6
“Cepatkan masa berlalu?Dah
nak cuti,” Aisyah menyuapkan kuih karipap yang aku beli daripada Makcik Zabedah
pagi tadi.
“Awak nak buat apa esok?,” aku bertanya mengenai rancangannya untuk hari
Sabtu yang bakal tiba.
“Em..entah la. Nak buat
apa?Dok kat rumah je la. Kenapa?Awak nak pergi mana-mana ke?,” dia memandangku.
“Ish, tak la. Nak pergi mana. Lebih baik duduk rumah kalau tak ada kerja
yang nak dibuat. Dapat rehat juga,” aku meyedut teh ais yang berada di dalam
plastik.
“Betul tu. Saya setuju,”
dia tersenyum.
“Tapi nanti awak ikut tak perkhemahan?.”
“Perkhemahan?Bila?Kat
mana?,” aku kurang jelas dengan apa yang dikatakan oleh Aisyah. Tak pula aku
dengar apa-apa berita mengenai perkhemahan.
“Sabar la. Tanya la
satu-satu. Boleh tercekik saya tau,” dia menyedut air milo aisnya.
Aku ketawa melihat keletahnya. Suasana kelas yang hanya dihuni oleh kami
berdua memang tenang dan menjadi tempat kegemaranku. Aku dan Aisyah selesa
menghabiskan waktu rehat di dalam kelas. Tidak ada sebarang gangguan kalau kami
berdua hendak berkongsikan apa-apa masalah kalau dibandingkan di kantin dan
sebagainya yang memang menjadi tumpuan pelajar-pelajar.
“Perkhemahan tu untuk
tingkatan menengah atas saja. Budak tingkatan 4, kita dengan tingkatan 6 juga.”
“Tingakatan 6?,” aku bertanya sekali lagi. Serta merta terbayangkan wajah
Mikhael yang sering menemani perjalanan sekolahku sepanjang minggu ni.
“Ya la. Kan mereka pun
tingkatan menengah atas. Mungkin perkhemahan tu kat padang sekolah ni je. Kan
ada Bukit Kemboja berhampiran dengan sekolah kita ni. Kalau jadi macam tu la.”
“Kalau jadi?Maksudnya tak tentu lagi la ni?,” aku meminta kepastian.
“Macam tu la nampaknya.
Saya tahu pun daripada Devi. Kan dia ahli Kelab Sukan dan Rekreasi. Perkara ni
masih lagi dalam perbincangan, sama ada nak dibukakan untuk semua pelajar atau
hanya untuk ahli kelab mereka sahaja.”
“Awak kata tadi untuk
menengah atas?.
“Ya la. Menengah atas yang mana menjadi ahli kelab tu la. Tu pun kalau
benda ni dipersetujui oleh cikgu-cikgu. Devi pun tak pasti lagi. Dia cakap mungkin
akan dibuka untuk semua pelajar menengah atas. Tak kira la sama ada ahli kelab
tu ataupun bukan. Kalau tak berapa ramai sangat la ahli kelab tu?Kan lagi ramai
lagi meriah,” Aisyah mencapai sebiji lagi karipap.
“Nak tak?,” dia bertanya.
“Habiskan la,” aku terus menyedut air.
“Maksudnya kalau jadi kat
mana perkhemahan tu?.”
“Kat padang sekolah kita. Selepas dah redah Bukit Kemboja tu. Bergantung
juga. Boleh jadi berkhemah kat atas bukit tu, dah alang-alang kan.”
“Redah?,” aku mengecilkan
mata.
“Jungle track la,” Aisyah ketawa.
Macam-macam Aisyah ni.
Macam menarik juga aktiviti yang dicadangkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi tu.
Aku pun pernah mendengar cerita mengenai air terjun yang ada di Bukit Kemboja.
Teringin juga apabila mengenangkan air jernih yang sejuk tu.
“Bila perkhemahan tu?.”
“Kan tadi dah cakap. Tak
pasti lagi. Macam biasa la. Bila dah confirm,
mereka akan tampal la notis.”
Aku terkenangkan Mikhael.
Bolehlah dia juga turut serta nanti aktiviti perkhemahan ni nanti. Itu pun
kalau jadi, macam yang dikatakan oleh Aisyah.
“Awak dah pernah pergi
sana?,” Aisyah bertanya.
“Dengar kata air terjun kat situ best!.”
“Belum. Cerita tu pernah
la dengar tapi tak pernah sampai pun. Awak?,” aku bertanya kembali.
“Sama la. Dengar cerita
je. Sebab tu kalau jadi aktiviti ni, macam teringin juga nak ikut,” dia
tersenyum.
“Kalau jadi..,” aku mengangkat kening.
“Tu la..ala,susah-susah
kita pergi berdua je!,” Aisyah menyapu-nyapu tangannya dengan tisu.
“Gila!Awak dengan saya je?,” aku menampar bahunya.
Dia memuncungkan mulutnya.
“Saya bergurau je la. Tak kan la betul-betul nak pergi berdua.”
Aku menghela nafas lega.
Aku fikir dia betul-betul serius dengan kata-katanya tadi.
Aisyah ketawa.
“Awak ingat betul-betul
ke?.”
“Ya la!Cara awak cakap tu macam betul,” aku mencubit pehanya. Geram dengan
tingkahnya yang sentiasa mengusik.
“Dah la. Saya nak pergi
tandas ni. Nak ikut?.”
Aku menggelengkan kepala.
“Tolong buangkan,” aku
menghulurkan plastik yang masih bersisa dengan sedikit teh ais.
“Pemalas!,” Aisyah menjelirkan lidahnya kepadaku sebaik mencapai plastik
tu.
Aku mencapai tisu untuk
mengelap meja aku dan Aisyah. Biarpun tidak ada kesan tumpahan atau sisa
makanan kami tapi aku lebih selesa untuk membersihkannya juga.
“Alhamdulillah,” aku mengucapkan syukur setelah kekenyangan dengan
kuih-muih yang aku kongsikan dengan Aisyah tadi. Ditambahkan pula dengan nasi
goreng yang dibawa Aisyah, cukup mengenyangkan perut kami berdua.
“Alhamdulillah,” suara
yang turut mengucapkan benda yang sama mengejutkan aku.
Aku melihat sekeliling kelas yang tidak ada siapa-siapa. Hanya beberapa
orang pelajar yang mula memenuhi koridor kelas.
Tak kan la mereka?Lagipun
suara yang aku dengar tadi perlahan saja. Mustahil datangnya dari luar kelas.
Mungkinkah suara yang sama yang memberikan salam kepadaku pada malam
itu?Suara yang sama juga yang mengingatkan akan kerja rumahku yang belum
selesai?
Aku belum dapat mengenal
pasti suara ini kerana aku jarang mendengarnya. Hanya sekali sekala ia jelas di
pendengaranku.
#####################################
“Lida, saya pergi dulu!,”
aku yang sedang mengasah pensil di belakang kelas menoleh kepada Aisyah.
“Bas dah sampai ke?.”
“Dah sampai la cik kak.
Kalau tak, tak kan la kami dah nak pergi,” suara Amin menyampuk, mengundangkan
ketawa kawan-kawan sekelas kami yang lain.
Aku menjeling Amin yang datang dan perginya ke sekolah ni berkongsi bas
dengan Aisyah.
Aisyah yang melambaikan
tangannya juga ikut ketawa.
“Nak buat kerja ke?,” Asyraf yang tempat duduknya juga di barisan belakang,
berhampiran dengan bakul sampah bertanya.
Aku hanya mengangguk.
Kalau tak, tak kan la aku nak mengasah pensil ni?
Aku mengerling Fakri yang sibuk membaca sewaktu berlalu ke tempat dudukku.
“Nadirah, lambat hari ni?,”
aku menegur Nadirah yang duduk besebelahan dengan Fauziah di dalam kelas.
“Lambat sikit hari ni. Tunggu ayah,” dia mengemas buku- bukunya.
Aku terus menyambung kerja
Matematik aku yang belum selesai. Ogif yang perlu ku lukis, tak juga dibuat
kerana aku terpaksa memberhentikan kerjaku untuk mengasah pensil yang dah
tumpul.
“Nanti la lukis,” aku
mencapai pen sebaik melepaskan pensil. Lebih baik aku buat jalan kiranya dahulu
yang kerjanya lebih sukar kalau nak dibandingkan dengan melukis ogif di atas
kertas berdasarkan jawapannya.
Aku terus mengira berdasarkan soalan yang tertera di dalam buku teks
Matematik. Sekali-sekala aku berhenti dan melihat hasil kerjaku dan
soalan-soalan yang harus aku jawab.
“Banyaknya,” aku melihat
soalan-soalan yang telah ditandakan.
“Kalau dah banyak, berhenti la dulu,” kehadiran Fakri di sisi mengejutkan
aku.
“Bila awak ada kat sini?,”
aku memandangnya yang sudah mengambil tempat duduk Aisyah.
“Baru je. Khusyuk kira?,” dia melihat hasil kerjaku.
“Awak tak balik asrama
lagi dengan Asyraf?,” aku memicit-micit jari untuk menghilangkan lenguh.
“Nanti la. Awal lagi. Selalunya kami balik terus singgah kat kantin,” dia
membuka surat khabar untuk mula dibaca.
Aku meneruskan semula
kerjaku.
“Surat khabar tu yang hari ini punya ke?,” suara halus Nadirah membuatkan
tanganku berhenti mencatat angka-angka di dalam buku latihanku.
“Tak perasan pula. Saya
main ambik je kat belakang tadi,” pantas tangan Fakri mengalihkan semula ke
muka hadapan.
“Bukan la. Yang semalam. Nak baca ke?.”
“Boleh juga,” aku melihat
Nadirah yang mula menarik kerusi menghampiri tempat duduk Fakri.
Aku melihat jam di tangan yang hampir ke pukul 2.30 petang.
Aku mula mengemaskan buku
latihan dan buku teks Matematik yang terbentang di atas meja. Kotak pensilku
Garfield juga aku masukkan.
“Dah nak balik ke?,” Fakri
menegur.
Aku mengangguk sambil tersenyum.
“Nanti awak dengan Asyraf
kunci pintu ok,” aku mula menggalas beg sekolah.
“Jangan risau,” Asyraf yang mendengar kata-kataku menegakkan ibu jarinya.
“Ok la. Saya pergi dulu.
Assalammualaikum semua,” aku membetulkan tudung sambil melangkah.
“Waalaikummussalam. Hati-hati naik basikal tu!,” jerit Fakri.
“Ya la!,” aku membalas.
Aku sengaja memilih waktu sekarang untuk pulang. Selalunya hampir ke pukul
3 barulah aku akan pulang biarpun waktu sekarang jalan raya tak lagi sesak
dengan pelajar-pelajar sekolah.
Lagipun, tak payah lagi
aku nak berhadapan dengan kejadian-kejadian aneh yang akan berlaku apabila aku
bersendirian di dalam kelas tu. Aku tak dapat membayangkan apa pula yang bakal
berlaku hari ini kalau aku masih bersendirian di dalam kelas. Entah-entah bakul
sampah juga akan berubah kedudukannya. Penyapu yang boleh bergerak sendiri
ke?Ei!Minta dijauhkan.
Aku terus membuka kunci
basikal. Perlahan-lahan aku menyorong basikal tu.
“Assalammualaikum. Lida!.”
Aku menoleh ke belakang.
“Waalaikummussalam. Mikhael,” aku tersenyum memandangnya yang berlari-lari
anak menuju kepadaku. Aku melihatnya yang baru keluar daripada bangunan di
belakang sekolah.
“Lambat awak balik hari
ni?.”
“Ada kerja sikit tadi. Awak?,” dia bertanya kembali sambil membetulkan beg
sekolahnya.
“Saya memang jarang balik
awal. Saja balik lewat sikit. Tak payah nak bersesak-sesak kat atas jalan tu,”
aku menerangkan.
“Selalunya memang awak balik awalkan sebab tak pernah nampak pun awak balik
lewat. Ini kali pertama,” aku berjalan beriringan dengannya sambil menyorong
basikal.
“Bergantung la. Sama macam
waktu saya datang juga. Kadang-kadang awal. Ada hari tu, lewat pula,” dia
tersenyum.
“Tapi dalam minggu ni kita asyik terjumpa kan?,” aku memandangnya yang
setia menemani langkahku ke sekolah sepanjang 5 hari dalam minggu ni.
“Dah rezeki,” ringkas
jawapan daripada Mikhael.
“Rezeki?.”
“Ya la. Rezeki nak
berjumpa dengan awak. Selalunya tak pernah kita terjumpa waktu nak datang ke
sekolah. Dulu pun kat sekolah kita baru terjumpa. Em..maksud saya bertembung,”
dia tersenyum memandangku.
Aku tersenyum malu
mengenangkan pertemuan pertama yang berlaku. Atas sikap cuaiku juga yang
membuatkan aku bertembung dengannya.
Angin yang bertiup lembut mengiringi langkah kami.
Sesekali aku melirik
kepadanya yang kadang-kadang membetulkan anak rambutnya di dahi. Di saat dia juga memandang aku, aku
cepat-cepat melihat ke arah lain.
Entah kenapa aku selesa berada di sisi pelajar lelaki
yang bernama Mikhael ni. Biarpun persahabatan kami masih lagi berada di takuk
yang baru, aku tak dapat mencari sebab kenapa dia tidak boleh menjadi kawanku.
“Ok la. Dah sampai.”
Langkah yang diaturkan terhenti.
“Ini la jalan ke rumah saya. Bila-bila nanti, jemputlah datang,” dia
menunjukkan ke lorong yang menghala masuk ke kawasan yang didiaminya.
“Insya-Allah,” aku mula
menaiki basikal setelah sepanjang jalan tadi aku berjalan beriringan dengannya.
“Hati-hati.
Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam,” aku menghantarnya pergi dengan pandangan mata.
Cepat benar masa yang
berlalu ketika aku bersama dengan Mikhael. Mungkin apa yang pernah dikatakan
olehnya dulu memang betul?Kita tak sedar masa yang begitu pantas berlalu. Mungkin
juga.
Beberapa tapak melangkah, aku melihat Mikhael berhenti. Dia menoleh semula
ke belakang.
“Kenapa tak balik lagi?,”
dia menguatkan suaranya.
“A..nak balik la ni. Bye!,” aku terus mengayuh basikal. Leka benar aku
melihatnya tadi.
“Mikhael,” aku tersenyum
mengenangkan tuan empunya diri. Rupanya di situ dia tinggal. Aku terus mengayuh
basikal sambil memikirkan kampung tempat tinggal Mikhael. Memang di situ ada
kampung tapi tak pula aku sangka dia tinggal di situ kerana aku pernah nampak
dia berjalan menuju ke jalan yang lain.
Namun semua itu bukan lagi
menjadi satu misteri apabila dia sudah menerangkan dia menuju ke rumah kawannya
pada waktu tu. Kalau la dia berbohong kepadaku, apa yang dia akan
dapat?Bukannya dia akan untung apa-apa pun. Lagipun, mustahil dia berbohong.
Setiap pagi dalam minggu
ni kami ke sekolah bersama. Aku sendiri nampak dia berjalan keluar daripada
lorong jalan yang ditunjukkan kepada aku sebentar tadi. Waktu pulang tadi pun
memang dia berjalan masuk ke jalan yang sama.
“Kenapa pula aku nak
fikirkan semua ni?,” aku membebel seorang diri.
Entah la. Aku rasa selesa dengan Mikhael. Senyumannya yang sentiasa terukir
memang manis!
“Oh Mikhael!.”
“Amboi!Meleret senyuman,”
mak menegur sebaik aku sampai.
Aku melihatnya yang sedang menyapu.
“Mak masak apa hari ni?.”
“Lain yang kita cakap, lain yang dijawab.”
“Apa?,” aku bertanya
sambil menanggalkan kasut sekolah.
“Akak la. Senyum je dari jauh pun dah boleh nampak. Ada apa-apa ke?.”
“Tak la. Saja, hehe..,”
aku meletakkan kasut sekolah di tepi pintu.
“Pergi mandi dulu. Tu ha..ada ayam masak kurma,” aku sempat melihat mak
yang menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Yahoo!Ada ayam masak
kurma,” aku mempercepatkan langkah ke bilik.
“Sembahyang jangan lupa!,” mak terus berpesan.
“Ya la,” aku sempat
menjawab sebelum menutup pintu bilik.
Aku meletakkan beg sekolah di atas lantai. Terus aku merebahkan badan ke
katil.
“Mikhael,” buat yang
kesekian kalinya aku menyebut namanya.
Nak bab seterusnya lagi, kak.. ^^ siapa Mikhael tu sebenarnya?
ReplyDeletehehe..tq Miss Imaginative yang sudi bagi komen..nak tau siapa Mikhael, kenalah tunggu..nanti akk update lagi ye;-)
ReplyDeletePenuh misteri, tapi rasa real.
ReplyDeleteTq Hannah sudi lagi bagi komen:-)
ReplyDeleteMestilah sudi ;) hari2 jenguk takut miss ur n3
ReplyDeleteAlolo..ya ke?So sweet of u Hannah;-) tq so much tau, terharu;')
ReplyDelete