana terlalu
banyak benda yang bermain di dalam fikiran aku?Ataupun aku yang terlampau
banyak berfikir seperti cakap Aisyah?Mungkinkah kerana peristiwa-peristiwa aneh
yang berlaku tu menyebabkan aku tak dapat menumpukan perhatian seperti selalu?
Kadang-kadang aku menjadi
keliru. Walaupun jauh di hatiku, aku meyakini bukan aku yang melakukan
sesetengah perkara itu. Benda yang paling aku yakini ialah, kertas-kerta yang
berselerakan di bawah meja Khairul.
“Bukan aku,” aku menggelengkan
kepala beberapa kali setelah terkenangkan semula kejadian tersebut. Masakan aku
akan masuk semula ke kelas untuk membersihkannya semula kalau memang benar aku
telah pun melakukan demikian sebelum mengunci kelas?
“Astagfirullah,” aku
meraup muka. Kenapa fikirkanku boleh jadi seperti ni?Akukah yang tidak dapat membezakan
apa yang nyata dan apa yang tidak?
“Kalkulator!,” aku memetik jari setelah teringatkan apa yang menjadi kekurangan
untuk kerja rumahku.
Aku melangkah semula ke
meja belajar. Beg sekolah yang terbuka dari tadi memudahkan kerjaku untuk
menggeledah bagi mencari apa yang aku perlu.
“Mana ni?,” aku mengeluarkan buku-buku yang tersimpan di dalamnya. Satu
persatu aku keluarkan setelah tidak menjumpai apa yang aku cari.
“Ish!Sepatutnya ada!,” aku
melepaskan geram. Kerja yang sepatutnya senang menyusahkan aku pula untuk
mencari di mana aku letakkan kalkulator yang setia menjadi teman apabila aku
memulakan kerja Matematik.
Habis semua buku-buku aku
keluarkan namun masih tak ketemu. Kedua-dua poket kecil di kiri dan kanan beg
sekolah juga telah aku periksa walaupun aku tahu ruangnya adalah terhad untuk
menyimpan kalkulatorku yang saiznya melebihi ruang itu.
“Kat mana ni?,” aku menghembus nafas, geram setelah apa yang aku cari tidak
berjumpa.
“Macam mana nak buat macam
ni?,” aku berfikir. Adik-adik aku yang masih
bersekolah rendah bukannya menggunakan kalkulator pun. Kalau tidak
pastinya tidak akan menjadi masalah untuk aku meminjam daripada mereka.
Aku melihat jadual waktu.
Sudah!
“Hari Isnin ni,” aku mengetuk jari beberapa kali apabila melihatkan subjek
itu yang ada untuk hari Isnin ni. Kalau tidak, bolehlah aku meminjam memeriksa
di dalam laci meja sekolahku kerana kalau tidak ada di rumah ni, aku yakin
pastinya aku tertinggal di sana.
“Atau nak beli yang baru?,”
aku bertanya sendirian. Rugi la pula rasanya untuk membazir duit sedangkan
kalkulator aku yang sedia ada masih lagi boleh digunakan. Cuma, aku tak tahu di
mana ia berada sekarang.
“Mesti kat sekolah,” aku mengangguk-angguk beberapa kali. Cuba meyakinkan
diri sendiri setelah laci meja belajarku juga sudah aku geledah.
Aku merebahkan diri di
karpet. Tidak ada hati untuk menyentuh buku latihan yang memang pasti tak kan
boleh disiapkan tanpa kalkulator.
“Biarlah!,” aku masih melepaskan geram yang bersarang di hati tapi salah
siapa?
Soalan tu membuatkan aku
bertambah geram. Geram dengan sikap cuaiku sendiri.
Macam mana la benda yang penting itu pun boleh terlupa?Aku menutup mata.
Cuba mengingati di mana aku letakkan objek yang berwarna hitam itu.
Aku memandang meja
belajarku sekali lagi.
“Mustahil. Kalau tak, mesti la dah ada di situ.”
Mustahil juga adik-adik
aku yang mengambilnya kerana mereka tidak menggunakannya. Lain la kalau
alat-alat tulis aku yang kadang-kadang “dicuri” oleh mereka. Itupun akan
dimaklumkan kepada aku, biarpun selepas mereka telah menggunakannya.
Aku bangun menuju ke
katil. Mata yang layu memaksa aku untuk mengemas buku-buku yang berselerak.
“Macam mana pulak?!,” aku mencapai kalkulator yang berada di sisi buku teks
Matematik. Aku tak bermimpi. Mustahil mataku tersilap pandang tadi. Tadi memang
ia tidak ada di situ.
Aku meletakkan kalkulator
di atas katil semula. Buku-buku yang berselerakan juga aku biarkan. Aku terus
berbaring di bantal.
Apa yang berlaku ni?Kenapa aku?Mengapa rajin benar “benda” yang aku tak
ketahui itu menolong aku?Atau aku yang berhalusinasi?
Arghh!Banyak sangat
persoalan...
###########################################
Suara seseorang yang
seakan-akan berbisik membuatkan aku membuka mata.
“Dah Subuh ke?,” aku tertanya-tanya.
Kebiasaannya jam loceng
yang akan membangunkan aku seperti selalu. Tak pun, suara azan dari surau yang
terdekat yang berada di dalam kawasan perumahan ni.
Aku mengeliat. Tanganku
menyentuh sesuatu di sisi kanan.
Aku mengiring ke kanan.
“Buku?,” aku melihat buku
teks Matematik yang bertindan dengan buku latihannya. Kalkulator dan kotak
pensilku juga turut diletakkan di atas buku latihan itu. Aku menutup mata. Ini
bukan mimpi!Bukan!
Aku membuka kembali mata.
Sah, memang buku-bukuku masih ada di situ. Ya Allah, kenapa la “benda” tu tak
habis-habis nak menyusahkan aku?
Menyusahkan ke?
Tak juga. Kalau difikirkan
betul-betul, banyak juga yang dah ditolongnya. Sampah yang dibersihkan, bekalku
yang dibawa ke kelas dan sekarang buku-bukuku yang dah disusunnya tapi siapa
dia?Atau apa “benda” tu?
Yang pasti ia bukan manusia kerana aku tak dapat melihatnya. Pasti ia
bertubuh halus seperti yang pernah dikatakan oleh ustaz tapi apa?Syaitan ke?
“Subhanallah,
subhanallah...,” suara itu kedengaran kembali. Suara yang sama yang
membangunkan aku dari tidur.
Aku melihat jam. Hampir ke pukul 4 pagi. Suara siapa tadi tu?
Sudah la. Agaknya aku
hanya tersalah dengar. Aku memejamkan kembali mata. Mataku yang separuh
tertutup sempat melihat susuk seseorang yang duduk di atas sejadahku.
Ya Allah, apa tu?Hantu ke?!
Aku mengiring ke kanan
semula. Bantal yang tadi berada di pelukanku, aku bawa ke muka. Nafas yang ku
hela tidak teratur. Bercampur aduk dengan perasaan takut dan terkejut yang datang menerjah. Siapa tadi tu?Seperti
bayang-bayang tapi aku dapat tengoknya yang sedang duduk di sejadah.
Masakan hantu atau syaitan akan duduk di sejadah?Mengadap kiblat pula tu!
“Astagfirullah,” aku
beristigfar, cuba menenangkan diri sendiri.
Ya, tak kan la syaitan akan tunduk kepada Allah?Mustahil!Apakah suara yag
aku dengar tadi tu milik dia yang sedang duduk di atas sejadah aku?
Nak tengok ke tak?Aku
memejamkan mata. Perasaan takut bercampur aduk dengan perasaan ingin tahu.
Apakah dia yang selama ni membantu aku?
“Lailahaillallah...,” aku membuka kembali mata. Betul, memang suaranya.
Perlahan dia menyebut kalimah suci itu. Pasti, bukan syaitan kerana dia
mengakui kewujudan Allah yang satu dan tadi pun ia memuji kesucian-Nya.
Keadaan kembali sepi. Aku
menyeka peluh di dahi. Benarkah apa yang baru aku nampak tadi?Aku masih setia
memeluk bantal yang menutup mukaku.
Aku mengiring semula ke kiri untuk melihat. Kosong. Tidak ada apa-apa di
situ.
Mungkinkah aku yang
bermimpi?Aku bangun sambil memegang bantal. Kalau-kalau diperlukan untuk
menutup semula mukaku.
Tidak ada apa-apa pun di situ. Aku menarik nafas lega dan berbaring semula.
Namun, mataku masih sempat melihat kain telekungku yang tersidai di tempatnya.
Ya, sejadah!
Aku bangun semula untuk
melihat. Sejadah itu terlipat kemas di atas permaidaniku.
Walaupun mengadap kiblat, namun sudah beralih arah dari tempat asalnya!
Pelik betul dengan apa
yang berlaku. Aku bertambah pasti yang aku tak berangan-angan. Masakan aku menyusun
buku-buku Matematik di sisi bantalku sebelum aku tidur tadi?
Aku ingat dengan jelas
yang aku terus berbaring dan tertidur sebaik sahaja aku menemukan kalkulator
tu. Tak guna kalau aku terus nak buat ulangkaji dan kerja rumah dengan
fikiranku yang berserabut.
Tadi pula aku mendengar
suara itu yang berzikir, memuji kesucian Allah dan mengakui akan kewujudan-Nya.
Bukan setakat mendengar malah aku terlihat susuk seseorang yang seakan-akan
bayang sedang duduk di atas sejadahku.
Buktinya sejadah aku sudah beralih tempat, berada di atas
permaidani. Begitu hampir dengan sisi katilku sehingga aku dapat melihat susuk
itu yang sedang membelakangiku dan mengadap kiblat, tapi apa sebenarnya benda
tu?
Patutkah aku menceritakan
hal ni kepada mak dan ayah?Mana la tahu kalau-kalau semua peristiwa ni dapat
ditamatkan?Tak la aku diganggu lagi oleh benda tu.
“Ganggu?Em..,” aku
memandang siling.
Tak la mengganggu tapi aku kira lebih bersifat kepada pertolongan, mungkin?
Aku tak tahu pun apa benda
tu. Malah, sebelum-sebelum ni tak pernah pula berlaku perkara-perkara macam ni
kepada aku, baik di sekolah mahupun di rumah. Mengapa harus sekarang ia datang
menduga?
“Astagfirullah,” aku
menutup mulut yang menguap.
Mengantuknya!
Aku megiring semula ke
kanan. Angin kipas masih lagi setia bertiup. Membuatkan mataku hampir tertutup
semula.
Kalau di sekolah bolehlah
aku elak dengan pergi lambat, tak macam selalu. Biarkan si Asyraf yang datang
dengan Fakri untuk membuka kunci pintu kelas. Aku pula akan bertemankan dengan
Mikhael sehingga ke sekolah. Jadi, tak perlu lagi aku nak melalui
kejadian-kejadian yang hanya membuatkan aku pening kepala.
Waktu balik pula, aku
hanya perlu menunggu lebih kurang 5-10 minit. Bukannya hampir setengah jam
seperti selalu. Jadi aku tak kan keseorangan ataupun menjadi orang yang
terkakhir meninggalkan kelas.
Itu kalau di sekolah,
dapatlah aku elak dengan melewatkan waktu aku ke sekolah dan mempercepatkan
waktu pulang aku. Biarpun macam tu, kadang-kadang aku masih melalui kejadian
aneh. Suara yang turut mengucapkan alhamdulillah tu, adakah suara yang sama
menyebut zikir-zikir tadi?
Aku tak pasti.
Mata yang hampir tertutup berlawanan dengan akalku yang ingin terus
berfikir. Aku mengiring ke kiri, cuba mencari lena.
Deru angin yang bertiup
membangkitkan rasa nyaman. Aku memeluk bantal. Dalam hati aku bersorang girang
apabila esok adalah hari cuti. Dapatlah berehat lama sikit.
Aku menutup mata. Antara sedar dan tidak, aku merasakan selimut yang
bergerak menutupi bahu menambahkan keselesaan buat aku.
“Assalammualaikum,”
perlahan suara yang berbisik.
Mataku sudah tak berdaya untuk dicelikkan. Namun, telingaku masih dapat
mendengar suaranya yang ku rasakan cukup dekat dengan diriku.
Aku dapat merasakan tilam
dihujung kaki yang diberati sesuatu.
Dia kah?
###########################################
Selesai sembahyang Subuh,
aku bangun menuju ke meja belajar sambil membawa bersama sejadah. Sebelum duduk
di kerusi, aku menanggalkan telekung. Aku mencapai pen dan mengeluarkan
sekeping kertas daripada laci meja.
Aku dah pun mendapat idea
untuk memastikan apa yang berlaku kepada aku bukanlah aku yang berkhayal ataupun bermimpi.
Kadang-kadang suara yang muncul dan menghilang sesuka hatinya itu membuatkan
aku tertanya-tanya sama aku yang berangan terutama sekali ketika di waktu-waktu
tidur aku.
Aku dapat mendengar
suaranya yang memberi salam semalam. Begitu hampir dengan diriku. Aku dapat
rasakan suaranya yang seakan-akan berbisik perlahan. Mustahil aku bermimpi!
Aku mula memandang telekung dan sejadah yang berada di tangan.
“Nak simpan sejadah dan
telekung,” bibirku seiring dengan tangan yang mula menulis di atas kertas.
“Apa lagi ya?,” aku memusing-musing pen di tangan. Aku cuba memikir apa
lagi yang sepatutnya aku tulis sebagai ingatan dan petanda untuk diri aku
sendiri.
“Nak ambik kasut sekolah,”
aku tersenyum sambil menulis. Kasut sekolah aku yang berada di luar pintu
ketika aku pulang dari sekolah semalam membuatkan aku teringat apa yang patut
aku lakukan di hari cuti seperti hari ni.
“Nak kemas baju,” aku
terus mencatat aktiviti yang hendak aku buat sambil menjeling kepada baju-baju
aku yang masih tergantung di tempat sidaian yang juga turut menjadi tempat
kebiasan aku menggantungkan sejadah dan kain telekung.
Aku mencapai glob salji
yang memang menjadi minat aku. Aku kocakkan beberapa kali sambil melihat
salji-salji dan sebuah istana yang terdapat di dalamnya.
“Cantiknya!,” aku
tersenyum melihat salji-salji yang seakan-akan berterbangan di dalam glob salji
itu. Satu persatu mula jatuh ke bahagian bawahnya.
Aku
meletakkan glob itu ke atas kertas yang sudah aku catatkan aktiviti-aktiviti
yang bakal aku lakukan pada hari ini. Aku berlalu keluar bilik untuk menuju ke
dapur. Sebelum aku melangkah keluar, sempat aku menjeling kertas tersebut yang
berada di atas meja. Pasti aku tak kan menjadi keliru selepas ini.
Aku mencapai mug untuk
dipenuhkan dengan air teh.
“Tak makan?,” mak yang turut berada di dapur bertanya. Hidungku dapat
menangkap bau nasi goreng yang baru siap di atas dapur.
“Nanti la mak. Mak pun dah
nak makan ke?,” aku menuang air teh yang sudah siap dibancuh oleh mak.
“Jarang la mak nak makan pagi-pagi ni. Lewat sikit baru mak makan,” aku
meninggalkan mak yang mencuci pinggan di sinki.
Di dalam kepala aku mula
terbayangkan perkara pertama yang nak aku lakukan iaitu mengemas sejadah dan telekung
yang aku tinggalkan di atas katil sebelum keluar.
Aku meletakkan mug di atas meja. Terus aku menuju ke katil untuk mencapai
sejadah dan telekung yang ditinggalkan di situ tadi.
“Macam mana...” ayatku
mati di situ apabila ternampak kasut sekolahku sudah pun berada di kaki katil.
Aku mengalihkan pandangan ke tempat sidaian baju. Hanya sejadah dan telekung
yang tersidai kemas di bahagian tengahnya. Bahagian atasnya yang tadi masih
tergantung baju-baju aku sudah kosong.
Aku meluru ke almari
pakaian aku dan membuka pintunya. Di situlah tempat sebenar aku menyimpan
pakaian aku. Aku yakin memang ada
sesuatu yang menolong aku kali ini!
Suspen! Apa benda tu? Kalau sy 'nampak' benda tu, sure dah lari lintang pukang!
ReplyDeleteHannah,tq sudi bagi komen lagi;-) hargai sangat2 tau!!
ReplyDeleteSure sis, hari2 jenguk not to miss ur update ;)
ReplyDeleteTq so much!!Tau tau nak cakap apa dah, huhu..;-)
ReplyDeletesebab saya OTAKU saya fikir 'dia' tu mcm ninja..terus tak seram -_-"
ReplyDeletetwisted minded betul aku nie..