Thursday 2 January 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 18



Hana terpacak bagaikan patung memerhati gelagat Jojo yang sibuk memilih beberapa helai pakaian dari berpuluh-puluh helaian yang ada di depan mereka. Tidak, bukan berpuluh-puluh. Mungkin mencecah ratusan helaian.
            “Banyaknya Cik Jo!.” Mata Hana sudah dirasakan berpinar melihat semua pakaian dari pelbagai jenama tempatan dan juga antarabangsa. Hanya satu atau dua sahaja yang biasa didengarinya. Selebihnya itu, kirim salam saja la!
            “Jojo sayang, Jojo. Biasakan diri you untuk panggil I Jojo ya,” tingkah Jojo sambil menjeling sekilas kepada Hana yang berdiri di belakangnya.
            “Sorry Cik Jo. Eh!Jojo,” balas Hana. Matanya terus merayap memerhati bilik yang besar itu. Bukan setakat pakaian, beg tangan, kasut malah pelbagai aksesori dan alatan make up juga turut ditempatkan di situ. Semuanya disusun rapi di tempat masing-masing. Kalau macam inilah gayanya, boleh dijual ini. Memang sudah boleh buka shoping mall ni!Merepek kau Hana. Jadilah macam si Mail dalam Upin dan Ipin tu kalau nak kena saman dengan Fabuloustar!Semua benda kau nak jualkan?
            “So, Cik...”
Jojo yang tadinya sibuk memilih beberapa helai pakaian mula mengangkat muka memandang ke arah Hana. Matanya dikecilkan.
            “Er..maksud saya Jojo, so apa yang saya nak kena buat?.” Hana mula melepaskan soalannya. Tak kan la dia hendak duduk di situ dan hanya memerhati sepanjang hari tanpa melakukan sebarang pekerjaan?Nampak sangat nak makan gaji buta!
            “Hah!Macam tu la. Jojo..,” ungkap Jojo dengan nadanya yang unik itu. Uniklah tu buat lelaki macam Jojo!
            “Kerja you kena tolong I. Ni..tengok ni..banyak tau,” Jojo mula mencebikkan bibirnya. Adus!Manja betul la penata fesyen yang seorang ni. Hana yang memerhati tingkah lelaki itu cuma tersenyum.
            “Ya la tapi apa yang saya nak kena buat?Saya tak fahamlah semua ni.” Hana membuat pengakuan jujur. Semua ini dirasakan terlalu asing buat dirinya. Sudahlah tempat ini dan orang-orang yang baru ditemuinya dirasakan pelik, skop kerjanya juga dirasakan tersasar jauh dari apa yang pernah dipelajarinya dahulu.
            Jojo yang sedang mencapai sehelai dress dari penyangkut baju, menoleh kepada Hana. Raut wajah gadis itu direnung. Lambat-lambat bibirnya mula tersenyum.
            “Er..kenapa cik?Ada apa-apa yang tak kena ke?.” Hana mula berasa cuak. Sudahlah di dalam bilik itu hanya ada mereka berdua manalah tahukan kalau-kalau si penata fesyen ini fikirkan yang bukan-bukan pulak pasal dirinya. Ish!Tak kanlah Hana?Kau ni. Dia ni Jojo kut?Jojo tau!
            “Err..tak. I mean..,” Jojo mula menggelabah. Dia cuba menyusun ayat yang ingin dilontarkan. Dia yang tadinya memandang dress yang berada di tangan, mula menjeling kepada Hana yang masih lagi merenung kepadanya. Kenapa terasa sesuatu ya?Renungan mata  gadis itu tepat ke dalam matanya. Dress yang dipegang disangkut semula ke penyangkut. Hana yang memerhati mengerutkan wajahnya.
            “Eh Cik Jo!Tadi bukan nak ambil ke baju tu?Kenapa digantung balik tu?,” tegur Hana. Walaupun dia tidak tahu sangat perihal kerjanya tapi manalah tahu kalau-kalau pakaian itu penting untuk kerja Jojo ni kan?
            “Oh!Ya, ya..yeah!My bad!.” Jojo tersengih. Come on Jojo!Kenapa dengan kau hari ini?Apa yang tak kena?Dress yang baru disangkut mula dicapai semula. Wajah Jojo menunduk memandang dress Dolce & Gabbana yang berada di tangannya. Aduhai!Malu mengalahkan anak dara betul si Jojo ni!
            Matanya mula mencuri pandang Hana yang kini sudah pun duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan cermin. Di situlah tempatnya di mana model-model akan disolekkan sebelum menjalani sesi fotografi.
            “Banyaknya!,” gumam Hana perlahan. Sebatang lipstik yang terdapat di meja solek itu dicapai. Jojo yang memerhati dari tempatnya cuma tersenyum. Dari tutur bicara gadis itu, dia boleh rasakan yang kawan kepada kawan baiknya itu adalah seorang yang jujur. Sudahlah jujur, sopan pula tu. Bukannya hipokrit seperti kebanyakan mereka yang berada di dalam industri yang sama dengan dirinya. Tak lah semua tapi adalah juga!
            Jojo mula menapak ke arah Hana. Leka betul gadis itu memerhati semua alat make up yang berada di situ sehinggakan tidak sedar dia yang sudah berdiri di belakang.
            “Sayang..,” tangan Jojo naik memegang kedua-dua bahu Hana.
            “Cik Jo!,” terkejut Hana dengan sentuhan yang tidak disangkakan itu. Lipstik yang sedari tadi selamat berada di tangannya kini sudah selamat berada di atas lantai.
            “Sorry, sorry!I bukan sengaja nak takutkan you. You terkejut ke?,” soal Jojo sambil menunduk mengutip lipstik yang sudah patah itu.
            “Alamak!Matilah saya Cik Jo. Tengok..nanti...”
“Sshh!,” jari telunjuk Jojo naik mengisyaratkan Hana agar diam. Hana mula mengetap bibir.
            “Benda ni bukan berapa sen sangat pun,” ujar Jojo sambil mencampakkan lipstik tersebut ke dalam bakul sampah di sisi meja solek. Sehelai tisu ditarik daripada sebuah kotak yang turut berada di atas meja untuk mengesat tangan yang comot dengan warna lipstik berkenaan.
            Hana yang masih lagi duduk di kerusi hanya memerhati tingkah lelaki itu. Jojo yang kembali berdiri di belakangnya menuding ke dalam cermin di depan mereka berdua.
            “Tengok...”
Terkebil-kebil mata Hana memandang ke dalam cermin. Kalau tadi hanya wajahnya yang kelihatan, kini wajah lelaki itu yang mulai membongkok dari belakangnya turut terbias di sisi kanan wajahnya.
            Jojo memerhati raut wajah Hana yang mempamerkan riak kehairanan. Tangannya kini diletakkan di kerusi setelah menyedari tindakan refleks gadis itu yang menarik bahunya dari tangannya sebentar tadi. Bukan dia ingin mengambil kesempatan pun tapi dia sudah terbiasa menyentuh model-model yang bekerjasama dengan dirinya sebelum ini.
            “Ke..kenapa?,” soal Hana gugup. Sudahlah tadi pegang-pegang orang, nak suruh tengok ke dalam cermin pula sekarang. Ish!Pelik betul Jojo ni.
            “Apa yang I nak cakap tadi, I boleh ubah you. Ubah you untuk jadi cantik, malah mungkin lebih cantik dari perempuan-perempuan yang ada kat sini. Tu..Erin tu..,” Jojo mula hendak bergosip!
            “You ingat sedar-sedar je dia terus jadi macam tu ke?Dulu, dia tu lagi worse dari you tau!Siapa yang ubah dia kalau bukan I?And now I want to do the same thing for you. How about that?Jangan risau. Kita kekalkan imej you yang bertudung ni tapi...”
            “Er..Cik Jo. Maksud saya Jojo..,” Hana menarik nafas. Macam menarik juga tawaran yang dibuat oleh Jojo ni kan tapi bukankah dia ke sini untuk bekerja?
            “Tapi apa darling?You tak suka?Hmm?You know what..I’m the best in town. Siapa yang tak kenal dengan I?And...”
            “Saya tahu Jojo yang terbaik,” Hana cuba menyusun ayat. Matanya melihat lelaki itu yang mula mengukirkan senyuman di dalam cermin.
            “Mestilah!Jojo tau!.”
            “Tapi kalau nak kena ubah semua tu, rasanya buat masa sekarang tak payahlah. Lagipun mesti semua barang-barang tu mahal kan?Manalah saya mampu. Kalau dapat bertahan kerja kat sini pun dah lebih dari cukup. Dapat juga balas jasa mak dengan ayah saya kat Kedah sana tu. Dan paling penting kalau Jojo sanggup ajar saya dan bersabar dengan saya, itu yang saya nak. Bukan nak ubah-ubah ni. Lagipun saya bukannya model,” terang Hana satu persatu.
            Kalau tadi melalui cermin, kini Hana mula menoleh memandang raut wajah lelaki itu yang hanya beberapa sentimeter dari wajahnya.
            “Boleh?” soal Hana penuh mengharap sambil mengangkat kening. Jojo yang ikut bertentang mata dengan gadis itu mula terasa keras lidahnya untuk menjawab. Kenapa ni Jojo?Tak kan lah gadis kampung macam ni pun buat kau susah nak jawab kut?Bahulu betul!
            “Belum pernah tau ada orang reject my offer,” balas Jojo setelah beberapa ketika. Kalau perempuan lain, pantang ditawarkan mesti menggedik nak terima. Siapa yang tak nak kalau percuma kan? Kenapa dia ni tak nak pula?Pelik!
            “Ala..janganlah macam tu Jojo,” tingkah Hana. Naik kedua-dua tangannya memegang lengan lelaki itu. Eh!Dia pegang aku ke?Dia pujuk ke ni?Seronok juga ya!Jojo yang mengerling pura-pura tak ambil kisah.
            “Saya..er..maksud saya tadi, ajarlah saya bab-bab kerja ni. Nak ubah-ubah ni nanti-nanti pun bolehkan?Kan?,” lengan Jojo mula digoncang agar dapat menarik perhatian lelaki itu. Ala, kenapa terasa lemah pula dengan aku ni?Pegang lengan sikit dah nak mengalah ke?Tak boleh, kena jual mahal ni!
            “Janji?,” Jojo menjeling manja. Pulak!Itu yang terkeluar dari mulutnya.
“Hmm..janji,” Hana menganggukkan kepalanya. Merajuklah pula lelaki ini. Tak pasal-pasal kena berjanji bagai! Lengan lelaki itu dilepaskan. Matanya kembali menatap pelbagai jenis alat solek yang terdapat di meja itu.
            “Tapi hari ni you kena makan dengan I. I tak habis marah lagi ni,” suara Jojo menusuki pendengaran Hana.
            “Hah?!Bila?.” Macam-macam betullah perangai si Jojo ni.
“Nantilah. Bila kita dah habis kerja,” sahut Jojo yang sudah kembali semula kepada sesi pemilihan pakaiannya itu.
            Hana bingkas bangun dari kerusi lalu mula menghampiri Jojo yang mulai kelihatan sibuk semula.
            “Jadi, apa yang saya nak kena buat sekarang ni?.”
            “Kejap ya..emm..hah!Yang ni..you tolong iron kan yang ni, boleh?Iron ada kat bilik belakang tu. Model nak pakai mestilah kena cantikkan?,” Jojo mula membebel. Sehelai dress dihulurkan kepada Hana.
            “Iron?,” sambut Hana bagaikan tidak percaya. Tak kan lah itu saja yang dia kena lakukan?
            “Yup. Kenapa?Oh..nanti I ajarlah you yang lain-lain. Buat masa sekarang,please..ironkan baju tu. Nanti dah nak photoshoot ni. Cepat sikit ya!,” balas Jojo yang bagaikan mengerti maksud pertanyaan Hana.
            Hana mula bergegas menghala ke arah bilik yang ditunjukkan oleh Jojo tadi. Jojo yang sibuk meneliti beberapa helai pakaian, mengerling Hana yang sudah menghilang masuk ke dalam sebuah bilik. Dia yang tadinya berdiri mula melabuhkan punggung di sebuah kerusi di meja solek. Fuh!Lega kerana tidak ada Hana di depannya kini.
            Kenapa terasa bagaikan tidak kena dengan dirinya sendiri setelah bertemu dengan gadis itu?Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek jaket yang dikenakan. Skrin mula disentuh dan dia mula mencari mesej yang pernah diterimanya.
            Bibirnya tersenyum apabila menjumpai apa yang dicari. MMS yang dikirimkan oleh Ika semalam terus ditatap. Gambar Hana itulah yang membuatkan dia dapat mengecam gadis itu di pejabat tadi. Gadis itu polos. Sepolos pakaian dan penampilannya yang langsung tidak dihiasi apa-apa aksesori tapi who cares?Dia suka!
            Sebaik tiba di depan pintu pagar sebuah rumah yang terletak di Damansara, Jojo memberhentikan keretanya. Tidak cukup dengan itu, enjin kereta Nissan Infiniti G37 yang berwarna merah sama seperti warna seluarnya pada hari itu, turut dimatikan.         Penumpang yang berada di sebelah menarik perhatian Jojo. Raut wajah Hana yang sudah terlelap itu diperhati. Wajah pembantunya itu bersih dari sebarang make up. Dari wajah, mata Jojo merayap memerhati pakaian yang membaluti tubuh gadis itu.
            Baju kurung bercorak bunga yang berwara merah jambu itu dipadankan dengan selendang pashmina polos yang turut mempunyai nada warna yang sama. Mata Jojo merayap lagi memerhati hujung kaki Hana yang mengenakan kasut leper berwarna hitam. Beg yang berwarna hitam juga sedang dipeluk oleh gadis itu.
            Jojo menganggukkan kepalanya. Dia tahu semua inilah yang membuatkan Erin begitu berani menyindir Hana pagi tadi. Semua benda yang dikenakan dan dibawa oleh gadis itu yang kini sudah sah bergelar pembantunya, adalah benda-benda yang biasa. Bukannya benda yang berjenama yang akan dibawa masuk oleh semua pekerja Fabuloustar.
            “Ah!Kalau tak aku yang ajar semua tu, diaorang tu pun dua kali lima juga!,” desis Jojo perlahan. Kalau adanya barang berjenama sekali pun tapi kalau tidak kena dengan gayanya tetap akan nampak janggal, kan?Semuanya mesti berterima kasih kepada guru fesyen di Fabuloustar iaitu Jojo!Yeah, that’s me, Jojo!
            Hati Jojo merasa bangga. Sudahlah Jojo. Bangga tu bangga juga tapi esok nak kena kerja lagikan?Jojo mengerling lagi kepada Hana. Dia mula berdehem sekali dua sebelum mula membuka mulut.
            Baru saja tangannya naik hendak menyentuh bahu gadis itu, dia mula berasa teragak-agak setelah mengingati insiden di bilik wardrobe tadi.
            “Ala..bukan aku sengajakan?,” tukasnya perlahan. Dia sedar kini di antara dia dengan pembantunya itu adanya satu jarak yang perlu dijaga tapi di dalam keadaan sekarang, kalau bukan dia yang harus mengejutkan gadis itu siapa lagi?
            Tangan mula menggerakkan bahu Hana perlahan-lahan.
“Awak...” Wait!Apa ni Jojo?Awak?Oh, please!Dia awek kau ke apa?Jojo berdehem lagi. Tadi tu salah tiun suara sebab tu masuk saluran yang salah.
            “Sayang...bangun. Dah sampai ni.” Suara manja mula kedengaran. Hah!Ini baru Jojo kan?Tadi tu kenapa boleh panggil perempuan ni ‘awak’?Ah!Pedulilah Jojo.
            Hana yang terpisat-pisat mula membuka mata. Kelihatan raut wajah Jojo yang sedang tersenyum kepadanya. Selendang yang dirasakan senget sedikit mula diperbetulkan.
            “Dah lama ke kita sampai abang?.” Terjegil mata Jojo mendengar perkataan itu. Abang?!Apa dia tak salah dengar?Tak kan?Kan?
            “Ehem, ehem!,” Jojo berdehem lagi. Nak masuk saluran yang mana pula ya?
“Eh, Cik Jo. Jojo..sorry. Tadi tu dah terbiasa waktu saya belajar,” terang Hana. Ya lah, senior-senior di UiTM dan di bekas tempat kerjanya dulu mestilah dihormati kan?
            Jojo terlopong. Punah harapan!
“That’s ok dear. I faham. By the way, esok you tunggu I ok?Kita pergi kerja sama-sama,” Jojo menyampaikan hajatnya yang sudah difikirkan sejak membawa pembantunya itu pergi makan bersama-sama tadi.
            “Tak pe la Jojo. Saya pergi naik teksi je,” sahut Hana sambil mula meletakkan tali beg ke bahu.
            “Mana boleh. Esok I tetap akan datang. Kalau you tak ada, siap you!,” Jojo menjeling manja. Marah-marah sayanglah katakan!
            “Tapi tak susahkan Jojo ke?Nak kena datang sini dulu lepas tu...”
“Tak susahlah sayang. Lagipun memang kita satu hala kan?Satu tempat lagi. Ingat, esok tau?,” luah Jojo dengan senang hati.
            “Emm..baiklah, saya keluar dulu. Bawa kereta elok-elok ya. Assalammualaikum.”
Jojo terkesima. Hanya matanya mengikut langkah Hana yang sudah turun dari keretanya. Melihat gadis itu yang melambai kepadanya, tangannya ikut naik membalas. Lambat-lambat barulah dia boleh bersuara.
            “Wa..Waalaikumussalam.” Adus!Kenapa ni Jojo?Selalu tu bukan ke, ‘hai’,‘sayang’, ‘dear’, ‘darling’, emm..apa lagi?Hah!You’olls pun ada juga!Tapi sekarang ‘assalammualaikum’?Sudah lama rasanya telinga dia tidak mendengar kalimat itu ditujukan terus kepada dirinya. Hidupnya sebelum ini...Dalam tak sedar, Jojo mula terasa sebak. Isk, isk!

 

8 comments:

  1. Ohhh.... jojo dh suka kt hana

    ReplyDelete
  2. ya;-) and Jojo ada kisah silamnya sendiri,hehe..tq sudi komen,hargai sgt2!

    ReplyDelete
  3. kak saya x boleh nak baca susah boleh kecil kan sikit nak tarik ketepi pun x boleh juga.

    ReplyDelete
  4. Ok2..sori..akak dah ubah template harapnya tak ada prob lagi ya;-)

    ReplyDelete
  5. hehe..baca komen Baby Mio, rasa macam dapat 'yes' dari Simon Cowell ;-) haha.. akan berusaha lagi, tq sudi komen lagi baby mio, luv u!

    ReplyDelete

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!