Friday 24 January 2014

MENCARI MR CHARMING..MACAM BEST JE!!!


MENCARI MR. CHARMING: BAB 1
January 1, 2014 at 6:28pm
SIAPA kata jadi penulis ni seronok? Dapat
royalti bertimbun? Popular? Menjadi pujaan
pembaca? Huh, sebenarnya kau orang silap!
Jadi penulis tidak sehebat mana pun. Sebenarnya,
indah khabar daripada rupa. Macam-macam masalah
membelenggu. Antaranya…

1. Serba salah – Tak mampu nak penuhi selera
pembaca yang berlainan minat. Jadi, eloklah
penulis menulis mengikut apa yang mereka
minat untuk tulis.
2. Jiwa kacau – Takut untuk berdepan dengan reaksi
pembaca dan kritikan.
3. Royalti – Emm… Jika novel laris, cukuplah
untuk belanja setahun atau bertahun-tahun.
Kalau tak laris?Kena ada back up plan.
4. Privasi – Seeloknya penulis menjadi privasi diri.
Jika diri menjadi bahan kutukan, pembaca tak
akan percaya dengan tulisan kita. Silence is
better. Sebab itu aku memilih untuk merahsiakan
identiti diri aku.
5. Promosi – Tapi, apabila merahsiakan identiti
pun payah. Sebab aku susah nak buat promosi.
Tak dapat nak hadiri mana-mana acara promosi.
Jadi, macam mana ya? Perlu dedahkan
diri atau terus berahsia?
6. Popular – Seronok? Oh, percayalah! Popular memang
menakutkan. Tiba-tiba saja akan muncul
musuh yang kita tak tahu dari mana dia datang
dan sebab apa dia benci kita. Salah satu contoh
dalam kisah aku ini. Nanti aku kenalkan kau
orang dengan musuh aku itu.

Jadi, itulah serba sedikit situasi yang sedang aku
alami sekarang ni dalam dunia penulisan. Kalau mahu
cerita lagi memang panjang. Tapi macam aku cakap
dekat atas tu… Silence is better! Bak kata Epictetus,
keep silence for the most part, and speak only when
you must, and then briefly. Jadi, untuk sesetengah
perkara kita perlu bersuara. Tapi, apabila aku memilih
untuk menjadi penulis, maka banyak perkara perlu
aku diamkan.
Oh, lupa nak perkenalkan diri. Nama aku Lara
Alisya. Berumur 28 tahun. Tinggi lima kaki lima inci.
Kulit kuning langsat. Mata sedikit sepet, tapi mak cakap
mata aku cantik (saja nak pujuk hati aku kut). Kerjaya
penulis sepenuh masa dan separuh masa. Walaupun
aku tahu bidang penulisan ini bermacam ragam, tapi
tetap menjadi pilihan aku. Mungkin kerana darah yang
mengalir dalam darah aku adalah darah keturunan
penulis. Tak percaya? Mari sini aku buka hikayat.
Ibu aku guru sastera, selalu menulis di papan hitam.
Ayah aku pula penulis puisi yang tak pernah diterbitkan.
Atuk aku (belah mak, sebab belah ayah dua-dua
dah meninggal), dia penulis diari peribadi (masa kecik
aku selalu curi baca diari dia yang kebanyakan menulis
hutang-hutang orang yang belum langsai). A bang aku
pula, mengikut jejak langkah emak, tapi yang bezanya,
abang suka menulis di dinding-dinding mengunakan
botol spray. Kakak aku, penulis blog merapu (tapi
sejak akhir-akhir ni asyik buat promosi tudung). Kiranya
aku ni keturunan penulis jugalah, kan?
Walaupun tak dikenali atau tak kaya-raya. Walaupun
aku tak berpeluang pakai cermin mata hitam dan pakai
baju bling-bling sambil bergambar dengan para
peminat, aku tetap berpuas hati dengan apa yang aku
ada. Mungkin kerana aku tak suka popular sebab itu
aku tak pernah letak nama sebenar pada mana-mana
novel aku yang dah terbit.
Kalau penerbit minta gambar aku untuk ditampal
di bahagian biodata, aku bagi gambar yang samar aje.
Kalau ikutkan hati, mahu saja aku bagi gambar berpurdah.
Tapi aku fikir, kalau tiba-tiba novel-novel aku
meletup… Kalau ya. Dan aku perlu ikuti sesi bertemu
pembaca, takkan aku tak pakai purdah pula masa tu.
Nanti ada pula yang mengutuk aku lupa diri. Kan?
Jadi, aku cuma pilih gambar yang samar aje, yang
nampak muka sipi-sipi. Cukuplah tu.
Tapi dalam tak popular, dalam tak dikenali, aku
tetap dibenci oleh pembaca. Sesuatu yang aku sangat
tak sangka. Sedih pun ada, tapi dalam masa yang sama
gembira pun ada. Bila ada pembaca benci, itu bermakna
ada-orang yang baca novel aku.
Pagi tadi aku terima satu e-mel daripada pembaca.
Mulanya rasa nak menangis baca e-mel tu, tapi bila aku
bertafakur sejenak, aku mula sedar. Wah, kau baca
novel aku!
Okey, untuk berlaku adil, aku tampal e-mel tu di
sini. Kalau tak nanti kau orang tak percaya pula.

From: Indah Water
To: Indah Lara
Sent: Tuesday, 8:30 pm
Subject: Wake up girl!
Ke hadapan Cik/Puan/Mak cik/Nenek Indah Lara
(tak ada nama pena lain ke? Entah apa-apa aje).
Aku dah baca novel kau berjudul Mamat Bunga Itu
Kekasihku… Kau memang fail! Tak ada tajuk lain
ke! Untuk pengetahuan kau, aku bukan nak sangat
baca novel kau entah apa-apa tu! Tapi aku dipaksa
dan terpaksa. Tapi dipendekkan cerita, aku nak
komen sikit.
Helo… Wake up girl! Kau banyak berangan aje
dalam novel tu. Mana ada lelaki seromantik mat
bunga tu dalam dunia ni. Kalau kau nak berangan
dapat lelaki macam tu pun janganlah melampaulampau!
Drama-drama Melayu pun tak melampau
macam novel kau! Prince Charming tak wujud
okey! Kau ni memang terpengaruh dengan kisah
Cinderella agaknya. Sudah-sudahlah… Dah tiba
masanya kau baca buku-buku thriller atau motivasi.
Kasi motivate sikit kepala otak kau tu.
Boleh tak, dalam novel kau tu jangan guna ayat
yang buat aku pening kepala! Berkerawang segala,
sakit jiwa aku ni. Please make it simple okay! Atau
kau ni Puteri Gunung Ledang yang saja nak pe-
ningkan kepala Sultan Melaka?
Boleh tak, perkataan yang digunakan tu memudahkan
aku baca? Ini tak pasal-pasal aku kena
belek kamus sambil baca novel kau yang entahapa-
apa tu! Susah sangat ke nak guna perkataan
yang mudah difahami oleh semua orang? Umur
kau berapa? 85 tahun?
Okey, buat masa ni hanya komen ni saja aku bagi
pada kau. Mudah-mudahan menyedarkan diri kau
supaya novel kau yang seterusnya tak meraban
sangat. Please ya, next novel jangan nak tulis hero
tu handsome tahap gaban dan romantik nak
m**p**!
Yang Benar
Indah Water

Macam mana? Sakit hati, kan? Kalau ikut hati mahu
saja aku balas dengan kata-kata kesat. Tapi, sabar…
Emak aku pesan, menjadi penulis, ibarat menyerahkan
diri kepada masyarakat. Seperti kita berdiri di tengahtengah
orang ramai sambil melontarkan pendapat kita,
angan-angan kita. Jika ada yang suka, maka kita akan
naik. Jika ramai yang tak suka, kita terpaksa berdepan
dengan mereka dan mungkin terpaksa menjadi macam
belatuk, terangguk-angguk. Terpaksa setuju dengan
mereka.
Menjadi penulis, samalah seperti menjadi peniaga.
Tagline customer is always right. Kena pegang.
Walau hakikatnya, penulis memang tak mampu memenuhi
kehendak semua pembaca yang terdiri daripada
pelbagai jenis kepala. Ada dia orang kisah? Tak adanya…
Jadi, kalau betul mahu jadi penulis, pastikan hati
perlu kuat. Sabar perlu sentiasa ada.
Itulah pesan emak ketika aku memutuskan untuk
menjadi penulis sepenuh masa. Pada mulanya aku pandang
remeh nasihat emak. Tapi bila dah jadi macam ni,
rupanya memang betul cakap emak. Mujur emak dah
pesan awal-awal, kalau tidak memang habis Indah
Water tu kena sembur dengan air jamban! Jadi, untuk
mengelak dari tangan aku mula gatal marah-marah
pada si Indah Water tu, lebih baik aku buat bodoh dan
tak balas e-mel dia tu.
Sudahnya, seharian aku melepak dekat rumah sambil
menonton drama Korea. Malas nak menulis, tak ada 

mood!

HAH!!Best tak, best tak?Ni la bab pertama(yang diambil dari FB FAJAR PAKEER) untuk cite ni..penulis dia ANNA LEE..macam best kan?kisah pasal seorang penulis ni yang menulis novel cinta tapi tak fames pun..tapi alih2 ada pula hater tegar, uiks?!!Mesti sadis perasaan penulis tu, haha...saya pun tak beli lagi novel ni..dalam perancangan nak beli la..macam best je ;-P coz terasa seakan2 ada kaitan dengan diri ni, huhu..saya pun tak fames macam penulis2 lain tapi kan, kadang2 bila tak fames ni, ada juga kelebihan dia...kita tak payah nak terlalu stress dengan expectation yang tinggi, baik dari pembaca@publisher..tapi, so far alhamdulliah, saya masih lagi mendapat kepercayaan daripada pihak publisher untuk terus berkarya..insya Allah, kalau semuanya berjalan seperti yang dirancang(coz kita tak tau kan apa yang bakal berlaku in d future, rite?) my third novel akan keluar dalam tahun ni juga..katanya dah masuk Q untuk editing, ke Q apa tah..hehe..tak ambik tahu sangat coz saya memang jenis yang macam tu..bila dah betul2 confirm, editor bagi suruh edit then baru saya akan betul2 ambik kisah..so, d point is, saya yang tak fames ni ada baaaaaaaaaanyaaaakkk lagi masa untuk menyiapkan IASU tu..hehe..kadang2 bukannya writer's block tapi MALAS(yup, i must admit it)..alih2 lepak depan lappy main game;-P hehe..suka2 sangat..main game hilang tension n kadang2 dapat idea baru untuk cite tu..itu yang best part main game..k la, apa2 pun terima kasih kepada yang sudi support selama ni n kalau berminat nak dapatkan novel ni, visit FB FAJAR PAKEER k..ada cara2 nya..biarlah tak fames, asalkan payment masyuuukk, haha..syukur, baru je dapat payment untuk MY MISS..tata;-)





4 comments:

  1. ian pun nak pergi belilah novel ni...bab 1 pun dah buat ttnya yg sterusnya....

    ReplyDelete
  2. macam best kan Ian..saya pun rasa nak beli gak..tunggu masa nak keluar p kedai novvel;-)

    ReplyDelete
  3. armila style, akak tak dak peluang lagi nak baca. sibuk skit, hehe..kalau dah baca, jangan lupa inform akak ya ;-)

    ReplyDelete

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!