Monday 3 March 2014

DIA...MIKHAEL 6



6
            “Cepatkan masa berlalu?Dah nak cuti,” Aisyah menyuapkan kuih karipap yang aku beli daripada Makcik Zabedah pagi tadi.
“Awak nak buat apa esok?,” aku bertanya mengenai rancangannya untuk hari Sabtu yang bakal tiba.
            “Em..entah la. Nak buat apa?Dok kat rumah je la. Kenapa?Awak nak pergi mana-mana ke?,” dia memandangku.
“Ish, tak la. Nak pergi mana. Lebih baik duduk rumah kalau tak ada kerja yang nak dibuat. Dapat rehat juga,” aku meyedut teh ais yang berada di dalam plastik.
            “Betul tu. Saya setuju,” dia tersenyum.
“Tapi nanti awak ikut tak perkhemahan?.”
            “Perkhemahan?Bila?Kat mana?,” aku kurang jelas dengan apa yang dikatakan oleh Aisyah. Tak pula aku dengar apa-apa berita mengenai perkhemahan.
            “Sabar la. Tanya la satu-satu. Boleh tercekik saya tau,” dia menyedut air milo aisnya.
Aku ketawa melihat keletahnya. Suasana kelas yang hanya dihuni oleh kami berdua memang tenang dan menjadi tempat kegemaranku. Aku dan Aisyah selesa menghabiskan waktu rehat di dalam kelas. Tidak ada sebarang gangguan kalau kami berdua hendak berkongsikan apa-apa masalah kalau dibandingkan di kantin dan sebagainya yang memang menjadi tumpuan pelajar-pelajar.
            “Perkhemahan tu untuk tingkatan menengah atas saja. Budak tingkatan 4, kita dengan tingkatan 6 juga.”
“Tingakatan 6?,” aku bertanya sekali lagi. Serta merta terbayangkan wajah Mikhael yang sering menemani perjalanan sekolahku sepanjang minggu ni.
            “Ya la. Kan mereka pun tingkatan menengah atas. Mungkin perkhemahan tu kat padang sekolah ni je. Kan ada Bukit Kemboja berhampiran dengan sekolah kita ni. Kalau jadi macam tu la.”
“Kalau jadi?Maksudnya tak tentu lagi la ni?,” aku meminta kepastian.
            “Macam tu la nampaknya. Saya tahu pun daripada Devi. Kan dia ahli Kelab Sukan dan Rekreasi. Perkara ni masih lagi dalam perbincangan, sama ada nak dibukakan untuk semua pelajar atau hanya untuk ahli kelab mereka sahaja.”
            “Awak kata tadi untuk menengah atas?.
“Ya la. Menengah atas yang mana menjadi ahli kelab tu la. Tu pun kalau benda ni dipersetujui oleh cikgu-cikgu. Devi pun tak pasti lagi. Dia cakap mungkin akan dibuka untuk semua pelajar menengah atas. Tak kira la sama ada ahli kelab tu ataupun bukan. Kalau tak berapa ramai sangat la ahli kelab tu?Kan lagi ramai lagi meriah,” Aisyah mencapai sebiji lagi karipap.
            “Nak tak?,” dia bertanya.
“Habiskan la,” aku terus menyedut air.
            “Maksudnya kalau jadi kat mana perkhemahan tu?.”
“Kat padang sekolah kita. Selepas dah redah Bukit Kemboja tu. Bergantung juga. Boleh jadi berkhemah kat atas bukit tu, dah alang-alang kan.”
            “Redah?,” aku mengecilkan mata.
Jungle track la,” Aisyah ketawa.
            Macam-macam Aisyah ni. Macam menarik juga aktiviti yang dicadangkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi tu. Aku pun pernah mendengar cerita mengenai air terjun yang ada di Bukit Kemboja. Teringin juga apabila mengenangkan air jernih yang sejuk tu.
“Bila perkhemahan tu?.”
            “Kan tadi dah cakap. Tak pasti lagi. Macam biasa la. Bila dah confirm, mereka akan tampal la notis.”
            Aku terkenangkan Mikhael. Bolehlah dia juga turut serta nanti aktiviti perkhemahan ni nanti. Itu pun kalau jadi, macam yang dikatakan oleh Aisyah.
            “Awak dah pernah pergi sana?,” Aisyah bertanya.
“Dengar kata air terjun kat situ best!.”
            “Belum. Cerita tu pernah la dengar tapi tak pernah sampai pun. Awak?,” aku bertanya kembali.
            “Sama la. Dengar cerita je. Sebab tu kalau jadi aktiviti ni, macam teringin juga nak ikut,” dia tersenyum.
“Kalau jadi..,” aku mengangkat kening.        
            “Tu la..ala,susah-susah kita pergi berdua je!,” Aisyah menyapu-nyapu tangannya dengan tisu.
“Gila!Awak dengan saya je?,” aku menampar bahunya.
            Dia memuncungkan mulutnya.
“Saya bergurau je la. Tak kan la betul-betul nak pergi berdua.”
            Aku menghela nafas lega. Aku fikir dia betul-betul serius dengan kata-katanya tadi.
Aisyah ketawa.
            “Awak ingat betul-betul ke?.”
“Ya la!Cara awak cakap tu macam betul,” aku mencubit pehanya. Geram dengan tingkahnya yang sentiasa mengusik.
            “Dah la. Saya nak pergi tandas ni. Nak ikut?.”
Aku menggelengkan kepala.
            “Tolong buangkan,” aku menghulurkan plastik yang masih bersisa dengan sedikit teh ais.
“Pemalas!,” Aisyah menjelirkan lidahnya kepadaku sebaik mencapai plastik tu.
            Aku mencapai tisu untuk mengelap meja aku dan Aisyah. Biarpun tidak ada kesan tumpahan atau sisa makanan kami tapi aku lebih selesa untuk membersihkannya juga.
“Alhamdulillah,” aku mengucapkan syukur setelah kekenyangan dengan kuih-muih yang aku kongsikan dengan Aisyah tadi. Ditambahkan pula dengan nasi goreng yang dibawa Aisyah, cukup mengenyangkan perut kami berdua.
            “Alhamdulillah,” suara yang turut mengucapkan benda yang sama mengejutkan aku.
Aku melihat sekeliling kelas yang tidak ada siapa-siapa. Hanya beberapa orang pelajar yang mula memenuhi koridor kelas.
            Tak kan la mereka?Lagipun suara yang aku dengar tadi perlahan saja. Mustahil datangnya dari luar kelas.
Mungkinkah suara yang sama yang memberikan salam kepadaku pada malam itu?Suara yang sama juga yang mengingatkan akan kerja rumahku yang belum selesai?
            Aku belum dapat mengenal pasti suara ini kerana aku jarang mendengarnya. Hanya sekali sekala ia jelas di pendengaranku.
#####################################
            “Lida, saya pergi dulu!,” aku yang sedang mengasah pensil di belakang kelas menoleh kepada Aisyah.
“Bas dah sampai ke?.”
            “Dah sampai la cik kak. Kalau tak, tak kan la kami dah nak pergi,” suara Amin menyampuk, mengundangkan ketawa kawan-kawan sekelas kami yang lain.
Aku menjeling Amin yang datang dan perginya ke sekolah ni berkongsi bas dengan Aisyah.
            Aisyah yang melambaikan tangannya juga ikut ketawa.
“Nak buat kerja ke?,” Asyraf yang tempat duduknya juga di barisan belakang, berhampiran dengan bakul sampah bertanya.
            Aku hanya mengangguk. Kalau tak, tak kan la aku nak mengasah pensil ni?
Aku mengerling Fakri yang sibuk membaca sewaktu berlalu ke tempat dudukku.
            “Nadirah, lambat hari ni?,” aku menegur Nadirah yang duduk besebelahan dengan Fauziah di dalam kelas.
“Lambat sikit hari ni. Tunggu ayah,” dia mengemas buku- bukunya.
            Aku terus menyambung kerja Matematik aku yang belum selesai. Ogif yang perlu ku lukis, tak juga dibuat kerana aku terpaksa memberhentikan kerjaku untuk mengasah pensil yang dah tumpul.
            “Nanti la lukis,” aku mencapai pen sebaik melepaskan pensil. Lebih baik aku buat jalan kiranya dahulu yang kerjanya lebih sukar kalau nak dibandingkan dengan melukis ogif di atas kertas berdasarkan jawapannya.
Aku terus mengira berdasarkan soalan yang tertera di dalam buku teks Matematik. Sekali-sekala aku berhenti dan melihat hasil kerjaku dan soalan-soalan yang harus aku jawab.         
            “Banyaknya,” aku melihat soalan-soalan yang telah ditandakan.
“Kalau dah banyak, berhenti la dulu,” kehadiran Fakri di sisi mengejutkan aku.
            “Bila awak ada kat sini?,” aku memandangnya yang sudah mengambil tempat duduk Aisyah.
“Baru je. Khusyuk kira?,” dia melihat hasil kerjaku.
            “Awak tak balik asrama lagi dengan Asyraf?,” aku memicit-micit jari untuk menghilangkan lenguh.
“Nanti la. Awal lagi. Selalunya kami balik terus singgah kat kantin,” dia membuka surat khabar untuk mula dibaca.
            Aku meneruskan semula kerjaku.
“Surat khabar tu yang hari ini punya ke?,” suara halus Nadirah membuatkan tanganku berhenti mencatat angka-angka di dalam buku latihanku.
            “Tak perasan pula. Saya main ambik je kat belakang tadi,” pantas tangan Fakri mengalihkan semula ke muka hadapan.
“Bukan la. Yang semalam. Nak baca ke?.”
            “Boleh juga,” aku melihat Nadirah yang mula menarik kerusi menghampiri tempat duduk Fakri.
Aku melihat jam di tangan yang hampir ke pukul 2.30 petang.
            Aku mula mengemaskan buku latihan dan buku teks Matematik yang terbentang di atas meja. Kotak pensilku Garfield juga aku masukkan.
   “Dah nak balik ke?,” Fakri menegur.
Aku mengangguk sambil tersenyum.
            “Nanti awak dengan Asyraf kunci pintu ok,” aku mula menggalas beg sekolah.
“Jangan risau,” Asyraf yang mendengar kata-kataku menegakkan ibu jarinya.
            “Ok la. Saya pergi dulu. Assalammualaikum semua,” aku membetulkan tudung sambil melangkah.
“Waalaikummussalam. Hati-hati naik basikal tu!,” jerit Fakri.
            “Ya la!,” aku membalas.
Aku sengaja memilih waktu sekarang untuk pulang. Selalunya hampir ke pukul 3 barulah aku akan pulang biarpun waktu sekarang jalan raya tak lagi sesak dengan pelajar-pelajar sekolah.
            Lagipun, tak payah lagi aku nak berhadapan dengan kejadian-kejadian aneh yang akan berlaku apabila aku bersendirian di dalam kelas tu. Aku tak dapat membayangkan apa pula yang bakal berlaku hari ini kalau aku masih bersendirian di dalam kelas. Entah-entah bakul sampah juga akan berubah kedudukannya. Penyapu yang boleh bergerak sendiri ke?Ei!Minta dijauhkan.
            Aku terus membuka kunci basikal. Perlahan-lahan aku menyorong basikal tu.
“Assalammualaikum. Lida!.”
            Aku menoleh ke belakang.
“Waalaikummussalam. Mikhael,” aku tersenyum memandangnya yang berlari-lari anak menuju kepadaku. Aku melihatnya yang baru keluar daripada bangunan di belakang sekolah.
            “Lambat awak balik hari ni?.”
“Ada kerja sikit tadi. Awak?,” dia bertanya kembali sambil membetulkan beg sekolahnya.
            “Saya memang jarang balik awal. Saja balik lewat sikit. Tak payah nak bersesak-sesak kat atas jalan tu,” aku menerangkan.
“Selalunya memang awak balik awalkan sebab tak pernah nampak pun awak balik lewat. Ini kali pertama,” aku berjalan beriringan dengannya sambil menyorong basikal.
            “Bergantung la. Sama macam waktu saya datang juga. Kadang-kadang awal. Ada hari tu, lewat pula,” dia tersenyum.
“Tapi dalam minggu ni kita asyik terjumpa kan?,” aku memandangnya yang setia menemani langkahku ke sekolah sepanjang 5 hari dalam minggu ni.
            “Dah rezeki,” ringkas jawapan daripada Mikhael.
“Rezeki?.”
            “Ya la. Rezeki nak berjumpa dengan awak. Selalunya tak pernah kita terjumpa waktu nak datang ke sekolah. Dulu pun kat sekolah kita baru terjumpa. Em..maksud saya bertembung,” dia tersenyum memandangku.
            Aku tersenyum malu mengenangkan pertemuan pertama yang berlaku. Atas sikap cuaiku juga yang membuatkan aku bertembung dengannya.
Angin yang bertiup lembut mengiringi langkah kami.
            Sesekali aku melirik kepadanya yang kadang-kadang membetulkan anak rambutnya di dahi.  Di saat dia juga memandang aku, aku cepat-cepat melihat ke arah lain.
Entah kenapa aku selesa berada di sisi pelajar lelaki yang bernama Mikhael ni. Biarpun persahabatan kami masih lagi berada di takuk yang baru, aku tak dapat mencari sebab kenapa dia tidak boleh menjadi kawanku.
“Ok la. Dah sampai.”
Langkah yang diaturkan terhenti.
“Ini la jalan ke rumah saya. Bila-bila nanti, jemputlah datang,” dia menunjukkan ke lorong yang menghala masuk ke kawasan yang didiaminya.
            “Insya-Allah,” aku mula menaiki basikal setelah sepanjang jalan tadi aku berjalan beriringan dengannya.
            “Hati-hati. Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam,” aku menghantarnya pergi dengan pandangan mata.
            Cepat benar masa yang berlalu ketika aku bersama dengan Mikhael. Mungkin apa yang pernah dikatakan olehnya dulu memang betul?Kita tak sedar masa yang begitu pantas berlalu. Mungkin juga.
Beberapa tapak melangkah, aku melihat Mikhael berhenti. Dia menoleh semula ke belakang.
            “Kenapa tak balik lagi?,” dia menguatkan suaranya.
“A..nak balik la ni. Bye!,” aku terus mengayuh basikal. Leka benar aku melihatnya tadi.
            “Mikhael,” aku tersenyum mengenangkan tuan empunya diri. Rupanya di situ dia tinggal. Aku terus mengayuh basikal sambil memikirkan kampung tempat tinggal Mikhael. Memang di situ ada kampung tapi tak pula aku sangka dia tinggal di situ kerana aku pernah nampak dia berjalan menuju ke jalan yang lain.
            Namun semua itu bukan lagi menjadi satu misteri apabila dia sudah menerangkan dia menuju ke rumah kawannya pada waktu tu. Kalau la dia berbohong kepadaku, apa yang dia akan dapat?Bukannya dia akan untung apa-apa pun. Lagipun, mustahil dia berbohong.
            Setiap pagi dalam minggu ni kami ke sekolah bersama. Aku sendiri nampak dia berjalan keluar daripada lorong jalan yang ditunjukkan kepada aku sebentar tadi. Waktu pulang tadi pun memang dia berjalan masuk ke jalan yang sama.
            “Kenapa pula aku nak fikirkan semua ni?,” aku membebel seorang diri.
Entah la. Aku rasa selesa dengan Mikhael. Senyumannya yang sentiasa terukir memang manis!
            “Oh Mikhael!.”
            “Amboi!Meleret senyuman,” mak menegur sebaik aku sampai.
Aku melihatnya yang sedang menyapu.
            “Mak masak apa hari ni?.”
“Lain yang kita cakap, lain yang dijawab.”
            “Apa?,” aku bertanya sambil menanggalkan kasut sekolah.
“Akak la. Senyum je dari jauh pun dah boleh nampak. Ada apa-apa ke?.”
            “Tak la. Saja, hehe..,” aku meletakkan kasut sekolah di tepi pintu.
“Pergi mandi dulu. Tu ha..ada ayam masak kurma,” aku sempat melihat mak yang menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “Yahoo!Ada ayam masak kurma,” aku mempercepatkan langkah ke bilik.
“Sembahyang jangan lupa!,” mak terus berpesan.
            “Ya la,” aku sempat menjawab sebelum menutup pintu bilik.
Aku meletakkan beg sekolah di atas lantai. Terus aku merebahkan badan ke katil.
            “Mikhael,” buat yang kesekian kalinya aku menyebut namanya.

6 comments:

  1. Nak bab seterusnya lagi, kak.. ^^ siapa Mikhael tu sebenarnya?

    ReplyDelete
  2. hehe..tq Miss Imaginative yang sudi bagi komen..nak tau siapa Mikhael, kenalah tunggu..nanti akk update lagi ye;-)

    ReplyDelete
  3. Tq Hannah sudi lagi bagi komen:-)

    ReplyDelete
  4. Mestilah sudi ;) hari2 jenguk takut miss ur n3

    ReplyDelete
  5. Alolo..ya ke?So sweet of u Hannah;-) tq so much tau, terharu;')

    ReplyDelete

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!