Friday 28 March 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 28


            Zafran yang tadinya terjelepuk ke lantai akibat penumbuk yang singgah ke muka, mulai bangun sambil mengesat tubir bibir yang sudah pecah. Matanya cerlung memandang kepada Rayyan, si penyibuk yang mengganggu agenda yang baru hendak dilaksanakan menjadi satu kenyataan.
            “Kau siapa hah yang nak masuk campur?!Ini urusan aku dengan dia!,” Zafran mula bersuara menunjukkan rasa tidak puas hati. Penampilan lelaki yang sedang mengadapnya kini diimbas sekali lalu. Tak kan la lelaki eksekutif sebegitu menjadi teman kepada Sleeping ugly yang dikenalinya itu?
            Rayyan yang sudah bercekak pinggang hanya mengangkat kening sebagai tanda jawapan. Ah!Tak kuasalah nak bersoal jawab petang-petang macam ni. Orang baru nak balik rumah, penat bekerja, nak kena fikir itu dan ini tapi mamat ni suka-suki hati dia nak buat onar. Depan aku pula tu. Cantik sangatlah tu!
            “Kau pekak ke apa?Kalau kau tak kenal perempuan ni, lebih baik kau blah!Blah!!.” Zafran mula mendengus. Geram yang ditahan semakin bertambah. Apatah lagi senyuman sebaris yang diberikan oleh lelaki itu terasa seakan mempersendakan dirinya.
            Hana yang sedang memegang briefcase dan kot kepunyaan Rayyan hanya mampu meneguk air liur. Lelaki itu yang sedang berdiri di depannya membuatkannya terasa bagaikan adanya sebuah tembok di antara dia dan juga Zafran di kala itu.
            Pandangan Rayyan mula berubah daripada lelaki yang tidak dikenali itu kepada Hana yang berdiri di belakangnya. Dia menjeling kedua mereka bersilih-ganti sebelum membuka mulut.
            “Kalau aku tak kenal sekalipun, tapi kau tak tahu ke nak respect perempuan?Hmm?Tak pergi sekolah?,” Rayyan menunjuk dengan dagu. Cheh!Harap muka je boleh tahan tapi perangai?Kalau awek dia pun, agak-agaklah sikit.
            “Kurang ajar!.”
Zafran mula menerkam. Satu penumbuk dilayangkan di hidung lelaki yang menyakitkan hatinya itu. Rayyan yang tidak ingin mengalah memberikan tumbukan di perut lelaki itu.
Kedua lelaki itu saling berbalas tumbukan, sehingga Rayyan mempunyai peluang menolak lelaki itu ke dinding.
            Tangannya mula mencengkam leher Zafran yang terkial-kial masih lagi berusaha untuk melepaskan diri.
            “Sedar diri sikit!Kalau orang dah tak suka, cari je orang lain. Nahas kau kalau aku nampak kau lagi!.”
            Leher lelaki itu dilepaskan. Rayyan mengesat cecair panas yang mengalir dari hidungnya. Darah!Cantiklah tu. Penat tak hilang lagi, sakit pula yang dia dapat sebagai bonus petang-petang macam ni.
            Zafran mengurut-urut batang lehernya. Gila!Sesak nafasnya tadi dicekik macam tu. Dia yang termengah-mengah setelah bergelut dengan lelaki itu, sempat mengerling kepada lelaki yang masih lagi merenung tajam kepadanya.
            “Tunggu apa  lagi?Berambuslah!,” suara lantang Rayyan bergema di aras yang sunyi sepi itu.
            Zafran berlalu ke depan lif. Satu butang ditekan. Tangannya mengesat darah ditubir bibirnya yang pecah akibat gasakan tadi. Sebaik pintu lif terbuka, dia terus melangkah masuk. Sempat, dia mengerling kepada Hana dan lelaki itu yang sedang memandang kepadanya sebelum pintu lif tertutup sepenuhnya.
            Hana terjeda. Dia hanya memerhati lelaki itu yang sedang sedang mengesat darah di hidung. Dia yang masih terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu mula beristighfar perlahan. Nafas diambil dalam-dalam untuk memulihkan semangat diri.
            “Er..makcik tak apa-apa?.”
Hana menoleh ke arah lelaki itu yang berada di sebelahnya. Dia menganggukkan kepala. Sepatutnya dia yang mengutarakan soalan tersebut kepada lelaki yang telah menjadi penyelamat maruah dan dirinya pada petang itu.
            Hana mula menggagau beg yang tersandang di bahu. Dua helai tisu yang dicapai, dihulurkan kepada lelaki itu.
            Rayyan menyambut tisu yang diberi. Dua helai tisu itu ditekan di sekitar hidung yang terasa pedih. Boleh tahan penumbuk mamat ‘onar’ tadi tu.
            “Er..macam teruk je tu. Lebih baik pergi klinik.”
Rayyan menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya menjeling Hana yang sedang memerhati kepadanya. Tak ada cadangan lain ke?Klinik?Buatnya kena inject siapa yang nak tanggung?Dia juga!
            Hana mula membetulkan tali beg. Melihatkan keadaan lelaki itu, perasaan bersalah mula timbul di dalam hati.
            “Maaflah pakcik. Sebab saya tadi..er..jadi macam ni.”
Rayyan yang masih mengesat hidungnya dengan tisu menjeling sekilas sebelum membuka mulut.
            “Boyfriend makcik ke tadi tu?Kat KL ni makcik, kena pandai kalau nak hidup. Kalau tak pandai cari, dapat yang  macam tu la. Harapkan muka je boleh tahan tapi perangai?Mujur tadi saya ada, kalau tak?Dapat makan free la boyfriend makcik tu!.”
            Mata Hana sedikit terjegil. Sedikit je tau!Sedap je mulut pakcik ni bila bercakap kan?Boyfriend, boyfriend...
            “Dia bukan boyfriend saya la. Cuma pernah belajar satu tempat je dulu tu,” tutur Hana menyanggah kata-kata Rayyan itu. Setidak-tidaknya, biar pakcik itu tahu yang lelaki yang tidak tahu adab tadi itu bukannya teman istimewa dirinya. Hello, ingat dia ni perempuan yang tak ada taste ke?Agak-agaklah sikit!
            “Satu tempat tu pernah bercintalah kan?Then putus..lepas tu jumpa kat sini, bercinta balik, betul tak?,” Rayyan melepaskan serkap jarangnya.
            “Tak la!,” Hana mula membentak. Melihatkan darah di tisu yang berada di tangan lelaki itu, rasanya tidak patut pula untuk dia melepaskan rasa marahnya yang tidak seberapa itu berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Sanggup menolong dirinya biarpun diri sendiri ditimpa kesusahan.
            “Habis tu?Kalau tak kenal, tak kan la dia sanggup nak bertindak macam tu sekali?Cara cakap tadi pun macam dah lama kenal je. Macam ada apa-apa je..,” tutur Rayyan.
            Hana merenung raut wajah lelaki itu. Satu saat. Dua saat. Tiga. Okay, ini dah lama. Rayyan yang menyedari pandangan mata gadis itu yang jatuh kepada dirinya mula berasa cuak.
            “Kan saya dah cakap tadi, dia dengan saya belajar di tempat yang sama. Dia dah ada girlfriend pun. Hari ni saya baru dapat tahu yang dia jadi model jemputan untuk sesi fotografi. Macam mana saya nak bercinta dengan orang yang macam tu?Orang yang pernah buli saya..,” tutur Hana perlahan tapi cukup jelas di pendengaran Rayyan.
            Hana melepaskan keluhan apabila mengenangkan peristiwa masa lalu. Sebolehnya dia ingin melupuskan segala kenangan buruk itu. Dendam yang pernah wujud di hatinya untuk lelaki yang bernama Adam Zafran itu sudah lama dibiarkan padam jauh di lubuk hatinya tapi kenapa lelaki itu tega melakukan perkara itu kepada dirinya hari ini?
            Mata Rayyan terkebil-kebil. Nampaknya dia sudah salah sangka. Dari nada yang lahir dari bibir makcik itu, dia boleh agak mustahil untuk makcik itu berbohong kepadanya.
            “Jadi, bukan kes er..suka sama suka?.” Hana menoleh dengan raut wajah yang berkerut.
            “Suka sama suka?Gila ke?!Kalau suka sama suka sekalipun, ada jalannya. Ada caranya. Pakcik ingat saya ni perempuan yang macam tu ke?Sebelum berkhawin nak..ei!.”
            Rayyan menahan tawa apabila melihat raut wajah makcik itu yang mula merona merah. Sambil terus mengesat tisu di hidung, dia menjeling sekeliling.
            “Makcik pun baru nak balik ke?Jom la saya hantarkan.” Hana menggelengkan kepalanya sambil menghulurkan barang-barang kepunyaan lelaki itu.
            “Tak pe la. Pakcik dah tolong saya ni pun dah besar rahmat. Saya panggil teksi je kejap lagi.” Rayyan cuma memandang briefcase dan kot kepunyaannya yang dihulur oleh gadis itu. Sengaja dia membiarkan tidak bersambut barang-barang kepunyaannya itu.
            “Oh!Nak balik sendiri?Buatnya mamat tu tunggu makcik kat bawah tu, siapa pula nak tolong lewat-lewat macam ni?Berani lagi nak balik sorang-sorang?.”
            Hana mengetap bibir. Apa yang dikatakan oleh lelaki itu ada betulnya tapi malulah kalau asyik nak menyusahkan orang. Kalau tak Jojo, sekarang lelaki ini pula. Sudahlah tadi terjebak di dalam pergaduhan dengan si Zafran tu, dan sekarang nak hantar dia balik ke rumah pula. Malu,malu!
            Rayyan mengerling ke arah gadis itu yang diam terus. Isy, degil!
“Fine..kalau makcik rasa bersalah, takut kalau menyusahkan saya, then bayar je upah saya..,” tutur Rayyan selamba. Sesekali, jarinya naik meraba hidung yang masih lagi terasa pedih. Cheh, jatuh saham hidung mancungnya!
            “Upah?!,” terlepas suara Hana apabila mendengarkan permintaan lelaki itu. Jangan-jangan, dia yang baru terlepas dari mulut singa akan termasuk pula ke mulut buaya, ke naga?Peribahasa lagi!Ah!Tak kisahlah mulut apa pun, lebih baik dia balik sendiri kalau macam tu gayanya.
            “Hmm..upah. Bukan banyak pun. Sikit je..,” Rayyan menunjukkan dengan ibu jari dan telunjuknya sambil tersengih. Suka hatinya apabila dapat mengusik makcik yang sorang ni. Dulu tu, bukan main nampak berani lagi tapi sekarang?Hehe..
            “Pakcik jangan nak mengarutlah!Nah..barang-barang ni..saya nak balik,” Hana terus  menghulurkan barang-barang kepunyaan lelaki itu.
            Rayyan mula melepaskan tawa. Hilang sekejap rasa sakit di hidungnya yang menerima tumbukan percuma dari lelaki tadi. Ada juga sumber hiburannya petang-petang macam ni apabila melihatkan reaksi wajah makcik ini.
            “Sabarlah makcik. Tak kan yang tu pun nak marah. Upah saya sikit je. Hanya secawan kopi yang macam hari tu. How about that?,” Rayyan tersenyum.
            Hana menjeling apabila melihatkan senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Menyampah!Pakcik itu telah berjaya mengenakannya. Ingatkan upah apa la tadi.
            “Okay?Secawan kopi dan lepas ni, saya hantar makcik balik.”
Buat air je Hana. Bukan ke dah jadi sebahagian daripada kerja kau sejak dua bulan ni?Terima je la!
            “Ya la. Lepas ni kita balik?.” Rayyan menganggukkan kepala. Nak ketawa lagi pun ada melihatkan respons makcik ni.
            “Mestilah balik. Tak kan la saya nak bawa makcik pergi mana-mana kan?Ke makcik nak ikut saya?Saya okay je. Tak kisah,” Rayyan terus mengusik.
            Hana menjeling. Kaki mula melangkah menuju ke pejabat untuk menuju ke bilik pantri bagi mendapatkan ‘upah’ untuk pakcik itu.

            Bunyi loceng yang ditekan menggamit perhatian Jojo yang baru sahaja meletakkan dua pinggan spageti di atas meja. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mula membuang langkah menuju ke pintu.
            Daun pintu terus ditarik sebaik tiba di situ. Kelihatan sosok Uzair yang segak mengenakan seluar jeans Levis berwarna hitam yang dipadankan dengan baju T Polo berlengan pendek berwarna biru laut itu. Ulas bibir lelaki itu menguntumkan senyuman menghiasi raut wajahnya yang ceria.
            Jojo tersenyum tawar sebelum mula membuka mulut.
“Masuklah.”
            “Ingatkan you dah tak sudi nak jemput I tadi..,” canda Uzair yang sudah mula menanggalkan kasut. Jojo yang melangkah menuju ke meja makan tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu.  
            Sebaik pintu di tutup, Uzair mempercepatkan langkahnya mengikuti Jojo. Tangan lelaki itu mula diraih dari belakang.
            Jojo yang terkejut mula menoleh ke belakang.
“I betul-betul tak sangka yang you akan balas mesej I hari ni. I betul-betul rindukan you..Rindu sangat,” tutur Uzair perlahan. Matanya tepat menatap pandangan mata Jojo yang jatuh kepada dirinya.
            Jojo menarik semula tangannya yang sedang digenggam oleh Uzair. Dia cuba mengukirkan senyuman buat lelaki itu.
            “Er..duduklah. Kita makan dulu. Hmm..”
“Wah!Great!You masak ke semua ni?I pun dah lama tak makan hasil air tangan you. Lagipun I ada benda nak cakap dengan you.”
            Wajah Jojo mula berkerut sebaik mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu. Ada benda?Dia sendiri mempunyai perkara yang ingin diberitahu kepada Uzair.
            Suasana hening seketika. Baik Jojo mahupun Uzair masing-masing menyepikan diri menikmati makanan yang terhidang di depan mereka.
            “Sedap!Pandai you masak. Masih sama macam dulu. Tak ada apa pun yang berubah,” ucap Uzair sambil tersenyum. Gelas air mula dicapai untuk membasahkan tekak.
            Garfu yang sedang dipegang mula diletakkan apabila melihat Uzair yang baru selesai menyisip air. Jojo mula membuka mulut.
            “Sebenarnya..”
“Jojo, you tahu kan I ada seorang dua kawan kat New York tu?Remember?Yang I pernah cakap dulu tu?.”
            Jojo melepaskan keluhan. Baru saja dia ingin meluahkan isi hatinya tapi Uzair terlebih dahulu yang bersuara.
            “Hmm..kenapa?.”
“Well, I rasa you mesti suka kalau dapat bekerja kat sana kan?You know..dengan orang-orang yang berpengalaman bekerja dengan syraikat-syarikat penerbitan kat sana. Bukan setakat syarikat, ada juga those guys yang berpengalaman bekerja dengan artis tau!.” Uzair beria-ia bercerita.
            Ekspresi wajah Jojo yang terbentang di depan mata cuba diterjemah. Kenapa langsung tidak riak gembira di wajahnya?      
            “Well?,” Uzair mengangkat kening kepada Jojo.
“Er..well, I rasa er..I nak stay kat sini. I mean I nak kerja kat Fabulostar lagi,” tutur Jojo.
            “What?!Are you kidding me?Jojo, this is your drem, remember?International level..sampai bila you nak stay kat sini?Peluang dah ada sayang...janganlah lepaskan, hmm?,” ucap Uzair sambil tersenyum. Malam ini, hati Jojo ingin ditawan semula. Dia ingin memenangi semula hati lelaki itu. Hati kekasihnya itu. Mungkin dengan menolong Jojo menggapai impiannya itu akan membuatkan Jojo lebih menyayanginya.
            Jojo mula bangun meninggalkan meja makan. Dia membawa diri ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sofa. New York?Ya, itu memang cita-citanya. Dia ingin pergi ke sana. Bekerja dengan orang-orang yang pakar tentang fesyen di sana. Ya, dia tidak menafikan semua itu tetapi itu semua cerita dulu. Cerita sebelum dia diketemukan dengan Hana.
            Uzair yang mengikut gerak langkah lelaki itu turut mengambil tempat di sisi Jojo. Tangannya mula naik memeluk bahu lelaki itu.
            “That’s okay. I faham. Kalau you tak nak pergi, tak kan I nak paksakan?I cuma nak ingatkan cita-cita you tapi kalau you nak stay kat sini, that’s fine. As long as kita bahagia..macam dulu..”
            Dari bahu, Uzair mula menyentuh kepala Jojo. Jarinya mula membelai rambut lelaki itu. Jojo yang sedari tadi mendiamkan diri mulai bangun. Rasanya sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia meluahkan isi hatinya kepada Uzair.
            “Kenapa ni sayang?Apa yang tak kena?.”
“Semuanya Uzair. Semuanya tak kena. I mean..” Jojo mula mundar-mandir di ruang tamu itu. Dari mana dia harus bermula untuk mengatakan isi hatinya itu?
            “What do you mean Jojo?Everthing looks fine to me. Kalau you tak nak pergi New York pun I faham.”
            “No..it’s not about New York. It’s about us. Pasal you dengan I,” balas Jojo. Uzair yang duduk mulai bangun apabila mendengar hala bicara Jojo. Dahinya mulai berkerut.
            “Pasal you dengan I?,” Uzair menyoal balas kepada Jojo yang kelihatan serba salah. Keadaan sepi seketika. Pandangan mata Uzair masih setia kepada Jojo yang sedang berdiri membelakanginya.
            “You dah ada orang lain kan?Am I right?,” Uzair melepaskan serkap jarangnya.
            “Bukan pasal orang lain tapi..tapi you tahukan apa yang kita buat ni salah,” sahut Jojo tanpa berpaling. Dia membuang pandangan matanya ke luar dari pintu yang menghala ke balkoni.
            Uzair tertawa kecil. Salah?Jangan-jangan Jojo dah dapat petunjuk?Tawa yang tadinya kecil mula berubah nada. Dia yang tidak dapat menahan rasa lucu mula tertawa sakan apabila mendengar jawapan Jojo tadi.
            Jojo mula menoleh ke belakang. Kelihatan Uzair yang kembali duduk di sofa dengan tawa yang masih belum mati.
            “Jojo, Jojo..you ni memang kelakarlah. Don’t tell me yang you dah..”
Uzair menuding jari ke atas siling.
            “Apa?,” soal Jojo yang tidak memahami isyarat lelaki itu.
            “You dah dapat hidayah ke dari atas?Sebab tu you nak berubah?Come on!Kita hidup panjang lagi. Banyak lagi masa nak enjoy and now you are telling me that..”
            “Kalau banyak masa, kalau tak?Pernah you fikir pasal semua tu?Sampai bila kita nak terus macam ni?I pun nak ada keluarga sendiri. Ada anak..” Suara yang keluar dari mulut Jojo mulai serak. Dia mula terasa lemah. Terasa lemah dirinya apabila mengenangkan dosa-dosanya sebelum ini. Masa?Macam mana kalau masanya sudah tidak panjang?
            “Jojo, you..er..are you serious?I mean..”
“Yes, Uzair..I’m serious. Kita masih lagi boleh berkawan tapi tak kan sama macam yang dulu. I nak berubah,” sahut Jojo. Kekuatan di dalam dirinya yang masih lagi berbaki harus digunakan untuk menyelesaikan segala-galanya di antara dirinya dengan Uzair pada malam ini.
            Uzair mula mengecilkan pandangan matanya. Berubah?Nada Jojo kedengaran jujur tapi kenapa deria rasanya memberitahu yang Jojo sudah ada orang lain?Kenapa hatinya masih berdetik mengatakan hal yang sama?
            “You ada orang lain kan?Sebab tu you nak berubah?.” Soalan itu terus dilepaskan tanpa bertangguh.
            “I nak berubah sebab sudah sampai masanya. Hubungan kita tetap tak kan terputus. Kita masih lagi boleh berkawan. You tetap akan jadi kawan I.” Jojo terus menekan perkara yang sama. Sebolehnya, dia memang ingin terus bersahabat dengan lelaki itu tetapi bukan seperti dahulu.
            Uzair terdiam sejenak. Itu bukan jawapan kepada soalannya. Siapa orang yang menyebabkan kekasihnya berubah hati harus diambil tahu. Dia yakin adanya seseorang di sebalik semua ini. Dia harus membuatkan Jojo membuka mulut untuk mengaku hal ini kepadanya.
            “No!No!I tak dapat terima semua ni. Kawan?Habis tu apa yang pernah kita ada dulu tu?Apa yang pernah kita lalui?You dah lupa ke semua tu Jojo?I tahu ada orang yang hasut you kan?You dah memang ada kekasih lain, right?Dan kemudian you buat-buat cerita yang you dah nak berubah la apa la..padahal you tipu I!You memang dah ada orang lain lepas I pergi sana kan?You memang tak setia!.”
            “Shut up!,” Jojo turut bertempik. Hilang kesabarannya apabila dituduh yang bukan-bukan oleh Uzair.
            Uzair terjeda mendengar lantunan suara Jojo.
            “I sendiri yang nak berubah. Apa yang you susah sangat nak faham?Kalau betul you sayangkan I, you mesti nak tengok I bahagiakan?I masih lagi boleh jadi kawan you. Cuma..tak macam dulu. Ada batasnya. Kita orang Islam, Uzair. You kena ingat.” Damn it!Uzair mula terasa panas hati. Siap dapat ceramah percuma malam-malam ni!Dia harus meneruskan lakonannya agar maklumat yang dikehendaki akan terkeluar dari mulut Jojo.
            “Er..jadi you betul nak berubah?Bukannya sebab you ada kekasih lain?.”
Jojo menganggukkan kepalanya. Uzair kelihatan lebih tenang berbanding tadi. Kelihatan lelaki itu mula mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “I er..I faham. Kalau betul you tak ada kekasih lain selain I sebelum ni, I boleh terima.”
“Thanks Uzair. Kita tetap kawan kan?,” soal Jojo. Uzair memaksakan diri untuk menganggukkan kepala. Senyuman kelat diberikan buat Jojo sebelum dia membuka mulut.
            “Er..Kalau betul you boleh bahagia dengan jalan ni, I pun tumpang gembira tapi emm..at least let me know, siapa yang buat you terfikir nak berubah macam ni?.”
            Jojo tersenyum sebaik mendengar soalan itu. Raut wajah yang datang bertamu membuatkan senyumannya bertambah mekar. Uzair yang memerhati mula mengecilkan pandangan matanya. Senyuman bahagia seperti itulah yang pernah terukir di bibir Jojo satu ketika dahulu.
            “A girl..,” sahut Jojo. Bingo!Itulah jawapannya yang ditunggu-tunggu Uzair.
Uzair menelan air liur. Perempuan?Dia kalah kepada seorang perempuan?Sangkanya tadi seorang ustaz ke apa. Rupa-rupanya memang betul Jojo nak berubah. Kalaulah lelaki mana atau ustaz ke imam ke yang menjadi jawapan Jojo tadi, mungkin dia boleh terima tapi perempuan?Tak guna!
 

 



10 comments:

  1. best,, nmpaknya rayyan dh berani usik2 hanna ni.. hehehe sweet gitu

    ReplyDelete
  2. Bestt...harap nnt hana x diapa2 oleh uzair..kesian dia..rayyan pun nnt mgkin jtuh cinta dgn hana juga kannn...

    ReplyDelete
  3. Songsang?Jeng..jeng..;-) hehe..tq Hannah sudi singgah

    ReplyDelete
  4. TQ Nabilah sudi baca..singgah lagi ye?Hehe..

    ReplyDelete
  5. TQ GIE sudi baca..maybe Uzair ada plan in future?Hehe..n Miss Imaginative, tq so much;-)

    ReplyDelete

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!